Cerpen DIA MR.SOMBONG

17:23



Aku mengayuh basikal ku dengan sekuat tenaga untuk segera balik ke rumah. Aku baru sahaja menerima panggilan telefon yang mengkhabarkan aku telah mendapat tawaran bekerja. Yihaaa! Aku telah diterima bekerja menjadi pereka dalaman di sebuah syarikat ibu kota. Aku tidak sabar untuk memberitahu berita gembira ini kepada mak dan abah.
“Mak! Abah!” laungku.
“Fyra! Kenapa terjerit-jerit ni? Bagilah salam dulu. Hati-hati, nanti jatuh pulak dari basikal tu.” Ujar mak yang sedang menyapu halaman rumah.
Aku turun dari basikal lalu berlari mendapatkan mak. Aku segera memeluk mak dengan erat.
“Kenapa ni, Fyra?”
“Fyra ada berita gembira nak bagitahu mak dengan abah. Abah mana mak?”
“Abah kamu dalam rumah.”
“Ok! Kalau macam tu, jom kita naik dulu. Fyra nak kongsi berita gembira ni dengan abah juga.”
Puan Farah masih lagi bingung melihat kerenah anak perempuannya ini. Gembira bukan kepalang lagi sampai terjerit-jerit masa nak masuk simpang rumah.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumsalam.” Jawab abah lalu aku menyalam tangannya.
            Aku memegang tangan abah dan mak mengikut langkahku ke ruang tamu.
             “Fyra nak beritahu berita gembira pada mak dan abah.”
            “Apa dia?” ujar Puan Farah.
            Aku berdiri di tengah-tengah ruang tamu.
            “Mak…abah…Fyra dah dapat kerja! Yehhh! Tadi Fyra terima panggilan dari syarikat yang temuduga Fyra hari tu. Alhamdulillah, Fyra boleh mula kerja minggu depan ni.”
            “Syukur alhamdulillah. Mak gembira sangat. Akhirnya Fyra dah dapat kerja yang Fyra nak selama ni.”
            “Abah tumpang gembira Fyra dah dapat kerja.”
            Aku segera memeluk mak dan abah. Tak sabarnya aku nak mulakan kerja sebagai seorang pereka dalaman.
………………………………………
            Daebakkk! Betul ke ini rumah mak long? Jangan-jangan aku salah rumah kut? Rumah yang depan mata aku sekarang ni, besar gilerr. Bukan lagi besar, tiga tingkat pulak tu! Tapi mengikut alamat yang mak beri pada aku, inilah rumah tu.
            Nak tekan lonceng ke tidak? Karang salah rumah, silap-silap kena marah pulak free-free. Nak telefon, bateri telefon aku dah habis pulak waktu macam ni. Sabar je la…
            “Pin! Pin! Pin!”
            “Oh mak engkau!” aku terkejut mendengar bunyi hon berkali-kali dari arah belakangku. Aku segera menoleh ke belakang. Sebuah kereta sport BMW putih. Siapa pemandu yang beradab sangat ni? Buat aku melatah tak tentu pasal je. Bikin jatuh saham aku daa…
            Tiba-tiba, pintu pagar terbuka luas. Kini aku masih berdiri-diri di tengah-tengah jalan.
            “Pin! Pin! Pin! Pin!” sekali lagi hon dibunyikan. Aik! Macam tak puas hati je! Kereta itu mula bergerak ke depan.
            Aku segera beralih ke kiri jalan. Tak guna! Dah nampak aku kat tengah jalan, dia boleh buat dek je. Kau ingat kau ada kereta dua pintu, kau boleh berlagak! Aku mengumpul kemarahanku menanti sang pemandu untuk keluar dari keretanya.
            Pintu kereta terbuka. Seorang lelaki bertubuh sasa yang lengkap dengan sut korporatnya keluar dari kereta. Tanpa memandang ke arahku, lelaki itu terus menuju masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu.
            Ah! Tak ada adab betul! Suka hati nak hon-hon orang lepas tu sikit lagi nak langgar aku. Dahlah takde minta maaf langsung, main masuk je dalam rumah. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke dalam…baru aku teringat. Buat apa aku nak masuk ke dalam rumah yang aku tak tahu pemiliknya? Buatnya bukan rumah mak long aku, naya aku. Tak pasal-pasal aku kena tangkap basah pulak.
            Aku mengepal tumbukan. Hisy…menyampahnya. Sombong giler tahap gaban!
            “Fyra!” panggil seseorang. Aku segera menoleh ke arah suara itu.
            “Mak long!” aku cepat-cepat memeluk mak long. Dah agak lama juga aku tak berjumpa dengan mak long sejak mak long sudah berpindah ke sini mengikut suaminya.
            “Lamanya mak long tak jumpa Fyra. Dah besar panjang. Cantik pulak tu.” Puji mak long.
            “Fyra pun lama juga tak jumpa mak long. Rindu la.”
            “Mak Fyra dah beritahu mak long yang Fyra dapat kerja kat sini. Maaflah, mak long tadi keluar sekejap.”
            “Takpe…mak long. Fyra faham. Fyra pun tak berani nak masuk tadi sebab takut salah rumah.”
            “Oh…jomlah masuk. Tentu Fyra dah lama tunggu.”
            “Eid dah balik rupanya.”
            Eid? Oh…lelaki sombong tahap gaban tadi tu nama dia Eid la. Tapi siapa dia? Setahu aku mak long aku ni cuma ada anak perempuan. Mana ada anak lelaki. Tak kisahlah. Apa aku peduli dengan Eid ke Odd ke…yang penting lelaki sombong tahap gaban tu ada hutang dengan aku!
            “Assalamualaikum.” Sapa mak long.
            “Waalaikumsalam, Datin.” Ujar seorang pembantu rumah yang menyambut kedatangan kami.
            Datin? Bila masa pulak mak long aku ni jadi Datin?
            “Mesti Fyra tertanya-tanyakan. Takpe, nanti mak long cerita.”
            “Kak Fyra! Rindunya…”
            “Dhia! Akak pun rindu dengan Dhia. Lamanya kita tak jumpa.” Dhia Delisha ni anak kepada mak long aku. Dhia ni muda enam tahun dari aku.
            “Mari kita duduk dulu.” ujar mak long.
            “Tuti, Eid dah pulang ya?”
            “Iya…Datin. Baru sahaja tadi dia pulang. Mungkin sedang berehat di dalam bilik.”
            “Hemm..Tuti, tolong buatkan air untuk kami ya.” Tuti berlalu masuk ke dapur.
            Sejak tadi aku perhatikan yang mak long aku ni sebut nama Eid. Nampak sangat mak long aku mengambil peduli mengenai lelaki yang bernama Eid atau lebih sedap kalau aku gelar Mr.Sombong.
            “Tentu Fyra banyak perkara yang nak tahu dari mak long. Ok, mak long ceritakan satu persatu ya.”
            Aku tersenyum kelat. Alahai! Fyra. Nampak sangat kau ni busybody. Bukan busybody cuma aku curious saja nak tahu. Yelah, dah lama tak dengar cerita. Mak pun jarang sangat nak cerita tentang hal mak long.
            “Mesti Fyra nak tahu siapa Eid tu kan? Eid tu sebenarnya anak tiri mak long. Eid tu anak kepada suami mak long dengan bekas isteri dia yang dulu. Bekas isteri suami mak long kini menetap di London. Dia tak nak jaga Eid jadi dia serahkan Eid kepada suami mak long. Fyra pun tahukan yang mak long pun dulu pernah bercerai kemudian mak long berjumpa dengan suami mak long sekarang. Alhamdulillah, mak long bahagia dengan keadaan sekarang.”
