Cerpen MR.NOT ROMANTIK

17:43




Sejak saat pertama melihat senyumannya
Jantung berdebar-debar inikah petanda :Merindu Lagi, Yovie & Nuno

Lihat langit biru aku merindukanmu
Lihatlah diriku yang tak bisa melupakanmu
Mungkinkah aku kini ada di hatimu
Andai engkau baca hatiku
Isinya hanya dirimu sayangku  : Malam Mingguku, Yovie dan Nuno

Aku menutup buku diari yang kini sudah menjadi teman setiaku dan tempat aku mencurahkan segala perasaanku. Sudah lama diari ini menjadi saksi segala isi hatiku. Tidak kiralah waktu aku sedang happy mood, bad mood, sad mood, stress mood and……love mood.

But! Untuk pengetahuan korang semua, love mood yang aku maksudkan di sini ialah bukannya bermakna aku sedang bercinta tapi aku sedang menanti cinta itu datang kepadaku. Wah! romantisnya ayat aku ni. Masak aku kalau Puan Aminah aka mak aku yang dengar. Iyalah! Berjiwang bagai nak rak tapi calonnya tak ada jugak. Nak buat macamana?

Okay..okay..okay..mesti korang tak tahu tentang latar belakang akukan? Meh! Sini aku cerita salasilah hidup aku. Nama aku Armia Mikhael. Simple je kan. Senang nak ingat dan senang nak sebut. Umur dah meningkat tapi pemikiran aku ni kadang-kadang tak matang lagi. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. Kerja pulak sebagai Eksekutif Kewangan di salah sebuah bank terkemuka di ibu kota. Di mana? Biarlah rahsia. Hemm…aku anak tunggal dan juga anak bongsu dalam keluarga. Maknanya anak tunggal daa…

            Mak aku pula Puan Hajah Aminah dan still awet muda sehh. Suri rumah sepenuh masa dan pakar cinta aku sepenuh masa. Sebab? Hari-hari mak aku tazkirah cinta kat aku. Bunyinya begini.
           
            “Mia, sekarang umur Mia dah berapa?” Aku hanya tayang gigi macam buat iklan gigi Polident.

            “Kalau Mia dah kahwin sekarang, mesti dah anak lima.” Amboi! Sampai lima orang anak sekali mak aku sebut. Nak tersedak aku dibuatnya.

            “Mia, dah jumpa calon menantu mak? Jiran sebelah kita tu tak lama lagi nak kahwin. Umur dia pun tiga tahun lebih tua dari kamu. Bila lagi Mia?”

            Ehmm…part ni aku tak berapa nak suka. Dah mula membanding-bandingkan aku dengan jiran sebelah yang tiga tahun tua dari aku. Haiyaakkk…biarlah.
           
            “Mia….jangan nak memilih sangat. Cinta tu boleh datang bila-bila masa saja. Cuma Mia kena terima bila cinta tu datang. Tengok tu Rozita Che Wan pun dah kahwin. Grand majlis kahwin dia.”
           
            Fuyoohhh! Mak aku ni pandai juga gossip retis-retis ni. Sebab tu aku tak boleh berdebat dengan mak aku. Sampai Rozita Che Wan dah kahwin pun nak cerita kat aku. Begitulah soalan-soalan dari mak aku kebiasaannya selepas aku balik dari kerja.

            Aku mengerling sekilas jam di tanganku. Jam tepat menunjukkan pukul 6.00 petang. Usai siap mengemas meja kerjaku, aku segera keluar dari pejabat.

…………………………………….
           
            Keadaan lebuh raya ketika ini sungguh sesak sekali. Waktu-waktu begini, aku lebih suka melayan perasaan sendiri. Nak pecah rahsia sikitlah kat korang semua. Sebenarnya aku ni berjiwa romantis. Kalau tengok drama ke movie ke, semuanya bertemakan romantik. Dan disebabkan aku ni kaki romantis, kaki feeling, kaki drama, kaki movie dan sewaktunya dengannya, aku berharap sangat yang aku boleh jumpa dengan seseorang yang juga berjiwa romantis seperti aku.

            Butang radio di dashboard aku tekan. Apalagi..nak layan perasaan la.

Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati


      Aku memakirkan kereta berhati-hati di garaj laman rumahku. Best pulak dengar lagu tu. Pencuri dan penyanyi Filipina Mark Adam.  Kalaulah someone nyanyi lagu ni untuk aku. Huwaaaa!!! Nak nak lagi depan rumah aku. Wow! Hebat betul imaginasi aku. Kalau Puan Hajah Aminah yang dengar, agak-agak kena baling selipar kut. Memang gempak giler.
      Aku segera menanggalkan kasut tumit tinggiku lalu menyapa dari luar. “Assalamualaikum,”.
      “Waalaikumsalam.” Jawab Puan Hajah Aminah yang setia menanti kepulangan anak perempuannya dengan senyuman yang manis. Aku menyalam tangan mak dan memeluknya. Memang begitulah rutin harianku.
      “Babah mana? Ke surau?” soalku.
      “A’ah. Lambat benar hari ni Mia balik ya.”
      “Mia keluar tadi jam 6.00 tapi biasalah kesesakan lalu lintas. Itu yang jadi lambat tu.”
      “Hemm…kalau macam tu, Mia pergilah bersihkan diri dulu lepas tu kita solat Maghrib dan Ishak sama-sama.” Ujar Puan Hajah Aminah kepada anaknya.
      “Siap, bos! Saya yang menurut perintah.” Jawabku sekadar mengusik.
      Aku segera beredar lalu naik ke atas.
…………………………………………
“Mia…Mia nak kahwin tak?” soalan bernilai satu juta ringgit Malaysia.

“Siapa tak nak kahwin mak? Mestilah nak. Kenapa mak tanya Mia?”

Kenapa pulak mak aku tanya soalan ni? Macam ada apa-apa je. Mesti ada sesuatu ni. Siap tanya soalan kahwin-kahwin pulak malam ni. Lain macam je aku tengok mak malam ni.

“Takde apa-apa. Mia, mak nak tanya sesuatu. Mia suka lelaki yang macamana?”

Gulp! Aku menelan airl liur. Tetiba pulak mak aku ni bertanya jenis lelaki yang aku suka. Aik! Memang ada udang di sebalik batu. Tapi malu pulak nak bagitahu kat mak. Nanti mak ketawakan aku pulak. Iyalah, aku dan mak aku ni memang sekepala dan kitaorang memang macam bff gitu. Tapi kalau nak cerita pasal lelaki yang aku suka ni, malu la pulak. Sebab yang aku nak bagitahu ni nanti mak aku.

“Perlu ke mak?”

“Eh! Eh…budak ni. Perlulah.”

Aku dah takde pilihan lagi. Aku memang tak boleh lawan cakap mak aku. Memang pecah rahsia la aku malam ni.

“Hemm…Mia suka…Mia suka lelaki yang berjiwa romantik macam babah. Beriman, penyayang, hormat orang tua, dan boleh memahami Mia seadanya.” Puan Hajah Aminah sudah tersenyum-senyum mendengar luahan anak perempuannya itu. Tahulah dia kini macamana hendak mencari pasangan untuk anaknya ini. Nak yang romantik ya?

