Cerpen LOVE is CINTA
16:25
OLEH : KIR@ LEE
“ Assalamualaikum. Ini Cik Cinta Amani ke?” sapa satu suara di
talian.
“ Baiklah. Cik Amani, saya dari Syarikat Waja Holding,
sukacita ingin memaklumkan kepada Cik bahawa Cik telah diterima menjadi pekerja
syarikat kami. Cik perlu melapor diri pada hari isnin ini pada pukul 9.00
pagi.”
“ Betul ke Cik? Terima kasih..terima kasih..terima
kasih..Cik. Saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Ucapku teruja.
“ Ok. Saya tunggu kehadiran Cik Amani. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.”
Aku terloncat-loncat kegembiraan kerana aku sudah dapat
kerja. Alhamdulillah. Nanti bolehlah aku kirim duit kat emak dan abah di
kampung. Yahoo……aku dah dapat kerja. Ok..Cinta, sekarang kau dah dapat kerja.
Jadi, kau perlu bekerja bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang
tua kau. Kau bukannya datang dari keluarga yang senang.
“ Hoi! Mak cik, apa hal yang kau terloncat-loncat kat atas
katil ni? Kalau roboh macamana?” ujar Ria.
“ Wei!! Kau cuba teka kenapa aku terloncat-loncat kat atas
katil ni?” dugaku.
“ Kau menang loteri?”
“ Astagfirullah..kau giler. Haram tau..lain?”
“ Kau dah ada…boyfriend kaya yer?” teka Ria lagi.
“ Salah! Aku mana ada boyfriend la. Cuba kau tengok muka aku
ni. Aku ni dah lah pakai kaca mata, tak pandai bergaya pulak tu. Mana la orang
nak pandang aku.” jawabku.
“ Habis! Apa lagi? Kau cakap jer la..”
“ Aku..aku..dah dapat kerja!!!!!” bisikku pada telinganya.
“ Ish..mak cik ni. Perlahan-lahan la kalau nak beritahu aku.
Sakit telinga aku. Wow…serius kau dah dapat kerja?”
“ Ye lah. Itu pasal la aku terloncat-loncat..”
“ A’ah…macam kera mendapat bunga” sambung Ria.
“ Eee..kau ni kan..suka main-main tau. Aku serius ni. Aku
dah dapat kerja kat Syarikat Waja Holding. Isnin ni aku dah start kerja dah..”
“ Bestnya….kau dapat kerja kat salah sebuah syarikat
terbesar kat negara kita ni.”
“ Alhamdulillah..”
“ Kau dah call mak kau ke pasal hal ni?”
“ Tu lah..aku nak call la ni tapi kau pulak yang masuk bilik
aku..” usik ku.
“ Ok..lah Cik Cinta Amani. Baik kau call emak kau tentang
berita gembira ni. Aku keluar dulu. Esok aku nak mengajar. Selamat malam.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Tuan! Sarapan sudah siap. Datin suruh turun ke bawah.”
Panggil bibik di luar pintu.
“ Ok. Terima kasih.” Ucap Tengku Haiqal. Tengku Haiqal
mengemaskan tali lehernya terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik tidurnya.
“ Good morning mama. Muahhhhh!!!” sapa Tengku Iqram sambil
mengucup pipi mamanya. Memang sudah tabiat Tengku Iqram mengucup pipi mamanya
setiap pagi kerana ingin bermanja dengan mamanya.
“ Morning.” Balas Datin Haleeda kepada anak keduanya.
“ Mama, abang belum turun lagi ker?”
“ Kejap lagi. Kamu kan tahu abang kamu tu, bersiap memang mangalahkan
perempuan.” Tengku Iqram tertawa mendengarnya. Memang tidak dinafikan antara
Haiqal dan dirinya memang berbeza. Abangnya sentiasa bernampilan kemas tetapi
tidak dirinya yang sukakan penampilan yang santai.
“ Ehem…mengata abang ke?” Tengku Haiqal berdehem di belakang
mama.
“ Kenapa? Tak boleh ke?” balas Tengku Iqram. Tengku Haiqal
mengambil tempat duduk di bahagian tengah meja makan. Semenjak ayahnya
meninggal 3 tahun yang lepas, Tengku Haiqal la yang mengambil alih perniagaan
keluarga mereka.
“ Dah..jangan banyak cakap. Cepat makan sarapan tu. Nanti
lewat pulak nak masuk kerja.” Ujar Tengku Haiqal serius.
“ Relax la bang.
Masih awal lagi ni.”
“ No! Angah kan hari ni first day masuk kerja. So, kena
tunjuk contoh yang baik kepada pekerja yang lain. Faham!”
“ Faham..” jawab Tengku Iqram perlahan. Memang tak boleh
dibuat lawak la abangnya ni. Semenjak ayah meninggal, abangnya sudah mula
berubah menjadi seorang yang serius. Kadang-kadang, Tengku Iqram pun takut
hendak berbicara dengan abangnya.
“ Dah la tu Haiqal. Jangan bertegas sangat dengan adik kamu
tu. Ok..cepatlah makan. Nanti lambat pulak masuk kerja.” Ujar Datin Haleeda
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Dengar kata, bos kita akan bawa adik lelakinya bekerja di
syarikat kita ni?” ujar Siti pada Nana.
“ Yer..betul. Aku ada dengar cerita tu. Mereka cakap adik
bos pun boleh tahan juga hansem. Lepas tu, ada khabar angin kata yang adik bos
kita ni lebih peramah dari bos kita tu.”
“ Udah-udah ler kamu berdua bergosip tu..nanti bos sampai,
kamu juga yang susah.”
“ Tak ada lah. Kita orang cuma curious sangat nak tengok
adik lelaki bos kita tu. Tapi, kan Siti, aku lebih suka tengok bos kita tu
walaupun selalu jer serius. Tapi, beruntungkan jadi mereka tu. Dahlah, hansem,
kaya, berpelajaran pulak tu. Kalau la aku boleh
jadi girlfriend bos, alangkah bahagianya hidup aku..”
“ Berangan je la kau ni Nana. Kau boleh tahan ker kalau
dapat pakwe yang serius macam tu? Nak buat lawak pun kena fikir du tiga kali
kut kalau nak buat depan dia?”
Aku melangkah masuk ke bahagian pemasaran dengan tenang.
Siti dan Nana berhenti berbual lalu mengalihkan pandangan mata mereka kepadaku.
