Cerpen CINDARELLA KAMPUNG & ENCIK PLAYBOY

14:13




BY : KIR@ LEE

Wah.....besarnya bangunan-bangunan kat KL ni. Begini rupanya suasana tinggal di bandar ni. Tak macam di kampung..udaranya bersih, keadaannya tenang tak bising macam kat kota metropolitan ni. Aku merenung kembali sekeping kertas kecil yang tertulis alamat ayahku. Sebenarnya..kisahnya begini. Ayahku sudah lama berpindah ke bandar disebabkan urusan perniagaannya. Aku pulak terpaksa dijaga oleh Mak cik Salmah atas permintaan ayahku sendiri setelah kematian ibuku. Sudah agak lama juga ayah meninggalkan aku. Namun, beberapa bulan yang lalu ayah ada menghubungi aku di kampung dan ayah sudah memberikan aku alamat rumahnya di bandar.

Aku terpaksa meyakinkan Mak cik Salmah agar aku dapat pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan ayahku. Walaupun agak berat untuk berpisah dengan Mak cik Salmah, aku harus menerimanya kerana aku ingin berjumpa dengan ayah yang sudah lama tidak kutemui. Aku membawa beg pakaian ku ke pangkuanku. Ya..lah..inikan kota bandar. Aku kenalah berhati-hati..takut-takut ada penjahat ker..apa ker..
Lampu isyarat untuk pejalan kaki menunjukkan warna hijau. Aku pun berjalan ingin melintasnya. Tiba-tiba…..AAAA!!!!!!!!!

“ HOIII!!! Gila ker nak lalu kat sini!!! Jerit satu suara yang datang dari sebuah kereta sport mini cooper S itu.

Aku bagaikan terpaku seketika. Giler…ini memang giler. Silap..silap aku boleh jalan pada umur yang 21 tahun. Apa punya orang memandu macam tak ada otak? Dia yang giler bawa laju-laju kat lintasan zebra ni..omelku dalam hati.

Pemandu itu tidak berpuas hati dengan reaksi perempuan yang berada di depannya ini. Pemandu itu terus sahaja keluar dari keretanya. Gadis yang berada di sisinya tadi turut keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“ Hey perempuan!! Kau dah giler ker nak lalu jalan ni? Macamana kalau aku tak berhenti tadi?? Kau nak bunuh diri ker? Nasib baik tak ada kereta kat belakang aku!” marah lelaki itu kepada ku.

Aku terus bangun. Aku tidak boleh membiarkan lelaki ini menuduh aku sesuka hatinya. Bukan aku yang salah. Dia yang salah. Sudah terang lagi bersuluh. Lampu isyarat untuk pejalan kaki yang bertukar hijau. Jadi..maknanya giliran aku la nak lintas. Tak guna punya lelaki. Dia yang nak bunuh orang!!”

“ Apa hey..hey!! Encik ni memang tak ada adab ya! Encik..untuk pengetahuan Encik..Encik yang salah. Cuba tengok lampu isyarat pejalan kaki tu..kan warna hijau. Maknanya..giliran saya la nak melintas jalan. Apa Encik ni tak tahu undang-undang jalan raya ker?” soalku sinis.

“ Kau jangan nak mengajar aku! Tadi aku lihat lampu tu masih warna merah. Kau yang tak tengok betul-betul?” balas lelaki itu yang ternyata tidak berpuas hati. Alaa..lelaki memang ego sangat. Tak nak mengaku walaupun itu memang kenyataannya.

“ Encik ni dah melampau ni.Encik jangan nak kurang ajar yer. Kalau Encik tu tak melayan perempuan yang duduk sebelah Encik tu, mungkin kemalangan ni tak akan berlaku! Lain kali kalau nak memandu tu pandang ke depan..bukannya pandang perempuan!” balasku pulak. Perempuan yang sedang memeluk lengan lelaki itu ternyata tidak berpuas hati.

“ Ehh..perempuan. Kau dengar sini yer! Kau tu jangan nak salahkan orang lain yer! Dah lah perempuan kampung. Ada hati nak salahkan aku pulak. Memang dasar perempuan kampung betul!” ucap perempuan yang berpakaian seksi itu. Memang sepadan lah dengan lelakinya yang bertindik telinganya itu.

“ Setidaknya-tidaknya..aku masih tahu cara berpakaian yang sopan. Bukannya berpakaian macam orang tak cukup duit nak beli baju..belah sana..belah sini..dan subang aku pun..aku tak pakai pulak walaupun aku ni perempuan.” Lelaki dan perempuan itu bertambah marah dengan kenyataanku.

“ Kau??” lelaki itu menunding jari telunjuknya ke arahku.

“ PONNNNN!!!!”

“ Cepat jalan…hoi!!!” jerit pemandu-pemandu lain yang sudah sampai di belakang kereta lelaki itu.

“ Ok..kali ni kau lepas. Kalau aku jumpa kau lagi..siap kau.” Ugutnya padaku. Lelaki itu dan teman wanitanya pantas bergerak menuju ke keretanya. Terus sahaja kereta itu memecut laju ke depan.
Fuhh…begini ker kalau tinggal kat bandar ni? Dasyat…betul la.  Dasar orang bandar yang tak tahu diuntung betullah. Bencinya aku..semoga aku tak akan jumpa lagi manusia macam tu kat sini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Akhirnya aku sampai juga di luar rumah ayah. DOUBLE WOW….besarnya rumah ayah ni. Aku tak sangka pulak yang ayah aku tinggal kat rumah banglo macam ni. Nampaknya..perniagaan tekstil ayah sudah berkembang maju kini. Macamana nak masuk ni? Besarnya pagar rumah. Jam kini menunjukkan pukul 7.00 malam. Naik lenguh punggung aku duduk kat tepi pagar ni.

Tiba-tba..pintu pagar rumah ayah yang besar terbuka luas. Mereka dah tahu ker aku ada kat luar ni. Aku segera bangun. Ternyata aku silap. Rupa-rupanya sebuah kereta Nissan Camry yang masuk ke dalam rumah itu. Pemandu kereta itu membukakan pintu kereta di belakangnya.

“ Ayah!!!” jeritku sebaik sahaja seorang lelaki tua keluar dari perut kereta itu. Lelaki tua itu menolehku.

“ Ni..Mya ker?”ucapnya. Aku hanya mengangguk.

“ Mya…anak ayah. Ayah minta maaf sebab ayah tak berkesempatan nak ambil Mya di kampung. Memandangkan Mya dah ada kat sini, Mya tinggal dengan ayah yer.” Pujuk ayah.

“ Tak per ayah. Mya faham kerja ayah. Lagipun.. Mya dah minta izin dari Mak cik Salmah untuk ke sini. Mya rindu ayah.” ucapku dengan gembira.

“ Terima kasih Mya. Ayah pun rindu juga pada Mya.” Kami berdua berpelukan di luar rumah sambil diperhatikan oleh seseorang tanpa ku sedari. Ayah mengajakku untuk masuk ke dalam rumahnya. Wow…nampaknya bukan sahaja di luar yang besar tapi kat dalam rumah ni lagi besar dan luas. Ayah membawa aku ke ruang tamu. Mataku terpandang ke arah seorang wanita tua yang sedang duduk di kerusi sofa antik itu.

“ Mya..ayah nak cakap sesuatu kat Mya.” Ujar Ayah sebaik sahaja kami berdua melabuhkan punggung untuk duduk.