Selepas sahaja habis berborak dengan mak, aku masuk ke dalam bilik. Esok nak kerja lagi. Begitulah setiap hari. Hanya hujung minggu sahaja aku dapat berehat di rumah takpun hang out dengan mak atau bestfriend aku, Aiza.

Puan Hajah Aminah tersenyum-senyum dari tadi. Hairan pulak Tuan Haji Mikhael melihat isterinya malam ini. Apa kena dengan isteri aku ni? Tengok tv tak buka pulak.

“Hai Aminah. Gembira nampak? Ada apa?” soal Tuan Haji Mikhael usai meletakkan kopiahnya di atas meja solek isterinya. Tuan Haji Mikhael lalu menuju ke katil mendekati isterinya.

“Hemm..abang. Aminah nak share sesuatu dengan abang ni. Aminah gembira sangat bang hari ini.”

“Berita apa yang gembira tu?” soal Tuan Haji Mikhael tertanya-tanya.

“Macam ni. Abangkan ada ramai kenalan dalam perniagaan abang tu. Jadi abang tolonglah carikan calon suami untuk anak kita ni. Aminah dah tahu Mia suka lelaki yang macamana?”

“Ish! Awak ni. Mia setuju ke kalau kita buat macam ni?”

“Setuju. Tadi pun saya dah tanya pada Mia.”

“Kalau begitu, baguslah. Mia tu nak lelaki yang macamana?”

“Mia cakap dia nak lelaki yang beriman, hormat orang tua, penyayang dan berjiwa romantik macam abang.” Ujar Puan Hajah Aminah yang kelihatan teruja memberitahu suaminya.

Tuan Haji Mikhael tersenyum mendengarnya.

“Oh…jadi abang ni romantik la ya?” usik Tuan Haji Mikhael pada isterinya. Puan Hajah Aminah tersipu malu. Segan.

“Abang ni. Ingat ya bang. Jangan lupa tau.”

“Insyaallah.”

…………………………………………….

            Suasana pagi yang begitu mendamaikan. Aku seperti biasa akan bergerak awal dari rumah awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Radio seperti biasa akan berkumandang di dalam kereta untuk memeriahkan suasana pagiku. Lampu isyarat merah menandakan aku perlu berhenti memandu sementara menunggu lampu bertukar kepda warna hijau.

            “Vrooommmm!!!”

            Saat aku memandang ke kanan, aku terpegun seketika. “Wow! Kacaknya. Machonya. So sexy!! Wah, tak sangka pagi aku hari ni dapat cuci mata tengok mamat kacak yang sedang menunggang motorsikal BMW berkuasa tinggi. Bertambah kacak lagi, mamat motor ni mengenakan pakaian lengkap bersut.

            Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama

Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya

Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya

     Aik! Macam kena je lagu ni dengan situasi sekarang. Lagu siapa ni hah? Aku nak tulis lirik ni masuk dalam diari aku. Haiyaa…siapakah dia disebalik helmet itu? Pandanglah sini. Bisik kata hatiku.
“Pinnn!!!!! Pinnn!!!!!” Bunyi hon bertalu-talu dari arah belakang.
“Astagfirullahalazim!!! Mia…Mia. Kalau mak kau tahu kau pandang lelaki macam tu, memang kau kena kahwin teruslah nampaknya.”
Mamat motor itu sempat mengerling ke arah keretaku. Alahai! Malunya. Mesti dia perasan yang aku duk usha dia tadi. Tu lah kau, Mia. Awat gatai sangat nak pandang mamat tu? Kan dah kena. Aku terus menukar gear lalu menekan minyak untuk segera memandu.  Dalam pada aku serabut, entah tiba-tiba hati ini tertarik pulak dengan mamat motor tu tadi. Tak sempat pulak nak berkenalan?
Eh! Sampai ke situ pulak kau ni, Mia! Kau ingat ini drama Korea ke nak bercakap di tengah-tengah jalan raya.
.......................................................
            “Ehm…Dina, hari ni saya ada mesyuarat dengan siapa untuk pagi ni?” soal Tuan Haji Mikhael kepada setiausahanya.
            “Hari ni Dato Fadhil akan datang untuk berbincang mengenai projek pembangunan perumahan di Kedah tu. Janjitemu tu pada pukul 10.00 pagi ni. Buat masa ni, itu saja. Pada sebelah petang pulak, Tuan Haji ada janjitemu dengan pelabur-pelabur dari Sabah iaitu pada pukul 2.00 petang.”
            “Hemm..baiklah. Terima kasih ya, Dina. Awak boleh keluar sekarang.”
            Senyuman terukir di bibir saat Tuan Haji Mikhael melihat gambar keluarganya di atas mejanya dan juga tergantung elok di dinding pejabatnya. Bahagia sekali melihat gambar isteri dan anak kesayangannya itu.
            “Tukk!!!”
            “Masuk!” arah Tuan Haji Mikhael sebaik sahaja memusingkan kerusinya ke depan semula.
            “Hah! Dato Fadhil. Apa khabar, Dato?” sapa mesra dari Tuan Haji Mikhael sambil berjabat tangan.
            “Alhamdulillah, sihat. Tak payahlah berdato-dato ni. Kitakan kawan lama.”
            “Jemput duduk, Fadhil.” Ujar Tuan Haji Mikhael. Memang benar Dato Fadhil ini merupakan kawan lamanya sejak mereka di bangku sekolah menengah lagi. Walaupun masing-masing sibuk dengan perniagaan sendiri, namun mereka berdua masih sempat bertanya khabar tentang keadaan kehidupan peribadi.
            “Isteri dan anak sihat?” soal Dato Fadhil.
            “Alhamdulillah. Semuanya sihat. Kau tengoklah aku ni. Semakin bertambah-tambah sihat. Kau macamana pulak? Tak nak cari pengganti ke? Dapat bertambah-tambah sihat macam aku ni. Perut pun dah buncit.” Mereka berdua ketawa. Dato Fadhil adalah seorang duda kerana telah kehilangan isterinya selepas lima tahun perkahwinan mereka dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Isterinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
            “Aku lebih suka hidup macam ni sekarang. Biarlah.”
            “Yelah tu. Macamana dengan Faridz? Muda-muda lagi dah jadi CEO. Bertuah kau ya.”
            “Alhamdulillah. Itu semua usaha Faridz dan rezeki dari Allah. Anak aku tu pun bukannya muda lagi. Dah 32 tahun. Kalau kahwin dah boleh ada anak lima orang. Aku selalu bagi nasihat kat Faridz tu. Sampai bila dia nak membujang? Takkan nak ikut jejak langkah aku.”
            Tiba-tiba, ingatan Tuan Haji Mikhael terus menerawang dengan kata-kata isterinya semalam. Macam ada harapan ni? Cuba aku soal selidik dulu tentang anak lelaki si Fadhil ni.
            “Ehmm…anak kau tu memang takde kekasih ke?” duga Tuan Haji Mikhael.
            “Setahu aku, si Faridz tu tak ada lagi kekasih. Asyik sibuk dengan kerja saja 24 jam. Aku tak nak dia jadi macam aku dulu yang sentiasa sibuk dengan kerja. Aku jumpa dengan arwah isteri aku dulu pun sebab pilihan keluarga. Anak perempuan kau pulak macamana? Dah berpunya ke?”
            “Kalau anak aku dah berpunya, tentu dah lama kau jemput kau. Samalah masalah kau dengan aku. Isteri aku ni dah berkali-kali nasihat pada si Mia tu bila nak cari calon suami. Sampai la ni masih tak ada ada lagi. Umur pun dah meningkat. Itu yang maknya bimbang tu. Kes anak aku ni samalah dengan kes anak kau. Dua-dua nak kahwin dengan kerjaya.” Luah Tuan Haji Mikhael. Pada dasarnya jika di rumah, Tuan Haji Mikhael lebih banyak berdiam jika berbicara tentang soal kahwin ini berbanding isterinya. Tapi sebenarnya di dalam hati, Tuan Haji Mikhael mengambil berat akan hal ini cuma tidak ditunjukkan sahaja.
            Dato Fadhil sempat melihat foto keluarga sahabat baiknya itu. Lama juga dia tidak melihat anak perempuan sahabatnya itu. Semenjak anaknya itu melanjutkan pelajaran ke Sabah, itu adalah kali terakhirnya. Manakala anaknya pula melanjutkan pelajaran ke Paris. Mungkin ada baiknya jika aku cuba aturkan satu pertemuan antara Faridz dan Mia nanti. Mana tahu ada sesuatu mungkin berlaku?
            “Ehmm…Mikahel, apa kata kalau kita aturkan satu janji temu untuk anak-anak kita berkenalan. Siapa tahu ada sesuatu bakal berlaku? Setuju tak?”
            “Tapi mereka berdua tak pernah berjumpa. Macamana kalau mereka tak bersetuju?”
            “Kita cubalah dulu. Siapa tahu pertemuan kali pertama membuahkan hasil?”
            “Betul jugak. Baiklah, aku setuju. Nanti kau bagitahu kat mana tempatnya. Lepas tu bolehlah aku bagitahu anak perempuan aku tu.” Tuan Haji Mikhael rasa sungguh gembira sekali dan tidak sabar untuk mengkhabarkan berita ini kepada isterinya.
            “Baiklah. Kita tangguh dulu cerita anak-anak kita. Apa kata kita teruskan bincang pasal kerja pulak.”
……………………………………..
            Malam-malam yamg seperti biasa. Hanya dua orang sahaja yang tinggal di rumah banglo besar tiga tingkat ini. Begitu juga dengan makan malam yang sunyi tanpa disusuli dengan gelak ketawa seperti keluarga lain.
            “Faridz, macamana dengan kerja?” soal Dato Fadhil. Seboleh-bolehnya memang Dato Fadhil ingin mengelak untuk bertanya soalan kerja namun topik apa lagi yang boleh dibualkan.
            “Ok.” Jawab Faridz sepatah.
            Setelah kehilangan ibunya, Faridz sudah tidak seceria dulu. Kini, Faridz lebih suka menyibukkan diri dengan kerja dan jarang bersosial dengan kawan-kawan. Keluar kerja awal dan balik kerja lewat. Itulah rutin harian Faridz lebih-lebih lagi sejak bergelar CEO untuk syarikat hartanah yang dibinanya sendiri. Memang bertambah sibuklah Faridz. Susah juga kalau dua lelaki yang begitu jauh jarak umurnya untuk berkomunikasi. Mungkin lebih baik jika Faridz berkahwin sekurang-kurangnya hidupnya tidaklah sunyi.
