Encik MADE IN LONDON 12

22:58



PERSIAPAN untuk menyambut Hari Guru semakin rancak dijalankan oleh semua guru yang terlibat. Aku tidak terkecuali dan ini adalah kali pertama aku menyambut Hari Guru sebagai seorang guru. Kalau dulu tentunya sebagai pelajar. Setiap tahun, aku pasti tidak ketinggalan untuk memberikan hadiah kepada guru yang aku suka.
“Nampak sibuk je, Cikgu Adliena? Nak saya tolong?” usik Cikgu Farith. Muda, good looking juga la and still single.
“Takpe la. Dah tak banyak lagi ni. Ehm..Cikgu Farith takde kelas ke hari ni?” soalku.
“Dah habis dah. Ehmm…Cikgu Adliena free tak selepas waktu kerja? Kalau tak keberatan, saya nak ajak Cikgu Adliena keluar makan?”
Wowowo…tak sangka pulak aku Cikgu Farith ni ada hati dengan aku? Ceh! Cepatnya kau buat konklusi. Perasan!! Tapi aku ni kalau diajak bab makan-makan ni, memang tak pernah menolak. Orang kata rezeki jangan ditolak. Bila dah ada depan mata, cepat-cepatlah ambil peluang tu.
Haiii…teringat pulak kisah aku tiga hari lepas di Fratini Restaurant. Boleh tahan juga soalan Datin Vanida semalam.
      Hemm..Cikgu Adliena masih single?
      So, nak tahu tak jawapan aku?
      “Saya masih single lagi...” jawabku perlahan. Dalam diam, aku sempat menjeling reaksi Encik Made In London. Aik! Macam takde perasaan je?
      “Ya ke? Tentu beruntung kalau dapat menantu macam Cikgu Adliena ni.” usik Datin Vanida. Wah! Bukan main kembang kempis lagi hidung aku kena puji macam tu. Naik saham la sikit lebih-lebih lagi depan Encik Made In London.
      Raykarl sibuk memandang telefon bimbitnya. Sejak semalam dia menghantar mesej pesanan ringkas, membuat panggilan telefon kepada Natasha namun semuanya tidak berbalas. Perbualan mamanya bersama guru-guru muda di depannya ini langsung tidak menarik perhatiannya.
      “Betul tu, Datin. Cikgu Adliena ni masih single dan available lagi. Kalau Datin ada calon, boleh la tolong kenenkan Cikgu Adliena ni.” Deelila pulak menyampuk. Aik! Kurang asam betul minah ni. Sesuka hati mulut dia je nak minta Datin tu carikan calon untuk aku. Karang tak pasal-pasal terbongkar pulak rahsia yang aku ni suka kat anak bujang dia ni. Malu weh!!
      “Cikgu! Cikgu!” panggil seseorang.
      “Ya! Maaf. Saya mengelamun pulak.” balasku.
      “Hemm…takpelah. So, macamana? Cikgu, free tak lepas waktu kerja nanti?”
      “Rasanya…saya tak free sebab saya nak beli barang sikit untuk persiapan hari guru ni.” jawabku jujur.
      “Kalau macam tu, takpelah. Saya harap lain kali kita boleh keluar makan bersama. Saya minta diri dulu la ya.” Cikgu Farith berlalu pergi. Alahai! Cikgu Farith. Maaflah sebab aku dah tolak ajakan kau tadi. Bukannya aku tak sudi tapi hati ni yang kata tak payah lah pergi melainkan kalau Encik Made In London yang ajak, itu hati aku memang tara kisah punya.
      Aku sudah menyiapkan senarai barang yang perlu dibeli untuk persiapan sambutan hari guru. So, malam ni bolehlah aku ajak Deelila keluar pergi barang-barang ni semua.
……………………………….
      Seperti yang sudah ku rancang, aku dan Deelila keluar usai sahaja menunaikan solat Ishak. Lagipun, sambutan hari guru tu tak lama saja lagi. Aku kenalah bersiap awal-awal untuk tunjukkan contoh yang baik.
