AKU
berjalan dengan agak tergesa-gesa menuju ke dewan kuliah gara-gara sudah
terbabas tidur. Habislah aku kali ni! Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup
Nur Sofea Imani, aku akan lewat masuk kelas. Sudahlah hari ni, aku ada pembentangan
yang melibatkan markah untuk mid-term.
Sahlah! Memang aku kena nanti.
Aku mengerling sekilas jam tangan Baby-G
pink ku. Oh! Tidak! Rasa nak menjerit
saja untuk berhentikan masa. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku bila
aku dah lewat dalam kelas. Satu! Saat aku buka pintu bilik kuliah, pasti dan hundred percent akan ada suara-suara
sumbang yang hu..ha..hu..ha..sibuk tepuk tangan macam menang award je. Dua! Mulalah tu sesi bergosip
Kiah Propa, bisik sana bisik sini. Tiga! Kalau aku masuk bilik tu nanti sure aku kena fikir nak cari tempat
duduk yang boleh menutup muka tebal aku ni. Hisy…banyaknya masalah negara yanga
bakal aku alami nanti.
“KRING! KRING!”
“Hisy…siapa pulak yang telefon aku
ni? Dahlah aku sekarang tengah darurat nak menuju ke kelas.”
“Hello! Sof. Tak pergi kelas ke?”
“Assalamualaikum, Cik Nurul Hana.
Aku accident tidur la tadi. Presentation tu dah start ke? Habislah aku kena deduct
markah nanti!”
“Cepatlah! Kau ada masa lagi. Lecturer tu belum sampai lagi. Baik kau
lari pecut ke sini.”
“Okay! Okay! Aku akan sampai around 10 minutes. Save tempat
duduk aku tau! Kalau tak, putus kawan!” ugutku pada teman baikku.
“Yes! Sir. Cepatlah datang.”
Aku segera berjalan dengan langkah
yang tergesa-gesa. Tudung senget sudah tidak menjadi keutamaanku asalkan kepalaku
tak senget. Aku tersenyum lega kerana aku kini sudah berada di depan pintu
kuliah. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku cuba membuang segala 3 perkara
yang aku fikirkan sebentar tadi.
Dengan ucapan Bismillah, aku melangkah kaki kanan lalu masuk ke dalam bilik
kuliah dengan hati yang tenang. Gulp! Kenapa suasana diam pulak ni? Senyap dan
sepi. Aku cuba meliarkan mata ke sekeliling bilik kuliah.
OMG!!! Rasa nak menjerit KING KONG
dalam bilik kuliah ni. Aku dah salah bilik la!!! Ini bilik B la! Malunya aku!
Aku rasa wajah aku ni dah malu tahap tinggi Menara KLCC daa. Apa pasal aku boleh salah masuk kelas ni! Hisy…tanpa berlengah
aku hanya tundukkan kepala lalu menutup pintu bilik kuliah tersebut untuk
beredar.
Jam sekali lagi aku kerling. Dah
lambat 10 minit! Aku janji tadi dengan Hana around
10 minutes! Ceh…speaking konon! Mampus la aku. Aku mempercepatkan langkahku
menuju ke bilik kuliah F.
Mataku
bersinar-sinar penuh cahaya kerana akhirnya aku sudah menemui bilik kuliah F. Aku
segera ke sana namun cahaya yang mulanya bersinar tiba-tiba menjadi gelap
gelita. Tidak!!! Punah segala harapanku. Siapakah makhluk yang tidak beradab
ini sehingga memusnahkan pagiku yang penuh mencabar? Keluar sudah ayat
sasteraku!
Aku
menggosok-gosok bahuku akibat terlanggar seseorang. Ya Allah! Aku terlanggar
dengan lori simen ke apa? Keras gilerr. Sakitnya bahu aku ni. Aku pantas
mendongak ke atas. Dia hanya tersenyum sinis dengan wajah yang sudah berkerut.
“Kau
pandang apa? Aku tahulah aku ni hansem tapi lain kali mata tu jangan letak kat
lutut! Pandang depan, buka mata tu luas-luas! Faham!!” sindirnya.
Aigooo! Menikam kalbu sungguh ayat
sindirannya. Tak guna betul lelaki ni. Bukan main kurang ajar lagi dia ni.
Memang mulut takde insurans langsung. Ingat aku ni boleh jatuh cinta la kat spesies lelaki bad boy plus arrogant macam gini? No way! Walaupun aku tahu trend sekarang ni, perempuan suka lelaki
yang spesies ala-ala bad boy, tapi
bagi aku tak! Aku lebih suka lelaki yang gentleman.
Itu baru lelaki pilihan. Bukan macam lelaki seekor ni. Menyakitkan hati betul
kata-kata dia ni.
“Amboi!
Cantiknya bahasa. Budi bahasa budaya kita dan bahasa melambangkan bangsa!”
balasku. Itu dia…tagline iklan
berbudi bahasa pula yang keluar dari mulut aku. Ingat aku tak berani la nak
balas kata-kata dia. Piraaahh..
Lelaki yang
sedang berkerut itu sedikit terkejut mendengar ayat sinis dari aku. Padan muka!
Jangan pandang sebelah mata sama gua!
“Kalau
dah ciplak tagline iklan budi bahasa
tu, kenapa tak reti-reti lagi minta maaf?”
Berdesing
telingaku sekali lagi mendengar ayat yang berbisa darinya. Dahlah badan besar,
tinggi gedabak, mulut takde insurans…hisy,
siaplah kalau dia satu kos dengan aku. Memang aku anti dia sampai graduate! Hope bukan satu kos dengan aku.
“Apasal
tenung-tenung? Tak pernah jumpa lelaki hansem ke?”
Poyo
betul mamat ni. Perasannya nau’zubillah..
“Hello! Excuse me. You are not my taste!
Siapa cakap yang kau ni hansem? Rasanya orang yang puji kau hansem tu, ada
masalah mata kut. Ke…dorang sengaja je nak sedapkan hati kau tu.”
“Mengaku
je la...kalau dah jatuh cinta tu. Mungkin aku boleh pertimbangkan kata maaf kau
tu.”
Uwekkk! Nak termuntah aku mendengar.
Wah! Lelaki ni memang mulut dia dah tamat tarikh luput kut insurans dia ni.
Gaya dia bercakap mengalahkan mereka yang bertanding dalam pilihan raya.
Hemm…dia ni sengaja bikin hati aku panas betul. Nak minta maaf ke tak? Astagfirullah…Nur Sofea Imani! Kau dah
lupa ke dengan presentation kau?
“Ermm…..”
Lelaki
itu menanti balasan jawapan dari aku.
“Aku
pergi dulu la. Aku takde masa nak bertekak dengan kau sekarang. Ok!” Tanpa
memandangnya, aku segera berlari menuju masuk ke dalam bilik kuliah F. “Hey!!!” jerit lelaki itu.
Alhamdulillah…sempat
juga aku masuk ke dalam ni. Dengan wajah yang selamba, aku mencari Nurul Hana.
Aku menarik nafas lega kerana giliran untuk aku membuat presentation belum lagi masanya. Fuhhh…sungguh hari ini benar-benar
menduga kesabaranku.
……………………………………………..
Tiga
jam sudah berlalu. Aku dan Nurul Hana keluar dari bilik F selepas selesai
sahaja pembentangan tadi. Nasib baik, aku dapat menyampaikan presentation aku dengan baik. Baru
sahaja aku keluar dari bilik kuliah F, tiba-tiba langkah kami berdua dihalang
oleh sekujur tubuh sasa. Aku cepat-cepat memandang ke depan.
