Cerpen MR.HUBBY & MS.HONEY Ver 1
21:22
Tunang?
Yes! TUNANG atau orang putih panggil FIANCE.
Siapa yang bertuah sangat menjadi tunang aku tu? Opps! Bertuah ke? Atau
sebaliknya. Motif aku cakap macam tu? Tak lama lagi korang akan kenal jejaka
yang bergelar tunangku.
Korang
tak payahlah nak bayangkan macam hero-hero dalam novel tu! Tunang aku ni memang
lain sikit perangainya. Mujurlah aku mengenalinya sejak kecil tapi tak sangka
jodoh kami kuat sehingga ditunangkan dan sedikit masa lagi bakal disatukan.
Aku
merenung telefon bimbitku sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Jam kini sudah menunjukkan
1.00 petang. Aku melihat suasana lapangan terbang KLIA yang sesak dengan
manusia yang datangnya sama ada dari dalam negara atau luar negara. Balai
ketibaan ku pandang lagi. Aku masih menantikan kemunculannya di depan mataku.
Rasa berdebar aku tolak ke tepi.
Dari
jauh aku sudah mula nampak batang hidungnya. Wajahnya yang keanak-anakan sudah
cukup membuatkan gadis di sekelilingnya jatuh cinta padanya. Tapi cuma wajahnya
saja. Aku ulang sekali lagi wajahnya S.A.J.A. Dia mula melangkah ke arahku
dengan senyuman yang melebar manis sehingga nampak lesung pipitnya. Aku pulak
hanya memandangnya dengan riak wajah yang dingin bak seketul ais. Dalam hati
aku sudah mula menghitung perkara yang akan berlaku seterusnya.
“1…2…3…4…5…”
“Ayumi!!!
I really miss you, honey! I miss you like
crazy!!!” luahnya dengan penuh perasaan dan sepertinya hendak mengalirkan
air mata. Aku sudah boleh meneka reaksinya yang selalu saja terlebih ataupun
boleh disama ertikan O.V.E.R tanpa mengambil peduli keadaan sekeliling.
Baru
sahaja dia ingin cuba memelukku, aku segera merenung tajam ke arahnya.
Cepat-cepat dia berhenti sebelum terlajak di khalayak ramai. Sekarang ada beza
tak dengan hero-hero novel lain? Kalau hero novel biasanya akan berlagak cool
tapi berlainan dengan tunangku yang memang akan selalu over reaction. Korang aku kenal sedikit demi sedikit watak dan
personaliti tunangku aka Mr.Hubby.
Aik! Belum kahwin dah gelar ‘Hubby’? Mesti soalan tu terlintas di kepala
korangkan. Aku faham. Tapi bukan aku yang nak sangat panggil macam tu! Darwisy
Luqman, dia yang beria-ia nak sangat aku panggil dia macam tu.
“I’m sorry! But I really miss you, Sara
Ayumi. After five years I’ve been far away from you, and now I’m here! Do you
miss me too? I bet you are.” Luahnya sekali lagi dengan lemah lembut.
“Hemm..sometimes. So, let’s go back. Then we talk
later.” Balasku biasa saja. Awisy sudah mula membuat muka lima puluh sennya.
Bukannya aku tak nak mengaku yang aku rindu. Takut-takut nanti dia terlebih reaksi
sekali lagi. Perangai Awisy ni bukannya boleh dijangka.
“Before that, I wanna hear too that you miss
me. Please! This is for the sake of my life.” Rayunya.
Cengeng!
Manja! Kurang matang! Sukar dijangka! Itulah dia, Darwisy Luqman. Kalau dia nak
itu, itu jugaklah.
“I miss you too, Mr.Hubby.” Awisy sudah
tersenyum melebar sampai ke telinga. Dia memegang tanganku. Aku senyum.
“Hemm…now we can get back. I really miss them.”
Alahai!
Awisy. Sekarang baru nak ingat family.
Apa daaa…kami berdua berjalan seiringan sambil berpegangan tangan menuju keluar
dari lapangan terbang. Pak Mail sudah menunggu kami berdua di tepi kereta.
Kami
berdua meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Pak Mail memandu keluar kereta
untuk membawa kami berdua pulang.
“Bestnya. Home sweet home. Can you lend me your shoulder?”
“Awak
dah melentok, baru nak tanya.” Macam-macam betul Awisy ni. Aryan melelapkan
matanya sambil melentokkan kepalanya ke bahuku.
“As always…bila dah sampai, nanti
kejutkan saya. I think I had jet lag.”
“Ok.”
…………………………
Pak
Mail memakirkan kereta di dalam garaj terlebih dahulu.
“Pak
Mail boleh keluar dulu. Terima kasih ya Pak Mail.” Ucapku.
“Baik
Cik Sara.”
Pak
Mail berlalu meninggalkan aku dan Awisy di dalam kereta. Aku merenung wajah
Awisy yang sedang lena tidur di bahuku. Comel!
“Awisy…Awisy…bangun.”
Kejutku perlahan. Kepala Awisy bergerak sedikit dari bahuku.
“Awisy…bangun.
Dah sampai.”
“Ehmmm…”jawabnya
dengan mata terpejam. Aku gelak. Memang macam budak-budak.
“Cepat
bangun! Saya kira 1…2…3…4…5…”
“Ok!
Ok! Ala…baru nak bermanja sikit tak boleh.”
“Tak
boleh!”
“Garangnya…..”
“Mestilah!
Dengan awak ni mesti kena garang-garang!” Dia boleh gelak-gelak pulak. Aku
tengah beri nasihat, dia buat-buat tak dengar pulak.
“Ok..my honey. Let’s go inside.” Kami berdua
keluar dari kereta.
“Surprise!”
Kedatangan
kami berdua disambut dengan meriah sekali oleh kedua-dua buah keluarga kami.
Awisy segera memeluk ibunya dan juga ayahnya. Jangan terkejut kalau Awisy ni
memang mudah mengalirkan air mata. Aku memang jarang sangat jumpa lelaki yang
mudah menangis tapi Awisy satu-satunya lelaki itu. Dasar budak manja.
“Ibu
rindu sangat dengan Awisy. Awisy nampak kurus. Takpe, ibu dah siapkan makanan
untuk Awisy dan juga Sara.”
