Cerpen HELLO! ENCIK FUSSY
16:38
oleh : KIR@ LEE
Ahhh….aku lupa!!!!
Majikan aku kata malam ini anak lelaki dia nak balik dari luar negara. Aku kena
cepat-cepat kemaskan bilik anak teruna dia tu. Biasalah..kerja sebagai pembantu
rumah ni memang banyak sangat kerjanya. Kalau nak berehat pun, pandai-pandailah
cari masa. Sebenarnya, aku ni cuma menggantikan ibu aku untuk bekerja di rumah
ni. Sebabnya, ibu aku tiba-tiba jatuh sakit. Sementara, aku tengah cuti sem ni
dapat jugalah aku tolong ibu aku.
Aku membuka pintu
bilik anak majikan ku. Wahhh!!! Besar giler bilik dia wooo..syoknya jadi anak
orang kaya. Kalau nak di bayangkan bilik dia, dah macam bilik hotel pun ada.
Memang beruntung la anak Datin Sri Hamidah ni.
“ Ok..Ed, mula-mula
kau kena tukar cadar katil. Lepas tu, kau kena lap tingkap-tingkap tu.” Ujarku
pada diri sendiri. Aku berjalan ke arah satu sudut bersebelahan dengan katil.
Ehm..ada gitar. Mesti anak Datin ni pandai main gitar. Tapi, aku tak nampak pun
gambar dia kat dalam bilik ni. Dia tak suka bergambar ke? di ruang tamu pun,
cuma ada gambar waktu kecil dan remaja jer.
Tiba-tiba, pintu
bilik dikuak. Aku terkejut. Siapa la yang berani sangat masuk ke dalam bilik anak majikan aku ni? Aku menoleh ke
belakang untuk melihat gerangan yang datang.
Eh..siapa pulak dia ni? Dengan muka berkerut semacam. Macam nak makan
orang je!
“ Kau ni siapa?
Siapa suruh masuk bilik ni??” soalku. Entah siapa lelaki ni tiba-tiba jer
datang dengan bagasi di tangan. Suka hati dia jer nak masuk-masuk kat sini!!
“ Excuse me?? Kau tu
yang siapa?? Siapa yang bagi kebenaran kau masuk ke dalam bilik aku hah??”
Lelaki itu marah kepadaku tiba-tiba. Wahh…ini memang melampau! Sesuka hati mak
dia jer nak marah-marah aku! Dia tu yang tak sedar diri. Tiba-tiba masuk ke
dalam bilik ni, marah-marah orang. Aku memberanikan diri untuk berjalan ke
arahnya.
“ Amboi!!!! Sedapnya
mulut kau nak marah aku! Kau ikut aku sekarang! Aku nak report pada Datin ada
penceroboh datang ke sini!” ujarku geram. Aku menarik lengannya dengan kasar
dan membawanya turun ke bawah untuk mencari Datin. Baru padan muka dia.
“ HEYY!!!!!”
jeritnya. Aku tidak peduli. Aku memegang erat lengannya dengan sepenuh tenaga
ku agar tidak terlepas. Pandai nak lari yer? Siap kau lepas ni bila jumpa
Datin.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Hah! Itu pun
Datin!” aku menarik lelaki muda itu keluar menuju ke taman.
“ Datin!!!Datin!!!”
laungku sebelum sampai ke arah Datin. Terkejut sekali Datin Sri Hamidah
mendengar suaraku yang menjerit-jerit.
“ Kenapa dengan kamu
ni Lea??” soal Datin yang risau melihatku. Aku termengah-mengah membawa lelaki
muda ini.
“ Datin, saya nak
cakap sesuatu dengan Datin. Ada penceroboh masuk ke dalam rumah Datin ni!! Ini
dia orangnya! Tadi saya tangkap dia masa dia masuk ke dalam bilik anak lelaki
Datin!” terangku bersungguh-sungguh. Tapi, kenapa Datin macam tak terkejut yer?
Yang peliknya Datin senyum. Aku musykil.
“ Mama!” ucap lelaki itu
tiba-tiba. Lelaki itu menarik lengannya dari genggaman tanganku lalu memeluk
Datin. Datin Sri Hamidah membalas pelukannya.
“ Eddie sayang. Kenapa tak
bagitahu mama yang Eddie balik awal?” soal Datin.
“ Eddie saja jer nak buat
surprise pada mama. Tapi, tak sangka pulak kedatangan Eddie ke sini disalah
‘ANGGAP’!” Eddie sengaja menekan ayat tadi untuk mengenakan aku. Aduhhh!!!
Matilah aku. Ini rupanya anak lelaki Datin tu. Aku sudah tersengih menahan
malu. Mana la aku tahu lelaki ni anak Datin.
“ Ehm…Datin, saya minta
maaf betul-betul. Saya memang tak tahu langsung yang ini anak Datin. Lagipun,
saya ingat dia balik malam nanti.” Ucapku pada Datin Sri Hamidah. Eddie menahan geram memandangku. Siapa pula perempuan ni? Pembantu rumah baru? Takkan mama aku
ambil pembantu yang muda?
“ Tak apa la. Kamu
bukannya kenal pun dengan anak saya ni. Tak kisahlah. Yang penting, Lea
sekarang dah kenalkan. Inilah anak lelaki saya tu, Eddie Harith. Dia baru jer
habis belajar kat oversea.” Ujar Datin padaku. Ahh…sudah..dari pandangan
anaknya itu, aku tahu dia memang tak berminat langsung nak kenal dengan aku.
“ Oh..yer..yer..” jawabku
ringkas.
“ Eddie, ini pula Lea
Edrina, anak Mak cik Latifah. Mak cik Latifah sekarang ni tengah sakit. Jadi,
sementara si Lea ni cuti sem, dia akan gantikan kerja ibunya di rumah kita.
Jadi, mama nak kamu berkawanlah yer. Tak mahu gaduh-gaduh. Ok, mama masuk ke
dalam dulu.” Datin Sri Hamidah meninggalkan kami berdua di taman.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku terus berpusing ke
belakang. Aku malas nak menghadap dia ni. Aku tahu dia mesti tengah tunggu time
nak melepaskan bom gunung berapinya pada aku. Aku tahu dia sedang menahan geram
masa tengah berbual dengan Datin tadi. Aku perlahan-lahan bergerak untuk masuk
ke dalam. Namun, pantas saja lenganku
dipegang kuat hingga membuatkan aku berpaling menghadapnya.
