- 12:55
- 0 Comments
Dear Blog,
What's up?
It's been a long time ya
I took a long time to write something here
So no I'm back with a meaningful story to share
-The End-
- 12:25
- 0 Comments
Bismillahirahmanirahim
Ramadan almost over
There's a people who really happy that Ramadan's is going to end
There's a people who really sad that Ramadan's is going to end
There's a people who never notice that Ramadan's is going to end
However, tonight is the last night of Terawih.
Ramadan almost over
Ramadan is like a rare flower
That blossom once a year
And just as you begin to smell it fragrance,
It dissappears for another year.
Ramadan almost over
Ramadan....
Strengthen your Imaan,
Heal your heart.
P/s: Salam Ramadan 23 Jun 2017/ 28 Ramadan 1438 H
- 22:49
- 0 Comments
Alhamdulillah...a weeks of Ramadan has passed well. As all we know Ramadan's ia a month of full barakah for all the Muslims around the world. Never let down your activities during Ramadan's. Ramadan's is a month that we should appreciate on everythings on what we do, what we see, what we heard, what we eat. Based on the quote that I want to share with you is Ramadan's is just not a month of we hold ourselves but it's a month of improving ourselves to be the better one from before. Noted to myself also.
P/s: Happy Fasting to all the Muslims around of the worlds.
#EndedOfFirstWeeksRamadan
- 07:49
- 0 Comments
A very Good Evening to my dear lovely readers. So...today I just want to share with all of you about my Travels Diary to Cowboy Town in Tuaran, Sabah recently. This trips only for ladies including my mom, my two elders sister and my lil sister.
11 March of 2017
On saturday recently, we decided went to Cowboy Town at Tuaran. So we took of early in the morning at 8.00 a.m. to start the trips. We arrived there around 9.40 a.m. and luckily there's not too many people's. So, what I want to share with all of you is this place can be a best attraction if you haven't decided to spend your weekend. Let's take a look on my photo around Cowboy Town that will melting your heart.
The Attractions you can get there:
1. Beautiful Entrance Street
2. The unique of Cowboy Town Buildings
3. A classic and antique car
4. Beautiful horse riding car which is RM25 if you want to ride on
5. Horse riding with only RM15
6. Bakau Park
7. Souvenir shops
8. Bamboo Restaurant
- 18:05
- 1 Comments
1. Cek Ptptn (cek kat web Imigresen) sbb takut2 tak lepas nnti [http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx]
2. Beli tiket setahun awl (cek tiket promo)
3. Bawa mknn lbih dr malaysia
4. Bawa geng yg sekepala
5. At least download apps language sbb kalau pi negara yg susah ckp english susah juga nak deal
6. Kalau nak tukar duit jgn kat airport...sbb kurang sikit ja dapat...lps tu kalau ada duit syiling lebih gunakan kasi habis sbb kalau kat Malaysia dah tak boleh tukar
7. Kalau pi pulau, bw lebih seluar takut malang tak berbau
8. Bawa monopod, power bank, bawa plug yg khas tuk plug international & kamera
9. Kalau pi imigresen airport, jgn bw air mineral sbb konfirm kena suruh buang
10. Beli simkad kalau nak guna internet spnjg masa tp kalau tak nak guna wi fi pun okay...
P/s: Selamat Bercuti...kalau ada tips menarik boleh kongsikan juga..
- 11:16
- 0 Comments
Assalamualaikum.....
Sawadeeka....
Hari ni nak share sikit review tentang TRIP KE KRABI & PHUKET selama 4 hari 1 malam. So, nak cerita sikit tentang apa pakej yang kami guna semasa berada di sana dan apa tempat-tempat yang kami pergi semasa ke Krabi dan juga Phuket. Pakej kami ini tidak termasuk tiket flight dan juga penginapan.
25 Febuari 2017 (Sabtu)So, kami ambil flight dari KK-KL-KRABI pada 25 Febuari 2017 dan kami sampai di Krabi lebih kurang jam 6.00 petang waktu Thailand. Tiba saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, of course benda pertama yang Cik KL cari ialah simkad. Jangan risau sebab kat sana lepas ja korang ambil luggage, memang banyak kiosk-kiosk yang jual simkad. So, Cik KL pilih yang unlimited internet dan juga call sebab boleh buat dua-dua.
