Cerpen SAYA SUKA CIK CLUMSY

12:14




“ Esha..kau masih tak ada kerja lagi kan?” soal Adie.

“ Of course la. Takkan la kau tak tahu aku ni macamana orangnya. Aku rasa dah banyak kali aku kena pecat sebab selalu buat salah. Aku dah tak tahu dah mana nak cari kerja lagi.” Keluh ku.

“ Betul..betul..betul..aku masih ingat lagi time kau kerja kat restoran Melayu tu. Kau kena pecat sebab tertumpah dulang kat badan salah seorang pelanggan kat dalam restoran tu. Lepas tu, kau kerja dekat supermarket sebagai cashier. Kau salah bagi baki duit pada pembeli. Ish…kalau nak dikira lar kerja kau ni..aku rasa kau boleh buku jurnal dah ni.”

“ Banyak lah kau punya jurnal…yang kau ni tak kerja ker?” soalku pada Adie. Adie ni bekerja sebagai wartawan stesyen tv swasta gitu…

“ Aku kerja la..tapi kejap lagi. Macam ni, kau nak tak kerja sebagai pembantu undang-undang di firma guaman pak cik aku. Tapi sekarang ni anak lelaki dia ler yang ambil alih firma tu. Lagipun, kau kan lulusan diploma undang-undang kan? Aku rasa tak payah la kau kerja yang bukannya kemahiran kau.”

“ Betul ker? Aku suka sangat. Thanks ya sebab kaulah kawan aku yang paling baik sekali. Aku pun rasa macam tu. Alang-alang dan ada kelulusan undang-undang , baik aku cuba kerja kat frima tu nanti. Tapi..aku takut penyakit clumsy aku ni menjadi pulak.”

“ Kau tak payah lah nak cakap yang bukan-bukan. Kau mesti fikir yang positif. Ingat! Apa yang Prof Muhaya kata..kena selalu positive thinking. Gambarkan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah semuanya akan baik. Kau jangan bimbang la. Keluarga pak cik aku tu peramah orangnya. Cuma aku dah lama tak jumpa dengan anak lelakinya tu.”

“ Ok..thanks again. Aku nak siapkan resuma aku dan sijil-sijil aku dulu. Oh ya..kat mana firma guaman tu?” soalku yang teruja. Adie menghulurkan sekeping kad berwarna putih yang tertera alamat firma guaman tersebut.

“ Ok..la. Aku nak pergi kerja dulu. Nanti aku call pak cik aku pukul berapa temu duga kerja tu ya.” Aku melambai Adie yang yang sudah berangkat ke tempat kerjanya.

Harap-harap tahun ni adalah tahun aku yang bertuah. Semoga aku akan dapat kerja tu nanti. Baiklah…Ayeesha…sekarang ni kau kena siapkan resume kau, sijil-sijil kau dan apa-apa yang patut lar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jam kini menunjukkan pukul 8.30 pagi. Semalam..Adie sudah memberitahu aku bahawa temuduga akan dijalankan pada pukul 9.00 pagi. sengaja aku berangkat awal agar tidak terlewat untuk temu duga nanti. Aku melangkah masuk ke Firma Guaman Darius.H & Co. Ehm..boleh tahan juga besarnya firma ni. Aku menuju ke lif dengan tergesa-gesa kerana takut terlepas pulak. Aku terus meluru masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Tanpa ku sedar, aku terlanggar dengan seseorang dan menyebabkan kaca mataku terjatuh ke bawah.

“ Ouchh!!” serentak aku dan lelaki itu menjerit. Hanya kami berdua sahaja di dalam lif itu. Aduhai…inilah alamatnya kalau sikap clumsy aku tu muncul tak kira tempat. Aku segera memandang ke wajah lelaki itu. Wajahnya sudah berubah merah macam singa yang menunggu mangsanya untuk  dibaham. Takutnya aku. Macamana ni???

“ Saya minta maaf..saya minta maaf..Encik. Saya tak sengaja.” Aku tertunduk-tunduk memohon maaf kepada lelaki itu walaupun aku tak berapa nak nampak sangat wajahnya. Masih blur-blur bagi ku untuk melihatnya. Aku segera meraba-raba lantai lif untuk mencari kaca mataku.

“ Yes…jumpa pun.” Baru lah clear pandangan aku ni.

“ Apa maaf..maaf!! Senang jer nak cakap minta maaf. Buat kusut baju aku jer. Lain kali tu, kalau nak masuk ke dalam lif, tak payah nak masuk macam nak pergi lumba lari..lif ni bukannya lari pun.” Ucapnya sinis.

