Sejak saat pertama melihat senyumannya
Jantung berdebar-debar inikah petanda :Merindu
Lagi, Yovie & Nuno
Lihat
langit biru aku merindukanmu
Lihatlah
diriku yang tak bisa melupakanmu
Mungkinkah
aku kini ada di hatimu
Andai
engkau baca hatiku
Isinya
hanya dirimu sayangku : Malam Mingguku,
Yovie dan Nuno
Aku menutup buku diari yang kini
sudah menjadi teman setiaku dan tempat aku mencurahkan segala perasaanku. Sudah
lama diari ini menjadi saksi segala isi hatiku. Tidak kiralah waktu aku sedang happy
mood, bad mood, sad mood, stress mood and……love mood.
But! Untuk pengetahuan korang semua, love
mood yang aku maksudkan di sini ialah bukannya bermakna aku sedang bercinta
tapi aku sedang menanti cinta itu datang kepadaku. Wah! romantisnya ayat aku
ni. Masak aku kalau Puan Aminah aka mak aku yang dengar. Iyalah!
Berjiwang bagai nak rak tapi calonnya tak ada jugak. Nak buat macamana?
Okay..okay..okay..mesti korang tak
tahu tentang latar belakang akukan? Meh! Sini aku cerita salasilah hidup aku. Nama
aku Armia Mikhael. Simple je kan. Senang nak ingat dan senang nak sebut.
Umur dah meningkat tapi pemikiran aku ni kadang-kadang tak matang lagi. Biarlah
rahsia bak kata Siti Nurhaliza. Kerja pulak sebagai Eksekutif Kewangan di salah
sebuah bank terkemuka di ibu kota. Di mana? Biarlah rahsia. Hemm…aku anak
tunggal dan juga anak bongsu dalam keluarga. Maknanya anak tunggal daa…
Mak
aku pula Puan Hajah Aminah dan still awet muda sehh. Suri rumah sepenuh
masa dan pakar cinta aku sepenuh masa. Sebab? Hari-hari mak aku tazkirah cinta
kat aku. Bunyinya begini.
“Mia,
sekarang umur Mia dah berapa?” Aku hanya tayang gigi macam buat iklan gigi
Polident.
“Kalau
Mia dah kahwin sekarang, mesti dah anak lima.” Amboi! Sampai lima orang anak sekali
mak aku sebut. Nak tersedak aku dibuatnya.
“Mia,
dah jumpa calon menantu mak? Jiran sebelah kita tu tak lama lagi nak kahwin.
Umur dia pun tiga tahun lebih tua dari kamu. Bila lagi Mia?”
Ehmm…part
ni aku tak berapa nak suka. Dah mula membanding-bandingkan aku dengan jiran
sebelah yang tiga tahun tua dari aku. Haiyaakkk…biarlah.
“Mia….jangan
nak memilih sangat. Cinta tu boleh datang bila-bila masa saja. Cuma Mia kena
terima bila cinta tu datang. Tengok tu Rozita Che Wan pun dah kahwin. Grand
majlis kahwin dia.”
Fuyoohhh!
Mak aku ni pandai juga gossip retis-retis ni. Sebab tu aku tak boleh
berdebat dengan mak aku. Sampai Rozita Che Wan dah kahwin pun nak cerita kat
aku. Begitulah soalan-soalan dari mak aku kebiasaannya selepas aku balik dari
kerja.
Aku
mengerling sekilas jam di tanganku. Jam tepat menunjukkan pukul 6.00 petang.
Usai siap mengemas meja kerjaku, aku segera keluar dari pejabat.
…………………………………….
Keadaan
lebuh raya ketika ini sungguh sesak sekali. Waktu-waktu begini, aku lebih suka
melayan perasaan sendiri. Nak pecah rahsia sikitlah kat korang semua.
Sebenarnya aku ni berjiwa romantis. Kalau tengok drama ke movie ke,
semuanya bertemakan romantik. Dan disebabkan aku ni kaki romantis, kaki feeling,
kaki drama, kaki movie dan sewaktunya dengannya, aku berharap sangat
yang aku boleh jumpa dengan seseorang yang juga berjiwa romantis seperti aku.
Butang
radio di dashboard aku tekan. Apalagi..nak layan perasaan la.
Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati
Aku memakirkan kereta
berhati-hati di garaj laman rumahku. Best pulak dengar lagu tu. Pencuri
dan penyanyi Filipina Mark Adam. Kalaulah someone nyanyi lagu ni untuk
aku. Huwaaaa!!! Nak nak lagi depan rumah aku. Wow! Hebat betul imaginasi aku.
Kalau Puan Hajah Aminah yang dengar, agak-agak kena baling selipar kut. Memang
gempak giler.
Aku segera menanggalkan
kasut tumit tinggiku lalu menyapa dari luar. “Assalamualaikum,”.
“Waalaikumsalam.” Jawab
Puan Hajah Aminah yang setia menanti kepulangan anak perempuannya dengan
senyuman yang manis. Aku menyalam tangan mak dan memeluknya. Memang begitulah
rutin harianku.
“Babah mana? Ke surau?”
soalku.
“A’ah. Lambat benar
hari ni Mia balik ya.”
“Mia keluar tadi jam
6.00 tapi biasalah kesesakan lalu lintas. Itu yang jadi lambat tu.”
“Hemm…kalau macam tu,
Mia pergilah bersihkan diri dulu lepas tu kita solat Maghrib dan Ishak
sama-sama.” Ujar Puan Hajah Aminah kepada anaknya.
“Siap, bos! Saya yang
menurut perintah.” Jawabku sekadar mengusik.
Aku segera beredar lalu
naik ke atas.
…………………………………………
“Mia…Mia nak kahwin tak?” soalan
bernilai satu juta ringgit Malaysia.
“Siapa tak nak kahwin mak? Mestilah
nak. Kenapa mak tanya Mia?”
Kenapa pulak mak aku tanya soalan
ni? Macam ada apa-apa je. Mesti ada sesuatu ni. Siap tanya soalan kahwin-kahwin
pulak malam ni. Lain macam je aku tengok mak malam ni.
“Takde apa-apa. Mia, mak nak tanya
sesuatu. Mia suka lelaki yang macamana?”
Gulp! Aku menelan airl liur. Tetiba
pulak mak aku ni bertanya jenis lelaki yang aku suka. Aik! Memang ada udang di
sebalik batu. Tapi malu pulak nak bagitahu kat mak. Nanti mak ketawakan aku
pulak. Iyalah, aku dan mak aku ni memang sekepala dan kitaorang memang macam
bff gitu. Tapi kalau nak cerita pasal lelaki yang aku suka ni, malu la pulak.
Sebab yang aku nak bagitahu ni nanti mak aku.
“Perlu ke mak?”
“Eh! Eh…budak ni. Perlulah.”
Aku dah takde pilihan lagi. Aku
memang tak boleh lawan cakap mak aku. Memang pecah rahsia la aku malam ni.
