Cerpen I HEART YOU!

22:22




Siapa pernah jatuh cinta? Cuba tanya soalan ni pada mana-mana lelaki. Tipulah kalau tak pernah jatuh cinta. Memang aku berani kerat jari. Takdelah berani sangat. Orang kata cinta tu akan membuatkan seseorang itu berubah. Berubah kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Dalam kes aku ni, kisah cinta aku dan dia membuatkan kami berdua benar-benar berubah seratus-peratus.

Kalau dulu, aku dan dia…siap boleh bergelak ketawa, bertepuk bertampar, makan bersama, tengok wayang bersama dan bersukan bersama. Bak kata lagu Auburn, kami berdua memang ‘perfect two’ dalam persahabatan. Namun, bila aku dan dia tiba-tiba disatukan untuk selama-lamanya, hubungan aku dan dia mula berubah 360 darjah. Macam langit dengan bumi. Macam utara dengan selatan. Dua-dua sudah tidak sebulu. Selalu sahaja bercanggah pendapat. Masing-masing tidak mahu mengalah. Semua mahu ikut kepala sendiri.

“ Aku balik lambat malam ni. Tu je aku nak bagitau kau.” Ujar Zayed padaku di talian.

Zayed Rayyan yang dulunya kawan baik aku kini sudah bertukar status menjadi suamiku. Kami berdua baru sahaja berkahwin dua minggu yang lalu. Namun, selama dua minggu ini kami berdua lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana tidak mahu bertembung di rumah. Bila mata kami berdua bertentang, hati mula gundah gulana. Bukan sebab kami berdua sudah jatuh cinta. T.I.D.A.K! Aku dan Zayed masih lagi dalam proses menyesuaikan diri sehingga kini. Entah kenapa kami berdua tiba-tiba saja menjadi begini. Nak tahu kenapa aku dan Zayed, tiba-tiba boleh disatukan. Ini kisahnya aku dan dia…

Dua minggu sebelum….

Aku mengerling jam di tanganku. Lima minit lagi, tepat jam 12.00 tengah hari. Aku sebenarnya sedang menunggu kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan Zayed Rayyan aka Mat Romeo Malaya zaman ini. Jangan terkejut macamana aku boleh berkawan baik dengan seorang lelaki. Mungkin ramai yang tak percaya dengan persahabatan kami. Tetapi, hasilnya kami berdua sudah mula berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi sehinggalah ke zaman universiti. Tak masuk lagi dengan zaman kerja pun still hubungan persahabatan kami berdua masih kukuh lagi.

Ramai yang beranggapan aku dan Zayed teman tapi mesra. Maksudnya couple la konon. Tapi itu tak benar. Sama sekali tidak. Aku dan dia setakat kawan. Orang selalu kata perempuan dan lelaki mana boleh berkawan sebab takut dijangkiti penyakit hati. Tapi bagi aku, soal hati dan perasaan ni sukar untuk diduga. Aku dan Zayed sama sekali tidak ada perasaan cinta cuma lebih kepada sayang akan persahabatan yang sudah lama kami bina.

“ Lambatnya mamat ni! Aku paling pantang kalau orang datang lambat. Tambah-tambah lagi kalau orang tu yang mula berjanji. Lagilah aku naik angin!” aku melihat sekeliling Old Town Café untuk menghilangkan bosan.

Aku memalingkan semula pandanganku. Sekali lagi, jam di tangan ku kerling sekilas.

“ Ok…sayang. See you tonight. Bye.” Zayed mematikan talian di telefon lalu melabuhkan duduknya di hadapanku. Zayed cuma tersengih. Aku buat muka masam kerana geram pada Zayed. Zayed pasti tahu kenapa aku begitu. Dia sibuk bersayang, aku di sini sudah lama menunggunya.

“ Hai, Risha. I’m really sorry. Aku banyak kerja tadi. Sorry, ok? Please?” Zayed menayang muka seposen padaku. Aku masih lagi dengan muka masam. Rasakan! Aku saja nak beri Zayed pengajaran. Dia suka buat aku menunggu. Sejak Zayed mengambil alih syarikat keluarganya, bukan aku tak tahu perangai Mat Romeo dia tu semakin menjadi-jadi. Bila dah naik pangkat, mulalah banyak perempuan nak melekat. Menyampah!

“ Hemmm…” itu saja balasku.

“ Ala…tak sukalah macam ni. Aku minta maaf sangat-sangat. Janganlah buat muka masam macam tu kat aku. Tak tenang tau hati aku kalau Rish macam ni. Senyumlah.”

Baru tahu nak memujuk aku. Tu lah…selalu buat perangai. Nasib aku ni dah lama kenal dengan Zayed. Kalau tak dah lama aku cabut lari sebab tak nak jumpa lagi. Aku nak uji dia lama-lama la sikit. Aku nak tahu macamana dia nak pujuk aku yang keras hati ni.

“ Ok.” Jawabku ringkas namun nampak sangat tak ikhlas. Sengaja! Padan muka!

“ Kalau cakap ok je, maknanya tak ok la tu. Ala…ok, aku mengaku aku lambat datang sebab tadi aku kena hantar Julia ke pejabat. Aku betul-betul cuma hantar dia balik ke pejabat saja. Takde pergi mana-manapun. Ok! Senyumlah. Kalau Rish senyum, barulah hati aku tenang semula. Macam kena cas bateri semula. Ada tenaga.” Usiknya. Aku mula tersenyum. Hailah…Zayed, pandai betul dia memujuk aku.

“ Yelah…yelah. Aku ni siapa la kan. Tak boleh lawan dengan semua makwe kau yang cantik macam model tu. Aku tak kisah pun.” Balasku acuh tak acuh. Zayed mengerutkah dahi.

“ Kenapa cakap macam tu? Kau lagi cantik la daripada mereka semua tu. Aku gerenti seratus persen.”
“ Cantik sangat…” kami berdua ketawa bersama. Bila sahaja kami berdua mula berborak, memang langsung tak ingat dunia. Asyik sangat berborak sampai waktu lunch dah tamat. Aduhh…memang lambat la aku masuk kerja hari ni.

Usai makan tengah hari, aku dan Zayed bergerak menuju ke tempat letak kereta. Memang sudah menjadi kebiasaan, kunci kereta akan ku serahkan kepada Zayed. Zayed yang nak macam tu. Aku dan Zayed sudah hampir menuju ke keretaku. Zayed menekan remote kunci kereta ku lalu masuk ke dalam untuk menghidupkan enjin kereta. Zayed keluar dari kereta ku dan menjemput aku masuk kedalam keretaku. Aku hanya tersenyum kerana sudah biasa dengannya.

“ Ok, Cik Risha. You may have a seat. Take care on your way. Call bila dah sampai ofis. Ok?”

Yes! Bos. I will. Ok, bye.”  Aku mula memandu keluar dari tempat letak keretaku lalu membunyikan hon ke arah Zayed yang masih setia melihatku. Aku melambaikan tangan ke arahnya dan Zayed membalasnya.

………………………………………

            Aku melabuhkan duduk di kerusi. Huhh…kenyangnya dalam perut. Aku mengusap-usap perutku kerana masih kekenyangan lagi.

            “ Amboi! Risha, makan lunch dengan lover sampai tak ingat nak balik ke pejabat ke? Lambat lima minit tau.” usik Bella padaku.

            “ Sorry, lambat. Tapi, pembetulan. Tadi aku bukan makan dengan lover tapi boyfriend aku.”