            “Faridz, ayah nak tanya sesuatu sebenarnya.”
            “Apa dia?” balas Faridz.
            “Faridz dah ada kekasih?”
            Uhukkk! Uhukk! Tersedak Faridz mendengar soalan daripada ayahnya. Dah kenapa pulak ayah aku ni tanya soalan peribadi ni?
            “No!” balas Faridz ringkas.
            Dato Fadhil tersenyum. Bermakna anak perempuan Tuan Haji Mikhael ada peluang. Bagus. Sekarang, apa idea aku pulak nak beritahu si Faridz ni, ya?
            “Sekarang ayah nak tanya Faridz satu lagi soalan. Faridz nak kahwin tak?”
            Faridz cepat-cepat meneguk air minumannya. Malam ni ayahnya bertanya soalan-soalan hot and spicy pula kepadanya. Kenapa pulak ni? Jawab sajalah Faridz. Nak kahwin ke tak nak? Mestilah nak tapi bukan sekarang sebab aku tak yakin aku bersedia lagi. Lagipun, boleh ke perempuan yang bakal nak jadi isteri aku tu terima aku? Aku ni tak berapa pandai sangat nak melayan kerenah perempuan ni? Aku memang tak suka perempuan yang sikit-sikit nak menangis. Tak cool la.
            “Kalau ada jodoh, ada la tu. Mungkin belum masanya lagi.”
            “Ish…kamu ni Faridz. Jodoh tu kadang-kadang kita perlu cari juga. Memanglah kita tak tahu bila jodoh kita sampai tapi sekurang-kurangnya Faridz kena fikirkan hal ni juga. Jangan fikir pasal kerja saja. Lagipun kamu tu jarang bersosial dengan kawan-kawan kamu. Ayah tengok ramai dah kawan-kawan kamu tu kahwin. Tinggal kamu saja.”
            “Kalau macam tu, apa kata ayah yang kahwin?” usik Faridz.
            “Eh! Ayah pulak. Ayah nak Faridz yang kahwin. Bukannya ayah. Hari sabtu ni pastikan Faridz kosongkan jadual Faridz. Ayah nak Faridz pergi satu janjitemu yang ayah dah tetapkan dengan anak kawan ayah.”
            “Hah? Janji temu? Anak kawan ayah yang mana satu? Kalau anak Dato-Dato yang lain tu, kirim salam je lah. Faridz tak berminat.” Bukannya dia tidak kenal anak-anak Dato-Dato yang lain tu, semuanya memang tak berkenan di mata Faridz.
            Dato Fadhil tersenyum lagi. Nampakya peluang anak Tuan Haji Mikhael kelihatan cerah.
            “Taklah. Anak kawan ayah ni bukannya golongan Dato-Dato. Yang penting Faridz kena jumpa dia dan cuba berkenalan dengan dia. Siapa tahu ada jodoh? Boleh terus hantar rombongan meminang.”
            “Hemm…bila?”
………………………………………….
            Sementara di rumah Tuan Haji Mikhael.
            “Sedihnya video klip ni…” aku mengesat air mataku yang jatuh. Aku ni kan memang cepat touching sikit lebih-lebih lagi kalau tengok cerita sedih-sedih.
            “Kenapa tu, Mia? Sedih tengok apa tu?”
            “Layan video Gone, Jin. Sedihlah mak. Perempuannya buta dan lelakinya tu rupa-rupanya ada penyakit. Lepas tu, lelaki tu mati. Sedihnya jalan cerita video klip ni.”
            “Ada-ada saja kamu ni Mia.”
            Puan Hajaj Aminah mengambil tempat duduk di kerusi ruang tamu sambil menanti suami tercinta pulang dari surau.
            “Assalamualaikum.” Sapa Tuan Haji Mikhael.
            “Waalaikumsalam.” Jawab Puan Hajah Aminah lalu menyalam tangan suaminya. Aku segera bangun lalu menyalam tangan babah.
            “Buat apa maknya?”
            “Ni hah! Anak dara abang ni la. Duk menangis tengok video klip je. Itupun nak nangis.” Tuan Haji Mikhael gelak mendengarnya lalu mengambil tempat duduk di samping isterinya.
            “Mia, abah ada benda nak cakap dengan kamu sikit.”
            Aku dan mak saling berpandangan. Hairan.
            “Pasal apa, bang?”
            “Hari sabtu ni, Mia tak kerja kan?”
            “Ya. Mia tak kerja tapi kenapa?”
            “Ok. Kalau macam tu, babah nak bagitahu yang Mia akan hadir satu janji temu yang abah dan kawan abah dah tetapkan. Jadi, Mia kena pergi janji temu tapi Mia kena bawa kawan Mia, si Aiza tu.”
            Puan Hajah Aminah sudah tersenyum gembira mendengarnya. Maknanya rancangannya untuk menjodohkan anaknya dengan anak kawan suaminya nampak berhasil. Semoga anaknya ini bertemu jodohlah dengan anak kawan suaminya itu.
            “Janji temu apa pulak ni abah?”
            “Babah nak kenalkan Mia dengan anak kawan babah. Mia dan dia sama-sama masih belum berpunya lagi. Apa salahnya kalau babah tolong carikan calon suami untuk anak babah ni. Boleh ya?” Tuan Haji Mikhael yakin tentu anaknya itu mendengar cakapnya. Kalau dengan maknya bolehlah mengelat tapi tidak dengannya.
            Aduh!!! Macamana ni? Kalau babah yang dah bercakap memang aku tak boleh lawan lagi la. Bila masa pulak aku minta carikan calon suami ni? Mesti kerja mak. Tapi, siapa anak kawan abah tu? Orangnya menepati cita rasa aku tak?
            “Mia, setuju saja la. Lagipun Mia takde apa-apa pun nak dibuatkan hari sabtu ni. Apa salahnya berkawan dulu.” ujar Puan Hajah Aminah tanda menyokong suaminya.
            “Boleh tu boleh, mak, abah. Tapi…lelaki tu anak abah yang mana? Kita pernah jumpa ke? And the most important thing, dia romantik macam abah tak?”
            Tuan Haji Mikhael dan Puan Haji Aminah gelak besar mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari anaknya itu.
            “Kalau nak tahu dia romantik ke tidak, Mia kenalah berjumpa dengan dia dan cuba kenal hati budi dia.”
            “Tapi takkan takde klu? Bagilah sikit hint?” pujukku yang sudah duduk di tengah-tengah kerusi babah dan mak.
            “No! Ok. Abah ucapkan good luck untuk janji pertama Mia. Abah naik atas dulu.”
            “Mak pun sama. Good luck untuk first blind date ya.”
            Mak pun sama dengan abah. Haiyaakkk…terpaksalah aku jumpa lelaki tu. Blind date pun blind date la. Asal orangnya tak blind. Hish! Apa yang aku cakap ni? Apasal pulak cerita malam ni semuanya blind?
……………………………..
            Aku duduk termenung merenung skrin lap top yang langsung tidak menarik perhatianku. Hemmm…siapa agaknya dia? Orangnya macamana?
            “Tukk! Can I come in?” usik Aiza di muka pintu.
            “Masuklah, Cik Aiza. Silakan duduk.” Ucapku.
            Good morning. Hows’ your day today?
            “Fine…Eh! Aiza, aku nak minta tolong kat kau ni.” soalku. Teringat pulak kata-kata ayahku semalam. Nak pergi janji temu tu nanti, tolong bawa teman.
            “Tolong apa?” tanya Aiza pelik.
            “Ehmm..sabtu ni free kan? Aku nak kau tolong aku temankan aku pergi blind date.” Ucapku.
            What?? A blind date? Wow! You surprise me. Tak pernah-pernah pulak aku dengar kau dah ada seseorang? Who’s that guy? Do I know him?” uji Aiza pada temannya. Jarang sekali Aiza mendengar perkara seperti ini. Armia yang dia kenali biasanya tidak akan bersetuju untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak dikenali.