Mereka berdua menghadiahkan aku senyuman. Aku membalasnya. Tiba-tiba, ada
seseorang berdehem di belakangku? Aku terus memandang ke belakang. Lelaki itu
senyum padaku. Tetapi seorang lagi disisinya hanya menunjukkan riak wajah yang
serius. Aku memberikan laluan kepada mereka berdua.
“ Nana, itu ker adik bos kita tu? Hansemnya…” puji Siti pada
Nana.
“ Shhhh..jangan bising. Bos dah sampai.” Bisik Nana
perlahan.
“ Selamat pagi tuan.” Ujar Siti dan Nana. Tengku Haiqal
hanya memandang sekilas sahaja mereka berdua. Tengku Iqram membututi belakang
abangnya. Tengku Iqram juga sempat menghadiahkan senyumannya yang manis hingga
menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya kepada para pekerja.
Aku meneruskan langkahku ke arah dua orang perempuan itu
untuk bertanya kepada mereka.
“ Assalamualaikum. Saya Cinta Amani binti Mohd Khalid. Saya
datang nak melapor diri untuk jawatan Pembantu Pengurus Pemasaran di sini.”
Ujarku.
“ Oh..awaklah Cik Cinta Amani yer. Mari, ikut saya berjumpa
dengan Pengarah Urusan. Sila.” Ajak Nana pada aku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Maaf tuan. Ini lagi seorang pekerja yang datang melapor
diri sebagai pembantu Pengurus Pemasaran. Cik Cinta, sila duduk.” Ujar Nana.
“ Tuan, saya keluar dulu.”
Tengku Haiqal dan Tengku Iqram saling berpandangan antara
satu sama lain. Aku pula rasa tak senang duduk bila berhadapan dengan dua orang
lelaki yang baru ku temui.
“ Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik..?” ujar Tengku
Haiqal.
“ Cik Cinta Amani!” jawabku.
“ Mulai hari ini, kamu berdua akan mula bekerja di Syarikat
Waja Holding. Saya harap kamu berdua akan dapat bekerjasama dengan baik.”
“ Nana, masuk sekejap.” Arah Tengku Haiqal di talian.
“ Yer..tuan.”
“ Awak tolong bawa mereka berjumpa dengan staf-staf yang
lain dan tunjukkan tempat kerja mereka.” Ujar Tengku Haiqal dengan serius.
Aku dan Tengku Iqram dibawa keluar oleh Nana untuk
berkenalan dengan staf-staf yang lain. Tengku Iqram sempat menjeling seklias
kepadaku sambil menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku naik seram pulak melihat
lelaki ni yang dari tadi asyik senyum jer.
“ Ok…semua, minta perhatian! Hari ini kita ada dua orang
pekerja baru. Baiklah, Encik Tengku Iqram dan Cik Cinta Amani, sila perkenalkan
diri kepada staf yang lain.” Ujar Nana ramah.
Aku dan Tengku Iqram saling berpandangan. Dalam hati
bertanya, siapa la yang nak mulakan dulu. Kami berdua diam seketika.
“ Ehem..ehem..i think ladies should going first?” Tengku
Iqram senyum sekali lagi kepadaku.
“ Er..er. Hai! Nama saya Cinta Amani Mohd Khalid. Boleh
panggil saya Amanai. Saya masih baru lagi dalam bidang ni. Saya harap semua
boleh beri tunjuk ajar pada saya.” Semua orang bertepuk tangan.
“ Ok..my turn. Saya Tengku Iqram Tengku Harith atau Iqram
jer. Saya harap kita semua boleh bekerja dengan baik. Awak semua tak perlulah
nak rasa segan dengan saya walaupun saya ni adik bos kamu. Anggap jer macam pekerja
biasa. Saya pun masih baru lagi dalam pekerjaan ni.” Iqram sangat ramah melayan
semua staf yang lain. Memang berbeza sekali dengan abangnya yang di dalam tu.
Aku dibawa ke mejaku. Begitu juga dengan Ikram menuju ke mejanya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku dan Ria menunggu hidangan makan malam kami. Ria beria-ia
sangat nak ajak aku keluar makan malam hari ni. Katanya..nak meraikan akulah
sebab dah dapat kerja. Aku pun tak kisah sangat lah.
“ Cinta, so macamana dengan kerja? Ok?”
“ Well..right now..aku ok jer.”
“ Best la kau kan sekarang dah dapat kerja..nanti boleh la
belanja aku..”usik Ria. Kami berdua ketawa.
“ Terima kasih..”ucap ku pada pelayan yang baru sahaja
menghidangkan nasi goreng pattaya untuk kami berdua.
“ EH…Cinta, kau boleh ke kiri sedikir tak?”
“ Apa hal kau ni?”
“ Tak ada lah..aku dari tadi perasan yang dua orang lelaki
kat belakang kau asyik pandang kita jer..kalau tak silap aku lar..”
“ Hah! Ok…kau relax. Biar aku cuba tengok..” aku pun menoleh
ke belakang.
“ What?? Iqram!” sebutku. Iqram melambaikan tangannya ke
arah ku.
“ Kau kenal ker lelaki tu?” soal Ria.
“ Yes…lelaki yang melambai-lambai tangan kat kita tu, nama
dia Tengku Iqram. Sebelah..dia tu..abang dia yang serius tu la, Tengku Haiqal.”
Jelasku.
“ Woo…both of them so hansome la..”puji Ria.
“ Memang la..tapi kau belum kenal lagi mereka tu. Si Iqram
tu peramah sikit berbanding abang dia tu asyik berkerut je kat dalam ofis.”
Tiba-tiba, Iqram berjalan menuju ke tempat ku.
“ Hai. Amani kan?” tanya Iqram yang kelihatan santai memakai
baju t-shirt polo biru tua.
“ A’ah..Iqram kan!” balasku teragak-agak.
“ Tu lah..dari tadi saya perhatikan awak syok bercerita
dengan kawan awak ni. Saya nak tegur tapi abang saya haling. Tapi, alang-alang
kawan awak yang nampak saya tadi baik saya tegur kan!” ujarnya ramah.
“ Oh..yer ke. Kenalkan ini kawan saya Ria Melissa.”
“ Hai..panggil Ria je..”
“ Hai..saya Tengku Iqram. Panggil je Iqram. Kat sana tu
abang saya Tengku Haiqal..tapi minta maaf la. Abang saya tu memang macam tu.