“ Siapa suruh lari? Kau
belum lagi minta maaf kat aku? Kau ingat aku senang-senang je nak bagi kau
lepas!!” luahnya.
“ Sakitlah!! Lepaskan aku
dulu. Aku janji aku tak lari!” balasku. Eddie perlahan-lahan melepaskan tanganku.
Yehh!!! Ini peluang! Aku berlari laju masuk ke dalam meninggalkan dia
bersendirian di situ. Aku sempat lagi menjelir lidah ke arahnya.
“ LEA!!!!!!!!!!!”
Jeritnya. Aku ketawa puas. Padan muka. Tanpa sedar, aksi kami berdua
diperhatikan seseorang.
“ Eddie Honey!!” tiba-tiba
satu suara manja muncul dari belakang Eddie dan memeluknya. Sungguh Eddie
terkejut dengan tindakan itu. Eddie berpaling.
“ Kau?? Ada apa kau ke
sini?” soal Eddie yang masih bengang. Mana tidaknya, Eddie belum puas lagi
melepaskan geram kepada Lea. Tiba-tiba, datang pulak minah gedik ni menganggu
rancangan Eddie.
“ Kenapa ni sayang? You
tak suka ke I ke sini? I tak sangka pula you dah balik ke sini? Ehmm..i think
memang jodoh kita kuat kut sebab tu jumpa you kat sini.” Luah Nasha.
“ Lepaskan aku. Aku tak
suka kau peluk aku! Baik kau blah sekarang sebelum aku naik angin!” Eddie
memang tak suka dengan gaya gedik Nasha padanya. Bukannya Eddie tak tahu, Nasha
ni sudah lama menaruh hati padanya tapi dibiarkan sahaja. Eddie malas hendak
melayan sikap Nasha ini.
“ Kenapa pulak dengan you
ni? Tiba-tiba nak marah I? Ohhh..kalau perempuan tadi tu, you boleh pegang dia
pulak? Kenapa I tak boleh pula? I kan kekasih you..”
“ Bila masa pulak kita ni
bercinta? Aku tak suka kau pun! Kau jangan nak perasan! Lagipun, suka hati aku
la nak pegang siapa? Kau bukannya siapa-siapa pun pada aku?” Eddie memang
seorang yang suka cakap lepas. Siapa yang tak dapat tahan dengan sikap barannya
itu, free-free la tadah telinga tu untuk dengar.
“ Sampai hati you cakap
macam tu pada I! Tak pe. You takkan terlepas dari genggaman I. Suatu hari
nanti, you akan jadi milik I. Ingat tu Eddie Harith Dato Sri Emran Hakimi!”
Nasha memberi amaran pada Eddie.
“ Kau ingat aku takut
dengan ugutan kau tu! Pergilah! Buat semak je kat rumah aku ni!” Eddie berlalu
masuk ke dalam rumah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku membantu Mak Yam di dapur untuk memasak
hidangan makan malam nanti. Ye..lah, aku kena cepat-cepat buat. Lepas dah siap,
aku nak pergi ke hospital nak lawat ibu pulak. Then, barulah boleh balik rumah.
Hemm…banyak juga kerja aku ni.
“ Lea, macamana dengan
kesihatan ibu kamu?” soal Mak Yam.
“ Alhamdulillah..ibu dah
semakin sihat Mak Yam.”
“ Baguslah tu. Mak Yam
teringin nak melawat ibu kamu tu. Tapi, belum berkesempatan lagi. Nanti bila
kamu pergi ke hospital, jangan lupa kirim salam kat ibu kamu yer.”
“ InsyaAllah, Mak Yam.
Nanti Lea akan sampaikan.” Aku merenung jam di dinding. Dah masuk Maghrib.
“ Ehm..Mak Yam. Saya masuk
bilik Mak Yam dulu yer. Nak solat kejap.” Ucapku.
“ Ye lah. Masakan ni pun
dah nak siap jugak. Kamu pergilah solat dulu. Nanti giliran Mak Yam pulak.”
Aku berlalu keluar dari
dapur dan menuju ke bilik Mak Yam. Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik
Mak Yam, tiba-tiba seseorang berdehem.
“ Kau nak ke mana tu?”
soal Eddie tiba-tiba. Eddie masih tidak berpuas hati dengan cara layanan Lea
terhadapnya. Eddie ingin Lea meminta maaf padanya.
“ Aku nak masuk bilik la.”
Balasku.
“ Eh…mana boleh. Siapa
suruh kau masuk bilik? Kenapa kau tak tolong Mak Yam kat dapur tu?” soal Eddie
dengan kasar.
“ Ishh…untuk pengetahuan
Tuan Eddie, sekarang ni dah masuk waktu maghrib! Jadi, aku nak solat dulu. Tepi
lah!!” ujarku. Eddie malu sendiri. Bodohnya kau Eddie. Tu lah kau nak kenakan
dia. Sekarang kau yang kena balik.
“ Ye ker dah masuk waktu?
Ehm…kau solat la dulu. Tapi, lepas kau solat aku nak cakap dengan kau. Kau
jangan nak elakkan diri!” ujar Eddie tegas. Eddie terus naik ke biliknya
menahan malu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Suasana makan malam Eddie
bersama keluarganya disambut dengan meriah. Eddie sudah lama tidak merasa makan
malam bersama dengan keluarganya. Sesekali, pandangan Eddie melirik kea rah Lea
yang berada di dapur. Datin Sri Hamidah hanya diam memerhatikan tingkah laku
anaknya itu.
“ Ehm..Eddie, berapa lama
kamu nak berehat kat rumah ni?” soal Datuk Sri Emran.
“ Mungkin dalam sebulan
macam tu..” ucapnya bersahaja.
“ Aii…lamanya Eddie nak
cuti. Ehmm..tak pe la. Tapi, sebulan saja yer. Lepas tu, Eddie kena tolong ayah
uruskan syarikat kita.” Datuk faham akan sikap anaknya itu. Lagipun, anaknya
itu baru sahaja balik dari oversea.
“ Udah-udah
ler..ceritenyer tentang syarikat tu. Mari makan.” Ajak Datin Sri Hamidah.
“ Ok…” ucap Eddie.
Usai makan malam, Eddie
mengajak mama dan ayahnya ke ruang tamu. Ehm…dah lama tak berkumpul anak
beranak. Aku melihat jam di dinding. Sudah jam 9.00 malam. Dah tiba masanya aku
balik. Aku menuju ke ruang tamu untuk meminta izin dari Datin untuk balik.