“Hemm…Mia suka…Mia suka lelaki yang
berjiwa romantik macam babah. Beriman, penyayang, hormat orang tua, dan boleh
memahami Mia seadanya.” Puan Hajah Aminah sudah tersenyum-senyum mendengar
luahan anak perempuannya itu. Tahulah dia kini macamana hendak mencari pasangan
untuk anaknya ini. Nak yang romantik ya?
Selepas sahaja habis berborak dengan
mak, aku masuk ke dalam bilik. Esok nak kerja lagi. Begitulah setiap hari.
Hanya hujung minggu sahaja aku dapat berehat di rumah takpun hang out
dengan mak atau bestfriend aku, Aiza.
Puan Hajah Aminah tersenyum-senyum
dari tadi. Hairan pulak Tuan Haji Mikhael melihat isterinya malam ini. Apa kena
dengan isteri aku ni? Tengok tv tak buka pulak.
“Hai Aminah. Gembira nampak? Ada
apa?” soal Tuan Haji Mikhael usai meletakkan kopiahnya di atas meja solek
isterinya. Tuan Haji Mikhael lalu menuju ke katil mendekati isterinya.
“Hemm..abang. Aminah nak share
sesuatu dengan abang ni. Aminah gembira sangat bang hari ini.”
“Berita apa yang gembira tu?” soal
Tuan Haji Mikhael tertanya-tanya.
“Macam ni. Abangkan ada ramai
kenalan dalam perniagaan abang tu. Jadi abang tolonglah carikan calon suami
untuk anak kita ni. Aminah dah tahu Mia suka lelaki yang macamana?”
“Ish! Awak ni. Mia setuju ke kalau
kita buat macam ni?”
“Setuju. Tadi pun saya dah tanya
pada Mia.”
“Kalau begitu, baguslah. Mia tu nak
lelaki yang macamana?”
“Mia cakap dia nak lelaki yang
beriman, hormat orang tua, penyayang dan berjiwa romantik macam abang.” Ujar
Puan Hajah Aminah yang kelihatan teruja memberitahu suaminya.
Tuan Haji Mikhael tersenyum
mendengarnya.
“Oh…jadi abang ni romantik la ya?”
usik Tuan Haji Mikhael pada isterinya. Puan Hajah Aminah tersipu malu. Segan.
“Abang ni. Ingat ya bang. Jangan
lupa tau.”
“Insyaallah.”
…………………………………………….
Suasana
pagi yang begitu mendamaikan. Aku seperti biasa akan bergerak awal dari rumah
awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Radio seperti biasa akan
berkumandang di dalam kereta untuk memeriahkan suasana pagiku. Lampu isyarat
merah menandakan aku perlu berhenti memandu sementara menunggu lampu bertukar
kepda warna hijau.
“Vrooommmm!!!”
Saat
aku memandang ke kanan, aku terpegun seketika. “Wow! Kacaknya. Machonya. So
sexy!! Wah, tak sangka pagi aku hari ni dapat cuci mata tengok mamat kacak
yang sedang menunggang motorsikal BMW berkuasa tinggi. Bertambah kacak lagi,
mamat motor ni mengenakan pakaian lengkap bersut.
Tiba-tiba
cinta datang kepadaku
Saat ku mulai mencari cinta
Tiba-tiba cinta datang kepadaku
Ku harap dia rasakan yang sama
Di sesuatu saat ku melihat dia
Ada getaran membuatku rindu
Senang hatiku saat ku dengar suaranya
Ingin selalu ada di dekatnya
Saat ku sendiri ku bayangkan dia
Datang padaku dengan cinta
Di keramaian ku merasa sepi
Saat tak ada dirinya
Aik! Macam kena je lagu ni dengan situasi
sekarang. Lagu siapa ni hah? Aku nak tulis lirik ni masuk dalam diari aku. Haiyaa…siapakah
dia disebalik helmet itu? Pandanglah sini. Bisik kata hatiku.
“Pinnn!!!!!
Pinnn!!!!!” Bunyi hon bertalu-talu dari arah belakang.
“Astagfirullahalazim!!!
Mia…Mia. Kalau mak kau tahu kau pandang lelaki macam tu, memang kau kena kahwin
teruslah nampaknya.”
Mamat
motor itu sempat mengerling ke arah keretaku. Alahai! Malunya. Mesti dia
perasan yang aku duk usha dia tadi. Tu lah kau, Mia. Awat gatai sangat
nak pandang mamat tu? Kan dah kena. Aku terus menukar gear lalu menekan minyak
untuk segera memandu. Dalam pada aku
serabut, entah tiba-tiba hati ini tertarik pulak dengan mamat motor tu tadi.
Tak sempat pulak nak berkenalan?
Eh!
Sampai ke situ pulak kau ni, Mia! Kau ingat ini drama Korea ke nak bercakap di
tengah-tengah jalan raya.
.......................................................
“Ehm…Dina, hari ni saya ada
mesyuarat dengan siapa untuk pagi ni?” soal Tuan Haji Mikhael kepada
setiausahanya.
“Hari ni Dato Fadhil akan datang
untuk berbincang mengenai projek pembangunan perumahan di Kedah tu. Janjitemu
tu pada pukul 10.00 pagi ni. Buat masa ni, itu saja. Pada sebelah petang pulak,
Tuan Haji ada janjitemu dengan pelabur-pelabur dari Sabah iaitu pada pukul 2.00
petang.”
“Hemm..baiklah. Terima kasih ya,
Dina. Awak boleh keluar sekarang.”
Senyuman terukir di bibir saat Tuan
Haji Mikhael melihat gambar keluarganya di atas mejanya dan juga tergantung
elok di dinding pejabatnya. Bahagia sekali melihat gambar isteri dan anak
kesayangannya itu.
“Tukk!!!”
“Masuk!” arah Tuan Haji Mikhael
sebaik sahaja memusingkan kerusinya ke depan semula.
“Hah! Dato Fadhil. Apa khabar,
Dato?” sapa mesra dari Tuan Haji Mikhael sambil berjabat tangan.
“Alhamdulillah, sihat. Tak payahlah
berdato-dato ni. Kitakan kawan lama.”
“Jemput duduk, Fadhil.” Ujar Tuan
Haji Mikhael. Memang benar Dato Fadhil ini merupakan kawan lamanya sejak mereka
di bangku sekolah menengah lagi. Walaupun masing-masing sibuk dengan perniagaan
sendiri, namun mereka berdua masih sempat bertanya khabar tentang keadaan
kehidupan peribadi.
“Isteri dan anak sihat?” soal Dato
Fadhil.
“Alhamdulillah. Semuanya sihat. Kau
tengoklah aku ni. Semakin bertambah-tambah sihat. Kau macamana pulak? Tak nak
cari pengganti ke? Dapat bertambah-tambah sihat macam aku ni. Perut pun dah
buncit.” Mereka berdua ketawa. Dato Fadhil adalah seorang duda kerana telah
kehilangan isterinya selepas lima tahun perkahwinan mereka dan dikurniakan
seorang cahaya mata lelaki. Isterinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan
raya.
“Aku lebih suka hidup macam ni
sekarang. Biarlah.”
“Yelah tu. Macamana dengan Faridz?
Muda-muda lagi dah jadi CEO. Bertuah kau ya.”