Susah sikit nak bergaul dengan orang ni. Makan kat sini pun saya yang paksa..”
Haiqal hanya melihat telatah adiknya itu bergaul mesra dengan pekerja barunya
itu. Aku memang dah agak.
“ Oh..kalau macam tu saya tak nak ganggu korang berdua makan
la. Tengok tu, muka abang saya dah macam singa daa..saya ke sana dulu yer.”
Luah Iqram. Kami berdua hanya ketawa mendengarnya.
“ Ok.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Erm…Amani, Encik Haiqal nak awak hantar laporan pemasaran
bulan untuk minggu ni sekarang.” Ujar Nana padaku.
“ Ok..terima kasih Nana.” Aku rasa berdebar-debar pulak nak
jumpa bos aku ni. Dengar khabar, bos aku ni orangnya serius. Aku takut dia
marah-marah aku pulak kalau aku ada buat salah. Aku ni memang lemah sikit bila
kena marah. Memang aku cepat emo sangat ni. Harap-harap, laporan aku ni tak ada
yang salah. Amin..
“ TUKK!!!”
“ Masuk!”
“ Ini dia laporannya.” Ucapku perlahan.
“ Duduk dulu. Saya nak periksa dulu laporan awak ni.”
Sungguh aku rasa segan saat ni walaupun tidak menghadap mukanya. Rasa seram
sejuk la. Aku tak berani nak tengok muka dia. Aku hanya memandang ke bawah.
“ Ehem…” Encik Haiqal berdehem membuatku aku tersentak.
“ Ya..Encik!” Buat pertama kalinya aku menghadap wajahnya
begitu lama.
“ Awak tahu apa yang awak dah buat ni?” ujarnya dengan
serius.
“ Err..saya buat laporan pemasaran untuk minggu ni, Encik.”
“ Tapi! Kenapa banyak sangat kesalahan ejaan! Awak tahu saya
paling tak suka kalau ada pekerja yang boleh silap buat laporan hanya
disebabkan kesalahan ejaan! Saya nak awak buat balik! Sampai saya berpuas
hati!” Semakin tinggi suaranya. Aku rasa aku tidak dapat menahan air mataku
untuk mengalir.
“ Saya minta maaf Encik! Saya akan buat semula.” Tanpa ku
sedar, air mataku akhirnya jatuh juga. Encik Haiqal hanya memandang aku serius.
Aku terus keluar dari biliknya dengan hati yang masih sedih.
Aku terus menuju ke mejaku. Aku mencari semula kesalahan
ejaan yang dimaksudkannya itu. HAH! Memang banyak kesalahan ejaan yang aku dah
buat ni..patut la aku kena marah free-free tadi. Aku mengesat air mataku. Tengku Haiqal hanya
memerhati Cinta melalui tingkap biliknya.
“ Eh..kenapa ni Amani? Kau menangis yer?” soal Iqram
tiba-tiba.
“ Mana ada..ada habuk masuk tadi kat mata aku.” balasku.
“ Ala..kau jangan nak tipu aku la. Aku tahu mesti abang aku
yang buat kau macam ni kan. Dia marah kau ke?”
“ Tak ada lah..dia cuma tegur kesilapan aku jer.”
“ Ye ker? Aku tak percaya la. Aku kenal sangat abang aku tu.
Tak apa. Nanti aku cakap kat abang aku tu. Kau kena bersabar sikit dengan
perangai abang aku. Aku minta maaf la yer sebab dia buat kau menangis.”
“ Eh..kan aku cakap aku tak menangis la. Aku rasa baik kau
buat kerja kau. Aku kena siapkan laporan ni hari juga tau. Ok!”
“ Ok. Kau janganlah sedih. Kalau Amani sedih, aku pun
sedih.” Aku terkejut mendengar kata-kata yang baru sahaja Iqram luahkan padaku
sebentar tadi. Buat apa dia nak sedih-sedih.
Aku terus menaip laju laporan yang perlu aku siapkan. Mana
taknya, sekarang dah pukul 4.50. Tinggal 10 minit jer lagi nak balik. Kalau tak
siap, terpaksalah aku balik lambat pulak.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jam kini sudah menunjukkan pukul 7.00 malam. Kenapalah aku
boleh salah buat laporan tadi? Kini tinggal aku seorang sahaja. Takut juga aku
seorang-seorang kat sini. Aku mencetak laporan yang telah ku siapkan. Yes..aku
boleh balik..aku segera menyusun kertas laporan itu mengikut muka suratnya. Aku
mengemaskan barang-barangku yang berada di atas meja. Semua sudah siap. Aku
melangkah ke bilik Encik Haiqal untuk meletakkan kertas laporan ini di mejanya.
Aku tak perasan pulak yang dia dah balik. Erm..tak kisah lah. Yang penting aku
dah siap.
Aku mengambil beg tanganku yang berada di kerusiku.
Tiba-tiba, seseorang berdehem.
“ HAH! Dah siap ke laporan pemasaran tu?”
“ Encik Haiqal? Encik buat apa kat sini? Encik belum balik
lagi?” soalku yang terkejut melihatnya. Aku tak tahu pulak yang dia ni belum
balik. Takkanlah aku buat silap lagi.
“ Dah..saya dah letak kat meja Encik. Erm..Encik..kalau tak
ada apa-apa, boleh saya balik dulu.” ucapku perlahan. Riak wajahnya masih
serius seperti biasa.
“ Awak balik guna apa?” soalnya tiba-tiba.
“ Err..saya naik bas jer..takpun teksi.” Encik Haiqal terus
mengunci bilik pejabatnya dan berjalan semula ke mejaku.
“ Saya rasa malam-malam macam ni, susah nak dapat bas atau
teksi. Saya tumpangkan awak balik.”
“ Eh…tak payah lah Encik. Takut menyusahkan pulak. Saya dah
biasa naik bas.”
“ Ek eleh..kau ni jual mahal la pulak Cinta. Dah terang-terang,
Encik Haiqal nak hantar kau. Kau ingat kau berani sangat ke naik bas
malam-malam macam ni?” omelku dalam hati.
“ Tak apa la kalau macam tu. Tapi, kalau ada hantu ke,
peragut ke, saya tak tahu yer..” duga Haiqal. Sebenarnya, Haiqal berasa serba
salah pada Cinta kerana disebabkan ingin menyiapkan laporan pemasaran, Cinta
terpaksa pulang lambat. Dah lah dia tu perempuan. Takkan lah nak biarkan dia
balik malam seorang-seoarang macam ni.