“ Tentang apa?”

“ Mya..sebenarnya ayah sudah berkahwin baru. Ini ialah mak tiri kamu. Namanya Maria dan kamu juga ada seorang kakak tiri, Marsha namanya. Tapi..kakak kamu tu tak ada kat sini. Mungkin..dia masih keluar bersama teman-temannya.” Jelas ayah. Aku nak dikatakan terkejut tak ada lah juga. Sebabnya..memang patut pun ayah aku kahwin lagi. Ibu aku kan dah lama meninggal. Tak apa lah..asalkan ayah aku bahagia. Aku tengok pun Mak cik Maria ni macam baik jer orangnya. Janganlah..aku jadi macam citer Cinderella..tu..tak mahu aku.

“ Ya ker? Tak apa la ayah. Mya faham. Mya akan bahagia kalau ayah behagia.”

“ Kalau macam tu..kenalkan. Ini mak tiri kamu.” Ucap ayah yang mengenalkan aku kepada Mak cik Maria.

“ Mya..mama akan menjadi ibu yang baik buat Mya. Mama akan anggap Mya ni macam anak kandung mama sendiri.” Ucap Puan Maria kepada anak tirinya. Suaminya sudah pernah memberitahunya tengtang hal ini. Alhamdulillah..Puan Marsha dapat menerima Mya dengan baik.

“ Terima kasih Mak cik. Tapi..tolong berikan Mya masa untuk menyesuaikan keadaan terlebih dahulu.” Ucapku.

“ Baiklah..Mya. Mama tak kisah. Yang penting Mya dapat terima mama seadanya. Bila Mya dah sedia, Mya bagitahu kat mama yer.” Puan Maria terus memeluk aku. Aku membalas pelukan Mak cik Maria. Memang sudah lama aku tidak merasakan pelukan dari seorang ibu. Kami semua ketawa bersama.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Alahai…terasa dahaga pula lewat malam macam ni. Baik aku turun ke bawah lar. Aku menuju ke dapur untuk mencari peti sejuk. Usai aku mengambil segelas air sejuk, aku keluar dari dapur untuk naik ke atas semula. Namun, tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu sedang dibuka. Aku terus menoleh ke arah pintu itu. Aku memberanikan diri untuk berjalan ke pintu tersebut. Tiba-tiba..pintu dikuak.

“ ARGHHHHHH…hantuuu!!!” aku menjerit ketakutan.

Semua orang yang berada di dalam rumah terjaga akibat mendengar jeritanku. Aku pulak dah macam tiang letrik tercegat kat depan pintu.

“ Kenapa ni Mya??” soal Mak cik Maria padaku.

“ A..a..ada hantu..mak cik. Tu hah kat depan Mya ni!” jawabku. Mak cik Maria sukar melihat siapa yang ku maksudkan. Ayah terus membuka lampu rumah agar kami semua dapat melihat dengan jelas.

“ Laa…Marsha rupanya, Mya. Ini bukan hantu tapi kakak tiri kamu.” Ucap Mak cik Maria. Aku terus memandang tepat ke depanku. DOUBLE WHAT??? Ini kan perempuan yang aku jumpa masa kat jalan raya tadi..maknanya perempuan ni kakak tiri aku?  Aku dah terjangkit dengan penyakit Geng Wow dalam drama Indon kat astro ria tu daa..

“ Marsha..lewat balik? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik ke rumah.” Sindir ayah. Marsha hanya menayangkan muka tidak puas hatinya pada ku.

“ Hei! Apa kau buat kat rumah aku ni? “ soal Marsha tiba-tiba. Ayah dan mak cik Maria masing-masing terkejut dengan pertanyaan Marsha kepadaku.

“ Marsha! Kenapa cakap macam tu dengan adik kamu?” balas Mak cik Maria kepada anaknya.

“ Apa mama cakap ni? Bila masa pulak Marsha ada adik perempuan?”

“ Marsha! Dia anak kandung ayah yang tinggal di kampung. Mulai hari ini dia akan tinggal di sini bersama kita.” Jelas ayah pada Marsha.

“ What? Ini anak ayah! Marsha tak suka! Tak suka!” jelasnya.

“ Apa yang kamu cakap ni Marsha? Ayah tak kira! Ayah nak kamu dan Mya saling berbaik. Faham!!” tegas ayah.

“ Betul apa ayah kamu cakap tu Marsha. Jangan nak melawan! Dengar cakap ayah tu. Buat baik dengan Mya ni.” tambah Mak cik Maria lagi.

“ Argh…bencinya!” Marsha melanggar bahuku lalu terus naik ke atas.

“ Sabarlah Mya. Mama harap Mya faham dengan sikap kak Marsha kamu tu. Dia tu memang keras kepala sikit. Sebelum ni kamu pernah jumpa Marsha ker? Mama tengok Marsha macam kenal kamu jer?”

“ Yer..mak cik. Nantilah Mya ceritakan.”

“ Sudah-sudah la tu maknya. Mya..pergi masuk bilik sekarang. Hari dah lewat malam ni.” ucap ayah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Tak guna punya perempuan! Sebab kau sikit lagi kereta aku yang mahal ni nak accident.Heh..dasar perempuan kampung.” omel Adrian sendirian dalam bilik. Adrian masih tidak dapat melupakan kejadian tadi petang. Kata-kata perempuan itu masih segar di ingatannya. Tiba-tiba..telefon bimbit Adrian berbunyi.

“ Hello sayang. Dah tidur ker? I rindu kat you la.” Ucap Linda.

“ Hello..baby. Tak lah..I masih tak mengantuk lagi ni. Kenapa ni?” ucap Adrian.

“ I tak dapat tidur lah sayang. Boleh tak sayang nyanyikan satu lagu ker?” ucap Linda dengan nada manja.

“Ish…pempuan ni buat-buat manja pulak. Time-time macam ni pulak nak suruh aku nyanyi. Dahl ah aku bengang pasal perempuan kampung tu. Dia ingat aku ni penyanyi ker? Nasib baik kau pandai goda aku..kalau tak..tak adanya aku nak melayan kerenah kau yang gedik ni.” Dasar kaki playboy..itulah Syed Adrian. Seorang lelaki yang tidak mudah jatuh cinta.

“ Oh yer ker..you betul-betul nak dengar I nyanyi ker?” soal Adrian dengan suara yang menggoda pulak. Wek..nak termuntah pulak aku..ucap Adrian sendirian.

“ Betul la..”

“ Ehm..sayang…I rasa bateri fon I nak mati la..Hello..Hello..” Adrian terus mematikan telefon bimbitnya. Malas aku nak melayan kerenah yang macam budak-budak ni. Adrian akhirnya melelapkan matanya untuk tidur.

Datin Aina sibuk menguruskan sarapan buat suaminya dan juga untuk anak lelakinya itu.

“ Bibik..kamu tolong angkat pinggan ni ke meja makan ya.” Ucap Datin Aina.

“ Ehmmmm..sedapnya bau..Ling.” puji Datuk Mukhriz pada isterinya yang sibuk di dapur. Datuk Mukhriz mengambil melabuhkan punggungnya untuk duduk di kerusi meja makan itu.

“ Terima kasih Ling..” ucap Datin Aina pada suaminya dari belakang. Datin Aina pulak mengambil tempat duduk bersebelahan dengan suaminya.

“ Eh…Adrian ni belum bangun lagi ker?” soal Datin Aina.