“Alhamdulillah. Itu semua usaha
Faridz dan rezeki dari Allah. Anak aku tu pun bukannya muda lagi. Dah 32 tahun.
Kalau kahwin dah boleh ada anak lima orang. Aku selalu bagi nasihat kat Faridz
tu. Sampai bila dia nak membujang? Takkan nak ikut jejak langkah aku.”
Tiba-tiba, ingatan Tuan Haji Mikhael
terus menerawang dengan kata-kata isterinya semalam. Macam ada harapan ni? Cuba
aku soal selidik dulu tentang anak lelaki si Fadhil ni.
“Ehmm…anak kau tu memang takde
kekasih ke?” duga Tuan Haji Mikhael.
“Setahu aku, si Faridz tu tak ada
lagi kekasih. Asyik sibuk dengan kerja saja 24 jam. Aku tak nak dia jadi macam
aku dulu yang sentiasa sibuk dengan kerja. Aku jumpa dengan arwah isteri aku
dulu pun sebab pilihan keluarga. Anak perempuan kau pulak macamana? Dah
berpunya ke?”
“Kalau anak aku dah berpunya, tentu
dah lama kau jemput kau. Samalah masalah kau dengan aku. Isteri aku ni dah
berkali-kali nasihat pada si Mia tu bila nak cari calon suami. Sampai la ni
masih tak ada ada lagi. Umur pun dah meningkat. Itu yang maknya bimbang tu. Kes
anak aku ni samalah dengan kes anak kau. Dua-dua nak kahwin dengan kerjaya.”
Luah Tuan Haji Mikhael. Pada dasarnya jika di rumah, Tuan Haji Mikhael lebih
banyak berdiam jika berbicara tentang soal kahwin ini berbanding isterinya.
Tapi sebenarnya di dalam hati, Tuan Haji Mikhael mengambil berat akan hal ini
cuma tidak ditunjukkan sahaja.
Dato Fadhil sempat melihat foto
keluarga sahabat baiknya itu. Lama juga dia tidak melihat anak perempuan
sahabatnya itu. Semenjak anaknya itu melanjutkan pelajaran ke Sabah, itu adalah
kali terakhirnya. Manakala anaknya pula melanjutkan pelajaran ke Paris. Mungkin
ada baiknya jika aku cuba aturkan satu pertemuan antara Faridz dan Mia nanti.
Mana tahu ada sesuatu mungkin berlaku?
“Ehmm…Mikahel, apa kata kalau kita
aturkan satu janji temu untuk anak-anak kita berkenalan. Siapa tahu ada sesuatu
bakal berlaku? Setuju tak?”
“Tapi mereka berdua tak pernah
berjumpa. Macamana kalau mereka tak bersetuju?”
“Kita cubalah dulu. Siapa tahu
pertemuan kali pertama membuahkan hasil?”
“Betul jugak. Baiklah, aku setuju.
Nanti kau bagitahu kat mana tempatnya. Lepas tu bolehlah aku bagitahu anak
perempuan aku tu.” Tuan Haji Mikhael rasa sungguh gembira sekali dan tidak
sabar untuk mengkhabarkan berita ini kepada isterinya.
“Baiklah. Kita tangguh dulu cerita
anak-anak kita. Apa kata kita teruskan bincang pasal kerja pulak.”
……………………………………..
Malam-malam yamg seperti biasa.
Hanya dua orang sahaja yang tinggal di rumah banglo besar tiga tingkat ini.
Begitu juga dengan makan malam yang sunyi tanpa disusuli dengan gelak ketawa
seperti keluarga lain.
“Faridz, macamana dengan kerja?”
soal Dato Fadhil. Seboleh-bolehnya memang Dato Fadhil ingin mengelak untuk
bertanya soalan kerja namun topik apa lagi yang boleh dibualkan.
“Ok.” Jawab Faridz sepatah.
Setelah kehilangan ibunya, Faridz
sudah tidak seceria dulu. Kini, Faridz lebih suka menyibukkan diri dengan kerja
dan jarang bersosial dengan kawan-kawan. Keluar kerja awal dan balik kerja
lewat. Itulah rutin harian Faridz lebih-lebih lagi sejak bergelar CEO untuk
syarikat hartanah yang dibinanya sendiri. Memang bertambah sibuklah Faridz.
Susah juga kalau dua lelaki yang begitu jauh jarak umurnya untuk berkomunikasi.
Mungkin lebih baik jika Faridz berkahwin sekurang-kurangnya hidupnya tidaklah
sunyi.
“Faridz, ayah nak tanya sesuatu
sebenarnya.”
“Apa dia?” balas Faridz.
“Faridz dah ada kekasih?”
Uhukkk! Uhukk! Tersedak Faridz
mendengar soalan daripada ayahnya. Dah kenapa pulak ayah aku ni tanya soalan
peribadi ni?
“No!” balas Faridz ringkas.
Dato Fadhil tersenyum. Bermakna anak
perempuan Tuan Haji Mikhael ada peluang. Bagus. Sekarang, apa idea aku pulak
nak beritahu si Faridz ni, ya?
“Sekarang ayah nak tanya Faridz satu
lagi soalan. Faridz nak kahwin tak?”
Faridz cepat-cepat meneguk air
minumannya. Malam ni ayahnya bertanya soalan-soalan hot and spicy pula
kepadanya. Kenapa pulak ni? Jawab sajalah Faridz. Nak kahwin ke tak nak?
Mestilah nak tapi bukan sekarang sebab aku tak yakin aku bersedia lagi.
Lagipun, boleh ke perempuan yang bakal nak jadi isteri aku tu terima aku? Aku
ni tak berapa pandai sangat nak melayan kerenah perempuan ni? Aku memang tak
suka perempuan yang sikit-sikit nak menangis. Tak cool la.
“Kalau ada jodoh, ada la tu. Mungkin
belum masanya lagi.”
“Ish…kamu ni Faridz. Jodoh tu
kadang-kadang kita perlu cari juga. Memanglah kita tak tahu bila jodoh kita
sampai tapi sekurang-kurangnya Faridz kena fikirkan hal ni juga. Jangan fikir
pasal kerja saja. Lagipun kamu tu jarang bersosial dengan kawan-kawan kamu.
Ayah tengok ramai dah kawan-kawan kamu tu kahwin. Tinggal kamu saja.”
“Kalau macam tu, apa kata ayah yang
kahwin?” usik Faridz.
“Eh! Ayah pulak. Ayah nak Faridz
yang kahwin. Bukannya ayah. Hari sabtu ni pastikan Faridz kosongkan jadual
Faridz. Ayah nak Faridz pergi satu janjitemu yang ayah dah tetapkan dengan anak
kawan ayah.”
“Hah? Janji temu? Anak kawan ayah
yang mana satu? Kalau anak Dato-Dato yang lain tu, kirim salam je lah. Faridz
tak berminat.” Bukannya dia tidak kenal anak-anak Dato-Dato yang lain tu,
semuanya memang tak berkenan di mata Faridz.
Dato Fadhil tersenyum lagi. Nampakya
peluang anak Tuan Haji Mikhael kelihatan cerah.