“Kau!!
Apa kau buat kat sini?” soalku kasar.
“Kau
hutang kata maaf dengan aku!” balasnya tidak berpuas hati.
Ya
ampun! Sampai begitu sekali lelaki ni cari aku. Ini betul-betul dah melampau.
Dahlah ramai orang lalu lalang kat kawasan ni. Dia ni sibuk nak menagih maaf
pulak kat sini.
“Sof!
Siapa lelaki ni?”
“Hana,
kau tunggu aku di kafe. Nanti aku cerita. Ok?”
Dengan
rasa berat hati, Hana pergi meninggalkan teman baiknya itu. Kini, hanya aku dan
lelaki yang suka berkerut ini. Lantaklah pandangan orang. Dia yang mulakan
dulu.
“Kau
ni kenapa? Asal kau tak buat announcement
saja? Itu pun nak kecoh! Ok..ok..aku tahu aku yang salah sebab langgar kau
tadi. So, aku minta maaf. Ok.
Selesai!” aku mengatur langkah untuk beredar namun lenganku tiba-tiba direntap
kasar.
“Siapa
cakap dah selesai? Aku tak dapat rasa kata maaf kau tadi tu ikhlas.”
Hisy….meluatnya
aku dengan lelaki ni. Dia ni memang sengaja nak mencipta perang dengan aku! Aku
dah minta maaf tadi tu pun dah kira baik. Dia juga yang beriya-iya nak aku
minta maaf tadi. Kuat berkira betul la.
“Ikhlas
atau tak, aku dah minta maaf. Kalau kau tak dapat nak terima, aku tak kisah.
Yang penting aku dah minta maaf! Hope sangat-sangat yang kita tak terserempak
lagi.” Ucapku.
Lelaki
itu hanya tersenyum sinis. Perempuan ini benar-benar menguji kesabarannya.
Selama ini belum pernah seorang pun perempuan yang berani bertentang mata
dengannya. Berlainan dengan perempuan ini. Interesting. Ujarnya dalam hati.
“Ok.
Aku terima kata maaf kau. Aku pun harap yang kita tak akan bertembung lagi.”
“Bagus.
Aku pergi dulu.”
Aku
terus berlalu pergi. Pandangan orang sekeliling aku tidak ambil peduli.
Bukannya aku buat salahpun.
………………………………..
Suasana
di kafe begitu bising sekali dengan kehadiran pelajar-pelajar di situ. Aku
terus mencari kedudukan Hana. Hah! Itupun dia.
“Hai!”
“Hemm..sampai
pun. Weh…apasal tadi tu? Kau mesti cerita dengan aku kesemuanya. Takde satu pun
tinggal tau!”
“Kalau
iya pun, tunggulah aku pergi beli makanan dulu. Aku tengah lapar ni.”
Hana
tersengih kerang busuk. Hana benar-benar ingin tahu cerita di sebalik kejadian
tadi. Rasanya jika dia tidak silap, lelaki itu ialah Aadif Rayyan. Tapi cuma
itu sahajalah setakat yang Hana tahu. Dia tahupun sebab teman-teman dalam kerja
kumpulannya yang selalu menunjukkan gambar Aadif Rayyan kepadanya.
Selesai
membuat pembayaran untuk makanan tengah hariku, aku terus menuju ke meja makan
tempat Hana berada. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan Hana.
“Kita
makan dulu. Lepas tu baru aku cerita kat kau. Aku tahu mesti kau tengah tunggu
cerita goreng panas dari akukan?”
“Pandai
kau teka. Ok. Kita makan dulu!!” Kami berdua berselera sekali menjamu hidangan
tengah hari. Kalau perut sudah lapar, memang kami berdua tidak akan berbunyi
langsung.
“Erghhh..…”
Kalau mak-mak mentua tengok aku bersendawa macam tu, confirm aku kena reject
awal-awal. Tapi bukan aku sengaja nak buatpun. Tak sempat.
“Hisy…kau
ni Sof! Cubalah sendawa tu elok-elok. Kalau orang nampak, malu tau.”
“Alaa…tak
kisahlah. Dah nak sendawa, mana boleh tahan-tahan. Itu maknanya dah kenyang.”
“Kut
iya pun ucaplah Alhamdulillah.”
“Hihihi…alhamdulillah.”
Aku tersengih malu dan tanpa sedar aku rasa diri aku sedang diperhatikan
dan…keputusannya tepat sekali. Lelaki itu lagi! Haishh! Kenapa dia ketawa macam
tu? Takkanlah dia nampak aku sendawa tadi? Bencinya! Boleh tak dalam satu hari
ni aku tak nak tengok si kerut muka tu! Menyampah!
Aku
menjeling tajam kepadanya.
“Aadif!
Aku dengar kau gaduh dengan seorang perempuan cun tadi ek?”
Aku
salah dengar ke apa ni? Perempuan cun mana pula aku gaduh tadi? Aadif musykil
dengan pertanyaan Reezal.
“Aku
gaduh dengan perempuan cun? Bila masa pulak?”
Reezal
tersengih. Temannya ini hendak berahsia pulak.
“Alaa…bro,
tak payah la nak berahsia dengan aku. Tadi aku nampak kau gaduh dengan seorang
perempuan cun di depan pintu kuliah F. Apa kes? Setahu aku, kau ni kan jarang
layan perempuan.”
“Aik!
Main kasar nampak?”
Hemm…sekarang
barulah Aadif mengerti akan maksud kawannya itu. Perempuan pendek tu dikatakan
cun? Cun ke? Aadif sempat mengerling ke meja perempuan yang bergaduh dengannya
tadi. Cun ke? Aku tengok biasa je. Takde pun cun!
“Aadif!
Aadif!” panggil Reezal.
“Hemm…aku
tak pekak lagi la.”
“Cepatlah
cerita..aku nak tahu juga perempuan mana yang berani sangat cari pasal dengan
kau tu? Aku tabik la dengan perempuan tu sebab berani giler melawan.”
Aadif
pun menceritakan kejadian pagi tadi yang melibatkan dirinya dengan perempuan
itu. Reezal hanya mertertawakan kisah temannya itu. Sahlah..tak lama lagi perang
akan tercetus. Dua-duanya nak menang.
“Kau
ketawa kenapa?” soal Aadif.
“Saja..”
“Saja?”
“Kau
nak dengar satu pepatah dari nenek moyang aku tak?”
“Mula-mula
benci, lama-lama jatuh cinta.”
“Wooo!
Ini dah lebih ni. Apa hal pulak tiba-tiba masuk topik cinta ni? Dahlah. Malas
aku nak layan kau. Lebih baik aku balik dulu.”
Reezal
hanya tersenyum melihat sikap Aadif. Dia tahu sebab Aadif bersikap begitu
kerana kisah silamnya.
“Aadif…Aadif…You'll
never fall in love the same way twice” bisik hati Reezal.
…………………………………….
Pelik. Itulah yang aku dapat rasakan
sekarang. Kenapa pulak tiba-tiba mama aku suruh aku balik? Hemmm…kenapa aku
rasa macam ada something yang akan berlaku? Aku mengemas pakaianku untuk dibawa
pulang.
“Assalamualaikum, Hana.”
“Hemm…Sof! Waalaikumsalam. Kenapa
ni?”
“Aku kena balik la. Mama aku minta
aku balik. Katanya ada hal penting.”