      “Alright. Kita dah sampai. Let’s go shopping!!!” ujarku yang begitu teruja. Entahlah tiba-tiba hati aku excited pulak nak membeli-belah. Mungkin dapat jumpa Encik Made In London hari tu kut masih tak kebah-kebah lagi.
      “Kejap..kejap..Ad! Ok tak tudung aku?” soal Deelila.
      “Manisnya. Anak siapa la ni?” usikku. Deelila memang manis orangnya. Walaupun kadang-kadang orangnya giler-giler macam aku, namun manisnya tetap ada. Lagipun, tak lama lagi kawan aku yang manis ni tak lama lagi nak menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jurutera PETRONAS. Beruntungnya badan. Tak sangka percintaan Deelila dengan Ir. Shafiq tak lama lagi bakal bersatu dalam sebuah alam perkahwinan.
      Aku? Tak tahulah bila lagi. Aku sebenarnya nak juga berubah ke arah yang lebih baik seperti Deelila. Manis sahaja orangnya dan menjaga aurat dengan baik. Aku harap suatu hari aku akan mendapat hidayah dari-Nya. InsyaAllah.
      “Jomlah. Nanti lambat pulak kita nak balik. Aku tahulah esok kita tak kerja.”
      “Ok..bos!” jawab Deelila. Kami berdua melangkah keluar dari kereta lalu masuk ke dalam One Utama untuk mencari Daiso Shop. Memang aku sengaja pilih Daiso sebab senang sikit nak cari barang-barang peralatan yang murah-murah.
      “Ehmm..Ad, lepas kita habis beli barang, kita pergi makan?”
      “Ok jugak. Lagipun kita belum makan lagi.”
      Kami berdua meneruskan perjalanan menuju ke Daiso Shop.
      Well, Raykarl. Apa hal ajak aku keluar ni? Bosan ke?” soal Riyyan.
      “Itu salah satu darinya and aku lapar. So, temankan aku makan? Ok?”
      “Ceh! Geli pulak aku dengar kau nak aku temankan kau. Nasib baik aku tahu kau dah ada buah hati.”
      Air muka Raykarl berubah saat mendengar nama Natasha. Sebenarnya Raykarl baru sahaja bergaduh dengan Natasha dalam talian tadi. Geram pulak Raykarl mendengar alasan Natasha yang tidak munasabah.
      “Hai, sayang.” Sapa Natasha dalam talian.
      “Ehmm..hai.” balas Raykarl yang tiada mood gara-gara dia berjam-jam menanti panggilan Natasha.
      I’m really sorry, sayang. You know that I’m too busy because of my work. So sayang, I hope you understand me.
      I think I have given you more time to think of our relationships. But, are you have been think it or not?
      Natasha diam. Dia tahu pasti kekasih hatinya itu sedang merajuk. Hampir dua minggu dia tidak menghubungi Raykarl kerana terlalu sibuk dengan pertunjukan fesyen yang berlangsung di Paris. Namun bukan dia sengaja tidak menghubungi Raykarl tetapi kerjayanya lagi pernting daripada benda lain.
      “Sayang, look. You know that I really love you but you have to trust me that my work its important here. I don’t have a time to thinks anything else.
      How much do I gave you time? Five years? Ten years? Do you ever think about my feelings? How about my proposal two year ago? I think it’s the time for you giving your answer?
      No! It’s not the time yet. Sekarang aku sedang berada di puncak kerjaya aku. Aku tak boleh bersetuju dengan lamaran Raykarl dulu sebab aku mungkin takkan dapat peluang sebegini lagi. I’m really sorry, Raykarl. Ini demi kerjaya yang saya idamkan. Kata hati Natasha.
      I’m sorry sayang. I don’t think I can accept your proposal for right now. I really love my career and I don’t want a lost it. I hope you understand. Please give me a time more?