“ Maaf Datin menganggu.
Saya dah nak balik dulu. Semua kerja di dapur saya dah habiskan dengan Mak Yam.
Kalau tak de apa-apa lagi, boleh tak saya minta diri dulu.” ujarku sopan.
“ Baiklah..terima kasih
yer Lea. Lea nak balik ni guna apa? Kalau tak saya boleh suruh pemandu
hantarkan.”
“ Eh…tak apa la Datin.
Menyusahkan jer. Kalau macam tu, Lea balik dulu yer nak lawat ibu di hospital
dulu. Assalamualaikum.” Ucapku lalu menyalam tangan Datin. Eddie hanya
memerhatikan langkahku yang semakin hilang dari pandangannya. Eh…perempuan ni
dah lupa ke yang aku nak jumpa dia? Ehm..tak apa, kali aku kasi chance kat kau.
Esok, kau tengok la. Aku nak buli kau puas-puas. Eddie tersenyum sendiri
memikirkan rancangan untuk hari esok.
“ Kenapa dengan kamu ni
Eddie? Tersengih-sengih je dari tadi?” soal Datin.
“ Tak de apa-apa la. Saja
jer.” Balas Eddie.
“ Baik betul budak Lea tu
kan mama.” Ujar Datuk.
“ Yer..sudahlah baik,
hormat pulak tu pada orang tua. Zaman sekarang ni susah nak cari anak yang
macam tu.” Puji Datin.
“ Ye ke baik?” soal Eddie
tiba-tiba. Eddie masih tidak berpuas hati dengan layana Lea padanya petang
tadi.
“ Kenapa pulak kamu cakap
macam tu? Kamu tu belum kenal lagi Lea sepenuhnya. Nanti, bila kamu dah kenal
lama, takut pulak kamu terjatuh cinta.” Usik Datin.
“ Eh..tolong sikit. Tak
sesuai la dengan Eddie! Dahlah..Eddie nak naik atas dulu.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Assalamualaikum!!!!”
sapaku.
“ Assalamualaikum!!!!!!”
laungku sekali lagi. Aii..mana pulak orang dalam rumah ini. Takkan belum bangun
lagi. Aku duduk di buaian di taman. Ye lah…walaupun aku ni pembantu rumah kat
rumah Datin ni, tak semestinya aku boleh
masuk sesuka hati.
“ Ehemmm….” Eddie
berdehem. Aku menoleh ke belakang.
“ Hah!! Datang pun kau.
Aku kan dah kata semalam yang aku nak cakap dengan kau. Kau tak ingat ke atau
kau sengaja nak mengelak dari aku?” soal Eddie sebaik sahaja Lea didepan
matanya. Eddie mengesat peluhnya setelah habis bersenam.
“ Assalamualaikum!” sapaku
terlebih dulu. Ishh…apahal la lelaki ni? Asal datang je nak marah-marah! Tak
pernah nak tunjuk mauka manis. Buat orang terkejut ada ler! Nasib baik kau ni
anak majikan aku! Kalau tak dah lama kau makan penumbuk buku lima aku ni.
Macamlah kuat sangat? Hiihihi…
“ Waalaikumsalam! Kau ni
sengaja nak kenakan aku la tu kan!” balas Eddie. Sekali lagi Eddie menahan
malu. Apasal la kau tak bagi salam dulu Eddie! Kau ni mangkuk betul la! Tengok
kau jugak yang malu…Eddie berlagak cool di depan Lea.
“ Oh…pasal hal tu, aku
terlupa pulak. Aku nak minta maaf la. Lagi satu pasal hal kelmarin, aku memang
tak tahu yang kau ni anak Datin. Aku nak minta maaf pada kau sebab aku tuduh
kau penceroboh pulak.” Aku senyum padanya. Eddie terpegun seketika. Buat
pertama kalinya, Eddie rasa senang hati melihat wajah Lea ketika itu yang
senyum padanya sehingga lesung pipitnya kelihatan. Eddie cepat-cepat sedar dari
lamunannya.
“ Huh? Ok..aku boleh
maafkan. Tapi, mulai hari ini kau kena ikut cakap aku! Sepanjang kau bekerja di
rumah ini, aku nak kau bekerja untuk aku. Soal mama aku, kau jangan risau. Aku
akan bincang dengan mama aku. Yang penting kau kena ikut segala arahan aku! Soal
gaji pulak, itu semua kerja mama aku. Ok!!” arah Eddie. Eddie sudah memikirkan
pelbagai cara untuk membuli Lea. Semalaman Eddie berfikir.
“ Hah?? Kenapa pulak aku
kena ikut cakap kau? Aku kan kerja di sini untuk Datin! Aku tak nak!” bantahku
keras. Suka hati dia jer nak arah-arah aku ikut cakap dia. Dia ni bukannya
betul sangat! Mesti dia ni sengaja nak kenakan aku.
“ Tak de maknanya kau nak
membantah. Aku ni tuan rumah kat tempat kerja kau sekarang! Kau kena juga ikut
cakap aku! Faham! Jadi, sekarang aku nak kau buatkan aku sarapan pagi! Aku
belum lagi sarapan pagi. Lepas tu, kau kena kemaskan bilik aku nanti. Langsir
kat dalam bilik aku, jangan lupa tukar!” Eddie berlalu meninggalkan Lea
terpinga-pinga mendengar arahan bertubi-tubi dari Eddie. Eddie tersenyum
kemenangan.
“ Tak guna punya
majikan!!!! Oh..kau nak kenakan aku yer! Aku akan sahut cabaran kau! Aku akan buat
kau mengalah dengan aku!” Jeritku di taman sendirian. Benci! Menyampah! Meluat!
Semuanya ada pada dia!!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Buatkan aku sandwich dan
fresh orange!” arahnya selamba padaku di dapur. Eddie melabuhkan punggungnya di
kerusi makan sambil memerhatikan wajah Lea yang kalut mendengar arahannya.
“ Kejaplah! Kau kalau nak
meleter jer kat dapur ni, baik kau keluar duduk kat ruang tamu kau yang luas
tu! Kau jangan nak mengacau aku kat sini! “ balasku pada Eddie.
“ Bila masa aku kacau kau?
Aku cuma nak tengok kau buat kerja jer! Takut kau curi tulang pulak!”
