BELUM TRY BELUM TAU! 3

15:02



“ Khayra! Khayra! Kenapa tak bangun lagi ni!” jerit ibu di dalam bilikku sambil membuka langsir.

Aku pantas menarik selimut untuk menutup mukaku. Semalam, tengok drama korea punya pasal, aku bersengkang mata nak habiskan enam belas episod. Amacam? Hebat tak? Kalau ibu tahu aku tengok drama sampai ke pagi, alamat bergegar rumah ni. Tapi…mata aku ni memang tak boleh nak buka sekarang.

“ Khayra! Bangun sekarang!” ujar ibuku geram.

“ Nantilah bu…kejap lagi.” Sahutku malas.

Puan Soraya sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan oleh anak manjanya ini. Puan Soraya tersenyum memikirkan idea untuk mengejutkan anaknya itu dari tidur. Bukannya Puan Soraya tidak tahu yang anaknya itu pasti semalam bersengkang mata melihat drama korea kegilaannya.

“ Khayra! Ibu ada kejutan untuk Khayra. Adlee dah balik!!!” bisik ibu di telingaku.

Aku mencelikkan mata. Adlee? Betul ke? Dia dah balik? Aku bingkas bangun.

“ Astagfirullah…anak dara sorang ni! Cuba jaga perangai tu elok-elok. Nanti jatuh dari katil tu, ibu juga yang susah. Turun!” tegur Puan Soraya. Alahai! Anak siapa la ni? Sebut nama Adlee je…terus bangun! Kalau macam ni, hari-hari kena sebut nama Adlee.

Aku turun dari katil dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga. Rambut yang menggerbang tidak ku hiraukan. Aku bernyanyi-nyanyi riang tanpa menghiraukan ibu yang memandangku.

Hariku
harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
hanya dipenuhi dengan senyumanmu owh..
Alangkah indah
jika dirimu sentiasa
di sisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu lagu
Hariku
harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
Alangkah indah
jika dirimu sentiasa
di sisiku sayangku
berikanku hanya satu
hanya satu lagu

            “Amboi! Bukan main lagi anak ibu ni. Siap menyanyi pulak..” puji Puan Soraya.

            “ Sedap tak suara, Khayra? Betul ke ibu, Adlee dah balik? Khayra tak sabar la nak jumpa!”

            “ Yelah…ayah kamu yang beritahu semalam. Eleh…tak sabar la tu nak jumpa kekasih hati?”

            “ Mana ada…kawan je la!” jawabku. Bukan tak nak mengaku. Tapi entah…Adlee tu tak pernah pun cakap suka kat aku. Cuma kita orang pernah berjanji yang aku dan dia akan tetap bersama. Adlee tu, dia lain daripada yang lain. Kalau orang tengok dari luar memang nampak serius tapi kalau dia bersama dengan orang yang dia rapat, confirm macam budak-budak riang. Aku excited nak jumpa dia! Dah lama tak tengok mata dia yang mengancam tu.

            “ Hah…jangan duk berangan jauh-jauh. Pergilah mandi…kalau nak pergi jumpa Adlee tu.” Puan Soraya membaling tuala mandi ke arahku. Ibu ketawa padaku.

            “ Yess bos!” aku segera melangkah masuk ke dalam bilik air.

………………………………………………..

            Tak sabarnya nak jumpa dengan Adlee! Tapi dia kenal ke lagi aku? Agak-agak bila jumpa nanti, macamana nak sapa dia ek?

            “Hai, Adlee! Aku Khayra la. Ingat tak? Kita dulu selalu main time kecik-kecik.” Macam terlebih excited pulak. Nampak aku pulak yang tak sabar nak jumpa dia.

            “Assalamualaikum, Adlee. Awak apa khabar?” eh…macam terlebih sopan pulak aku nanti. Aku bukan macam tu orangnya.

            “Hai! Ad. Lama tak jumpa. Kau apa khabar?” Ehmm..ini kut yang lebih sesuai. Ini baru Khayra Style!”

            Ok! Aku akan gunakan ayat yang ketiga nanti. Hihihi….

            Zachary melabuhkan punggungnya di kerusi sofa ruang tamu. Remote televisyen dicapai.