            “Kau ingat kau seorang je yang terkejut! Aku pun terkejut sama la. Semalam babah aku beritahu yang babah aku nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Aku tanya kat babah sama ada aku kenal tak anak kawan babah tu. Tapi babah aku kata tak. Tapi nak tak aku kena pergi juga sebab mak dan babah aku yang nak aku sangat pergi jumpa dan kenal anak kawan dorang. But in one condition. I have to go there with you. Babah aku tak benarkan aku pergi seorang.” Terangku panjang lebar.
            “Wow! Macam best je. Aku okay saja. Aku pun curious juga nak tahu siapa orangnya. Mesti hansemkan.” Usik Aiza lagi.
            “Aku tak berapa kisahlah hansem ke tak but kalau dapat yang hansem tu kira bonus la. Tapi kau tahu kan aku nak lelaki yang macamana. Kalau boleh aku nak lelaki yang berjiwa romantik macam babah aku. Selalu hadiahkan bunga, temankan aku pergi tengok movie romantik dan macam-macam lagi yang romantik.”
            “Amboi! Minah romantik betul kawan aku sorang ni. Tapikan…menurut analisis aku, selalunya pasangan ni akan ada yang berlawanan. Kalau kau yang jenis bunga dalam taman punya, aku rasa mesti partner kau pulak yang sebaliknya.”
            Choihhh!!! Kurang gula punya kawan.” Kami berdua gelak bersama-sama.
            Harap-harap tidaklah seperti yang si Aiza ni katakan. Kalau dia tu tak romantik, macamana pulak?
            Sementara…
            Faridz memakirkan motorsikalnya terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan, Faridz akan menunggang motorsikalnya untuk pergi ke tempat kerja. Semenjak ibunya ditimpa kemalangan kereta, Faridz lebih memilih untuk menunggang motorsikal berbanding menaiki kereta. Lagipun ada kebaikan juga menunggang motorsikal kerana dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas.
            Faridz melangkah masuk ke dalam syarikatnya.
            “Wah! Hansemnya bos hari ni kan.” Puji salah seorang pekerja wanitanya yang menjaga di bahagian receptions.
            “Bos kita tu memang hansem tapi bos kita tu susah sikit nak bergaul. Dia tu macam lebih suka bersendirian.”
            “Dia dah ada girlfriend ke?”
            “Tak tahu pulak tapi ramai juga anak-anak Dato, anak-anak Tan Sri yang minat kat bos. Tapi kau tahulah reaksi bos kita tu macamana. Selalu saja dingin pada perempuan. Tak romantik kan.”
            “Oh…semoga bos kita tu dapatlah jumpa seorang perempuan yang romantik kan?”
            “Amin.”
            Faridz melabuhkah duduknya sebaik sahaja tiba di pejabatnya. Faridz memusingkan kerusinya ke belakang sambil memikirkan blind date yang sudah diaturkan oleh ayahnya. Hemm..siapalah agaknya anak kawan ayah tu?
            Farids tiba-tiba teringat pulak insiden semasa di jalan raya yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat merah bertukar warna. Lucu pulak melihat wajah kelam kabut perempuan itu. Bukannya Faridz tidak perasaan dirinya dilihat oleh perempuan itu. Macam-macam saja.
……………………………………
            Hari yang dinantikan sudah tiba. Entah kenapa hati ini sejak semalam berdebar-debar tak berhenti-henti. Tangan pun sejuk semacam je. Inikah perasaan seseorang jika ingin bertemu denga seseorang yang tidak dikenali? Tapi masalahnya, ramai jugak yang aku jumpa dengan orang yang tak dikenali. Memanglah! Sebab kali ni bukan pasal kerja la. Ini pasal future kau. Mana tahu kau bakal menamatkan title single kau tahun ni.
            “Amin. Siapa tak nak kahwin kan.” Ucapku dalam hati.
            Setelah puas merenung diri di depan cermin, aku bingkas bangun lalu keluar dari bilik.
            “Wah!! Cantiknya anak mak ni. Mak dah dapat hidu nasi minyak ni.” usik Puan Hajah Aminah. Tuan Haji Mikhael hanya ketawa melihat kemesraan dua beranak itu. Pasti sunyi jika anaknya itu sudah berkahwin nanti.
            “Ala..Mia biasa-biasa je ni. Tak over kan, mak?”
            “Just nice…”
            “Wah! Mak speaking London pulak…” kami semua ketawa.
            Aku menyalam tangan kedua ibu bapaku untuk meminta izin terlebih dahulu.
            “Baik-baik, Mia. Bawa kereta tu hati dan kirm salam pada calon suami tu.” usik Puan Hajah Aminah.
            “Insyaallah. Assalamualaikum.” Ucapku.
            “Waalaikumsalam.” Jawab mereka berdua.
………………………………..
            Hari ni aku dan Faridz akan berpindah ke rumah baru. Usia perkahwinanku baru sahaja menginjak satu minggu. Memang kami berdua pengantin baru la. Wait! Mesti korang tertanya-tanya macamana aku boleh berkahwin dengan Faridz Adha Dato Fadhil ni. Mari sini baca cerita aku ni dalam diari.
            Hari ini aku ingat aku akan jumpa dengan anak kawan ayah tapi malangnya batang hidung dia langsung aku tak nampak. Dia tak sudi ke nak jumpa aku? Kalau ye pun tak sudi, kenapa tak beritahu awal-awal. Kan senang! Tak menyusahkan aku nak bergaya mekap macam ni. Aku dahlah excited sangat nak jumpa dia. Aku memerhati keadaan sekeliling sekali lagi. Lama juga aku tunggu. Adalah juga satu jam. Huh! Dan saat tu tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering. Lagu ringtone Ayat-ayat Cinta terus berdering. Mak yang menghubungi aku. Akhirnya, aku angkat kaki untuk terus beredar pulang setelah menerima panggilan itu.
            Mesti nak tahukan apa yang mak aku cakap? Sebenarnya, anak kawan ayah aku tu tak dapat datang sebab tiba-tiba sahaja dia terbang ke Jepun kerana ada masalah uregent tentang perniagaannya. Itu satu. Dan yang paling mengejutkan pulak ialah anak kawan ayah aku tu tiba-tiba nak hantar rombongan meminang. Wow! Memang aku tak sangka giler! Belum jumpa dah terus hantar rombongan meminang. Ada macam adegan drama Melayu ke? Atau filem Hindustan ke movie mat salleh? So, dengan pujukan dan nasihat daripada babah dan mama, tak lupa jugak bestfriend aku si Aiza tu yang nak aku terima lamaran tu, aku pun setujulah. Ingat cerita aku ni tau. Aku masih belum kenal lagi bakal suami aku tu. Ceh! Dah pandai sebut bakal suami. Dulu baru sebut calon suami. La ni dah upgrade pi bakal suami dan tak lama lagi pi jadi suami.
Armia Mikhael
            Begitulah marriage story aku kat korang. So, maknanya aku dan Faridz ni memang tak sempatlah nak berkenalan sebelum berkahwin tapi selepas ni boleh la. Buat masa ni, aku tengok suami aku tu okay la cuma part keromantisan tu yang aku masih belum nampak. Sabar Mia. Tak lama lagi kau bakal tengok sisi romantik suami kau tu. Faridz Adha, berumur 31 tahun. Ahli perniagaan yang kacak dalam bidang hartanah. Memang latar belakang suami aku ni dah macam jalan cerita novel yang selalu aku baca saja. Tapi syukur Alhamdulillah sebab aku kahwin juga tahun ni. Ok, Puan Armia. You dah upgrade status you daripada menjadi Miss kepada Mrs.