“ Betul Encik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya bukannya nak kejar lif tu..tapi saya takut terlepas masuk ke dalam lif tu.” Ucapku yang serba salah terlanggar dengan lelaki itu.

“ Kalau yer pun..takut terlepas..agak-agak lah nak masuk. Bukannya main terjah. Faham!! Tak apa kali ni saya maafkan.”

“ Terima kasih encik….terima kasih encik.” Ucapku dengan senang. Walaupun lelaki itu sudi maafkan aku, tapi aku tahu dari riak mukanya itu masih ada marah sedikit kepadaku. Harap-harap..lelaki ni tak kerja kat sini lah. Amin…amin. “ omelku dalam hati. Aku terus menekan punat lif nombor 7. Lelaki itu pula menekan punat lif nombor 5.

Akhirnya pintu lif terbuka. Nampaknya sudah sampai ke tingkat 5. Lelaki itu terus keluar tanpa sedikitpun memadang ke arah ku. Bolehlah..aku menarik nafas lega.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ TUKKK!!!” Aku mengetuk pintu pejabat Encik Darius.

“ Masuk.” Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Encik Darius. Di sudut kiri, terdapat sebuah rak yang besar yang menempatkan bermacam-macam buku undang-undang.

“ Jemput duduk.” Ucap Encik Darius. Nampaknya..Encik Darius ni seudah berumur orangnya. Tengok rambut pun..dah ada banyak uban.

“ Terima kasih..Tuan.”

“ Baiklah..sila berikan resume awak.” Aku memberikan resume ku dan semua maklumat sijil-sijil ku padanya. Rasa gementar pulak. Encik Darius nampaknya begitu teliti sekali melihat sijil-sijil akademik dan kokum ku.

“ Ehem..Cik Ayeesha..sebelum ni Cik Ayeesha ada bekerja di mana?”

“ Terus terang saya cakap, saya dah menganggur selama 6 bulan. Sebelum-sebelum ni saya ada bekerja sebagai pelayan di restoran Melayu dan juga cashier di supermarket. Tapi..semua kerja tu tak bertahan lama di sebabkan kesalahan saya sendiri juga. Saya mengaku yang saya ni agak lambat untuk menyesuaikan diri pada hari pertama kerja. Tapi..Tuan..kalau Tuan beri saya kerja ni..saya berjanji tuan yang saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Ucapku dengan yakin.

Encik Darius memberikan aku senyuman manis. Kenapa pulak orang tua ni senyum pulak? Aku ada buat lawak ker?

“ Baiklah..Cik Ayeesha. Saya setuju untuk ambil awak bekerja dengan saya. Saya suka dengan sikap jujur yang awak tunjukkan pada saya. Awak berani mengaku atas kesalahan yang awak buat dulu. Lagipun..awak ada diploma undang-undang. Awak memang sesuai untuk kerja ni. Jadi saya nak ucapkan selamat datang ke firma guaman Darius.H & Co. Awak bolehlah mula bekerja esok dengan anak lelaki saya. Tentu anak saudara saya Fathia dah cerita kat kamu yang anak lelaki saya akan ambil alih firma saya ni.”

“ Fathia…Fathia mana pulak ni..” aku cuba mengingat nama-nama  kawan-kawanku yang bernama Fathia. Mana ada aku kawan nama Fathia. Aku cuba mengimbas sekali lagi. Oh ya! Baru aku ingat sekarang ni.. Fathia @ Adie la..apa ker bengong sangat aku ni. Tu lah..hari-hari panggil Adie jer..sampai tak ingat nama penuh kawan sendiri.

“ Terima kasih banyak-banyak Tuan. Ya saya tahu tu. Sekali lagi terima kasih tuan.” Encik Darius menghulurkan tangannya untuk bersalam dengannya. Aku menyalam tangannya.
Yahooooo…aku dah dapat kerja. Syukur Alhamdulillah….

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku merenung semua pakaian yang ada di dalam almari ku. Semuanya baju kurung..tak pun T-shirt. Aku ni nampaknya dah lama tak beli baju kot. Ya..la..6 bulan menganggur, macamana nak dapat duit. Tak per..sekarang aku dah dapat kerja. Bila dapat gaji nanti, bolehlah shopping…aku berbaring di atas katil bujangku.

“ Amboi..amboi…bukan main lagi gembira kau yer. Ni mesti dah dapat kerja kan??” Tiba-tiba jer Adie menerjah bilikku dan baring di sebelahku.

“ Yes…aku dah dapat kerja la. Thanks to you. Nanti bila aku dapat gaji, aku belanja kau.”

“ Ok..aku tunggu tau. Kau jangan lupa pulak. Nanti aku nak kau belanja kat restoran mahal-mahal..”usik Adie.