“Eh…takpe
la ibu. Menyusahkan ibu je.”
“Apa
yang susahnya. Tak lama lagikan Sara bakal menjadi ahli keluarga ibu. Lagipun
tadi ibu dah habis bincang dengan mama Sara. Alhamdulillah, semuanya berjalan
lancar.”
Aku
sebenarnya agak terkejut mendengarnya. Mama tak pernah bincang dengan aku pun
tentang hal ni. Bukan aku tak setuju cuma aku rasa aku tak sedia lagi nak
menjadi isteri. Kali ini aku diamkan dulu. Nanti malam, baru aku bincang dengan
mama.
“Betul
tu! Apa yang susahnya. Dah lama saya makan tak berteman di Melbourne tu. 5
tahun ibu?” Awisy sengaja memancing ibunya.
“Betul
tu, Sara. Apa salahnya, temankan Awisy makan sekejap.” Sokong mamaku pulak.
Memang satu famili dah pakat-pakat nak kenakan aku. Hisy…aku merenung kea rah
Awish yang sudah tersengih manja di sebelah ibunya.
“Yelah…yelah…teman
makan je tau. Lepas ni, saya nak balik. Ada kerja sikit.”
“Of course. Your my honey..” semua orang ketawa melihat gelagat Awisy.
Mengada-ngada!
Aku
dan Awisy menuju ke ruang makan. Ibu dan mama sengaja membiarkan kami berdua
makan kerana tidak mahu kacau daun katanya. Takdenya nak kacau daun. Bukannya
ada pokok pun kat sini. Ini semua dah kena rasuah dengan si Awisy ni.
“Wah!
Banyaknya ibu masak. Memang tak larat kalau Awisy yang makan. Tu pasal kena ada
yang temankan.”
“Perli
nampak?”
“Terasa
ke?”
“Cepatlah
makan, kalau tak saya balik!” balasku geram.
“Ok…ok….saya
makan tapi kan best kalau ada yang tolong suapkan.” Awisy mengajak aku makan
bersamanya. Aku mencubit lengannya. Awisy mengadu kesakitan. Aku ketawa. Semasa
makan, bukan main lagi Awisy bercerita tentang pengalamannya belajar di negara orang.
Aku hanya mendengar saja kisahnya.
………………………………….
Aku mengetuk pintu bilik mama. Malam
ini aku ingin berbincang dengan mama mengenai Awisy.
“Mama…boleh kita berdua berbincang?”
Puan Shafinas meletakkan buku yang
sedang dibacanya di tepi meja.
“Boleh…mari duduk sini.”
Aku melabuhkan duduk di birai katil
mama lalu menghadapnya.
“Ehmm…mama, Sara rasa masih terlalu
awal. Sara belum sedia…”
“Mama faham. Sara masih muda tapi
mama dan ibu Awisy dah tua. Mama teringin nak tengok anak mama ni berkahwin
dengan Awisy. Sara tak sayangkan Awisy?”
Aku diam. Aku masih tertanya-tanya
tentang perasaan ku sendiri pada Awisy. Aku tak tahu sama ada suka atau cinta
atau sayang? Entah lah…aku dan Awisy sudah lima tahun bertunang. Lama memang
lama tapi kami berdua tak pernah lagi keluar bersama di sebabkan Awisy
melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia. Tidak dapat dinafikan aku dan
Awisy memang rapat kerana kami memang sudah kenal dari kecil dan bersekolah di
tempat yang sama.
“Bila tarikhnya?” soalku pada mama.
“Ehm..kalau tak ada aral melintang,
hujung tahun ni. Sara ok?”
“Ok…”jawabku lemah.
“Mama, Sara masuk tidur dulu la.
Selamat malam.”
Aku segera berbaring di atas katil
sambil memikirkan hubungan aku dengan Awisy. Tiba-tiba, aku teringat soalan Awisy
semasa menghantar aku pulang.
“Honey…awak dah jumpa perasaan awak
pada saya? Awak masih suka atau sayang atau cinta?”
Huhhh...aku mengeluh panjang. Awisy
masih tidak lupa soalan yang pernah ditinggalkannya kepadaku semasa lima tahun
yang lalu. Setiap kali Awisy bertanya soalan itu, Awisy akan berubah menjadi
serius. Kini Awisy sudah kembali dan dia menyatakan soalan yang sama sekali
lagi. Tapi aku hanya berdiam diri sahaja.
Suka? Aku memang suka Awisy. Sayang?
Aku memang sayang Awisy. Cinta? Aku tak tahu apa itu cinta. Tapi aku suka bila
Awisy panggil aku ‘Honey’. Comel saja bunyinya. Aku tersenyum bila teringatkan
reaksi Awisy ketika di airport tadi.
Bunyi telefon bimbit menghentikan
lamunanku. Aku senyum. Siapa lagi kalau bukan Mr.Hubby.
Mr.Hubby : Hello…Ms.Honey? Dah tidur?
Ms.Honey : Hello…kalau saya dah tidur, mana boleh jawab panggilan ni.
Mr.Hubby : Well…just kidding. I think
I already miss you, honey. Macamana nak tidur ni? Nak tutup mata je asyik
nampak honey je.
Ms.Honey : Tadikan dah jumpa. You
such a childish guy.
Aku ketawa. Aku sudah dapat
membayang wajah Awish yang sudah memuncung.
Mr.Hubby : I don’t mind being
childish as long as you’ll be with me.
Ms.Honey : Tak sangka pulak awak ni boleh jadi jiwang orangnya.
Mr.Hubby : If that person only you.
Aku terharu seketika. Suara Awisy
lembut menyapa telingaku. Awisy….Awisy…
Ms.Honey : So, awak nak buat apa
sekarang? Saya tak reti menyanyi. Jadi jangan nak memandai suruh saya menyanyi.
Mr.Hubby : Ok. Let me ask you three hot
and spicy question?
Ms.Honey : Sure.
Mr.Hubby : First…awak suka saya
tak?
Dia dah mulakan tiga soalan hot and
spicy dia tu. Aku selalu saja tertewas pada soalan yang ke tiga.
Ms.Honey : Suka.
Mr.Hubby : Second…awak sayang
saya tak?
Ms.Honey : Mestilah sayang.