Agen yang kami pilih ialah Andaman Island Tour & Travel dan Sea Eagle Tour telah dipilih oleh Andaman Tour & Travel yang bertindak sebagai Tour Guide kami semasa di Krabi dan juga Phuket. So, untuk tempat tinggal pula, kami tinggal di KRABI ORCHID HOMETEL selama 3 malam. Sebab apa kami pilih hotel ni sebab hotel ini senang kalau kami nak turun jalan-jalan sekitarnya. Lebih-lebih lagi kalau hari sabtu dan ahad, memang ada Night Market yang terkenal di Krabi. Jadi malam tu lepas sahaja check in, kami turun sekitar jam 8 malam waktu Thailand, untuk ronda-ronda kawasan Night Market. Memang meriah dan banyak sangat souvenir yang korang boleh pilih. Jadi kiranya kalau korang yang berminat kumpul key chain banyak-banyak, boleh singgah kat Souvenir Shop. Dalam tu rambang mata nak cari. Kiranya 100 baht 11 biji key chain (RM12.73) dah boleh dapat. Tapi memandangkan Cik KL dah terbeli yang itu, rupanya round kat tepi-tepi gerai yang lain ada yang jual 100baht 15 biji key chain. Hurmm...tapi takpalah.
26 Febuari 2017 (Ahad)
Aktiviti pertama kami adalah: Touring 7 Island😎
1. Bamboo Island 🎍
2. Viking Cave
3. Loh Samah Bay
4. Pileh Bay
5. Maya Bay
6. Monkey Beach🐒
7. Phi Phi Don Island
8. Hin Klang Phi Phi
Kami bergerak dari hotel pada pukul 8 pagi waktu Thailand untuk ke Aonang Beach. Setibanya di sana, kami diarahkan untuk mengisi kehadiran di borang yang telah disediakan oleh Tour Guide kami. Setelah itu, setiap kami diberi satu gelang biru menandakan kumpulan dan bot yang akan kami naik untul melawat pulau-pulau di Krabi. Setiap pulau yang kami lawati akan diberi tempoh masa dari 30 minit ke 1 jam. Ini adalah untuk memberi ruang kepada pelancong-pelancong untuk berenang atau bergambar sesama mereka.
Setelah tiba ke Phi Phi Don Island, masanya untuk kami semua makan tengah hari di Restoran Arida. Jangan risau dijamin halal. Ruang untuk solat pun turut disediakan. Setelah hampir 1 jam lebih di Phi Phi Don Island, kami menuju ke pulau terakhir iaitu Hin Klang Phi Phi di mana di sini tempat snorkeling yang paling menarik. Laut yang sangat jernih birunya. Aktiviti melawat pulau ini habis sekitar jam 4 petang waktu Thailand.
Malamnya pulak, apa lagi kami singgah sekali ke Night Market. Misi mencari souvenir masih lagi diteruskan. Kali ni selain mencari souvenir juga, misi mencuba makanan dan minuman pun wajib ada. Jangan cakap Burger Ramlee di Malaysia ja ada, tapi di Krabi pun ada juga. Harga dalam 40 baht (RM5.09). Lepas tu Cik KL ada juga try Mr.Coconut...alaa lebih kurang Coconut shake la tapi ni versi Krabi. Harga 25 baht (RM3.18).
27 Febuari 2017 (Isnin)
Aktiviti kedua kami ialah: Krabi Discovery Tour😎
1. 🐘Trekking
2. Tiger Cave Temple🐯
3. Hot Spring👯♂
4. National Park (Emerald/Blue Pool)
Kami bertolak dari hotel untuk menuju ke Krabi Elephant Trekking untuk aktiviti pagi. Kali pertama naik gajah, of course kecut perut jugak. Dahlah gajah tu besar lepastu fikir kejap macamana nak naik? Rupanya kami kena naik kat pondok yang disediakan sebab gajah tu memang akan berhenti di sana. So, nak tak nak naik jugaklah sebab bila lagi nak naik gajahkan.