“ Tengoklah anak bertuah kamu tu. Memang tak boleh diharap. Sampai bilalah nak berubah. Mesti malam tadi balik lambat. Tu pasal la lambat bangun.” ujar Datuk Mukhriz yang tidak berpuas hati dengan sikap anak lelakinya itu. Tidak tahu di mana silapnya semasa mendidik anaknya itu. Segala kasih sayang dan kemewahan sudah dicurahkan pada Adrian. Namun..entah kenapa sikap Adrian berubah sama sekali. Suka berhibur lewat malam, perempuan sana sini, telinga bertindik..Datuk Mukhriz sudah tidak tahu untuk berkata apa kepada anaknya itu.

“ Abang ni..jangan cakap macam tu pada anak kita. Tak baik.” Ujar Datin Aina.

“ Tu lah awak..selalu manjakan dia. Tengok..apa sudah jadi dengan sikap anak awak tu.”

“ Anak saya..anak awak juga. Bik! Tolong kejutkan Adrian sekarang. Suruh dia turun untuk sarapan bersama.” Arah  Datin Aina.

“ Tuan muda!! Datin Aina minta bibik kejutkan tuan. Katanya bersarapan bersama.” Ujar bibik di luar bilik Adrian.

“ Ah…malaslah bik! Saya nak tidur ni. Jangan ganggu saya tidur!” ucap Adrian.

Bibik terus turun ke bawah tanpa berlengah masa. Bibik sudah mengerti akan sikap anak majikannya itu. Memang pantang kalau tidurnya diganggu.

“ Maaf..Datin. Saya udah kejutkan tuan muda Adrian tadi. Tapi..katanya dia mau tidur lagi. Tidak mau diganggu bilangnya.” Luah Bibik.

“ Tak apa la Bik. Kamu boleh buat kerja kamu sekarang.”

 “ Tengok! Abang memang dah agak dah dengan perangai Adrian ni. Tak pernah nak berubah.”

“ Iya la..bang. Oh ya bang..bukan ker Majlis Ulang tahun syarikat abang dah nak dekat kan?”

“ Ya..minggu depan.”

“ Ok..abang kena pastikan majlis ulang tahun ni berjalan dengan baik. Abang dah bagitahu pada Adrian tentang hal ini?”

“ Dah..tapi tak tahu ker anak awak tu ambil perhatian ker tidak.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mya..nanti mama nak ajak Mya pergi shopping dengan sama-sama dengan Kak Marsha kamu. Mya ok ker?” soal Mama.

“ Mya ok jer..” ucapku.

“ No! Marsha tak nak pergi kalau mama nak bawa budak kampung ni ikut kita.” Ujar Marsha dengan kasar.

“ Marsha! Kamu ni kenapa cakap macam tu dengan adik kamu?”

“ Mama..dia bukan adik Marsha tau! Dan tak akan pernah jadi adik Marsha sampai bila-bila. Faham!” Marsha terus bangkit dari sofa lalu naik ke atas. Nasib baik ayah dah keluar pergi bekerja. Aku hanya berdiam diri. Kekwat betul la kak Marsha ni..suka hati dia jer cakap aku budak kampung.

“ Mama..pergilah dengan budak kampung tu! Biar Marsha pergi dengan Adrian nanti!!” laung Marsha dari atas.

“ Mya..mama minta maaf sangat dengan sikap anak mama tu. Mungkin dia masih tak biasa dengan kehadiran Mya di sini. Kita bagi dia masa yer.” Pujuk Mak cik Maria padaku.

Mak cik Maria membawa aku masuk ke dalam sebuah butik mewah. Memang cantik sekali rekaan-rekaanya baju di butik ini. Sangat eksklusif dan kelihatan mewah sekali. Yang penting mesti mahal harganya. Tapi..kenapa mak cik Maria bawa aku ke sini?

Seorang lelaki muda yang tampil dengan kemeja putih keluar untuk menyapa kami berdua. Lelaki itu kemudiannya menyalam tangan Mak cik Maria seolah-olah mereka berdua sudah kenal lama. Aku hanya senyum pada lelaki muda itu. Mungkin lelaki ini pereka baju kat butik ni kut.

“ Apa khabar Puan Maria. Rasanya dah lama juga Puan tak datang ke sini.” Ucap pereka muda itu.

“ Baik, Rizal. Biasalah..sibuk menguruskan keluarga. Ni..kenalkan anak saya, Mya Qalisha.”

“ Oh..ini anak..?” soal Rizal kepada Puan Maria. Setahu Rizal, Puan Maria hanya memiliki seorang anak sahaja.

“ Ehm..tentu kamu hairan kan? Ini anak suami saya dengan arwah isterinya dulu.” jelas Puan Maria.

“ Oh..maaf la Puan kalau saya ni menyibuk pulak hal keluarga Puan.”

“ Tak apa lah. Saya tak kisah. Lagipun Mya ni dah macam anak kandung saya sendiri.” Aku tersenyum mendengarnya. Memang baik lah mak cik Maria ni. Rasa bersalah pulak aku panggil Mak cik.

“ Baiklah..Rizal. Saya datang ni sebenarnya nak tempah dress untuk anak saya ni. Jadi saya nak awak tolong rekakan dress yang cantik untuk anak saya ni. Boleh kan?”

“ Hah? Reka baju untuk aku? Biar betul? Aku nak pakai untuk majlis apa? Ak tak tahu menahu pun hal ini..”fikirku.

“ Erm..mak cik..kenapa mak cik suruh pereka tu reka baju untuk Mya? Mya nak pakai untuk apa?” soalku.

“ Oh..lupa pulak mama nak kasi tahu kamu ni. Minggu depan, rakan perniagaan ayah kamu akan menganjurkan Majlis Ulang Tahun syarikatnya yang ke 30 tahun. Jadi..ayah kamu dah pesan kat mama supaya tempahkan baju yang sesuai untuk kamu pergi ke majlis tu nanti. Mama nak kamu nampak cantik pada malam tu.”

“ Erm..Mya tak biasa la nak pergi majlis-majlis macam ni.Kalau ada pun Mya cuma pergi majlis orang kawin jer..”  Mak cik dan Rizal hanya senyum mendengarnya.

“ Memanglah mula-mula kamu akan rasa macam tu. Nanti biasalah tu. Tak apa. Sekarang mama nak Mya bagitahu kat Rizal baju macamana yang Mya suka.”

“ Erm..kalau macam tu ok la. Mya ni sebenarnya suka yang simple-simple jer. Mya biasa pakai baju kurung jer..mak cik.”

“ Baiklah..Puan Maria. Biar saya berbual-bual dengan anak Puan ni dulu.”

Usai berbincang mengenai pakaian yang akan direka untukku, aku dan Mak cik Maria beredar dari situ. Mak cik Maria kata nak bawa aku shopping kat Pav..Pavillion. Susah betul nak sebut..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Adrian tampak segak apabila memakai sut korporat yang berwarna hitam itu sesuai dengan ketinggiannya dan wajahnya yang pan-asia. Adrian sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menunggu mama dan papanya sedang bersiap. Telefon bimbit Adrian berbunyi menandakan sms masuk.

“ Hai sayang. Sayang kat mana sekarang ni?” ujar Marsha.

“ Hai..sayang. I  masih kat rumah la. Tengah tunggu mama dan papa I bersiap. You?”

“ I pun still at home. Tengah touch up lagi..for you sayang. I nak tampil cantik malam ni untuk jadi pasangan you.”