Mr.Hubby : Ok…my last question. Awak…cintakan saya?
Ms.Honey : Awisy…untuk soalan terakhir ni…I’m not ready yet. Tapi awak jangan risau sebab saya kan dah balas
jawapan untuk dua soalan hot and spicy tadi. It will never change for the rest of my life.
Mr.Hubby : Honey…let me tell you the
different between suka, sayang dan cinta? Mungkin awak fikir ketiga-tiga
perasaan ni sama. But it’s not for me.
Ms.Honey : Ada beza ke?
Mr.Hubby : Of course! Awak suka saya maksudnya awak berminat untuk
mengenali saya. Awak sayang saya maksudnya awak benar-benar menghargai saya.
Dan…
Mr.Honey : Dan….cinta?
Mr.Hubby : You should find by
yourself. Ok, honey…saya rasa mata saya dah mula nak mengantuk. Sebab dah
puas dengar suara awak. Good night my honey.
Ms.Honey
: Good
night, Mr.Hubby.
Aku berusaha melelapkan mata. Aku
tahu pasti Awisy kecewa kerana aku masih belum dapat memberikan jawapan untuk
soalannya yang ketiga. Aku kena pujuk Awisy esok.
………………………………..
Awal-awal lagi aku bergerak menuju ke
rumah keluarga Awisy. Aku sudah memberitahu mama yang aku mungkin pulang lewat.
Entahlah, semalaman aku tak dapat nak tidur nyenyak.
Aku memakirkan kereta ke dalam
kawasan rumah Awisy. Walaupun Awisy tiada, aku memang selalu bertandang ke
rumah ini.
“Assalamualaikum!” sapaku dari luar
pintu.
“Waalaikumsalam. Eh…Sara. Awalnya
Sara datang. Ni mesti rindu sangat dengan Awisy tu. Mari masuk. Awisy pergi jogging sekejap.” Ujar ibu.
“Oh…ok.” Aku menahan malu. Rindu?
Tak juga. Tapi aku datang ni sebab nak tengok keadaan Awisy. Awisy tu bukannya
aku tak kenal. Nampak di luar macam ceria, tapi di dalam hati siapa tahu.
“Ehmm…Sara duduk sini kejap. Ibu nak
siapkan sarapan. Awisy tu belum sarapan lagi. Takut dia pula merajuk. Sara
tahukan macamana kalau Awisy tu merajuk.”
Aku ketawa. Satu lagi yang korang
perlu tahu tentang Awisy ialah kuat merajuk. Kadang-kadang rajuk Awisy ni
mengalahkan orang perempuan.
“Ibu…takpe la. Ibu pergi berehat.
Biar Sara tolong buatkan sarapan untuk anak manja tu.”
“Ibu
lagi suka kalau Sara yang tolong buatkan. Sara buatlah macam rumah sendiri. Ibu
berehat dalam bilik sekejap.”
Aku
terus melangkah masuk ke dalam dapur. Aku mencari bahan-bahan untuk menyiapkan
sarapan buat Awisy. Dalam hati berdebar-debar jugak. Sebab ini kali pertama aku
mencuba untuk menyiapkan sarapan buat Awisy.
Ok..aku
rasa ini pun dah kira cukup. Omelet telur dan roti bakar. Simple like me. aku tersenyum memandang hidangan sarapan yang ku
sediakan. Aku ni agak jarang juga sebenarnya hendak bekerja di dapur. Tapi
untuk memujuk Awisy, cuba sajalah.
“Ibu!
Awisy dah lapar.” Aku tersentak mendengar suara Awisy. Garpu yang berada di
tanganku laju saja terjatuh.
“Honey!”
Awisy agak terkejut.
“Ehmm…Awisy.
Maaf. Saya jatuhkan garpu pulak.” aku cuba menyembunyikan rasa terkejutku.
Awisy
berjalan mendekatiku.
“It’s okay. Awalnya honey sampai. Rindu
Awisy ek?” duga Awisy. Manalah tahukan. Tak salah bertanya.
“Mana
ada rindu! Saja je datang. Jogging!”
itulah jawapan yang difikirkannya bernas. Padahal Ayumi sebenarnya hendak
melihat keadaan Awisy pasal hal semalam. Namun, sangkaannya meleset. Awisy
kelihatan okay sahaja. Kenalah cover line.
“Oh….jogging.
Jauhnya jogging sampai ke sini. Tapi kenapa pandu kereta?”
Alamak!
Kantoi. Bodoh betul. Tu lah lain kalau nak cari alasan cover line tu, fikirlah sikit.
“Suka
hatilah. Saya suka jogging dengan kereta. Dahlah. Tak payah cerita pasal tu.
saya dah siapkan sarapan untuk awak.”
Awisy
tergelak. Lucu jugak mendengarnya. Mana ada orang jogging guna kereta. Kali
pertama Awisy mendengarnya. Alahai…honey, awak ni memang garang tapi hubby
suka.
“Wah!
Ini yang hubby bertambah sayang honey ni. Lepas kita kahwin nanti, bolehlah
tolong masakkan hari-hari.” Aku mencubit lengannya.
“Ouch!!’
“Cepat
makan! Kalau tak saya balik.”
“Ok…my dear honey.” Aku senyum.
Awisy
duduk di kerusi dan begitu juga aku turut serta. Aku mahu mendengar komen dari
Awisy tentang masakanku.
“Hemmm…nampak
sedap. Honey nak join?” aku pantas
menggeleng laju.
“Ok.
Hubby cuba ya.” Susah jugak mulut aku
ni sebenarnya nak menyebut perkataan ‘Hubby’ tu tapi sebut je la. Alang-alang,
orangnya dah ada di depan mata.
Awisy
leka menikmati sarapan yang terhidang di depan matanya. Boleh tahan jugak.
Awisy gembira dalam hati.
“Sedap
ke?”
Awisy
diam. Sengaja menguji.
“Awisy….macamana?
Ok tak rasanya? Kena dengan selera Awisy ke?”
Awisy
masih diam. Aku tidak senang duduk. Kenapa dia ni tak jawab? Sedap ke tak?
“Tak
payah tanya Sara. Kalau Awisy tu diam, maknanya sedaplah tu. Kalau dah kena
dengan perut, memang tak bunyi bunyi lagi.” Celah ibu dari belakang.