Haiqal meninggalkan Cinta seorang diri. Haiqal sengaja menakut-nakutkanya.
Dia tahu Cinta tu sebenarnya takut. Aku rasa betul juga cakap Encik Haiqal tu.
Kut-kut ada orang jahat ke nanti..
“ Encik Haiqal! Boleh tak saya tumpang Encik Haiqal!” dengan
selamba aku berlari mendapatkan lengannya kerana ketakutan. Haiqal terkejut
dengan tindakan Cinta terhadapnya. Mungkin takut sangat si Cinta ni. Haiqal
mengukir senyuman kecil di bibirnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hari ni aku cuti..yahoo..boleh lah lepak kat rumah. Aku turun
ke bawah menuju ke ruang tamu.
“ Eh…Cinta, hah…semalam kau balik, siapa hantar kau tu?
Cantik kereta..” usik Ria sambil duduk di sebelahku.
“ Erm..tak ada siapa la..”
“ Eleh…dah ada pakwe tak nak kasi tahu. Ok…ok..”
“ Ish..minah ni kan..busy body betul la..”
“ Cepatlah…siapa yang hantar kau semalam?”
“ Bos aku..”
“ What? Bos kau? Maknanya abang si Iqram tu? Macamana pulak
dia yang hantar kau?” Ria teruja untuk bertanya.
“ Ye lah…semalam aku kena siapkan laporan sampai lewat
petang. Tu lah..aku pun tak tahu dia rupa-rupanya belum balik lagi. Dia yang
nak tumpangkan aku. Mulanya, aku tak nak..tapi memandangkan hari dah malam, aku
takut la nak naik bas. So, begitu la kisahnya.”
“ Oh….bestnya. Aku tak sangka pulak bos kau tu macam tu. Aku
ingatkan dia serius 24 jam. Mungkin benar kata pepatah, ‘tak kenal, maka tak cinta’, tak gitu Cik
Cinta yer..” Ria ketawa.
“ Tak ada maknanya Cik Ria Oii…kau ni kan ratu drama
betul..la..”
“ Well…tu memang cita-cita aku dulu tau..cuma tak
kesampaian..tu la jadi cikgu jer. Alang-alang, hari ni hujung minggu, apa kata
kita main bowling? Apa macam? Kalau kalah belanja makan?” ujar Ria.
“ Ok..aku on jer. Betul tau..kalau kalah kena belanja makan.
Kau tahu aku ni siapa? Aku ni pernah wakil kat sekolah aku dulu tau..”
“ Oh…yer ker…kau lupa ker yang aku ni wakil kat universiti
kita..” ujar Ria tidak mahu mengalah. Mereka sama tertawa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kami berdua melangkah ke Pusat Bowling. Erm…dah lama rasanya
tak tunjuk skill main bowling ni. Ria..kau tunggu la..aku akan menang game
bowling hari ini. Usai menukar kasut, kami berdua mencari tempat untuk bermain
bowling.
“ Ok..Cinta. Hari ni kau yang akan belanja aku
makan..hahaha”
“ We will see..Cik Ria…”balasku. Ria memulakan dahulu.
“ OK…OK…lurus….yeh..strike!!!” Ria menjerit gembira.
“ Woo….ok..kalau kau strike, aku pun boleh juga der..” aku
mengambil bola bowling kegemaran ku yang berwarna pink. Aku melangkah ke depan.
“ You go girl!!” Ria bersorak.
“ YEHHHH!!! Aku pun strike la…mak cik!”
“ Wah..tak sangka terror juga kau ye Nenek!” balas Ria.
“ Ehem…ehem…hai!” sapa Iqram tiba-tiba. Kami berdua
berpandangan serentak ke arah Iqram.
“ Iqram! Awak buat apa kat sini?” soalku.
“ Apa lagi, main bowling macam korang la juga. Saya tengok
kamu dari jauh..happy sangat sampai tak perasan saya kat sini.”
“ Oh..yer ke..awak seorang jer?” soal Ria pulak. Aku terus
mencubit lengan Ria. Aku tahu Ria sengaja bertanya begitu. Takkanlah, Encik
Haiqal tu nak ke tempat yang banyak orang ni. Mustahil..
“ Nope! I’m with my brother.”
“ Really!” ujar Ria. Aku pun terkejut juga. Tapi, mana abang
dia? Eh..apasal pulak kau ni Cinta nak cari abang dia tu? Takkan kau dah angau
kat dia?
“ Yah..abang saya tengah bayar kat kaunter Bowling tu. Kejap
lagi dia datang. Mesti korang tak percaya kan. I know. Well, abang saya kalah
main game dengan saya. So, hukumannya kena temankan saya main bowling la hari
ini.”
“ Korang main game apa?”
“ Ala…game PS jer..” Ria dan Iqram ketawa. Tanpa sedar, bahu
Iqram ditepuk dari belakang.
“ Oh…gelakkan aku la tu. Ambik kasut ni!” ujarnya serius.
“ Hai!” Ria memberanikan diri untuk menegur Haiqal. Haiqal
agak terkejut. Haiqal tidak menyedari kehadiran Cinta di situ. Fikirnya,
adiknya sedang menegur rakan-rakan biasanya. Haiqal pura-pura berlagak tenang.
“ Hemm..” jawab Haiqal yang serius seperti biasa.
“ Abang, apa kata kita main bowling sama-sama dengan
dorang?”
“ Hah! Tak payah! Kau main jer dengan aku. Tak payah nak
menyusahkan orang.”
“ Eh..eh..mana ada. Jom lah main sama-sama. Kita main
berpasangan la yer. Ok tak?” ujar Ria tiba. Aku masih diam dari tadi. Malu
untuk berhadapan dengan Encik Haiqal. Aku masih malu sebab semalam aku
terpegang lengan dia…
“ Ok. Saya setuju. Abang dengan Ria. Saya dengan Amani.”
Cadang Iqram. Aku dan Haiqal berpandangan.
“ Ok tak?” soal Ria padaku.
“ Hah! Ok…ok..” jawabku perlahan. Giler ker aku nak
berpasangan dengan Encik Haiqal. Buat malu aku jer lagi sekali kang..
“ Abang pulak?” soal Iqram.
“ OK.”