Ah..lantaklah. Tak pe. Hari ni aku biarkan kau buli aku. Esok-esok, kau tengok
lah. Aku akan balas pada kau balik.
“ Ehm…apa yang bising-bising
kat dapur ni?” soal Datin Sri Hamidah tiba-tiba. Aku terkejut. Eddie pula hanya
berlagak selamba di depan mamanya. Geram…geram…
“ Selamat pagi ma! Banyak
nyer mama beli..” ujar Eddie.
“ Yer..mama dari pasar
tadi dengan Mak Yam.”
“ Oh…patutlah tak nampak
mama tadi. Mama dah sarapan?”
“ Yer..mama dah sarapan
dengan Mak Yam tadi. Ayah kamu pulak hari ni terpaksa pergi ke Singapura atas
urusan bisnes.”
“ Oh…macam tu rupanya.
Mama, Eddie ada benda nak cakap sikit dengan mama lepas ni.”
“ Ok..mama naik atas dulu.
Nanti, Eddie jumpa mama kat bilik jer la yer. Mama nak rehat dulu.” Datin Sri
Hamidah meninggalkan anaknya dengan Lea di dapur.
“ Dah siap ke sarapan aku
tu?” soal Eddie.
“ Nah!!” aku menghulurkan
sandwich kepadanya. Eddie tersenyum.
“ Ehm..baguss. Sekarang
aku nak kemaskan bilik aku sekarang!” arahnya lagi. Eeee….budak ni memang
sengaja nak naikkan darah aku. Kalau aku ada darah tinggi, aku dah tahu siapa
penyebabnya! Aku menjeling tajam ke arahnya dan berlalu naik ke atas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sekali lagi aku masuk ke
dalam bilik Mamat Fussy ni! Dahlah bilik dia ni luas gaban. Dia ingat aku ni
mesin ke nak kemaskan bilik dia ni! Bayang kan je lah bilik dia ni macam bilik
Gu Junpyo..ala tuan muda dalam Boys Over Flower tu..
Aku memulakan tugas dengan
membuka cadar katilnya terlebuh dahulu untuk ditukar dengan yang cadar katil
yang baru. Aduh…naik lenguh pinggang aku ni. Suka hati dia jer nak suruh aku
buat semua ni.
Eddie yang berniat untuk
berjumpa dengan mamanya tiba-tiba diganggu dengan sapaan seseorang di luar
rumahnya. Eddie keluar untuk melihat gerangan yang datang.
“ Assalamualaikum!”
sapanya mesra.
“ Waalaikumsalam! Emir!
What’s up bro?” balas Eddie. Mereka berdua berpelukan setelah lama tidak bersua.
Emir adalah sepupu kepada Eddie dan mereka juga sebaya. Bezanya, Emir lebih
suka belajar di Malaysia.
“ Woo..Eddie, lama tak
dengar khabar dari kau. Sihat?” soal Emir ceria.
“ Aku sihat la Bro! Mari
masuk dulu..kita minum-minum..” ajak Eddie. Mak Yam menghidangkan minuman
kepada mereka berdua.
“ Terima kasih Mak Yam.”
Ucap Emir.
“ Wah…dah juga kita tak
jumpa yer! Amacam? Kau dah ada makwe ke?” soal Emir.
“ Kau ni agak-agak la
sikit soalan tu!” balas Eddie.
“ Ehmm..tak ada lagi la
tu. Kalau tak ada, si Nasha tu masih tunggu kau. Kalau kau cakap kat dia,
confirm dia setuju 100% punya la!” usik Emir. Bukannya Emir tidak tahu yang
sepupunya tidak suka dengan si Nasha gedik tu.
“ Wooo…simpang malaikat!
Tak nak aku dengan dia tu! Kau sebut nama dia pun, aku dah naik geli semacam!”
Eddie dan Emir ketawa besar.
Yehhh!!! Akhirnya siap
juga aku mengemas bilik Mamat Fussy ni! Sebagai sentuhan terakhir, aku
menyemburkan pewangi untuk menaikkan seri lagi biliknya ini. Dah kira bagus
juga aku ni nak kemaskan bilik dia ni. Aku turun ke bawah setelah selesai
mengemaskan bilik Eddie. Ahhh..itu pun dia! Oh…kau sibuk ketawa-ketawa kat
bawah ni, sedangkan aku bekerja keras mengemaskan bilik dia yang luas tu. Aku
berjalan ke arahnya.
“ Aku dah siap kemas! Dah
tak ada kerja lagi kan! Aku nak ke taman nak dulu. Nak siram pokok bunga tu!”
ujarku. Eddie terkejut dengan kehadiranku. Emir menoleh ke arahku.
“ Betul dah kemas ni?
Kejap lagi aku pergi check! Kalau tak kemas, kau kena buat semula lagi!” balas
Eddie. Aku menjeling ke arahnya dan meninggalkannya di situ.
“ Uhhh…garangnyer!! Siapa
tu? Cantik..makwe kau ke?” soal Emir.
“ Fuhhh!!!! Tolong sikit
yer! She is not my type! She’s just my maid!” ujar Eddie dengan berlagak.
“ Woo…..special maid ke?”
“ Tak ada maknanya! Aku
saja je nak kenakan dia! Sebab dia dah buat aku marah sebaik jer aku melangkah
masuk ke dalam rumah ni kelmarin!”
“ Oh….gitu. Tapi, maid kau
tu muda betul la. Agaknya sebaya dengan kita kut? Dia dah ada pakwe ke?” usik
Emir.
“ Yer! Dia sebaya dengan
kita. Dia ada pakwe ke tak, itu bukan urusan aku! Yang kau ni dari tadi asyik
puji dia cantik, kenapa? Kau jatuh cinta ke dengan dia tu?”
“ Maybe?” Emir ketawa.
Eddie pulak macam nak hempuk je kusyen ni kat muka sepupu dia ni. Pantang
nampak perempuan cantik, mudahlah terjatuh cinta.
“ Dah lah! Kau tak nak
jumpa mama aku ke dulu! Mama aku ada kat atas. Jom! Aku pun nak check bilik aku
tu dulu.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Lea! Mak Yam nak minta
tolong sikit la. Boleh tak Lea pergi pasar beli ikan? Mak Yam ada banyak kerja
la.” Ujar Mak Yam.
“ Ehm…bolehlah. Lea pun
tak banyak kerja hari ini.” Harap-haraplah Si Fussy tak bangun lagi. Bolehlah aku
escape dari dia hari ni.