Aku
menjeling Awisy.
“Thanks my honey. Esok buat lagi boleh?”
Awisy tayang giginya.
“Awak
ni buat saya takut la. Lain kali tu kalau nak makan, jangan gelojoh sangat.”
aku mengelap dagunya yang masih ada sisa roti bakar.
“Ibu,
honey goda Awisy!” kali ini aku
menampar lengannya. Suka sangat menyakat aku. Ibu gelak pada kami berdua. Puan
Darina gembira melihat kemesraan anak lelakinya bersama tunangnya itu.
Usai
sarapan, kami berdua menuju ke ruang tamu untuk berbual.
Baru
sahaja aku dan Awisy melabuhkan duduk, telefon bimbitku berdering.
“Mr.Busybody!!” ujarku dalam hati.
“Ehmm…hello?
Assalamualaikum.” Ucapku di talian.
“Waalaikumsalam.
Ehmm…Sara, awak boleh datang ke office
sekarang. Kita ada mesyuarat urgent.”
“Hemmm…ok.
Assalamualaikum.”
“Jangan
lupa. Wajib datang! Waalaikumsalam.” Arah Mukhlis.
Hisyy…bikin
spoil hari aku betul.
“Kenapa
ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Awisy.
“Ehmm…I’m sorry. I’ve got to go now. I have urgent
meeting suddenly. Ok.”
Awisy
sudah membuat muka masam mencuka.
“Kenapa
buat muka macam tu?” soalku walaupun aku tahu Awisy sedang merajuk.
Awisy
diam. Masih merajuk. Waktu hujung minggu begini, masih lagi nak bekerja.
“Awisy…”
hisy…Awisy ni memang kuat merajuk betul! Ni kalau dibiarkan, memang lama dia
merajuk ni.
“Ehmm…apa
kata Awisy hantar saya pergi kerja? Nak tak?” aku ni macam memujuk budak-budak
pulak.
Mata
Awisy terus bersinar-sinar. Kembali bertenaga semula. Tiada lagi muka masam.
Hanya senyuman lebar terukir dibibir.
“Nak!
Tapi tunggu hubby tukar baju dulu. Boleh?”
“Hemm…yelah.
Cepat sikit. Bos saya ni poyo sikit!”
Awisy
segera berlari naik ke tangga menuju ke biliknya.
…………………………….
Awisy menghentikan kereta di depan
bangunan tempat kerjaku. Aku bekerja sebagai editor di salah sebuah syarikat
penerbitan ibu kota.
“Hubby tolong angkatkan buku-buku
dan majalah-majalah tu, ok?” ujar Awisy padaku sebelum melangkah keluar dari
kereta.
“Ok…ada dua kotak. Larat ke?”
“Hubby
ni Iron Man!” aku ketawa. Awisy
membuka pintu belakang kereta untuk mengambil kotak yang pertama dan diletakkan
dulu di muka pintu bangunan. Awisy kembali semula mengambil kotak yang kedua.
“Hai! Sara. Boleh I tolong?” sapa
satu suara dan aku tahu siapa dia. Tentunya Mr.Busybody aka bos aku. Dia ni memang annoying
bagi aku. Berkali-kali juga dia ni confess
perasaan pada aku tapi aku dah bagi clear
otak dia yang aku dah ada tunang. Tapi dia tak percaya sebab tak pernah nampak
tunang aku.
Aku dan Awisy memandang ke arah
suara itu.
“Encik Mukhlis! Takpe la Encik
Mukhlis. Dah ada orang yang bantu saya..terima kasih.” Jawabku acuh tak acuh.
“Yup! Saya la orangnya.” Ujar Awisy
ramah.
Siapa pulak mamat hingusan ni? Macam
tak betul aje? Ceh! Ada hati nak tolong buah hati aku! Bisik hati Mukhlis.
Prinsip Muhklis, selagi Sara belum berkahwin, selagi itu Mukhlis akan berusaha
untuk memikat hatinya.
“Maaflah…budak! Biar saya yang
tolong angkat kotak tu. Lagipun saya yang mintak Sara datang ke sini. Awak
boleh balik sekarang.” Ujar sinis Mukhlis tanpa sedar membangkitkan rasa geram
Sara padanya.
Amboi! Bukan main sesedap mulut dia
aje nak bagi arahan dekat Awisy aku. Memang poyo betul dia ni. Mamat ni tak
pernah nak berhenti ganggu aku. Aku menanti reaksi dari Awisy.
Dia panggil aku budak! Aku ni dah 26
tahun tau! Tapi tak boleh salahkan dia juga sebab muka aku ni memang babyface. Bukan macam muka dia ni! Mulut
dia tebal…mungkin sebab tu la ikut suka mulut dia je nak mengarah orang. Kau
belum tahu aku ni siapa pada Sara. Poyo! Aku ni tunang dia la Muflis!! Eh silap
Mukhlis daa…
“Encik Muflis! Silap lagi..Encik
Mukhlis ke nama awak? Iya la tu kan. Sebenarnya saya ni tunang kepada Cik Sara
Ayumi dan saya bukan budak. Tapi tak kisahlah kalau nak panggil budak sebab
muka saya ni memang babyface pun.”
Wajah Mukhlis berubah seratus
peratus kerana terkejut mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh lelaki
yang berada di depannya ini.
Itu dia…ambik kau Mr.Busybody! My Hubby dah tunjuk taring. Nak gelak
pulak aku tengok wajah bos poyo ni bertukar kelat. Padan muka! Tu lah…orang dah
cakap awal-awal, tak nak percaya. Nasib baik my hubby ni bukan kaki baran tapi childish.
“Betul tu, Encik Mukhlis. Kenalkan
tunang saya Darwisy Luqman. Dia baru je balik dari Melbourne. Sebab tu mungkin
Encik Mukhlis tak percaya bila saya cakap yang saya dah bertunang.”
Ohh…inilah tunang Sara tu! Apa ada
pada dia? Aku tengok macam lembik je orangnya. Asyik senyum saja. Buat sakit
hati aku pulak!