      Enough. I don’t want talk about it anymore. Assalamualaikum.” Ujar Raykarl.
      “Raykarl! Raykarl!!” Raykarl terus tersedar saat namanya dipanggil dengan kuat oleh Riyyan.
      “Ya..”
      “Mengelamun panjang betul kau ya..”
      “Hemm…jom makan.”
      “Jom.”
      ………………………………….
      Usai selesai membeli-belah, aku dan Deelila menuju ke tempat letak kereta untuk beredar dari situ. Kami berdua memutuskan untuk pergi ke McDonalds sahaja. Lagipun tak jauh pun dari rumah kami.
      “Yeh! McD time!” sorak kami berdua di dalam kereta. Dah lama rasanya mengidam nak makan double cheese burger ni.
      “Alamak…penuh pulak parking hari ni.”
      “Yelah..sekarang baru pukul 10.00 malam. Takpe, kita cari perlahan. Luaskan pandanganmu.” Usik Deelila.
      “Aku malam-malam macam ni susah sikit nak nampak. Kau tolong tengok-tengokkan parking kosong.”
      “Okay..okay..”
      Dua kali pusingan, akhirnya dapat jugak kami parking kosong. Alhamdulillah. Selesai sahaja meletakkan kereta, aku dan Deelila keluar lalu menuju ke dalam McDonalds.
      Wah! Boleh tahan ramai jugak orang beratur hari ni.
      “Ad! Kat situ ada tempat kosong! Jom, cepat. Nanti ada orang ambik pulak.” Deelila menarik tanganku lalu bergerak menuju ke meja kosong itu.
      Baru sahaja Deelila ingin menarik kerusi, sepasang tangan turut menarik kerusi yang sama.
      “Maaf, Encik. Kami berdua yang nampak tempat ni dulu. Encik boleh cari tempat lain ya.” Ujar Deelila sopan.
      “Tapi, saya pegang kerusi ni dulu.” balas lelaki itu sepertinya tidak mahu mengalah.
      Aik! Dah kira baik si Deelila tu cakap baik dengan kau. Tak mahu mengalah pulak. Tak gentleman la mamat ni. Tak pernah dengar ke ‘ladies first’. Nampak je hansem.
      Excuse me, Encik. Kami berdua dan Encik cuma seorang diri saja. Berilah kami chance duduk sini. Ladies first la.” Sedikit tinggi suara Deelila berbanding tadi. Geram pulak Deelila bertekak dengan mamat hansem yang tak berapa nak gentleman ni.
      Tanpa memikirkan kata-kata perempuan di depannya ini, Riyyan terus melabuhkan duduknya di kerusi itu. “Sorry..” ujarnya selamba kepada dua orang perempuan di depannya ini.
      Amboi! Bukan main lagi mamat ni. Mamat ni memang sengaja nak cari pasal agaknya. Aku dan Deelila yang nampak dulu, dia pulak senang-senang nak duduk.
      “Dee..jom duduk. Kita berdua. Dia cuma seorang je. Tak kisah pun. Kita tengok dia boleh bertahan ke tidak.” Aku tiba-tiba bersuara tegas lalu menarik tangan Deelila untuk mengambil tempat duduk menghadap muka mamat tak gentleman ni.
      HUH! Dia ingat dia dah menang. No way! Ini Adliena Najwa la. Kami berdua tersenyum puas kerana dapat mengenakan mamat yang duduk di depan kami ini. Baru dia tauuu!!!
      “Kenapa ni, Riyyan?”
      Saat itu, aku kaku. Begitu juga Deelila. Encik Made In London? Kenapa pulak dia kat sini? Dia kenal mamat yang menyakitkan hati ni ke?
 
 Adliena terkejut gara-gara terjumpa Encik Made In London

P/S : Bersambung....alhamdulillah dapat juga sambung bab 12 ni..pada semua pembaca yang tertunggu-tunggu #EMIL..bolehlah baca :) So, selamat membaca semua dan juga  jangan lupa tinggalkan komen..hihihi :)


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images