            “Oh…begitu.” Aku rasa simpati pulak dengan Mr. Sombong tu. Tak sangka mak dia tak nak jaga dia.
            “Cuma…abang Eid tu masih tak dapat nak terima mak Dhia.” Ujar Dhia padaku dengan nada sedih.
            “Mungkin Eid masih tak dapat terima yang ayah dia kahwin baru. Sebab tu la Eid selalu menyendiri di dalam bilik. Mak long faham dengan perasaan Eid. Kalau mak long di tempat Eid pun, mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan keadaan.”
            “Mak long dan Dhia sabar ya. Mungkin masanya belum tiba. Ok…lah, tak nak la cerita sedih-sedih ni. Mak long, macamana pulak mak long ni jadi Datin?” selorohku. Mak long dan Dhia tersenyum.
            “Pandai betul Fyra ni buat mak long gembira. Tiga tahun lepas, suami mak long dianugerahkan pangkat Datuk.”
            “Ohhh…macam tu. Pak long mana?”
            “Pak long kamu sekarang bisnes trip di Singapura. Minggu depan baru balik.”
            Kami bertiga leka bercerita tentang kenangan sewaktu kecil. Masa aku panjat pokok la, masa aku jatuh dari basikal la, macam-macam cerita kami bertiga kongsikan.
            “Laa…asyik benar kita ni bercerita. Dhia, tolong Kak Fyra kamu naik ke bilik. Tentu Fyra dah penat. Mak long sampai terlupa nak bagi Fyra berehat dulu.”   
            “Betul tu kak. Jom lah. Dhia tunjukkan bilik akak.”
            Aku dan Dhia segera naik ke atas. Ini baru tingkat satu. Ada lagi dua tingkat. Dhia kata bilik aku berada di tingkat tiga. Mak oii! Tingginya. Seram pulak aku nak tinggal di tingkat atas ni. Takpe lah, aku cuba. Lagipun aku ni tetamu, mana boleh demand bagai.
            Ruang tamu di tingkat tiga ni teryata lebih luas dari yang kusangka. Terdapat tiga bilik di sekitarnya. Maknanya salah satu mungkin bilik aku kan?
            “Tadaaa! Cantik tak bilik akak?” ujar Dhia padaku.
            Aku ternganga. Sumpah cantik sangat! Besar, luas semuanya memang lengkap.
            “Kak Fyra.”
            “Kak Fyra…”panggil Dhia.
            “Kak Fyra!”
            “Amboi! Cantik sangat la bilik ni. Segan pula akak nak tidur sini. Takde bilik yang biasa-biasa ke?”
            Dhia ketawa. Lucu melihat reaksi kakak sepupunya ini.
            “Sebab akak yang datang, mestilah Dhia kena hiaskan cantik-cantik. Amacam? Boleh lawan tak skill akak jadi pereka dalaman?”
            “Kalau macam ni la…Dhia tak payah la jadi doktor. Tukar profesion jadi pereka dalaman.”
            “Betul ke? Ini yang Dhia nak kembang setaman ni…hahaha”
            Aku dan Dhia melangkah masuk ke dalam bilik. Aku terus merebahkan badan ke atas katil. Ahhh…selesanya. Siap melantun-lantun pulak badan aku ni.
            “Kak Fyra berehat la dulu. Nanti bila makan malam dah siap, Dhia panggil akak. Kalau akak nak apa-apa, akak boleh minta tolong dengan jiran sebelah.”
            “Jiran sebelah? Buat apa nak tanya jiran sebelah? Nak kena keluar dari rumah lagi, tak payah lah. Tanya Dhia kan senang.”
            Dhia senyum. Senyuman yang ada makna tersirat.
            “Lupa nak beritahu akak. Jiran sebelah yang Dhia maksudkan tu sebenarnya bukan jiran sebelah rumah ni. Tapi jiran sebelah bilik akak.”
            “Jiran sebelah bilik?”
            “Ohh…Dhia.”
            Dhia menggeleng. Aik? Kalau bukan Dhia, siapa pulak? Hantu? Arghhh!! Aku nak balik kampung la kalau macam tu. Dah lah tinggal atas sekali lepas tu nak minta tolong dari jiran sebelah bilik.
            “Siapa? Akak takutlah. Hantu ke?”
            “Choiii!” Dhia ketawa besar.
            “Abang Eid la, kak. Apa pulak hantunya. Akak ni kuat berimaginasi rupanya. Akak jangan risau tentang Abang Eid tu. Abang Eid tu sebenarnya baik cuma mungkin dia rasa kesunyian sebab tu suka duduk dalam bilik je. ”
            Hah! Mr.Sombong tu tidur sebelah bilik aku ni. Awat keciknya dunia aku! Oh…tidak! Aku sedang mengumpul kemarahanku bila teringatkan kejadian tadi. Geramnya!!! Baik sangat!
            “Ok..la, kak. Dhia keluar dulu.”
………………………………………….
                Just give me a reason just a little bit's enough
                Just a second we're not bro--ken just bent
And we can learn to love again
              It's in the stars, It's been written in the scars on our hearts
              We're not bro--ken just bent
And we can learn to love again

            Amboi! Fyra bukan main lagi kau nyanyi lagu orang putih. Kalau suara tu sedap macam Pink, takpe la juga. Usai membersihkan diri, aku pantas merebahkan diriku. Azan Ishak sudah berkumandang. Aku cepat-cepat mencapai kain telekungku untuk menunaikan solat.
            Eh? Suara siapa pula yang menyanyi tu? Dahlah tak sedap, ada hati nak pulak menyanyi. Telinga Eid masih terngiang-ngiang lagi mendengar suara seseorang dari bilik sebelahnya. Tak silap aku suara orang perempuan. Tapi siapa pulak? Takkan hantu pulak? Hisy…apa yang aku mengarut ni. Daripada aku mengarut, lebih baik aku solat dulu.
            Usai solat, aku mengeluarkan pakaianku dari dalam bagasi. Esok aku kena melapor diri di F.E Design Company. Tak sabarnya esok. Aku mengeluarkan baju kemeja berwarna putih untuk aku seterika kemudian.
            “Kak Fyra! Makan malan dah siap. Jom turun.” Ujar Dhia yang mengetuk pintuku dari luar.
            “Ok…kejap. Dhia turun dulu ya.”
            Aku bangkit dari katil lalu berjalan menuju ke pintu. Aku menutup pintu bilikku dan meneruskan langkah untuk turun ke bawah sekali. Aku sempat menjeling pintu bilik jiran sebelahku. Oh…itu kut bilik Mr.Sombong tu! Huh! Aku merengus kasar. Hari-hari kalau aku turun naik rumah mak long ni, alamat memang turunlah berat badan aku ni.
            “Kak Fyra…duduk sini.” ujar Dhia di sebelahku.
            “Ok…baca doa dulu.”
            Amin! Ucap kami bertiga. Kenapa bertiga? Mana Mr.Sombong tu? Tak nak turun makan ke?
            “Jemput makan.” Ujar mak long.
            Aku rasa segan pulak nak makan. Otak aku ni masih teringatkan tentang Mr.Sombong tu.
            “Fyra…tak payah nak risau dengan Eid tu. Eid memang tak makan malam. Jom kita makan.” Aku tersentak bila ditegur mak long.
            Huh! Aku nak risau tentang Mr.Sombong tu? Sejuta kali pun aku tak risau. Dia dah besar panjang. Dah tua bangka. Ceh! Tak makan malam konon. Orang dah bersusah payah masak yang sedap-sedap, tapi tak nak turun. Dasar sombong, berlagak dan yang sama perkataan dengannya.
            “Takde lah mak long. Orangnya pun Fyra tak kenal lagi. Ok, jom kita makan. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.” Mak long dan Dhia ketawa.