“Hemm…kalau macam tu selamat
berkenalan. Saya Aiman Mukhlis, bos kepada Sara. Maaflah…saya agak berkasar
tadi dengan awak.” Ucapan yang tidak ikhlas dari Mukhlis namun sengaja
memaniskan mukanya di depan Sara dan juga tunangnya.
“Selamat berkenalan.” Awisy
menghulurkan salam perkenalan. Namun Awisy dapat mengagak bahawa senyuman Encik
Muflis tidak ikhlas untuk berkenalan dengannya.
Kedua-duanya kelihatan begitu kekok
pada pandangan mata ku. Masing-masing sebenarnya tidak mahu mengalah untuk
menunjukkan sisi baik mereka berdua. Nasiblah jumpa dengan lelaki yang kurang
matang ni…
“Ok lah…teruskan perkenalan korang
berdua. Biar saya angkat je kotak ni.”
“Jangan! Biar saya angkat!!” ucap
kedua-duanya serentak.
Wooo…tadi nampak kekok tapi sekarang
nampak chemistry. Acah je tadi tu. Saja je nak tengok siapa react dulu?
“Kalau macam tu, saya naik atas
dulu. Tolong angkat kotak tu sekarang.”
“Ya!” mereka berdua mengikut arahan
serta merta. Haii…memang macam budak-budak. Aku berjalan terlebih dahulu sambil
diekori oleh mereka berdua yang membawa kotak masing-masing. Aku hanya ketawa
dalam hati.
Butang lif ku tekan menunggu untuk
terbuka. Ting! Aku melangkah masuk ke dalam lif.
“Bagilah aku dulu masuk!” ujar
Awisy.
“Aku bos! Aku la patut masuk!” balas
Mukhlis tidak mahu mengalah sama.
Aku rasa dua ekor manusia ni
takdenya yang nak mengalah. Kalau nak tunggu alamat meeting hari ni batal
pulak.
“Korang berdua berbincang la dulu.
Jumpa kat atas.” Aku terus menutup pintu lif.
“Ini semua kau punya pasal!” ujar
Mukhlis tidak berpuas hati kepada Awisy.
Eh! Gila ke apa mamat ni? Suka hati
dia pulak nak marah aku. Bukan ke aku yang sepatutnya marah. Aku ni tunang dia!
TUNANG!!!
Pintu lif terbuka sekali lagi. Awisy
hanya mengikut langkah Mukhlis untuk menuju ke tingkat tempat kerja Sara.
……………………………………..
Hari ini aku boleh meluangkan masa
untuk bersama dengan Awisy. Aku nak ajak Awisy tengok wayang la. Dah lama kami
berdua tak tengok wayang bersama-sama. Jenuh juga hari tu aku nak memujuk Awisy
sebab semuanya pasal Encik Mukhlis tu. Sebab dia my hubby macam takde mood nak
layan aku.
Aku mencapai telefon bimbitku untuk
menghubungi Awisy.
Ms.Honey : Assalamualaikum.
Mr.Hubby : Waalaikumsalam…hemm
Ms.Honey : Masih merajuk lagi ke?
Mr.Hubby : Hemmm…
Ms.Honey : Apa yang hemm…aje? Takde mood ke? Kalau takde mood takpe la. Biar saya ajak Encik
Muhklis aje temankan saya pergi tengok wayang.
Mr.Hubby : No! Siapa kata bi takde mood. Semua mood bi rosak pasal Encik Muflis tu la! Sibuk
aje dengan honey saya. Lagi satu,
siapa kata bi izinkan honey keluar dengan si Muflis tu! Tak boleh!
Aku ketawa di hujung talian. Suka
hati je nak panggil Encik Muflis…tapi tak kisahlah. Yang penting sekarang, kena
pujuk Mr.Hubby yang kuat merajuk.
Ms.Honey : Acah je…
Mr.Hubby : Honey cuba lah kalau
berani…nanti hubby buat hal di depan
rumah honey tiga hari tiga malam.
Ms.Honey : Lucu la…rasa macam nak tengok juga Awisy buat apa..
Mr.Hubby : Honey!!
Ms.Honey : Ok la….so, nak pergi
tengok wayang ke tak ni?
Mr.Hubby : Sudah tahu bertanya pulak! Mestilah pergi. Ok…bi jemput honey kejap lagi. Assalamualaikum.
Ms.Honey : Waalaikumsalam.
…………………………..
Habis juga kami berdua tengok wayang
tadi. Mulanya aku dan Awisy berebut hendak menonton wayang kesukaan
masing-masing. Kalau aku….aku lebih suka tengok movie seram atau aksi. Awisy
pulak minat movie anime tak pun komedi. Mana tak serabut kepala.
Awisy nak tengok movie Monster University..aku pulak nak tengok
Warm Bodies. Puas kami berdua
berdebat. Macam kami berdua pulak yang buat movie secara langsung depan public
tadi. Akhirnya, Awisy ajak aku main ohsom. Tahu tak ohsom? Ala…permainan
budak-budak kecil tu. Entah dari mana Awisy dapat idea budak-budak macam tu.
Dan lebih malang aku yang kalah. Giler frust aku wei!
“Kenapa muncung muka tu?” soal
Awisy.
“Ada orang tu dah cari pasal.”
“Oh…iya ke? Ala....kesiannya honey
kita ni. Takpe, mari hubby pujuk.” Awisy menarik lenganku melangkah masuk ke
dalam sebuah kedai dvd.
Aku masih terpinga-pinga dan hanya
melihat tingkah laku Awisy seperti mencari sesuatu di bahagian rak dvd.
“Dah jumpa!” Awisy senyum padaku
lalu menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Aku tidak sempat menjeling dvd
yang dibelinya.
“Jom….kita keluar. Lepas ni, hubby
nak bawa honey pergi makan. Hubby tengok honey macam takde mood, so apa kata
hubby bawa pergi Tutti Fruitti untuk sejukkan hati honey tu.” pujuknya.
Aku hanya menurut langkahnya yang
bersahaja. Hisy…Awisy tu tak nak pujuk aku ke? Diakan tahu aku bad mood sebab tak dapat movie yang aku
minat! Baru sahaja kami berdua ingin melangkah masuk ke dalam Tutti Fruitti,
tiba-tiba….
“Hai! Sara.” Sapa Mukhlis terlebih
mesra.