            Mesti korang tak faham dengan aku kan? Lover tu kekasih. Boyfriend pulak kawan lelaki. Itu memang kenyataan peribadi dari aku. Aku memang tak suka bila boyfriend dilabelkan sebagai kekasih. Sebab bagi aku, boyfriend tu memang kawan lelaki kan sebenarnya.

            “ Ada beza ke lover dengan boyfriend? Aku tahulah kau keluar lunch dengan Zayed. Tak semestinya status boyfriend tak boleh bertukar kepada lover kan? Aku tengok korang berdua serasi bersama gitu. Kalau betul la korang bercinta, aku memang sokong seratus peratus.”

            “ Pulak dah! Takde maknanya aku dengan si Zayed tu. Kau bukannya tak tahu si Zayed tu Mat Romeo Malaya. Memang sure aku reject la.”

            “ Ala…tak payah nak reject sangat la. Umur korang berdua tu semakin meningkat. Takkan tak nak cari pasangan hidup lagi sampai sekarang? Kau tak terfikir ke tentang masa depan kau? Umur dah nak masuk 30 puluh tahun. Tiap-tiap tahun, aku tengok korang berdua macam tu juga. Keluar sama-sama, makan sama-sama. Pendek kata, semuanya buat sama-sama. Kalau orang tak tahu, mesti mereka ingat korang ni pasangan suami isteri.”

            Gulp! Aku menelan air liur. Amboi! Banyak pulak hujah si Bella ni. Ku sangka pendiam, rupanya berisi. Tulah, jangan suka pandang sebelah mata. Tapi, betul juga kata si Bella tu. Aku dan Zayed memang sudah berkawan lama. Tapi, kami berdua masing-masing lagi belum berjumpa dengan Mr dan Miss Right yang sesuai dengan jiwa kami.

            Aku bukannya memilih sangat. Banyak juga janji temu yang mak aku dah aturkan untuk aku. Tapi semuanya something wrong dengan jiwa aku. Semuanya tak ngam dengan aku. Ada sekali tu, mak aku aturkan janji temu aku dengan seorang doktor gigi. Aku ikut je la apa yang mak aku nak. Bila berjumpa, doktor ni bukan main sopan lagi. Nak bercakap pun, susah sangat nak keluarkan suara. Aku masa tu memang sedang sakit tekak. Dahlah aku tak boleh nak keluar suara sangat. Tapi, aku memang betul tak tahan bila dengar suara dia yang perlahan. Apalagi, sekali keluar suara aku, ternganga tak sudah doktor gigi tu. Sebabnya, terkejut beruk dengar suara aku yang dah macam Ramli Sarip.

Kalau aku ingat semula, nak ketawa pun ada. Apa cerita la sekarang doktor tu? Dah kahwin kut? Tak kisahlah. Yang pentingnya aku sekarang ni. Memang aku tak nafikan apa yang Bella cakap tadi. Sampai bila aku dan Zayed hendak bersama. Aku rasa masa sekarang ni la masa yang sesuai untuk aku mula mencari pasangan hidup. Titik!

……………………………………………..

            “ Selina, I think we should break up. Because I already have someone in my heart. My heart belongs to someone. I hope you understand. Instead, you already know about me. I’m not taking serious on our relationship. Right?” luah Zayed pada Selina. Begitulah rutin mingguan Zayed. Bila sudah terasa bosan, Zayed akan cepat-cepat memutuskannya. Paling lama bertahan pun cuma seminggu. Sama ada yang perempuan dapat terima atau tak, itu belakang kira. Yang pasti, Zayed sudah meletakkan syarat kepada semua perempuan yang ingin bercinta dengannya.

            Syaratnya, jika Zayed sudah mula berasa bosan, Zayed berhak untuk memutuskannya. Mereka semua perlu menerima syarat itu tanpa sebarang bantahan.

            “But , why Zayed? I think you and me really happy together. You always smile and at the same time laugh as well. Please, don’t leave me. I really fall in love with you.”

            “ No, Selina. I won’t say twice. When I say, I really meant it. But, we stil can be a good friends. So, enjoy your dinner. Good bye.

            Zayed meninggalkan Selina di meja makan seorang diri. Zayed lebih suka begini. Kerana dengan cara ini Zayed akan dapat menilai karakter seseorang perempuan bila bersama dengan dirinya.

            Zayed meloloskan dirinya masuk ke dalam BMW sportnya. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Zayed menaip sesuatu.

Hai, Risha. Dah tidur ke?- Zayed

Belum lagi. Tengah layan Running Man…hahaha.- Risha

Kalau macam tu, boleh tak temankan aku makan.- Zayed

Weh! Dah malam la. Kau minta temanlah lovers kau yang ramai tu. Semua mesti berebut-rebut nak pergi dengan kau.- Risha

Tak naklah. Aku nak dengan kau saja. Tadi aku baru je break up dengan Selina.- Zayed

Another girl again? Haiyaa..kau ni memang suka hancurkan hati perempuan la. Yelah..tapi makan burger Ramli je la. Ok?- Risha

Burger Ramli…pun ok jugak la. Thanks Risha. Ini yang aku sayang dengan kau lebih ni. Aku otw sekarang ke rumah kau.- Zayed

Yelah…tu. Dasar mat romeo! Ok! Jangan lama tau. Esok aku nak pergi kerja. Assalamualaikum.- Risha

            Zayed menelan air liur. Lupa pulak nak beri salam masa mesej tadi. Zayed tersenyum gembira kerana Risha sudi keluar makan malam dengannya walaupun cuma makan burger saja. Boleh la daripada takde.

……………………………………..

            Aku keluar dari rumahku. Aku hanya memakai tudung tangkap muat yang senang nak masuk tu la. Zayed sudah berdiri sambil bersandar di tepi keretanya menunggu aku.

            “ Risha, jom! Aku dah lapar ni. Tadi, takde selera nak makan dengan Selina.”

            “ Cuba bagi salam dulu. Baru la elok sikit.” Tegurku ada Zayed yang sudah termalu sendiri. Sekali lagi aku kena.

            “ Opps! Sorry. Assalamualaikum, Risha. So, sekarang boleh kita keluar makan burger.”

            “ Waalaikumsalam, Encik Zayed. Jomlah. Ni mesti kes break up punya pasal. Saja la tu. Nak control macho depan si Selina tu sampai sanggup tak makan tadi. Padan muka. Buatlah selalu lagi.”

            “ Boleh. Apa salahnya. Kalau aku buat selalu, kau jadi mangsa untuk temankan aku keluar makan.” Zayed tersengih.

            “ Hisy…kuatnya perasan. Jomlah. Tapi sekejap je tau. Nanti, mak aku cari, susah pulak.”

            “ Ok…my princess. Let’s go.” Ajaknya. Aku menutup pagar pintu rumahku lalu berjalan beriringan dengan Zayed. Ala, gerai burger tu tak jauh pun. Depan simpang perumahan aku saja.

            Hemm..nasib baik cuma dua tiga orang je. Kalau dua tiga puluh orang tadi, memang aku dah cabut. Aku dan Zayed sama-sama melangkah ke depan menuju ke gerai Burger Abang Ramli.

            “ Bang, saya nak burger special tapi tak nak sayur dan burger banjo satu.” Minta Zayed pada Abang Ramli. Zayed memang dari dulu lagi tak suka makan sayur. Nak kata alergik tak pulak. Tapi memang dah tak suka nak buat macamana pulak. Takkan nak paksa.