“Oh…okay la kalau macam tu. Kirim
salam dekat keluarga kau ya.”
“Ok..Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Tanpa berlengah, aku terus mengunci
pintu bilikku untuk keluar. Aku segera menuju ke tempat letak kereta. Enjin
kereta segera kuhidupkan.
Empat puluh minit sudah berlalu.
Akhirnya aku tiba juga di kawasan perkarangan rumahku. Aku segera keluar dari
kereta dengan langkah yang tergesa-gesa lalu bergegas masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum!” ucapku.
“Waalaikumsalam, Cik Sofea dah
balik?” sapa Mak Esah yang bekerja sebagai orang gaji di rumahku.
“Hemm..Mak Esah, mana mama saya?”
“Oh…Puan..”
“Sofea…sayang!” sapa Puan Safea
mesra. Rindu sekali dengan puteri tunggalnya ini. Puan Safea lantas mendapatkan
anak kesayangannya itu lalu mendakap penuh erat.
“Mama…”panggilku lembut. Puan Safea
membawa anak perempuannya menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk
bersama-sama.
“Sofea…mama ada sesuatu nak bincang
dan perkara ni mama harap sangat Sof bersetuju demi kebaikan keluarga dan
perniagaan kita.”
Aku sudah mula susah hati. Nampaknya
perkara yang bakal disampaikan oleh mama kelihatan serius. Aku menarik nafas
terlebih dahulu.
“Mama…Sofea akan cuba bantu mama
setakat yang Sof mampu.”
“Terima kasih sayang. Mama tahu yang
Sof takkan hampakan hati mama. Baiklah. Macam ni sayang, teman bisnes mama tu
berkenan dengan Sof. Jadi, teman mama tu nak merisik Sof untuk anak lelaki dia.
Kalau Sof setuju, minggu depan teman bisnes mama tu nak datang untuk mengikat
tali pertunangan anak lelakinya dengan Sof. Macamana? Sof setuju tak? Mama
tengok anak lelaki teman mama tu baik dan berbudi bahasa orangnya.”
Oh!
No. Bertunang? Dengan stranger?
Aigoooo….apa hal pulak aku kena bertunang dengan someone yang aku tak kenal dan
paling penting tak cinta! Wah…dah keluar dah ayat sastera aku. Hisy….ini yang
bikin hati aku rasa tak sedap hati pulak. Mana taknya, inikan permintaan mama
aku lagi. Susah…susah…
“Ehmm…mama, boleh tak mama berikan
Sof masa untuk fikirkan hal ni?”
“Boleh…sayang. Mama beri masa tiga
hari saja untuk Sof fikir tapi mama harap jawapannya menggembirakan hari mama.
Ok, sayang?”
“Hemmm…okay.” Memang jawapan tak
ikhlas langsung dari mulut aku. Tapi nampak gayanya kenalah aku perah otak
dalam masa tiga hari ni untuk fikirkan hal ni. Haiyakkk…masa tiga hari mana
cukup untuk aku fikirkan tentang hal yang bakal mengubah status ‘single’ ku kepada ‘tunang’ someone.
Aku berlalu naik ke atas menuju ke
bilik tidurku.
…………………………………………
Kuliah berjalan seperti biasa namun
masa sangat mencemburui aku. Sedar tak sedar, esok merupakan hari ketiga untuk
aku memikirkan jawapan kepada soalan mama. Masalah negara betul la! Mana sempat
tiga hari untuk aku fikirkan benda tu. Dua hari ni aku memang sibuk dengan
urusan kuliahku. Hemmm….
“Ouchhh!!” aku menggosok kepalaku
gara-gara terlanggar dengan seseorang. Hisy…time ni jugak kepala aku yang jadi
mangsa. Dahlah kepala aku ni sekarang tengah sibuk berfikir soalan mama. Aku
lantas memandang gerangan yang melanggar aku.
“Kau lagi! Asyik-asyik kau!
Hisyy….menyusahkan betul!”
Ya Allah! Dalam banyak-banyak
pelajar kat universiti ni, asal mamat kerut ni lagi aku jumpa hah? Hisy!
Menyampahnya….dahlah mulut takde insurans. Lepas ni, aku tahu pasti mamat kerut
ni akan mula membebel dan terus membebel. Kita tengok!
“Hello!
Jalan ni kan besar. Yang kau nak lalu sini juga, apa hal?” balasku dengan
renungan tajam yang tidak berkedip.
“Huh! Mata kau tu yang letak kat
kaki! Asyik-asyik nak langgar orang? Macam takde orang lain pulak yang kau nak
langgar! Ke…kau memang sengaja nak langgar aku? atau kau sengaja nak tarik
perhatian aku supaya jatuh cinta kat kau, pendek?”
Erghh!!! Geramnya mamat ni! Laser
betul mulut dia ni. Nak aje aku sumbat dengan cili merah kat mulut mamat ni.
Benciiiii!!! Mamat ni budak kos apa ek? Peguam kut? Sebab setiap soalan aku,
bukan main hebat lagi dia balas.
“Hisy….menyampahnya dengan kau ni!
Memang mulut takde insurans betul. Ingat kau buat muka kerut-kerut tu aku takut
la? Sorry la! Aku tak takut langsung la dengan muka kerut kau, badan macam lori
simen!” ambik kau habuan dari aku. Suka hati je nak mengutuk aku pendek.
Aadif sedikit tersentak dengan
kata-kata perempuan genit di depannya ini. Sungguh berani sekali. Sebenarnya
Aadif tidak bermaksud untuk mencari pasal dengannya namun dek kerana fikirannya
sedang melayang ketika itu, jadinya perempuan inilah yang menjadi mangsanya.
Aadif menghadiahkan sebuah senyuman
yang menggoda ke arah perempuan di depannya ini. Sengaja ingin menguji
reaksinya.
Eh…kenapa pulak dengan mamat kerut
ni tersenyum-senyum? Takkan dah sewel sebab terlanggar dengan aku? Konon nak
menggoda aku la tu? Excuse me? Takde
makna aku nak tergoda dengan senyuman macam tu! Lainlah kalau senyuman dari
Dennis O’neill. Itu memang aku tergoda habis. Nak nak lagi kalau jadi bakal
tunang aku. Memang aku setuju. Eh! Apa yang aku merepek ni?
“Ok la, Encik Yang Aku Tak Tahu Nama
Yang Berbudi Bahasa Sangat, beginilah aku minta maaf sebab dah langgar kau
tadi. Aku bukannya sengaja pun nak langgar kau. Ok. Done.” Ucapku lalu beredar.
Aadif terdiam seketika. Nak gelak
pun ada juga mendengar nama yang begitu panjang diberikan oleh perempuan itu.
Macam-macam sungguh kerenah orang perempuan ini. Belum kira lagi dengan kerenah
mamanya. Lagi la Aadif tak terlayan.
………………………………
Hari ini sudah masuk hari ketiga.
Maknanya hari ini adalah hari terakhir untuk aku memikirkan kata-kata mama.
Namun, sehingga kini aku masih buntu untuk mencari jawapan. Aku langsung tiada
gambaran tentang bakal tunang ku nanti. Orangnya macamana? Budiman ke tidak?
Hansem ke? Hisy..ke situ pulak. Janganlah aku bertunang dengan lelaki yang
macam mamat kerut tu! Minta simpang empat puluh empat malaikat! Tak nak! Jiwa
sengsara mendengar kata-kata yang takde insurans tu.
“Termenung jauh nampak? So, macamana? Dah ready untuk menukar status anda?” usik Hana kepadaku.