Apa pulak mamat muflis ni buat kat
sini! Nak sapa tunang orang pun, agak-agak la! Tunang dia kat sebelah ni, dia
buat macam tak nampak pulak.
“Hai! Encik Muflis..eh silap lagi.
Apa khabar Encik Muhklis?” perli Awisy. Gaya suara Awisy sudah bertukar seperti
gaya Puan Latipah dalam filem Madu Tiga pulak. Aku hanya menahan ketawaku
melihatkan wajah Encik Mukhlis sudah berubah.
Mereka berdua bersalaman dengan rasa
yang kurang senang bertamu dalam hati.
Budak hingusan ni asyik nak melekat
saja dengan tunang dia ni! Menyampah! Omel Mukhlis dalam hati sambil merenung
tajam Awisy yang hanya tersengih memandangnya.
“Hemm…tak perasan pulak awak ada.
Saya khabar tak baik.” Balas Mukhlis.
Ek eleh…mamat muflis ni! Sentap
pulak! Aku rasa aku yang patut cakap macam tu. Dasar poyo terlebih dia ni!
Kalau tak disedarkan awal-awal, boleh melarat nanti.
“Ehmmm…honey, let’s go inside.”
Awisy menarik tanganku untuk beredar masuk ke dalam.
“Ermm…sorry Encik Mukhlis, saya
masuk dulu ya.”
Muhklis terpaksa menahan rasa.
Mukhlis tahu perbuatannya ini salah tapi Mukhlis masih tetap dengan prinsipnya.
Aku dan Awisy melabuhkan duduk usai
memilih ais krim. Rajuk aku masih belum hilang, tiba-tiba Awisy pulak yang
sudah masam mencuka. Ini tak lain tak bukan pasal Encik Mukhlis la ni.
“Honey…betul honey takde apa-apa
dengan mamat muflis tu?” bunyinya macam berjauh hati pulak Awisy aku ni.
“Mana ada…kenapa? Awak marah ke?”
“Hubby ni susah nak marah orang yang
bi sayang. Sebab bi tak nak buat dia menangis. Takut nanti orang yang bi sayang
pergi tinggalkan bi.”
Fullamak!
Bila masa pulak Hubby ni berubah jadi mamat romantik ni! Buat aku rasa serba
salah pulak. Dahlah aku belum habis lagi beri jawapan untuk soalan terakhir hot
and spicy Awisy. Alahai! Sara…bila la kau nak jatuh cinta dengan tunang kau
yang comel ni? Hati aku memang la dah suka dan sayang tapi cinta tu mungkin
masih lagi dalam proses.
Tapi…aku sebenarnya tabik spring juga dengan Awisy ni sebab selalu
sabar layan kerenah aku ni. Sejak kecil lagi Awisy memang selalu melayan aku
dengan baik dan tak pernah sedikitpun meninggikan suara padaku. Sebab tu aku
sangat sayang dia. Cuma kadang-kadang Awisy ni kurang matang sikit walaupun dah
tua bangka.
“Kenapa cakap macam tu! Encik
Mukhlis tu takde kaitan langsung dalam hal kita berdua. Ok…hubby janganlah
risau.” Wajah Awisy berubah ceria sebab aku dah panggil dia hubby tadi. Cepat
betul dia berubah. Tadi muka macam lembik je.
“Ok…sebab honey dah panggil hubby
tadi, tadaa…” Awisy menghulurkan aku plastik speedy.
Aku melihat isi kandungannya. Warm Bodies!! Patutlah Awisy bawa aku
pergi ke kedai Speedy tadi. Aku senyum kepadanya.
“Thanks….i really love it.”
“Kan bagus kalau hubby jadi cd
tu...boleh selalu dengar ayat-ayat cinta dari honey.”
……………………………………
Kerja aku semakin bertambah-tambah
pulak. Akhir-akhir ni aku selalu balik lewat disebabkan kerja yang mencemburui
aku. Huhhh….Awisy. Tiba-tiba aku rindu pulak dengan Awisy. Sudah tiga hari kami
tidak bertemu disebabkan kekangan masa. Tapi…kenapa Awisy tak pernah call aku dalam masa tiga hari ni? Dia
sibuk ke? Setahu aku dia belum lagi mula
bekerja di syarikat ayahnya.
Hemm…nak call ke tak? Call ke tak?
Fikir…fikir…kalau aku call, aku nak cakap apa? Aku bukan seorang yang suka-suka
nak call tanpa sebarang sebab. Lainlah kalau Awisy tu memang suka call aku tak
kira masa tapi tidak untuk tiga hari ni.
“Sara! Dah lewat ni..jom la kita
balik. Aku rasa esok pun boleh kita siapkan.” Ujar Kak Tini.
“Yalah…hari pun dah lewatkan. Bos
dah balik ke?”
“Rasanya dia masih dalam bilik dia
kut? Kenapa?”
“Takdelah…ok. Jom!” ajakku.
Aku dan Kak Tini sama-sama melangkah
masuk ke dalam lif dan sementara menunggu lif tertutup, muncul Encik Mukhlis
dengan wajah yang serius. Aku dan Kak Tini hanya diam sahaja.
Pintu lif terbuka luas untuk kami
bertiga keluar dari dalam lif. Namun Encik Mukhlis pantas berjalan laju tanpa
menyapa kami. Tak kisah pun! Aku lagi suka.
“Ok..Sara, hati-hati tau bawa kereta
tu. Jangan laju-laju sangat. Assalamualaikum.” Ucap Kak Tini yang sudah pun
berada di dalam kereta suaminya. Aku melambai ke arahnya.
Aku segera membuka pintu keretaku
lalu menghidupkam enjin kereta.
“Oh…no way! Janganlah waktu macam ni kereta aku ni buat hal pulak!” aku
menghidupkan sekali lagi. Masih tetap sama.
Tiba-tiba, tingkap kereta ku
diketuk.
Encik Mukhlis! Dia belum balik lagi
ke? Hisyy…nak tak nak aku terpaksa turunkan tingkap kereta.
“Kenapa ni Sara?”
“Ehmm..kereta tak boleh start la?”
“Apa kata I tumpangkan you balik?”
What!