            Usai makan malam, aku naik semula ke atas. Aduh…dahlah perut aku ni kenyang. Naik atas ke tingkat tiga pulak tu. Penat. Susah nak membawa perut aku ni. Tu lah! Makan tak ingat dunia. Syok sendiri sangat sampai habis ayam goreng aku kebas.
            Aku baring di atas katil sekejap. Lepas ni aku nak seterika baju kemeja aku. Dhia sudah memberitahu aku kalau nak guna seterika, pergi ke bilik yang berada di depan bilikku. Faham tak ayat aku ni? Fahamkan aje la.
            “Ok..agaknya inilah bilik seterika tu. Nak seterika baju pun ada bilik sendiri. Kalau kat rumah aku, takdenya bilik macam ni.” ucapku sendiri.
            Aku menghidupkan suis seterika. Aku menunggu seterika itu panas dahulu. Lebih kurang tiga minit, dah panas la tu.
            Ok! Dah siap pun iron baju. Tinggal nak pakai esok saja.
            “Tuti! Ironkan baju saya ni!”
            Tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telingaku. Permintaan yang agak kurang beradab bagi aku. Cubalah guna perkataan ‘tolong’. Manis sikit bunyinya. Ini macam nak cari gaduh aje. Aku melihat gerangan di muka pintu.
            “Awak siapa?” soal Eid kasar.
            “Maaflah tapi saya bukan Tuti. Lagi satu, kalau nak seterika baju tu, guna tangan sendiri kan ada.”
            Aku mengambil baju kemejaku lalu sengaja aku melanggar lengannya. Nak langgar bahu tak dapat sebab aku ni pendek. Huh! Itu baru sikit je, Mr.Sombong! Ada tangan tak nak guna. Setakat nak seterika baju, budak sepuluh tahun pun pandai. Betul ke? Aku main agak je.
            “Hei!” panggilnya. Aku pekakkan telinga lalu cepat-cepat masuk ke dalam bilik.
            Fuhhhh...berani jugak aku tadi. Sudahlah dia tu anak tuan rumah. Tapi macam aku pulak yang berlagak macam tuan rumah. Dah dia main kasar, aku pun balas la. Kesian Tuti. Mesti Mr.Sombong ni hari-hari suruh Tuti seterika baju dia tu.
            “Tuti! Tuti!”
            “Iya..ada apa?”
            “Seterika baju aku sekarang jugak. Ingat! Jangan ada kedut langsung!” arahnya tegas.
            “Baik.” Balas Tuti takut-takut.
            Eid menghempaskan pintu biliknya dengan kuat kerana masih marah dengan kejadian tadi. Siapa perempuan yang tadi tu? Apa dia buat kat dalam rumah aku ni? Boleh pulak dia tidur sebelah bilik aku! Hisy….ini yang bikin aku tak senang nak tidur. Dah lah tidur jat rumah orang, lepas tu ada hati pulak nak ajar aku. Suka hati aku la! Orang gaji rumah aku, memang patut pun dia buat semua kerja yang aku suruh.
            “Ergh!!!” Eid menjerit kasar.
            Huh! Dah kenapa dengan Mr.Sombong aka jiran sebelah bilik aku ni! Otak dia tak betul ke? Dah sewel? Menjerit tak tentu pasal, malam-malam begini. Dia ni sengaja tau nak cari masalah dengan aku. Esok aku kena melapor diri, buatnya aku lambat datang sia-sia saja aku ke sini. Ini tak boleh jadi.
            “Hoi! Jiran sebelah. Orang di sini nak tidur la. Kalau nak menjerit tu, pergilah keluar rumah.” Balasku dengan berani.
            Eid terkejut mendengar suara nyaring dari sebelah biliknya. Mesti perempuan tadi. Ek eleh…nak ajar-ajar aku pulak! Suka hati aku la. Ini bilik aku.
            “Hoi! Jiran sebelah. Tak payah nak menyibuk la! Ini bilik aku. Aku nak menjerit ke nak apa ke, suka hati aku la. Lagipun ada aku kisah!” balas Eid.
            Tak guna punya jiran sebelah. Aku tahu la aku sedang tinggal di rumah dia. Tapi nak menjerit malam-malam begini, agak-agaklah bro! Mr.Sombong ni memang nak kena ni dengan aku.
            “Aku pun tak ingin la nak menyibuk hal kau di sana! Aku cuma nak tidur dengan selesa tanpa ada  gangguan dari Tarzan!” baru puas hati aku. Ini Fyra Ellena. Juara debat tiga tahun berturut-turut. Ada berannn?
            Aik! Berani dia gelar aku Tarzan? Wah! Ini memang dah lebih ni. Berani betul perempuan pendek ni nak melawan aku!
            “Kalau aku Tarzan, kau nak jadi Jenny ke?” sengaja Eid menyakat. Eid sudah ketawa di dalam bilik. Belum pernah lagi dia ketawa besar begini. Dah gaya macam filem P.Ramlee Masam Masam Manis pulak.
            Hisy…perasannya. Jangan harap aku nak Jenny dia! Tak hingin aku! Ah…susahnya cakap dengan orang yang tak reti bahasa ni! Lebih baik aku tidur daripada melayan Tarzan di sebelah bilik aku ni.
            “Dah kalah ke jiran sebelah sana?”
            Tiada balasan. Eid pelik. Dah tidur ke perempuan tu? Lantaklah. Kalau dia dah tidur, baik aku pun tidur jugak. Kang tak pasal-pasal aku lambat masuk kerja pulak. Lagipun, esok ada pereka dalaman baru nak melapor diri.
…………………………………………….
            “Hah! Fyra mari sarapan.” Ajak mak long.
            “Terima kasih mak long. Dhia mana mak long?”
            “Dhia dah pergi kuliah dengan teman dia tadi.”
            “Oh...”
            “Nanti mak long boleh tolong hantarkan Fyra pergi kerja. Fyra kerja kat mana?”
            “Eh..tak payah lah mak long. Fyra tak nak susahkan mak long. Fyra kerja di F.E Design Company.”
            F.E Design Company? Itukan syarikat Eid. Mak long tersenyum.
            “Kalau macam tu, lebih senang kalau Fyra tumpang Eid. Sekejap lagi Eid turun.”
            Aku membulatkan mataku. Giler aku nak tumpang kereta Mr.Sombong tu! Aku gerenti seratus peratus, takdenya dia nak aku tumpang kereta dia. Kalau dia terima, agaknya otak dia memang dah tak betul!
            “Hah…itupun Eid. Eid! Mari sarapan sini dulu.”
            Eid tidak menyahut namun hanya terus melabuhkan punggungnya di kerusi makan. Aku sempat memandang sekilas wajahnya. Sama seperti biasa. Hanya wajah sombong yang dihidangkan pada pagi ini. Sedikit senyuman langsung tidak terukir di bibirnya. Huh! Aku kena fikir empat lima kali kalau nak menumpang kereta dia ni.
            “Eid, mak cik nak kenalkan yang ini anak saudara mak cik. Dia baru datang semalam sebab dia baru dapat kerja di sini.”
            Eid tidak mengendahkan kata-kata daripada mak tirinya. Eid menghirup air kopinya tanpa memandang langsung ke depan.
            Eid berdiri untuk beredar dari situ. Cukup hanya secawan kopi untuk Eid bersarapan.
            Amboi! Kurang ajar betul la Mr.Sombong ni. Mak long aku cakap baik-baik dengan dia tapi dia buat macam aku dan mak long ni halimunan pulak. Nak saja aku sound dia ni depan-depan tapi memandangkan ada mak long, aku membatalkan niat ku sahaja. Nanti malam, baru aku sound kau supaya lebih beradab dengan orang tua.