“ Kalau macam tu, pasangan mana yang kalah, kena belanja
makan. Deal!” semua orang bersetuju dengan cadangan Ria. Aku berpindah ke
tempat Iqram. Manakala Ria berpindah ke tempat Haiqal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Wah…aku tak sangka pulak Encik Haiqal ni jaguh main bowling.
Kalau macam ni, boleh kalah aku dengan Iqram ni. Sekarang ni, aku dan Iqram
ketinggalan 10 mata dibelakang Ria dan Encik Haiqal. Tak boleh jadi ni. Kini,
giliran aku dan Encik Haiqal untuk bermain bowling. Aku harap kali ni aku dapat
strike la..tolong…tolong aku yer…my pink ball..
“ Amani! Awak boleh!” ujar Iqram yang memberi kata semangat
padaku. Aku hanya senyum kepadanya. Encik Haiqal masih serius seperti biasa.
Bila lah agaknya aku boleh nampak dia senyum? Eh…kenapa pulak aku ni?
Tiba-tiba, Encik Haiqal menoleh. Aku terus pandang ke depan. Memang tak boleh
aku berdepan dengan Encik Haiqal ni.
“ Go..go..Encik Haiqal! Kalahkan Cinta!” usik Ria. Ish…Ria
ni kan sengaja buat aku hilang fokus. Ok..relax Cinta. Sekarang kau kena
tumpukan lorong bowling kat depan kau ni. STRIKE…STRIKE…STRIKE…..aku dan Encik
Haiqal serentak membaling bowling ke
depan.
“OK…OK…OK…terus…dan….Yehh!!!! Strike!!” jeritku.
“ Yer!! Awak strike! Dapat juga awak strike yer Cik Cinta..”
ujar Encik Haiqal. Aku terkejut. Kenapa pulak suara Encik Haiqal ni dekat
sangat kat aku. Aku menoleh ke kiri.
“ MAKKKKKK!!!!!” Malunya….kenapa la aku boleh pegang lengan
dia pulak. Tentu Encik Haiqal fikir aku ni yang bukan-bukan nanti. Tu..lah..kau
Cinta, nak gembira tak tengok sekeliling. Aku tertunduk malu. Dan..yang paling
aku tak percaya..aku rasa Encik Haiqal menyebut nama aku dengan panggilan
Cinta. Paling gempak lagi..itulah kali pertama dia sebut nama aku dan senyum.
Is it true??? Aku segera melepaskan pautan tanganku dari lengan Encik Haiqal.
“ Errr..ma..maaf Encik Haiqal. Saya tak sengaja. Saya cuma
terlalu gembira..”
“ Hem..” Itu sahaja darinya. La..serius semula ker..
“ Amani!! Awak hebat la..” tiba-tiba Iqram mencelah.
“ Ah..terima kasih. Biasa jer tu..” Iqram menyembunyikan
rasa kecewanya bila Amani telah memegang lengan abangnya. Sebenarnya, Iqram
menyimpan perasaan terhadap Amani sejak kali pertama berjumpa dengannya. Namun,
Iqram hanya memendamkan sahaja perasaan itu. Iqram tidak berani untuk meluahkan
perasaannya pada Amani kerana Amani baru berkenalan dengannya.
“ Saya tak sangka pulak abang ni hebat main bowling.
Ingatkan, abang ni terror menghadap computer pejabat jer..” usik Iqram. Iqram
berasa sedikit cemburu bila melihat kemesraan Amani bersama abangnya di depan
matanya. Sejujurnya, Iqram pertama kali melihat abangnya tersenyum mesra. Kalau
sebelum ini, susah sekali hendak dilihat abangnya itu untuk senyum. Jika senyum
pun..hanya senyuman yang dipaksa sahaja.
“ Biasa jer.” Jawabnya pendek.
“ Cinta! Nampaknya, team kau dah kalah. So, kenalah belanja
la kitaorang. Ok!” ucap Ria yang ceria.
“ Eee…mak cik ni! Tak sabar-sabar betul la. Ye lah..ye
lah..”
“ Wait..wait…biar saya yang belanja.” Iqram menawarkan
dirinya.
“ Eh…tak apa la. Biar saya jer.” Ucapku.
“ Eh..mana boleh pempuan yang bayar..”balas Iqram.
“ Macam ni lah. Apa kata kita kongsi bayar. Saya bayar
bahagian Ria dan awak bayar bahagian Encik Haiqal. Macamana? Ok tak?” soalku.
“ Baiklah…kalau macam tu. Saya ikut cakap awak.” Iqram
senyum kepadaku. Aku pula terasa malu. Haiqal hanya memerhati secara rahsia
kepada Amani.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Abang..angah nak cakap sikit dengan abang. Boleh tak?”
Iqram menyapa abangnya yang sedang menghadap lap topnya.
“ Ehm..tentang apa?”
“ Bang, saya nak minta pendapat abang?”
“ Pendapat?”
“ Well..look..angah rasa kan angah dah fall in love!” luah
Iqram yang teruja kepada abangnya. Haiqal yang mulanya tidak mengambil peduli
dengan adiknya itu tiba-tiba berminat untuk mendengar luahan adiknya sebentar
tadi.
“ Dengan siapa?”
“ Cinta Amani!” Haiqal ternyata terkejut dengan apa yang
yang baru didengarnya sebentar tadi.
“ Hemmm..” ucap Haiqal.
“ Hemmm…ajer..macam tak ikhlas jer?” Iqram sebenarnya hendak
menguji perasaan abangnya itu terhadap Amani. Kerana..semenjak kebelakangan
ini, Iqram dapat merasakan ada sesuatu di antara abangnya dengan Amani.
“ So, nak cakap apa pulak? Dah lah…abang dah mengantuk ni.
Abang nak tidur. Pergilah keluar….” Haiqal menarik selimutnya untuk menutup
mukanya.
“ Ye lah….baru luah sikit..dah mengantuk. Tak syok la abang
ni..macamana nak ada girlfriend!!” sengaja Iqram menekan perkataan ‘Girlfriend’
kepada abangnya.
“ Jangan lupa tutup lampu!” arahnya sebelum Iqram menapak
keluar. Iqram hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu. Tak apa. Yang
penting, Iqram sudah meluahkan perasaannya pada abangnya supaya abangnya itu
tahu bahawa dia suka pada Amani. Iqram dapat merasakan yang abangnya juga suka
kepada Amani cuma abangnya itu terlalu ego untuk meluahkannya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Hai..Amani, jom kita lunch sama-sama!” ajak Iqram. Sudah
banyak kali aku menolak pelawaannya. Nak tak nak terpaksalah aku bersetuju. Aku
dan Iqram masuk ke dalam cafeteria yang tidak jauh dari bangunan syarikat kami.