            “Ermmm…bagasi-bagasi tu semua boleh letak kat sini saja.” Ujar Faridz tiba-tiba. Sebenarnya Faridz masih lagi kekok untuk bercakap dengan isterinya ini. Bukan apa, sejak kehilangan ibunya Faridz sudah jarang bercakap dengan perempuan. Lagipun, ayahnya yang sebenarnya telah membuat keputusan untuk menghantar rombongan meminang kepada keluarga isterinya semasa dia berada di Jepun. Faridz hanya menurut kata sahaja. Setakat ini, Faridz masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, status yang baru dan rumah yang baru.
            “Oh..ya. Ermm…awak? Awak nak apa-apa ke? Minum ke?” soalku lembut pada Faridz. Biasalah orang baru mula nak berkenalan. Belum ke tahap bercinta lagi tau.
            “Tak. Saya nak rehat.” Balas Faridz tanpa perasaan.
            “Okay la kalau macam tu. Saya tolong kemaskan pakaian kita ya?”
            “Hemm..takpe ke? Nanti menyusahkan pulak?” balas Faridz yang masih lagi kekok untuk menatap isterinya dengan lebih dekat. Oleh itu, Faridz lebih suka memandang ke bawah.
            “Takde la. Awak kan dah penat. Awak pergilah berehat dulu.” macam dah nampak je sifat-sifat romantik Encik abangku ni? bisik ku dalam hati.
            Faridz sebenarnya lebih suka menguruskan pakainnya sendiri kerana dia sudah terbiasa untuk hidup berdikari sejak ibunya sudah tiada. Kini, apabila sudah beristeri ini segala-galanya perlu dikongsi bersama dan saling membantu.
            “Suka hati awak lah..” Faridz bergerak menuju ke atas katilnya lalu merebahkan diri sambil mencuri-curi pandang ke arah isterinya yang sedang leka mengemas pakaian masuk ke dalam almari.
……………………………….
            Usai makan malam, aku terus terpacak depan televisyen. Aku mana boleh ketinggalan nak menonton drama-drama kesukaan aku ni. Jam dah pukul 9.00 malam. Aku terus mengubah saluran tv ke 393. Apa lagi mestilah nak tengok drama The Heirs.
            Aku sudah tersenyum-senyum di depan tv tanpa sedar diperhatikan oleh Faridz. Haiyaa…romantiknya Kim Tan ni. Dahlah hansem lepas tu caring sangat. Aku kalau sudah tengok drama yang romantik begini memang kadang-kadang aku membayangkan yang akulah heroin itu. So sweet.
            Best ke? Saya tengok biasa je.” Buzz!!! Dah kenapa pulak ada komen-komen negative waktu aku tengok enjoy menonton drama korea aku ni. Menyibuk betul!
            Faridz mengambil tempat duduk di sebelah isterinya yang kelihatan sangat teruja menonton dramanya.
            “Tengok tu..tengok tu..huwaaa! Kim Tan peluk Eun Sang!!! So sweet…” ujarku teruja. Memang over la! Faridz baru pertama kali melihat isterinya seperti ini. Tak sangka pulak isterinya ini seorang kaki drama. Tanpa aku sedar, aku rupanya sedang memeluk lengan suamiku yang berada di sebelah.
            “Tukar channel lain?” aku menoleh ke arah Faridz sambil menjongket kening.
            “Kenapa pulak? Saya kan tengah layan drama ni. Nak tengok jugak. Hemm…sweetnya couple ni.”
            “Kalau nak tengok tu pun, tak payah lah huhahuha sangat. Pelakon tu tak dengar pun awak menjerit sampai sakit tekak kat sini.”
            Ish! Faridz tak romantik langsung la. Biarlah aku nak tengok pelakon kesukaan aku ni. Cubalah dia ikut layan perasaan tengok drama ni jugak. Baru sweet.
            “Wah! Sweet ending. Sedihnya dah habis. Dah tak boleh tengok Kim Tan lagi..”
            Faridz hanya menggeleng-geleng melihat kerenah isterinya ini. Lucu pun ada juga tengok perangai isterinya ni. Maaflah kalau aku ni bukan jiwa romantik sangat.
            “Kenapa nak tengok Kim Tan? Tak nak tengok saya ke?” saja test market depan isteri. Nak tengok juga apa jawapan dia.
            Huh! Faridz ni kenapa pulak tanya soalan macam tu? Sengaja bikin hati aku nervous. Dia ni kejap-kejap macam romantik. Kejap-kejap tak romantik langsung! Faridz hanya tersengih-sengih melihat wajah isterinya itu. Dia tahu pasti isterinya itu sedang menggelabah. Mia…Mia…
            “Dahlah berangan Kim Tan tu. Esok dah nak kerja kan. Tidur…tidur…” ujar Faridz.
            Potong feel betul la. Opps! Selama ni aku peluk lengan dia ke? Makkk! Malunya aku. Mesti dia sedang ketawakan aku. Aku bingkas bangun lalu berlari naik ke atas. Malu nak menghadap dia.
            “Aik! Lari pulak. Siapa nak tutup tv ni?” usik Faridz pada Mia.
………………………………………..
            Usai sarapan, aku menuju ke keretaku. Faridz pulak menuju ke motorsikalnya.
            “Ehmm!!! Awak…?” sapaku pada Faridz.
            “Kenapa?”
            “Nak salam.” Ujarku. Faridz terkedu namun Faridz menghulurkan jua tangannya untuk disalam.
            Yess! Aku pun nak test market juga depan suami hansem aku ni. Kalau dalam drama selalunya bila isteri salam tangan si suami, then suami akan kiss dahi. Huwaa!!! Amboi-amboi! Mia, sempat pulak kau berimaginasi.
            Malangnya….semua itu hanya angan-angan sahaja. Faridz sudah menghidupkan enjin motorsikalnya. Eh! Aku macam pernah nampak je motor dia ni. Tapi di mana ya?
            “Tak pergi kerja ke lagi?” soal Faridz.
            “Hah? Nak pergi la ni.” aku segera nasuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Namun, tiba-tiba sahaja enjin kereta ku tidak boleh dihidupkan. Apa kes? Awal-awal dah buat hal. Faridz yang nampak kereta isterinya tidak boleh dihidupkan segera mematikan enjin motornya.
            “Kenapa kereta?”
            “Tak boleh start. Tak tahu kenapa.”
            “Keluar dulu. Biar saya start.” Aku menurut cakapnya lalu memberi ruang untuk Faridz cuba menghidupkan enjin kereta ku. Namun keadaannya tetap sama.
            “Tak boleh start la. Awak pergi kerja dengan saya je la.” Ajak Faridz tiba-tiba.
            Wah! Bestnya. Faridz dah ajak aku naik motor la. Romantiknya. Ok, Mia jangan  nak mula berimaginasi kalau tak nak lambat datang kerja.
            “Oh..okay. Awak ada helmet lebih ke?”
            Faridz menuju ke rak kasut dan mengambil sesuatu di atas rak kasut itu. Rupa-rupanya Faridz memang sudah menyediakan helmet lebih untuk isterinya.
            Sweetnya. Memang Faridz sediakan helmet lebih untuk aku..” ujarku dalam hati. Suami aku ni pemalu rupanya.
            Faridz sudah menunggang motorsikalnya. Aku pulak masih tercegat lagi menghadapnya.
            “Pakai helmet ni.” ujar Faridz. Aik! Dia tak nak pakaikan untuk aku ke? Ala…aku baru nak terbayang macam dalam drama yang aku selalu tengok tu. Ke aku buat-buat tak pandai pakai? Hihihi..