“Taklah. Anak kawan ayah ni bukannya
golongan Dato-Dato. Yang penting Faridz kena jumpa dia dan cuba berkenalan
dengan dia. Siapa tahu ada jodoh? Boleh terus hantar rombongan meminang.”
“Hemm…bila?”
………………………………………….
Sementara di rumah Tuan Haji
Mikhael.
“Sedihnya video klip ni…” aku
mengesat air mataku yang jatuh. Aku ni kan memang cepat touching sikit
lebih-lebih lagi kalau tengok cerita sedih-sedih.
“Kenapa tu, Mia? Sedih tengok apa
tu?”
“Layan video Gone, Jin.
Sedihlah mak. Perempuannya buta dan lelakinya tu rupa-rupanya ada penyakit.
Lepas tu, lelaki tu mati. Sedihnya jalan cerita video klip ni.”
“Ada-ada saja kamu ni Mia.”
Puan Hajaj Aminah mengambil tempat
duduk di kerusi ruang tamu sambil menanti suami tercinta pulang dari surau.
“Assalamualaikum.” Sapa Tuan Haji
Mikhael.
“Waalaikumsalam.” Jawab Puan Hajah
Aminah lalu menyalam tangan suaminya. Aku segera bangun lalu menyalam tangan
babah.
“Buat apa maknya?”
“Ni hah! Anak dara abang ni la. Duk
menangis tengok video klip je. Itupun nak nangis.” Tuan Haji Mikhael gelak
mendengarnya lalu mengambil tempat duduk di samping isterinya.
“Mia, abah ada benda nak cakap
dengan kamu sikit.”
Aku dan mak saling berpandangan.
Hairan.
“Pasal apa, bang?”
“Hari sabtu ni, Mia tak kerja kan?”
“Ya. Mia tak kerja tapi kenapa?”
“Ok. Kalau macam tu, babah nak
bagitahu yang Mia akan hadir satu janji temu yang abah dan kawan abah dah
tetapkan. Jadi, Mia kena pergi janji temu tapi Mia kena bawa kawan Mia, si Aiza
tu.”
Puan Hajah Aminah sudah tersenyum
gembira mendengarnya. Maknanya rancangannya untuk menjodohkan anaknya dengan
anak kawan suaminya nampak berhasil. Semoga anaknya ini bertemu jodohlah dengan
anak kawan suaminya itu.
“Janji temu apa pulak ni abah?”
“Babah nak kenalkan Mia dengan anak
kawan babah. Mia dan dia sama-sama masih belum berpunya lagi. Apa salahnya
kalau babah tolong carikan calon suami untuk anak babah ni. Boleh ya?” Tuan
Haji Mikhael yakin tentu anaknya itu mendengar cakapnya. Kalau dengan maknya
bolehlah mengelat tapi tidak dengannya.
Aduh!!! Macamana ni? Kalau babah
yang dah bercakap memang aku tak boleh lawan lagi la. Bila masa pulak aku minta
carikan calon suami ni? Mesti kerja mak. Tapi, siapa anak kawan abah tu?
Orangnya menepati cita rasa aku tak?
“Mia, setuju saja la. Lagipun Mia
takde apa-apa pun nak dibuatkan hari sabtu ni. Apa salahnya berkawan dulu.”
ujar Puan Hajah Aminah tanda menyokong suaminya.
“Boleh tu boleh, mak, abah.
Tapi…lelaki tu anak abah yang mana? Kita pernah jumpa ke? And the most
important thing, dia romantik macam abah tak?”
Tuan
Haji Mikhael dan Puan Haji Aminah gelak besar mendengar ayat yang baru sahaja
keluar dari anaknya itu.
“Kalau
nak tahu dia romantik ke tidak, Mia kenalah berjumpa dengan dia dan cuba kenal
hati budi dia.”
“Tapi
takkan takde klu? Bagilah sikit hint?” pujukku yang sudah duduk di
tengah-tengah kerusi babah dan mak.
“No!
Ok. Abah ucapkan good luck untuk janji pertama Mia. Abah naik atas
dulu.”
“Mak
pun sama. Good luck untuk first blind date ya.”
Mak
pun sama dengan abah. Haiyaakkk…terpaksalah aku jumpa lelaki tu. Blind date
pun blind date la. Asal orangnya tak blind. Hish! Apa yang aku cakap ni?
Apasal pulak cerita malam ni semuanya blind?
……………………………..
Aku
duduk termenung merenung skrin lap top yang langsung tidak menarik perhatianku.
Hemmm…siapa agaknya dia? Orangnya macamana?
“Tukk!
Can I come in?” usik Aiza di muka pintu.
“Masuklah,
Cik Aiza. Silakan duduk.” Ucapku.
“Good
morning. Hows’ your day today?”
“Fine…Eh!
Aiza, aku nak minta tolong kat kau ni.” soalku. Teringat pulak kata-kata ayahku
semalam. Nak pergi janji temu tu nanti, tolong bawa teman.
“Tolong
apa?” tanya Aiza pelik.
“Ehmm..sabtu
ni free kan? Aku nak kau tolong aku temankan aku pergi blind date.” Ucapku.
“What??
A blind date? Wow! You surprise me. Tak pernah-pernah pulak aku dengar kau
dah ada seseorang? Who’s that guy? Do I know him?” uji Aiza pada
temannya. Jarang sekali Aiza mendengar perkara seperti ini. Armia yang dia
kenali biasanya tidak akan bersetuju untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak
dikenali.
“Kau
ingat kau seorang je yang terkejut! Aku pun terkejut sama la. Semalam babah aku
beritahu yang babah aku nak kenalkan aku dengan anak kawan dia. Aku tanya kat
babah sama ada aku kenal tak anak kawan babah tu. Tapi babah aku kata tak. Tapi
nak tak aku kena pergi juga sebab mak dan babah aku yang nak aku sangat pergi
jumpa dan kenal anak kawan dorang. But in one condition. I have to go there
with you. Babah aku tak benarkan aku pergi seorang.” Terangku panjang
lebar.
“Wow!
Macam best je. Aku okay saja. Aku pun curious juga nak tahu siapa orangnya.
Mesti hansemkan.” Usik Aiza lagi.
“Aku
tak berapa kisahlah hansem ke tak but kalau dapat yang hansem tu kira bonus la.
Tapi kau tahu kan aku nak lelaki yang macamana. Kalau boleh aku nak lelaki yang
berjiwa romantik macam babah aku. Selalu hadiahkan bunga, temankan aku pergi
tengok movie romantik dan macam-macam lagi yang romantik.”
“Amboi!
Minah romantik betul kawan aku sorang ni. Tapikan…menurut analisis aku,
selalunya pasangan ni akan ada yang berlawanan. Kalau kau yang jenis bunga
dalam taman punya, aku rasa mesti partner kau pulak yang sebaliknya.”
“Choihhh!!!
Kurang gula punya kawan.” Kami berdua gelak bersama-sama.
Harap-harap
tidaklah seperti yang si Aiza ni katakan. Kalau dia tu tak romantik, macamana
pulak?