“ Yer la tu..ok lah. Kau tahu betul cakap kau yang pak cik kau tu memang peramah. Aku harap anak lelaki dia juga sama peramah macam dia.”

“ Kan aku dah cakap..of course la anak lelaki dia peramah. Kau tak payah nak risaulah. Kau buat jer kerja tu elok-elok.”

“ That’s right. Ok..lah Cik Wartawan. Aku rasa mata aku ni dah bagi signal dah ni. Aku nak tidur la. Esok aku kena bangun awal. Boleh tak aku tumpang kau esok pergi kerja.”

“ Ok..babe. No problem. Aku pun ada sikit kerja lagi nak buat ni. Selamat malam.” Ucap Adie.

“ Good night to you too.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku melangkah masuk ke dalam firma lalu menuju ke lif. Aku menunggu pintu lif itu terbuka. Sesekali aku mengemaskan baju kurungku agar nampak lebih teratur. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Encik Darius cakap waktu bekerja pukul 8.00 pagi. Tak apa..banyak masa lagi..

“ TINGGGGG!!!!” pintu bilik terbuka. Aku segera melangkah masuk ke dalam. Tiba-tiba..seorang lelaki yang segak memakai sut hitam menerjah masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa. Aku terkejut. Lelaki itu menolehku.

“ Kau lagi???” kami berdua serentak menunding jari telunjuk masing-masing. Aku sudah mula kecut perut. Dalam-dalam banyak-banyak tempat, kenapa la aku boleh bertembung dengan mamat ni lagi kat dalam lif ni. Aku segera menekan butang lif nombor 5.

“ Yer…encik siapa?” aku berpura-pura tidak mengenalinya. Aku buat muka selamba jerk at depan dia walaupun dalam hati dah takut macam tengok filem hantu.

“ Kau cakap aku siapa? Kau tak ingat aku ni siapa? Atau kau sengaja buat-buat lupa!!” ujarnya.

“ Ish…..mamat ni..apasal dia suka marah orang  sangat? Nanti cepat dapat kedut kat muka dia yang hansem tu..baru tau..macamlah firma ni dia yang punya!! Boleh jalan daa!!” omelku dalam hati. Malas aku nak melayan kerenah mamat ni yang macam budak-budak. Lebih baik aku berdiam diri saja.

“ Excuse me! I’m talking with you!” ujarnya dengan tegas sekali lagi. Tapi aku hanya memandang ke tempat lain sahaja. Aku ni bukan apa..aku tak pandai sangat nak berdebat dengan orang ni. Silap-silap berlaku adegan menangis kat dalam lif ni. Nanti…tercetuslah sejarah yang aku menangis semasa hari pertama bekerja. Baik aku tahankan saja. Apasal lah lif ni gerak perlahan sangat!! Cepatlah sampai!!” ucapku dalam hati.

“ TINGGGG!!!”

“Alhamdulillah..terbukak juga pintu lif ni. Lama sangat aku nak tunggu kau terbuka wahai pintu lif..”  Aku cepat-cepat keluar dari situ tanpa memandangnya. Aku terus menuju ke bahagian Pentadbiran Undang-undang untuk melaporkan diri.

“ Oh..kau lari macam tu saja ya. Kau tunggu lah. Heh..nampaknya hari kau akan malang lagi hari ni. Kau akan terpaksa berdepan dengan aku setiap hari.” Ucap Danni dengan sinis. Danni memang pantang sekali ada orang yang buat salah dengannya tapi tak minta maaf betul-betul. Danni segera keluar dari lif itu menuju ke bahagian Pentadbiran Undang-undang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku segera menuju ke tandas kerana ingin mengemaskan sekali lagi solekan ku ini. Ala..mekap biasa-biasa jer. Kita mestilah tampil dengan kemas kalau nak berdepan dengan bos kita nanti.

Danni melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Semalam ayahnya sudah memberitahunya bahawa ayahnya telah mengambil seorang pembantu tadbir undang-undang untuk membantunya nanti di firma guaman. Jam kini menunjukkan pukul 7.55 pagi. Masih ada 5 minit lagi untuk menuggu pekerja baru itu.

“ Cik Ayeesha Lee! Awak boleh masuk ke dalam sekarang untuk melapor diri.” Ujar Kak Fiza. Aku mengangguk lalu berjalan menuju ke bilik pejabat yang berada di depan ku.

“ Bismillahirahmanirrahim.” Ucapku. Aku mengetuk pintu bilik tersebut.