            “ Terima kasih.” Ucapku. Zayed memang tahu burger apa yang aku suka.

            “ Kasih diterima. Sebab temankan aku makan burger malam ni.”

            “ Mengada-ada.” kami berdua beranjak ke belakang sedikit untuk memberi ruang kepada pelanggan yang baru sahaja datang.

            “ Aku nak minta maaf sebab ganggu kau malam-malam.”

            “ Takde apa-apa la. Kau bukannya orang lain. My best pal ever.” Pujiku.

            “ Of course. You are the best pal ever to me. Kalau kau takde, memang aku tak tahu nak buat apa lagi.”

            “ Zayed, kau jangan nak bergantung sangat dengan aku. Sebab bila aku dah tak ada di sisi kau, kau kenalah cari pengganti yang sesuai.”

            “ Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak suka!”

            “ Sebab?” soalku. Pelik pula tiba-tiba Zayed macam nak marah aku je.

            “ Aku takkan dapat cari pengganti yang boleh tahan dengan perangai aku. Cuma kau saja.” Zayed segera mengambil burger kami yang sudah siap dibungkus.

            Aku terdiam.

            Zayed menghulurkan aku burger banjo. Suasana menjadi sunyi antara kami berdua. Usai makan burger, kami berdua berjalan beriringan semula menuju ke rumahku.

            “ Thanks sebab sudi teman aku makan burger tadi. And aku nak minta maaf sebab tinggikan suarakan pada kau. Aku harap kau tak sedih. Ok?” pujuk Zayed dengan senyuman manisnya. Ahh..Zayed ni memang kaya dengan senyumannya yang killer tu. Perempuan kalau tengok dia senyum, memang cair habis.

            “ Kasih diterima. Assalamualaikum dan selamat malam.” Ucapku.

            “ Once again. Hehehe….walaikumsalam dan selamat malam. Mimpikan aku tau!” Zayed mengusik. Aku hanya ketawa sambil menjelir lidah. Zayed melambaikan tangan ke arahku. Aku membalasnya lalu masuk ke dalam rumah semula.

………………………………………..

            Aku duduk bersarapan dengan mak. Kenapa aku rasa lain macam saja renungan mak pagi ni pada aku? Baju aku koyak ke? Tak juga. Seluar bocor ke? Tak juga. Tudung senget. Biasala tu belum kemaskan lagi. Make up aku over ke? Aku curi-curi tengok cermin di tepi, tak jugak. Ok je semuanya.

            “ Good morning, mak!” sapaku ceria. Mak masih dengan pandangan yang sama.

            “ Morning.” Balas mak.

            “ Mak…kenapa dengan mak pagi ni? Macam ada masalah je dengan Risha. Risha ada buat salah ke mak?”

            “ Memang Risha ada buat salah. Semalam, Risha keluar tengah-tengah malam dengan Zayed kan?”

            Alamak! Terkantoi pulak. Siaplah aku kena tadah telinga dengar ceramah free dari mak.

            “ Mak nampak ke?”

            “ Habis tu, kamu ada cerita kat mak ke! Mak bukannya apa. Kan kurang manis kamu keluar tengah malam macam tu. Berdua pulak dengan Zayed tu. Mak bukannya tak percaya dengan Zayed tu tapi apa pulak jiran tetangga kata nanti.”

            “ Ala…Risha dan Zayed cuma keluar beli burger je. Kitaorang tak ada buat apa-apa pun. Lepas makan, terus kitaorang balik.”

            “ Mak tahu tapi Risha tu perempuan, Zayed tu lelaki. Lainlah kalau kamu tu lelaki.” Aku ketawa.

            “ Mak janganlah risau. Risha janji, Risha takkan keluar tengah malam lagi dengan Zayed.”

            “ Hemm..baguslah tu. Ni, mak nak cakap sikit tentang kamu dengan Zayed. Kamu betul-betul takde apa-apa ke dengan Zayed tu? Siang malam asyik berkepit mengalahkan laki bini. Sampai bila Risha nak macam ni? Risha dah masuk 30 tahun tau. Mak tak kira, mak nak Risha kahwin tahun ni jugak.”

            “ Mak! Risha masih belum junpa lagi orang yang sesuai. Mak pun tahukan Risha ni macamana orangnya. Selagi hati Risha ni tak berkenan, selagi tu la Risha takkan kahwin.” Balasku.

            “ Zayed kan ada. Dia sesuai sangat dengan Risha. Lagipun, Risha dan Zayed kan dah kenal lama. Masing-masing dah tahu kelebihan dan kekurangan sendiri. Apalagi, suruhlah Zayed hantar rombongan. Mak sudi terima.”

            “ Mak! Risha dengan Zayed cuma kawan saja. Tak lebih dari tu!” aku bingkas bangun lalu mengangkat cawan ke singki.

            “ Balik-balik, cakap benda yang sama. Takkan korang berdua tak ada rasa antara satu sama lain? Kalau macam tu, mak akan terima rombongan dari anak kawan mak yang berkenan pada kamu. Semalam, mak Syed tu ada call. Syed kata dia berkenan dengan kamu masa dia nampak kamu kat majlis kahwin Maisarah (sepupu aku) hari tu. Jadi, dia nak hantar rombongan hujung minggu ni.”

            Aku membulatkan mataku kerana tidak percaya dengan cerita mak. Giler! Ini semua memang poyo! Siapa pulak si Syed ni? Aku tak kenal pun siapa dia. Tiba-tiba je nak masuk meminang anak dara orang. Hisy…rosak mood aku pagi-pagi.

            “ Mak, Risha tak nak Syed!”

            “ Kalau tak nak, carilah calon suami sekarang. Kalau menepati krtiteria, mak terima je.” Hisy..aku mengetap bibir kerana geram. Cakap dengan mak, memang langsung aku tak boleh menang. Peguam la katakan. Aku mengangkat kaki keluar dari dapur untuk berangkat kerja. Sebelum tu, aku menyalam tangan mak.

……………………………………….

            Awal pagi aku sudah kena bebel. Tapi, nak buat macamana. Salah aku juga sendiri.

            “ Good morning. Asal muka monyok pagi-pagi ni? Tak baik la. Nanti kurang rezeki nak masuk.” Aku paksa senyum pada Bella.

            “ Morning…” balasku.

            “ Macam takde mood je. Kenapa? Share la dengan aku.”

            “ Mak aku sound aku pagi-pagi tadi.”

            “ Kenapa pulak? Kau buat salah ke?”

            “ Zayed ajak aku keluar makan tengah malam tadi. Keluar makan burger je. Mak aku rupa-rupanya nampak aku keluar dengan Zayed semalam. Tu yang mak aku bising sebab tak manis keluar tengah malam berdua. Aku faham. Tu aku tahu. Tapi, masalahnya sekarang mak aku beritahu aku hujung minggu ni, ada rombongan meminang nak datang ke rumah aku. Mak ingat aku bercinta dengan Zayed tapi aku macam biasa la. Aku cakap cuma kawan saja. Mak pun kasi warning pada aku yang aku mesti kahwin tahun ni jugak. Kalau bukan dengan Zayed, dengan Syed yang nak datang hujung minggu ni.” luahku.

            “ Oh…complicated pulak masalah kau ni. Habis tu, macamana? Kau nak buat apa sekarang? Kau terima dengan pinangan si Syed tu nanti? Zayed dah tahu ke benda ni?”