Lepas tu, kami semua bergerak ke Tiger Cave Temple. Kami cuma ada masa 30 minit ja untuk ronda-ronda kat sini. 3 orang member kami ni naik Tiger Cave Temple tapi malangnya masa memang tak cukup. Apapun dorang sempat capai anak tangga yang ke 291 daripada 1237 anak tangga. Memang daebak la korang. Habis ja dari sana, kami bergerak ke Hot Spring. Nak masuk dalam Hot Spring tu kena jalan jauh sikit so kami ni bersetuju nak guna kereta Golf. So kami kena bayar 20 baht (RM2.55) seorang. Lepas tu singgah ke Emerald pool. Nak masuk mencari Emerald pool tu bukannya senang sebab kena jalan lagi ke dalam, so berbekalkan semangat yang ada kami kena jalan sebanyak 800m. Tapi itu baru Emerald pool belum lagi Blue pool. Nak ke Blue pool pun kena jalan ke depan lagi. Tapi Cik KL dan kakak tak pergi sebab dah surrender awal-awal, 3 orang member kami yang lain pergi dulu.
Kemudian kami singgah lunch di Restoran kat area Emerald pool jugak. Tom Yam memang tip top. Tak pedas tak masam sangat. Memang ngam kat tekak Cik KL. So, berakhirlah aktiviti kami hari ini. Malamnya nak pergi Night Market, malangnya rupanya Night Market tu hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Nasiblah kami dah beli banyak pada hari sabtu dan ahad malam tu. Yang untungnya, sebelah hotel kami ni rupanya hari isnin buka Night Market juga tapi tapi yang ni lebih jual makanan dan buah-buahan. So, ronda kawasan jugaklah sebelum kami bergerak awal pagi esok ke Phuket.
[Lupa nak mention, kalau pagi-pagi selalu kami breakfast kat Dapur Kak Zainab, salah satu restoran halal tak jauh dari hotel kami. Harga pula berpatutan jugak. Cik KL selalu pesan Nasi Goreng Ayam dengan harga 60 baht (RM7).
28 Febuari 2016 (Selasa)
Kami bergerak seawal jam 6.00 pagi waktu Thailand untuk ke Phuket. Perjalanan dari Krabi ke Phuket dengan menggunakan van mengambil masa kira-kira 3 jam lebih. Pemandu kami Mr. Hashim seorang Muslim Thai dan orangnya peramah sekali.
Setibanya di Phuket, kami menginap di M.U.DEN Patong Phuket Hotel. Overall, menginap kat sini memang memuaskan. So, aktiviti kami di sini lepas saja check in, apalagi ronda kawasan Phuket.
Aktiviti ketiga kami ialah: Road Trip Krabi-Phuket
1. Patong Beach 👹
2. Tuk Tuk Tour 🚚
3. Jungceylon🏢 Shopping Mall
4. Fantasea Night Show🐘
Kali ini misi mencari souvenir di Phuket. Kami jalan-jalan di sekitar Bangla Road Street dan juga Patong Beach. Jumpa satu souvenir shop ni bolehlah deal beli key chain Phuket. Tapi kat Phuket ni kalau kita pergi mana-mana shop, dorang tak akan cakap banyak tapi terus tunjuk kalkulator. So, dari situ kita bolehlah try nego. Jika nak dibandingkan barang souvenir di Krabi dan Phuket, kat Krabi lagi murah-mudah dan lebih banyak pilihan berbanding Phuket. Kalau kat Krabi korang boleh dapat 11 biji 100 baht tapi kat Phuket 5 biji 150 baht (RM19).
Lepas misi mencari souvenir, kami bergerak ke Patong Beach. Of course ini adalah attraction yang menjadi tumpuan pelancong sebab nak tengok laut yang sangat cantik pemandangannya. Lepas ja habis bergambar kat Patong Beach, kami decide nak ambil Tuk Tuk untuk round kawasan Phuket. Tuk Tuk ini salah satu kenderaan yang popular kat Thailand. Udara pun free ja. Harga seorang 100 baht dalam masa 30 minit.
Lepas tu kami berhenti di Jungceylon Shopping Mall. Kat sini korang boleh jumpa McDonald la, Burger King la, Starbucks dan macam-macam lagi. Tapi kalau korang masuk kat sini, jangan lupa singgah kat level bawah sebab sana banyak jual souvenir dengan harga berpatutan. Sebab ada satu gerai tu jual semua barang dengan harga 100 baht saja.
Jam 2.00 petang, kami rehat dulu sebab jam 5.30 petang kami dah kena gerak ke Fantasea. Setibanya saja di Fantasea, fuyooooo.....memang meriah kat sana. Fantasea ni kira macam Cultural Theme Park la. So, masuk ja dalam tu, kami dah rasa macam kat dunia fantasi. Semua pekerja dia pun sangat lembut dan ramah. Selepas puas bergambar, kami makan malam kat The Golden Kinnaree Buffet Restaurant pada pukul 7.00 malam. Jangan risau kat dalam restoran di sediakan seksyen halal food dan juga non halal food.