            “Maafkan mak long, Fyra. Eid memang macam tu. Astagfirullah! Mak long lupa nak beritahu Eid tentang Fyra nak tumpang kereta dia. Jomlah, mak long pergi beritahu.”
            Mati la! Apa aku nak buat ni?
            Baru sahaja Eid ingin membuka pintu kereta, namanya dipanggil oleh mak tirinya.
            “Eid! Mak long nak minta tolong sikit. Boleh tak kalau Fyra tumpang kereta Eid. Rupa-rupanya, Fyra ni kerja kat tempat Eid.”
            Hah! Aku dan Mr.Sombong tu kerja tempat yang sama. Awat keciknya dunia ni! Sudahlah aku ni jiran sebelah bilik dia. Lepas ni, satu tempat kerja pulak! Relek la, Fyra. Mr.Sombong tu takkan terima punya! Yup! 100%
            Eid tiba-tiba tersenyum sinis. Eid baru sahaja terfikirkan idea untuk mengenakan perempuan yang bernama Fyra itu. Oh…jadi dia nilah pereka dalaman baru syarikat aku.What a small world.
            Datin Faridah pelik. Tidak pernah lagi Datin Faridah melihat senyuman Eid. Selama Datin Faridah tinggal bersama Eid, belum sekali Eid senyum.
            “Ok.”
            Aku ternganga. Betul ke apa yang aku dengar ni! Dia cakap O.K! Dia dah sewel ke aku yang sewel ni! Susah aku nak percaya.
            “Terima kasih banyak-banyak Eid. Terima kasih sangat. Fyra, apalagi, pergilah naik kereta Eid tu.             Elok-elok kerja tu. Kalau ada benda yang tak faham, Fyra boleh minta ajar dengan Eid.” Pesan mak long padaku.
            Aku rasa macam nak menangis tak berlagu aje. Biar betul aku akan tumpang kereta Mr.Sombong tu! Ah…bencinya! Dia hanya senyum sinis kepadaku.
            “Terima kasih mak long. Fyra pergi kerja dulu. Assalamualaikum.” Ucapku lalu menyalam tangan mak long.
            Kini aku sudah berada di dalam kereta BMW Mr.Sombong. Apa yang aku rasakan sekarang ialah A.K.W.A.R.D! Aku dapat rasakan macam sesuatu ada yang tak kena. Tiba-tiba, kereta yang dipandu oleh Mr.Sombong ni berhenti di tepi perhentian bas.
            “Turun sekarang!” arahnya.
            “Hah!”
            “Apa hah! Cepatlah! Turun sekarang.”
            Aku sudah mengagak. Memang sewel la kalau dia terima bulat-bulat pertolongan mak long tadi. Tak guna! Kurang asam! Bangang! Sombong! Dia ingat aku hadap sangat nak tumpang kereta dua pintu dia ni! Piraaa….
            Aku menghempaskan pintu keretanya dengan kasar kerana geram. Aku sudah nampak gelak ketawanya yang sudah kedengaran di telingaku. Dia ni memang sengaja nak kenakan aku! Arghh! Tak guna! Tanpa berlengah, keretanya terus meluncur laju meninggalkan aku di perhentian bas.
            “Yaaaa!!!” jeritku. Tak pasal pagi-pagi ni aku dah mula memaki orang. Hisy…
………………………………………
            Aku melangkah masuk ke dalam F.E Design Company. Huhh…nasib baik aku dapat teksi awal. Kalau tak, memang kena bantai la hari pertama bekerja.
            “Assalamualaikum. Saya Fyra Ellena. Saya datang nak melapor diri sebagai pereka dalaman yang baru ditugaskan bekerja di sini.” ucapku pada seorang perempuan yang bertugas dibahagian reception.
            “Waalaikumsalam. Oh..ya. Bos kami sedang menanti kehadiran Cik Fyra di dalam. Mari saya tunjukkan biliknya.”
            Harap-harap aku tak bertembung dengan Mr. Sombong tu! Dia pun pereka juga ke? Tak payah la nak fikir pasal dia tu. Bikin sesak otak saja!
            “Encik Farith, pereka dalaman baru tu sudah sampai.”
            “Ok. Suruh dia masuk sekarang.” Arah Eid. Eid sudah tersenyum. Fyra Ellena…tak sangka kau dapat kerja di sini. Tak sabar nak tengok reaksi perempuan tu!
            “Baiklah Cik Fyra. Encik Farith minta Cik masuk sekarang.” Aku senyum kepadanya. Hati aku kini berasa gementar untuk bertemu dengan Encik Farith. Aku melangkah masuk ke dalam dengan langkah kanan dan membaca bismillah terlebih dahulu.
            Mataku dan matanya saling bertembung. Aku mengerutkan dahiku kerana tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku melihat plat nama yang terletak di atas mejanya. Farith Eidris Datuk Fahmi! What? Mr.Sombong ni bos aku! Awat keciknya dunia ni! Nak saja aku menjerit sekuat hati di bilik ni. Tapi memandangkan aku masih waras, aku tidak aku buat perkara gila itu.
            “Welcome to our company, Cik Fyra Ellena.” Eid bangun lalu menghulurkan salam kepada Fyra. Nak perli aku la tu! Kenapa la aku tak tanya mak long tadi! Kurang asam betul. Tak guna. Alang-alang satu tempat kerja, boleh-boleh dia tak nak aku ikut kereta dia! Kedekut!
            “Terima kasih kerana menerima dengan I.K.H.L.A.S untuk saya bekerja di sini.” aku membalas huluran tangannya. Saja je aku nak membalas sindirannya. Kini kami berdua tersenyum sinis. Masing-masing menyimpan rasa.
            “Have a seat.” Aku duduk menghadapnya.
            Ah! Kenapa la dalam banyak-banyak company, kat sini juga aku tersadai! Boleh ke aku bertahan kerja di sini dengan Mr.Sombong? Di rumah sudah tak terkawal, ini lagi di tempat kerja. Menyampahnya!
            “Syarikat kami memang mengalu-alukan pereka dalaman muda yang berbakat seperti Cik Fyra Ellena. Baiklah, kalau takde apa-apa, Cik Fyra boleh turunkan tandatangan pada dokumen di depan Cik Fyra sekarang.”
            Hisy…gelinya telinga aku. Oh…kat sini pandai pulak dia nak berbudi bahasa dengan aku. Siap ber ‘cik’ lagi dengan aku. Ceh! Kalau di rumah, siap ber ‘aku’ ber ‘kau’ pulak! Harap muka saja hansem, tapi talam!
            “Baiklah. Cik Fyra boleh mula bekerja sekarang. Suzy! Tunjukkan Cik Fyra bilik pereka dalaman.”
            Woo..aku ada bilik sendiri. Bestnya! Bagus jugak aku ada bilik sendiri so, tak payah lah aku nak tengok muka Mr.Sombong ni.
……………………………………………..
            Sedar tak sedar, sudah tengah hari rupanya. Maknanya lunch time! Perut aku pun dah lapar ni.
            “Hai…Suzy. Jom lunch sama-sama.” Ajakku ramah.
            “Ehem…ehem…Suzy. I think you should go lunch now.” Aku segera menoleh ke belakang. Mr.Sombong! Apa dia buat kat sini? Apahal pulak Suzy kena pergi! Aku kan nak makan dengan Suzy. Hisy…dia ni menyibuk! Aku tahulah di bos kat sini. Aku masih lagi marah dengan hal tadi pagi. Bukan itu saja, baru sahaja beberapa jam aku bekerja, Mr.Sombong ni memang sengaja nak kenakan aku.
            “Cik Fyra, tolong buat satu sampel lakaran untuk Projek Bangunan A by 10 o’clock!” arahnya tegas.