“ Hemm…susah betul nak ajak awak keluar makan dengan saya
ni. But, I still like you.” Luah Iqram tiba-tiba.
“ Apa yang awak cakap ni? Stop joking!” aku tahu Iqram cuba
untuk meluahkan perasaannya kepadaku. Namun, entah kenapa hatiku lebih tertarik
kepada Encik Haiqal. Saat Encik Haiqal memanggil namaku dengan Cinta terasa
begitu indah sekali. Ahhh….itu semua perasaan aku saja. Mana la Encik Haiqal
nak pandang aku yang ni. Dah lah pakai kaca mata. Lagipun, aku ni siapalah
sangat. Encik Haiqal tu kerabat diraja pulak tu. Memang mustahil..
“ Awak rasa saya tengah bergurau ke?”
“ Maybe…”
“ See…awak sendiri pun tak pasti.”
…………………
“ Terima kasih kerana sudi menerima cadangan daripada pihak
kami. Syarikat kami tak akan menghampakan pihak Tan Sri.” Ujar Haiqal.
“ Baiklah, kalau macam tu, saya terpaksa beredar dulu sebab
isteri saya baru jer telefon.”
“ Oh…ok. Saya pun nak beredar juga. Mari.” Ajak Haiqal.
“ Kamu pun..cuba-cubalah cari isteri. Kamu tu pun pun
bukannya muda lagi.” usik Tan Sri Hashim.
“ InsyAllah..kalau ada jodoh, tak ke mana.”
“ Ye..lah tu.” Haiqal mengiringi keluar dari bilik khas
cafeteria setelah selesai berbincang.
Rasa kekok pulak bila makan berdua dengan Iqram ni. Kalau
dengan Encik Haiqal, tak adalah kekok sangat walaupun nampak jer serius. Entah
kenapa walaupun Encik Haiqal bersikap begitu, namun aku masih rasa selesa. Aku
memandang ke sekeliling cafeteria. Tiba-tiba…aku dan Encik Haiqal saling
memandang. Nak senyum ke tak ni? Tanpa sedar aku menguntum senyuman kepada Encik
Haiqal.
“ Amani…Amani..Hello..” sapa Iqram. Encik Haiqal terus berlalu pergi.
“ Yer…yer..kenapa?”
“ Awak tengok apa tu?”
“ Ehm..tak ada apa-apa. Jom gerak sekarang.” Aku mengajak
Iqram. Aku rasa tidak senang hati pula bila melihat Encik Haiqal berlalu pergi
begitu sahaja. Dia marah ke? Eh..kenapa pulak dia nak marah? Kau ni perasan
betul la..Cinta.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Laaa...dah malam rupanya. Aku tak perasan pulak. Aku
mengemaskan barang-barangku masuk ke dalam beg tanganku. Aku menuju masuk ke
dalam lif. Usai sampai di tingkat bawah, aku keluar dari lif dan terus keluar.
Aku berjalan menuju ke perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah kereta Nissan Teana
berhenti didepan ku. Aku rasa aku kenal kereta ni. Ini kereta Encik Haiqal.
Tapi, apa yang Encik Haiqal buat kat sini.
Encik Haiqal keluar dari perut keretanya. Aku berlagak
tenang.
“ Assalamualaikum. Masih tunggu bas ke?” sapanya lembut.
Eh..lain macam je bunyi.
“ Waalaikumsalam..Encik Haiqal buat apa kat sini?”
“ Ada barang tertinggal kat ofis tadi. Jadi, saya datang nak
ambil balik la. Jom..saya hantarkan awak balik. Awak tak takut ker?”
“ Encik Haiqal janganlah takutkan saya.”
“ Dengar cakap saya. Cinta..mari saya hantar awak pulang.”
Sekali lagi Haiqal bersuara lembut.
“ Apa…apa..kenapa Encik Haiqal panggil saya Cinta.”
“ Kenapa? Tak boleh ke? Itukan nama awak juga kan?”
“ Memanglah..tapi panggilan nama Cinta tu hanya untuk orang
yang rapat dengan saya jer.”
“ Oh..yer ke? Tapi..saya tetap juga nak panggil awak dengan
panggilan CINTA..sebab..hati saya sudah diketuk oleh seorang gadis.“ Encik
Haiqal ni saja nak permainkan saya kan!”
“ Awak sudi tak nak keluar makan malam dengan saya?” soal
Haiqal.
“ Hah!! Encik serius ke?”
“ Selama ni awak pernah nampak saya main-main ke?” Aku hanya
tersengih. Betul ke Encik Haiqal ni suka aku? Aku memanglah suka dia tapi aku
tak sangka pulak Encik Haiqal pun suka aku. Yer la…Encik Haiqal selalu
marah-marah aku bila aku buat kesalahan walaupun kesalahan tu kecik. Berkira
sangat. Setuju ke tak? Baik aku setuju. Mungkin ini satu-satunya peluang untuk
aku meluahkan perasaan pada Encik Haiqal. Tak kisahlah dia terima ke tak. Yang
penting aku akan luahkan isi hati aku yang sebenarnya.
“ Ok..tapi bila?”
“ Esok…” balasnya. Kami berdua tersenyum.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Cinta….cinta hati kau dah datang?” usik Ria.
“ EH…..tak payah nak cinta hati sangat la. Kita belum lagi
bercinta tau.” Balasku. Ria ketawa.
“ Tak apa..aku doakan malam ni akan berlaku sesuatu yang
indah untuk kawan aku ni. Amina.” Ujar Ria.
“ Ok..lah. Aku keluar dulu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam..elok-elok keluar tu. Jangan balik lewat
tau.”
“ Ok..mak cik!” usikku. Aku berjalan menuju ke kereta Encik
Haiqal. Hem…nampak segak pula Encik Haiqal malam ni yang sedang bersandar di
tepi keretanya.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam, Cinta.” Aku hanya senyum padanya. Encik
Haiqal membukakan pintu keretanya untukkku. Aku melambaikan tangan pada Ria.
“ Awak nampak cantik malam ni..”puji Haiqal.
“ Terima kasih. Awak pun nampak kacak malam ni.” balasku.
Haiqal tersenyum. Fuhhh…sekali lagi aku nampak dia senyum. Hansemnya…memang tak
lena la aku tidur malam ni.