“ Kalau macam tu, ini
duitnya.” Mak Yam menghulurkan Rm 50.00 kepadaku. Aku menyalam tangan Mak Yam
dan berlalu keluar. Baru jer kaki aku
nak melangkah keluar tiba-tiba…..
“ Lea Edrina!!!!!” jerit
Eddie sebaik saja turun. Aku terkejut. Ish..betul-betul giler la mamat ni! Suka
buat aku terkejut! Memang aku kena check la blood pressure selalu. Eddie
menghampiri aku yang sudah berada di luar pintu rumah.
“ Kau nak kemana pagi-pagi
ni?” soalnya kasar.
“ Aku nak pergi pasar la!
Kenapa?”
“ Tak payah! Biar Mak Yam
je ke pasar!”
“ Ewah-ewah…Mak Yam yang
minta tolong la. Mak Yam sibuk. Dahlah! Aku malas nak main gaduh-gaduh dengan
kau pagi-pagi ni! Nanti aku aku cepat tua pula!” sindirku. Eddie bercekak
pinggang.
“ Kalau macam tu, aku ikut
kau ke pasar!” ujar Eddie tiba-tiba. Entah kenapa pulak ringan mulut aku nak
ikut dia ke pasar ni? Ah..lantaklah. Peduli apa!
“ Hah?? Kenapa pulak kau
nak ikut? Tak payah! Kau duduk je kat rumah kau ni..tak pun kau pergilah keluar
jumpa kawan-kawan ke?” cadangku.
“ Sekarang siapa tuan
rumah? Kau ke aku?” Eeee…menyakitkan hati betul la!!!!
“ Ye lah…ye lah!! Cepat!”
balasku.
“ Ok. Aku bawa kereta. Kau
tunggu kat sini. Aku ambik kunci kereta kejap.” Eddie bergegas mencari kunci
keretanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Usai sampai di pasar raya,
aku mengambil troli. Kami berdua mencari bahan-bahan untuk masakan tengah hari
nanti. Menyibuk jer dia ni nak ikut aku. Tiba-tiba, aku terfikir satu idea
nakal. Inilah peluang aku untuk mengenakan dia semula. Yesss!!!!
“ Eddie! Kau tolong pegang
kejap troli ni!” ucapku.
“ Aku??” jawab Eddie
seolah-olah tidak percaya Lea mengarahkannya.
“ Cepatlah. Aku nak pilih
ikan ni! Takkan kau pulak yang nak pilih ikan? Kalau kau nak, aku ok jer.” Aku
ketawa melihat reaksinya. Mana taknya, dari tadi aku perhatikan asyik tutup
hidung jer si Eddie ni. Eddie tidak ada pilihan selain memegang troli. Aku
mencari ikan yang segar.
“ Kau tahu ke nak pilih
ikan ni? Boleh tak kau cepat sikit pilih? Aku tak boleh tahan la bau ikan-ikan
ni semua!” Padan muka! Tu lah..nak sangat ikutkan! Ini baru permulaan saja
Eddie.
“ Kalau nak cari ikan
segar, kena tengok betul-betul. Nak cari ikan segar ni, mesti tengok insang dan
matanya. Insang ikan mesti masih merah dan mata dia jernih. Pastu, try tekan
daging dia. Kalau nak tahu ikan tu segar, tengok kesan tekan tu, tak
tertinggal. Daging dia akan bounce balik.” Terangku pada Eddie. Eddie hanya
mengangguk.
“ Oh…macam tu rupanya. Aku
tak tahu pulak. Ahh…tak kisahlah. Cepat lah pilih ikan tu!” Usai siap memilih
ikan, kami berdua menuju ke kaunter untuk membayar.
“ Ehm..baiknyer suami
kamu. Siap tolong tolak troli lagi. Mesti kamu ni baru kahwin kan? Berseri-seri
nampak!” puji seorang Mak cik di sebelah kami. Kami berdua tersenyum
kelat. Eddie terus menyerahkan troli
kepadaku lalu keluar dari pasar raya. Aku hanya membiarkan sahaja.
“ Ehm…yer mak cik. Suami
mak cik pun apa kurangnya? Siap bantu angkat barang belian tu.” Balasku. Apa
yang aku mengarut ni? Tak nak aku dapat suami macam si Eddie tu? Dahlah
cerewet, kuat mengarah pulak tu! Aku keluar mencari Eddie setelah membuat
pembayaran.
“ Mana pulak dia ni?
Takkan merajuk kut? Dia pulak yang lebih. Patutnya aku!” omelku sendirian.
Dahlah berat nak angkat ikan ini. Tiba-tiba, seseorang mengambil bungkusan ikan
daripadaku.
“ Hai! Ingat saya tak?”
seorang lelaki muda tiba-tiba menyapa ku.
“ Maaf. Saya tak ingat
awak ni siapa?”
“ Saya Emir Farisz. Sepupu
Eddie yang hari tu datang kat rumah dia. Tapi, mungkin awak tak perasan saya
kut. Tak apa la. Saya tolong awak angkatkan ikan ni.” ujar Emir ramah.
Ehmm…sepupu mamat Fussy tu rupanya. Tapi, beza betul la dengan si Eddie. Kami
berdua menuju ke parkir lot.
“ Amboi!!!! Bukan main
lagi dia duduk sedap kat dalam kereta ni! Sedangkan aku penat-penat nak
mengangkat barang-barang ni.” ucapku sendirian. Eddie terkejut melihat kelibat
sepupunya itu bersama dengan Lea. Ewah-ewah..bukan main mesra lagi dua orang
ni. Eddie keluar dari keretanya.
“ Kau ke mana? Puas aku
cari kau tadi nak minta tolong angkat ni?” ujarku dengan geram.
“ Ala..kalau aku tak pun,
kau dah ada pembantu kan?” sindir Eddie.
“ Ish..cepatlah buka
kereta kau tu. Kesian sepupu kau ni tolong angkat ikan yang berat ni!” Eddie
membuka pintu keretanya dengan kasar. Cemburu pula rasanya melihat kemesraan
Lea bersama Emir di depannya ini.
“ Well, Bro. Aku tak
sengaja terserempak dengan Lea ni tadi. Aku tengok dia macam susah je nak bawa
ikan-ikan ni kan. Aku pun tolonglah. Ok la, Bro! aku gerak dulu. Kirim salam
kat mama kau dan orang yang duduk sebelah kau dalam kereta tu.” Emir senyum
padaku. Eddie pula terus meloloskan dirinya masuk ke dalam keretanya dengan
perasaan yang marah bercampur cemburu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Hai, aunt!” sapa Nasha.