“Itulah…aku pun tengah fikir lagi
ni. Aku tak tahulah. Aku masih tak sedia
sebenarnya. Umur pun masih muda. Sampai bila aku nak bertunang? Takkan sampai
habis graduate? Lepas bertunang, takkan nak kahwin pulak? Hisy…masalah negara
betul la.”
“Kau kena fikir masak-masak dalam
hal ni, Sof. Aku tak nak kau terburu-buru membuat keputusan. Siapa tahu jodoh
kau dah sampai awal? Lagipun kalau pilihan keluarga ni kan biasanya diberkati
tau. Kau belum kenal lagi dengan dia. Mungkin dalam tempoh korang mengikat tali
pertunangan, masa tu lah kau boleh tentukan sama ada dia sesuai atau tak.”
“Hemmm….betul juga kata kau Hana.
Wah! Ini yang aku bertambah sayang lagi ni. Kalau macam tu, aku dah buat
keputusan. Aku setuju untuk bertunang. Hana, kau doakan aku ya.”
“Of
course! You are my best pal in the world.” Kami berdua berpelukan.
…………………………………
Alangkah gembiranya mama saat aku
memberitahu kata setujuku kepadanya. Aku pun tumpang gembira sama kerana dapat
menggembirakan hati mama. Semoga apa yang aku buat ni akan memberikan
kebahgiaan kepada semua orang.
Sudah dua minggu aku bergelar
menjadi tunangan Aadif Rayyan. Nama yang sedap bukan? Aku suka nama itu. Comel
je sebut nama Aadif tu. Tapi yang masalahnya sekarang, aku masih belum pernah
berjumpa dengan dia. Kata mama, Aadif satu universiti dengan aku dan dia
mengambil kos mechanical engineering.
Hemm…bakal jurutera rupanya tunang aku.
“Asyik senyum je? Mesti teringatkan
tunang tercinta ni?” Hana mengusik temannya. Alhamdulillah, nampaknya temannya
itu kelihatan ceria sekali setelah mengikat tali pertunangan. Cuma Hana masih
belum berkesempatan hendak bertanyakan nama tunang temannya itu.
“Hana!!! Miss you so much.” Ucapku.
“Macam la lama tak jumpa. Pergi
bertunang je pun. Ni pipi merah-merah, mesti dok ingat tunang di sana tu kan?
Cepat cerita siapa tunang kau tu? Tak sabar aku nak tahu.” Ujar Hana teruja.
“Hana…kau nak tahu tak? Tunang aku
tu rupanya bakal engineer la. Info
yang paling penting sekali ialah tunang aku tu belajar kat sini jugak.”
“Then?
Yang kau excited ni kenapa? Hari tu
kau call aku yang kau masih belum
kenal pun dia dan kau tak pernah jumpa lagipun. Tapi, aku tengok kau ni macam
suka je?”
“Sebab….aku suka sebut nama dia. Aku
rasa nama dia comel dan tentu orangnya pun sama juga.” aku tersengih.
“Ya ke? Dengan nama je kau dah boleh
jatuh suka even belum jumpa? Lagi aku
rasa curious dengan tunang kau ni? So,
apa nama dia?”
“Kalau aku sebut, mesti kau pun rasa
comel je nak sebut.” Sengaja aku menguji Hana yang sudah tidak sabar-sabar
lagi.
“Hisy..kau ni sengaja nak kasi aku
saspens. Cepatlah, cakap siapa?”
“Ok…ok la. Nama dia…..Aadif Rayyan.”
“Aadif Rayyan. Hemm…kenapa aku rasa
macam pernah dengar nama tu ek?”
“Comel tak? Kau pernah dengar ke?
Kau kenal dengan Aadif?” soalku.
“Taklah. Aku cuma rasa macam pernah
dengar je.”
“Comel tak nama dia? Comel kan.”
“Comel sangat…”
“Hisyy…tak sporting la.”
“Ok la….”
Kami berdua tergelak bersama-sama.
Tiba-tiba, telefon bimbit ku bergetar tanda mesej masuk. Aku segera membukanya.
“MMS dari mama?” ujarku.
Sof…this
is your fiancé, Aadif Rayyan.- Puan Safea
Apa? Ini Aadif Rayyan? This guy is my fiancé? No way!!! Aigooo….kenapa dalam banyak-banyak
lelaki kat universiti ni, mamat kerut ni yang jadi tunang aku! Malangnya nasib
aku. Menyesal aku puji nama dia comel. Memang tak comel langsung nama dia ni!
Hisyy….mamat ni pulak, asal dia nak bertunang dengan aku pulak?
“Kenapa ni, Sof?”
“Hanaaaa….aku ada masalah negara!”
“Kenapa ni?” risau pula Hana
dibuatnya.
“Hana….aku tarik balik kata-kata
pujian aku pada tunang aku. Dia tak comel langsung! Dia memang menyakitkan hati
betul! Mulut takde insurans! Muka dia
asyik kerut je! Ahh!!!! Kenapa la dia yang jadi tunang aku?”
“Maksud kau?”
“Ingat tak lelaki yang kurang ajar
sangat dengan aku masa kat depan pintu Bilik F tu? What a small world Hana? Rupa-rupanya, mamat tu sebenarnya tunang aku.
Dia rupanya Aadif Rayyan!” geram aku bercerita kepada Hana.
“Oh!!! Aku dah ingat sekarang. Kat
mana aku dengar nama dia. Kau tahu tak tunang kau tu, lelaki paling popular tau
kat U kita ni. Sebab apa? Dia selalu dapat anugerah Dekan, aktif dalam bola
keranjang dan paling popular dalam kalangan pelajar perempuan. Fuyooo….tak sangka kau dapat bertunang
dengan Aadif Rayyan, jejaka idaman U kita ni. Melepaslah pelajar perempuan yang
terhegeh-hegeh memikat dia. Itu lagi satu fakta penting. Perempuan yang nak
pikat dia. Bukan dia yang pergi pikat perempuan.”
“Amboi! Bukan main lagi kau back up mamat kerut tu! Ada aku kisah
dengan salasilah dia di sini. Memang taklah! Yang penting aku nak jumpa dia
esok. Nak selesaikan benda ni. Apa nak jadi, jadi la!” Dah gaya macam Incredible Hulk tapi versi perempuan.
Cuma tak bertukar kulit hijau saja.
“Relaxlah….aku
just berkongsi maklumat saja dengan kau. Siapa tahu tiba-tiba dengan izin
Allah, kau ‘Terjatuh Cinta’ dengan Aadif Rayyan.” Usik Hana. Hana benar-benar
tidak menyangka temannya itu rupa-rupanya bertunang dengan Aadif Rayyan aka musuh ketat temannya. Apalagi,
memang naik hantu la temannya itu.
Air putih diteguk dengan rakus
sekali untuk menenangkan diri yang sedang panas. Nasib baik mama MMS gambar
tunang aku. Wait? Tunang aku? No! Aku nak putuskan juga. Giler aku nak
bertunang lepas tu nak berkahwin dengan dia? Satu juta sekali pun ditawarkan,
memang aku tak nak dengan dia!!! Titik.
“Sabar la, Sof. Tapikan…orang kata
jangan terlalu membenci nanti akan bertukar terlalu menyayangi pulak.”
“Dahlah. Aku nak balik bilik aku
dulu nak tenangkan hati yang sedang membara. Assalamualaikum.”