Sementara…
Faridz
memakirkan motorsikalnya terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan, Faridz akan
menunggang motorsikalnya untuk pergi ke tempat kerja. Semenjak ibunya ditimpa
kemalangan kereta, Faridz lebih memilih untuk menunggang motorsikal berbanding
menaiki kereta. Lagipun ada kebaikan juga menunggang motorsikal kerana dapat
mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Faridz
melangkah masuk ke dalam syarikatnya.
“Wah!
Hansemnya bos hari ni kan.” Puji salah seorang pekerja wanitanya yang menjaga
di bahagian receptions.
“Bos
kita tu memang hansem tapi bos kita tu susah sikit nak bergaul. Dia tu macam
lebih suka bersendirian.”
“Dia
dah ada girlfriend ke?”
“Tak
tahu pulak tapi ramai juga anak-anak Dato, anak-anak Tan Sri yang minat kat
bos. Tapi kau tahulah reaksi bos kita tu macamana. Selalu saja dingin pada
perempuan. Tak romantik kan.”
“Oh…semoga
bos kita tu dapatlah jumpa seorang perempuan yang romantik kan?”
“Amin.”
Faridz
melabuhkah duduknya sebaik sahaja tiba di pejabatnya. Faridz memusingkan
kerusinya ke belakang sambil memikirkan blind date yang sudah diaturkan
oleh ayahnya. Hemm..siapalah agaknya anak kawan ayah tu?
Farids
tiba-tiba teringat pulak insiden semasa di jalan raya yang ketika itu sedang
menunggu lampu isyarat merah bertukar warna. Lucu pulak melihat wajah kelam kabut
perempuan itu. Bukannya Faridz tidak perasaan dirinya dilihat oleh perempuan
itu. Macam-macam saja.
……………………………………
Hari
yang dinantikan sudah tiba. Entah kenapa hati ini sejak semalam berdebar-debar
tak berhenti-henti. Tangan pun sejuk semacam je. Inikah perasaan seseorang jika
ingin bertemu denga seseorang yang tidak dikenali? Tapi masalahnya, ramai jugak
yang aku jumpa dengan orang yang tak dikenali. Memanglah! Sebab kali ni bukan
pasal kerja la. Ini pasal future kau. Mana tahu kau bakal menamatkan title
single kau tahun ni.
“Amin.
Siapa tak nak kahwin kan.” Ucapku dalam hati.
Setelah
puas merenung diri di depan cermin, aku bingkas bangun lalu keluar dari bilik.
“Wah!!
Cantiknya anak mak ni. Mak dah dapat hidu nasi minyak ni.” usik Puan Hajah Aminah.
Tuan Haji Mikhael hanya ketawa melihat kemesraan dua beranak itu. Pasti sunyi
jika anaknya itu sudah berkahwin nanti.
“Ala..Mia
biasa-biasa je ni. Tak over kan, mak?”
“Just
nice…”
“Wah!
Mak speaking London pulak…” kami semua ketawa.
Aku
menyalam tangan kedua ibu bapaku untuk meminta izin terlebih dahulu.
“Baik-baik,
Mia. Bawa kereta tu hati dan kirm salam pada calon suami tu.” usik Puan Hajah
Aminah.
“Insyaallah.
Assalamualaikum.” Ucapku.
“Waalaikumsalam.”
Jawab mereka berdua.
………………………………..
Hari
ni aku dan Faridz akan berpindah ke rumah baru. Usia perkahwinanku baru sahaja
menginjak satu minggu. Memang kami berdua pengantin baru la. Wait! Mesti
korang tertanya-tanya macamana aku boleh berkahwin dengan Faridz Adha Dato
Fadhil ni. Mari sini baca cerita aku ni dalam diari.
Hari
ini aku ingat aku akan jumpa dengan anak kawan ayah tapi malangnya batang
hidung dia langsung aku tak nampak. Dia tak sudi ke nak jumpa aku? Kalau ye pun
tak sudi, kenapa tak beritahu awal-awal. Kan senang! Tak menyusahkan aku nak
bergaya mekap macam ni. Aku dahlah excited sangat nak jumpa dia. Aku memerhati
keadaan sekeliling sekali lagi. Lama juga aku tunggu. Adalah juga satu jam.
Huh! Dan saat tu tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering. Lagu ringtone
Ayat-ayat Cinta terus berdering. Mak yang menghubungi aku. Akhirnya, aku angkat
kaki untuk terus beredar pulang setelah menerima panggilan itu.
Mesti
nak tahukan apa yang mak aku cakap? Sebenarnya, anak kawan ayah aku tu tak
dapat datang sebab tiba-tiba sahaja dia terbang ke Jepun kerana ada masalah
uregent tentang perniagaannya. Itu satu. Dan yang paling mengejutkan pulak
ialah anak kawan ayah aku tu tiba-tiba nak hantar rombongan meminang. Wow!
Memang aku tak sangka giler! Belum jumpa dah terus hantar rombongan meminang. Ada
macam adegan drama Melayu ke? Atau filem Hindustan ke movie mat salleh? So,
dengan pujukan dan nasihat daripada babah dan mama, tak lupa jugak bestfriend
aku si Aiza tu yang nak aku terima lamaran tu, aku pun setujulah. Ingat cerita
aku ni tau. Aku masih belum kenal lagi bakal suami aku tu. Ceh! Dah pandai
sebut bakal suami. Dulu baru sebut calon suami. La ni dah upgrade pi bakal
suami dan tak lama lagi pi jadi suami.
Armia Mikhael
Begitulah
marriage story aku kat korang. So, maknanya aku dan Faridz ni
memang tak sempatlah nak berkenalan sebelum berkahwin tapi selepas ni boleh la.
Buat masa ni, aku tengok suami aku tu okay la cuma part keromantisan tu
yang aku masih belum nampak. Sabar Mia. Tak lama lagi kau bakal tengok sisi romantik
suami kau tu. Faridz Adha, berumur 31 tahun. Ahli perniagaan yang kacak dalam
bidang hartanah. Memang latar belakang suami aku ni dah macam jalan cerita
novel yang selalu aku baca saja. Tapi syukur Alhamdulillah sebab aku kahwin
juga tahun ni. Ok, Puan Armia. You dah upgrade status you
daripada menjadi Miss kepada Mrs.
“Ermmm…bagasi-bagasi
tu semua boleh letak kat sini saja.” Ujar Faridz tiba-tiba. Sebenarnya Faridz
masih lagi kekok untuk bercakap dengan isterinya ini. Bukan apa, sejak
kehilangan ibunya Faridz sudah jarang bercakap dengan perempuan. Lagipun,
ayahnya yang sebenarnya telah membuat keputusan untuk menghantar rombongan
meminang kepada keluarga isterinya semasa dia berada di Jepun. Faridz hanya
menurut kata sahaja. Setakat ini, Faridz masih cuba untuk menyesuaikan diri
dengan suasana yang baru, status yang baru dan rumah yang baru.
“Oh..ya.
Ermm…awak? Awak nak apa-apa ke? Minum ke?” soalku lembut pada Faridz. Biasalah
orang baru mula nak berkenalan. Belum ke tahap bercinta lagi tau.
“Tak.
Saya nak rehat.” Balas Faridz tanpa perasaan.