“ You..tak payah la nak touch up sangat. You kan dah lawa..” Adrian sengaja menaip begitu kerana ingin mengambil hati Marsha. Sebenarnya..kadang-kadang Adrian seram sejuk juga bila melihat wajah Marsha yang selalu memakai mekap tebal-tebal. Kalau dah cantik..tak perlulah nak mekap tebal-tebal.

“ Mana boleh sayang…kan malam ni banyak wartawan yang datang. I kenalah tampil cantik untuk malam ni.”

“ Suka hati lah..ok lah sayang. Mama I dah siap tu. Nanti kita jumpa. See u there.” Balas Adrian.

“ Ok..sayang. See u there. Muaahhhh” Naik geli Adrian membacanya.

“ Adrian!! Papa nak kamu tanggalkan subang yang kamu pakai tu. Ini majlis formal. Papa harap kamu boleh menghormati majlis syarikat kita ni.” arah Datuk Mukhriz pada anaknya.

“ Ya lah….” Balas Adrian lemah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mya! Dah siap ker?” laung Mak cik Maria dari bawah.  Aku masih di dalam bilik. Rasa segan pulak pakai dress mahal macam ni. Dah lah aku tak biasa pakai dress macam ni..apatah lagi dengan kasut tinggi macam ni. Aku keluar dari bilikku. Aku perlahan-lahan menuruni anak tangga rumahku.

“ Wow…cantiknya Mya. Macam puteri..” puji Mak cik Maria padaku. Ternyata..pereka muda yang bernama Rizal itu memang pandai mereka dress muslimah yang sesuai untuk aku. Tapi..harganya pun boleh tahan juga. Marsha yang sedang melihatku kelihatan tidak berpuas hati. Entah kenapa Marsha menjelingku dengan tajam. Takkan dia nak jelous dengan dress aku ni kut. Dress dia pun apa kurangnya.. cantik juga..tapi..dress dia tu agak terdedah dan agak seksi bagi seorang muslim memakainya. Aku tak kisah lah. Dia yang nak pakai baju macam tu.

“ Cantik betul Mya malam ni.” puji ayah pulak.

“ Terima kasih ayah. Ayah dan mama pun nampak sangat sepadan malam ni.” ucapku ramah.

“ Mya…Mya panggil mama kan tadi?” soal Mak cik Maria. Aku sudah bersedia untuk menerima Mak cik Maria sebagai ibu tiriku. Sememangnya..Mak cik Maria memang melayan ku dengan baik sekali. Cuma…yang kurengnya..anak dia tu lah..si Marsha tu ..aku belum dapat terima lagi dengan sepenuhnya.

“ Yer..mama. Mya nak minta maaf kat mama dulu kalau sebelum ni Mya panggil mama dengan panggilan mak cik. Tapi..sekarang Mya sudah bersedia terima mama sebagai ibu tiri Mya. Mya sayang kat mama.” Mama memelukku. Ayah senyum melihat kemesraaan kami berdua. Marsha pulak sudah tarik muka.

“ Sudah-sudahlah drama korang tu. Kita dah lambat ni. Jom kita jalan.” Celah Marsha tiba-tiba.

“ Ala…Marsha tu merajuk la tu. Marsha pun cantik juga dan seksi dengan dress merah tu.” Usik Ayah pada Marsha.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku berjalan beriringan dengan ayah dan Marsha berjalan beriringan dengan Mama. Rasa segan pulak nak masuk kat dalam ballroom Hotel Royal Bintang ni. Mana taknya..banyak sangat mata yang memandang kami sekeluarga sebaik sahaja kaki kami melangkah masuk. Aku hanya melemparkan senyuman kepada semua. Aku memegang lengan ayah.

“ Mya…relax jer. Semua ni teman perniagaan ayah. Nanti Mama kamu akan kenalkan kamu pada mereka.” Ucap ayah. Aku hanya mengangguk.

“ Yes..sayang. Mya janganlah malu. Semua ni teman-teman ayah kamu dan juga mama.” Jelas mama lagi. Ayah meninggalkan aku bersama dengan mama dan juga Kak Marsha. Ayah hendak menyapa teman-temannya dahulu. Mama membawa aku menyapa teman-temannya pulak.

“ Mama..Marsha nak pergi restroom kejap. Nanti kalau Adrian dah datang, call Marsha tau mama.” Ucapnya.

“ Ya lah…”

“ Ehm..Mya..jom kita pergi kat sana duduk kat sana. Mama nak kenalkan kamu dengan teman mama.” Aku hanya mengikut langkah Mama menuju ke meja bulat VIP.

Nampaknya majlis akan bermula tak lama lagi. Aku hanya duduk diam di sisi mama dan senyum kepada semua temannya.

“ Siapa gadis muda di sebelah awak ni Maria? Cantiknya..ni sesuai kalau jadi menantu.” Usik Datin Katty @ Khatijah.

“ Ehm..ini anak saya. Namanya Mya Qalisha.” Ucap mama.

“ Bukan anak awak cuma Marsha tu jer ker?” soal Datin Katty.

“ Saya tahu mesti awak akan tanya soalan tu. Mya ni anak suami saya dengan arwah isterinya yang pertama. Dulu..Mya ni tinggal di kampung masa dia kecik. Sekarang dia dah besar, jadi dia tinggal la dengan kami sekarang ni.” jelas Mama.

“ Oh…bertuahnya awak dapat anak perempuan yang cantik dan manis lagi. Saya suka tengok anak awak ni. Berapa umur dia? Dah ada boyfriend ker?”

Eh..eh…banyak pulak soalannya Datin Katty ni. Aku yang berada di situ kurang selesa pulak bila diperhatikan oleh teman-teman mama ni. Tapi..aku senyum sahaja lar pada mereka semua.

“ Anak saya ni muda lagi. Baru je 21 tahun..” jawab Mama.

“ Mama..mama..Mya nak pergi sana kejap. Boleh tak?” tanyaku.

“ Ok..tapi jangan lama-lama. Mama tungggu kat sini jer.” Aku meminta diri kepada mama dan juga teman-teman mama yang lain.

Aku menuju ke meja hidangan yang tidak jauh dari meja mama tadi. Banyak juga pencuci mulut ni. Ada kek la. Nampak sedap jer..aku terus mengambil pinggan kecil untuk meletakkan kek coklat itu. Sewaktu aku menghulurkan tanganku untuk mengambil kek coklat itu, tiba-tiba..

“ Maaf..” ucapku pada seorang lelaki kerana tersentuh lengannya. Nasib baik berlapik. Aku memandang ke kiri ku.

Aku tak tahu apa yang ku rasakan,
Dalam hatiku saat pertama kali,
Lihat dirimu melihatku.
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu,
Detak jantungku berdebar tak menentu,
Sepertinya aku tak ingin berlalu.

Adrian kaku seketika melihat gadis manis bertudung litup yang berada di depannya. Pada pandangannya, gadis itu menarik perhatiannya untuk terus menatap wajah itu. Seumur hidup, belum pernah hatinya berdegup kencang seperti ini. Walaupun, sudah banyak perempuan yang digodanya tetapi kali ini Adrian sendiri yang tergoda dengan gadis yang kini berada di depannya. Hati Adrian rasa tenang sekali melihat gadis itu.
“ Encik…Encik…tak apa-apa ke?” soalku yang gelisah kepada lelaki itu.