“ Masuk!” jawabnya. Aku melangkah ke dalam bilik itu. Kenapa tiba-tiba jer hatiku seram sejuk. Apa yang aku rasa sekarang ni sama macam kat dalam lif sebentar tadi. Lelaki itu mengangkat mukanya menghadap 
aku dan tersenyum sinis. Aku menarik muka masam seakan tidak percaya lelaki yang berada di depan ku ini.

“ Adieeeeee!!!!!!!” aku menjerit nama Adie dalam hati. Takkanlah lelaki ni yang sepupu dia yang peramah tu. Oh…tidak!!!!!”

“ Kenapa Cik Ayeesha Lee? Ada yang tak kena ker? Kita pernah jumpa ker?” sengaja Danni menyoal Ayeesha. Dia sudah melihat profil diri Ayeesha.

“ Saya minta maaf!! Saya tak berniat nak buat macam tu tadi kat dalam lif. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolonglah maafkan saya.” Rayuku padanya.

“ Jadi sekarang ni dah kenal saya lar semula?” soalnya sinis.

“ Yer..saya masih ingat encik. Tapi..sumpah..saya memang betul-betul tak sengaja nak langgar encik hari tu. Hal yang tadi kat dalam lif tu pun, saya nak minta maaf juga sebab saya tak bercakap dengan encik.”

“ Baiklah, oleh sebab awak dah minta maaf, saya akan maafkan. Ok..hari ni hari pertama awak bekerja dengan saya. Lupa..saya nak kenalkan diri. Saya Danni Hakimi. Mulai hari ini, awak akan bertugas sebagai pembantu saya. Awak akan bertanggungjawab dalam membuat fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan. Jelas!” ujarnya tegas.

“ Yer saya faham.” Ucapku.

“ Apa? Saya tak dengar!!”

“ Saya faham!!” ucapku kuat. Dia ni sengaja nak cari pasal dengan aku lar. Nasib baik kau sepupu Adie. Kalau tak….entahlah apa aku nak buat.”

“ Macam tu lah. Jadi sekarang saya nak awak tulis draf perintah. Guna tulisan Times New Roman, font 12. Ikut kertas ni. Jangan ada yang tinggal! Saya nak awak siapkan sebelum waktu lunch.” Danni sengaja bersikap tegas kepadanya.

Aku segera mengambil kertas yang dihulurkannya lalu beredar dari situ.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku segera menaip draf perintah mengikut kertas contoh yang telah diberikan Encik Fussy aka  Encik cerewet kepadaku. Kak Fiza segera menghampiri aku.

“ Sabar je lah dengan kerenah Encik Danni. Dia tu memang macam tu. Kalau bab kerja ni, memang dia tegas sangat. Jadi, Esha..kenalah buat betul-betul tau.” Pesan Kak Fiza.

“ Yer..kak. Terima kasih kak.”

Aku segera menaip draf perintah. Aku kena siapkan juga sebelum lunch nanti. Nasib baik aku pernah buat benda ni waktu belajar kat UITM dulu. Kalau tak..makin menjadi-jadi lar sifat pemarah dia tu kat aku. Dahlah nak guna tulisan Roman..apa ker benda tu..font 12 la..macam-macam la dia ni.

Danni membaca dokumen-dokumen penting untuk perbicaraan yang akan bermula minggu depan nanti. Banyak juga dokumen yang perlu ditelitinya dulu. Tebalnya..jangan cakaplah. Mungkin..setebal buku novel bersaiz A4..kan tebal tu. Tak larat kalau nak baca kalau seorang-seorang. Tapi…tak apa. Aku kan dah ada pembantu. Nanti aku suruhlah dia juga baca.

Aku meneliti kedua kalinya draf perintah ini. Takut ada yang terlepas pandang. Nanti..tak pasal-pasal kena sembur free-free kat aku. Aku ni dahlah orang yang tak boleh terima tekanan banyak. Takut prangai clumsy aku datang balik nanti. Kan susah..aku segera bangun. Aku rasa sudah cukup yakin aku meneliti draf perintah ini. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Tak sangka..lama juga aku buat draf ni. Naik lenguh juga tengkuk aku ni menghadap computer.
Aku mengetuk pintu bilik Encik Fussy.

“ Masuk!” jawabnya. Aku memberanikan diriku untuk berjumpanya.

“ Macamana? Dah siap?” soalnya.

“ Ya!” jawabku dengan yakin. Danni tersenyum. Lucu pulak melihat riak wajah Ayeesha yang kalut di depannya ini.