            Aku berpura-pura cuba memakai helmet itu terlebih dahulu. Kemudian aku mengadu kepada Faridz yang susah untuk memakai helmet. Ok..harap-harap berhasil.
            “Susahnya nak pakai helmet ni..”
            “Mana susah. Cuba pakai elok-elok.” Ujar Faridz. Aku pakai helmet tu senang je. Bila masa pulak susah? Budak 7 tahun pun pandai pakai.
            Aku kononnya cuba berlakon lagi. Saja hendak mengumpan Faridz. Alamat kalau begini, lewat pulak hendak ke tempat kerja. Fikir Faridz. Takde cara lain lagi, Faridz. Kau kena pakaikan helmet untuk isteri kau ni.
            “Meh sini! Dekat sikit.” Arah Faridz. Automatik kaki aku melangkah ke depan sedikit kea rah Faridz. Helmet di tanganku kini sudah berada di tangan Faridz
            “Tengok baik-baik. Macam ni kalau nak pakai, Puan Mia. Ok. Jom jalan.” Suara Faridz bagaikan bisikan cinta pulak. Dengan jarak dekat begini membuatkan jantung aku berdegup kencang giler-giler. Sweetnya Faridz pakaikan helmet untuk aku walaupun sebenarnya ini rancangan aku. Takpe asalkan berjaya.
            “Ermm!!!” Faridz berdehem.
            “Hihihihi..sorry. Thank you.” Ucapku tersengih malu. Tanpa membuang masa aku naik segera ke atas motor. Wow! First time aku naik motor ni. Lain macam pulak rasanya.
            “Okay ke?” soal Faridz ingin tahu. Dia dapat mengagak isterinya itu seperti baru pertama kali menunggang motorsikal. Manakan tidak bahunya terasa dipegang agak erat.
            “Ok…ay. Jom..jalan.” sebenarnya aku masih takut-takut lagi.
            Faridz tersenyum melihat wajah isterinya yang kelihatan agak gementar melalui cermin sisinya. Okay, kita tengok tahap keberanian isteri aku ni. Faridz sudah menekan-menekan minyak.
            Ready! Kita jalan sekarang!!”
            “Vroooommmm!!!”
            “Ahhhh!!!” jeritku lantas aku cepat-cepat memeluk erat pinggang suamiku.
            Kurang asam betul! Macam sengaja si Faridz ni nak kenakan aku. Dahlah aku takut-takut berani je. “Ya Allah, selamatkanlah perjalananku ini.”
            Setelah setengah jam kemudian.
            “Macamana? Okay tak first ride?” usik Faridz. Kesian pulak tengok isteri aku ni. Nampak pucat pulak. Rasa bersalah pulak aku bawa laju-laju tadi.
            Not okay.” Jawabku jujur. Pening tahap gunung dah ni. Kureng betul laki aku ni. Memang menguji kesabaran aku betul.
            Let me heal you. Here..chuppp!” aku terkedu. Baru saat tadi, Faridz mengucup dahiku. Kyakkk!!! Aku macam nak terbang ke bulan sekarang.
            “Ok..have a nice work. Nanti balik, call. Assalamualaikum.” Ucap Faridz. Baru sahaja Faridz ingin memasang helmet semula, aku terus mengambil tangannya lalu ku kucup.
            “Ermm…awak…thanks for the ride. Chuppp!!!” aku terus berlari masuk ke dalam bank sebab aku malu untuk menatap wajahnya. Mia!!! Apa kau dah buat ni? Habis merah padam mukaku sekarang. Boleh tahan juga laki aku ni? Huwaaaa!!!
            Faridz hanya tersenyum lalu segera beredar.
……………………………………
            “Hai…senyum sampai ke telinga kawan aku ni? Best la orang tu dah kahwin. Tinggal aku je lagi yang membujang sekarang.” Usik Aiza seperti biasa.
            “Nampak ke telinga aku?”
            “Tudung kau tu dah senget-senget daaa..”
            “Hah?” aku segera mengambil cermin di dalam laciku. Alamak! Senget rupanya tudung aku ni. Malunya! Mesti Faridz gelakkan aku. Mukaku sekali lagi merah padam. Ini semua gara-gara aku pakai helmet tadi la. Kereta aku macam sengaja je nak kenakan aku. Tapi…sebenarnya best juga naik motor tadi dengan Faridz.
            “Aiza, kau tahu tak kereta aku buat hal tadi. So, aku naik motor dengan suami aku tadi…”
            “Hah! Wow! Bestnya dapat peluk-peluk. Setahu aku kau tak pernah naik motor kan? Kali ni dengan suami kau pulak. So sweet..”
            Aku tersipu malu walaupun masih pening-pening lagi.
            Faridz tersenyum-senyum mengingatkan hal pagi tadi. Beginikah rasanya jika sudah mempunyai seseorang yang menjaga kita? Faridz tiba-tiba teringat pulak ayahnya yang masih lagi bersendirian sehingga kini. Faridz benar-benar rasa bersyukur kerana Faridz diberi peluang untuk merasai kebahgiaan sebegini. Tapi…Mia sukakan aku ke? Kamikan baru kenal dan tiba-tiba kahwin?
            “Bippp!” bunyi mesej masuk ke dalam telefon bimbit Faridz.
              Salam. Once again,thanks for the ride. Saya balik jam 5.00 ptg hari ni. Have a nice work to you too J- MyWife
            Faridz tersenyum lagi membaca isi kandungan mesej yang baru sahaj dihantar kepadanya. Baru je ingat tentang dia, dah ada mesej masuk. Faridz menaip sesuatu kepada isterinya.
            Salam. Ur welcome. Okay, I’ll fetch you up. Minum air putih banyak-banyak kalau tak nak pening naik motor nanti.- MyHusband
            “Aizaaaa….aku memang rasa macam nak pengsan saja. My hubby ni memang sweet plus romantik walaupun dia tak suka tunjuk depan-depan. I really fall in love with him. Haiyaaa…”
            “Amboi! Dah angau kau ni nampaknya. Baguslah..aku doakan kau sentiasa happy dengan husband kau dan jangan lupa cepat-cepat dapat baby.”
            “Insyaallah…tapi aku malulah nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan dia..”
            “Habis tu kalau kau tak cakap, macamana dia nak tahu? Kau pun dah cakap kat aku yang laki kau tu tak suka nak tunjuk-tunjuk perasaan sangat. So, kau kenalah tunjukkan feeling kau kat husband kau tu. Kau cubalah mengenali lebih dekat tentang suami kau tu.”
            “Contoh?”
            “Bukan kau pro ke tentang semua ni? Kaukan kaki drama romantik? Kau buatlah macam tu. Kan senang.”
            “Tapi aku perempuan..malulah nak buat macam tu.”
            “Apa nak dimalukan sangat? Itu kan suami kau. Kau ajaklah pergi menonton wayang, candle light dinner, holiday trip ke or pergi honeymoon. Korang kan belum lagi pergi honeymoon kan? Siapa tahu dapat babymoon?” usik Aiza
            “Okay..okay…aku akan cuba pertimbangkan cadangan-cadangan anda. Terima kasih sebab sudi memberi idea kepada klien anda.” Kami berdua ketawa bersama-sama.
……………………………….
            Usai menunaikan solat ishak berjemaah, aku dan Faridz menjamu selera makan malam. Suasana sunyi ketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
            Macamana aku nak mula cakap ni? Aku nak ajak Faridz keluar hari sabtu ni keluar menonton wayang. Hemm..ini semua idea Aiza. Tak pasal-pasal aku menggelabah. Fikir Mia.
            Rasanya hari sabtu ni hari jadi Mia. Macamana aku nak ajak dia keluar ni? Dahlah aku tak pernah sambut hari jadi orang perempuan ni. Fikir Faridz pulak. Rupa-rupanya masing-masing sudah memikirkan rancangan namun masih segan untuk meluahkannya.