            “ Aku dah cakap awal-awal dengan mak yang aku tak setuju dengan si Syed tu. Aku bukannya kenal dia pun. Jumpa pun tak pernah tiba-tiba je nak meminang aku. Pasal Zayed tu, aku tak kisah. Kan aku dah cakap, aku dan dia hanya kawan biasa. Just friend!”

            “ Yelah..aku tahu. Tak salah kan juga sebagai ‘boyfriend’ kau yang paling rapat, kau cubalah share masalah ni dengan dia. Kut-kut dia boleh bantu kau.”

Aku berfikir sejenak. Betul juga kata-kata si Bella ni. Takkan aku nak terima pinangan dari orang yang aku tak kenal. Sudahlah tak kenal, lepas tu nak hidup satu bumbung lagi. Buatnya aku dapat yang panas baran ke kaki pukul, aku tak nak! Aku kena minta tolong dengan Zayed. Cuma dia je yang dapat bantu aku dalam hal ni.

Aku menaip sesuatu di telefon bimbit lalu menghantar kepada Zayed.

Salam. Hari ni keluar lunch, boleh?- Risha

Salam. Ehm…sorry ek. Hari ni aku terpaksa uruskan projek pembangunan yang baru. Aku tak dapat nak keluar lunch.. L- Zayed

Oh…kalau macam tu takpe la. Nanti la kita jumpa. Salam.- Risha

Merajuk ke? Janganlah merajuk. Nanti aku tak tenang hati tau nak buat kerja. Nanti bila aku dah siap kerja, aku jumpa kau. Ok! Salam. J- Zayed

Aku tersenyum melihat ikon smiley yang dihantarnya. Zayed ni memang pandai betul memujuk aku. Tapi kenapa aku tak rasa apa-apa bila bersama dengan dia? Haiyaa…soal hati memang tak boleh nak diduga. Hanya diri kita yang akan tahu rahsia hati sendiri.

………………………………………..
            Aku berbaring menelentang di atas katil. Sudah masuk tiga hari aku tidak berjumpa dengan Zayed. Hari untuk rombongan meminang pula semakin hampir. Tak lama pun lusa. Tapi aku masih belum berkesempatan hendak memberitahu Zayed. Mana taknya, Zayed kalau tak sibuk dengan kerja, mesti sibuk dengan lover-lover dia yang berderet tu.

            Hari tu janji nak jumpa. Tapi tak juga jumpa..jumpa. Sibuk pergi jumpa lover siang malam. Macamana aku nak cerita masalah aku ni. Aku melihat skrin telefon bimbitku. Tiada sebarang panggilan mahupun mesej daripada Zayed. Sakitnya hati aku. Kalau kita tak ada, sibuk nak mencari-cari. Bila kita nak dia ada, dia pulak yang tak ada masa.

            Telefon bimbit ku berbunyi. Aku cepat-cepat mengangkat mungkin daripada Zayed.

            “ Hello, Rish.” La…Bella rupanya. Ceh! Ingatkan Zayed.

            “ Ehmm…hello.” Lemah saja bunyiku.

            “ Kenapa ni? Macam orang tengah putus cinta pulak. How’s Zayed? Dah jumpa ke dengan dia?”

            “ Belum…dia sibuk melayan lovers dia la tu. Aku risaulah. Lusa ni rombongan tu nak datang. Macamana ni? Aku tak sanggup nak pertaruhkan masa depan aku.”

            “ Ok..kau kena bawa bertenang, Rish.”

            “  Aku tahu. Tapi, aku tengah buntu sekarang ni. Mak aku kata selagi aku tak bawa calon suami, mak aku akan terima pinangan dari keluarga Syed Budriz.”

            “ Kesiannya kau. Kau sabar je la. Siapa tahu, mungkin ini dah jodoh kau dengan Syed tu. Kita tak tahukan.”

            “ Entahlah. Aku cuma berharap dan berserah sahaja. Ok la. Aku nak rehatkan otak aku ni dulu. Bye.”

            “ Ok…don’t think too much. Bye..good night.” Ucap Bella di talian. Selalunya Zayed yang akan selalu mengucapkan selamat malam kepadaku. Akhirnya aku melelapkan mata.

…………………………….

            Hari ni hari sabtu. Aku cuti. Aku malas nak keluar. Lebih baik duduk rumah je. Esok pula, rombongan tu akan sampai. Aku sudah tidak boleh berbuat apa lagi. Jika ini sudah jodohku yang tertulis, aku terima dengan redha. Sudah banyak kali aku telefon Zayed, malangnya semua tidak diangkat. Mesej apatah lagi, langsung tidak dibalas.

            Aku keluar dari rumah menuju ke laman rumah. Saja menghirup udara yang tenang waktu pagi ni. Aku duduk di buaian sambil mengenangkan hari esok. Aku mengeluh. Aku betul-betul sudah bersediakah untuk menamatkan zaman bujangku bersama orang yang aku tidak kenal? Aku mengerling sekilas telefon bimbit ditanganku. Baiklah. Ini peluang terakhir untuk aku. Aku nak telefon Zayed untuk kali terakhir. Kalau dia tak angkat juga, asal tinggalkan peti suara pun bolehlah.

            Aku mendail nombor Zayed. Lama aku menunggu. Tidak berjawab.

            “ Sila tinggalkan pesanan anda selepas mendengar bunyi ini. Bipp!”

            Aku menarik nafas terlebih dahulu.

            “ Ehemm..Assalamualaikum, Zayed. Dah lama kita tak jumpa. Aku faham. Aku tahu kau sibuk sekarang ni. Sebenarnya aku nak beritahu kau sesuatu sebelum terlambat. Kita mungkin tak dapat nak keluar lagi selalu macam dulu. Kita tak mungkin dapat keluar makan bersama lagi, tengok wayang bersama. Sebabnya, esok mak aku akan terima rombongan meminang dari anak kawannya. Ingat tak, hari tu aku nak ajak kau lunch. Aku nak cerita benda ni la dengan kau. Aku tak tahu lagi nak buat macamana. Aku dah takde cara lain. Mak aku sebenarnya dah beri aku pilihan sama ada aku nak bawa calon suami aku sendiri atau terima saja pinangan tu. Tapi, kau pun tahukan. Aku mana ada kawan dengan mana-mana lelaki selain dari kau. So, nak tak nak, aku kena terima keputusan mak. Cuma tu je yang aku nak cakap. Aku sebenarnya segan nak cerita kat kau tapi sebab Bella yang suruh, aku buatlah. Apa-apapun, aku ucapkan kau semoga kau pun dapat cari seseorang yang boleh terima kau seadanya. Assalamualaikum.”

            Aku masuk semula ke dalam rumah lalu naik ke atas menuju ke bilik.

            Aku merebahkan diriku. Huhh…panjang juga sesi luahan aku tadi. Hah? Luahan? Aku terbangun dari pembaringan ku. Aku cuba mengulang ayat-ayat yang aku cakap pada Zayed di telefon tadi. O.M.G!!! Aku menepuk dahiku berkali-kali. Apa yang aku cakap ni? Malunya. Kalau Zayed dengar, macam aku nak buat confession cinta pulak pada dia. No! Tidak! Aku berguling-guling di atas katil kerana masih tidak percaya. Malunya!! Mesti Zayed gelakkan aku nanti. Aku segera menutup telefon bimbitku.  