“ Baik..letak draf perintah tu kat atas meja saja. Awak boleh keluar.” aku segera keluar dari bilik Encik Fussy. Danni terus membaca draf perintah yang telah ditulis oleh Ayeesha. “

“ Ayeesha!!!” jeritnya. Mak oii..tak sampai lima minit pun aku duduk..dah kenapa panggil. Mati lah aku kena sembelih kat dalam tu. Kak Fiza pun terkejut mendengar suara Encik Fussy dari dalam bilik. Begitu juga dengan staf yang lain. Dia ni sengaja nak malu kan aku ker. Kan aku menangis ni..susah nak diam nanti. Aku cepat-cepat menuju ke biliknya.

“ Yer..encik. Ada apa Encik panggil saya?” soalku berlagak tenang.

Danni membaling kertas draf itu ke atas meja dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Daripada air mukanya sudah jelas ku lihat dia sedang menahan marah kepadaku. Nampaknya..hari pertama aku bekerja di sini mungkin akan menjadi hari terakhir aku bekerja di sini.

“ Kenapa banyak sangat kesalahan ejaan ni? Awak tahu yang awak sedang tulis draf perintah? Ini penting tau!! Tak pernah sekolah ker!! Eja pun tak betul? Lain kali kalau tak nampak, pakai lagi kaca mata yang lagi besar!! Pergi betulkan balik ejaan tu!!”” gertaknya.

Aku hanya menahan segala kemarahannya. Eee..kalau tak kuat iman..dah lama aku menangis depan dia ni. Nasib baik aku dapat kawal emosi aku. Tak guna punya bos..setakat salah eja jer kot..bukannya nak buat karangan bahas melayu..cerewet betul lah dia ni. Kalau lar aku tak mengenangkan yang kawan baik aku yang syorkan kerja ni, dah lama aku check out dari firma guaman ni..opps..check out bukan untuk hotel ker..lebih kurang sama juga..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sudah hampir tiga bulan aku bekerja di firma guaman ini. Aku tak sangka yang aku boleh bertahan sehingga ke hari ini walaupun Encik Fussy tu selalu jer marah-marah aku. Entahlah…dalam sehari aku rasa aku boleh kira kot. Rasanya..tak sah jika Encik Fussy tu tak marah aku. Aku pun hairan kadang-kadang kalau aku cepat siap buat kerja, dia tambahkan pulak kerja. Lepas tu, yang aku tak boleh lupa..boleh-boleh dia minta temankan pergi ke mahkhamah. Kata Kak Fiza..Encik Danni tu tak pernah bawa teman pergi ke mahkamah kalau sedang ada perbicaraan.

Tapi..kan..semenjak dua menjak..aku rasakan..yang Encik Fussy aka Encik Cerewet ni dah mula kurang lah marah aku. Tak tahu kenapa. Rasa lain macam pulak kalau dia tak marah aku dalam sehari.

Aku berjalan menuju ke perhentian bas. Jam sudah pukul 5.15 petang. Sudah 15 minit aku menunggu bas. Tapi..tak sampai-sampai juga. Lambatnya.

“ PONNN!!!!” tiba-tiba sebuah kereta Nissan Skyline Putih berhenti di depan ku. Aku tak tahu pemilik kereta ni menghon siapa. Sebabnya..tingkap keretanya gelap sangat.

“ PONNN!!!!” Sekali lagi dia membunyikan hon keretanya. Aku memandang sekelilingku. Eh..tinggal aku seorang jer rupanya. Takkan pemilik kereta ni hon aku. Tiba-tiba, tingkap kereta itu terbuka.

“ Double what??” aku pun dah terkena jangkitan Geng Wow dalam drama indon tv Astro Ria tu.

“ Apa yang tercegat kat situ lagi?? Cepat naik!” ujarnya. Ek..eleh..nak ajak pun macam nak cari gaduh saja. Nasib baik kau bos aku.

“ Err..Encik Danni rupanya. Taka pa ler Encik. Saya naik bas saja.” Jawabku tenang.

“ Tak payah nak mengada-ada. Naik cepat. Hari dah lewat ni. Awak tak takut ker? Kat sini banyak orang jahat.” Ucapnya. Sebenarnya..sewaktu Danni keluar outstation minggu lalu, Danni sudah puas berfikir. Danni merasakan selama seminggu tu, rasa rindu pulak tidak bertemu dengan Ayeesha. Danni suka melihat wajah kalut Ayeesha bila perangai cemerkapnya sudah sampai. Kadang-kadang, Danni ketawa melihatnya cuma terpaksa dikawal di depan Ayeesha. Kini..hati Danni sudah pasti. Sebenarnya..Danni sudah jatuh cinta kepada Ayeesha Lee. Untuk mendapatkan cinta Ayeesha, Danni harus bertindak dulu. Tapi..Danni bukanlah lelaki yang pandai berkata-kata romantis atau berlawak. Namun, Danni akan meluahkan perasaan hatinya dengan cara tersendiri.