Haiqal memakirkan keretanya di depan Hotel Grand Dorsett.
Aku terpaku seketika. Biar betul dia nak bawa makan dengan aku kat sini. Segan
pulak.
“ Cinta..mari.” ajaknya lembut. Ni yang aku lemah ni bila
tengok dia cakap macam tu. Kalau kat ofis tak pulak macam tu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Haiqal menarikkan kerusi untuk aku duduk. Aku hanya
membiarkan sahaja. Terasa lain macam pula nak makan kat restoran mewah ni.
Haiqal melabuhkan punggungnya untuk duduk berhadapan dengan ku.
“ Encik Haiqal..kenapa tak beritahu saya yang kita nak makan
kat hotel?”
“ Surprise for you..”
“ Surprise?”
“ Yes..tonight I have something to tell you.” Dia senyum
lagi kepadaku. Haiii…dia pun dah kena jangkitan adiknya tu ke yang selalu
senyum. Tiba-tiba, pelayan datang untuk mengambil pesanan. Aku mengikut apa
sahaja yang dipesan Encik Haiqal.
“ Cinta…sebelum tu saya nak awak tukar panggilan awak kepada
saya tu. Just call me Haiqal. Kalau nak sweet lagi..panggil abang.” Usik
Haiqal.
“ Eee…tak malu. Ye..lah..Haiqal. Ok?”
“ Ehm…kurang ok. Lebih ok kalau panggil abang..” Haiqal
ketawa.
“ Tak nak….” perbualan kami terhenti seketika disebabkan
pelayan tadi menghantar hidangan makanan.
“ Tak apa. Bila Cinta kahwin dengan saya nanti…kenalah
panggil la abang.” Kenapa pulak si Haiqal ni lain macam malam ni. Macam tak
sesuai pulak perwatakkan dia malam ni kalau nak dibandingkan waktu kat ofis.
Tiba-tiba, Haiqal memanggil seorang pelayan dan membisikkan sesuatu ke
telinganya.
“ Awak bisik apa pada pelayan tu?”
“ Adalah…surprise..” Haiqal mengangguk kepada pelayan itu
menandakan tanda setuju. Haiqal sebenarnya ingin meluahkan perasaannya pada
malam ini dengan diirngi oleh gesekan biola yang romantis.
“ Cinta…saya ada sesuatu nak beritahu awak.” Aku tiba-tiba
berdebar saat melihat pandangan matanya.
“ Sejak kali pertama aku melihatmu, hatiku telah diketuk
oleh cintamu…Cinta Amani. This song is for you..” Pelayan itu menyerahkan
michrophone kepada Haiqal. Aku seakan-akan terbuai mendengar alunan suara yang
persis Afgan dari Haiqal. Huwaa…..memang tak tidur lena la aku malam ni. Aku
tak sangka pulak dia boleh jadi seromantis ini.
Kali ini ku sadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini ku lakukan
Karena kamu memang untukku
Haiqal melutut di depanku sambil menghadiahkan aku sejambak bunga ros berwarna merah. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.
“ Tengku Haiqal…saya terima cinta awak dengan sepenuh hati
kerana hatiku juga telah diketuk oleh awak. Thanks for you’s surprise..i really
love it and pandai awak nyanyi.” Luahku.
“ YEHHHH!!!! Thanks Cinta…I’m really happy.”
“ But! Saya nak tanya awak sesuatu dulu.” Haiqal kembali
semula ke kerusinya dan menghadapku.
“ Apa dia?”
“ Saya nak tanya kenapa kalau kat dalam ofis awak selalu
marah-marah kiter?” aku pura-pura membuat muka marah kepadanya. Selalunya kalau
dalam ofis dia yang selalu marah aku. Biarlah kali ni aku pula yang uji dia.
“ Oh…pasal tu. Actually, saya saja jer marah awak sebab nak
awak ingatkan saya selalu. Mesti awak ingatkan saya..lepas tu rindu saya.”
“ Ish….perasannya.”
“ Tapi..ada kan? Awak mesti ingat saya kan?”
“ Yer..” balasku. Kami berdua tertawa bersama. Tanpa sedar,
sepasang mata telah menyaksikan pasangan yang asyik bercinta di depannya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Iqram berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Iqram tidak puas
hati dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Datin Haleeda naik pening
melihat anak bongsunya ini berjalan ke sana ke sini tak tentu arah. Seperti ada
sesuatu yang menganggu fikiran anaknya. Datin Haeeda hanya mendiamkan diri
saja. Pintu rumah dibuka.
“ Assalamualaikum.” Haiqal menyalam tangan mamanya.
“ Waalaikumsalam. Nampak happy je anak mama ni?”
“ Of course la…” jawab Haiqal yang berwajah ceria. Sakit
hati Iqram bila melihat abangnya itu. Haiqal duduk di sebelah mamanya.
Sementara, Iqram masih berjalan mundar-mandir. Langkah Iqram berhenti tepat di
depan abangnya.
“ Abang! Betul ker abang bercinta dengan Amani?” soal Iqram kasar.
“ Iqram…abang akan jelaskan hal tu. Duduk dulu.” Haiqal
faham kenapa adiknya itu bersikap begitu. Iqram juga menyukai Cinta tapi hanya
sebagai kawan. Iqram tidak tahu akan hal itu.
“ Apa yang kamu berdua bualkan ni?” soal Datin Haleeda yang
risau melihat anak-anaknya ini.
“ Mama..tak perlu risau. Biar Haiqal ceritakan semuanya.”
“ Iqram..yer abang mengaku abang bercinta dengan dia..abang
tahu kamu mesti marah dengan abang. Tapi, abang nak Iqram faham yang abang
betul-betul cintakan Cinta.”
“ Hah! Cinta! Heh..abangkan tahu yang Iq sukakan dia dulu!”
“ Abang tahu..tapi..Iq cinta ni tak boleh dipaksa. Abang
sebenarnya sudah lama suka pada Cinta sejak Cinta pertama kali datang ke
syarikat kita.”
“ Bohong! Habis tu..kenapa abang selalu marah-marah
Amani..sampai buat dia menangis!”