            Seharian aku berkurung di dalam bilik kerana ingin melupakan kejadian yang memalukan tadi. Alahai! Risha. Kalau Zayed tu dengar betul-betul, memang macam aku sedang buat confession pulak. Seolah-olah aku mengharapkan yang Zayed tiba-tiba datang esok bersama rombongannya. Piraa…apa yang kau merepek ni, Risha! Takdenya si Zayed tu nak pandang kau. Zayed tu dah anggap kau sekadar kawan. Cuma K.A.W.A.N! Ingat tu dalam kepala hotak kau…

…………………………………….

            Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Sekejap lagi rombongan meminang dari keluarga Syed Budriz akan tiba. Tanganku sudah mula terasa sejuk. Nasib baik Bella sudi temankan aku hari ini. Mak sudah sibuk di luar bersama pembantu rumah untuk mengemas apa yang patut.

            “ Kau betul-betul dah bersedia ke, Rish? Aku tengok muka kau macam sedih je. Tak bestlah.”

            Aku hanya mampu tersenyum. Senyum dalam paksa. Jam di dinding ku kerling sekilas. Apakah aku masih menunggu Zayed? Hisy…takkanlah dia nak datang! Dia bukannya kisah pun aku kahwin dengan siapa. Aku ni kan cuma kawan dia saja. Tak lebih daripada tu dan tak kurang daripada itu.

            “ Kau dah cakap dengan Zayed?” soal Bella lagi.

            “ No..aku just beri dia pesanan suara. Tak tahulah kalau dia dengar ke tak. Rasanya tak kut. Kalau tak mesti dia dah jumpa aku.”

            “ Takpelah Rish. Siapa tahu Syed Budriz ni Mr. Right kau?” usik Bella.

...............................................

            Aku dan Bella terhenti berbual seketika kerana mendengar bunyi kereta baru masuk ke dalam pekarangan rumahku. Aku dan Bella sama-sama menjenguk di tepi tingkap untuk melihat rombongan yang datang. Hatiku sudah berdebar-debar.

            “ Tu diaaa…banyaknya kereta mai kat sini. Amboi! Bukan main mewah lagi kereta-kereta yang datang ni, Rish. You so lucky.” Bella memeluk bahuku. Aku masih gementar. Tak sangka pulak keluarga Syed Budriz ni orang berada.

            “ Cik Risha, Puan suruh turun. Rombongannya sudah datang.” ujar bibik di luar pintu. Aduh..semakin kuat debaranku. Bella memegang tanganku yang sudah sejuk semacam.

            “ Relax…ok.” Aku mengangguk. Aku dan Bella beriringan keluar dari bilikku lalu turun ke bawah dengan perlahan. Langkah kakiku semakin hampir ke tingkat bawah.

            “ Rish, pandang depan. Janganlah tunduk saja.” Tegur Bella.

            Aku perlahan-lahan mengangkat mukaku untuk melihat ke depan pada semua tetamu yang hadir. Aku terkejut! Serius aku memang terkejut sangat ketika ni. Aku sudah tercegat macam patung cendana. Inikan keluarga dia? Macamana pulak boleh jadi…kakiku lemah tiba-tiba. Rasa ingin terduduk pun ada. Tapi Bella cepat-cepat menahanku dari jatuh.

            Bella membawa aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Semua yang hadir hari ini, adalah orang-orang yang aku kenal rapat sekali. Takkan lah Syed Budriz tu ada bau-bau bacang dengan Zayed. Itukan keluarga Syed tapi Zayed…

            Aku berfikir lama. Laa…macamana aku boleh lupa nama nama penuh dia. Apa punya kawan la aku ni. Sekarang aku baru ingat. Syed Zayed Rayyan Syed Zarif Rayyan. Itulah nama penuh dia. Mak Zayed pun ada kat sini. Tak henti senyum-senyum dengan aku. Macam aku pulak mak dia nak pinang. Aku lihat disebelahnya. Seorang wanita yang agak sebaya dengan mak Zayed. Aku rasa tentu ini mak Syed Budriz. Ah! Sudah. Jangan nak berangan lebih-lebih Risha. Syed Budriz yang nak pinang kau bukannya Syed Zayed Rayyan.

            Mak sudah memulakan perbincangannya dengan keluarga sebelah lelaki. Aku cuma hanya tunduk diam.

            “ Bila tarikh nikahnya dengan Zayed ni?” soal mak pada sebelah lelaki.

            Aku tak silap dengar ke tadi? Rasa-rasanya mak aku sebut nama Zayed bukannya Syed tu. Hah? Apa ni? Kenapa pulak aku dengan Zayed?

            Mak sudah sibuk menetapkan tarikh nikah. Mak kata tak payah tunang. Pihak lelaki yang nak macam tu. Aku sekarang ni masih lagi tertanya-tanya. Aku ni sebenarnya nak kahwin dengan siapa? Syed atau Zayed? Karang tiba-tiba aku bersuara pula tengah-tengah majlis ni, lain pulak jadinya. Sudahnya aku diamkan saja.

            Usai selesai semuanya, mak menghantar rombongan sebelah lelaki ke luar rumah. Mak sempat berpeluk dengan mak Zayed. Gembira sekali mereka. Aku?

            “ Well, tahniah atas pernikahan kau yang tak lama lagi nak berlangsung. Aku balik dulu yer. Oh..lupa nak pesan. Tadi Zayed call aku. Dia suruh kau buka telefon bimbit kau sekarang. Katanya ada benda dia nak beritahu kau. Penting!” Bella berlalu pergi untuk pulang. Kini tinggal aku dan mak sahaja.

            “ Lega hati mak sekarang. Tahniah Risha. Mak doakan kebahgiaan Risha dengan Zayed sehingga akhir hayat.” Mak mencium kedua belah pipiku. Aku sekali lagi terkejut. Kali ini, mak benar-benar menyebut nama Zayed di depanku. Aku inginkan kepastian.

            “ Mak…mak cakap apa ni? Kenapa dengan Zayed? Kitaorang kan cuma kawan saja.”

            “ Laa…Zayed tak beritahu kamu ke? Tadi tu rombongan dari keluarga Zayed sebenarnya. Mak Zayed call mak semalam. Tu pun last minute mak Zayed call mak. Mesti Risha nak tanya pasal Syed tu kan. Kalau tentang tu, Rish kena tanya dengan Zayed. Siapa kata Zayed cuma anggap Rish kawan saja? Mungkin lebih dari tu.” Mak meninggalkan aku sendirian di ruang tamu.

            Maknanya…rombongan tadi tu, sebenarnya dari keluarga Zayed? O.M.G!!!

……………………………………………

            Selepas dua minggu…

            Aku masih lagi menonton televisyen. Aku tahu Zayed sudah beritahu aku awal-awal lagi yang dia akan balik lambat malam ni. Aku bukannya nak tunggu dia pun. Cuma rancangan tv yang aku minat tu lambat siarannya. Tu la pasal aku masih belum tidur.

            Jam sepuluh minit lagi menunjukkan 11.50 malam. Kalau hari jumaat, waktu macam ni memang aku akan layan Running Man laa..

            Hemm…perut aku ni dah mula berkonsert pulak. Nak cari makan kat dapur la. Sejak aku berkahwin dengan Zayed, kami berdua sudah berpindah ke rumah baru. Rumah ini memang Zayed sudah lama beli tai belum berkesempatan nak pindah. Alang-alang dah kahwin, tu yang pindah ke sini.