“Okay
la kalau macam tu. Saya tolong kemaskan pakaian kita ya?”
“Hemm..takpe
ke? Nanti menyusahkan pulak?” balas Faridz yang masih lagi kekok untuk menatap
isterinya dengan lebih dekat. Oleh itu, Faridz lebih suka memandang ke bawah.
“Takde
la. Awak kan dah penat. Awak pergilah berehat dulu.” macam dah nampak je
sifat-sifat romantik Encik abangku ni? bisik ku dalam hati.
Faridz
sebenarnya lebih suka menguruskan pakainnya sendiri kerana dia sudah terbiasa
untuk hidup berdikari sejak ibunya sudah tiada. Kini, apabila sudah beristeri
ini segala-galanya perlu dikongsi bersama dan saling membantu.
“Suka
hati awak lah..” Faridz bergerak menuju ke atas katilnya lalu merebahkan diri
sambil mencuri-curi pandang ke arah isterinya yang sedang leka mengemas pakaian
masuk ke dalam almari.
……………………………….
Usai
makan malam, aku terus terpacak depan televisyen. Aku mana boleh ketinggalan
nak menonton drama-drama kesukaan aku ni. Jam dah pukul 9.00 malam. Aku terus
mengubah saluran tv ke 393. Apa lagi mestilah nak tengok drama The Heirs.
Aku
sudah tersenyum-senyum di depan tv tanpa sedar diperhatikan oleh Faridz. Haiyaa…romantiknya
Kim Tan ni. Dahlah hansem lepas tu caring sangat. Aku kalau sudah tengok
drama yang romantik begini memang kadang-kadang aku membayangkan yang akulah
heroin itu. So sweet.
“Best
ke? Saya tengok biasa je.” Buzz!!! Dah kenapa pulak ada komen-komen negative
waktu aku tengok enjoy menonton drama korea aku ni. Menyibuk betul!
Faridz
mengambil tempat duduk di sebelah isterinya yang kelihatan sangat teruja
menonton dramanya.
“Tengok
tu..tengok tu..huwaaa! Kim Tan peluk Eun Sang!!! So sweet…” ujarku
teruja. Memang over la! Faridz baru pertama kali melihat isterinya
seperti ini. Tak sangka pulak isterinya ini seorang kaki drama. Tanpa aku
sedar, aku rupanya sedang memeluk lengan suamiku yang berada di sebelah.
“Tukar
channel lain?” aku menoleh ke arah Faridz sambil menjongket kening.
“Kenapa
pulak? Saya kan tengah layan drama ni. Nak tengok jugak. Hemm…sweetnya
couple ni.”
“Kalau
nak tengok tu pun, tak payah lah huhahuha sangat. Pelakon tu tak dengar
pun awak menjerit sampai sakit tekak kat sini.”
Ish!
Faridz tak romantik langsung la. Biarlah aku nak tengok pelakon kesukaan aku
ni. Cubalah dia ikut layan perasaan tengok drama ni jugak. Baru sweet.
“Wah!
Sweet ending. Sedihnya dah habis. Dah tak boleh tengok Kim Tan lagi..”
Faridz
hanya menggeleng-geleng melihat kerenah isterinya ini. Lucu pun ada juga tengok
perangai isterinya ni. Maaflah kalau aku ni bukan jiwa romantik sangat.
“Kenapa
nak tengok Kim Tan? Tak nak tengok saya ke?” saja test market depan
isteri. Nak tengok juga apa jawapan dia.
Huh!
Faridz ni kenapa pulak tanya soalan macam tu? Sengaja bikin hati aku nervous.
Dia ni kejap-kejap macam romantik. Kejap-kejap tak romantik langsung! Faridz
hanya tersengih-sengih melihat wajah isterinya itu. Dia tahu pasti isterinya
itu sedang menggelabah. Mia…Mia…
“Dahlah
berangan Kim Tan tu. Esok dah nak kerja kan. Tidur…tidur…” ujar Faridz.
Potong
feel betul la. Opps! Selama ni aku peluk lengan dia ke? Makkk! Malunya
aku. Mesti dia sedang ketawakan aku. Aku bingkas bangun lalu berlari naik ke
atas. Malu nak menghadap dia.
“Aik!
Lari pulak. Siapa nak tutup tv ni?” usik Faridz pada Mia.
………………………………………..
Usai
sarapan, aku menuju ke keretaku. Faridz pulak menuju ke motorsikalnya.
“Ehmm!!!
Awak…?” sapaku pada Faridz.
“Kenapa?”
“Nak
salam.” Ujarku. Faridz terkedu namun Faridz menghulurkan jua tangannya untuk
disalam.
Yess!
Aku pun nak test market juga depan suami hansem aku ni. Kalau dalam
drama selalunya bila isteri salam tangan si suami, then suami akan kiss
dahi. Huwaa!!! Amboi-amboi! Mia, sempat pulak kau berimaginasi.
Malangnya….semua
itu hanya angan-angan sahaja. Faridz sudah menghidupkan enjin motorsikalnya.
Eh! Aku macam pernah nampak je motor dia ni. Tapi di mana ya?
“Tak
pergi kerja ke lagi?” soal Faridz.
“Hah?
Nak pergi la ni.” aku segera nasuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin
kereta. Namun, tiba-tiba sahaja enjin kereta ku tidak boleh dihidupkan. Apa kes?
Awal-awal dah buat hal. Faridz yang nampak kereta isterinya tidak boleh
dihidupkan segera mematikan enjin motornya.
“Kenapa
kereta?”
“Tak
boleh start. Tak tahu kenapa.”
“Keluar
dulu. Biar saya start.” Aku menurut cakapnya lalu memberi ruang untuk Faridz
cuba menghidupkan enjin kereta ku. Namun keadaannya tetap sama.
“Tak
boleh start la. Awak pergi kerja dengan saya je la.” Ajak Faridz tiba-tiba.
Wah!
Bestnya. Faridz dah ajak aku naik motor la. Romantiknya. Ok, Mia
jangan nak mula berimaginasi kalau tak
nak lambat datang kerja.
“Oh..okay.
Awak ada helmet lebih ke?”
Faridz
menuju ke rak kasut dan mengambil sesuatu di atas rak kasut itu. Rupa-rupanya
Faridz memang sudah menyediakan helmet lebih untuk isterinya.
“Sweetnya.
Memang Faridz sediakan helmet lebih untuk aku..” ujarku dalam hati. Suami aku
ni pemalu rupanya.
Faridz
sudah menunggang motorsikalnya. Aku pulak masih tercegat lagi menghadapnya.
“Pakai
helmet ni.” ujar Faridz. Aik! Dia tak nak pakaikan untuk aku ke? Ala…aku baru
nak terbayang macam dalam drama yang aku selalu tengok tu. Ke aku buat-buat tak
pandai pakai? Hihihi..
Aku
berpura-pura cuba memakai helmet itu terlebih dahulu. Kemudian aku mengadu
kepada Faridz yang susah untuk memakai helmet. Ok..harap-harap berhasil.
“Susahnya
nak pakai helmet ni..”