“ OH..hai Nasha. Seorang
je! Mana mama Nasha?” soal Datin Sri Hamidah.
“ Ehm…mama mungkin masih
jet lag kut. Ye lah..kita orangkan baru je balik dari bercuti di Paris. Nasha
datang ni pun, nak bagi hadiah kat Aunt, Uncle dan Eddie. Eddie mana Aunt?”
soal Nasha manja.
“ Oh..ye tak juga. Aunt
lupa kamu pergi holiday dengan mama kamu. Si Eddie temankan Lea pergi pasar
beli ikan.” Jawab Datin selamba.
“ What??? Eddie pergi ke
pasar? Dengan maid dia tu?? Ahhhh!!!!! No way!!! Aunt!!!” balas Nasha yang
tidak percaya. Datin Sri Hamidah hanya mampu menahan ketawa meilhat reaksi
Nasha.
“ Yer..mereka belum balik
lagi. Mereka pergi tak lama pun. Nasha tunggu jer dulu.” Kereta Eddie berhenti
di garaj rumahnya. Eddie keluar dari kereta dengan muka yang masam tanpa
memandang ke arahku. Kenapa pulak si Eddie ni? Angin apa lagi yang masuk kat
dalam badan dia ni? Aku memanggil Pak Abu untuk membantu aku mengangkat
barang-barang belian ini.
“ Hah! Itu pun Eddie.
Eddie, ni Nasha dah datang nak jumpa kamu!” Eddie tidak menghiraukan panggilan
mamanya. Eddie terus sahaja berlari naik ke atas.
“ Assalamualaikum!”
ucapku.
“ Waalaikumsalam! Lea,
masuklah.” Ajak Datin padaku dengan mesra. Aku menyalam tangan Datin.
“ Hey! You ni siapa hah
nak dekat-dekat dengan Eddie? You ingat sikit! You tu cuma maid kat dalam rumah
ni!” Ujar Nasha padaku.
“ Maaflah, Cik Nasha! Saya ni sedar siapa saya.
Tapi, saya rasa Cik Nasha tak berhak nak tentukan dengan siapa saya berkawan!
Cik Nasha ni bukan sesiapa bagi saya! Datin, saya ke dapur dulu.” Ujarku lantas
meninggalkan Cik Nasha dan Datin di ruang tamu. Nasha terpinga-pinga bila
dirinya tidak dihiraukan oleh Eddie begitu juga dengan pembantu rumah Eddie.
Sakit hatinya semakin menjadi-jadi.
“ Sudah lah tu, Nasha. Aunt rasa baik Nasha balik
dulu. Hadiah-hadiah Nasha tu biar Aunt bagi Eddie dan Uncle kemudian.” Ucap
Datin Sri Hamidah tenang. Pening pulak kepala Datin Sri Hamidah melihat
perangai anak kawannya ini yang macam budak-budak. Kalau nak diikutkan hati,
dah lama Datin Sri Hamidah nak halau. Tapi, memandangkan ini anak teman
baiknya, terpaksalah dipendamkan saja. Harap-harap anak aku tak dapat menantu
macam ni.
“ Nasha minta maaf lar Aunt sebab buat kecoh pulak
di rumah Aunt ni. Ok la. Nasha balik dulu. Ahh..Aunt, jangan lupa kirim salam
sayang pada Eddie. Bye!” ujar Nasha ceria.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Usai makan malam, Eddie terus naik ke kamar
biliknya. Eddie masih agak marah dengan kejadian pagi tadi di pasar. Eddie
membaringkan dirinya di atas katilnya yang besar itu. Si Lea tu boleh buat
deee..je kat depan aku tadi! Takkan dia tak perasan yang aku ni masih marah
pasal dia! Lea…kenapa kau boleh buat aku macam ni? Kenapa aku asyik fikirkan
kau saja? Kenapa kau tak cuba pujuk aku, Lea? Eddie berpaling ke kiri. Cuba
melelapkan mata.
“ TUKKKK!!!!”
“ Masuklah..”ujar Eddie. Datin Sri Hamidah duduk di
birai katil anak bujangnya itu.
“ Ehmm..mama? Ada apa?” Eddie bangun dari
pembaringannya dan duduk di sebelah mamanya.
“ Mama nak bagi ni hah! Hadiah untuk Eddie dari
Nasha.” Datin Sri Hamidah menyerahkan bungkusan hadiah Nasha kepada Eddie.
“ Ahhh…tak nak la! Buang je benda tu!” Ujar Eddie
kasar.
“ Eh..kenapa dengan Eddie ni? Mama tengok dari
petang tadi, muka Eddie asyik masam je? Gaduh dengan Lea lagi ke?”
“ Mana ada!! Eddie cuma geram!!”
“ Geram dengan siapa pulak?”
“ Emir!! Entah apa hal pulak tiba-tiba Eddie jumpa
dia kat pasar. Lepas tu, sibuk-sibuk nak tolong Lea angkat barang-barang pulak!
Ala..Eddie tahu la Ma, si Emir tu saja je nak rapat dengan Lea!” luah Eddie.
Datin Sri Hamidah tersenyum melihat anaknya. Dia sudah tahu kenapa anaknya ini
bersikap begini.
“ Oh…macam tu cerita nyer. Ini kes cemburu la ni???
Maknanya Eddie sebenarnya ada hati dengan Lea. Sebab tu lah Eddie cemburu bila
Emir cuba nak rapat dengan Lea kan?” ujar Datin Sri Hamidah. Muka Eddie berubah
merah.
“ Eh…mana ada Ma? Eddie cuma..cuma..tak suka si Emir
tu nak rapat dengan Lea sebab mama pun tahukan macamana perangai ‘Buaya’ si
Emir tu pada perempuan! Eddie tak suka!”
“ Eddie..mama tahu perangai Emir tu. Tapi, tak salah
kan mungkin Emir dah jumpa gadis yang sesuai untuk dia? Lea tu kan baik
budaknya. Mama suka dia. Memang beruntunglah kalau siapa yang dapat Lea tu??”
usik Datin Sri Hamidah. Datin Sri Hamidah tahu yang anaknya itu sudah jatuh
cinta pada Lea cuma anaknya itu berkeras menafikannya. Mungkin, ada baiknya
kalau Emir cuba untuk memikat Lea. Macamana agaknya reaksi anaknya itu nanti?