            “Cik Fyra! You have to pass to me by 10 o’clock! No excuse!
            “Cik Fyra! 10 minutes left.”
            Kalau hari-hari macam ni, boleh stress aku dibuatnya. Aku tahu Mr.Sombong ni memang sengaja nak balas dendam pada aku soal semalam. Hisy…memang sakit hati betul kalau aku nak ingat semula hal tadi. Dahlah kedekut nak tumpangkan aku! Sekarang nak halang aku keluar lunch pulak! Tak boleh jadi ni!
            “Suzy..awak tunggu saya sekejap. Boleh tak awak tunggu kat luar dulu.”
            Aku menunggu Suzy beredar dahulu.
            “Yes! Encik Farith Eidris. What do you want?” soalku. Dia senyum.
            Ah….pencemaran mata!
            “Saja…”
            “What? Saja! Do you know what time is it? It’s lunch now!
            “So?” soalnya seperti tidak kisah.
            Hisy…Mr.Sombong ni memang banyak songeh betul. Dia boleh buat muka tak tahu pulak dengan aku.
            “I don’t have much time to play with you right now. I better go now!” aku malas hendak melayan perangai Mr.Sombong ni. Entah kenapa dia ni tiba-tiba banyak cakap pulak dengan aku. Kalau di rumah, bukan main lagi memerap aje di dalam bilik. Nak bersua dengan mak long pun macam nak tak nak aje. Talam!
            Eid mengukir senyuman melihat bayang Fyra yang sudah berlalu pergi. Sebenarnya entah sebab apa Eid tiba-tiba hendak mengacau Fyra. Mungkin cuma Fyra sahaja yang berani menegurnya selama ini. Belum pernah lagi ada yang berani menegurnya tidak terkecuali ayahnya. Eid suka melihat reaksi Fyra bila Eid cuba untuk berbalah dengannya.
            Aku dan Suzy berjalan seiringan melangkah masuk ke dalam kafeteria yang terletak di tingkat bawah syarikat kami. Suzy ni peramah orangnya. Jadi tak susahlah aku nak bergaul dengan orang yang satu kepala macam aku ni.
            Aku dan Suzy memilih makanan yang sudah tersedia. Kafeteria ni menjalankan system layan diri. Kalau orang putih cakap self service la. Usai memilih makanan, kami berdua berjalan mencari tempat duduk.
            “Boleh tahan ramai jugak ya.” Aku melihat sekeliling kafeteria.
            “A’ah. Cik Fyra cubalah rasa makanan kat sini. Memang sedap dan harga pun kira ok la.”
            “Tak payahlah nak panggil saya Cik. Panggil Fyra je la.”
            “Ehh…seganlah Cik.”
            “Tak payah la nak segan. Kita kawan, ok!”
            Aku dan Suzy ketawa lalu mula menjamu selera.
            “Ehmmm… Fyra, saya nak tanya sesuatu ni. Awak dan Encik Farith tu ada apa-apa ke?”
            Aku menhabiskan nasi yang berada di dalam muluku terlebih dahulu.
            “Kenapa pulak awak fikir macam tu?”
            “Yelah…sebenarnya saya terkejut juga tiba-tiba Encik Farith datang menyergah ke meja saya tadi. Sebelum ni dia tak pernah langsung buat macam tu. Dan saya perhatikan la dari pandangan mata Encik Farith tadi, macam ada sesuatu je antara Encik Farith dengan awak. Korang berdua dah kenal lama ke atau jangan-jangan awak ni girlfriend Encik Farith?”
            Uhuk! Uhukkk! Aku segera minum air untuk melegakan tekakku. Aku macam ada rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada jugak. Sebab memang taklah aku dan Mr.Sombong tu bercinta! No way! Never! But…wait. Baik aku soal siasat si Suzy ni dulu tentang Mr. Sombong tu macamana karakter sebenar dia di pejabat.
            “Sebelum ni, Encik Farith tu macamana orangnya? Dia tu sombong tak? Kuat marah? Kuat mengarah! Berlagak!”
            Aik! Aku ni buat soalan macam soalan nak lepas geram je. Memang aku nak lepas geram pun. Kalau la ada seseorang yang boleh rasa macam yang aku rasa, bolehlah aku kongsi perasaan aku ni.
            Suzy gelakkan aku pulak.
            “Kalau saya cakap, awak jangan report kat Encik Farith tau. Janji?”
            “Ok..saya janji.”
            “Sebenarnya semua staf kurang senang dengan sikap Encik Farith tu tapi cuma sikap dia tu je. Kalau pasal cara bekerja tu, itu memang tak dapat dinafikan yang Encik Farith memang berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan syarikat ni. Mula-mula saya bekerja dengan Encik Farith, memang takut jugak sebab tengok muka dia yang dingin tu. Senyum jarang sekali la. Nak tegur staf, memang tak pernah lagi dibuatnya. Itu yang saya pelik bila tiba-tiba dia suruh saya keluar lunch tadi.”
            “Saya faham perasaan tu. Saya pun sebenarnya kurang senang bekerja dengan dia tu! Huh! Kita boleh jadi geng ni!” kami berdua gelak.
            “Kenapa? Awak memang dah lama kenal ke dengan Encik Farith?”
            “Taklah…cuma saya dan bos awak tu ada hutang!”
            Kami berdua seronok bergosip tentang Encik Farith. Haha…mesti Mr.Sombong tu tengah tersedak sekarang.
            “Uhuk! Uhuk!” Haish….siapa pulak yang mengumpat aku ni?
            “Apa hal ni? Fikirkan awek ke?” soal Alex.
            “Aku takde masa nak cari awek la. Aku tersedak aje la.”
            “Aku rasa memang betul kut ada orang yang tengah sedap mengutuk kau.” Alex ketawa.
            “Aku tahu siapa orangnya. Mesti jiran sebelah bilik aku!”
            Kening Alex terangkat. Jiran sebelah bilik? Bilik apa pulak ni?
            “Who do you mean? Jiran sebelah bilik?” soal Alex.
            Alamak! Aku dan tersasul ke? Tak boleh jadi ni. Mana boleh aku bagitahu yang si Fyra tu tinggal di rumah aku dan dia tinggal di sebelah bilik aku. Otak dia ni bukannya boleh pakai sangat!
            “Maksud aku jiran sebelah bilik pejabat aku daa…pereka dalaman baru aku dah lapor diri tadi.”
            “Oh….ingatkan jiran sebelah bilik tidur!” seloroh Alex. Sikit lagi aku nak tersedak. Memang tepat sangat telahan Alex tu. Silap-silap satu bangunan ni bergosip.
            “Cantik ke? Kenapa pulak dia nak kutuk kau? Mungkin kau sombong sangat ni. Tak mesra alam macam aku ni. Semua staf aku kenal.”
            “Takde la cantik sangat…tapi comel tu ada la.” Mana boleh aku cakap ayat yang last tu pada Alex. Jatuhlah saham aku nanti.
            “Ya ke? Nanti aku nak try singgah la kat pejabat kau.” Usik Alex.
            Eid hanya diam. Kalau cuba menghalang, nampak sangat lain. Aku bukan macam tu.
……………………………………………..
            Alamak! Dah pukul 5.30 petang. Mr.Sombong ni memang sengaja nak bagi aku kerja yang bertimbun. Hisy…orang baru mula bekerja. Aku buat di rumah je la nanti. Takut dah lewat pulak nanti, susah aku nak cari teksi. Jangan harap aku nak tumpang kereta Mr.Sombong tu. Kedekut!
            Aku melangkah keluar dari bilikku sambil membimbit beberapa pelan lukisan untuk di bawa pulang. Tak tahu pulak kalau Mr. Sombong tu dah balik. Ah..bukannya dia kisah tentang aku pun.