“ Err..tak..tak..tak ada apa. Saya ok. Minta maaf..saya pergi dulu.” Adrian tidak betah berlama-lama berada di situ. Adrian tiba-tiba saja berasa gementar. Apakah maknanya ini? Adrian terus berlalu dari situ.
Aku hanya memandang gerak geri lelaki itu dengan hairan. Tapi..kenapa aku rasa macam aku pernah lihat lelaki itu sebelum ni? Di mana yer? Aku berfikir sendirian. Tanpa membuang masa aku kembali semula ke meja sambil membawa 2 potong kek coklat. Aku menhadiahkan senyuman kepada mama dan juga teman-temannya. Mana pulak Kak Marsha ni?  Dari tadi tak nampak-nampak..

“ Hai..mama. Mya ada ambilkan mama kek tadi. Mama nak rasa tak?” sapaku.

“ Ok. Terima kasih sayang.”

“ Tanpa melengahkan masa lagi, saya jemput Yang Berbahagia Datuk  Syed Mukhriz bin Hj Syed Mokhtar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.” Ucap Pengerusi Majlis itu. Semua orang bertepuk tangan.

“ Mya…kalau nak tahu, Datuk Mukhriz ni kawab baik ayah kamu. Dialah yang banyak tolong ayah kamu untuk mengembangkan perniagaan tekstilnya. Aku hanya mengangguk tanda mengerti.

Usai sahaja ucapan Datuk Mukhriz, sekali lagi tetamu yang hadir bertepuk tangan. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan petikan piano untuk menyerikan piano.

“ Mya..makanlah. Jangan malu.” Luah Mama. Ayah nampaknya tengah berseronok dengan teman-temannya di meja sebelah. Mungkin mereka sedang berbincang tentang hal perniagaan.

Tiba-tiba..kami disapa oleh seorang wanita yang agak berusia namun penampilannya kelihatan elegan. Wanita tua itu menyapa mama dan berlaga pipi dengan mama. Aku senyum kepadanya.

“ Mya..kenalkan ini Datin Aina. Isteri kepada Datuk  Syed Mukhriz dan juga teman mama.” Lantas aku menyalam tangan wanita tua itu. Wanita tua itu berlaga pipi dengan ku.

“ Oh..inilah anak Mazlan dengan arwah isterinya yang pertama tu yer?” ucapnya. Maknanya..wanita tua ini mengetahui latar belakang keluargaku.

“ Yer..saya mak cik.”

“ Anak ni nama apa?”

“ Mya Qalisha.” Jawabku.

“ Oh..sedap nama tu. Sesuai sekali dengan orangnya yang manis macam Mya.” Pujinya.

“ Mana Adrian?” soal mama pada Datin Aina.

“ Ehm..tak tahulah. Kejap ada..kejap tak ada. Jumpa Marsha kut?”

“ Mungkin la tu..”

“ Ok..lah..Mar. Saya nak ke meja depan tu pulak. Mya..nanti mak cik kenalkan Mya dengan anak lelaki mak cik yer.” Usiknya. Hati Datin Aina turut terpaut pada wajah polos Mya. Sejuk matanya memandang tiap kali melihat Mya yang manis bertudung itu. Datin Aina berniat untuk mengenalkan Mya dengan anaknya agar anaknya itu dapat berubah menjadi lebih baik. Datin Aina tidak suka Adrian selalu keluar dengan Marsha walaupun Marsha itu anak kepada teman baiknya sendiri.

“ Ah..ya. Mya on jer..” ucapku riang.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sejak malam itu, tidur Adrian selalu saja tidak lena. Kadang-kadang, Adrian boleh termimpi pulak akan gadis yang baru sahaja dilihatnya malam majlis ulang tahun syarikat tiga hari yang lepas. Siapakah kau yang bias membuat tidurku tak lena? Makan tak kenyang? Aku rindu sekali akan wajah itu. Bila lagi aku akan bertemu mu? Adrian kini sudah jarang keluar bersosial dengan teman-teman wanitanya. Marsha juga sudah banyak kali menelefonnya namun tidak dijawab oleh Adrian.

Adrian turun ke bawah. Adrian perlu bertanya kepada mamanya. Mungkin mamanya mengenali gadis itu. Sebenarnya, Adrian terlihat yang mamanya ada berbual mesra dengan gadis itu. Ingin sahaja Adrian mendekati mamanya..namun Marsha pulak menghalang malam itu.

“ Ad…sini kejap. Mama nak minta tolong sikit.” Ucap Datin Aina. Adrian baru sahaja inigin melangkah ke dapur namun panggilan mamanya membuatkan terhenti. Adrian segera bergerak ke ruang tamu untuk berjumpa mamanya.

“ Ehm..ada apa ma?”

“ Mama nak Ad tolong hantarkan mama ke rumah Puan Maria. Boleh tak?” pinta Datin Aina. Hajat sebenar Datin Aina adalah untuk mengenalkan anak terunanya ini kepada Mya. Datin Aina sebenarnya perasan akan perubahan sesuatu terhadap anaknya ini. Sejak kebelakangan ini, anaknya itu lebih suka duduk di rumah selepas balik dari kerja. Tidak seperti selalu. Anaknya itu juga sudah jarang keluar malam. Dan yang paling membanggakan, anaknya itu sudah tidak memakai subang lagi. Datin Aina rasa gembira sekali dengan perubahan anaknya walaupun Datin Aina tidak tahu sebab Adrian menjadi begitu.

“ Ok..tapi Ad tukar baju dulu.” jawabnya perlahan.

“ Ad…mama rasa bangga Ad sudah berubah. Mama bersyukur sangat.” Luah Datin Aina.

“ Heh…?”

“ Ya lah…mama tengok Ad dah tak pakai subang kat telinga tu..dan Ad dah tak keluar malam-malam lagi.”

“ Oh…ok la. Ad naik dulu.”

Pintu pagar rumah Puan Maria terbuka automatik. Adrian memakirkan keretanya. Puan Maria segera keluar untuk menyambut kedatangan teman baiknya itu. Adrian menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Maria.

“ Jemput masuk.” Ajak Puan Maria. Puan Maria membawa Datin Aina dengan Adrian masuk ke ruang tamu. Marsha yang baru sahaja bangun dari tidur tidak menduga bahawa Adrian dan mamanya akan datang ke rumahnya tengah hari ini. Sudahlah keadaan dirinya sekarang ini tidak terurus. Lantas Marsha membersihkan dirinya terlebih dahulu.

“ Mya…Mak cik Aina datang ni.” ujar Mama padaku. Kerja membuat kek cheese ni perlu aku hantikan dulu sementara. Aku bergegas keluar dari dapur.

Aku terus menyalam tangan Datin Aina. Datin Aina pulak terus sahaja memeluk aku.

“ Mya buat apa ni sampai pipi Mya ni ada sikit tepung?” usik Datin Aina. Aku terus menyentuh pipiku untuk menghilangkan kesan kotoran itu. Tiba-tiba..sehelai sapu tangan dihulurkan padaku tanpa melihat gerangan yang memberi. Lalu ku bersihkan pipiku. Semua orang ketawa melihat tingkah laku ku. Aku malu memandang mereka.

“ Ehm..Mya ni sedang buat Kek Cheese kat dapur tu. Katanya nak bagi kat saya rasa kek buatan dia.” Ujar Puan Maria.