“ Ye lah tu.
Tak nak mengaku sudah! Nanti, bila dah terlepas jangan menyesal pulak.
Oh..yer, mama lupa pulak nak beritahu kamu. Ibu Lea dah sembuh sepenuhnya. Tak
lama lagi, Mak Cik Leha tu akan bekerja semula dengan kita. Lea pula cuti sem
dia dah nak habis. Mama rasa kat uni Lea, lagi ramai kut lelaki yang suka dia…”
Datin Sri Hamidah sengaja berkata begitu untuk menyedarkan anaknya itu. Datin Sri Hamidah keluar dari bilik anaknya.
Ahhh!!!!! Betul ke aku dah jatuh cinta pada Lea
Edrina?? Tapi kenapa dia?? Ada apa pada kau Lea?? Eddie terus menutup lampu
tidurnya dan melelapkan matanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hemm…sedar tak sedar, hari ni hari terakhir aku
bekerja di rumah Eddie aka Encik Fussy. Ibu aku pula dah sembuh. Jadi tak lama
lagi, ibu akan bekerja semula. Baiklah, Lea..mulakan kerja anda dengan
senyuman. Aku menuju ke taman untuk menyiram bunga.
Sebuah kereta sport merah berhenti di laman rumah.
Aku dah tahu siapa gerangannya. Ehm…siapa lagi kalau bukan Nasha Gediksss tu! Meluat
aku tengok rambut berkarat-karat dia tu. Konon nak jadi Lady Gaga la..tapi yang
aku tengok macam Lady Garuda kut sebab rambut pun dah nampak macam sarang
tebuan..hihihi. Nasha keluar dari perut kereta dengan sombong.
“ Hello!!!!! Aunt!” sapa Nasha.
“ Bagi salam dulu yer Nasha.” Tegur lembut Datin
pada Nasha membuatkannya menjadi malu sendirian.
“ Maaf, Aunt. Assalamualaikum, Aunt. Eddie ada?”
soal Nasha sebaik sahaja duduk di ruang tamu.
“ Waalaikumsalam. Ada..kejap lagi dia turun la tu.
Kenapa?”
“ Ehm..tak ada lah. Nasha bosan la kat rumah. Nasha
nak ajak Eddie jalan-jalan shopping dengan Nasha.” Ujarnya ceria. Datin Sri
Hamidah tersenyum kelat. Masalahnya, anak aku tu nak ke tidak keluar dengan
kau? Bisik hati Datin sendiri. Eddie turun ke bawah untuk mencari Lea.
“ Hah!!! Itu pun Eddie!” ucap Datin.
“ Haii!!!! Eddie!!! Jom kita keluar!” ajak Nasha
pada Eddie. Eddie terkejut dengan kedatangan Nasha di rumahnya. Ishh…minah ni
tak reti-reti lagi ke yang aku tak suka dia!
“ Eh..Nasha! Kau buat apa kat sini? Aku kan dah
cakap yang aku tak suka kau datang rumah aku!”
“ Eddie, janganlah cakap macam tu. I cuma nak ajak
you keluar je..as a friend! I janji I takkan ganggu you lepas ni kalau you
janji nak keluar dengan I!” rayu Nasha.
Aku sedang asyik menyiram bunga di taman. Tiba-tiba,
satu suara menyerpa telinga ku.
“ Assalamualaikum, Lea.” Sapa lembut dari Emir.
“ Waalaikumsalam. Oh..Emir!” balasku.
“ Hai..sibuk nampak? Tak cuti ke?”
“ Biasa la..ini kan kerja Lea.”
“ Oh…kalau macam tu, apakata saya tolong awak siram
bunga tu?” cadang Emir. Emir sengaja datang awal ke rumah Eddie untuk berjumpa
dengan Lea. Sejak kali pertama melihat Lea, hati Emir diusik dengan raut wajah
seorang gadis yang bernama Lea. Emir akan berusaha untuk memenangi hati Lea
Edrina.
“ Tak apa la. Lagipun, tinggal bunga ni jer nak kena
siram. Nanti, kotor pulak baju awak.” Emir dan Lea ketawa. Tanpa sedar, perbuatan
mereka itu sedang dilihat oleh Eddie. Eddie menahan rasa cemburunya terhadap
sepupunya itu yang cuba untuk memikat Lea.
“ Nasha! Kau kata tadi kau nak keluar kan? Ok! Guna
kereta kau! Jom..” ajak Eddie. Sakit hati Eddie melihat adegan mesra Emir
bersama Lea di depan matanya. Datin Sri Hamidah hanya memerhatikan sikap
anaknya itu sahaja. Eddie dan Nasha keluar beriringan tanpa memandang langsung
Lea dan juga Emir. Lea tersedar dari perbualannya apabila terlihat kelibat
Eddie bersama Nasha menuju ke kereta.
Benci!!Benci!!Benci!! Kenapa pulak si Eddie tu
keluar dengan minah karat tu? Apa tak ada perempuan lain ke? Naik menyampah aku
pandang muka si Nasha tu!! Aku tak suka!! Emir hairan melihat perubahan riak
wajah Lea yang bertukar sedih.
“ Lea..kenapa ni? Awak menangis ke?” soal Emir.
“ Ehm…saya masuk dulu la yer. Kerja saya dah siap.”
Aku meninggalkan Emir sendirian di taman.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sudah dua bulan aku memulakan semula pengajian ku di
Uni. Entah kenapa tiba-tiba aku rindu pulak dengan si Eddie tu. Dah lama tak
dengar cerita tentang dia. Iye lah..kata ibu, Eddie kini sudah berubah menjadi
seorang lelaki yang matang. Eddie sudah mengambil alih perniagaan keluarganya.
Kata ibu, Eddie selalu keluar outstation. Kadang-kadang, dalam
negara..kadang-kadang luar negara.
Si Emir tu pulak, aku dan dia cuma berkawan baik. Aku
sudah menjelaskan hal yang sebenarnya kepadanya yang hatiku sudah dimiliki oleh
seseorang. Alhamdulillah, Emir dapat menerima dengan hari yang terbuka. Selalu
jugak lah, si Emir tu melawat aku di uni ni. Tapi, aku berharap sangat yang
Eddie akan datang melawat aku. Aku rindulah nak jumpa dia.
“ Ed..ada orang kirim bunga.” Seorang pelajar
menyerahkan aku sejambak bunga ros pink kepadaku.