            Dengan langkah yang tergesa-gesa, habis jatuh semua pelan lukisan ku. Haishh…ini lagi satu kerja nak menyusun semula.
            “Ehmm..can I help you?” soal satu suara.
            “Hah? O…..ok. Thanks.” Ucapku pada lelaki cina itu.
            “Nak balik ke?”
            “A’ah. Dah lewatkan.”
            “Awak ni pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni.”
            “Ye…saya baru je melapor diri hari ni. Pereka dalaman di F.E Design Company tu.”
            “Oh….saya Alex Kim and you can call me Alex.”
            “Hemmm…saya Fyra Ellena. Just call me Fyra.” Kami berdua ketawa lalu sama-sama melangkah keluar dari syarikat.
            “Nice to meet you, Fyra. Hemm…awak balik ni guna kereta atau ada orang jemput?” saja Alex memancing soalan. Inilah rupanya pereka dalaman baru kawannya itu. Tak cantik dia bilang? Ceh! Mata dia tu ada masalah ke! Aku tengok bukan main manis lagi orangnya. Apa la Eid ni!
            “Nice to meet you too. Actually saya balik pakai teksi je. Saya baru je pindah ke sini semalam. So, buat masa sekarang ni saya menumpang di rumah mak long saya. Ehmm..kalau macam tu, saya nak balik la dulu. Hari pun dah lewatkan. By the way, thanks a lot sebab tadi.” Aku senyum pada Alex.
            “Eh…Fyra! Kalau awak tak keberatan, saya boleh tolong hantar awak pulang.”
            “Takpelah. Saya tak nak menyusahkan awak. Saya harap awak faham.”
            “Ok…tapi kita boleh jadi kawankan?”
            “Of course! Ok…see you then. Bye!” aku berlalu meninggalkan Alex dan menuju ke perhentian bas untuk menunggu teksi. Baik juga Alex tu. Bukan macam Mr.Sombong tu. Takde hati nak tumpangkan aku balik ke rumah walaupun duduk serumah. Kurang asam jawa betul! Oh…ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas.
………………………………………………..
            “Assalamualaikum.” Ujarku.
            “Waalaikumsalam, Fyra.” Jawab Mak long.
            “Maaf mak long sebab balik lambat.”
            “Oh…takdelah. Mak long faham. Tadi Fyra keluar dengan Suzykan. Takpe, Eid dah beritahu mak long tadi.”
            What? Aku keluar dengan Suzy? Keluar lunch tu ada lah! Tak guna punya bos! Dia yang sengaja bagi aku kerja bertimbun, suka hati dia je nak jual nama Suzy tu keluar dengan aku.
            “Oh…ya ke mak long? Eid cakap macam tu?”
            “Ya..dia kat atas sekarang. Dalam bilik la tu.”
            “Ehmm…kalau macam tu, Fyra naik atas dulu la ya. Nak mandi dulu.”
            Aduh! Tinggi pulak tangga dalam rumah ni! Aku merenung tangga dari bawah sampai ke atas. Huhhhh…aku mengeluh namun aku melangkah juga.
            Amboi! Bukan main seronok lagi Mr.Sombong tu baring di ruang tamu ni. Ohh…aku syok-syok buat kerja, dia pulak syok-syok membuta di sini. Ini tidak adil!
            Aku menghempas pintu bilikku dengan kuat. Sengaja! Padan muka dia.
            Eid serta merta bangun dari tidurnya akibat terdengar bunyi hentakan pintu yang agak kuat. Pasti jiran sebelah biliknya itu sudah pulang. Eid tersenyum puas. Asyik benar jirannya itu membuat kerja tadi sampai tak nampak Eid pulang.
            Eid bingkas bangun untuk masuk ke dalam biliknya. Mulanya tadi Eid ingin menunggu kepulangan jirannya itu tetapi terlena pulak.
            “Dah balik ke?” ujar Eid sengaja menyakat.
            “Taklah! Baru nak keluar.” Balasku. Hisy…menyampah dia ni.
            “Oh….kerja dah siap ke?”
            “Kalau tak siap, kau nak buat apa?”
            “Aku tambah lagi kerja!” Eid ketawa besar di dalam biliknya. Argh! Sakitnya hati aku.
            Aku malas melayan Mr.Sombong. Aku terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Pasal dia aku terpaksa balik lambat hari ni!
            Usai makan malam, aku membawa pelan lukisanku ke luar ruang tamu. Saja ja nak tukar angin buat kerja di ruang tamu. Takut pulak kalau aku tertidur nanti bila buat kerja dalam bilik.
            Aku sengaja membiarkan televisyen terpasang supaya aku tidak mudah rasa mengantuk. Hisy…banyaknya kerja ni. Dahlah esok aku kena hantar pada Mr.Sombong tu. Aku mengepal buku limaku ke arah pintu bilik Mr. Sombong dan tiba-tiba ketika itu jugalah pintu biliknya terbuka.
            “Nak tumbuk ke?”
            Tak guna! Time ni jugaklah dia nak buka pintu bilik dia tu. Ingatkan dah tidur sampai ke Afrika Selatan. Pasal dia aku terpaksa berjaga malam.
            Eid melangkah menuju ke ruang tamu di mana Fyra sedang membuat kerjanya. Eid sengaja untuk menganggu Fyra membuat kerja. Bukannya dia tidak tahu Fyra sedang menyambung kerjanya yang tertangguh di pejabat tadi.
            “Sedang buat kerja ke?”
            “Tak! Memasak.” Eid ketawa.
            Eh! Apa kena pulak dengan Mr.Sombong ni? Terlebih mesra alam pulak malam ni. Mr.Sombong sengaja berbaring di sofa bersebelahan dengan Fyra. Niatnya malam ini adalah sengaja mencari pasal dengan Fyra yang sedang sibuk menyiapkan kerja.
            “Kenapa pulak kau baring kat sini? Pergilah masuk bilik! Aku tak boleh nak concentrate kalau ada orang yang tak diundang berada di sini.” ujar Fyra dengan sinis. Bukannya aku tak tahu, Mr.Sombong tu sengaja nak cari pasal dengan aku. Dari senyuman dia tu aku boleh teka yang itu adalah senyuman tidak I.K.H.L.A.S!
            “Saja je…nak lepak kat luar. Kat dalam tu panas la. Bukannya aku ganggu kau pun!”
            “Hisy…menyampah!”
            “Mana ada sampah kat sini.” Eid gelak.
            “Erghh! Susah nak cakap dengan orang tak reti bahasa melayu ni!”
            “Speaking London la! Hari tu kan aku ada dengar suara orang menyanyi lagu orang putih..tapi sayang takde bakat nak jadi penyanyi.”
            Merah muka Fyra mendengar ayat Eid. Kurang asam! Berani dia kutuk suara aku. Dia ni memang bikin jatuh saham aku daa!
            “Ah…sudahlah! Malas nak layan. Kalau kerja ni tak siap, kau punya pasal!’ Hebat kau Fyra! Siap bagi amaran keras pada Mr.Sombong yang juga merangkap bos kau sendiri. Ah peduli apa! Kalau nak pecat, pecatlah! Aku tak kisah sebab aku tak boleh nak bekerja dengan orang yang tak ada adab.
            Aku leka menyiapkan kerjaku sehingga tidak sedar aku ditemani oleh Mr. Sombong. Jam sudah menginjak ke pukul 3.00 pagi. Tapi kenapa suara Mr. Sombong tu dah senyap sepi ek? Aku menoleh ke arahnya. Laaa…dah tidur rupanya. Patutlah senyap. Kalau tak memang tak sahlah Mr.Sombong ni menganggu aku.