            Aku masih ingat lagi pertemuanku dengan Zayed malam selepas rombongan keluarganya datang meminang. Kami berdua keluar makan malam bersama tetapi dengan perasaan yang sangat sangat sangat ‘akward’. Yelah, cuba korang letakkan diri korang dalam situasi aku. Kawan lelaki yang selalu bersama dengan kita, tiba-tiba tak lama lagi bertukar status menjadi suami.

            “ Ehmm…Rish, kenapa tak makan?” soal Zayed membuka bicara.

            “ Takde selera.”

            “ Tak boleh macam tu. Rish kena makan.” Pujuknya dengan senyuman. Haiyaa…Zayed. Lagi-lagi senyuman dia yang manis terlebih gula tu. Agaknya kalau aku ni tak kenal dengan dia, memang aku dah lama sangkut dengan dia. Cuma tu la, dah terlebih kenal dan Mat Romeo pulak tu.

            “ Zayed, sebenarnya aku nak bincang dengan kau pasal tadi. Aku betul-betul terkejut sangat bila mak aku beritahu yang sebenarnya rombongan tadi tu bukan dari Syed Budriz. Tapi dari kau pulak. Macamana pulak kau..”

            “ Kenapa? Kau tak suka ke aku yang masuk meminang! Takkan kau dah jatuh cinta dengan Syed Budriz tu?”

            “ Apa pulak? Yang kau ni nak marah pulak kenapa? Aku cuma tanya saja. Lagipun aku tak kenal dengan Syed Budriz tu! Dia ada buat salah ke dengan kau sampai kau nak marah-marah pada aku!” balasku tidak mahu mengalah. Pertama kali kami bergaduh besar hanya kerana nama Syed Budriz. Aku pun tak tahu kenapa Zayed marah sangat dengan Syed tu.

            “ Ye ke tak kenal? Ke kau dah betul-betul sukakan dia. Sebab tu kau tak suka bila aku pulak yang masuk meminang. Tapi kalau kau nak tahu kenapa aku tak suka dia sebabnya dia tu lelaki yang teruk. Walaupun dia tu sepupu aku, aku mengaku aku memang tak berkenan dengan dia. Kalau lelaki lain yang nak masuk meminang kau, aku tak kisah tapi bukan dia.”

            “ Kenapa pulak?”

            “ Dia tu kaki playboy besar! Dia tu dah bersama dengan ramai perempuan!” Zayed bingkas bangun dari duduknya lalu menuju ke bilik air meninggalkan aku sendirian. Tanpa ku sedar, air mata mula gugur bukan disebabkan Zayed marah dengan aku tapi Zayed dah selamatkan aku dari sepupu dia tu.

            Suasana dalam kereta menjadi tegang. Aku tahu Zayed masih marahkan aku. Tapi, aku bukannya sengaja. Dia yang cepat sentap. Pandai juga mamat ni sentap. Ingatkan tak. Yelah Mat Romeo la katakan. Pandai cakap sepupu dia playboy besar! Habis tu, dia pun apa kurangnya?

            But, Risha…kau patut bersyukur yang Zayed datang meminang kau. Kalau dibuatnya betul-betul si Syed tu yang datang meminang kau, menangis memang tak ada lagu la kau. Sampai saja di pekarangan rumahku, aku membuka pintu keretaku lalu menutupnya. Belum sempat aku ingin berterima kasih kepadanya, Zayed sudah berlalu pergi. Marah lagi la tu. Hisy..apa la yang nak dimarahkan sangat.

            Bunyi maggi mendidih membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Tanpa berlengah, aku cepat-cepat mematikan api lalu memegang hujung periuk untuk menuang Maggie ke dalam mangkuk. Malangnya…

            “ Ouchhh!!!” jeritku. Air mataku sudah mengalir kerana aku lupa menyentuh dengan kain.

            “ Risha! Kau tak apa-apa ke?” soal Zayed cemas. Entah bila masa dia sampai, aku tak perasan. Zayed meniup hujung jariku telunjukku. Berkali-kali Zayed meniupnya. Aku terharu. Semakin kuat pulak aku menangis sebab dah lama aku tak berjumpa dengan Zayed dalam masa yang lama. Selalunya hanya jumpa masa waktu sarapan saja.

            “ Eh…kenapa pulak kau ni? Sakit sangat ke? Nak bawa pergi klinik?” sekali lagi tanya Zayed padaku. Zayed semakin risau melihat Risha yang tiba-tiba menangis. Tak pernah lagi Zayed melihat Risha menangis sebegini rupa.

            Zayed mula menyeka air mata dari pipi Risha dan mengusap belakangnya. Lama mereka berdua berpandangan. Tahu tak dalam kepala otak aku sekarang sedang berkonsert lagu Lucky nyanyian Jason Mraz dan Colbie Collilat..payah bebenar nak menyebut nama yang perempuan ni.

Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

            “ Risha! Risha! Sakit lagi ke?” panggilan Zayed membuatkan aku tersedar.

            “ Tak. Bila kau sampai?”

            “ Tak kisah lah tu. Kita kena letak ubat sapu dulu kau ni. Jom! Pergi depan.” Zayed mengajak aku keluar. Zayed masih memaut lenganku. Aku melabuhkan duduk di sofa sementara Zayed mencari ubat sapu.

            Zayed teliti menyapu  ubat kea rah jari telunjuk ku yang sudah mula memerah.

            “ Hisy…Risha ni cuai sangatlah. Nasib baik aku sampai tepat. Kalau tak, entah apa jadi tadi.” Zayed mengukir senyum padaku.

            Entah kenapa sekali lagi, air mataku keluar. Tapi kali ini air mata gembira kerana baru hari ini aku dapat melihat senyuman manis dari Zayed. Selepas kami berkahwin, Zayed banyak menjauhkan diri dari aku. Aku kira dia masih marah sebab Syed sebab tu dia tak nak layan aku.

            “ Hey! Dah kenapa pulak ni, Risha?” Zayed resah melihat Risha menangis. Ingatkan sudah berhenti. Zayed tidak sanggup untuk melihat Risha menangis lagi. Tiba-tiba, Zayed terus sahaja membawa Risha ke dalam rangkulannya untuk menenangkannya.

            Aku terkejut! Zayed peluk aku? What? Aku tak bermimpi ke? Tangisku sudah reda.

            “ Sudah…jangan menangis lagi. Kau pun tahukan, aku tak suka tengok kau macam ni. Hati aku tak tenang bila tengok kau macam ni. Jangan nangis lagi.” Pujuk Zayed lembut.

            “ Sorry. Terlebih emo pulak. Aku nak minta maaf dulu pada kau. Aku dah buat kau marah tentang Syed. Kalau aku tak bangkitkan isu tu, tentu kita tak jadi macam ni. Aku sedih sebab kau selalu mengelakkan diri dari berjumpa aku. Zayed, tolong jangan merajuk lagi. Jangan marah aku, ok?” luahku. Biarlah malam ini aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku.

            “ Laa…rupa-rupanya sebab tu kau menangis. Aku ingat apa la tadi. Kau tak payah ingat la benda yang lepas tu. Aku dah tak marah pun. Aku bukan sengaja nak elakkan diri daripada kau tapi kau pun tahukan kita sekarang dah jadi suami isteri. Sebab tu aku segan.”

            “ Err…Zayed, boleh lepaskan tak?” pintaku kerana Zayed masih lagi memelukku.

            “ Opps! Sorry. Hihihi…” Zayed tersengih. Ala…comel pulak aku tengok dia macam ni. Boleh bergegar jiwa aku ni.