Tumpang kereta dia? No way! Tak
pasal-pasal kena sembur fire oleh
mama dengan Awisy nanti. Matilah aku kalau Awisy tahu aku tumpang kereta musuh
ketat dia ni! Nanti Awisy merajuk, aku juga susah yang nak pujuk.
“Takpe la Encik Mukhlis. Biar saya call tunang saya je.”
“First..don’t call me Encik Mukhlis dekat luar. Call me Mukhlis ke Aiman ke.
Second..kalau you nak call tunang you, I rasa akan ambil masa juga nak sampai
ke sini. So, you tumpang kereta I je, ok?”
Aku mengerling jam sekilas. Betul
juga cakap bos ni. Kalau nak tunggu Awisy jemput aku, mesti lama lagi aku nak
tunggu. Tiba-tiba, bunyi mesej menganggu aku.
Salam…honey. Ur family, semuanya di
rumah bi sekarang. So, honey singgah ke rumah bi ya.-Mr.Hubby
Hemm? Mama kat rumah Awisy? Kenapa?
Kan dah lewat malam ni.
“Sara…you ok ke?”
“I’m
okay. Ehmm..kalau macam tu, saya tumpang awaklah.” Mukhlis tersenyum
bahagia kerana akhirnya Sara sudi juga menerima bantuannya.
“Awak ikut alamat ni, ya.” Ujarku.
Mukhlis hanya menurut sahaja.
Mukhlis memandang sekilas ke sisinya. Patutlah senyap saja. Dah tidur rupanya.
Mukhlis memberhentikan keretanya di
hadapan sebuah rumah banglo. Kalau ikut alamat, inilah rumahnya. Macamana aku
nak kejutkan dia? Mukhlis cuba merenung Sara dengan lebih dekat lagi.
Awisy segera keluar dari rumahnya
sebaik sahaja terdengar bunyi kereta yang berhenti di depan rumahnya. Kereta
siapa pulak ni? Ini bukan kereta honey. Hajat di hati untuk membuat kejutan
untuk honey kerana hari ini adalah
hari jadinya. Namun Awisy tetap juga melangkah untuk melihat kereta yang
berhenti di depan rumahnya. Tiba-tiba, hati Awisy dilanda gelisah.
“Honey!!!” jerit Awisy sambil
mengetuk tingkap kereta dengan kuat.
Mukhlis cukup terkejut melihat
tunang Sara. Ah…mesti tunangnya sudah salah faham dengan tindakan Mukhlis yang
cuba untukl mengejutkan Sara dari tidur.
Mataku terus terbuka luas memandang
ke sisi tingkapku. Wajah Awisy sudah berubah menjadi keruh. Ini kali pertama
aku lihat Awisy begini. Aku membuka pintu kereta segera.
“What
are you doing with him, honey? I just saw that the two of you…kiss!”
“Awisy!!! Kenapa dengan Awisy ni
tiba-tiba nak marah? Mukhlis cuma hantar saya pulang sebab kereta saya tadi
rosak!” bentakku. Aku sudah tidak peduli lagi. Apa yang dikatakan Awisy
semuanya mengarut dan melampau bagi aku.
“So,
sekarang ni awak nak bela la bos kesayangan awak ni! Dah pandai pulak panggil
nama dia sekarang! Kenapa awak tak call saya
saja supaya jemput awak? Atau awak memang sebenarnya dah lama ada hubungan
dengan dia!”
“Awisy!!!” tanpa sedar aku menampar
pipinya. Aku benar-benar rasa terluka kerana Awisy sanggup berkata begitu
padaku. Selama ni Awisy sangat menjaga tutur katanya dan tidak pernah sekalipun
meninggikan suaranya kepadaku.
“Encik Muklis! Tolong hantar saya
balik sekarang!” aku segera masuk ke dalam kereta Encik Mukhlis lalu
meninggalkan kawasan rumah Awisy. Aku menangis dengan sekuat hati.
“Kenapa boleh jadi macam ni? Saya
sayang Awisy…”luahku.
Mukhlis cukup rasa bersalah atas apa
yang berlaku pada Sara. Ini semua adalah kesalahannya sendiri. Kalau la dia
tidak cuba merapati Sara, tentu Awisy tidak akan salah faham.
………………………………………
Sudah seminggu aku berperang dingin
dengan Awisy. Tiada panggilan telefon dan balasan mesej seperti yang selalu
kami lakukan. Sunyi. Rindu. Aku sudah tahu sebab sebenar Awisy marah denganku.
Awisy sudah salah faham tentang hubunganku dengan Encik Mukhlis. Ah!
Mama juga sudah menceritkan
sepatutnya seminggu yang lalu, Awisy akan meraikan hari jadiku dengan membuat
kejutan istimewa. Tapi…semuanya sia-sia. Sudah puas aku menangis di dalam
bilik.
Mukhlis rasa tidak tenang melihat
Sara yang sudah tidak lagi ceria. Mukhlis tahu ini semuanya berpunca dari
kesilapannya. Mukhlis harus membetulkan keadaan. Ya! Dia perlu berjumpa dengan
tunang Sara untuk menyedarkannya.
“Hello! Aku nak jumpa kau sekarang.
Ini penting berkenaan aku dan Sara. Bos Sara.” Ucap Mukhlis.
Awisy terkejut menerima panggilan
dari Mukhlis. Kalau bukan pasal kau, aku dan honey takkan jadi macam ni?
“Awisy…kenapa ni? Masih gaduh dengan
Sara ke? Awisy kenalah mengalah dalam hal ini. Cuba dengar penjelasan Sara
dulu. Mana tahu ini semua salah faham.”
“Tapi bu, Awisy tak rasa Awisy salah
faham bu. Awisy nampak!”
“Tak semestinya apa yang kita nampak
di depan mata, kita boleh menilai dengan tepat dan tak semestinya apa yang kita
tak nampak di depan mata, kita tak boleh menilainya. Ibu harap Awisy fikirkan
kata-kata ibu ni. Ibu tak nak Awisy menyesal pulak.”
Awisy terdiam mendengar kata-kata
ibunya yang menusuk jiwanya. Ada benarnya kata-kata ibunya itu. Adakah aku yang
silap? Awisy pantas mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumahnya untuk
bertemu dengan Mukhlis.
Awisy melangkah masuk ke dalam
restoran untuk bertemu Mukhlis.