            “Zack…ayah nak cakap dengan kamu sekejap. Boleh?” soal Encik Zakree kepada anak lelakinya. Encik Zakre mengakui yang dia sudah lama tidak berbual dengan anaknya. Sejak dia menghantar anaknya itu ke luar negara, cuma beberapa kali sahaja dia menghubungi anaknya itu. Mungkin kerana itulah, Zack jarang untuk berbual dengannya dan kurang mesra bila berjumpanya.

            “Hemmm…”jawab Zack lemah.

            “Zack…ayah lupa nak ucapkan selamat datang ke Malaysia. Zack dah lama duduk kat oversea tu. Ayah tahu Zack masih marahkan ayah sebab hantar Zack ke sana tapi ayah buat semua tu demi kebaikan Zack.”

            “Hemm…”

            “Zack! Zack! Zack dengar tak cakap ayah ni. Ayah faham kalau Zack masih marahkan ayah tapi berilah ayah peluang Zack untuk menjadi ayah yang baik kepada Zack. Ayah nak minta maaf pada Zack.”

            Zack hanya diam.

            “Zack…ayah nak beritahu sesuatu ni. Zack masih ingat tak Uncle Khaleed dan Aunt Soraya?”

            Dahi Zack berkerut cuba memikirkan orang yang dimaksudkan oleh ayahnya. Uncle Khaleed? Aunt Soraya?

            “Ayah dan ibu Khayra la.” Zack tersentak seketika. Khayra. Nama yang masih segar dalam ingatannya. Masakan Zack boleh lupa nama itu. Tidak! Nama itu sentiasa terukir di bibir Zack ketika berada di luar negara. Cuma Zack tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Khayra kerana Zack masih terlalu muda ketika itu. Namun, apabila usianya semakin menigkat dewasa, Zack mula mengerti akan perasaannya terhadap Khayra.

            Zack sudah tersenyum tanpa menyedari dririnya sedang diperhatikan oleh ayahnya. Encik Zakree senang hati melihat anaknya itu sudah mula tersenyum. Pasti anaknya itu merindui Khayra, anak kesayangan teman baiknya itu yang manja dan lincah.

            “Malam ni, kita akan ke rumah mereka untuk makan malam bersama. Mesti si Khayra tu dah tak sabar nak jumpa kamu. Ok..itu saja yang ayah nak beritahu. Ayah nak keluar sekejap.”

            Sebaik sahaja, Encik Zakre beredar, Zack terus bersorak riang di ruang tamu. Dalam hati sudah penuh dengan perasaan rindu yang membuak-buak. Sudah lama tidak menatap wajah comel Khayra. Dia masih kenal aku ke? Dulu aku kan gemuk. Tak kisahlah. Yang penting dapat jumpa Khayra malam ni.

……………………………………………

            “Cepatlah! Elle. Kita pergi tengok butik ni.” Aku menarik lengan Elle untuk melangkah masuk ke dalam butik.

            “Yang kau ni kenapa? Aku baru je nak rehat-rehat kat rumah tiba-tiba kau dah terpacak kat depan rumah aku. Siap paksa ikut kau ke sini. Ada apa sebenarnya ni?”

            “I wil meet him.”

            “Him? Siapa?”

            “Zachary Adlee.” Aku sibuk memadankan dress ke badanku.

            “Who?” Elle menarik bahuku.

            “Hisy…kau ni. Nasib baik aku tak jatuh tadi. Kalau tak, tiga bulan aku tak masuk dalam butik ni sebab nak cover malu.”

            “Zachary Adlee…tu bukan kawan masa kau kecik-kecik dulu ke? And..one more thing, kau ada simpan perasaan pada diakan?”

            Aku menunduk malu. Segan pula. Cuma Elle saja yang tahu aku menaruh perasaan pada Adlee. Adlee? Dia tak tahu lagi. Aku rindukan wajah dia yang tembam tu.

            “Hello! Aku cakap dengan tiang elektrik ke?”

            “Kau ni…tak boleh nak biar aku layan perasaan pulak. Malam ni, keluarga aku jemput dia dan ayah dia untuk makan malam kat rumah aku. Itu yang aku excited plus segan juga sebab dah lama sangat aku tak jumpa dengan dia.”

            “Oh….patutlah aku tengok kau ni over the moon hari ni.”