            “ Serius? Kau dah tak marah aku?”

            “ Yup! But kita kena mula sesuaikan diri sekarang ni. Sebab kita dah tak macam dulu lagi. Walaupun pandangan orang nampak sama, tapi status kita dah berbeza. Aku harap kita berdua boleh sesuaikan diri masing-masing.”

            “ Ok!” aku kembali ceria lalu menuju ke dapur untuk mengambil Maggie ku. Aku keluar semula sambil membawa semangkuk Maggie lalu ku letak di atas meja. Aku bersila di depan meja.

            Aku mengambil bau Maggie Kari Bawang Goreng yang baru saja ku buat. Hemm..sedapnya. Zayed rasa terliur bila melihat Risha sedang menarik Maggie dari bawah ke atas. Menggugat iman aku betul la Maggie si Risha ni.

            “ Nak sikit?” Zayed terus merampas chopstick ku.

            “ Hisy…ni aku yang masak wei! Aku baru makan sekali. Pergilah masak!”

            “ Tak nak! Kalau aku masak, nanti tak sama rasa dengan yang kau buat.”

            “ Mengarut! Rasa Maggie semua sama je la.”

            “ Tak pun. Maggie yang Risha buat ni memang sedap gilerr..”

            “ Sengaja nak bodek la tu…” Zayed sekali menyedut Maggie kariku. Aku bertambah geram tapi Zayed semakin seronok pulak menghabiskan Maggie aku.

            “ Meh! Aku tolong suapkan. Jari kau kan luka. Mari abang Zayed tolong.” 

            “ Yerk…tak payah nak abang sangat. Aaa…” aku membuka mulut untuk minta disuap oleh Zayed.

            Zayed berkira-kiran ingin menyuap ke dalam mulut tapi sekadar gurauan saja. Zayed terus menyuapkan ke dalam mulutnya. Aku mencebik geram. Aku sudah buat muka masam.

            “ Alalala…sorry. Ni, betul punya. Ok, buka mulut.” Zayed senyum.

            Aku memang tak boleh menang kalau dah tengok senyuman Zayed. Aku memang automatik akan cair tahap negatif. Malam tu, kami berkongsi makan Maggie kari dan menonton program kesukaan kami berdua. Hubungan kami berdua sudah kembali seperti biasa. Siap bertepuk tampar segala. Zayed dengan gaya manjanya nak mita baring kat riba aku. Mulanya aku tak selesa, tapi diakan dah jadi suami aku walaupun kitaorang masih lagi belum ada perasaan cinta.

…………………………………………….

            “ Good morning, Miss Risha Qaisara. You look shining today!” puji Bella.

            “ Good morning, to you too. Well, I think today is my lucky day!

            “ Amboi! Zayed dah luahkan perasaan pada kau ke?”

            “ Eh! Bukanlah. Semalam aku dan Zayed dah berbaik semula. Kitaorang dah boleh bergelak ketawa bersama. Dah tak ada akward-akward lagi.”

            “ Choihh…itu je. Aku ingatlah abang Zayed kau tu dah luahkan perasaan cinta kau. Kalau dia dah luahkan, memang aku buat kenduri tujuh hari tujuh malam.” Bella ketawa. Boleh tahan juga perangai gila-gila si Bella ni. 

            “ Hisy..ke situ pulak.”

            “ Apa pulak? Kau dan Zayed dah berkahwin. Kalau nak tunggu si Zayed tu luahkan lambat lagi la tu nampaknya. Apa kata kau cuba luahkan perasaan kau pada Zayed. Takkan kau langsung takde rasa cinta pada Zayed? Korangkan dah lama kenal. Mustahil la hati kau tak pernah bergetar bila bersama dengan Zayed yang kacak tu.”

            Aku diam. Sebenarnya aku malu nak mengaku pada Bella. Aku dah lama cuba sembunyikan perasaan aku. Aku memang dah lama jatuh hati pada Zayed. Sejak dibangku sekolah lagi cuma aku tak berani nak luahkan. Yelah, aku kan perempuan. Takkan timba nak cari pergi pulak? Tapi, bak kata Bella tadi, tak salah kalau aku yang mulakan dulu. Lagipun, aku dan Zayed dah kahwin. Soalnya, macamana pulak penerimaan Zayed nanti? Dia akan balas ke hati aku ni?

            Telefon bimbitku berdering menandakan mesej masuk.

Salam. Boleh berkenalan J- Zayed

Aku sudah tersenyum membacanya.

Salam. Boleh, apa salahnya. J- Risha

Kalau begitu sudah jawabnya, sudi tak keluar lunch?- Zayed

Hemmm…ok!- Risha

Great! Aku jemput kau nanti. Ok! Don’t naughty-naughty in office. See u then. J- Zayed

Ok. Salam.- Risha

Salam.- Zayed

            Sepanjang hari aku sentiasa tersenyum. Ini semua gara Zayed yang sudah terlebih gula. Orang Mat Romeo ni memang suka cakap sweet sajakan. Sebab tu la aku ni dah tak boleh haling bila aku dah jatuh hati dengan dia. Tapi aku cuba sembunyikan. Lovers dia kat luar tu nak letak kat mana? Nanti aku pulak yang kena. Dahlah waktu aku kahwin hari tu, ramai lovers dan tidak terkecuali ex lovers dia banyaknya yang datang. Ada jugak la yang tangkap leleh bila aku dah sah menjadi isteri Zayed.

            Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas. Waktu tengah sudah tiba. Aku pula yang berdebar tak tentu arah. Hati oh hati…aku menuju ke tempat letak kereta menunggu kedatangan Zayed mengambilku. Dari jauh aku sudah nampak BMW hitamnya dan kini betul-betul berhenti didepanku.

            Zayed keluar dari keretanya. Tanpa dipinta, senyuman yang tak lekang dari bibirnya menjadi tatapanku. Aku membalas senyumanya. Zayed membukakan pintu untuk aku melangkah masuk ke dalam keretanya. Kami beredar menuju ke restoren untuk makan tengah hari.

            Aku dan Zayed melabuhkan duduk masing-masing di kerusi. Wow! First time kita orang makan kat tempat yang lain. Selalunya lepak kat Old Town je. Kali ni Restoran Warisan. Belum cuba belum tau!

            Usai memesan makanan, kami berdua asyik berbual.

            “ Rish, dah lama juga kita makan berdua kan?”

            “ Baru tahu ke? Tu lah..orang tu kan sibuk layan lovers dia yang berderet macam kereta api..”

            “ Lovers aku banyak macam tu ke? Tak sangka jugak ek…” Zayed ketawa. Aku geram sebab aku terkena balik.

            “ Hisy…malas la nak layan!”

            “ Janganlah malas-malas…kena rajin-rajin sebab hari-hari kau akan dating dengan aku!” Zayed masih lagi dengan senyuman killernya. Dia ni betul-betul maksudkan ke kata-kata tu? Haiyaa…

            Gulp! Aku menelan air liur. Dah kenapa dengan Zayed ni? Tiba-tiba buat ayat romantik dengan aku! Ini bikin yang bikin aku tak tenteram hati ni.

            Makanan yang sudah dipesan sudah sampai. Kami berdua berselera sekali makan. Usai makan, Zayed menghantar aku semula ke tempat kerjaku.

………………………………………………

            Hujung cuti begini memang aku selalu lepak di rumah saja. Malas nak keluar. Aku membuka pintu bilikku. Mataku tiba-tiba terarah di depan bilikku. Bilik siapa lagi. Bilik Zayed la. Aku dan Zayed sebenarnya tak tidur sebilik pun. Sebabnya itu kehendak aku sendiri.