 Aku terus meluru masuk ke dalam kereta Encik Fussy. Alang-alang ada orang nak bagi tumpang, aku terima jer la. Tapi..kenapa dia ajak aku naik kereta dia eh? Bukan dia tak suka aku ker? Kan dia selalu jer marah aku..

“ Hah..macam tu lah. Pakai tali keledar tu. Nanti kena saman pulak.” Dalam hati, Danni sudah tersenyum bangga. Lantaklah..Ayeesha nak marah ker..janji dia naik kereta aku.

EEE…nak main saman-saman pulak. Tahulah kita ni menumpang jer. Tapi..dia yang ajak kita naik pun. 
Menyampah..la dia ni. Sesekali, aku menjeling ke arahnya. Encik Fussy kelihatan serius memandu keretanya. Ya..Allah…lupa pulak aku. Dia ni ajak aku ikut, dia tahu ker rumah aku? Baik aku beritahu sebelum dia naik angin.

“ Ehem…Encik Danni..saya tinggal kat…”

“ Taman Harmoni, No.7 kan?” jawabnya terus.

“ Eh..macamana Encik Danni tahu rumah saya?” soalku.

“ Lupa ker yang aku ni sepupu kawan baik kau tu?” ucapnya. Tengok…dah kembali watak asal dia. Sekarang ni pakai aku..aku..pula.

“ Oh..ya. Lupa pulak.” Suasana kembali sunyi semula.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ PONNNNN!!!”

“ Siapa pulak yang datang tu?” soal Adie. Adie berjalan menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang pagi-pagi ni.

“ Assalamualaikum!” sapa Danni dengan tenang.

“ Waalaikumsalam. Kau buat apa di sini Danni?”

“ Ayeesha dah pergi kerja ker?” soalnya.

“ Belum. Dia sedang bersiap nak pergi kerja la tu. Kenapa kau tanya?”

“ Cepat..pergi panggil Ayeesha!” Arahnya selamber je depan Adie.

Ek elah..suka hatinya si Danni ni nak suruh aku panggilkan Ayeesha. Dah lah datang rumah orang tak dijemput. Ni..tiba-tiba jer datang pagi-pagi. Si Danni kan mesti ada motif yang tersendiri ni.

“ Sabar lah. Kejaplah lagi dia turun.”

Aku turun ke bawah untuk mencari Adie. Kenapa pintu rumah tu terbuka? Ada orang datang ker? Aku berjalan ke luar rumah. Hah?? Encik Fussy? Buat apa dia datang kat sini? Aku ada buat salah ker sampai dia datang kat rumah aku pulak.

“ Hah..itu pun kau dah datang Esha. Ni hah…si Danni nak jumpa kau.” Ucap Adie. Adie tidak betah berada di situ. Adie segera masuk ke dalam rumah supaya tidak menganggu perbualan mereka berdua.

“ Encik Danni…ada apa nak jumpa saya? Saya nak pergi kerja ni. Kalau Encik ada kerja nak suruh saya buat apa-apa ker, kita bincang kat pejabat saja la. Saya takut terlambat masuk kerja nanti.” Jelasku.

“ Hah..tahupun takut lewat. Cepat masuk. Kita pergi sama-sama.” Ucapnya. Danni sengaja bangun awal semata-mata ingin menjemput Ayeesha untuk pergi ke tempat kerja bersama-samanya.

“ Apa? Jadi..Encik Danni ke sini nak jemput saya ker?” soalku.

“ Jangan nak perasan. Tadi kebetulan saya lalu kat kawasan ni..teruslah saya ke sini. Saya tak tahu yang awak belum berangkat ke tempat kerja lagi.” Heh…Danni memang pandai mencari idea agar tindakannya untuk mendekati Ayeesha tidak diketahui. Sudah angau..masih tak nak mengaku lagi.

“ Cepatlah. Nanti lambat pulak nak pergi kerja.” Arahnya. Aku yang masih blur-blur lagi terpaksa mengikut juga. Ya..lah..kang aku tolak ..ada pulak yang kena marah nanti. Tak pasal-pasal semua jiran aku keluar pulak.

“ Ok. Saya pergi ambil beg saya dulu.”

Danni mengukir senyuman kemenangan. Ayeesha….Ayeesha…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sejak kebelakangan ni, aku rasa lar..layanan Encik Danni terhadap aku agak berbeza berbanding layanannya sewaktu pertama kali dulu. Kata Adie..orang lelaki ni kalau dah berubah sikap dia tu..maknanya ada la sesuatu tu. Aku nak tahu juga yang sesuatu tu apa? Hah…baik aku tanya Pak cik Google.