……………………………………
Hari ini aku akan membuat
perhitungan dengan si mamat kerut tu. Apa nak jadi…jadi la! Hisy….naik geram
pulak bila aku sibuk duk puji nama dia comel. Ah! Takde maknanya lagi. Itu
semua poyoooo!!!
Nama Mr.Kerut tu Aadif Rayyan.
Berumur 22 tahun dan tahun ini adalah tahun akhir dia study kat sini. Bagus!
Lagi cepat dia habis lagi aku suka! Dia ambil kos Mechanical Engineering. Macam
tak kena je dengan dia! Eh..ada aku kisah! Memang aku tak nafikan yang Mr.K ni orangnya
pandai. Kalau tak pandai, macamana boleh terima Dean Award every sem. Tapi itu semua bukannya hal aku. Yang menjadi
masalahnya di sini ialah sikap dia yang tak beretika langsung!
Kalau dia boleh tunggu kat depan
pintu bilik kuliah aku, dia ingat aku tak berani buat? Ini Nur Sofea Imani la!
Sekali dicabar pantang mengalah…dah mula keluar ayat sastera aku.
Tenang…fikirkan macamana kau nak mulakan ayat pertama bila bersemuka dengan
Mr.K tu!
“Kau tunang aku? Aku tak tahu kau
rupanya. Kalau aku tahu, dah lama aku cancel.” Bunyi macam kerek la pula. Tukar
ayat sikit.
“Kau Aadif Rayyan! Tak sangka kecik
betul dunia ni dan aku lagi tak sangka yang kau sebenarnya tunang aku. Aku nak
putuskan hubungan ni. Tak mainlah nak bertunang dengan kau!” ok…ayat ni lagi ok
dari yang tadi sebab ini lagi keras bunyinya. Hihihi…siap kau Aadif Rayyan.
Pintu bilik kuliah A terbuka luas.
Mataku lekas-leka menangkap susuk tubuh yang sangat aku kenal. Itu dia! Aku
segera menuju ke arahnya dan berhenti tepat-tepat di depannya.
“Aku nak cakap dengan kau.” Ujarku
dingin.
Aadif sedikit terkejut disebabkan
kemunculan perempuan yang ditemui beberapa hari lepas. Masakan Aadif tidak
mengenalinya kerana perempuan inilah yang melanggarnya. Bukan setakat itu
sahaja, mulut pun boleh tahan juga bisanya. Tapi apa hal pulak minah ni nak
jumpa aku?
“Woo…Aadif, aku tahu la kau ramai
peminat tapi yang kali ni memang cun giler.” Usik Reza.
“Kau jalan dulu. Nanti aku jumpa kau
tempat biasa.” Ujar Aadif kepada Reza.
“Ok…bro. Relax la..hihihi..” Reza tersengih lalu beredar meninggalkan Aadif.
Kini tinggal aku dan mamat kerut ini
berdua. Hisy…dia ni main tenung-tenung pulak? Ingat dia hansem la kalau tenung
aku macam tu? Nope! Tak mainlah
tenung-tenung macam tu. Aku memetik jari untuk menyedarkannya.
“Well…well…Kau
Aadif Rayyan? Tak sangka kecik betul dunia ni dan aku lagi tak sangka yang kau
sebenarnya tunang aku. So, aku tak
nak buang masa aku yang berharga ni lebih baik kita putuskan hubungan ni. Tak
mainlah nak bertunang dengan kau!”
Hah? Tunang? Bila masa pulak aku ni
jadi tunang dia? Takkanlah minah ni dah sewel sebab aku langgar dia hari tu?
Tapi dia ni…macam cantik jer? Dah kenapa aku boleh puji minah ni pulak!
“Hello!
Aku cakap dengan kau ni. Dengar ke tak dengar?” Geram pulak aku dengan mamat
kerut ni. Asyik-asyik nak berkerut. Takde ekspresi lain ke?
“Ya..aku dengar la. Tapi buat
pengetahuan kau, bila masa pulak aku bertunang dengan kau? Dan untuk
pengetahuan kau, kalau aku nak pilih tunang pun, aku takkan pilih kau la?”
Tak guna betul mamat ni! Macamlah
aku nak sangat bertunang dengan dia. No
way! Apa ingat aku ni tak laku ke? Excuse me? Aku je malas nak layan.
“So,
kalau kau tak percaya aku pun tak kisah juga. Aku lagi suka. Bukannya aku nak
sangat bertunang dengan kau! Mak kau yang nak aku bertunang dengan kau.”
Balasku. Huhhh….boleh tahan juga panas berdebat dengan mamat ni. Memang hati
batu betul!
Aadif pelik. Mama? Apa yang mama dah
buat ni? Aadif mengeluarkan telefon
bimbitnya untuk menghubungi mamanya.
“Assalamualaikum, mama.”
“Waalaikumsalam, Aadif. Baru saja
mama terfikir nak call Aadif.
Ehm..Aadif sibuk ke? Kalau tak sibuk, mama nak bincang sesuatu dengan Aadif.”
Sah! Memang ada udang di sebalik
batu. Fikir Aadif tentang mamanya. Ya lah, mamanya ni kadang-kadang bukan boleh
diagak orangnya. Disebabkan hal yang suatu ketika dahulu melibatkan hal
abangnya, mamanya lebih bersifat protective
pada dirinya.
“Do
you mean about engagement?” duga Aadif.
Gulp! Puan Adira menelan air
liurnya. Rasanya Aadif sudah dapat tahu tentang pertunangan yang sengaja
dirahsiakan daripada pengetahuannya. Bukan niatnya untuk merahsiakan perkara
ini cuma masa belum mengizinkan. Namun, Puan Adira tahu Aadif pasti akan
mendengar katanya.
“Aadif…Aadif tahukan mama sayang
Aadif. Mama buat semua ni supaya Aadif tak buat kesalahan yang sama seperti
abang Aadif. Aadif setuju ya?” pujuk Puan Adira.
Mamanya sudah mula memujuknya.
Masakan Aadif akan membantah. Aadif tahu mamanya bersikap begini kerana hal
abangnya dahulu. Abangnya memilih seorang perempuan yang salah untuk menjadi
suri hatinya selepas sahaja tamat belajar. Walhal, mamanya sudah pun memilih anak
teman baiknya untuk menjadi bakal isteri abangnya. Dek kerana buta cinta,
abangnya membantah dan berkahwin dengan gadis pilihannya. Malangnya tidak
sampai setahun hubungan perkahwinan yang dibina, rumah tangga abangnya telah
pun runtuh kerana rupa-rupanya isterinya itu hanya mengingkan hartanya sahaja.
Namun, Alhamdulillah, kini abangnya sudah bahagia dengan pilihan mamanya dan
sudah mempunyai tiga orang cucu.
“Ok. Nanti kita bincang hal ni.
Assalamualaikum.”
Aik? Cepat juga mamat ni berbincang
dengan mamanya? Kebarangkalian jawapannya ada dua saja sama ada ya atau tidak.
Tapi aku harap sangat jawapannya ialah TIDAK!
Aadif tersenyum. Senyuman yang ada
makna tersendiri.
Pelik? Dah kenapa pulak mamat ni
tiba-tiba senyum macam tu. Tak pernah pulak aku nampak ekspresi ini wujud dalam
diri dia. Memang ada mee di sebalik MAGGIE! Relax
Nur Sofea Imani. Mungkin dia sengaja nak provok
kau tu. Ok..tapikan aku akui kalau dia senyum macam ni awal-awalkan, probability untuk aku cair tu adalah
jugak….Eh! apa yang aku mengarut ni? Back
to your character, Nur Sofea Imani!!