“Mana
susah. Cuba pakai elok-elok.” Ujar Faridz. Aku pakai helmet tu senang je. Bila
masa pulak susah? Budak 7 tahun pun pandai pakai.
Aku
kononnya cuba berlakon lagi. Saja hendak mengumpan Faridz. Alamat kalau begini,
lewat pulak hendak ke tempat kerja. Fikir Faridz. Takde cara lain lagi, Faridz.
Kau kena pakaikan helmet untuk isteri kau ni.
“Meh
sini! Dekat sikit.” Arah Faridz. Automatik kaki aku melangkah ke depan sedikit
kea rah Faridz. Helmet di tanganku kini sudah berada di tangan Faridz
“Tengok
baik-baik. Macam ni kalau nak pakai, Puan Mia. Ok. Jom jalan.” Suara Faridz
bagaikan bisikan cinta pulak. Dengan jarak dekat begini membuatkan jantung aku
berdegup kencang giler-giler. Sweetnya Faridz pakaikan helmet untuk aku
walaupun sebenarnya ini rancangan aku. Takpe asalkan berjaya.
“Ermm!!!”
Faridz berdehem.
“Hihihihi..sorry.
Thank you.” Ucapku tersengih malu. Tanpa membuang masa aku naik segera ke
atas motor. Wow! First time aku naik motor ni. Lain macam pulak rasanya.
“Okay
ke?” soal Faridz ingin tahu. Dia dapat mengagak isterinya itu seperti baru
pertama kali menunggang motorsikal. Manakan tidak bahunya terasa dipegang agak
erat.
“Ok…ay.
Jom..jalan.” sebenarnya aku masih takut-takut lagi.
Faridz
tersenyum melihat wajah isterinya yang kelihatan agak gementar melalui cermin
sisinya. Okay, kita tengok tahap keberanian isteri aku ni. Faridz sudah
menekan-menekan minyak.
“Ready!
Kita jalan sekarang!!”
“Vroooommmm!!!”
“Ahhhh!!!”
jeritku lantas aku cepat-cepat memeluk erat pinggang suamiku.
Kurang
asam betul! Macam sengaja si Faridz ni nak kenakan aku. Dahlah aku takut-takut
berani je. “Ya Allah, selamatkanlah perjalananku ini.”
Setelah
setengah jam kemudian.
“Macamana?
Okay tak first ride?” usik Faridz. Kesian pulak tengok isteri aku ni. Nampak
pucat pulak. Rasa bersalah pulak aku bawa laju-laju tadi.
“Not
okay.” Jawabku jujur. Pening tahap gunung dah ni. Kureng betul laki aku ni.
Memang menguji kesabaran aku betul.
“Let
me heal you. Here..chuppp!” aku terkedu. Baru saat tadi, Faridz mengucup
dahiku. Kyakkk!!! Aku macam nak terbang ke bulan sekarang.
“Ok..have
a nice work. Nanti balik, call. Assalamualaikum.” Ucap Faridz. Baru
sahaja Faridz ingin memasang helmet semula, aku terus mengambil tangannya lalu
ku kucup.
“Ermm…awak…thanks
for the ride. Chuppp!!!” aku terus berlari masuk ke dalam bank sebab aku
malu untuk menatap wajahnya. Mia!!! Apa kau dah buat ni? Habis merah padam
mukaku sekarang. Boleh tahan juga laki aku ni? Huwaaaa!!!
Faridz
hanya tersenyum lalu segera beredar.
……………………………………
“Hai…senyum
sampai ke telinga kawan aku ni? Best la orang tu dah kahwin. Tinggal aku je
lagi yang membujang sekarang.” Usik Aiza seperti biasa.
“Nampak
ke telinga aku?”
“Tudung
kau tu dah senget-senget daaa..”
“Hah?”
aku segera mengambil cermin di dalam laciku. Alamak! Senget rupanya tudung aku
ni. Malunya! Mesti Faridz gelakkan aku. Mukaku sekali lagi merah padam. Ini
semua gara-gara aku pakai helmet tadi la. Kereta aku macam sengaja je nak
kenakan aku. Tapi…sebenarnya best juga naik motor tadi dengan Faridz.
“Aiza,
kau tahu tak kereta aku buat hal tadi. So, aku naik motor dengan suami aku
tadi…”
“Hah!
Wow! Bestnya dapat peluk-peluk. Setahu aku kau tak pernah naik motor kan? Kali
ni dengan suami kau pulak. So sweet..”
Aku
tersipu malu walaupun masih pening-pening lagi.
Faridz
tersenyum-senyum mengingatkan hal pagi tadi. Beginikah rasanya jika sudah
mempunyai seseorang yang menjaga kita? Faridz tiba-tiba teringat pulak ayahnya
yang masih lagi bersendirian sehingga kini. Faridz benar-benar rasa bersyukur
kerana Faridz diberi peluang untuk merasai kebahgiaan sebegini. Tapi…Mia
sukakan aku ke? Kamikan baru kenal dan tiba-tiba kahwin?
“Bippp!”
bunyi mesej masuk ke dalam telefon bimbit Faridz.
Salam. Once
again,thanks for the ride. Saya balik jam 5.00 ptg hari ni. Have a nice work to
you too J- MyWife
Faridz tersenyum lagi membaca isi kandungan mesej yang baru sahaj
dihantar kepadanya. Baru je ingat tentang dia, dah ada mesej masuk. Faridz
menaip sesuatu kepada isterinya.
Salam.
Ur welcome. Okay, I’ll fetch you up. Minum air putih banyak-banyak kalau tak
nak pening naik motor nanti.- MyHusband
“Aizaaaa….aku memang rasa macam nak pengsan saja. My hubby ni
memang sweet plus romantik walaupun dia tak suka tunjuk depan-depan. I really
fall in love with him. Haiyaaa…”
“Amboi!
Dah angau kau ni nampaknya. Baguslah..aku doakan kau sentiasa happy
dengan husband kau dan jangan lupa cepat-cepat dapat baby.”
“Insyaallah…tapi
aku malulah nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan dia..”
“Habis
tu kalau kau tak cakap, macamana dia nak tahu? Kau pun dah cakap kat aku yang
laki kau tu tak suka nak tunjuk-tunjuk perasaan sangat. So, kau kenalah
tunjukkan feeling kau kat husband kau tu. Kau cubalah mengenali
lebih dekat tentang suami kau tu.”
“Contoh?”
“Bukan
kau pro ke tentang semua ni? Kaukan kaki drama romantik? Kau buatlah macam tu.
Kan senang.”
“Tapi
aku perempuan..malulah nak buat macam tu.”
“Apa
nak dimalukan sangat? Itu kan suami kau. Kau ajaklah pergi menonton wayang, candle
light dinner, holiday trip ke or pergi honeymoon. Korang kan
belum lagi pergi honeymoon kan? Siapa tahu dapat babymoon?” usik
Aiza
“Okay..okay…aku
akan cuba pertimbangkan cadangan-cadangan anda. Terima kasih sebab sudi memberi
idea kepada klien anda.” Kami berdua ketawa bersama-sama.
……………………………….
Usai
menunaikan solat ishak berjemaah, aku dan Faridz menjamu selera makan malam.
Suasana sunyi ketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri.
