Teaser DATING KONTRAK!
16:31
Oleh: Kir@ Lee
Di
ruang makan.
Q : Anith…hari
ni saya nak interview awak. Free tak?
A : Interview apa pulak? Soal Anith penuh
tanda tanya. Aku memandang Qhaliff. Begitu juga dengan Qhaliff turut membalas
pandanganku.
Q : Saya….saya…nak
dating dengan awak! Awak kan dah
setuju nak bercinta dengan saya selepas kahwin. Jadi, saya nak tuntut janji
awak tu.
Qhaliff tersenyum manis ke arah Anith. Harapan
Qhaliff supaya Anith tidak akan jual mahal dengannya lagi. Susah juga nak tackle isteri yang suka jual mahal ni.
Tapi, kalau dalam perniagaan, urusan jual beli perlu ada tawar menawar. Begitu
juga dengan perkahwinannya dengan Anith. Susah payah Qhaliff memujuk, akhirnya
kahwin juga.
A : Bila?
Tak ingat la.
Giler aku tak ingat. Konfirm la aku ingat. Masa
Qhaliff melamar aku, dia pernah tanya aku sama ada aku percaya tak cinta
selepas kahwin? Aku bukan main asyik lagi terpesona dengan kata-kata Qhaliff.
Apalagi..aku pun setuju la. Sebab tu la aku dah kahwin dengn dia sekarang.
……………………………………………….
Di
ruang tamu…
Q : Ehem….sibuk ke?
A : Tak nampak ke? (Anith sudah ketawa
terbahak-bahak menonton karoot komedia x)
Q : Gurau sikit je… ( Qhaliff ketawa)
Qhaliff mengambil tempat duduk di sebelah Anith.
qhaliff berdehem sekali untuk mencuri perhatian daripada Anith. Ehem….sekali.
Ehemmm…dua kali. Ehemmm…tiga kali. Alahai, Cik Puan Anith, memang suka jual
mahal betul.
Qhaliff dengan beraninya menutup televisyen yang
sedang ditonton oleh Anith.
A : Kenapa awak tutup tv tu? Soal Anith dengan nada
geram.
Q : Cik Puan Anith sayang, awak masih ada hutang
lima date dengan saya. So, hari ni saya nak awak bayar hutang
tu. (gaya Qhaliff menyoal dah macam budak tadika pulak dengan riak muka yang
buat-buat comel..bayangkan je)
Amboi! Bersayang-sayang pulak Encik Qhaliff seorang
ni. Anith ligat berfikir. Ye ke? Aku ada hutang date dengan dia lima lagi ke? Patutlah lain macam je perangai dia
hari ini. Anith tersenyum. Takpe…aku nak uji sikit dulu Encik Qhaliff ni.
A : Saya…saya…nak sambung tengok tv dulu. ( Anith
ketawa kerana dapat mengenakan suaminya.)
Anith terus mencapai remote tv.
Q : Kalau macam tu…takpe la. Saya faham…” (Qhaliff
buat muka sedih L )
Qhaliff mengambil tempat duduk agak berjauhan dengan
Anith. Anith pelik. Apahal pulak Qhaliff hari ini. Biasanya dia pujuk aku
semula. Ni terus mengalah je. Aik! Tak pernah-pernah dia buat macam ni. Takkan
aku yang kena pujuk pulak? Terpaksalah mengalah, Anith.
Anith beralih ke tempat Qhaliff. Qhaliff masih lagi
dengan muka yang masam. Merajuk.
A : Merajuk ke Encik Qhaliff? (Qhaliff diam. Mungkin
kali ini dia perlu benar-benar merajuk untuk mendapat perhatian daripada
isterinya yang seringkali jual mahal kepadanya.)
Aik! Dia tak nak layan aku ke? Takkan betul-betul
dia merajuk. Aku ni mana ada bakat nak pujuk orang. Macamana ni? Fikir Anith.
Fikirkan boleh! Ahah!!!
A : Encik Qhaliff, janganlah merajuk. Awak nak Cik
Puan Anith buat apa untuk pujuk awak? ( ujar Anith dengan nada lemah lembut.)
Q : Buat Gwiyomi version
Cik Puan Anith! ( jawab Qhaliff tiba-tiba.) Membulat mata Anith. Mesti dah
terpengaruh dengan iklan Anugerah Blockbuster. Anith tersenyum.
A : Saya dah tak larat…( Anith cuba mengajuk suara
Nora Danish versi tak jadi)
Q : Gywiyomi version
Cik Puan Anith.
A : Saya dah tak larat…( Qhaliff sudah tersenyum
melihat kerenah isterinya. Ada bakat raja lawak juga rupanya.)
Q : Gywiyomi version
Cik Puan Anith ( sekali lagi ujar Qhaliff )
A : Yelah…yelah…khas untuk Encik Qhaliff seorang
saja.
P/S : Dah nak habis taip DK....hihihi...enjoy this tease :)
0 comments