            Pandangan ku kini benar-benar tepat ke arah Mr.Sombong yang sedang nyenyak tidur atau mungkin sedang enak diulit mimpi. Sebab? Aku tengok bukan main lebar pulak dia senyum. Manis juga senyuman Mr.Sombong ni tapi dia yang sombong sangat nak senyum. Kalau la dia ni tak cari pasal dengan aku dulu, mungkin aku boleh jatuh cair pada pandangan pertama. Aku cepat-cepat mengemaskan peralatan ku yang berterabur di atas meja lalu ku bawa masuk ke dalam bilik. Kemudian aku keluar semula tetapi menuju ke bilik Mr.Sombong. Aku mengambil selimutnya lalu dibawa keluar.
            “Time tidur pulak dia ni nampak hansem...selamat malam Mr.Sombong.” pujiku tanpa sedar. Aku terus menyelimutkan tubuh Mr.Sombong dengan berhati-hati kerana takut pulak Mr.Sombong ni terjaga.
            Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik.
………………………………………....
            Sedar tak sedar, sudah hampir dua bulan aku bekerja di F.E Design Company. Tak sangka boleh jugak aku bertahan untuk bekerja disamping Mr.Sombong yang memang suka membuli aku tak kira tempat. Kalau tak di rumah, tempat kerja la jawapannya. Sebenarnya kalau nak diikutkan aku boleh berpindah mencari rumah sewa namun mak long berkeras untuk aku terus tinggal di rumahnya kerana bimbang akan keselamatanku.
Sudah ramai juga staf bercerita tentang kami berdua yang sudah macam Tom and Jerry. Dan aku ada juga ada terdengar khabar angin yang mengatakan aku sedang hangat bercinta dengan Mr.Sombong. Please! Kalau dua-dua sudah tak sekepala, apanya nak hangat bercinta! Hangat berperang ada la!
Tapi sejak kejadian malam yang Mr.Sombong tertidur di ruang tamu itu, layanannya terhadapku sudah sedikit sebanyak mulai berubah. Yang paling aku terkejut, sudah dua bulan aku menumpang kereta Mr.Sombong. Bukan sebab mak long yang minta tapi Mr.Sombong tu yang beriya-iya nak aku ikut dia. Walaupun begitu, aku tetap juga menjadi mangsa buli Mr.Sombong. Contohnya hari ni.
Tunggu saya. Awak balik dengan saya. Jangan nak memandai nak menumpang Alex.- Mr.Sombong
Hisy…yelah! Awak balik pukul berapa?- Fyra
Tak payah nak geram sangat la. Dalam pukul 6.00.- Mr.Sombong
            Ok. Assalamualaikum.- Fyra
            Waalaikumsalam.- Mr.Sombong
            Mr.Sombong ni memang selalu buat aku ikut cakap dia. Geram! Tapi aku kan tinggal dengan dia, nak tak nak terpaksalah juga. Ada satu hari tu aku pernah menumpang Alex sebab aku dah lama sangat tunggu dia. Rupa-rupanya dia masih ada mesyuarat. Dan saat Alex menghantar aku ke rumah mak long, pastinya rahsia yang selama ini aku simpan bersama Mr.Sombong terbongkar. Tapi Alex tu baik orangnya dan dia dah janji dengan aku dia takkan beritahu sesiapa.
            Malam tu bukan main mengamuk lagi Mr.Sombong sebab aku tumpang kereta Alex. Entah kenapa tiba-tiba pulak dia emosi sangat. Mak long kata dia risaukan keselamatan aku. Yelah tu…kenapa pulak dia nak risau? Aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun. Sikit-sikit nak marah aku bila aku berbual dengan Alex ke, keluar makan berdua ke, pendek kata semua yang ada kaitan dengan Alex, semuanya dia bangkang habis-habisan.
            Aku dan Eid masing-masing diam melayan perasaan sendiri di dalam perjalanan pulang ke rumah. Esok, aku rasa nak ambil cuti la. Dah lama tak jumpa dengan mak dan abah di kampung. Puasa pun dah nak dekat. Nantilah aku beritahu orang kat sebelah aku ni.
            “Assalamualaikum.” Ujarku pada mak long.
            “Waalaikumsalam.” Aku terus menyalam tangan mak long. Begitu juga dengan Mr.Sombong yang kini sudah mula berbaik dengan mak long. Aku gembira kerana akhirnya dia sudah mula menerima kehadiran mak long.
            Aku kemudiannya terus naik ke atas untuk berehat. Penat kerana menunggu Mr.Sombong habis kerja. Dia ingat aku ni apa? Kalau dia tu suami aku, takpe la juga. Eh…apa yang aku mengarut ni! Jangan nak perasan Fyra Ellena.
            Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Nak jumpa ke sms dia je? Mesej la dulu.
Salam. Dah tidur ke?- Fyra
Waalaikumsalam. Tak mengantuk lagi. Tengah layan Xbox.- Mr.Sombong. Eid mengukir senyuman.
Sebenarnya…saya nak minta cuti, boleh?- Fyra
            Tuk! Tuk! Pintu bilik Fyra diketuk.
            “Awak nak minta cuti? Kenapa? Awak sakit ke?” soal Eid yang nampak bimbang pada mata kasar ku.
            “Bukanlah. Saya nak minta cuti sebab nak balik kampung. Saya dah lama tak jumpa mak dan abah saya. Rindulah. Esok lusa pulak dah nak puasa. Tu lah saya nak minta cuti dalam seminggu. Boleh ke?”
            Eid berfikir sejenak. Eid menarik nafas lega kerana fikirnya Fyra jatuh sakit kerana tiba-tiba hendak minta cuti. Selama ini belum pernah lagi Fyra minta bercuti darinya. Eid tersenyum.
            “Ok tapi seminggu saja.” Kemudian dia berlalu masuk ke dalam biliknya dan pada saat itu jantung Eid terasa hendak meletup.
Sebenarnya Eid sudah lama menyimpan perasaan kepada Fyra. Namun Eid sengaja menghalang perasaan itu dari bercambah. Saat Eid pertama kali bersua dengan Fyra di pintu pagar rumahnya, hatinya mula dilanda sesuatu. Tapi Eid dengan egonya cuba untuk menafikannya dan selalu sahaja mencari pasal dengan Fyra. Tanpa sedar, perasaan itu mula berputik kembali dan kini Eid benar-benar sudah tewas dengan perasaannya sendiri apatah lagi bila melihat Fyra berbual mesra dengan Alex. Memang Eid cemburu.
……………………………........................
            “Boleh mama masuk?”
            “Masuklah.” Jawab Eid yang sedang berbaring di atas katil. Begitulah rutin hariannya semenjak Fyra balik ke kampung. Hari-hari yang dilaluinya terasa kosong bila tiada Fyra di depan matanya. Hendak menelefon, takut lain pulak jadinya. Sudahnya Eid sendiri yang memendam rasa. Apalagi kalau bukan rindunya.
            “Eid tak sihat ke? Mama tengok dua tiga hari ni Eid macam tak lalu nak makan je. Kalau Eid ada masalah, ceritalah pada mama. Mama sudi dengar.”
            Boleh ke aku berterus terang dengan mama? Kalau mama tak setuju macamana? Aku juga yang malu.
            “Kenapa ni Eid?”
            “Takde apa la..Eid ok.”
            “Biar mama teka. Eid sebenarnya rindukan Fyra kan?” Gulp…Eid menelan air liurnya. Macamana pulak mamanya boleh meneka dengan begitu tepat! Apa apa aku nak  buat?
            “Apa mama cakap ni? Eid tak faham.” Eid seboleh-bolehnya cuba mengawal reaksinya di depan mamanya.