            “Of course! Aku nak cari baju dulu yang cantik untuk malam ni. Bila dia tengok, mesti dia fall in love.” Apa yang aku mengarut ni! Ala..aku cuma cakap dengan Elle je. Giler aku nak cakap depan-depan dengan Adlee. Sah-sah bertahun aku nak cover malu depan dia nanti.

            “Eeee…tak malu.”

            “Ada aku kisah! Belum try belum tau!”

            Usai memilih baju, kami berdua keluar menuju ke butik lain. Aku nak cari shawl pulak. Nasib kaulah Elle jadi mangsa aku hari ini. Mulanya aku nak ibu yang temankan tapi ibu ada hal pulak. Kiri kanan tanganku sudah membimbit beg kertas yang berisi baju dan aksesori.

            “Elle! Kita pergi sana pulak!”

            “Elle!” Aku menoleh ke belakang…bukkk!

            “Aduhh….sakitnya lengan aku.” Aku menggosok lenganku yang sakit akibat terlanggar dengan seseorang.

            “Sorry miss!” ucapnya. Aku pantas mendongak ke atas.

            Aku merenungnya tajam. Aku rasa aku pernah melihatnya. Aku cuba mengimbas kembali ingatan ku.

            “Miss! Are you ok?

            “No! I’m not okay. Awak! Awak yang curi parking kereta saya tu kan! Awak kan?” soalku kasar. Zachary tersentak. Barulah dia ingat sekarang. Zachary masih ingat lagi amaran perempuan garang di depannya ini tempoh hari. Apa hal la aku boleh terlanggar dengan dia pulak? Haishhh…malang sungguh!

            “Ok la tu. Siap boleh marah lagi tu.” Perli Zachary pada perempuan di depannya ini.

            Aku merenungnya dengan tajam. Ciskek betul! Dia perli aku pulak.

            “Jangan nak tukar topik la! Dahlah curi parking kereta orang, lepas tu langgar lagi! Malang sungguh hari ini.”

            “Saya pun tak ingin la nak bertembung dengan awak hari ni. Awak yang tiba-tiba pusing belakang. Nak salahkan orang pulak!” balas Zachary. Amboi! Garang betul minah ni. Kesian la boyfriend dia sebab dapat awek yang garang macam ni.

            “Excuse me! Saya lagi lagi lagi tak ingin nak bertembung dengan awak.  Buat sakit hati je! Siapa suruh awak jalan kat belakang saya!”

            “Aik! Suka hati saya la nak ikut jalan mana. Jalan ni milik awak ke? Ada tertulis nama awak?”

            Memang la tak! Tapi banggunan ni company ayah aku yang bina. Khayra! Tak baik berlagak.

            “Tak kira! Saya nak awak minta maaf pada saya. Mula-mula tentang curi parking kereta dan awak dah langgar saya hari ni. Kalau lengan saya ada kesan calar, saya minta ganti rugi dari awak!” Hahaha…ambik kau! Ini Khayra Karleesa la!

            “K! K!” panggil Elle tiba-tiba entah dari mana arahnya aku tidak pasti. Aku pantas menoleh ke belakangku.

            “Ok! Saya…..jalan dulu.” Zachary segera beredar. Tidak mahu berlama-lama di situ. Hajatnya hari ini adalah untuk keluar mencari buah tangan untuk Khayra tapi nampaknya terpaksalah dibatalkan.

            “K! Asal ni?”

            “Nanti aku cerita. Sekarang aku nak….hei! Awak!”

            Zachary sekali lagi memberikan flying kiss pada perempuan garang itu. Hai…harap-harap Khayra tak garang macam tu.

            “Argh! Tak guna!” geramku.

            “Siapa tu?”

            “Pencuri!” Geramnya aku! Siaplah kalau aku jumpa dia lagi nanti. Ada hutang yang perlu dibayar. 

P/S : Bersambung....minta maaf pada semua pembaca sebab lambat update..line tak berapa bagus daa...hihihi...apa-apapun selamat membaca dan tak lupa juga Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan :)

You Might Also Like

2 comments

  1. best! dan pasti best apabila Khayra dan Zachary bertemu... in love with this novel... <3

    ReplyDelete
  2. thanks Luna lina...apa agaknya akan jadi bila khayra dan zachary bertemu?

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images