Jika seorang lelaki mula berubah sikap pada anda, maknanya lelaki itu menaruh perasaan pada anda. Contohnya:

1. Selalu marah kerana inginkan perhatian.
2. Kadang-kadang bersikap kebudak-budakkan.
3. Cara layanan mula berbeza dari kasar menjadi lembut.

Wooo…kenapa semua contoh ni ada pada Encik Danni yer? Mustahil la dia suka kat aku. Aku ni tak layak la nak bersama dengan orang macam dia tu. Lagipun, aku rasa Encik Danni tu selalu marah aku sebabnya dia tak suka aku kerja kat sini kot. Tapi..kan..kalau la betul-betul dia suka aku??

“ HAH!!!” Tiba-tiba Kak Fiza mengejutkan aku yang sedang mengelamun.

“ Oh..mak engkau!!”

“ Melatah rupanya…”

“ Kenapa Kak Fiza ni? Terkejut kita tau.”

“ Tak ader la..Encik Danni panggil awak sekarang masuk ke bilik dia.” Ujar Kak Fiza.

“ Hah?? Ish…ada apa pulak ni. Aku buat salah lagi ker??” ujarku dalam hati.

“ Korang berdua ni ada apa-apa ker? Ya..lah..satu ofis dah heboh pasal kamu. Mana taknya..hari tu kan kamu pergi ofis sama-sama. Lagipun..Encik Danni tu..mana pernah dia nak bagi orang duduk kat kereta dia yang mahal tu. Akak rasa lar..yang Encik Danni tu suka kat Esha lar..” usiknya.

“ Tak ada lah..Kak..saya ni Cuma pekerja bawahan dia jer. Dia tu kan majikan saya. Takkanlah..dia suka kat saya. Saya ni biasa-biasa jer Kak..”

“ Betul..apa Kakak cakap. Sejak Esha kerja kat sini..sikap Encik Danni tu dah berubah. Kalau dulu..Esha pun paham-paham je lah..betapa cerewetnya dia..guna kertas putih kena jimat.” Kami berdua ketawa bersama.

“ Ye lah..Kak. Saya rasa baik saya pergi dulu. Nanti… tak pasal-pasal keluar jeritan Tarzan dia.”
Aku berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Encik Danni nampaknya memang sedang menunggu aku masuk ke dalam biliknya. Encik Danni menghadiahkan senyumannya yang sama sekali tidak pernah ku lihat sepanjang aku bekerja di sini. Ini..dah tahap kritikal ni Encik Fussy. Memang ciri-ciri yang aku tanya kat Pak Cik Google tu ada pada dia lar. Ya la..tiba-tiba je senyum menggoda macam tu pada aku. Buat aku cair woo…huhuhu

“ Ayeesha..malam ni saya nak jemput awak makan malam. Tepat jam 7.30 malam, saya akan jemput awak di rumah. Awak pakai cantik-cantik sebab saya ada sesuatu nak beritahu pada awak malam ni. Awak tak boleh tolak tau. Ok..awak boleh keluar sekarang.” Jelas Danni dengan serius.
Laa…nak ajak aku rupanya. Ingatkan la nak kena marah. Tapi..nak ajak pun..muka serius jer memanjang. Suka hati dia jer nak ajak-ajak kita. Dah lah tak tanya pendapat kita. Iyalah…aku pergi juga sebabnya…dapat makan free..hahaha..aku terus keluar dari situ tanpa memikirkan apa sebenarnya niat Encik Danni mengajakku makan malam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Danni menarik kerusi untuk aku duduk. Wah…tiba-tiba jer gaya gentleman..Encik Fussy ni. Rasa lain macam pulak makan berdua dengan dia ni. Dah lah Adie bukan main sakat aku tadi. Katanya…dah sah-sahlah yang Encik Danni ni suka aku. Cuma aku jer lambat perasan..tapi betul ker? Kut..kut aku pulak yang perasan.

“ Terima kasih, Encik.” Ucapku. Encik Danni nampak segak dengan bersut coklat tua. Nasib baiklah Adie pinjamkan aku  dress evening dia yang cantik ni. Kalau tak..malulah aku nak pakai baju entah apa-apa yang ada kat dalam almari aku. Dah lah Encik Danni ni bawa aku pergi makan kat hotel. Eksklusif ur alls…

“ Sama-sama.” Ucapnya dan ditambah dengan lagi dengan senyumannya untukku. Wah…aku boleh pengsan ni…kalau dia layan aku macam ni..huhu..macam puteri..pulak.

