Cerpen ENCIK TUNANG

03:19





ENCIK TUNANG

Bunyi lonceng berdering mengejutkan aku dari tidur. Mataku masih lagi terasa mengantuk akibat melayan rancangan televisyen “The Superman Returns” marathon. Aku menggagahkan diri untuk bangun dari katil kerana hari ini merupakan hari pertama aku masuk kuliah.

Aku sempat mengerling ke arah tingkap.

“Salji!!!!” aku menjerit kegembiraan. Yalah….pertama kali orang macam aku ni dapat tengok salji secara live depan mata. Aku terus berlari menuju ke arah tingkap.

“Ya rabbi….sejuknya.”

“Sofea!!!”

Sedang aku asyik merenung salji, tiba-tiba sebiji bantal tepat melayang ke wajahku sebaik sahaja aku berpaling.

“Kurang asam! Fifi….ambik ni!” aku membalas semula dengan cara yang sama.

“Ok….ok….aku mengalah. Sudahlah. Nanti kita lambat nak datang kuliah.”

“Tu lah kau. Fifi ni kan memang suka menyakat aku.”

Aku segera mengambil tuala mandi lalu menuju ke arah bilik air.

……………………………….

Aku dan Fifi terpaksa berpisah sementara disebabkan kos kami berdua yang berbeza. Aku memerhatikan keadaan sekeliling universiti ini yang rata-ratanya memang penuh dengan pelajar antarabangsa. Tak sangka pulak permohonan aku untuk menyambung master ke University Hankuk Foreign Studies berjaya diterima. Rasa macam mimpi gilerrr. Berkali-kali juga aku minta si Fifi tu cubit pipi aku.

Lucu pulak bila aku teringatkan reaksi ahli keluarga aku masa itu. Rasa macam nak menjerit je kat sini. Tapi aku sedar diri. Takkanlah nak buang tebiat kat negara orang ni. Aku mengerling jam tanganku.

“Ya Allah! Tinggal lima minit je lagi ni. Berangan ke mana, kuliah ke mana.”

Aku segera berlari laju mencari dewan kuliah. Gila betul.

Aku merenung bangunan yang tertulis Bussiness and Economics. Aku tersenyum akhirnya.

Yes! Berjaya juga aku sampai ke tempat yang betul.”

Baru sahaja aku ingin masuk, tiba-tiba bahuku dilanggar kasar sehingga menyebabkan fail putihku terlepas dari peganganku.

I’m sorry, miss. Are you okay?

Aku mengambil semula failku lalu berdiri semula menghadap gerangan yang melanggarku tadi.

“Haiyakkk! Awatlah tinggi sangat mamat ni. Ketinggian aku ni baru tahap dada mamat ni je. Kalau kes macam ni, terpaksalah aku mendongak ke langit. Tu lah…Sofea. Kecik-kecik tak nak minum susu. Sebab tu jadi pendek.”

Miss….are you okay? Are you hurt somewhere?”” soalnya lagi.

“Huh?”

Are you okay?

Oh….yeah. I’m okay. Thanks for asking.” Ucapku lalu mendongak ke atas.

Oh my!!! Fifi!!!! Jeritku dalam hati. Mr. Perfect Guy! Daebak!! Banyak-banyak hari aku di sini, hari nil ah yang paling beruntung untuk aku. Mamat ni buat aku terganga lama. Wajahnya yang lembut dan senyuman yang menawan mampu mencairkan hati aku yang sejuk beku sekarang ni. 

“Miss…are you okay?” sekali lagi dia bertanya namun kali ini lebih jelas kerisauannya melihatkan perempuan didepannya senyap tiba-tiba.

“Huh!! Okay….i’m okay.” Mukaku kalut semacam jadi tak tentu arah. Tiba-tiba, lelaki itu senyum ke arahku.

Haiyak….rasa macam nak terbang je balik Malaysia sekarang.

“Huhhh…I’m glad to hear it. I’m really sorry. If there’s nothing, may I go first?

Yeah…sure.

Lelaki itu berlalu kemudian aku merenung jam tangan. Ya Allah!!! Jam sudah menunjukkan 10.15 pagi. Sudah lambar lima belas minit. Aku segera menuju ke pintu dewan kuliah. Aku menarik nafas lega kerana Nampak gayanya professor Kim belum masuk lagi.

Pintu dewan kuliah sekali lagi dibuka. Derapan langkah menuju ke pentas kecil khas untuk professor itu berdiri. Pen yang sedang berpusing ditanganku, laju sahaja terjatuh ke bawah. Mulutku mula melopong terkejut dek kerana professor yang baru sahaja masuk.

“Ini lelaki yang langgar aku tadi. Takkanlah dia professor Kim. Dengar kata hari tu professor Kim, orang tua dan dah beruban. Tapi yang ni, muda, kacak dan gaya pun dah macam astis korea aku tengok.”