“Ok. Aku dah buat keputusan.” Ujar
Aadif.
“Hah? Keputusan apa pulak kau ni?”
soalku.
“Aku setuju bertunang dengan kau!
Titik. Muktamad. Aadif terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari aku.
Hah? Mamat tu setuju! Gila! Ini
semua gila. Kenapa pulak dia tiba-tiba setuju? Hisy….erghh!!! Rasa nak menjerit
Tarzan kat sini. Boleh tak?
……………………………………..
Kusutnya fikiran aku sekarang ni.
Kenapa pulak mamat tu setuju pulak? Bukan dia ke beriya-iya tak nak bertunang
dengan aku. Tup tup dia pulak yang setuju. Apa kes? Macamana ni? Semalam aku
sudah menghubungi mama. Ujar mama dia senang dengan kerana Aadif ada
menghubunginya semalam. Bukan main lagi mama memuji mamat kerut tu! Ceh….dasar Poker Face betul!
Aku membaringkan diri di atas katil.
Penat otak ini berfikir tentang mamat kerut tu. Aku berkalih ke kiri dan tidak
lama aku berkalih semula ke kanan. Susahnya aku hendak melelapkan mata.
Tiba-tiba, deringan telefon bimbitku berbunyi. Siapa pulak yang menganggu aku
tengah-tengah malam ni?
“Hemm…nombor siapa pulak ni? Tak
kenal pulak dengan nombor ni? Malaslah jawab. Lantaklah dia nak berbunyi ke
tidak.
Aadif sengaja menghubungi tunang
yang baru sahaja beberapa jam diketahuinya. Mamanya sudah meminta maaf
kepadanya kerana tidak memberitahu dirinya terlebih dahulu berhubung perkara
ini. Tak kurang juga layanan dari Puan Safea kepadanya sungguh mesra dan
berbeza sekali dengan tunangnya.
Baru saja aku ingin melelapkan mata,
sekali lagi telefonku berdering. Hisy…tak faham-faham betul la!
Aik! Dia tak nak jawab panggilan
aku! Wah…boleh tahan keras kepala juga perempuan ni. Muka je nampak lembut tapi
hati keras. Aku suka perempuan macam ni. Aadif tersenyum. Kali ini Aadif cuba
menghantar mesej pulak.
Assalamualaikum.
Aku Aadif Rayyan, TUNANG kau la. Apasal kau tak angkat telefon tadi?- Aadif Rayyan
Kali ini bunyi mesej yang
menganggu tidurku. Hisy..geramnnya aku! Aku mencapai telefon bimbitku lalu
membaca mesej tersebut. Mataku automatik segar-bugar melihat isi kandungan
mesej itu. Cheesecake betul! Mamat
kerut tu rupa-rupanya menganggu aku yang sedang ingin tidur. Ok..kalau kau nak
sangat ganggu aku, boleh aje.
WAALAIKUMSALAM. Maaf anda salah nombor! –
Nur Imani Sofea
Aku tersenyum puas selepas menghantar mesej itu.
Padan muka!
Hem…boleh
tahan juga keras hati perempuan ni. Aadif tersenyum. Masakan salah nombor
kerana nombor telefon ini, Puan Safea sendiri yang memberinya. Aadif tahu pasti
tunangnya yang garang itu sengaja memberi alasan.
Sofea….Sofea…siap tulisan besar lagi nak
jawab salam aku. Ketara sangat tak ikhlas nak menjawab salam. Tak baik tau
jawab salam tak ikhlas.- Aadif Rayyan
Haiyaaakk! Terkena batang hidung aku pulak! Memang
nak kena betul si Aadif ni! Sengaja nak cari pasal aku tengah-tengah malam ni!
Excuse me!!! Tak kisahlah ikhlas atau tidak.
Yang penting aku dah jawab. Jangan ganggu aku lagi. Esok aku ada kelas. Kalau
aku lambat siap kau!!! Kita putus!!! – Aadif Rayyan
Aadif
terkejut membaca mesej kali ini. Hemm..nak putus? Itu memang yang aku nak. Hah!
Aku ada idea!
Esok aku kejutkan kau la... Kalau kau nak
putuskan pertunangan ini, ada satu cara. Esok kita jumpa. Ok….good night my 8
Hours Fiancee. Dream on me, Aadif Rayyan. – Aadif Rayyan
Oh….yerkkkk!!! Daripada mimpi kan kau, lebih baik
aku mimpikan Dennis O’neil aku. Lagi hansem! Geli geleman pulak aku nak baca mesej
dia. Tetiba je nak berjiwang karat yang memang dah karat pun. Aku menarik
selimut tanpa membalas mesejnya namun
dalam hati aku sudah berbunga-bunga kerana ada sesuatu untuk hari esok.
…………………………………….
Lagu
I Love You nyanyian Akdong Musician
terus berdering dan terus berdering menganggu waktu pagiku. Aigoooo! Siapa yang
menganggu aku ni? Mahu tak mahu, aku mencapai telefon bimbitku tanpa melihat
pemanggilnya.
“Assalamualaikum..Hello!”
ucapku dengan nada suara yang masih serak kerana baru bangun tidur.
“Waalaikumsalam.
Seksi juga suara kau ya? Dahlah bangun cepat! Sekarang tengok jam dah pukul
berapa?”
Hisy!
Siapa pulak ni? Pagi-pagi memuji aku suara seksi. Aku melihat nama pemanggil di
dada skrin telefon bimbitku. Oh my!!
Dia? “Aaaaa!!!!!” Jeritku. Mataku terus membulat besar kerana terkejut dan
bukan itu sahaja jam loncengku sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Gila! Memang
aku dah lambat masuk kelas yang bermula 8.00 pagi!!!
Kelas
Pemasaran berlalu begitu sahaja. Gila! Masa aku mula-mula masuk ke dalam kelas tadi, semua mata memang
tertumpu habislah kat aku. Pelik juga aku. Kenapa? Selalunya, siapa-siapa yang
datang lambat taklah mereka tengok dari atas sampai ke bawah. Then, siap senyum-senyum pulak. Al-kisahnya
begini, rupa-rupanya kasut yang aku pakai tu lain pasangannya. Gila tak malu!
Mana
taknya, sebelah kaki kanan, wedges dan sebelah lagi sneakers. Patutlah satu
kelas tergelak-gelak tengok aku. Malunya!!! Hisy…ini semua gara-gara Aadif.
Kalau dia tak menganggu aku semalam, taklah aku bangun lambat. Kurang asam!
“Sof!
Kau nak pergi mana? Jom kita keluar?”
“Sorry la Han. Tak bolehlah hari ni. Aku
ada hal nak diuruskan dengan si mamat kerut tu.”
“Wah!
Perkembangan yang baik. Well..i’m happy for both of you.” Usik Hana.
“Perkembangan
apa pulak? Ini dah sampai klimaks tau! Tak payah nak happy-happy sangatlah. Aku pun tak happy nak jumpa dia.”
“Elehh…malu
nak mengaku la tu. Bak kata Dina, ‘ku malu tapi mahu’.” Hana ketawa.
“Dahlah.
Malas aku nak melayan kau ni. Aku dah lambat nak jumpa dia tu. Nanti mamat tu
bising pulak. Dia tu bising mengalahkan emak-emak!” aku membebek pada Hana.
……………………………………
Coffee
Bean..