            “Tak payahlah Eid nak sembunyikan dari mama. Mama tahu yang Eid sukakan Fyra. Mama tak marah pun sebab mama suka dengan pilihan Eid. Fyra tu kan perempuan yang baik, pandai menghormayi orang tua.”      
            “Betul ke ni mama? Mama tak kisah kalau Eid sukakan Fyra?”
            “Mama lagi suka tengok kamu berdua bersama. Memang sangat sepadan. Jadi apa tunggu lagi?”
            “Terima kasih mama sebab faham Eid. Eid sebenarnya nak minta maaf dengan mama selama ni. Eid sedar yang Eid banyak buat salah pada mama. Mama selalu bersabar dengan layanan dan sikap Eid. Mama terlalu baik. Eid minta maaf.”
            “Takpe la Eid. Mama faham kenapa Eid bersikap begitu. So, apa kata kalau Eid ikut mama balik kampung Fyra esok? Mama sebenarnya dah lama tak berjumpa dengan mak Fyra tu. Rindu sangat. Macamana?”
            “Ok..Eid mestilah nak ikut. Terima kasih mama.”
……………………………………….
            Sudah lima hari umat islam menunaikan ibadah puasa dan begitu juga dengan aku seisi keluarga. Seronok tu memang seronok tetapi entah kenapa seperti aku rasa kehilangan sesuatu. Kenapa saat ini aku boleh terfikirkan Mr.Sombong? Aku rindu untuk bersemuka dengannya, bergaduh dengannya, berbual dengannya. Apakah ini cinta? Takkanlah.
            Namun, sejak lima hari aku berada di kampung, tidak sampai lima minit pasti aku akan teringatkan wajah Mr.Sombong yang sedang marahlah, seriuslah, menyakat akulah dan senyum. Haiyaa…Fyra…Fyra…sah kau ni memang dah dibius cinta. Tu lah lain kali jangan nak kata benci la, menyampah la, tup tup orang tu juga yang kau rindu sekarang.
            “Fyra! Keluar sekejap. Ada orang yang rindu sangat nak jumpa kamu ni.”
            Hemm? Orang mana pulak yang rindu nak jumpa aku? Sejak aku lima hari berada di sini, hampir satu kampung juga aku sapa tak terkecuali rakan baikku, Shikin. Aku pantas mencapai tudung masuk ke dalam kepalaku. Aku sudah bertekad untuk mula berubah kepada yang lebih baik. Kalau dulu aku membiarkan auratku terdedah untuk tatapan umum tetapi sempena bulan Ramadhan ini, aku ingin berhijrah dan insyaallah sampai bila-bila.
            “Mak long! Fyra rindu sangat dengan mak long.” Ujarku. Aku sangat gembira kerana melihat mak long yang datang bertandang ke rumahku. Aku memang sangat merindui mak long dan juga Dhia.
            “Mak long dan Dhia pun rindu sangat dengan Fyra. Dhia tak dapat nak datang sebab sekarang tengah exam. Tapi….ada seorang ni yang sangat rindukan Fyra. Tidur tak lena, makan tak kenyang tapi tang mandi tu tak tau la pulak kalau basah ke tidak.” Seloroh mak long. Mak dan abah ketawa. Aku pulak pelik.
            “Hai! Fyra.” Sapa satu suara yang sangat ku rindui. Dia Mr.Sombong. Kenapa aku tak perasan yang dia berdiri di sebelah mak long. Ah…malunya!!!!
            “Eid! Saya tak perasan pulak awak.” Aku cuba menyembunyikan rasa gugupku saat memandang matanya. Dia Mr.Sombong yang sangat ku rindui kini sudah berada di depan mataku. Tapi betul ke apa yang mak long cakap tadi? Dia rindukan aku? Tak mungkinlah.
            “Saya faham. Siapa la saya ni kan?” balasnya dengan nada sedih. Eid mula memusingkan diri ke belakang lalu bergerak menuju ke pondok kayu yang tidak jauh dari rumah Fyra. Hatinya terasa sedikit kecewa kerana Fyra tidak nampak akan kehadirannya. Sedangkan Eid tidak henti-henti memandang Fyra dari tadi. Mungkin aku cuma bertepuk sebelah tangan. Sebab tu lah Fyra tak perasankan aku.
            “Fyra…sebenarnya Eid tu rindu sangat dengan kamu tu. Mungkin Eid kecewa sebab Fyra tak nampak dia tadi. Fyra nak tahu semalam masa mak long cakap yang mak long nak datang ke sini, bukan main lagi dia gembira nak ikut. Awal-awal lagi dia dah siap packing semata-mata nak berjumpa dengan Fyra.”
            Saat itu gugur air mata Fyra mendengar luahan daripada mak longnya. Ternyata apa yang dirasakan oleh Fyra turut dirasakan oleh Eid. Kedua-duanya saling merindui namun masih ego untuk bertanya khabar melalui telefon. Fyra tersenyum kerana dia sudah tahu cara untuk memujuk Eid.
            “Terima kasih mak long sebab bagitahu Fyra. Ok..Fyra nak jumpa Eid sekejap. Nak pujuk dia.”
            Aku bergerak menuju ke pondok kayu. Eid berdiri membelakangkan aku.
            “Eid….saya minta maaf sebab tak perasan awak tadi. Saya betul-betul nak minta maaf.”
            “Kenapa? Awak tak salah pun.”
            “Kenapa awak cakap macam tu? Saya yang salah.” Jawabku.
            “ Tak! Sebenarnya….saya yang salah sebab tiba-tiba je datang ke sini. Saya faham kalau awak tak suka saya berada di sini. Saya akan balik KL semula.”
            “Eid….saya….saya suka awak!”
            Badan Eid terus berpusing ke depan menghadap Fyra yang kini tampak lebih manis mengenakan tudung. Eid tersenyum gembira kerana mendengar ayat yang ditunggunya keluar dari mulut Fyra.
            “Eid…saya..”
            “Fyra…biar saya cakap dulu! Fyra…saya tahu selama ni saya selalu bersikap kasar dengan awak. Tapi sebenarnya saya dah lama sukakan awak dan kini saya perasaan suka tu sudah mula berubah kepada cinta. Sejak awak balik ke kampung, hati saya ni selalu saja sakit. Saya sangat rindukan suara awak yang selalu membebel dengan saya. Saya rindukan untuk menatap wajah comel awak. And you wanna know something? I fell in love with you not for how you look just for who you are, Fyra Ellena.
            “Saya betul-betul terharu Eid. Saya cintakan awak seadanya, Farith Eidris.”
            “Yahooo! Kalau macam tu, saya nak jumpa abah dan mak awak. Saya nak minta izin pada mereka nak hantar rombongan meminang bulan depan.” Kami berdua ketawa bersama-sama.
            Saat ini aku sungguh terharu dengan kata-kata Eid. Aku tidak tahu hendak berkata apa-apa namun aku merasa sangat gembira kerana perasaan ku pada Eid ternyata sama. Kami berdua memang sudah saling jatuh cinta. Benar katanya. Kita akan jatuh cinta pada seseorang buklan kerana dari rupa paras tetapi pada diri itu sendiri.
TAMAT



P/S : Selamat membaca cerpen ketigabelas dari saya....hemm sekarang mood sedih sbb facebook kena block oleh virus!Huhhh....apa-apa pun enjoy baca cerpen terbaru dari saya ni :)

You Might Also Like

5 comments

  1. terima kasih abby sha sebab suka baca cerpen ni

    ReplyDelete
  2. best citer nie!klau rajin,singgahlah blog sy :) → fourfeetten2.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Syok cerita ni. Jjang!! Jmput2lh singgah d blog sye. Pnulis juga but cerpen sye bnyk guna wtk korea..half lgy watak mlayu full. Gurlzisme.blogspot.com. truskan brkarya!!

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images