Habis ja makan malam, kami sempat menonton persembahan tarian budaya Thailand dan juga persembahan boy band. Sempat juga cuci mata. Fantasea Night Show akan bermula pada jam 9.00 malam dan kami kena masuk beratur ke dalam Palace of Elephants sekitar jam 8.45 malam. Masuk saja ke sana, semua telefon bimbit dan kamera tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke dalam auditorium. Fantasy of Kingdom merupakan cerita yang dipersembahkan mengenai bagaimana Raja Thailand bersama gajahnya memimpin rakyatnya. Persembahan yang tidak dapat dilupakan. Memang kami seolah-olah berada di dalam dunia fantasi. Memang berbaloi pergi tengok. Persembahan berakhir sekitar jam 10 malam.
Lepas tu kami decide nak jalan-jalan tengok night view street kat area Patong Beach. Gila tak meriah. Punyalah sesak dengan manusia. Suasana malam yang sangat berbeza sekali. Kami menghabiskan masa malam terakhir kami di sekitar Patong Beach dan Bangla Road sebelum bergerak awal pagi esok.
Maka, berakhirlah pengalaman Cik KL dan teman-teman di Krabi dan juga Phuket. Satu pengalaman yang cukup menarik. So, kalau nak datang Krabi dan Phuket, beli tiket awal-awal ya.
P/s: Terima kasih kerana sudi baca. :) See you in next trip. Insyaallah.
-Stay Tuned on 10 Tips Travel by KIRA LEE-
KRABI ORCHID HOMETEL
Aktiviti pertama kami adalah: Touring 7 Island😎
1. Bamboo Island 🎍
2. Viking Cave
3. Loh Samah Bay
4. Pileh Bay
5. Maya Bay
6. Monkey Beach🐒
7. Phi Phi Don Island
8. Hin Klang Phi Phi
Kami bergerak dari hotel pada pukul 8 pagi waktu Thailand untuk ke Aonang Beach. Setibanya di sana, kami diarahkan untuk mengisi kehadiran di borang yang telah disediakan oleh Tour Guide kami. Setelah itu, setiap kami diberi satu gelang biru menandakan kumpulan dan bot yang akan kami naik untul melawat pulau-pulau di Krabi. Setiap pulau yang kami lawati akan diberi tempoh masa dari 30 minit ke 1 jam. Ini adalah untuk memberi ruang kepada pelancong-pelancong untuk berenang atau bergambar sesama mereka.
Setelah tiba ke Phi Phi Don Island, masanya untuk kami semua makan tengah hari di Restoran Arida. Jangan risau dijamin halal. Ruang untuk solat pun turut disediakan. Setelah hampir 1 jam lebih di Phi Phi Don Island, kami menuju ke pulau terakhir iaitu Hin Klang Phi Phi di mana di sini tempat snorkeling yang paling menarik. Laut yang sangat jernih birunya. Aktiviti melawat pulau ini habis sekitar jam 4 petang waktu Thailand.
MAYA BAY ISLAND
HIN KLANG PHI PHI
27 Febuari 2017 (Isnin)
Aktiviti kedua kami ialah: Krabi Discovery Tour😎
2. Tiger Cave Temple🐯
3. Hot Spring👯♂
4. National Park (Emerald/Blue Pool)
Kami bertolak dari hotel untuk menuju ke Krabi Elephant Trekking untuk aktiviti pagi. Kali pertama naik gajah, of course kecut perut jugak. Dahlah gajah tu besar lepastu fikir kejap macamana nak naik? Rupanya kami kena naik kat pondok yang disediakan sebab gajah tu memang akan berhenti di sana. So, nak tak nak naik jugaklah sebab bila lagi nak naik gajahkan.