Macamana
aku nak mula cakap ni? Aku nak ajak Faridz keluar hari sabtu ni keluar menonton
wayang. Hemm..ini semua idea Aiza. Tak pasal-pasal aku menggelabah. Fikir Mia.
Rasanya
hari sabtu ni hari jadi Mia. Macamana aku nak ajak dia keluar ni? Dahlah aku
tak pernah sambut hari jadi orang perempuan ni. Fikir Faridz pulak. Rupa-rupanya
masing-masing sudah memikirkan rancangan namun masih segan untuk meluahkannya.
Cakap
sajalah, Faridz. Satu suara seperti memberitahunya.
Cakap
sajalah Mia. Nak malu apa? Kalau tak sekarang bila lagi ada masa?
“Awak…”
masing-masing serentak hendak memulakan bicara. Akirnya kedua-duanya malu-malu.
“Awaklah
cakap dulu.” ujad Faridz.
“Takpe..awaklah
cakap dulu.” balasku. Haiyakk!!!
“Takpelah...ladies
first.” Huh! Kau ni memang hampeh la Faridz. Setakat nak ajak keluar pun
malu-malu.
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Bertenang Mia. Kau cuma nak ajak Faridz keluar je.
Takde hal la tu.
“Erhmm..Awak
free tak sabtu malam ni? Saya nak ajak awak menonton wayang.”
“Free…free..”
jawab Faridz segera. Mia tersenyum.
“Okay!
Hari tu kita kan tak sempat nak blind date. So, sabtu ni kita
pergi real date. Okay?” amboi! Dah takde segan silu lagi kau, Mia.
Lantaklah! Yang penting laki aku kan.
Faridz
tak sangka isterinya ini berani juga orangnya. Bagus juga idea tu. Tak susahlah
aku bak buat surprise birthday untuk dia. Yes!
“Kita
nak tengok wayang kat mana?”
…………………………………………….
Segala
persiapan sudah siap untuk hari jadi isterinya. Hanya menanti tepat jam 12.00
sahaja. Kali ini biarlah Faridz menjadi romantik untuk isterinya sahaja. Idea
ini pun tiba-tiba sahaja datang tanpa difikirnya. Yang penting, Faridz berharap
kejutannya ini bakal menjadi kenangan terindah untuk dirinya dan juga
isterinya. Faridz akan meluahkan perasaannya kepada isterinya nanti melalui
kejutan yang disediakannya.
Aku
berkali-kali merenung cermin untuk meneliti pakaianku. Okay! Done! Mesti
Faridz dah lama tunggu aku kat bawah. Aku keluar untuk segera turun ke bawah.
“Cantiknya…isteri
abang ni.” puji Faridz.
Tanpa
sedar, aku menitiskan air mata kerana terlalu gembira mendengar pujian Faridz
dan saat menggelar dirinya sebagai abang. Alhamdulillah. Faridz mendekati aku
lalu menyeka air mataku.
“Kenapa
ni? Tak nak nangis-nangis ni. Let’s go.” Faridz sudah memegang tanganku.
“Eh!
Kejap. Abang, kita nak naik motor ke?”
“Nope!
But, abang dah minta driver abang ambil kita.”
“Oh…good.
Sebab kalau tak susahlah Mia nak tukar semula skirt ni.” Faridz gelak.
“Pandai
buat lawak rupanya..isteri abang ni.”
Oh
my Allah! I’m totally fall in love with Faridz Adha. Sweetnya
dia malam ni. Tapi lagi sweet kalau dia dapat luahkan perasaan dia pada
aku.
Usai
makan malam, Faridz segera beratur membeli tiket wayang. Lama jugalah aku
menunggu Faridz untuk membeli tiket wayang sebab aku tengok bukan main ramai
lagi orang malam ni.
“Ok..dah.
Jom masuk. Saya dah pilih couple seat untuk kita berdua.” Faridz
memegang tanganku lalu masuk ke dalam panggung wayang.
Tiga
jam sudah berlalu. Pandai juga Faridz pilih movie ni. Mungkin dia dah tahu yang
aku ni peminat movie-movie romantik. Sweetnya suami dia ni.
“You are the first thing I think of every
morning, the last thing that stays on my mind every night…”si isteri hanya senyum mendengarnya.
“So sweet…ending” aku memeluk lengan suamiku.
Faridz memegang erat tanganku.
“Best tak movie
ni?”
“Best and romantik
sangat suami dia.” Faridz mengerling jam di skrin telefon bimbitnya. Tepat jam
12.00 tengah malam. Inilah masanya.
Baru sahaja, semua
penonton ingin bergerak tiba-tiba skrin layar memasang movie lain.
“Abang..kejap..movie tu
belum habis lagi…tunggu jap. Kita duduk dulu..” ucapku lalu menarik tangan
Faridz untuk duduk semula. Faridz hanya tersenyum.
Seorang lelaki sedang
bermain piano dengan asyik sekali. Petikan piano yang sungguh romantik sekali.
Wajahnya masih lagi belum kelihatan. Semua penonton tertanta-tanya. Siapa lelaki
itu? Petikan lagu Memory dari soundtrack Winter Sonata dangat
mempesonakan penonton wanita terutamanya.
Selesai satu lagu,
kemudian lelaki itu tiba-tiba memainkan lagu selamat hari jadi pulak.
Happy Birtday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Armia,
Happy Birthday to you.
Lelaki itu berpaling untuk
melihatkan wajahnya. Aku..aku..benar-benar terkejut saat ini. Faridz
rupa-rupanya lelaki yang bermain piano tadi. Aku memandang Faridz yang berada
di sebelahku dan dia senyum
“Aaaa…aaaa…Puan Armia
Mikhael, I know that I’m not romantic guy..” semua penonton tertawa dengan
jenaka Faridz.
“But…I will try my best
to become a romantic husband for you and one more thing. I love you from the
bottom of my heart and until Jannah. You are the first thing I think of every morning, the
last thing that stays on my mind every night. Remember! Once I get you, I don't plan on losing you.”
Serta
merta lampu panggung wayang terbuka dan seorang lelaki memberikan kek kepada
Faridz.
“Sayang…happy
birthday to you and I love you.” Ucap Faridz. Semua orang di dalam panggung
wayang bertepuk tangan meraikan kebahgiaan aku dan Faridz.
“Sayang..sebenarnya
abanglah yang sayang tengok sampai kereta kat belakang hon sayang masa kat
jalan raya hari tu.”
Sekarang aku baru teringat kembali. Rupa-rupanya
lelaki yang berhelmet itu adalah Faridz dan Faridz sekarang kini adalah
suamiku. Ya Allah! Terima kasih ya Allah atas jodoh ini. Aku akan jaga
sebaik-baiknya.
It's awesome how you can fall in love with the
person you didn't even notice at the first time you met them. - Kir@ Lee
Tamat.
P/S : Yehh! Siap juga akhirnya cerpen pertama untuk tahun 2014 ni. Credit untuk kawan-kawan saya yg sporting sbb pinjamkan nama dorang..so, enjoy baca cerpen ni n jangan lupa drop ur komen :)
- 17:43
- 12 Comments