“ Rajinnya…Mya. Kalau macam ni..menantu, Mak cik suka.” Aku tersipu malu mendengarnya. Tiba-tiba, pandangan terarah kepada seorang lelaki muda yang berada di sisi Datin Aina. Itukan lelaki yang kat majlis ulang tahun syarikat kawan ayah.  Dia ni ker anak Datin Aina? Kejap…kejap..aku macam pernah tengok la muka dia ni. Aku berfikir sejenak cuba mengingat kembali.

“ Hai…Aunt. Adrian pun ada sama?” sapa Marsha tiba-tiba.

“ Eh..Marsha..kamu apa khabar?”

“ Baik la Aunt. Aunt nampak cantik hari ini.” puji Marsha yang sengaja memancing hati Datin Aina walaupun Marsha tahu yang Datin Aina tidak berapa berkenan dengannya.

“ Biasa saja. Aunt ni kan dah tua..” balas Datin Aina.

“ HAHHH!!!! Mya dah ingat?” suara ku tiba-tiba kuat sehingga semua orang terkejut mendengarnya.

“ Mya dah ingat mama!” ucapku pada Mama. Adrian juga terkejut mendengar jeritan kecil daripada Mya. Adrian juga sebenarnya seperti pernah melihat perempuan ini. Sejak dari tadi lagi, Adrian memerhatikan wajah perempuan itu yang menarik perhatiannya sekali lagi walaupun perempuan itu hanya ber t-shirt dan berkain batik. Bukankah perempuan ini yang dijumpainya pada malam ulang tahun syarikat ayahnya itu.

“ Apa yang Mya dah ingat?” Puan Maria berasa cemas pulak. Begitu juga dengan Datin Aina serta Marsha.

“ Encik.. Encik ingat saya tak? Saya yang kat lintasan zebra tu? Mama!Inilah lelaki yang marah pada Mya tu!” adu Mya tanpa bersembunyi. Adrian baru teringat kembali. Memang benar..perempuan inilah yang terlibat dalam kemalangan kecil yang disebabkan olehnya. Salahnya juga kerana melayan Marsha yang berada di sebelahnya ketika memandu. Adrian masih ingat tentang kata-kata kasar yang pernah dilemparkan kepada Mya. Adrian rasa malu sangat pada Mya. Mya adalah orang yang berjaya membuatkan hatinya gundah gulana tapi Mya jugalah orang yang pernah dimarahnya dahulu.

“ Apa yang Mya cakap ni Ad? Ad dah kenal dengan Mya ke sebelum ni?” soal Datin Aina.

“ Ehm..mama sebenarnya ini salah Ad. Nanti Ad jelaskan pada mama. Cik Mya..boleh kita bincang sekejap kat luar?” soal Adrian yang jelas kesal dengan tindakannya dahulu. Adrian sudah bertekad untuk meminta maaf pada Mya dan sekali gus ingin memulakan perkenalan baru dengan Mya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Cik Mya…saya minta maaf tentang hari tu. Saya betul-betul minta maaf.” Rayu Adrian.

“ Baru sekarang awak sedar nak minta maaf! Kenapa hari tu awak tak buat macam ni? Awak tahu saya benci orang yang dah hina saya..terutamanya awak?” Sudah lama Mya memendam rasa marahnya pada Adrian tentang kemalangan hari tu. Tidak sangka Adrian sebenarnya anak kepada Mak cik Aina. Lebih-lebih lagi bila Mak cik Aina ingin mengenalkan aku dengannya.

“ Cik Mya..saya betul-betul ikhlas nak minta maaf pada awak. Saya tahu apa yang saya cakap hari tu membuatkan awak benci pada saya. Tapi, please..awak tolonglah maafkan saya sebab….” Jelas Adrian tergantung di situ.

“ Sebab apa??” soalku tinggi.

“ Sebab…sebab saya dah jatuh cinta pada awak. Awak dah buatkan tidur saya tak lena. Awak dah buatkan hidup saya tak tentu arah. Awak dah curi hati saya dengan senyuman awak malam tu. Saya nak awak pulangkan balik hati saya yang awak dah curi.” Luah Adrian membuatkan Mya terkesima mendengarnya.

“ A…apa yang awak cakap ni? Saya tahu awak cakap macam tu sebab awak nak saya maafkan awak kan? But..no way! Hati saya belum terbuka lagi! Lagipun..saya ni kan cuma budak kampung jer! Saya rasa awak baik awak cari pempuan lain. Mesti banyak yang beratur nakkan awak. Awakkan Encik Playboy yang terkenal..” ucap sinis Mya. Sungguh Adrian terasa dengan kata-kata Mya itu. Namun, Adrian tidak peduli dengan semua itu. Adrian perlu membuktikan kepada Mya bahawa dia sudah tidak seperti dulu lagi.

“ Saya tahu awak susah nak terima saya. Tapi..percayalah. Saya jatuh cinta pada awak Mya Qalisha. Hanya awak yang mampu membuat hati saya berdebar-debar. Hanya awak sahaja yang mampu luahkan kata-kata itu. Saya cintakan awak Mya Qalisha!” jelas Adrian lagi. Tanpa mereka berdua sedar perbualan mereka itu sedang dulihat oleh ibu-ibu mereka dan juga Marsha yang menahan rasa geram pada Mya dan juga Adrian.
Buat pertama kalinya aku mendengar luahan cinta dari seorang lelaki yang aku belum kenal sepenuhnya. 
Sungguhpun..aku berkata kasar padanya, dia tak pernah berputus asa untuk meluahkan perasaannya. Hatiku tiba-tiba tersentuh dengan pengakuan ikhlasnya. Tapi..Adrian kan teman lelaki kakak aku. Nanti..apa pulak kata mama? Lagi dasyat..tentu Kak Marsha marah giler kalau dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang.

“ Baiklah..Mya. Saya akan beri awak masa untuk berfikir tentang hal kita. Tak kira berapa lama awak nak ambil masa untuk berfikir, saya akan tetap menunggu jawapan awak. Saya tak akan berhenti untuk menyukai awak. Saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta pada saya! Terima kasih kerana sudi mendengar luahan saya.”Adrian berlalu masuk ke dalam keretanya.

“ Puan Maria, saya rasa saya minta diri dulu la yer. Saya juga nak minta maaf pada awak soal Adrian tu tadi. Sebagai ibu, saya faham akan perasaan anak saya tu. Awak tolonglah beritahu Mya supaya maafkan anak saya tu yer. Assalamualaikum.” Puan Maria dan Datin Aina berpelukan sebelum Datin Aina keluar.

“ Waalaikumsalam.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Hey!! Mya!! Kau ni memang perempuan tak tahu malukan? Kau goda boyfriend aku! Dasar perempuan kampung! PANGGG!!!” Marsha tidak dapat menahan rasa amarahnya terhadap Mya lalu menamparnya. Puan Maria yang nampak kejadian itu bergegas menuju ke arah mereka. Puan Maria sudah menganggak hal ini akan terjadi pada Mya dan Marsha.

“ Kakak! Mya tahu yang Adrian tu teman lelaki akak. Mya tak pernah goda dia. Mya tak akan rampas dia dari akak!” jawabku sambil menyentuh pipiku yang masih terasa sakit. Air mataku sudah jatuh berguguran.