“ Kenapa Encik Danni bawa saya makan malam kat tempat mahal macam ni?” soalku.

“ First..saya tak nak awak saya panggil Encik Danni lagi. Just call me Danni ker abang lagi manis kut. Ok?”

“ Ok..Enn..Er..Danni.” ucapku. Segan pulak aku nak panggil dia ni Danni...apalagi nak panggil abang..memang jauh sekali. Dia tu kan bos aku. Rasa janggal pulak panggil nama dia macam tu jer.

“ Hah..macam tu lah. Ayeesha sebenarnya..saya ajak awak makan malam ni nak beritahu awak sesuatu.” Danni berlagak tenang di depan Ayeesha. Malam ini adalah masanya untuk Danni meluahkan perasaannya kepada Ayeesha.

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Aku pun tiba-tiba rasa lain macam jer ni. Yelah..Encik Danni yang berada di depan aku ni sekarang lain sangat. Tak macam selalu. Asyik nak marah aku saja. Ok…relax..aku menarik nafas perlahan.

“ Saya suka awak Ayeesha. Saya tak tahu sejak bila saya jatuh cinta pada awak. Yang saya tahu saya betul-betul sukakan awak.” Luah Danni bersungguh-sungguh. Aku apalagi..terkejut la. Tak sangka pulak Encik Danni ni suka aku! Ahhh..malunya. Apa aku nak buat ni? Selalunya kalau dalam drama, macamana reaksi pelakon wanita dia ekk? Mukaku sudah merah menyala. Huhh…Encik Danni memang berterus-terang sangatlah.

“ Ermmm…Encik..Danni..betul ke apa yang awak cakap ni?” soalku. Mestilah aku kena tanya. Kut-kut dia nak main-mainkan aku ke? Aku yang naik malu. Lagipun, aku ni sesuai ke dengan dia? Dan kenapa pulak dia boleh suka aku? Bukan ke lagi ramai perempuan diluar sana lebih cantik lagi dari aku.

“ Awak rasa saya sekarang ni sedang buat lawak ke atau serius?” soalnya. Ishh..dia ni kan sempat lagi nak perli aku.

“ Entah! Saya mesti tanya macam tu..sebab saya takut awak saja nak main-mainkan perasaan saya. Yelah..saya ni bukannya cantik. Saya ni biasa-biasa je orangnya. Selalu je kelam kabut bila ada masalah.” Luahku pulak. Danni senyum kepadaku. Fuhhhh….hansemnya dia senyum..dup dap dup dap jantung aku sekarang.

“ Saya suka Cik Clumsy yang berada di depan mata saya sekarang ni. Walaupun awak selalu kelam-kabut di depan saya, hati saya rasa senang bila melihat awak. Saya rasa itulah yang membuatkan hati saya tertawan kepada awak. Saya bukannya orang yang suka menilai hanya paras rupa saja. Hati yang penting. Dari hati, timbul rasa suka saya pada  awak, Ayeesha.” Luahnya tenang. Aku terharu mendengar luahannya. Aku kembali tenang semula. Memang benarlah Encik Danni menyukai aku. Aku sangat bertuah sekali.

Aku senyum kepadanya.

“ Terima kasih kerana menyukai saya.” Ucapku ringkas. Aku tidak tahu hendak berkata apa. Yang penting aku merasa bahagia sekali mendengar luahannya. Danni gembira mendengar luahanku. Aku berharap kami berdua akan dapat mengekalkan hubungan kami. Aku bersyukur sangat kerana aku dipertemukan dengan Danni. Yelah..setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Setiap yang kurang, pasti ada kelebihannya. Setiap kelebihan, pasti ada kekurangannya. Setiap pasangan yang bersama masing-masing memiliku kelebihan dan kekurangan. Namun, perbezaan itulah yang dapat melengkapkan hubungan pasangan tersebut.

TAMAT.

( Assalamualaikum pembaca. Ini adalah cerpen saya yang ke 10. Saya harap semua pembaca terhibur dengan cerpen saya yang terbaru ini. Jika ada kekurangan, saya memohon maaf. Bagi, mereka yang tengah bosan tu, silalah baca cerpen saya ini. Apa-apa pun, selamat membaca dan komen anda sangat dihargai JJJ )





You Might Also Like

3 comments

  1. " Terima kasih kerana menyukai saya.." heheheh.. CP jap.. Cayalah!! suka ayat last, 'Setiap pasangan masing2 memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, perbezaan itulah yang dapat melengkapkan hubungan pasangan tersebut.' Thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. huhuhu....kau ada blog ka sdh? hihihi..anyway..thanks again for ur komen..i always appreciate it..:)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images