            Cakap sajalah, Faridz. Satu suara seperti memberitahunya.
            Cakap sajalah Mia. Nak malu apa? Kalau tak sekarang bila lagi ada masa?
            “Awak…” masing-masing serentak hendak memulakan bicara. Akirnya kedua-duanya malu-malu.
            “Awaklah cakap dulu.” ujad Faridz.
            “Takpe..awaklah cakap dulu.” balasku. Haiyakk!!!
            “Takpelah...ladies first.” Huh! Kau ni memang hampeh la Faridz. Setakat nak ajak keluar pun malu-malu.  
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Bertenang Mia. Kau cuma nak ajak Faridz keluar je. Takde hal la tu.
            “Erhmm..Awak free tak sabtu malam ni? Saya nak ajak awak menonton wayang.”
            “Free…free..” jawab Faridz segera. Mia tersenyum.
            “Okay! Hari tu kita kan tak sempat nak blind date. So, sabtu ni kita pergi real date. Okay?” amboi! Dah takde segan silu lagi kau, Mia. Lantaklah! Yang penting laki aku kan.
            Faridz tak sangka isterinya ini berani juga orangnya. Bagus juga idea tu. Tak susahlah aku bak buat surprise birthday untuk dia. Yes!
            “Kita nak tengok wayang kat mana?”
…………………………………………….
            Segala persiapan sudah siap untuk hari jadi isterinya. Hanya menanti tepat jam 12.00 sahaja. Kali ini biarlah Faridz menjadi romantik untuk isterinya sahaja. Idea ini pun tiba-tiba sahaja datang tanpa difikirnya. Yang penting, Faridz berharap kejutannya ini bakal menjadi kenangan terindah untuk dirinya dan juga isterinya. Faridz akan meluahkan perasaannya kepada isterinya nanti melalui kejutan yang disediakannya.
            Aku berkali-kali merenung cermin untuk meneliti pakaianku. Okay! Done! Mesti Faridz dah lama tunggu aku kat bawah. Aku keluar untuk segera turun ke bawah.
            “Cantiknya…isteri abang ni.” puji Faridz.
            Tanpa sedar, aku menitiskan air mata kerana terlalu gembira mendengar pujian Faridz dan saat menggelar dirinya sebagai abang. Alhamdulillah. Faridz mendekati aku lalu menyeka air mataku.
            “Kenapa ni? Tak nak nangis-nangis ni. Let’s go.” Faridz sudah memegang tanganku.
            “Eh! Kejap. Abang, kita nak naik motor ke?”
            “Nope! But, abang dah minta driver abang ambil kita.”
            “Oh…good. Sebab kalau tak susahlah Mia nak tukar semula skirt ni.” Faridz gelak.
            “Pandai buat lawak rupanya..isteri abang ni.”
            Oh my Allah! I’m totally fall in love with Faridz Adha. Sweetnya dia malam ni. Tapi lagi sweet kalau dia dapat luahkan perasaan dia pada aku.
            Usai makan malam, Faridz segera beratur membeli tiket wayang. Lama jugalah aku menunggu Faridz untuk membeli tiket wayang sebab aku tengok bukan main ramai lagi orang malam ni.
            “Ok..dah. Jom masuk. Saya dah pilih couple seat untuk kita berdua.” Faridz memegang tanganku lalu masuk ke dalam panggung wayang.
            Tiga jam sudah berlalu. Pandai juga Faridz pilih movie ni. Mungkin dia dah tahu yang aku ni peminat movie-movie romantik. Sweetnya suami dia ni.
            You are the first thing I think of every morning, the last thing that stays on my mind every night…”si isteri hanya senyum mendengarnya.
            “So sweetending” aku memeluk lengan suamiku. Faridz memegang erat tanganku.
            Best tak movie ni?”
            Best and romantik sangat suami dia.” Faridz mengerling jam di skrin telefon bimbitnya. Tepat jam 12.00 tengah malam. Inilah masanya.
            Baru sahaja, semua penonton ingin bergerak tiba-tiba skrin layar memasang movie lain.
            “Abang..kejap..movie tu belum habis lagi…tunggu jap. Kita duduk dulu..” ucapku lalu menarik tangan Faridz untuk duduk semula. Faridz hanya tersenyum.
            Seorang lelaki sedang bermain piano dengan asyik sekali. Petikan piano yang sungguh romantik sekali. Wajahnya masih lagi belum kelihatan. Semua penonton tertanta-tanya. Siapa lelaki itu? Petikan lagu Memory dari soundtrack Winter Sonata dangat mempesonakan penonton wanita terutamanya.
            Selesai satu lagu, kemudian lelaki itu tiba-tiba memainkan lagu selamat hari jadi pulak.
            Happy Birtday to you,
            Happy Birthday to you,
            Happy Birthday to Armia,
            Happy Birthday to you.
            Lelaki itu berpaling untuk melihatkan wajahnya. Aku..aku..benar-benar terkejut saat ini. Faridz rupa-rupanya lelaki yang bermain piano tadi. Aku memandang Faridz yang berada di sebelahku dan dia senyum
            “Aaaa…aaaa…Puan Armia Mikhael, I know that I’m not romantic guy..” semua penonton tertawa dengan jenaka Faridz.
            But…I will try my best to become a romantic husband for you and one more thing. I love you from the bottom of my heart and until Jannah. You are the first thing I think of every morning, the last thing that stays on my mind every night. Remember! Once I get you, I don't plan on losing you.”
            Serta merta lampu panggung wayang terbuka dan seorang lelaki memberikan kek kepada Faridz.
            “Sayang…happy birthday to you and I love you.” Ucap Faridz. Semua orang di dalam panggung wayang bertepuk tangan meraikan kebahgiaan aku dan Faridz.
            “Sayang..sebenarnya abanglah yang sayang tengok sampai kereta kat belakang hon sayang masa kat jalan raya hari tu.”
      Sekarang aku baru teringat kembali. Rupa-rupanya lelaki yang berhelmet itu adalah Faridz dan Faridz sekarang kini adalah suamiku. Ya Allah! Terima kasih ya Allah atas jodoh ini. Aku akan jaga sebaik-baiknya.

It's awesome how you can fall in love with the person you didn't even notice at the first time you met them. - Kir@ Lee

Tamat.
 

P/S : Yehh! Siap juga akhirnya cerpen pertama untuk tahun 2014 ni. Credit untuk kawan-kawan saya yg sporting sbb pinjamkan nama dorang..so, enjoy baca cerpen ni n jangan lupa drop ur komen :) 


You Might Also Like

12 comments

  1. sweetnya...love it but last ketawa jihyo pkai tudung..kena edit °^°)

    ReplyDelete
  2. sweetnya...love it but last ketawa jihyo pkai tudung..kena edit °^°)

    ReplyDelete
  3. Tahniah best sgt cerpen ni dr mula baca sampai ending bibir tak lekang2 nak tersengih2 hehe...teruskan berkarya klu ade kesempatan baca la sya punya cerpen kat penulisan2u tajuknya kasih kembali karya alia farisya...hehe terima kasih

    ReplyDelete
  4. Keep it up writer 😘 aku ghase nak kwn cpt2 je 😂😂

    ReplyDelete
  5. Best jln cerita dia👍teringin pulak nak future husband mcm faridz,🥰

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images