“ Sudah!!! Kamu berdua sudah! Kenapa nak bergaduh pasal seorang lelaki? Marsha! Kenapa kamu tampar adik kamu tu? Mama tak pernah ajar kamu macam tu! Minta maaf pada adik kamu sekarang! Cepat!” gertak Puan Maria pada anaknya itu. Anaknya itu nampaknya sudah diberi terlalu muka olehnya. Puan Maria amat kesal dengan tindakan anaknya itu terhadap Mya. Kalau suaminya tahu tentang hal ini, Puan Maria tidak tahu apa akan terjadi. Nasib baiklah suaminya itu sekarang ni berada di Taiwan atas urusan perniagaan untuk tempoh yang lama.

“ No! Marsha tak akan minta maaf pada dia. Dia yang menggatal sangat nak goda teman lelaki Marsha. Marsha benci dia “ Marsha menjerit bagai orang terkena histeria.

Marsha!! Mama nak tanya kamu satu soalan. Selama ni pernah tak Adrian mengaku yang dia suka kamu? Pernah tak dia luahkan perasaan cinta dia pada kamu?” Marsha terus berlari naik ke atas. !!” Mama mendekati aku dan memeluk aku untuk menenangkan aku.

“ Mya..mama minta maaf pasal kakak kamu tu. Mama dah silap mendidik anak mama tu. Mama terlalu manjakan dia sampai dia jadi macam tu. Mama harap Mya faham sikap kak Marsha kamu tu. Dia buat semua tu sebab dia terlalu sayangkan Adrian tu. Walhal..Adrian cuma menganggap Marsha tak ubah seperti kawan sahaja kerana mereka sudah lama berkawan sejak dari kecil lagi.

“ Mya faham mama. Mya naik atas dulu yer.” Ucapku lemah.

Aku membaringkan diri di atas katil. Aku masih terkejut dengan kejadian tadi tengah hari. Siapa sangka Adrian adalah anak kepada Mak cik Aina. Memang kecil dunia ni. Dalam banyak-banyak orang, dia juga yang aku jumpa. Dan..kenapa pulak dia meluahkan perasaan dia pada aku? Betul ker dia cintakan aku? Tapi..macamana dengan semua perempuan keliling pinggang dia tu. Apalagi..Kak Marsha..dah macam orang hilang suami. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Ya Allah..bantulah hamba mu ini.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sudah sebulan berlalu sejak berlaku kejadian itu. Adrian tidak pernah berhenti dari menghantar bunga beserta kad luahan cintanya. Bilik aku rasanya macam dah penuh dengan bunga yang dikirimnya. Aku tidak tahu bagaimana untuk membalasnya. Adakalanya..aku tersenyum membaca bait-bait cinta yang ditulisnya. Tapi..macamana dengan kak Marsha? Aku takut aku akan melukai hati kak Marsha jika aku menerima Adrian..

Hati merasa sepi
Bila aku jauh
Dari sentuhan cintamu
Ingin selalu ada dekatmu
Selalu ada dihatimu
Jangan tinggalkan
Dan jangan pernah kau lepaskan..

Aku membaca salah satu kad yang di beri Adrian padaku. Aku dapat merasakan keihlasan  Adrian yang tidak pernah berputus asa untuk memikatku. Mama juga selalu bercerita padaku tentang diri Adrian. Mama kata Adrian sudah banyak berubah melalui cerita Datin Aina. Adrian sudah tidak keluar malam lagi. Adrian sudah membuang segala tabiat buruknya yang suka mempermainkan perasaan perempuan. Aku rasa gembira dengan perubahannya itu. Aku tertarik dengan  kata-kata salah satu kad yang Adrian beri padaku. Apakah aku terlalu berkeras padanya?

Bahasaku…
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah…
Rela ku tunggu
Jawapanmu…
Masihkah aku ada
Di hatimu…saat ini

“ TUKKK” mama masuk ke dalam bilikku. Mama melabuhkan punggungnya duduk di birai katil.

“ Tengah baca kad Adrian yer?” usik Mama padaku.

“ Ah…tak..tak ada la.” Aku terus menyembunyikan kad Adrian di bawah bantal.

“ Ala..tak payah la nak sorok dari mama. Mama faham. Mesti Mya fikir tentang kak Marsha kan? Mya tak perlu risau soal kak Marsha. Apa yang penting sekarang ni ialah perasaan Mya pada Adrian. Apa yang Mya rasa pada Adrian sekarang?”

“ Err…Mya..Mya tak tahu la ma. Bila Mya terima bunga dari Adrian, Mya happy. Dan bila My abaca kad yang Adrian beri tu, Mya terharu sangat.”

“ Hah….itu tandanya Mya dah jatuh cinta pada Adrian.” Jawab mama lagi. Pipiku sudah mula merah.

“ Tengok tu…muka Mya dah merah. Tandanya suka la tu. Mya, mama harap Mya yakin dengan keputusan Mya. Mama tak kisah Mya nak bercinta dengan siapa. Yang penting anak mama ni bahagia.” Aku memeluk Mama erat. Aku sangat sayang pada mama. Walaupun mama bukan ibu kandungku namun mama sentiasa melayan ku dengan baik. Siapa kata ibu tiri ni jahat? Tak semua tau ibu tiri ni jahat. Ok! Aku sudah buat keputusan.  Ya..aku memang dah jatuh cintah pada kau Syed Adrian aka Encik Playboy. Aku mengaku yang kau dah curi hati aku.

“ Mama, Mya dah buat keputusan. Mya akan bagitahu Adrian perasaan Mya.” Ucapku gembira. Mama senyum padaku. Rupa-rupanya, perbualan ku telah didengari oleh Marsha tanpa kusedar.

“ Aku takkan biarkan kau bahagia dengan Adrian!” Itu janji Marsha pada dirinya. Marsha segera mendail nombor telefon Adrian.

“ Hello Adrian. Aku nak sampaikan sesuatu pada kau.” Ujar Marsha.

“ Aku malas nak dengar.” Tegas Adrian. Adrian sudah menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Marsha tiga hari yang lalu. Walaupun Adrian tahu Marsha sukar menerimanya, Adrian harus menghentikannya sebelum terlambat.

“ Aku nak cakap tentang Mya!” Umpan Marsha mengena pada Adrian. Marsha akan menghasut Adrian supaya berputus asa pada Mya.

“ Ehm..apa dia?”

“ Baik. Aku nak beritahu kau nanti Mya akan call kau. Dia kata dia nak jumpa kau. Kau nak tahu sebab apa dia nak jumpa kau? Dia nak beritahu tentang jawapan kepada luahan perasaan kau tu. Dia tidak akan terima cinta kau. Dia akan pergi ke luar negara untuk lanjutkan pelajaran. Jadi..kau jangan berangan la nak bercinta dengan Mya. Mya kata dia benci kau sebab kau dah pernah hina dia dulu. Dia tak nak jumpa kau lagi.” Puas hati Marsha.

Adrian terus meletakkan telefon bimbitnya. Sakit hatinya mendengar kata-kata daripada Marsha. Sampai hati awak Mya. Kalau itu yang awak nak, saya akan mengundurkan diri dan akan pergi dari sini. Selamat tinggal Mya Qalisha.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“ Mama..Adrian rasa nak sambung belajar kat luar negara la. Adrian rasa cukuplah Adrian menunggu jawapan dari Mya. Adrian dah tahu jawapannya. Mya tak terima cinta Ad. Mya benci Ad ma. Ad dah booking tiket ke New York jam 8 malam ni juga.” Ujar Ad lemah pada mamanya. Datin Aina bersimpati dengan anaknya itu.