Aku tergesa-gesa menuju ke pintu
masuk Coffee Bean. Ok...20 minit
sudah berlalu Sofea. Kau rasa dia masih tunggu lagi ke tak? Mustahil la kan?
Aku tak percaya la dia sanggup tunggu. Sedangkan boyfriend Hana pun dah
membebel sebab Hana lambat 5 minit jumpa dia. Inikan pula si Aadif Rayyan yang
memang mulutnya boleh tahan berbisa. Siaplah aku lepas ni. Kena tadah telinga
free!
Aku
berjalan dengan langkah yang tenang walaupun dalam hati sudah berdebar-debar
bukan kerana malu hendak berjumpa dengan dia tapi aku sudah tahu ayat apa yang
bakal keluar dari mulut Aadif.
“Ehemm!
Assalamualaikum.” Aadif merenung aku lalu mempersilakan aku duduk. Pelik.
Ke…dia nak sedang countdown nak
membebel dengan aku. Ok..siap sedia je la Nur Sofea Imani.
“Waalaikumsalam.
So, lets discuss now about our
relationship. Ok, Miss Fiancee?”
Uhuk…Uhuk!!
Aku terbatuk gara-gara Aadif Rayyan menggelar aku Miss Fiancee. Eee…bila masa pulak aku setuju nak jadi Miss Fiancee dia ni? Perasannya. Dan
ajaibnya…betul ke Aadif tak marah aku gara-gara lewat 20 minit? 20 minit tu!!!
Lama kan? Aku kat rumah pun, mama sempat jerit kat aku cepat-cepat siap. Ok…moral value di sini, ‘don’t judge book by it’s cover’.
“Ehmm…chop chop! Kau tak marah ke aku datang
lambat?” Aku segera menekup mulutku. Alamak! Sofea. Yang aku sibuk tanya dia tu
kenapa?
“Nak
marah kenapa? Kau dah datang kan. Jadi, apa masalahnya?” balas Aadif Rayyan.
Sebenarnya Aadif tidak kisah sangat hendak menunggu lama-lama kerana dia sudah
terbiasa menunggu mamanya yang selalu kuat bershopping jika Aadif bersamanya.
Hisy..aku
dah agak jawapan dia mesti menyakitkan hati. Sengaja bikin panas. Baru je aku
puji dia tadi.
“Takde
la. Aku ingat kau akan marah-marah. Aku tengok muka pun tahu. Kerut sana
sini..” Aadif terdiam namun dalam hati menahan ketawa. Lucu pulak mendengar
Sofea ni mengutuk aku.
Ok!
Sofea, kau terlepas cakap lagi. Kali ni kau kutuk muka dia yang selalu berkerut
tu. Tengok…dia tengah diam.
“Ok
la. So, macamana? Kau nak teruskan
atau tak pertunangan ni?”
Habislah!
Dia dah masuk karakter dia semula.
“Of course la, aku tak nak. Kau pun tak
nak kan. Kita dua-dua tak nak!” ujarku.
“Alasannya?”
“Maksud
kau?” soalku. Kenapa pulak mamat ni sibuk tanya alasan pulak. Dah memang aku
takde feeling dekat dia.
“Sebab?
Kenapa? Mengapa? Dan sewaktu dengannya…” sindirnya.
Eh!
Dia ni sibuk nak tahu sebab musabab ni kenapa pulak? Bukan dia pun dua kali
lima sama juga macam aku. Dua-dua terpaksa ditunangkan.
“Ok.
Pertama, aku tak kenal kau. Kedua, aku tak suka kau. Ketiga, aku tak ada feel pun langsung kat kau. Cukup!”
Tanpa
diduga, Aadif ketawa besar.
“Semua
sebab kau tu tak boleh pakai langsung! Ok. Aku dah buat keputusan. Jom, kita
teruskan pertunangan ni.”
“What the…?” aku sudah terkejut mendengar
keputusannya. Dia ni memang gila. Kenapa pulak nak teruskan kalau masing-masing
tak suka? Hisyyy…geramnya mamat ni. Suka hati dia je nak buat keputusan.
“Tahniah!!!
Mama sangat happy untuk korang berdua. Terima kasih, Aadif.” Ucap Puan Sofea
tiba-tiba menegur kami berdua dari arah belakang.
“Mama
pun gembira sangat.” ucap Puan Adira sama.
Oh my! Sejak bila pulak mama aku dan
mama dia ni berada di sini? Mereka dah rancang awal-awal ke? Habis semua yang
aku cakap tadi, mama dah dengar ke?
“Sofea…mama
tahu mesti Sofea terkejut. Tapi Sofea dah buat keputusan yang bijak. Mama
sangat happy untuk Sof dan Aadif. Takpe, cinta selepas kahwin kan lagi manis.
Betul tak, Dira.”
“Betul
tu. Aunt pun seronok sangat sebab
Aadif dapat terima Sofea. Aunt memang
dah terima Sofea dengan hati yang terbuka. Tahniah. So, sekarang ni boleh la Aadif dan Sofea cari tarikh untuk majlis
pernikahan nanti. Tak sabarnya Aunt.”
……………………………………..
Tak
sangka aku dengan rela hatinya menerima lamaran Aadif Rayyan. Dan aku lagi tak
sangka Aadif yang beria-ia memilih tarikh pernikahan kami berdua. Pelik. Ah!
Aadif memang suka buat hal sendiri. Gila…hujung tahun ni aku bakal disatukan
dengan Aadif Rayyan pada 21.12.2012.
Bila
aku tanya kenapa dia pilih tarikh tu? Jawapannya cuma, “Save the Date in your mind!”. Kurang asam betul! Hisy…betul ke aku
nak kahwin dengan dia ni? Aku tak bersedia lagi.
Aku
tak kira juga, tinggal dua minggu sahaja lagi aku akan bertukar status. Aku
mesti jumpa dia. Aku menghantar mesej kepada Aadif.
“Sofea!
Turunlah. Aadif dah sampai tu. Jemput dia masuk.” Panggil Puan Safea.
Aku
segera mencapai selendang lalu ku lillit sesuka hati. Biarlah senget ke apa
ke..aku nak jumpa si Aadif je pun.
“Assalamualaikum.”
Ucapku pada Aadif yang sedang berdiri di luar.
Aadif
pantas menoleh ke belakang.
Ehmm….kacaknya
dia hari ni. Sejak bila pulak dia jadi kacak ni? Dan hati aku…? Dup dap dup dap dup dap…
“Waalaikumsalam.”
Jawabnya sambil menghadiahkan senyuman.
Haiyakkk…bertambah-tambah
hansem pulak bila dia jawab salam aku. Oh hati? Kenapa aku tiba-tiba aku rasa
begini?
“Sofea!
Sofea!” panggil Aadif. Hairan dia melihat tunangnya yang tegak berdiri. Aadif memetik jari.
Aku
lantas tersedar. Aigooo….malu weh!
Mesti dia perasan yang sedang tengok dia.
“Kenapa
pandang macam tu? Aku hansem kan? Kalah Dennis O’neill kau tu.”
“Hisy!
Perasan. Mana boleh lawan Dennis O’neill aku. Dia senyum lagi manis sebab ada
lesung pipit.” Balasku.
“So, kalau macam tu, aku senyum macam
ni…” Aadif sengaja merapatkan wajahnya ke arah Sofea lalu menghadiahkan
senyuman manis yang jarang terukir di bibirnya.
Gulp!
Aku menelan air liur. Serius memang hansem!! Jantung aku dah berdegup laju ni!
Matilah kalau dia perasan.
