BELUM TRY BELUM TAU! 4

20:46



      AKU melangkah masuk ke dalam rumah sambil membawa beberapa beg plastik hasil dari membeli-belah bersama Elle. Tak sabarnya aku nak jumpa Adlee. Dia masih chubby ke? Ke dia dah jadi hansem tiba-tiba?

“Amboi, berangan jauh nampak anak ibu ni. Senyum seorang diri.”

“Mana ada.” nafiku.

“Ibu tahu mesti Khayra tak sabar nak jumpa dengan Adlee. Tak payah lah nak segan. Ibu boleh baca isi hati Khayra.”

Aku tersengih malu. Tak salah pun kalau aku tak sabar nak jumpa Adlee.

“Ibu, pukul 8.00 malam kan mereka nak datang?” soalku untuk kepastian. Aku kena set masa untuk bersiap sebab aku ni kalau nak bersiap berjam-jam jugaklah. Kalau tak tentu aku dah jadi model. Ini nak jadi model sure kena reject sebab bangun pun lambat, nak berhias lagi la lambat.

“Iya..tak sabar nampak?”

“Bukan tak sabar, tapi nak bersiap awal.”

“Ada-ada saja kamu ni, Khayra.”

“Khayra naik atas dulu.”

“Khayra, ibu nak bincang sesuatu tapi kena tunggu ayah kamu balik dulu. Nanti, ibu panggil Khayra. Pergilah rehat dulu. Ibu nak pergi tengok cafe.”

“Ehmm..ok.”

Aku berlalu naik atas namun otak masih berfikir mengenai perkara yang baru dikatakan oleh ibu. Bincang tentang hal apa? Ibu macam nampak serius je. Hemmm….

………………………………

            Jam kini sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Apa yang aku nak cakap nanti bila jumpa Ad? Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilikku berfikir.

            “Khayra! Kamu dah siap ke?” soal ibu. Aku menoleh pintu bilikku. Aku semakin gementar. Adlee dah sampai ke? Ahhh! Rasa macam nak menjerit pun ada. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?

            “Khayra! Khayra! Dah siap ke? Mereka dah datang tu.”

            OMG! Dah sampai!

            “Ya bu! Khayra dah siap.” Aku berjalan menuju ke pintu bilikku untuk membukanya.

            “Wah! Cantiknya anak ibu ni. Kalau Adlee tengok, mesti dia dah tak kenal kamu.” Puji ibu padaku. Hidungku sudah kembang kempis dipuji oleh ibu. Mana boleh Adlee tak kenal aku! Mesti dia kenal aku punya la! Bezanya aku dah pakai tudung.

            “Cantik macam ibu la.” Ibu senyum.

            “Ok..la. Mari kita turun ke bawah.”

            Ibu menarik tanganku dan kami berjalanan berpimpinan menuruni tangga ke bawah. Aku sudah mula gementar. Tanganku sudah sejuk membeku.

            “Amboi! Cantiknya anak ayah ni. Macam ibunya jugak.” Puji ayah. Kami bertiga menuju ke luar pintu rumah untuk menyambut kedatangan Adlee dan ayahnya. Semakin berdebar-debar pulak hati ini untuk berjumpa seseorang yang sudah lama ku rindui.

            Encik Zakree keluar dari keretanya untuk bersua dengan sahabatnya. Encik Zakree menghadiahkan senyuman buat ketiga-tiga anak-beranak yang menyambut kedatangannya.

            “Assalamualaikum.” Sapa Encik Zakree sambil menghulurkan salam.

            “Waalaikumsalam.” Jawab Encik Khaleed mesra

            “Jemput masuk ke dalam.” Encik Khalee menjemput menjemput masuk Encik Zakree ke dalam sambil diiringi oleh isterinyanya.

            Mana pulak Adlee ni? Dia belum keluar dari kereta ke?

            “Khayra…masuklah dulu.” ujar ibu padaku. Dengan rasa yang berat hati, aku melangkah masuk menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk di sisi ibu.

            Mukaku sudah berubah mendung. Di mana Adlee? Atau jangan-jangan dia malu nak jumpa aku sebab dia masih chubby? Takkanlah!

            Encik Khaleed sudah dapat meneka air muka anak perempuannya. Bukannya dia tidak tahu yang anaknya itu tidak sabar sekali hendak berjumpa dengan Adlee. Pelik juga Zakree datang seorang diri ke sini.
            “Ehmm…Zakree, betul ke Adlee dah balik Malaysia?” soal Encik Khaleed.

            “Adlee dah balik Malaysia dua hari lepas. Saya minta maaf la sepatutnya Adlee datang bersama tapi tiba-tiba Adlee sakit perut katanya. Tu la pasal, dia tak dapat datang. Uncle tahu mesti Khayra rindu nak berjumpa dengan Adlee kan? Adlee minta maaf pada Khayra sebab tak dapat nak datang.”

            “Hemmm…takpelah. Bila-bila pun Khayra boleh jumpa dengan Ad.”

            “Oh…takpe kalau macam tu. Sampaikan saja kirim salam rindu Khayra pada Adlee ya, Zak!” Ujar ayah.

            Hisy….ayah ni sengaja nak mengusik aku yang dah patah hati ni. Sedihnya hatiku ini.

            “Jomlah…kita makan malam. Nanti sejuk, tak sedap pulak.”

            Ibu dan ayah asyik berbual dengan Uncle Zakree. Aku dah takde selera nak makan malam hari ni. Hemmm…aku mengeluh untuk yang ke sekian kalinya. Usai makan malam, aku berlalu naik ke atas untuk memujuk diri. Biarlah ayah dan ibu sahaja yang berbual dengan Uncle Zakree.

            Aku merenung gambar kami berdua di tepi pantai. Comotnya aku masa tu! Rambut pun menggerbang macam pokok krismas. Adlee nampak comel sangat dengan pipinya yang tembam dan putih kemerah-merahan. Rasa nak cubit saja. Tapi dulu berani la. Kalau sekarang, mana boleh.

            “Hello, Elle!”

            “Ehmm…Khayra. Ada apa call aku ni? Bukan kau sekarang tengah makan malam dengan Adlee kesayangan kau tu ke?”

            “Hemmm..takde maknanya. Aku frust weh!”

            “Kenapa pulak? Adlee tak suka kau ke lagi?”

            “Taklah! Masalahnya Adlee tak datang pun makan malam ni. Tiba-tiba je dia sakit perut. Cuma Uncle Zakree je datang seorang diri.”

            “Ala…kesiannya. Tak berjumpa la korang ya. Apa kata kau try minta nombor telefon Adlee pada ayah dia?”

            “Geliga juga otak kau ni ya! Ok…aku nak turun minta nombor telefon kat Uncle Zakree. Thanks Elle. Tak sia-sia kredit telefon aku call kau.”

            “Kurang asam! Kedekut kredit betul! Ye lah…ok. Bye.”

            Aku cepat-cepat bangun dari katil. Aku segera turun ke bawah untuk berjumpa dengan Uncle Zakree. Alamak! Uncle Zakree dah nak balik. Aku kena cepat-cepat minta nombor telefon Adlee. Kalau tak melepas la peluang aku nanti.

            “Uncle! Uncle!” panggilku dengan langkah yang tergopoh-gopoh.

            “Kenapa ni Khayra?” soal ibu.

            “Maaf..bu. Khayra nak cakap dengan uncle sekejap, boleh?”

            “Takpe..tentang apa Khayra?”

            “Ehmm….Khayra ingat Khayra nak minta….nombor telefon Adlee. Boleh tak?” Uncle Zakree senyum.

            “Oh….ingatkan apa la tadi. Boleh..apa salahnya. Lagipun memang Adlee pun minta nombor telefon Khayra jugak.” Mataku terus bersinar-sinar.

            Usai bertukar nombor telefon, Uncle Zakree meminta untuk pulang. Aku sangat gembira sekali sebab aku dah ada nombor Adlee dan Adlee pun dah ada nombor aku. Tak sabarnya nak bergayut telefon ni…

            “Tengoklah anak awak tu. Bukan main gembira lagi dapat nombor telefon Adlee.”

            “Mana tak gembiranya bang, dah lama dia tunggu nak jumpa dengan Adlee tu tapi malam ni tak jadi pulak. Dapat tukar nombor telefon pun jadilah.”

            “Macam-macm betul anak manja awak tu.”

            “Bukan abang ke yang selalu manjakan dia. Sebab tu kadang-kadang keras kepala sama macam abang jugak.”

            “Yelah..manja macamana pun tetap anak kita. Ehmm..awak dah bincang dengan Khayra pasal kerja di café awak tu?”

            “Macamana saya boleh lupa nak beritahu hal tu! Takpe malam ni saya pergi beritahu dia. Khayra tu bukan boleh dibiarkan duduk dirumah lama-lama. Kita kena suruh dia mula bekerja dari sekarang. Kalau tak sampai bila-bila tak maju.” Luah Puan Soraya.