Lepas tu, kami semua bergerak ke Tiger Cave Temple. Kami cuma ada masa 30 minit ja untuk ronda-ronda kat sini. 3 orang member kami ni naik Tiger Cave Temple tapi malangnya masa memang tak cukup. Apapun dorang sempat capai anak tangga yang ke 291 daripada 1237 anak tangga. Memang daebak la korang. Habis ja dari sana, kami bergerak ke Hot Spring. Nak masuk dalam Hot Spring tu kena jalan jauh sikit so kami ni bersetuju nak guna kereta Golf. So kami kena bayar 20 baht (RM2.55) seorang. Lepas tu singgah ke Emerald pool. Nak masuk mencari Emerald pool tu bukannya senang sebab kena jalan lagi ke dalam, so berbekalkan semangat yang ada kami kena jalan sebanyak 800m. Tapi itu baru Emerald pool belum lagi Blue pool. Nak ke Blue pool pun kena jalan ke depan lagi. Tapi Cik KL dan kakak tak pergi sebab dah surrender awal-awal, 3 orang member kami yang lain pergi dulu.
TIGER CAVE TEMPLE
[Lupa nak mention, kalau pagi-pagi selalu kami breakfast kat Dapur Kak Zainab, salah satu restoran halal tak jauh dari hotel kami. Harga pula berpatutan jugak. Cik KL selalu pesan Nasi Goreng Ayam dengan harga 60 baht (RM7).
28 Febuari 2016 (Selasa)
Kami bergerak seawal jam 6.00 pagi waktu Thailand untuk ke Phuket. Perjalanan dari Krabi ke Phuket dengan menggunakan van mengambil masa kira-kira 3 jam lebih. Pemandu kami Mr. Hashim seorang Muslim Thai dan orangnya peramah sekali.
Setibanya di Phuket, kami menginap di M.U.DEN Patong Phuket Hotel. Overall, menginap kat sini memang memuaskan. So, aktiviti kami di sini lepas saja check in, apalagi ronda kawasan Phuket.
Aktiviti ketiga kami ialah: Road Trip Krabi-Phuket
2. Tuk Tuk Tour 🚚
3. Jungceylon🏢 Shopping Mall
4. Fantasea Night Show🐘
Kali ini misi mencari souvenir di Phuket. Kami jalan-jalan di sekitar Bangla Road Street dan juga Patong Beach. Jumpa satu souvenir shop ni bolehlah deal beli key chain Phuket. Tapi kat Phuket ni kalau kita pergi mana-mana shop, dorang tak akan cakap banyak tapi terus tunjuk kalkulator. So, dari situ kita bolehlah try nego. Jika nak dibandingkan barang souvenir di Krabi dan Phuket, kat Krabi lagi murah-mudah dan lebih banyak pilihan berbanding Phuket. Kalau kat Krabi korang boleh dapat 11 biji 100 baht tapi kat Phuket 5 biji 150 baht (RM19).
Lepas misi mencari souvenir, kami bergerak ke Patong Beach. Of course ini adalah attraction yang menjadi tumpuan pelancong sebab nak tengok laut yang sangat cantik pemandangannya. Lepas ja habis bergambar kat Patong Beach, kami decide nak ambil Tuk Tuk untuk round kawasan Phuket. Tuk Tuk ini salah satu kenderaan yang popular kat Thailand. Udara pun free ja. Harga seorang 100 baht dalam masa 30 minit.
Jam 2.00 petang, kami rehat dulu sebab jam 5.30 petang kami dah kena gerak ke Fantasea. Setibanya saja di Fantasea, fuyooooo.....memang meriah kat sana. Fantasea ni kira macam Cultural Theme Park la. So, masuk ja dalam tu, kami dah rasa macam kat dunia fantasi. Semua pekerja dia pun sangat lembut dan ramah. Selepas puas bergambar, kami makan malam kat The Golden Kinnaree Buffet Restaurant pada pukul 7.00 malam. Jangan risau kat dalam restoran di sediakan seksyen halal food dan juga non halal food.
Habis ja makan malam, kami sempat menonton persembahan tarian budaya Thailand dan juga persembahan boy band. Sempat juga cuci mata. Fantasea Night Show akan bermula pada jam 9.00 malam dan kami kena masuk beratur ke dalam Palace of Elephants sekitar jam 8.45 malam. Masuk saja ke sana, semua telefon bimbit dan kamera tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke dalam auditorium. Fantasy of Kingdom merupakan cerita yang dipersembahkan mengenai bagaimana Raja Thailand bersama gajahnya memimpin rakyatnya. Persembahan yang tidak dapat dilupakan. Memang kami seolah-olah berada di dalam dunia fantasi. Memang berbaloi pergi tengok. Persembahan berakhir sekitar jam 10 malam.
FANTASEA NIGHT SHOW

- 23:21
- 1 Comments