“Ya
Allah! Budak dua ekor ni, tak sabar-sabar! Tunggu dua minggu lagi.” Tegur Puan
Safea.
Kami
berdua hanya tersengih malu. Aku sempat menjeling ke arah Aadif dan dia boleh
buat muka selamba. Dan paling penting sekali, muka kerut dia tu dah tak ada
lagi. Sejak dua tiga menjak ni, aku tengok dia nampak happy je. Takkan dia happy
pasal nak kahwin ni?
“Hish…kau
ni suka buat aku malu. Tengok! Mama dah salah faham.”
“Kan
kau nak tengok aku senyum. So, aku
senyum tu special untuk kau. Ok?”
Dah
kenapa pulak Aadif ni tiba-tiba jadi sweet
muet ni? Aigooo! Masalah jiwa
betul aku ni? Dahlah tarikh nikah dah nak dekat, tiba-tiba pulak aku ada
masalah jiwa. Tolong! Siapa yang nak rawat ni?
“So, macamana dah ada feeling? Remember our promises?” aku terdiam.
…………………………………….
Sebulan
yang lalu…
“Happy la kau sekarang? Mama kita berdua dah sibuk nak cari tarikh
untuk majlis pernikahan kita?”
“Love is a gamble. Face it or leave it.
Sometimes you need take a risk. So, lets take a deal between us. Can you give me
a month to make you fall in love with me.” Aadif senyum padaku dan aku
tiba-tiba sahaja menjadi kaku kerana masalah jiwa yang baru saja aku alami.
Selama
sebulan itulah, Aadif benar-benar menepati kata-katanya. Kalau aku terlajak
tidur, dia yang setia menjadi jam penggeraku. Dan kalau kereta aku jatuh sakit,
dia yang menjadi mekanikku. Ada satu hari tu, aku jatuh dari tangga sehingga
menyebabkan kaki aku terseliuh. Hana segera menghubungi Aadif. Seperti biasa,
Aadif dengan sikap ‘caringnya’ segera
membawa aku ke klinik. Bukan main lagi Hana memuji Aadif kerana begitu prihatin
dengan aku.
Dan…sejak
semua peristiwa itu berlaku dalam masa sebulan, aku memang ada masalah jiwa.
Orang kata, makan tak kenyang, tidur tak lena cuma yang part mandi tak basah tu, taklah. Aku mandi memang basah la. Adakah
ini di namakan cinta? Tapi…aku tak berani nak ambil risiko untuk berkahwin
dengan dia? Macamana pulak dengan Aadif? Dia buat semua ni sebab mama dia atau
dia ada perasaan kat aku? Hemm..bagi aku andaian pertama lagi logik.
……………………………….
Tanggal
21.12.2012 akhirnya tiba jua. Aku menanti dengan tenang sambil duduk bersimpuh
di atas kusyen. Aadif kelihatan cukup tampan dan berseri mengenakan baju melayu
berwarna putih. Sesekali Aadif mengerling ke arahku. Haiyaakkk…masalah jiwa
datang lagi. Kali ini lagi hebat debarannya. Pandangan Aadif tadi cukup menusuk
kalbu. Cehh! Sempat lagi aku bersastera time
ni.
“Sejuknya
tangan kau ni. Relaxlah. Cuba pandang abang hansem kau kat sana. Tenang je.
Mana ada kerut-kerut lagi.” Ujar Hana di sebelah kiri ku. Mama pulak berada di
sebelah kananku sambil memegang tanganku. Sementara mama Aadif duduk
bersebelahan dengan mamaku.
“Aku
nervous la. Tunggu masa kau nanti.”
“Oh…ya
ke?” usik Hana.
“Shhh!!!”
ujar Puan Safea.
“Aadif
Rayyan bin Alfee Rayyan.” Sebut juru nikah.
“Ya!”
jawab Aadif Rayyan.
“Aku
nikahkan dikau dengan Nur Sofea Imani binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM
1000 tunai.”
“Aku
terima nikahnya Nur Sofea Imani binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM 1000
tunai.”
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
ujar semua saksi.
Alhamdulillah.
Akhirnya majlis akad nikah sudah selesai dengan lancar. Ini bermakna status aku
kini bukan lagi single, tapi kini
sudah menjadi isteri kepada seorang suami yang bernama Aadif Rayyan. Air mata
minitis jua akhirnya. Hana cepat menyeka air mataku.
“Tahniah,
sayang.” Ucap Puan Safea dan Puan Adira sambil memelukku. Begitu juga dengan
Hana mengucapkan tahniah kepadaku.
Aadif
terlebih dahulu menyempurnakan solat sunat nikah sebelum majlis pembatalan air
sembahyang. Berdebar-debar betul hati aku sekarang ni.
Aadif
datang menghampiri aku. Serius tanganku kini bertambah-tambah sejuk. Malu weh….
Aadif
menyarungkan cincin ke jari manisku lalu menghadiahkan satu kucupan ke dahiku.
Oh! Rasa sejuk seluruh badan. Tumpuan kamera tidak henti-henti untuk mengambil
gambar kami berdua ketika ini. Lalu aku menyalam tangan Aadif.
“Sejuknya
tangan…” bisik Aadif.
“Air-cond ni kuat sangat!” ujarku sengaja
mencipta alasan. Aadif tersenyum.
Alaa….janganlah
senyum macam tu, Aadif. Ni yang masalah jiwa aku ni datang lagi ni. Aadif
tiba-tiba memegang tanganku. Aku memandangnya dan dia memandangku.
“Ok..cantik!
Stay macam tu.” ujar jurufoto. Aku
pulak yang termalu. Baru sahaja aku hendak menundukkan wajah, tangan Aadif pantas
memaut daguku dan sekali lagi kami berdua berpandangan.
“Sofea, you look very beautiful today and I
just wanna say thank you for becoming my princess forever. And one more
thing…do you remember that you’ve been ask me about today’s date?”
Aku
hanya mengangguk. Ketika ini aku memang terbuai mendengar kata-kata manisnya.
“Sebab…ingat
tak masa kita berdua pertama kali berjumpa dan masa tu kita berdua
masing-masing terbabas. Tarikh masa tu 21.10.2012 dan pada masa tulah
sebenarnya…”
“Sebenarnya…?”
aku masih menanti jawapannya.
“That I fall in love with you.” Ucapnya
dan sekali lagi Aadif menghadiahkan satu kucupan. Semua orang bersorak meriah
sekali.
Aku
mengukir senyuman manis kepadanya. Tak sangka kejadian masa kami berdua
bertembung dulu, rupa-rupanya Aadif sudah jatuh cinta pada aku. Hihih..boleh
tak aku perasan sekarang? Aik! Tiba-tiba je masalah jiwa aku hilang. Rasanya
aku pun dua kali lima juga dengan jawapan Aadif. Sebenarnya aku pun dah mula fall in love dengan dia. Bak kata Ustaz
Azhar Idrus, ‘Pencuri yang takkan masuk penjara adalah
pencuri yang mencuri hati seseorang. Tapi kena betul caranya.’ Dan ternyata benar, Aadif telah mencuri
hatiku dengan caranya yang tersendiri.
Aku
berbisik kepada Aadif.
“I love you, my hubby. I always save this
date to my memory until my last breath.”
TAMAT
P/S : Alhamdulillah...akhirnya siap juga cerpen Save The Date. Huhhh...lama betul nak siapkan. Anyway..to followers Anyeong, selamat membaca dan jangan lupa beri komen :)
- 23:11
- 2 Comments