“Assalamualaikum.” Ucap Awisy.
“Waalaikumsalam.” Kedua-dua kini
bertentang mata. Masing-masing memendam rasa yang tersendiri.
“Cakaplah apa yang penting tu.” ujar
Awisy.
“Aku tahu kau masih marah dengan aku
dan Sara. Tapi sebenarnya kau dah silap tentang kami berdua. Aku tahu kau
mungkin susah nak percaya.”
“Memang aku susah nak percaya sebab
kau pun sebenarnya sukakan Sara. Kau sedar tak! Sara tu tunang aku dan kami tak
lama lagi akan berkahwin!”
“Aku tahu sebab tu aku nak terangkan
hal yang sebenarnya. Malam tu apa yang kau nampak adalah salah. Memamg kereta
Sara tak dapat nak hidup jadi aku pun tolong. Aku nak tumpangkan Sara tapi Sara
menolak sebab dia tak selesa. Dia nak call kau supaya jemput dia. Tapi aku yang
halang sebab hari dah lewat malam. Kalau dia nak tunggu kau lagi, mesti ambil
masa yang lama. Sebab tu akhirnya Sara setuju tumpang kereta aku. Lepas tu,
Sara bagi aku alamat rumah kau. Aku tak tahu sebenarnya itu rumah kau. Aku
ingat rumah Sara sebab tu aku biarkan dia tidur sekejap di kereta. Dia nampak
penat sangat. Masa aku nak kejutkan dia, aku tak tahu macamana nakl buat. Jadi
aku pun cubalah dekat dengan dia dan waktulah tu lah kau datang mengamuk.”
Terang Mukhlis.
Awisy tersentak. Ah! Kalau tidak
disebabkan perasaan cemburunya, Sara tentu tidak terluka dengan kata-katanya.
Awisy menyesal. Dulu Awisy pernah berjanji untuk tidak membuat Sara menangis.
Awisy rasa ingin menagis saja.
“Aku tahu aku salah dalam hal ini.
Jadi, aku nak minta maaf pada kau sebab aku dah keruhkan hubungan kau dan Sara.
Jangan pernah lukaka hati Sara. Sara memang benar-benar sayangkan kau. Dah
seminggu dia tak ke office.”
“Hah! Seminggu!” Awisy bingkas
bangun untuk beredar. Awisy ingin berjumpa dengan tunang yang dirinduinya.
Honey sakit ke? Bodohnya aku sebab marah tak tentu pasal waktu tu!
“Hei! Jaga Sara baik-baik.” Ucap
Muhklis sebelum Awisy melangkah keluar.
…………………………….
“Assalamualaikum!”
“Assalamualaikum!!”
Siapa pulak datang rumah aku ni?
Mana mama? Malasnya nak turun.
“Assalamualaikum!!!”
Aku segera keluar dari bilik lalu
turun ke bawah. Aku membuka pintu mama. Tengah solat rupanya. Aku terus menuju
ke pintu rumah untuk melihat gerangan yang datang.
Alangkah terkejutnya aku, Awisy kini
berada di depan mataku. Sungguh aku rindu pada Awisy. Sudah seminggu aku tidak
berjumpanya.
“Honey! I’m really sorry for what I
had done to you. I really miss you!” jeritnya dari luar pagar rumah.
Baru sekarang Awisy nak minta maaf.
Biar aku uji sikit walaupun aku memang sudah lama memaafkannya. Aku menuju ke
pagar. Aku berpeluk tubuh dan menayang muka dingin.
“Honey…I
was wrong. Bi silap dan bi menyesal sangat. Bi dah tahu semuanya. Encik
Muflis dah terangkan segala-galanya pada bi tentang malam tu. Bi tak nak
kehilangan honey. Bi cintakan honey selama-lamanya. I’m sorry. Please!”
Aku ketawa dengan kuat. Awisy ni
masih lagi tak betul-betul menyebut nama Encik Mukhlis. Macamana la aku nak
marah dia ni dengan muka dia yang comel tu lagi. Haiyaaa…
“Awisy…I HATE you!” ucapku serius.
Awisy terkejut.
Awisy mengerti mungkin tunangnya itu
masih belum dapat memaafkannya lagi. Awisy perlu beredar.
“But, I LOVE you Darwisy Luqman.”
Ucapku sekali lagi. Kali ini Awisy menoleh semula. Dia tidak silap dengar.
“Betul ni?”
“Yes!” Awisy melompat-lompat kerana
akhirnya Sara sudah memaafkannya dan paling penting sekali Sara sudah menjawab
soalan ketiganya.
………………………….
“Hubby! Cepatlah siap! Kita nak
pergi beraya rumah Encik Muhklis. Nanti makanan habis pulak!”
“Honey ni…kejap lagi la. Tak lari
pun rumah si Muflis tu! Macamlah sedap sangat makanan kat rumah dia tu!”
“Hubby ni kenapa? Jealous ke? Tolong sikit ek, nama dia
Encik Mukhlis bukannya Muflis!”
“Mestilah hubby jealous! Sebab honey
cantik sangat nak pergi rumah dia ni. Takut dia tu masih simpan perasaan pada
honey.” Awisy buat muka seposen.
“Lupa nak beritahu…Encik Mukhlis tu
dah ada tunang la. So, cepatlah
Mr.Hubby oii..honey dah lapar ni.”
Aku menarik lengannya untuk bangun
dari katil. Sudah hampir tiga bulan kami mendirikan rumah tangga. Perangai
Awisy tetap manja malah semakin menjadi-jadi manjanya. Tapi itu semua tidak
menjadi kekurangan untuknya malah aku gembira kerana setiap pasangan pasti ada
kelainan. Sebab itulah Sara Ayumi ditakdirkan untuk menjadi MS.Honey kepada
Darwisy Luqman, MR.Hubby ku.
TAMAT.
P/S : Selamat membaca cerpen keempatbelas dari saya...saya harap semua pembaca terhibur dan jangan segan untuk beri komen. Cerpen kali ini saya akan tulis tiga versi menggunakan tajuk yg sama tetapi karakter yg berbeza. Nantikan cerpen versi kedua MR.HUBBY & MS.HONEY mungkin selepas raya:)
0 comments