“ Bunga? Siapa yang bagi?” soalku.
“ Entah! Dia tak beritahu pulak!” aku membaca kad
yang ditulis.
Salam Rindu..
Terlalu lama rasanya aku memendam rasa ini buat mu,
Aku sudah tidak dapat menahan rasa rinduku padamu,
Sudikah kau menerima salam rindu ku...Eddie Harith.
Air mataku mengalir jua akhirnya. Aku
amat gembira sekali. Ternyata Eddie juga turut merinduiku. Ahh….tak sabarnya
nak balik rumah. Aku mengesat air mataku. Tiba-tiba, telefon bimbitku
berdering.
“ Assalamualaikum.” Sapaku perlahan.
Aku tak pernah nampak nombor telefon ni. Siapa yer?
“ Waalaikumsalam.” jawabnya tenang.
Aku terkejut. Sudah lama aku tidak mendengar suaranya. Air mataku jatuh sekali
lagi.
“ Eddie??” ucapku.
“ Lea…”
“ Kenapa baru sekarang nak telefon??”
“ Aku minta maaf kat kau, Lea.
Aku..aku sebenarnya nak jumpa kau. Boleh??” pinta Eddie. Lea hanya diam di
talian.
“ Kalau diam tu..tandanya setuju la tu
kan? Tak pe. Nanti, petang aku jemput kau di asrama. Ok!”
“ Hah??”
“ Yesss..ok. Assalamualaikum.” Aku
tidak sempat untuk membalas. Eddie terlebih dahulu meletakkan telefon. Terima
kasih Ya Allah kerana mendengar luahan hati ku. Ehmmm…tak sabarnya nak jumpa
Eddie.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Eddie membawa aku ke rumahnya. Katanya
Datin Sri Hamidah mengajak aku untuk makan malam bersama. Gementar pulak
rasanya. Ye lah…dah lama jugak aku tak berjumpa dengan Datin Sri Hamidah ni.
Kami berdua berjalan masuk ke dalam rumah.
“ Assalamualaikum.” Sapa Eddie pada
keluarganya.
“ Waalaikumsalam.” sambut Datin Sri
Hamidah ceria. Aku menyalam tangannya dan Datin Sri Hamidah memeluk aku. Aku
agak terkejut dengan layanan mesra dari Datin.
“ Mari..duduk sebelah mama!” ajak
ramah. Sekali lagi aku terkejut. Mama? Sejaka bila pulak aku panggil Datin ni
dengan panggilan Mama? Eddie duduk di sebelah ayahnya dan menghadap ke arah ku.
“ Dah lama mama tak jumpa kamu, Lea.
Mama rindu sangat dengan kamu. Tapi, ada seorang lagi yang sangat rindu kamu.”
Datin memandang anak lelakinya. Eddie menghadiahkan senyumannya kepadaku.
Automatic muka ku berubah merah.
“ Maaf lah…Datin. Lea pun rindu juga
dengan Datin. Tapi, Lea sibuk dengan urusan kuliah. Tu lah tak ada masa nak ke
sini.”
“ Eh…kenapa panggil Datin. Panggil je
mama yer? Lea cuma rindu mama je ke? Orang kat sana tu tak rindu? Aku memandang
Eddie. Aku tersenyum malu. Datin gembira akhirnya anak lelakinya itu sedar
dengan perasaannya terhadap Lea.
“ Macam ni la. Mama nak ke dapur
sekejap nak siapkan makan malam. Mama biarkan Lea dan Eddie berbual-bual dulu.
Abang, mari ke dapur. Kita bagi chance la dekat mereka nak melepaskan rindu
ni!” usik Datin Sri Hamidah.
“ Lea, saya dah tahu perasaan saya
yang sebenar pada awak. Sejak awak pergi, saya selalu ingatkan awak. Saya takut
saya tak dapat jumpa awak lagi. Saya tak tahu bila perasaan ni mula hadir tapi
saya tahu gadis yang rindui itu sudah ada di depan mata saya sekarang ini. Lea,
saya cintakan awak. Saya betul-betul ikhlas cintakan awak. Sudi tak awak jadi
teman istimewa saya?” luah Eddie. Aku terharu mendengar luahan ikhlas dari
Eddie. Selama ini, aku ingat dia ni cuma seorang yang kuat mengarah jer. Malam
ni, Eddie cukup romantis berkata begitu padaku. Aku sangat gembira sekali
melihat perubahannya itu.
“ Saya pun rindu pada awak juga! Masa
awak keluar dengan Nasha hari tu, hati saya cemburu sangat. Saya pun tak tahu
kenapa saya berperasaan macam tu! Tapi, saya memang tak suka awak keluar dengan
Nasha masa tu. Kalau boleh saya nak halang masa tu juga! Sejak kejadian itu,
saya dah sedar yang saya pun dah jatuh cinta pada awak. Saya mula merindui awak
selepas kita tak berjumpa lagi.” luahku. Eddie gembira mendengan luahan hati
Lea.
“ Yahooo!!!!!! Mama! Lea dah terima
cinta Eddie!!!” Eddie terus memeluk mamanya meraikan kegembirannya. Aku hanya
ketawa melihat telatahnya. Siapa sangka aku boleh jatuh cinta pada Encik FUSSY
yang kuat mengarah ni. Memang betul la kata pepatah..’mulut kata benci, hati
kata sayang.’ Hati tidak akan berbohong pada tuannya sendiri. Aku berharap,
hubungan ku dengan Eddie Harith akan berkekalan sehingga ke jenjang pelamin dan
kekal selama-lamanya.
TAMAT.
( Ini adalah
cerpen saya yang ke 9. Alhamdulillah…akhirnya saya dapat menyiapkan satu lagi
cerpen untuk pembaca semua. Di harap, cerpen ini akan dapat menghiburkan para
pembaca semua. Saya akan perbaiki lagi dari masa ke semasa penulisan cerpen saya.
Terimalah buah tangan saya yang terbaru. Komen anda sangat dihargai. Selamat membaca :)
4 comments
Aaaa~ sweetnya yg last..<3
ReplyDeletemendlmi ku.. Hahah..
Once again, keep up the good work.. Hehe. .
huhuhu....thanks beri komen...u the 1st one..hihihihi
ReplyDeleteGreat 😘
ReplyDeleteYeayy wawa zainal the cutest jadi Lea Edrina!!!wawa comel!!i like it,Kira ❤
ReplyDelete