            Aku menuruni anak tangga perlahan-lahan. La…rupanya, si Zayed ni membuta di bawah. Ni mesti kes tengok bola semalam. Aku berjalan mendekati Zayed untuk membangunkannya. Aku duduk bersimpuh di tepi sofa sambil menghadap muka Zayed. Hemm…dalam tidur pun, masih nampak kacak lagi. Sempat pulak aku ni memuji dia. Nanti kembang setaman pulak dia nanti.

            “ Zayed! Bangunlah. Dah siang ni?” aku menggerakkan lengannya perlahan.

            “ Zayed! Zayed!” panggilku sekali lagi. Tiba-tiba, tanganku dibawa ke dadanya. Aku terkejut! Lidahku kelu. Dia ni bermimpi ke apa! Kalau dia sedar, sure dia takkan buat macam ni padaku. Aku cuba melepaskan namun Zayed masih kuat memegang tanganku.

            “ Zayed! Bangunlah!” kali ini suaraku lebih kuat.

            “ Erghh…morning! Risha.” Sapa Zayed dengan senyuman manisnya. Aku tergamam. Zayed sempat cubit pipiku.

            “ Comel la Risha pagi-pagi ni! Geram pulak aku tengok.” Zayed bingkas bangun menuju ke biliknya meninggalkan aku sendiri di ruang tamu. Gila! Hati aku bukan main laju lagi macam kereta api daaa…

            Aku melayan siaran televisyen. Namun, satu pun tidak melekat pada kepala otak aku. Huh! Ini semua gara-gara Zayed. Sejak semalam lagi, aku sudah rasa lain macam dengan layananya padaku. Dia ni terlebih makan gula ke? Saja nak bikin aku gabra tak tentu pasal.

            “ Hai! May I join?” Zayed melabuhkan duduknya di sebelahku tiba-tiba. Aku mulalah cepat perasan. Hati aku tak payah nak cakap la…

            “ Rish! Nak karaoke tak? Dah lama kita tak nyanyi sama-samakan? Aku ada beli cd karaoke baru. Kita nyanyi ok?”

            Hah! Nak ajak menyanyi pulak? Dia kan tahu aku mana reti nak menyanyi ni. Nyanyi dalam tandas boleh la. Aku tahu la suara dia sedap. Aku pernah dengar masa dia nyanyi time di universiti dulu. Memang ramai perempuan yang cair giler masa tu. Siap passing bunga la, kirim salam kenal, kirim salam sayang, rindulah dan ada juga kirim surat cinta. Yang mangsanya aku lah sebab mereka tak berani nak bagi depan-depan pada Zayed.

            Zayed sudah memasang cd karaoke. Michrophone sudah berada di tangan Zayed dan satu lagi michrophone di serahkan kepadaku. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Namun, dengan pantas Zayed memegang tanganku untuk mengambil michrophone dari tangannya.

            “ Ok…let’s have fun today!” Zayed memilih lagu duet untuk menyanyi bersama aku. Aduh! Zayed…Zayed…memang aku tak boleh nak haling lagi perasaan aku pada kau.

            Aku bingkas bangun untuk berdiri di sebelah Zayed. Lagu Jika? Lagu Melly Goeslow bersama Aril Lasso. Lagu ni memang suatu masa dulu pernah menjadi fenomena pada pasangan yang sedang dilamun cinta. Tapi aku dan Zayed?

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

            Aku sudah naik segan menyanyi bersama dengan Zayed. Tapi aku tengok Zayed bukan main happy pulak menyanyi lagu ni.

            “ Ok….next song. Wahh..dah ada peningkatan. Suara Risha boleh tahan juga sebenarnya.” Pujinya. Kembang pulak hidung aku ni. Amboi! Zayed ni beriya-riya benar nak menyanyi hari ini. Takpela, bukan selalu. Asalkan aku dan Zayed happy.

             Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak

            Tiba-tiba, tanganku sudah berada digenggaman tangan Zayed dan Zayed sekali membawa ke dadanya. Aku malu. Muka ku sudah bertukar merah. Kenapa pulak Zayed ni? Dah kena sampuk ke?

            “ Risha Qaisara, jangan pernah bilang tidak jika kau sudah mula jatuh hati pada aku. Terimalah aku seadanya kerana aku turut merasakan yang sama.” Aku benar-benar tergamam saat ini. Kaku! Zayed sedang buat confession cinta dengan aku! O.M.G! Rasa nak menjerit satu dunia wei! Zayed cinta aku!

            Zayed membawa aku duduk ke sofa.

            “ Risha! Please listen this song. This song is for you…

            Mengapa otakku beku tiap memikirkanmu
Selalu tubuhku lunglai tiap kau bisikkan cinta
You know me so well (you know me so well)
Girl i need you (girl i need you)
Girl i love you (girl i love you)
Girl i heart you
I know you so well (i know you so well)
Girl i need you (girl i need you)
Girl i love you (girl i love you)
Girl i heart you
Tahukah kamu saat kita pertama jumpa
Hatiku berkata padamu ada yang berbeda
Tahukah sejak kita sering jalan bersama
Tiap jam menit detikku hanya ingin berdua
Tahukah kamu ku takkan pernah lupa
Saat kau bilang kau punya rasa yang sama
Ku tak menyangka aku bahagia ingin ku peluk dunia
Kau izinkan aku tuk dapat rasakan cinta
You know me so well
Girl i need you (girl i need you)
Girl i love you (girl i love you)
Girl i heart you
I know you so well
Girl i need you (girl i need you)
Girl i love you (girl i love you)
Girl i heart you
Hatiku rasakan cinta, dia buatku salah tingkah
I know you so well, you know me so well
You heart me girl, i heart you back
I miss you, i love you, ah ah ah
I need you, i love you, i heart you baby
I need you, i love you, i heart you baby
Baby, you know me so well (you know me so well)
Girl i need you (girl i need you)
Girl i love you (girl i love you)
Girl i heart you
I know you so well (i know you so well)
Girl i need you (oh i need you)
Girl i love you (oh i love you)
Tak ada yang bisa memisahkan cinta
Waktu pun takkan tega
Kau dan aku bersama selamanya

            “ Risha, now I realize my feeling towards you. I think I really heart you…always..and forever till death do us part.” Aku tiba-tiba emo. Sebak kerana Zayed meluahkan cintanya padaku.

            “ Syed Zayed Rayyan, I will always loving you till death do us part.”

Aku benar-benar gembira. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Memang benar kata orang. Hidup ini akan lebih indah jika ada insan tersayang berada di sisi kita. Tak sangka cinta aku berbalas kerana si dia turut merasakan yang sama. Sebenarnya Zayed baru sedar ketika mendapat panggilan telefon aku dulu sewaktu aku hanya menghantar pesanan suara. Ketika itulah hati Zayed Rayyan sudah berjaya dikunci oleh Risha Qaisara untuk selama-lamanya.

TAMAT.

P/S : Selamat membaca...cerpen keduabelas dari saya. Malam tadi dapat idea, terus tulis..haha..harap pembaca terhibur dengan cerpen terbaru ni..jangan segan untuk komen :)



I HEART YOU- SMASH

You Might Also Like

2 comments

  1. hihihihi...ada terbayang tak Zayed karaoke, Kak Ixora? hihihi

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images