            “Yelah maknya. Tapi abang tak yakin yang Khayra akan setuju dengan cadangan awak tu.”

            “Setuju atau tak, letak tepi. Yang penting Sue nak Khayra tu boleh berdikari sendiri.”

Kadang-kadang, Encik Khaleed terfikir jugak dari mana datangnya sikap keras kepala anaknya itu. Ibunya sendiri yang tidak menyedari sikap keras kepala itu datang dari dirinya sendiri bukannya Encik Khaleed. Dua-dua tak nak mengalah.

……………………………..

            Aku merebahkan diriku di atas katil sambil merenung nombor telefon Adlee di skrin telefon bimbitku. Macam tak percaya je aku akan dapat nombor telefon Adlee. Yihaaa!!!

            Tuk! Tuk! Pintu bilikku diketuk. Alaa…baru je nak telefon. Hemmm..

            “Masuklah..pintu tak kunci pun.” Ujarku lemah.

            Puan Soraya melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya. Anaknya itu pasti ingin membuat panggilan telefon pada Adlee kerana masakan tidak telefon bimbit berada di tangannya sekarang. Namun, perkara itu harus diletak ke tepi dahulu kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi untuk diberitahu kepada anaknya itu.

            Puan Soraya mengambil tempat duduk di birai katil.

            “Khayra…ibu nak bincang sesuatu dengan Khayra. Tadi ibu lupa nak beritahu Khayra. Nasib ayah kamu ingatkan ibu tadi.”

            Hem? Bincang? Oh ya! Tadi petang, ibu ada cakap nak bincang sesuatu dengan aku.

            “Oh…pasal apa bu?”

            “Ibu nak Khayra mula bekerja esok di café ibu. Ibu rasa dah cukup maa yang ibu berikan untuk Khayra berehat di rumah.”

            “Hah? Kerja? Alaaa…bu, bagilah Khayra masa seminggu lagi ke sebulan ke..Khayra belum sedia lagi la nak kerja. Boleh la bu?” pujukku.

            Puan Soraya sudah tahu jawapan yang diberikan oleh anaknya. Selalu sahaja mengelak bila sebut tentang kerja.

            “Khayra tak payah cari alasan lagi. Ibu nak juga Khayra datang esok bekerja di café tu tapi Khayra kena mula bekerja dari bawah.”

            “Hah!!” Kali ini memang aku terkejut besar. Kerja dari bawah? Maknanya aku jadi kuli! Bukan bos! Ahh…tak nak! Mana boleh!

            “Jangan nak cari alasan. Ibu buat semua ni untuk kebaikan Khayra. Jadi, lebih baik Khayra dengar cakap ibu. Esok, lapor diri di Cinta Café tepat jam 9.00 pagi. Kalau lambat, ibu potong elaun Khayra. Faham!” arah ibu tegas.

            Aku rasa macam nak menangis. Ibu dah paksa aku pergi kerja. Aku tak nak! Apa aku nak buat kalau aku bukan bos!

            Sebelum Puan Soraya melangkah keluar, Puan Soraya menghentikan langkahnya seketika.
            “Khayra, ibu pasti Khayra akan suka kerja di sana sebab orang yang Khayra rindukan akan ada di sana nanti.” Puan Soraya berlalu pergi.

            Huh? Orang yang aku rindu? Mana ada orang yang aku rindu selain…...

…………………………………

            Alamak! Aku dah lambat pergi kerja! Mesti ibu marah aku nanti. Aku segera mengambil kunci keretaku lalu memandu keluar dari halaman rumahku dengan tergesa-gesa.

            Macamana la hari pertama bekerja sudah mula buat hal. Dalam setengah jam, akhirnya aku tiba jua di hadapan Cinta Café milik ibuku. Aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam café untuk bertemu ibu.

            Nasib malang sekali lagi mencemburui aku.

            “Ouchhh! Sakitnya kepala aku.”


            Aku pantas mendongak ke atas. Hah! Dia lagi! Kenapa mesti dia? Dia ni tak boleh buat hidup aku senang betul. Si pencuri parking!!! Apa pulak mamat pencuri parking ni buat kat sini? Bukan main segak pulak dia hari ni.

P/S: Bersambung.....apa akan jadi pada Khayra? Apa pulak mamat pencuri parking yang dimaksudkan Khayra berada di Cinta Cafe?

You Might Also Like

2 comments

  1. best best best !next bab mereka tahu sesama sendiri la kan kan ?excited nak tahu reaksi mereka .. :D

    ReplyDelete
  2. who knows? mereka kenal atau tak..itu rahsia..jeng..jeng..

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images