“ Abang buat tu semua sebab abang nak dapatkan perhatian
dia. Abang dah mula sukakan dia cuma abang tak nak tunjukkan depan kamu. Bila
kamu beritahu yang kamupun sukakan Cinta, abang kecewa. Jadi..abang cuba pendamkan. Tapi, bila abang
nampak kamu keluar makan lunch bersama hari tu, hati abang rasa cemburu. Abang
tak dapat nak pendamkan lagi. Abang pun buat keputusan untuk meluahkan perasaan
abang kepada Cinta. Alhamdulillah..Cinta dah
terima cinta abang. Abang nak minta maaf pada kamu, Iq.
“ Iq..tak percaya! Iq nak jumpa Amani sekarang!” Iqram
segera keluar dari rumah.
“ Pergi kejar dia, Haiqal!” ujar Datin Haleeda.
“ Biarkan dia ma. Cinta akan jelaskan semuanya kepada Iq
nanti. Mama jangan risau.”
“ Haiqal..kenapa boleh jadi macam ni? Kamu pun fahamkan yang
adik kamu tu hati dia tu cepat sensitif. Mama tak kisah kamu nak bercinta
dengan siapa tapi mama harap kamu dapat berbaik dengan Iqram semula. Mama tak
suka kalau anak-anak mama ni bergaduh.
“ Haiqal akan cuba ma. Mama pergilah naik berehat dulu.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ TINGGGG!!!” Ria melihat di sebalik tingkap.
“ Siapa pulak yang datang malam-malam ni?” soal Ria dalam
hati.
“ Ria..siapa kat luar tu?” ujarku.
“ Entah..jom kita sama-sama tengok.” Kami berdua keluar
untuk melihatnya.
Alangkahnya terkejutnya aku. Iqram? Buat apa dia datang ke
sini malam-malam macam ni? Tapi..kenapa aku tengok si Iqram ni lain macam jer
malam ni. Selalunya…bukan main senyum lagi.
“ Iqram! Ada apa datang lewat malam ni?” soalku.
“ Saya nak tanya sesuatu pada awak. Betul ke awak sedang
bercinta dengan abang saya?”
“ Yer..saya bercinta dengan abang awak.” Ucapku tenang. Takut
juga aku kalau-kalau si Iqram ni buat hal.
“ Tapi..kenapa? Kenapa awak pilih abang saya? Awak kan tahu
saya yang suka awak dulu..”
“ Iqram..cinta saya pada abang awak. Saya memang suka awak
tapi saya anggap awak sebagai kawan saya. Tak lebih dari tu. Saya tahu yang
selam ni awak cuba luahkan perasaan awak kepada saya tapi soal hati dan
perasaan ni bukannya main-main. Iqram..saya nak awak tahu yang saya memang betul-betul cintakan abang awak. Saya harap
awak ikhlas menerima saya sebagai teman wanita kepada abang awak.” Iqram
terdiam mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Amani. Kata-katanya membuatkan
Iqram sedar semula ke dalam realiti.
“ Saya…saya…minta maaf Amani. Saya sedar yang saya dah buat
silap pada awak dan pada abang saya juga. Betul kata awak. Soal hati dan
perasaan ini bukannya perkara main-main. Saya akan cuba buang perasaan saya
pada awak. Saya harap awak sudi maafkan saya."
“ Saya maafkan awak Iqram. Kita masih kawan kan?”
“ Yer..yer..i’m still you’r friend. Kalau abang saya ada
buat hal, awak just tell me. Saya harap sangat awak dapat bahagiakan abang
saya. Awak memang sesuai bersama abang saya. Sejak awak muncul dalam hidup dia,
abang saya dah boleh bergurau senda dengan keluarga saya. Saya berterima kasih
dengan awak."
“ Itu semua kehendak abang awak yang nak berubah. Saya pun
harap keluarga awak akan dapat terima saya seadanya.”
“ Baiklah..kalau macam tu, saya balik dulu. Saya nak minta
maaf kat abang saya pulak.” Iqram senyum. Aku dan Ria juga turut membalasnya
dan melihat Iqram berlalu pergi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ENAM BULAN KEMUDIAN….
“ Aku terima nikahnya Cinta Amani binti Mohd Khalid dengan
mas kahwinnya sebanyak RM 2000 tunai.” Dengan sekali lafaz aku telah menjadi
milik Tengku Haiqal.
Haiqal menyarungkan cincin ke jari ku dan mengucup dahiku
untuk majlis membatalkan air sembahyang. Aku sangat gembira kerana hubungan ku
dengan Haiqal dapat diterima baik oleh mamanya dan juga Iqram.
“ Cinta…kenapa menangis ni?”
“ Cinta bahagia..la.”
“ Hemm..i think you forget something?”
“ Apa?” soalku.
“ Abang…” jawabnya.
“ Ish…tak malu. Baiklah…abang. Ok?” ucapku. Haiqal mengukir
senyuman dan mengucup lembut tanganku.
“ Yehhh!!!! Cinta dah panggil abang!!!” Semua orang ketawa
melihat telatah Haiqal. Baru je aku sebut abang, dah meloncat-loncat.
“ Abang…malu kat orang..”
“ Tak apa. Because my ‘Love is Cinta Amani’.
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar di majlis
pernikahanku. Itulah..cinta itu ada manisnya, ada pahitnya, ada sukanya, ada
dukanya. Pendek kata macam-macam ada. Cinta akan bertandang bila hati kita
telah diketuk oleh seseorang sama ada kita menyedarinya atau tidak. Apapun..aku
memang bahagia sangat sebab dapat bersama dengan insan yang mencintai aku.
Iqram pun dah da[at penggantinya. Korang mesti tak percaya..guess what? Iqram
sekarang ni dah bertunang dengan Ria. Aku pun mulanya terkejut juga. Ye lah..tak
sangka yang Iqram ni akan jadi tunang kepada kawan baik aku ni. Itulah..jodoh
pertemuan semuanya telah ditentukan. Sama ada cepat atau lambat, pasti akan
tiba juga.
TAMAT.
( Ini adalah cerpen
saya yang ketujuh. Agak susah juga nak cari idea untuk menghasilkan sebuah
cerpen yang romantik ni. Ye lah..saya ni bukanlah orang yang romantik. Cuma
cedok lirik-lirik lagu yang sweet saja. Apapun..selamat membaca dan silalah
komen. Nantikan cerpen saya yang akan datang.)
4 comments
ui! sanyum2 ku membaca.. haha... romantik gila!
ReplyDeleteEh, lupa! I'M BACK!!! haha..
Deletehahaha....saja ja try buat cerpen romantik ni..
ReplyDeletehttp://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
ReplyDeletehttp://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong