Cerpen CINDARELLA KAMPUNG & ENCIK PLAYBOY
14:13
BY : KIR@ LEE
Wah.....besarnya bangunan-bangunan kat KL ni. Begini rupanya
suasana tinggal di bandar ni. Tak macam di kampung..udaranya bersih, keadaannya
tenang tak bising macam kat kota metropolitan ni. Aku merenung kembali sekeping
kertas kecil yang tertulis alamat ayahku. Sebenarnya..kisahnya begini. Ayahku
sudah lama berpindah ke bandar disebabkan urusan perniagaannya. Aku pulak
terpaksa dijaga oleh Mak cik Salmah atas permintaan ayahku sendiri setelah
kematian ibuku. Sudah agak lama juga ayah meninggalkan aku. Namun, beberapa
bulan yang lalu ayah ada menghubungi aku di kampung dan ayah sudah memberikan
aku alamat rumahnya di bandar.
Aku terpaksa meyakinkan Mak cik Salmah agar aku dapat pergi
ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan ayahku. Walaupun agak berat untuk berpisah
dengan Mak cik Salmah, aku harus menerimanya kerana aku ingin berjumpa dengan
ayah yang sudah lama tidak kutemui. Aku membawa beg pakaian ku ke pangkuanku.
Ya..lah..inikan kota bandar. Aku kenalah berhati-hati..takut-takut ada penjahat
ker..apa ker..
Lampu isyarat untuk pejalan kaki menunjukkan warna hijau.
Aku pun berjalan ingin melintasnya. Tiba-tiba…..AAAA!!!!!!!!!
“ HOIII!!! Gila ker nak lalu kat sini!!! Jerit satu suara
yang datang dari sebuah kereta sport mini cooper S itu.
Aku bagaikan terpaku seketika. Giler…ini memang giler.
Silap..silap aku boleh jalan pada umur yang 21 tahun. Apa punya orang memandu
macam tak ada otak? Dia yang giler bawa laju-laju kat lintasan zebra ni..omelku
dalam hati.
Pemandu itu tidak berpuas hati dengan reaksi perempuan yang
berada di depannya ini. Pemandu itu terus sahaja keluar dari keretanya. Gadis
yang berada di sisinya tadi turut keluar untuk melihat apa yang berlaku.
“ Hey perempuan!! Kau dah giler ker nak lalu jalan ni?
Macamana kalau aku tak berhenti tadi?? Kau nak bunuh diri ker? Nasib baik tak
ada kereta kat belakang aku!” marah lelaki itu kepada ku.
Aku terus bangun. Aku tidak boleh membiarkan lelaki ini
menuduh aku sesuka hatinya. Bukan aku yang salah. Dia yang salah. Sudah terang
lagi bersuluh. Lampu isyarat untuk pejalan kaki yang bertukar hijau.
Jadi..maknanya giliran aku la nak lintas. Tak guna punya lelaki. Dia yang nak
bunuh orang!!”
“ Apa hey..hey!! Encik ni memang tak ada adab ya!
Encik..untuk pengetahuan Encik..Encik yang salah. Cuba tengok lampu isyarat
pejalan kaki tu..kan warna hijau. Maknanya..giliran saya la nak melintas jalan.
Apa Encik ni tak tahu undang-undang jalan raya ker?” soalku sinis.
“ Kau jangan nak mengajar aku! Tadi aku lihat lampu tu masih
warna merah. Kau yang tak tengok betul-betul?” balas lelaki itu yang ternyata
tidak berpuas hati. Alaa..lelaki memang ego sangat. Tak nak mengaku walaupun
itu memang kenyataannya.
“ Encik ni dah melampau ni.Encik jangan nak kurang ajar yer.
Kalau Encik tu tak melayan perempuan yang duduk sebelah Encik tu, mungkin
kemalangan ni tak akan berlaku! Lain kali kalau nak memandu tu pandang ke
depan..bukannya pandang perempuan!” balasku pulak. Perempuan yang sedang
memeluk lengan lelaki itu ternyata tidak berpuas hati.
“ Ehh..perempuan. Kau dengar sini yer! Kau tu jangan nak
salahkan orang lain yer! Dah lah perempuan kampung. Ada hati nak salahkan aku
pulak. Memang dasar perempuan kampung betul!” ucap perempuan yang berpakaian
seksi itu. Memang sepadan lah dengan lelakinya yang bertindik telinganya itu.
“ Setidaknya-tidaknya..aku masih tahu cara berpakaian yang
sopan. Bukannya berpakaian macam orang tak cukup duit nak beli baju..belah
sana..belah sini..dan subang aku pun..aku tak pakai pulak walaupun aku ni
perempuan.” Lelaki dan perempuan itu bertambah marah dengan kenyataanku.
“ Kau??” lelaki itu menunding jari telunjuknya ke arahku.
“ PONNNNN!!!!”
“ Cepat jalan…hoi!!!” jerit pemandu-pemandu lain yang sudah
sampai di belakang kereta lelaki itu.
“ Ok..kali ni kau lepas. Kalau aku jumpa kau lagi..siap kau.”
Ugutnya padaku. Lelaki itu dan teman wanitanya pantas bergerak menuju ke
keretanya. Terus sahaja kereta itu memecut laju ke depan.
Fuhh…begini ker kalau tinggal kat bandar ni? Dasyat…betul
la. Dasar orang bandar yang tak tahu
diuntung betullah. Bencinya aku..semoga aku tak akan jumpa lagi manusia macam
tu kat sini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Akhirnya aku sampai juga di luar rumah ayah. DOUBLE
WOW….besarnya rumah ayah ni. Aku tak sangka pulak yang ayah aku tinggal kat
rumah banglo macam ni. Nampaknya..perniagaan tekstil ayah sudah berkembang maju
kini. Macamana nak masuk ni? Besarnya pagar rumah. Jam kini menunjukkan pukul
7.00 malam. Naik lenguh punggung aku duduk kat tepi pagar ni.
Tiba-tba..pintu pagar rumah ayah yang besar terbuka luas. Mereka
dah tahu ker aku ada kat luar ni. Aku segera bangun. Ternyata aku silap.
Rupa-rupanya sebuah kereta Nissan Camry yang masuk ke dalam rumah itu. Pemandu
kereta itu membukakan pintu kereta di belakangnya.
“ Ayah!!!” jeritku sebaik sahaja seorang lelaki tua keluar
dari perut kereta itu. Lelaki tua itu menolehku.
“ Ni..Mya ker?”ucapnya. Aku hanya mengangguk.
“ Mya…anak ayah. Ayah minta maaf sebab ayah tak
berkesempatan nak ambil Mya di kampung. Memandangkan Mya dah ada kat sini, Mya
tinggal dengan ayah yer.” Pujuk ayah.
“ Tak per ayah. Mya faham kerja ayah. Lagipun.. Mya dah
minta izin dari Mak cik Salmah untuk ke sini. Mya rindu ayah.” ucapku dengan
gembira.
“ Terima kasih Mya. Ayah pun rindu juga pada Mya.” Kami
berdua berpelukan di luar rumah sambil diperhatikan oleh seseorang tanpa ku
sedari. Ayah mengajakku untuk masuk ke dalam rumahnya. Wow…nampaknya bukan
sahaja di luar yang besar tapi kat dalam rumah ni lagi besar dan luas. Ayah
membawa aku ke ruang tamu. Mataku terpandang ke arah seorang wanita tua yang
sedang duduk di kerusi sofa antik itu.
“ Mya..ayah nak cakap sesuatu kat Mya.” Ujar Ayah sebaik
sahaja kami berdua melabuhkan punggung untuk duduk.
“ Tentang apa?”
“ Mya..sebenarnya ayah sudah berkahwin baru. Ini ialah mak
tiri kamu. Namanya Maria dan kamu juga ada seorang kakak tiri, Marsha namanya.
Tapi..kakak kamu tu tak ada kat sini. Mungkin..dia masih keluar bersama
teman-temannya.” Jelas ayah. Aku nak dikatakan terkejut tak ada lah juga.
Sebabnya..memang patut pun ayah aku kahwin lagi. Ibu aku kan dah lama
meninggal. Tak apa lah..asalkan ayah aku bahagia. Aku tengok pun Mak cik Maria
ni macam baik jer orangnya. Janganlah..aku jadi macam citer Cinderella..tu..tak
mahu aku.
“ Ya ker? Tak apa la ayah. Mya faham. Mya akan bahagia kalau
ayah behagia.”
“ Kalau macam tu..kenalkan. Ini mak tiri kamu.” Ucap ayah
yang mengenalkan aku kepada Mak cik Maria.
“ Mya..mama akan menjadi ibu yang baik buat Mya. Mama akan
anggap Mya ni macam anak kandung mama sendiri.” Ucap Puan Maria kepada anak
tirinya. Suaminya sudah pernah memberitahunya tengtang hal ini.
Alhamdulillah..Puan Marsha dapat menerima Mya dengan baik.
“ Terima kasih Mak cik. Tapi..tolong berikan Mya masa untuk
menyesuaikan keadaan terlebih dahulu.” Ucapku.
“ Baiklah..Mya. Mama tak kisah. Yang penting Mya dapat
terima mama seadanya. Bila Mya dah sedia, Mya bagitahu kat mama yer.” Puan
Maria terus memeluk aku. Aku membalas pelukan Mak cik Maria. Memang sudah lama
aku tidak merasakan pelukan dari seorang ibu. Kami semua ketawa bersama.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Alahai…terasa dahaga pula lewat malam macam ni. Baik aku
turun ke bawah lar. Aku menuju ke dapur untuk mencari peti sejuk. Usai aku
mengambil segelas air sejuk, aku keluar dari dapur untuk naik ke atas semula.
Namun, tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu sedang dibuka. Aku terus menoleh ke
arah pintu itu. Aku memberanikan diri untuk berjalan ke pintu tersebut.
Tiba-tiba..pintu dikuak.
“ ARGHHHHHH…hantuuu!!!” aku menjerit ketakutan.
Semua orang yang berada di dalam rumah terjaga akibat
mendengar jeritanku. Aku pulak dah macam tiang letrik tercegat kat depan pintu.
“ Kenapa ni Mya??” soal Mak cik Maria padaku.
“ A..a..ada hantu..mak cik. Tu hah kat depan Mya ni!”
jawabku. Mak cik Maria sukar melihat siapa yang ku maksudkan. Ayah terus
membuka lampu rumah agar kami semua dapat melihat dengan jelas.
“ Laa…Marsha rupanya, Mya. Ini bukan hantu tapi kakak tiri
kamu.” Ucap Mak cik Maria. Aku terus memandang tepat ke depanku. DOUBLE WHAT???
Ini kan perempuan yang aku jumpa masa kat jalan raya tadi..maknanya perempuan
ni kakak tiri aku? Aku dah terjangkit
dengan penyakit Geng Wow dalam drama Indon kat astro ria tu daa..
“ Marsha..lewat balik? Ingatkan dah tak ingat jalan nak
balik ke rumah.” Sindir ayah. Marsha hanya menayangkan muka tidak puas hatinya
pada ku.
“ Hei! Apa kau buat kat rumah aku ni? “ soal Marsha
tiba-tiba. Ayah dan mak cik Maria masing-masing terkejut dengan pertanyaan
Marsha kepadaku.
“ Marsha! Kenapa cakap macam tu dengan adik kamu?” balas Mak
cik Maria kepada anaknya.
“ Apa mama cakap ni? Bila masa pulak Marsha ada adik
perempuan?”
“ Marsha! Dia anak kandung ayah yang tinggal di kampung.
Mulai hari ini dia akan tinggal di sini bersama kita.” Jelas ayah pada Marsha.
“ What? Ini anak ayah! Marsha tak suka! Tak suka!” jelasnya.
“ Apa yang kamu cakap ni Marsha? Ayah tak kira! Ayah nak
kamu dan Mya saling berbaik. Faham!!” tegas ayah.
“ Betul apa ayah kamu cakap tu Marsha. Jangan nak melawan!
Dengar cakap ayah tu. Buat baik dengan Mya ni.” tambah Mak cik Maria lagi.
“ Argh…bencinya!” Marsha melanggar bahuku lalu terus naik ke
atas.
“ Sabarlah Mya. Mama harap Mya faham dengan sikap kak Marsha
kamu tu. Dia tu memang keras kepala sikit. Sebelum ni kamu pernah jumpa Marsha
ker? Mama tengok Marsha macam kenal kamu jer?”
“ Yer..mak cik. Nantilah Mya ceritakan.”
“ Sudah-sudah la tu maknya. Mya..pergi masuk bilik sekarang.
Hari dah lewat malam ni.” ucap ayah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Tak guna punya perempuan! Sebab kau sikit lagi kereta aku
yang mahal ni nak accident.Heh..dasar perempuan kampung.” omel Adrian sendirian
dalam bilik. Adrian masih tidak dapat melupakan kejadian tadi petang. Kata-kata
perempuan itu masih segar di ingatannya. Tiba-tiba..telefon bimbit Adrian
berbunyi.
“ Hello sayang. Dah tidur ker? I rindu kat you la.” Ucap
Linda.
“ Hello..baby. Tak lah..I masih tak mengantuk lagi ni.
Kenapa ni?” ucap Adrian.
“ I tak dapat tidur lah sayang. Boleh tak sayang nyanyikan
satu lagu ker?” ucap Linda dengan nada manja.
“Ish…pempuan ni buat-buat manja pulak. Time-time macam ni
pulak nak suruh aku nyanyi. Dahl ah aku bengang pasal perempuan kampung tu. Dia
ingat aku ni penyanyi ker? Nasib baik kau pandai goda aku..kalau tak..tak
adanya aku nak melayan kerenah kau yang gedik ni.” Dasar kaki playboy..itulah
Syed Adrian. Seorang lelaki yang tidak mudah jatuh cinta.
“ Oh yer ker..you betul-betul nak dengar I nyanyi ker?” soal
Adrian dengan suara yang menggoda pulak. Wek..nak termuntah pulak aku..ucap
Adrian sendirian.
“ Betul la..”
“ Ehm..sayang…I rasa bateri fon I nak mati
la..Hello..Hello..” Adrian terus mematikan telefon bimbitnya. Malas aku nak
melayan kerenah yang macam budak-budak ni. Adrian akhirnya melelapkan matanya
untuk tidur.
Datin Aina sibuk menguruskan sarapan buat suaminya dan juga
untuk anak lelakinya itu.
“ Bibik..kamu tolong angkat pinggan ni ke meja makan ya.”
Ucap Datin Aina.
“ Ehmmmm..sedapnya bau..Ling.” puji Datuk Mukhriz pada
isterinya yang sibuk di dapur. Datuk Mukhriz mengambil melabuhkan punggungnya
untuk duduk di kerusi meja makan itu.
“ Terima kasih Ling..” ucap Datin Aina pada suaminya dari
belakang. Datin Aina pulak mengambil tempat duduk bersebelahan dengan suaminya.
“ Eh…Adrian ni belum bangun lagi ker?” soal Datin Aina.
“ Tengoklah anak bertuah kamu tu. Memang tak boleh diharap.
Sampai bilalah nak berubah. Mesti malam tadi balik lambat. Tu pasal la lambat
bangun.” ujar Datuk Mukhriz yang tidak berpuas hati dengan sikap anak lelakinya
itu. Tidak tahu di mana silapnya semasa mendidik anaknya itu. Segala kasih
sayang dan kemewahan sudah dicurahkan pada Adrian. Namun..entah kenapa sikap
Adrian berubah sama sekali. Suka berhibur lewat malam, perempuan sana sini,
telinga bertindik..Datuk Mukhriz sudah tidak tahu untuk berkata apa kepada
anaknya itu.
“ Abang ni..jangan cakap macam tu pada anak kita. Tak baik.”
Ujar Datin Aina.
“ Tu lah awak..selalu manjakan dia. Tengok..apa sudah jadi
dengan sikap anak awak tu.”
“ Anak saya..anak awak juga. Bik! Tolong kejutkan Adrian
sekarang. Suruh dia turun untuk sarapan bersama.” Arah Datin Aina.
“ Tuan muda!! Datin Aina minta bibik kejutkan tuan. Katanya
bersarapan bersama.” Ujar bibik di luar bilik Adrian.
“ Ah…malaslah bik! Saya nak tidur ni. Jangan ganggu saya
tidur!” ucap Adrian.
Bibik terus turun ke bawah tanpa berlengah masa. Bibik sudah
mengerti akan sikap anak majikannya itu. Memang pantang kalau tidurnya
diganggu.
“ Maaf..Datin. Saya udah kejutkan tuan muda Adrian tadi.
Tapi..katanya dia mau tidur lagi. Tidak mau diganggu bilangnya.” Luah Bibik.
“ Tak apa la Bik. Kamu boleh buat kerja kamu sekarang.”
“ Tengok! Abang
memang dah agak dah dengan perangai Adrian ni. Tak pernah nak berubah.”
“ Iya la..bang. Oh ya bang..bukan ker Majlis Ulang tahun
syarikat abang dah nak dekat kan?”
“ Ya..minggu depan.”
“ Ok..abang kena pastikan majlis ulang tahun ni berjalan
dengan baik. Abang dah bagitahu pada Adrian tentang hal ini?”
“ Dah..tapi tak tahu ker anak awak tu ambil perhatian ker
tidak.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mya..nanti mama nak ajak Mya pergi shopping dengan
sama-sama dengan Kak Marsha kamu. Mya ok ker?” soal Mama.
“ Mya ok jer..” ucapku.
“ No! Marsha tak nak pergi kalau mama nak bawa budak kampung
ni ikut kita.” Ujar Marsha dengan kasar.
“ Marsha! Kamu ni kenapa cakap macam tu dengan adik kamu?”
“ Mama..dia bukan adik Marsha tau! Dan tak akan pernah jadi
adik Marsha sampai bila-bila. Faham!” Marsha terus bangkit dari sofa lalu naik
ke atas. Nasib baik ayah dah keluar pergi bekerja. Aku hanya berdiam diri.
Kekwat betul la kak Marsha ni..suka hati dia jer cakap aku budak kampung.
“ Mama..pergilah dengan budak kampung tu! Biar Marsha pergi
dengan Adrian nanti!!” laung Marsha dari atas.
“ Mya..mama minta maaf sangat dengan sikap anak mama tu.
Mungkin dia masih tak biasa dengan kehadiran Mya di sini. Kita bagi dia masa
yer.” Pujuk Mak cik Maria padaku.
Mak cik Maria membawa aku masuk ke dalam sebuah butik mewah.
Memang cantik sekali rekaan-rekaanya baju di butik ini. Sangat eksklusif dan
kelihatan mewah sekali. Yang penting mesti mahal harganya. Tapi..kenapa mak cik
Maria bawa aku ke sini?
Seorang lelaki muda yang tampil dengan kemeja putih keluar
untuk menyapa kami berdua. Lelaki itu kemudiannya menyalam tangan Mak cik Maria
seolah-olah mereka berdua sudah kenal lama. Aku hanya senyum pada lelaki muda
itu. Mungkin lelaki ini pereka baju kat butik ni kut.
“ Apa khabar Puan Maria. Rasanya dah lama juga Puan tak
datang ke sini.” Ucap pereka muda itu.
“ Baik, Rizal. Biasalah..sibuk menguruskan keluarga.
Ni..kenalkan anak saya, Mya Qalisha.”
“ Oh..ini anak..?” soal Rizal kepada Puan Maria. Setahu
Rizal, Puan Maria hanya memiliki seorang anak sahaja.
“ Ehm..tentu kamu hairan kan? Ini anak suami saya dengan
arwah isterinya dulu.” jelas Puan Maria.
“ Oh..maaf la Puan kalau saya ni menyibuk pulak hal keluarga
Puan.”
“ Tak apa lah. Saya tak kisah. Lagipun Mya ni dah macam anak
kandung saya sendiri.” Aku tersenyum mendengarnya. Memang baik lah mak cik
Maria ni. Rasa bersalah pulak aku panggil Mak cik.
“ Baiklah..Rizal. Saya datang ni sebenarnya nak tempah dress
untuk anak saya ni. Jadi saya nak awak tolong rekakan dress yang cantik untuk
anak saya ni. Boleh kan?”
“ Hah? Reka baju untuk aku? Biar betul? Aku nak pakai untuk
majlis apa? Ak tak tahu menahu pun hal ini..”fikirku.
“ Erm..mak cik..kenapa mak cik suruh pereka tu reka baju
untuk Mya? Mya nak pakai untuk apa?” soalku.
“ Oh..lupa pulak mama nak kasi tahu kamu ni. Minggu depan,
rakan perniagaan ayah kamu akan menganjurkan Majlis Ulang Tahun syarikatnya
yang ke 30 tahun. Jadi..ayah kamu dah pesan kat mama supaya tempahkan baju yang
sesuai untuk kamu pergi ke majlis tu nanti. Mama nak kamu nampak cantik pada
malam tu.”
“ Erm..Mya tak biasa la nak pergi majlis-majlis macam ni.Kalau
ada pun Mya cuma pergi majlis orang kawin jer..” Mak cik dan Rizal hanya senyum mendengarnya.
“ Memanglah mula-mula kamu akan rasa macam tu. Nanti
biasalah tu. Tak apa. Sekarang mama nak Mya bagitahu kat Rizal baju macamana
yang Mya suka.”
“ Erm..kalau macam tu ok la. Mya ni sebenarnya suka yang
simple-simple jer. Mya biasa pakai baju kurung jer..mak cik.”
“ Baiklah..Puan Maria. Biar saya berbual-bual dengan anak
Puan ni dulu.”
Usai berbincang mengenai pakaian yang akan direka untukku,
aku dan Mak cik Maria beredar dari situ. Mak cik Maria kata nak bawa aku
shopping kat Pav..Pavillion. Susah betul nak sebut..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Adrian tampak segak apabila memakai sut korporat yang
berwarna hitam itu sesuai dengan ketinggiannya dan wajahnya yang pan-asia.
Adrian sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menunggu mama dan papanya sedang
bersiap. Telefon bimbit Adrian berbunyi menandakan sms masuk.
“ Hai sayang. Sayang kat mana sekarang ni?” ujar Marsha.
“ Hai..sayang. I
masih kat rumah la. Tengah tunggu mama dan papa I bersiap. You?”
“ I pun still at home. Tengah touch up lagi..for you sayang.
I nak tampil cantik malam ni untuk jadi pasangan you.”
“ You..tak payah la nak touch up sangat. You kan dah lawa..”
Adrian sengaja menaip begitu kerana ingin mengambil hati Marsha.
Sebenarnya..kadang-kadang Adrian seram sejuk juga bila melihat wajah Marsha
yang selalu memakai mekap tebal-tebal. Kalau dah cantik..tak perlulah nak mekap
tebal-tebal.
“ Mana boleh sayang…kan malam ni banyak wartawan yang
datang. I kenalah tampil cantik untuk malam ni.”
“ Suka hati lah..ok lah sayang. Mama I dah siap tu. Nanti
kita jumpa. See u there.” Balas Adrian.
“ Ok..sayang. See u there. Muaahhhh” Naik geli Adrian
membacanya.
“ Adrian!! Papa nak kamu tanggalkan subang yang kamu pakai
tu. Ini majlis formal. Papa harap kamu boleh menghormati majlis syarikat kita
ni.” arah Datuk Mukhriz pada anaknya.
“ Ya lah….” Balas Adrian lemah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mya! Dah siap ker?” laung Mak cik Maria dari bawah. Aku masih di dalam bilik. Rasa segan pulak
pakai dress mahal macam ni. Dah lah aku tak biasa pakai dress macam ni..apatah
lagi dengan kasut tinggi macam ni. Aku keluar dari bilikku. Aku perlahan-lahan
menuruni anak tangga rumahku.
“ Wow…cantiknya Mya. Macam puteri..” puji Mak cik Maria
padaku. Ternyata..pereka muda yang bernama Rizal itu memang pandai mereka dress
muslimah yang sesuai untuk aku. Tapi..harganya pun boleh tahan juga. Marsha
yang sedang melihatku kelihatan tidak berpuas hati. Entah kenapa Marsha
menjelingku dengan tajam. Takkan dia nak jelous dengan dress aku ni kut. Dress
dia pun apa kurangnya.. cantik juga..tapi..dress dia tu agak terdedah dan agak
seksi bagi seorang muslim memakainya. Aku tak kisah lah. Dia yang nak pakai
baju macam tu.
“ Cantik betul Mya malam ni.” puji ayah pulak.
“ Terima kasih ayah. Ayah dan mama pun nampak sangat sepadan
malam ni.” ucapku ramah.
“ Mya…Mya panggil mama kan tadi?” soal Mak cik Maria. Aku
sudah bersedia untuk menerima Mak cik Maria sebagai ibu tiriku.
Sememangnya..Mak cik Maria memang melayan ku dengan baik sekali. Cuma…yang
kurengnya..anak dia tu lah..si Marsha tu ..aku belum dapat terima lagi dengan
sepenuhnya.
“ Yer..mama. Mya nak minta maaf kat mama dulu kalau sebelum
ni Mya panggil mama dengan panggilan mak cik. Tapi..sekarang Mya sudah bersedia
terima mama sebagai ibu tiri Mya. Mya sayang kat mama.” Mama memelukku. Ayah
senyum melihat kemesraaan kami berdua. Marsha pulak sudah tarik muka.
“ Sudah-sudahlah drama korang tu. Kita dah lambat ni. Jom
kita jalan.” Celah Marsha tiba-tiba.
“ Ala…Marsha tu merajuk la tu. Marsha pun cantik juga dan
seksi dengan dress merah tu.” Usik Ayah pada Marsha.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku berjalan beriringan dengan ayah dan Marsha berjalan
beriringan dengan Mama. Rasa segan pulak nak masuk kat dalam ballroom Hotel
Royal Bintang ni. Mana taknya..banyak sangat mata yang memandang kami
sekeluarga sebaik sahaja kaki kami melangkah masuk. Aku hanya melemparkan
senyuman kepada semua. Aku memegang lengan ayah.
“ Mya…relax jer. Semua ni teman perniagaan ayah. Nanti Mama
kamu akan kenalkan kamu pada mereka.” Ucap ayah. Aku hanya mengangguk.
“ Yes..sayang. Mya janganlah malu. Semua ni teman-teman ayah
kamu dan juga mama.” Jelas mama lagi. Ayah meninggalkan aku bersama dengan mama
dan juga Kak Marsha. Ayah hendak menyapa teman-temannya dahulu. Mama membawa
aku menyapa teman-temannya pulak.
“ Mama..Marsha nak pergi restroom kejap. Nanti kalau Adrian
dah datang, call Marsha tau mama.” Ucapnya.
“ Ya lah…”
“ Ehm..Mya..jom kita pergi kat sana duduk kat sana. Mama nak
kenalkan kamu dengan teman mama.” Aku hanya mengikut langkah Mama menuju ke
meja bulat VIP.
Nampaknya majlis akan bermula tak lama lagi. Aku hanya duduk
diam di sisi mama dan senyum kepada semua temannya.
“ Siapa gadis muda di sebelah awak ni Maria? Cantiknya..ni
sesuai kalau jadi menantu.” Usik Datin Katty @ Khatijah.
“ Ehm..ini anak saya. Namanya Mya Qalisha.” Ucap mama.
“ Bukan anak awak cuma Marsha tu jer ker?” soal Datin Katty.
“ Saya tahu mesti awak akan tanya soalan tu. Mya ni anak
suami saya dengan arwah isterinya yang pertama. Dulu..Mya ni tinggal di kampung
masa dia kecik. Sekarang dia dah besar, jadi dia tinggal la dengan kami
sekarang ni.” jelas Mama.
“ Oh…bertuahnya awak dapat anak perempuan yang cantik dan
manis lagi. Saya suka tengok anak awak ni. Berapa umur dia? Dah ada boyfriend
ker?”
Eh..eh…banyak pulak soalannya Datin Katty ni. Aku yang
berada di situ kurang selesa pulak bila diperhatikan oleh teman-teman mama ni.
Tapi..aku senyum sahaja lar pada mereka semua.
“ Anak saya ni muda lagi. Baru je 21 tahun..” jawab Mama.
“ Mama..mama..Mya nak pergi sana kejap. Boleh tak?” tanyaku.
“ Ok..tapi jangan lama-lama. Mama tungggu kat sini jer.” Aku
meminta diri kepada mama dan juga teman-teman mama yang lain.
Aku menuju ke meja hidangan yang tidak jauh dari meja mama
tadi. Banyak juga pencuci mulut ni. Ada kek la. Nampak sedap jer..aku terus
mengambil pinggan kecil untuk meletakkan kek coklat itu. Sewaktu aku
menghulurkan tanganku untuk mengambil kek coklat itu, tiba-tiba..
“ Maaf..” ucapku pada seorang lelaki kerana tersentuh
lengannya. Nasib baik berlapik. Aku memandang ke kiri ku.
Aku tak
tahu apa yang ku rasakan,
Dalam
hatiku saat pertama kali,
Lihat
dirimu melihatku.
Seluruh
tubuhku terpaku dan membisu,
Detak
jantungku berdebar tak menentu,
Sepertinya
aku tak ingin berlalu.
Adrian kaku seketika melihat gadis manis bertudung litup
yang berada di depannya. Pada pandangannya, gadis itu menarik perhatiannya
untuk terus menatap wajah itu. Seumur hidup, belum pernah hatinya berdegup
kencang seperti ini. Walaupun, sudah banyak perempuan yang digodanya tetapi
kali ini Adrian sendiri yang tergoda dengan gadis yang kini berada di depannya.
Hati Adrian rasa tenang sekali melihat gadis itu.
“ Encik…Encik…tak apa-apa ke?” soalku yang gelisah kepada
lelaki itu.
“ Err..tak..tak..tak ada apa. Saya ok. Minta maaf..saya
pergi dulu.” Adrian tidak betah berlama-lama berada di situ. Adrian tiba-tiba
saja berasa gementar. Apakah maknanya ini? Adrian terus berlalu dari situ.
Aku hanya memandang gerak geri lelaki itu dengan hairan.
Tapi..kenapa aku rasa macam aku pernah lihat lelaki itu sebelum ni? Di mana
yer? Aku berfikir sendirian. Tanpa membuang masa aku kembali semula ke meja
sambil membawa 2 potong kek coklat. Aku menhadiahkan senyuman kepada mama dan
juga teman-temannya. Mana pulak Kak Marsha ni?
Dari tadi tak nampak-nampak..
“ Hai..mama. Mya ada ambilkan mama kek tadi. Mama nak rasa tak?”
sapaku.
“ Ok. Terima kasih sayang.”
“ Tanpa melengahkan masa lagi, saya jemput Yang Berbahagia
Datuk Syed Mukhriz bin Hj Syed Mokhtar
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.”
Ucap Pengerusi Majlis itu. Semua orang bertepuk tangan.
“ Mya…kalau nak tahu, Datuk Mukhriz ni kawab baik ayah kamu.
Dialah yang banyak tolong ayah kamu untuk mengembangkan perniagaan tekstilnya.
Aku hanya mengangguk tanda mengerti.
Usai sahaja ucapan Datuk Mukhriz, sekali lagi tetamu yang hadir
bertepuk tangan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan petikan piano untuk
menyerikan piano.
“ Mya..makanlah. Jangan malu.” Luah Mama. Ayah nampaknya
tengah berseronok dengan teman-temannya di meja sebelah. Mungkin mereka sedang
berbincang tentang hal perniagaan.
Tiba-tiba..kami disapa oleh seorang wanita yang agak berusia
namun penampilannya kelihatan elegan. Wanita tua itu menyapa mama dan berlaga
pipi dengan mama. Aku senyum kepadanya.
“ Mya..kenalkan ini Datin Aina. Isteri kepada Datuk Syed Mukhriz dan juga teman mama.” Lantas aku
menyalam tangan wanita tua itu. Wanita tua itu berlaga pipi dengan ku.
“ Oh..inilah anak Mazlan dengan arwah isterinya yang pertama
tu yer?” ucapnya. Maknanya..wanita tua ini mengetahui latar belakang
keluargaku.
“ Yer..saya mak cik.”
“ Anak ni nama apa?”
“ Mya Qalisha.” Jawabku.
“ Oh..sedap nama tu. Sesuai sekali dengan orangnya yang
manis macam Mya.” Pujinya.
“ Mana Adrian?” soal mama pada Datin Aina.
“ Ehm..tak tahulah. Kejap ada..kejap tak ada. Jumpa Marsha
kut?”
“ Mungkin la tu..”
“ Ok..lah..Mar. Saya nak ke meja depan tu pulak. Mya..nanti
mak cik kenalkan Mya dengan anak lelaki mak cik yer.” Usiknya. Hati Datin Aina
turut terpaut pada wajah polos Mya. Sejuk matanya memandang tiap kali melihat
Mya yang manis bertudung itu. Datin Aina berniat untuk mengenalkan Mya dengan
anaknya agar anaknya itu dapat berubah menjadi lebih baik. Datin Aina tidak
suka Adrian selalu keluar dengan Marsha walaupun Marsha itu anak kepada teman
baiknya sendiri.
“ Ah..ya. Mya on jer..” ucapku riang.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sejak malam itu, tidur Adrian selalu saja tidak lena.
Kadang-kadang, Adrian boleh termimpi pulak akan gadis yang baru sahaja
dilihatnya malam majlis ulang tahun syarikat tiga hari yang lepas. Siapakah kau
yang bias membuat tidurku tak lena? Makan tak kenyang? Aku rindu sekali akan
wajah itu. Bila lagi aku akan bertemu mu? Adrian kini sudah jarang keluar
bersosial dengan teman-teman wanitanya. Marsha juga sudah banyak kali menelefonnya
namun tidak dijawab oleh Adrian.
Adrian turun ke bawah. Adrian perlu bertanya kepada mamanya.
Mungkin mamanya mengenali gadis itu. Sebenarnya, Adrian terlihat yang mamanya
ada berbual mesra dengan gadis itu. Ingin sahaja Adrian mendekati mamanya..namun
Marsha pulak menghalang malam itu.
“ Ad…sini kejap. Mama nak minta tolong sikit.” Ucap Datin
Aina. Adrian baru sahaja inigin melangkah ke dapur namun panggilan mamanya
membuatkan terhenti. Adrian segera bergerak ke ruang tamu untuk berjumpa mamanya.
“ Ehm..ada apa ma?”
“ Mama nak Ad tolong hantarkan mama ke rumah Puan Maria.
Boleh tak?” pinta Datin Aina. Hajat sebenar Datin Aina adalah untuk mengenalkan
anak terunanya ini kepada Mya. Datin Aina sebenarnya perasan akan perubahan
sesuatu terhadap anaknya ini. Sejak kebelakangan ini, anaknya itu lebih suka
duduk di rumah selepas balik dari kerja. Tidak seperti selalu. Anaknya itu juga
sudah jarang keluar malam. Dan yang paling membanggakan, anaknya itu sudah
tidak memakai subang lagi. Datin Aina rasa gembira sekali dengan perubahan
anaknya walaupun Datin Aina tidak tahu sebab Adrian menjadi begitu.
“ Ok..tapi Ad tukar baju dulu.” jawabnya perlahan.
“ Ad…mama rasa bangga Ad sudah berubah. Mama bersyukur
sangat.” Luah Datin Aina.
“ Heh…?”
“ Ya lah…mama tengok Ad dah tak pakai subang kat telinga
tu..dan Ad dah tak keluar malam-malam lagi.”
“ Oh…ok la. Ad naik dulu.”
Pintu pagar rumah Puan Maria terbuka automatik. Adrian
memakirkan keretanya. Puan Maria segera keluar untuk menyambut kedatangan teman
baiknya itu. Adrian menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Maria.
“ Jemput masuk.” Ajak Puan Maria. Puan Maria membawa Datin
Aina dengan Adrian masuk ke ruang tamu. Marsha yang baru sahaja bangun dari
tidur tidak menduga bahawa Adrian dan mamanya akan datang ke rumahnya tengah
hari ini. Sudahlah keadaan dirinya sekarang ini tidak terurus. Lantas Marsha
membersihkan dirinya terlebih dahulu.
“ Mya…Mak cik Aina datang ni.” ujar Mama padaku. Kerja
membuat kek cheese ni perlu aku hantikan dulu sementara. Aku bergegas keluar
dari dapur.
Aku terus menyalam tangan Datin Aina. Datin Aina pulak terus
sahaja memeluk aku.
“ Mya buat apa ni sampai pipi Mya ni ada sikit tepung?” usik
Datin Aina. Aku terus menyentuh pipiku untuk menghilangkan kesan kotoran itu.
Tiba-tiba..sehelai sapu tangan dihulurkan padaku tanpa melihat gerangan yang
memberi. Lalu ku bersihkan pipiku. Semua orang ketawa melihat tingkah laku ku.
Aku malu memandang mereka.
“ Ehm..Mya ni sedang buat Kek Cheese kat dapur tu. Katanya
nak bagi kat saya rasa kek buatan dia.” Ujar Puan Maria.
“ Rajinnya…Mya. Kalau macam ni..menantu, Mak cik suka.” Aku
tersipu malu mendengarnya. Tiba-tiba, pandangan terarah kepada seorang lelaki
muda yang berada di sisi Datin Aina. Itukan lelaki yang kat majlis ulang tahun syarikat
kawan ayah. Dia ni ker anak Datin Aina?
Kejap…kejap..aku macam pernah tengok la muka dia ni. Aku berfikir sejenak cuba
mengingat kembali.
“ Hai…Aunt. Adrian pun ada sama?” sapa Marsha tiba-tiba.
“ Eh..Marsha..kamu apa khabar?”
“ Baik la Aunt. Aunt nampak cantik hari ini.” puji Marsha
yang sengaja memancing hati Datin Aina walaupun Marsha tahu yang Datin Aina
tidak berapa berkenan dengannya.
“ Biasa saja. Aunt ni kan dah tua..” balas Datin Aina.
“ HAHHH!!!! Mya dah ingat?” suara ku tiba-tiba kuat sehingga
semua orang terkejut mendengarnya.
“ Mya dah ingat mama!” ucapku pada Mama. Adrian juga
terkejut mendengar jeritan kecil daripada Mya. Adrian juga sebenarnya seperti
pernah melihat perempuan ini. Sejak dari tadi lagi, Adrian memerhatikan wajah
perempuan itu yang menarik perhatiannya sekali lagi walaupun perempuan itu
hanya ber t-shirt dan berkain batik. Bukankah perempuan ini yang dijumpainya
pada malam ulang tahun syarikat ayahnya itu.
“ Apa yang Mya dah ingat?” Puan Maria berasa cemas pulak.
Begitu juga dengan Datin Aina serta Marsha.
“ Encik.. Encik ingat saya tak? Saya yang kat lintasan zebra
tu? Mama!Inilah lelaki yang marah pada Mya tu!” adu Mya tanpa bersembunyi.
Adrian baru teringat kembali. Memang benar..perempuan inilah yang terlibat
dalam kemalangan kecil yang disebabkan olehnya. Salahnya juga kerana melayan
Marsha yang berada di sebelahnya ketika memandu. Adrian masih ingat tentang
kata-kata kasar yang pernah dilemparkan kepada Mya. Adrian rasa malu sangat
pada Mya. Mya adalah orang yang berjaya membuatkan hatinya gundah gulana tapi
Mya jugalah orang yang pernah dimarahnya dahulu.
“ Apa yang Mya cakap ni Ad? Ad dah kenal dengan Mya ke
sebelum ni?” soal Datin Aina.
“ Ehm..mama sebenarnya ini salah Ad. Nanti Ad jelaskan pada
mama. Cik Mya..boleh kita bincang sekejap kat luar?” soal Adrian yang jelas
kesal dengan tindakannya dahulu. Adrian sudah bertekad untuk meminta maaf pada
Mya dan sekali gus ingin memulakan perkenalan baru dengan Mya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Cik Mya…saya minta maaf tentang hari tu. Saya betul-betul
minta maaf.” Rayu Adrian.
“ Baru sekarang awak sedar nak minta maaf! Kenapa hari tu
awak tak buat macam ni? Awak tahu saya benci orang yang dah hina
saya..terutamanya awak?” Sudah lama Mya memendam rasa marahnya pada Adrian
tentang kemalangan hari tu. Tidak sangka Adrian sebenarnya anak kepada Mak cik
Aina. Lebih-lebih lagi bila Mak cik Aina ingin mengenalkan aku dengannya.
“ Cik Mya..saya betul-betul ikhlas nak minta maaf pada awak.
Saya tahu apa yang saya cakap hari tu membuatkan awak benci pada saya. Tapi,
please..awak tolonglah maafkan saya sebab….” Jelas Adrian tergantung di situ.
“ Sebab apa??” soalku tinggi.
“ Sebab…sebab saya dah jatuh cinta pada awak. Awak dah
buatkan tidur saya tak lena. Awak dah buatkan hidup saya tak tentu arah. Awak
dah curi hati saya dengan senyuman awak malam tu. Saya nak awak pulangkan balik
hati saya yang awak dah curi.” Luah Adrian membuatkan Mya terkesima
mendengarnya.
“ A…apa yang awak cakap ni? Saya tahu awak cakap macam tu
sebab awak nak saya maafkan awak kan? But..no way! Hati saya belum terbuka
lagi! Lagipun..saya ni kan cuma budak kampung jer! Saya rasa awak baik awak
cari pempuan lain. Mesti banyak yang beratur nakkan awak. Awakkan Encik Playboy
yang terkenal..” ucap sinis Mya. Sungguh Adrian terasa dengan kata-kata Mya
itu. Namun, Adrian tidak peduli dengan semua itu. Adrian perlu membuktikan
kepada Mya bahawa dia sudah tidak seperti dulu lagi.
“ Saya tahu awak susah nak terima saya. Tapi..percayalah.
Saya jatuh cinta pada awak Mya Qalisha. Hanya awak yang mampu membuat hati saya
berdebar-debar. Hanya awak sahaja yang mampu luahkan kata-kata itu. Saya
cintakan awak Mya Qalisha!” jelas Adrian lagi. Tanpa mereka berdua sedar
perbualan mereka itu sedang dulihat oleh ibu-ibu mereka dan juga Marsha yang
menahan rasa geram pada Mya dan juga Adrian.
Buat pertama kalinya aku mendengar luahan cinta dari seorang
lelaki yang aku belum kenal sepenuhnya.
Sungguhpun..aku berkata kasar padanya,
dia tak pernah berputus asa untuk meluahkan perasaannya. Hatiku tiba-tiba
tersentuh dengan pengakuan ikhlasnya. Tapi..Adrian kan teman lelaki kakak aku.
Nanti..apa pulak kata mama? Lagi dasyat..tentu Kak Marsha marah giler kalau dia
tahu apa yang sedang berlaku sekarang.
“ Baiklah..Mya. Saya akan beri awak masa untuk berfikir
tentang hal kita. Tak kira berapa lama awak nak ambil masa untuk berfikir, saya
akan tetap menunggu jawapan awak. Saya tak akan berhenti untuk menyukai awak.
Saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta pada saya! Terima kasih kerana
sudi mendengar luahan saya.”Adrian berlalu masuk ke dalam keretanya.
“ Puan Maria, saya rasa saya minta diri dulu la yer. Saya
juga nak minta maaf pada awak soal Adrian tu tadi. Sebagai ibu, saya faham akan
perasaan anak saya tu. Awak tolonglah beritahu Mya supaya maafkan anak saya tu
yer. Assalamualaikum.” Puan Maria dan Datin Aina berpelukan sebelum Datin Aina
keluar.
“ Waalaikumsalam.”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Hey!! Mya!! Kau ni memang perempuan tak tahu malukan? Kau
goda boyfriend aku! Dasar perempuan kampung! PANGGG!!!” Marsha tidak dapat
menahan rasa amarahnya terhadap Mya lalu menamparnya. Puan Maria yang nampak
kejadian itu bergegas menuju ke arah mereka. Puan Maria sudah menganggak hal
ini akan terjadi pada Mya dan Marsha.
“ Kakak! Mya tahu yang Adrian tu teman lelaki akak. Mya tak
pernah goda dia. Mya tak akan rampas dia dari akak!” jawabku sambil menyentuh
pipiku yang masih terasa sakit. Air mataku sudah jatuh berguguran.
“ Sudah!!! Kamu berdua sudah! Kenapa nak bergaduh pasal
seorang lelaki? Marsha! Kenapa kamu tampar adik kamu tu? Mama tak pernah ajar
kamu macam tu! Minta maaf pada adik kamu sekarang! Cepat!” gertak Puan Maria
pada anaknya itu. Anaknya itu nampaknya sudah diberi terlalu muka olehnya. Puan
Maria amat kesal dengan tindakan anaknya itu terhadap Mya. Kalau suaminya tahu
tentang hal ini, Puan Maria tidak tahu apa akan terjadi. Nasib baiklah suaminya
itu sekarang ni berada di Taiwan atas urusan perniagaan untuk tempoh yang lama.
“ No! Marsha tak akan minta maaf pada dia. Dia yang
menggatal sangat nak goda teman lelaki Marsha. Marsha benci dia “ Marsha
menjerit bagai orang terkena histeria.
Marsha!! Mama nak tanya kamu satu soalan. Selama ni pernah
tak Adrian mengaku yang dia suka kamu? Pernah tak dia luahkan perasaan cinta
dia pada kamu?” Marsha terus berlari naik ke atas. !!” Mama mendekati aku dan
memeluk aku untuk menenangkan aku.
“ Mya..mama minta maaf pasal kakak kamu tu. Mama dah silap
mendidik anak mama tu. Mama terlalu manjakan dia sampai dia jadi macam tu. Mama
harap Mya faham sikap kak Marsha kamu tu. Dia buat semua tu sebab dia terlalu
sayangkan Adrian tu. Walhal..Adrian cuma menganggap Marsha tak ubah seperti
kawan sahaja kerana mereka sudah lama berkawan sejak dari kecil lagi.
“ Mya faham mama. Mya naik atas dulu yer.” Ucapku lemah.
Aku membaringkan diri di atas katil. Aku masih terkejut
dengan kejadian tadi tengah hari. Siapa sangka Adrian adalah anak kepada Mak
cik Aina. Memang kecil dunia ni. Dalam banyak-banyak orang, dia juga yang aku
jumpa. Dan..kenapa pulak dia meluahkan perasaan dia pada aku? Betul ker dia
cintakan aku? Tapi..macamana dengan semua perempuan keliling pinggang dia tu.
Apalagi..Kak Marsha..dah macam orang hilang suami. Aku tak tahu nak buat apa
sekarang. Ya Allah..bantulah hamba mu ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sudah sebulan berlalu sejak berlaku kejadian itu. Adrian
tidak pernah berhenti dari menghantar bunga beserta kad luahan cintanya. Bilik
aku rasanya macam dah penuh dengan bunga yang dikirimnya. Aku tidak tahu
bagaimana untuk membalasnya. Adakalanya..aku tersenyum membaca bait-bait cinta
yang ditulisnya. Tapi..macamana dengan kak Marsha? Aku takut aku akan melukai
hati kak Marsha jika aku menerima Adrian..
Hati
merasa sepi
Bila aku
jauh
Dari
sentuhan cintamu
Ingin
selalu ada dekatmu
Selalu
ada dihatimu
Jangan
tinggalkan
Dan
jangan pernah kau lepaskan..
Aku membaca salah satu kad yang di
beri Adrian padaku. Aku dapat merasakan keihlasan Adrian yang tidak pernah berputus asa untuk
memikatku. Mama juga selalu bercerita padaku tentang diri Adrian. Mama kata
Adrian sudah banyak berubah melalui cerita Datin Aina. Adrian sudah tidak
keluar malam lagi. Adrian sudah membuang segala tabiat buruknya yang suka
mempermainkan perasaan perempuan. Aku rasa gembira dengan perubahannya itu. Aku
tertarik dengan kata-kata salah satu kad
yang Adrian beri padaku. Apakah aku terlalu berkeras padanya?
Bahasaku…
Mungkin tidak
seindah
Lafaz kata
pujangga
Namun ku
bersumpah…
Rela ku tunggu
Jawapanmu…
Masihkah aku ada
Di hatimu…saat
ini
“ TUKKK” mama masuk ke dalam bilikku.
Mama melabuhkan punggungnya duduk di birai katil.
“ Tengah baca kad Adrian yer?” usik
Mama padaku.
“ Ah…tak..tak ada la.” Aku terus
menyembunyikan kad Adrian di bawah bantal.
“ Ala..tak payah la nak sorok dari
mama. Mama faham. Mesti Mya fikir tentang kak Marsha kan? Mya tak perlu risau
soal kak Marsha. Apa yang penting sekarang ni ialah perasaan Mya pada Adrian.
Apa yang Mya rasa pada Adrian sekarang?”
“ Err…Mya..Mya tak tahu la ma. Bila
Mya terima bunga dari Adrian, Mya happy. Dan bila My abaca kad yang Adrian beri
tu, Mya terharu sangat.”
“ Hah….itu tandanya Mya dah jatuh
cinta pada Adrian.” Jawab mama lagi. Pipiku sudah mula merah.
“ Tengok tu…muka Mya dah merah.
Tandanya suka la tu. Mya, mama harap Mya yakin dengan keputusan Mya. Mama tak
kisah Mya nak bercinta dengan siapa. Yang penting anak mama ni bahagia.” Aku
memeluk Mama erat. Aku sangat sayang pada mama. Walaupun mama bukan ibu
kandungku namun mama sentiasa melayan ku dengan baik. Siapa kata ibu tiri ni
jahat? Tak semua tau ibu tiri ni jahat. Ok! Aku sudah buat keputusan. Ya..aku memang dah jatuh cintah pada kau Syed
Adrian aka Encik Playboy. Aku mengaku yang kau dah curi hati aku.
“ Mama, Mya dah buat keputusan. Mya
akan bagitahu Adrian perasaan Mya.” Ucapku gembira. Mama senyum padaku.
Rupa-rupanya, perbualan ku telah didengari oleh Marsha tanpa kusedar.
“ Aku takkan biarkan kau bahagia
dengan Adrian!” Itu janji Marsha pada dirinya. Marsha segera mendail nombor
telefon Adrian.
“ Hello Adrian. Aku nak sampaikan
sesuatu pada kau.” Ujar Marsha.
“ Aku malas nak dengar.” Tegas Adrian.
Adrian sudah menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Marsha tiga hari yang lalu.
Walaupun Adrian tahu Marsha sukar menerimanya, Adrian harus menghentikannya
sebelum terlambat.
“ Aku nak cakap tentang Mya!” Umpan
Marsha mengena pada Adrian. Marsha akan menghasut Adrian supaya berputus asa
pada Mya.
“ Ehm..apa dia?”
“ Baik. Aku nak beritahu kau nanti Mya
akan call kau. Dia kata dia nak jumpa kau. Kau nak tahu sebab apa dia nak jumpa
kau? Dia nak beritahu tentang jawapan kepada luahan perasaan kau tu. Dia tidak
akan terima cinta kau. Dia akan pergi ke luar negara untuk lanjutkan pelajaran.
Jadi..kau jangan berangan la nak bercinta dengan Mya. Mya kata dia benci kau
sebab kau dah pernah hina dia dulu. Dia tak nak jumpa kau lagi.” Puas hati
Marsha.
Adrian terus meletakkan telefon
bimbitnya. Sakit hatinya mendengar kata-kata daripada Marsha. Sampai hati awak
Mya. Kalau itu yang awak nak, saya akan mengundurkan diri dan akan pergi dari
sini. Selamat tinggal Mya Qalisha.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mama..Adrian rasa nak sambung
belajar kat luar negara la. Adrian rasa cukuplah Adrian menunggu jawapan dari
Mya. Adrian dah tahu jawapannya. Mya tak terima cinta Ad. Mya benci Ad ma. Ad
dah booking tiket ke New York jam 8 malam ni juga.” Ujar Ad lemah pada mamanya.
Datin Aina bersimpati dengan anaknya itu.
“ Ad dah fikir habis-habis ker? Tak
menyesal?”
“ Ad dah buat keputusan ma.
Biarlah..Ad pergi untuk mengubat luka di hati Ad ni. Ad perlukan masa ma.”
“ Baiklah. Mama faham.” Tiba-tiba,
telefon bimbit Adrian berbunyi. Ad melihat skrin telefon bimbitnya. Mya!!
Adrian terus terbayang kata-kata Marsha tadi. Ad hanya membiarkan sahaja
telefon bimbitnya berdering.
“ Ad..kenapa tak jawab telefon tu?
Mungkin penting?”
“ Memang penting ma. Tapi..Ad malaslah
nak jawab. Biarkan saja. Ok..la ma. Ad nak packing dulu.” Datin Aina keluar
dari bilik dari Adrian.
Aku berkali-kali menelefon Adrian.
Tapi..semua panggilan ku tidak berjawab. Kenapa dengan Adrian ni? Ada sesuatu
yang berlaku ker? Aku risau pulak dengannya. Astagfirullah..aku belum solat
maghrib lagi. Aku segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Usai solat,
aku berdoa kepada Allah agar menenangkan hatiku.
“ Mya!!! Mak cik Aina telefon ni!”
laung mama dari bawah. Aku segera turun ke bawah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Adrian menyalam kedua tangan ibu
bapanya. Adrian melambai ke arah mama dan juga papanya yang berlalu pergi.
Sebaik sahaja Pak Samad memarkirkan kereta, aku terus membuka pintu dan berlari
laju masuk ke dalam lapangan terbang. Aku berlari melihat jadual penerbangan ke
New York. Mak cik Aina telah memberitahu aku semuanya di telefon tadi bahawa
Adrian akan berangkat malam ni ke New York.
Aku berlari lagi mencari kelibat
Adrian. Aku perlu menjelaskan kepadanya soal perasaan ku padanya. Adrian
mengambil tempat duduk sementara menunggu penerbangannya. Aku berjalan lagi
mencari Adrian. Aku merenung jam ku kini. Adakah aku sudah terlambat? Ya
Allah..tolonglah aku untuk berjumpa dengaannya. Tanpa ku sedar aku menitiskan
air mata. Aku mengesat air mataku yang jatuh ke pipi. Tiba-tiba, seseorang
menghulukan aku sehelai sapu tangan.
“ Terima kasih.” Lelaki itu berlalu
pergi tanpa sempat ku melihat wajahnya. Aku kenal belakang tu.
“ Adrian!!!” ucapku sedikit tinggi.
Lelaki itu masih membelakangiku tetapi menghentikan langkahnya.
“ Syed Adrian Syed Mukhriz!” sekali
lagi aku memanggil namanya. Aku pasti lelaki itu adalah Adrian. Adrian tidak
sampai hati melihat wajah perempuan yang dicintainya itu sekarang. Adrian malu
untuk bersemuka dengannya. Aku berlari untuk menghadapnya.
“ Adrian..” ucapku setelah
mendapatkannya. Adrian tersentak. Dia kini sedang berdepan dengan Mya.
“ Mya!! Macamana Mya boleh ada kat
sini?” soal Adrian yang terkejut.
“ Adrian..kenapa awak nak lari dari
saya? Kenapa Ad?” air mataku mangalir lagi.
“ Mya..saya bukan lari dari awak. Saya
cuma nak merawat hati saya yang dah luka ni.”
“ Kenapa pulak? Bila saya lukakan hati
awak? Awak yang lukakan hati saya? Awak tahu?”
“ Kenapa pulak saya. Marsha kata awak
benci pada saya sebab saya pernah hina awak dulu. Dan awak tak akan terima
cinta saya.” Jawab Adrian.
“ Bila masa Mya cakap macam tu pada
kak Marsha? Ad..itu semuanya tipu. Kak Marsha sebenarnya tipu awak. Dengar
sini, saya dah buat keputusan.”
“ Apa maksud awak?”
“ Adrian, saya tak tahu bila saya mula
rasa macam ni. Bila saya dapat bunga dari awak dank ad awak, saya rasa bahagia
sangat. Setiap kata-kata yang awak tulis membuatkan saya rasa terharu.
Adrian..saya rasa saya dah dapat jawapannya. Saya nak bagitahu awak yang saya
terima cinta Syed Adrian dan saya maafkan awak.” Ucapku tenang.
“ Betul ni..awak tak tipu saya?”
Adrian inginkan kepastian.
“ Yes..I love you Adrian. Awak dah
curi hati saya Encik Playboy.” Aku senyum padanya.
“ I do love you too Mya. Awak dah
rawat luka hati saya Cindarella ku.” balas Adrian padaku. Kami berdua ketawa
bersama kerana flight yang sepatutnya dinaiki oleh Adrian sudah terlepas.
Alhamdulillah..kami akhirnya dapat meluahkan perasaan yang masing-masing.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
3 bulan kemudian…
“ Tahniah..atas pertunangan awak
berdua. Kakak ucapkan semoga berkekalan ke jinjang pelamin.” Ucap Kak Marsha
padaku. Akhirnya..kak Marsha sudah dapat menerima semuanya. Kak Marsha sudah
menjelaskan semuanya kepada Adrian tentan hal yang sebenarnya. Ayah yang baru
sebulan balik ke Malaysia tidak tahu apa yang terjadi antara aku, Adrian dan
kak Marsha. Biarlah semuanya menjadi rahsia.
Aku rasa bahagia sangat di samping
keluarga yang tersayang. Begitu juga dengan Adrian yang kini sudah menjadi
tunangku. Di dalam dunia, kita perlu banyakkan bersabar agar segala apa yang
kita lakukan akan mendapat impalannya. Jangan disangka semua ibu tiri itu jahat
kerana kita tak tahu ada juga ibu kandung yang jahat. Namun, semua itu berlaku
pasti ada sebabnya.
“ Sayang..apa kata minggu depan kita
kahwin?” ajak Adrian.
“ Eeee…awak ni gatalnya. Sabarlah.
Tinggal 2 bulan je lagi.” Aku mencubit lengannya. Semua keluarga ketawa melihat
tingkah laku kami berdua. Semoga..kebahgiaan keluargaku dan hubungan ku dengan
Adrian akan berkekalan selamanya.
TAMAT.
( Ini adalah cerpen saya yang ke enam. Harap-harap sudi-sudilah
terima cerpen saya yang tak seberapa ini. Silalah komen untuk saya perbaiki
pada cerpen yang akan datang. Selamat membaca semua.”
11 comments
Coollah!!! >0<
ReplyDeletethanks Mira...hihihi
ReplyDeleteSuka2
ReplyDeleteterima kasih Salina....hihihi...ada banyak lg cerpen...jangan segan baca, jangan segan komen :)
ReplyDeletejalan ceritanya best sangat..terbaik
ReplyDelete(y)
Best...hmpir kslrhan nya best...cma yg last 2 kcau skit...kn Mya ni pkai tdung...so rsa nya x brpa nk ssuai nk cbit2 ni...wlaupn dgn tnang...haha...overall...syok...gud job...
ReplyDeleteBest...hmpir kslrhan nya best...cma yg last 2 kcau skit...kn Mya ni pkai tdung...so rsa nya x brpa nk ssuai nk cbit2 ni...wlaupn dgn tnang...haha...overall...syok...gud job...
ReplyDeleteBest nye cerpen sis kira lee nii.. 😘😍 saya mohon post kat wattpad blh tak?
ReplyDeleteGood job.suka sgt cite ni
ReplyDeleteBest cerpen ni sis
ReplyDeleteComel lah cerita ni....aduhaiii cair nyah
ReplyDelete