“ Ad dah fikir habis-habis ker? Tak menyesal?”

“ Ad dah buat keputusan ma. Biarlah..Ad pergi untuk mengubat luka di hati Ad ni. Ad perlukan masa ma.”

“ Baiklah. Mama faham.” Tiba-tiba, telefon bimbit Adrian berbunyi. Ad melihat skrin telefon bimbitnya. Mya!! Adrian terus terbayang kata-kata Marsha tadi. Ad hanya membiarkan sahaja telefon bimbitnya berdering.

“ Ad..kenapa tak jawab telefon tu? Mungkin penting?”

“ Memang penting ma. Tapi..Ad malaslah nak jawab. Biarkan saja. Ok..la ma. Ad nak packing dulu.” Datin Aina keluar dari bilik dari Adrian.

Aku berkali-kali menelefon Adrian. Tapi..semua panggilan ku tidak berjawab. Kenapa dengan Adrian ni? Ada sesuatu yang berlaku ker? Aku risau pulak dengannya. Astagfirullah..aku belum solat maghrib lagi. Aku segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Usai solat, aku berdoa kepada Allah agar menenangkan hatiku.

“ Mya!!! Mak cik Aina telefon ni!” laung mama dari bawah. Aku segera turun ke bawah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Adrian menyalam kedua tangan ibu bapanya. Adrian melambai ke arah mama dan juga papanya yang berlalu pergi. Sebaik sahaja Pak Samad memarkirkan kereta, aku terus membuka pintu dan berlari laju masuk ke dalam lapangan terbang. Aku berlari melihat jadual penerbangan ke New York. Mak cik Aina telah memberitahu aku semuanya di telefon tadi bahawa Adrian akan berangkat malam ni ke New York.
Aku berlari lagi mencari kelibat Adrian. Aku perlu menjelaskan kepadanya soal perasaan ku padanya. Adrian mengambil tempat duduk sementara menunggu penerbangannya. Aku berjalan lagi mencari Adrian. Aku merenung jam ku kini. Adakah aku sudah terlambat? Ya Allah..tolonglah aku untuk berjumpa dengaannya. Tanpa ku sedar aku menitiskan air mata. Aku mengesat air mataku yang jatuh ke pipi. Tiba-tiba, seseorang menghulukan aku sehelai sapu tangan.

“ Terima kasih.” Lelaki itu berlalu pergi tanpa sempat ku melihat wajahnya. Aku kenal belakang tu.

“ Adrian!!!” ucapku sedikit tinggi. Lelaki itu masih membelakangiku tetapi menghentikan langkahnya.

“ Syed Adrian Syed Mukhriz!” sekali lagi aku memanggil namanya. Aku pasti lelaki itu adalah Adrian. Adrian tidak sampai hati melihat wajah perempuan yang dicintainya itu sekarang. Adrian malu untuk bersemuka dengannya. Aku berlari untuk menghadapnya.

“ Adrian..” ucapku setelah mendapatkannya. Adrian tersentak. Dia kini sedang berdepan dengan Mya.

“ Mya!! Macamana Mya boleh ada kat sini?” soal Adrian yang terkejut.

“ Adrian..kenapa awak nak lari dari saya? Kenapa Ad?” air mataku mangalir lagi.

“ Mya..saya bukan lari dari awak. Saya cuma nak merawat hati saya yang dah luka ni.”

“ Kenapa pulak? Bila saya lukakan hati awak? Awak yang lukakan hati saya? Awak tahu?”

“ Kenapa pulak saya. Marsha kata awak benci pada saya sebab saya pernah hina awak dulu. Dan awak tak akan terima cinta saya.” Jawab Adrian.

“ Bila masa Mya cakap macam tu pada kak Marsha? Ad..itu semuanya tipu. Kak Marsha sebenarnya tipu awak. Dengar sini, saya dah buat keputusan.”

“ Apa maksud awak?”

“ Adrian, saya tak tahu bila saya mula rasa macam ni. Bila saya dapat bunga dari awak dank ad awak, saya rasa bahagia sangat. Setiap kata-kata yang awak tulis membuatkan saya rasa terharu. Adrian..saya rasa saya dah dapat jawapannya. Saya nak bagitahu awak yang saya terima cinta Syed Adrian dan saya maafkan awak.” Ucapku tenang.

“ Betul ni..awak tak tipu saya?” Adrian inginkan kepastian.

“ Yes..I love you Adrian. Awak dah curi hati saya Encik Playboy.” Aku senyum padanya.

“ I do love you too Mya. Awak dah rawat luka hati saya Cindarella ku.” balas Adrian padaku. Kami berdua ketawa bersama kerana flight yang sepatutnya dinaiki oleh Adrian sudah terlepas. Alhamdulillah..kami akhirnya dapat meluahkan perasaan yang masing-masing.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

3 bulan kemudian…

“ Tahniah..atas pertunangan awak berdua. Kakak ucapkan semoga berkekalan ke jinjang pelamin.” Ucap Kak Marsha padaku. Akhirnya..kak Marsha sudah dapat menerima semuanya. Kak Marsha sudah menjelaskan semuanya kepada Adrian tentan hal yang sebenarnya. Ayah yang baru sebulan balik ke Malaysia tidak tahu apa yang terjadi antara aku, Adrian dan kak Marsha. Biarlah semuanya menjadi rahsia.
Aku rasa bahagia sangat di samping keluarga yang tersayang. Begitu juga dengan Adrian yang kini sudah menjadi tunangku. Di dalam dunia, kita perlu banyakkan bersabar agar segala apa yang kita lakukan akan mendapat impalannya. Jangan disangka semua ibu tiri itu jahat kerana kita tak tahu ada juga ibu kandung yang jahat. Namun, semua itu berlaku pasti ada sebabnya.

“ Sayang..apa kata minggu depan kita kahwin?” ajak Adrian.

“ Eeee…awak ni gatalnya. Sabarlah. Tinggal 2 bulan je lagi.” Aku mencubit lengannya. Semua keluarga ketawa melihat tingkah laku kami berdua. Semoga..kebahgiaan keluargaku dan hubungan ku dengan Adrian akan berkekalan selamanya.

TAMAT.

( Ini adalah cerpen saya yang ke enam. Harap-harap sudi-sudilah terima cerpen saya yang tak seberapa ini. Silalah komen untuk saya perbaiki pada cerpen yang akan datang. Selamat membaca semua.” 

You Might Also Like

11 comments

  1. terima kasih Salina....hihihi...ada banyak lg cerpen...jangan segan baca, jangan segan komen :)

    ReplyDelete
  2. jalan ceritanya best sangat..terbaik
    (y)

    ReplyDelete
  3. Best...hmpir kslrhan nya best...cma yg last 2 kcau skit...kn Mya ni pkai tdung...so rsa nya x brpa nk ssuai nk cbit2 ni...wlaupn dgn tnang...haha...overall...syok...gud job...

    ReplyDelete
  4. Best...hmpir kslrhan nya best...cma yg last 2 kcau skit...kn Mya ni pkai tdung...so rsa nya x brpa nk ssuai nk cbit2 ni...wlaupn dgn tnang...haha...overall...syok...gud job...

    ReplyDelete
  5. Best nye cerpen sis kira lee nii.. 😘😍 saya mohon post kat wattpad blh tak?

    ReplyDelete
  6. Comel lah cerita ni....aduhaiii cair nyah

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images