“Anyeonghaseyo. Nice to meet all of you. My name is Lee Jae Hyuk. For this semester, I will be your lecturer for this course.”

Satu tepukan gemuruh dihadiahkan buat professor Lee, terutama pelajar perempuan nampak sekali wajah mereka gembira tak terkata. Kelas begitu riuh sekali kerana masing-masing pelajar perempuan tidak henti-henti bertanya soalan cepumas kepada professor Lee.

Rupa-rupanya, professor Lee terpaksa mengganti professor Kim kerana factor kesihatan yang menghalangnya. Tak sangka dunia ni kecik je. My perfect guy becomes my lecturer. Haiyakkk….rasa macam nak guling-guling je kat atas katil sekarang ni. Aku pasti masa dua jam akan digunakan sebaik-baiknya. Beruntungnya hari ni.

………………………………………….

“Sejuknya...mesti best kalau jalan-jalan kat luar sekarang. Fifi, jom jalan-jalan. Lagipun hari ni kita takde kelas kan?”

“Yup! Jom…kita jalan-jalan.”

“Ok…cepat siap. Pakai baju dua tiga lapis. Sejuk kat luar tu.”

Yes captain! Fea, jangan lupa bawa kamera mahal kau tu. Boleh kita bergambar nanti.”

Kami berdua menuju ke Myeong dong. Boleh dikatakan agak sesak juga sekitar Myeong dong ni. Nasib aku dan Fifi ni satu kepala. Sebab kalau kat Korea ni, memang kena tahan kaki sikit kalau nak jalan-jalan. Sedang asyik berjalan, kami singgah ke sebuah gerai jalanan yang menjual Hotteok. Bukan selalu dapat cuba makanan korea ni. Alang-alang dah study kat sini, bolehlah cuba belajar budaya kat sini.

Usai makan, kami berdua meneruskan perjalanan lagi ke Apgujeong. Hemm…kat sini tempat paling popular idol korea nak lepak. Mana tahu, hari ni hari bertuah kami berdua dapat jumpa Exo. Aku dan Fifi tak henti-henti bergambar.

“Ok…Fifi, ambil gambar aku pose macam ni, okay?”

Fifi baru sahaja bersedia hendak mengambil gambarku, tiba-tiba ada orang buat photobomb la pulak. Geramnya!!! Dahlah datang tiba-tiba, lepas tu boleh pulak dia berhenti lama kat depan aku sambil bertelefon. Yang ni aku tak suka. Sebab? Orang ni pun tinggi juga. Memang menghalang pandangan aku.

Excuse me…” ucapku namun tidak dihiraukan.

Excuse me…..” kali ni suaraku lebih kuat.

Namun masih juga tiada respon.

Nak tak nak, aku terpaksa menghadapnya.

Excuse me!!!!” suaraku kali ini kuat berbanding tadi.

Lelaki itu terkejut lalu menyebabkan telefon bimbitnya jatuh ke bawah.

Aku dan Fifi saling berpandangan dengan riak yang terkejut. Belum sempat lelaki itu bersuara, aku dan Fifi segera beredar dari situ lalu berlari sekuat hati.

Lelaki itu mengambil semula telefon bimbitnya yang jatuh tadi.

“Tuan….tuan tak apa-apa?” soal pengawal peribadinya.

“Tak. Hantar saya pulang.”

“Tuan, ini barang tuan ke?”

Pengawal peribadi itu menyerahkan sesuatu kepadanya. Dia tersenyum lebar lalu menuju ke kereta.

…………………………………………….

Dannie, how are you dear?”

I’m fine, mom. Why you ask?

Nothing. But, it seems like you look different today. Anything happen?

Dannie tersenyum sinis mengingatkan kejadian petang tadi. Tak semena-mena dirinya tiba-tiba dimarah oleh seorang perempuan. Bukannya dia sengaja sebenarnya hendak berdiri lama di situ. Lagipun memang Dannie tidak perasan kehadiran perempuan itu kerana pandangan mata Dannie hanya tertumpu ke depan sahaja. Tapi, tidak disangkanya pulak yang perempuan itu boleh bertindak dengan mengejutkannya.

Selama ini, ramai perempuan sukar untuk mendekatinya kerana dirinya selalu dikawal oleh pengawal peribadi malahan dirinya sendiri juga yang tidak membenarkan sesiapa yang ingin cuba mendekatinya dengan sengaja.

Dannie bingkas berdiri lalu menuju ke billiknya. Dannie merebahkan dirinya ke atas katil sambil memegang sekeping kad kemudian direnungnya.

“Hana Sofea…nice to meet you.” Dannie tersenyum kecil.

Dannie mengambil telefon bimbitnya lalu menekan punat nombor seseorang.

“Hello! John. I need your help.”

Dannie tersenyum memikirkan apa yang bakal berlaku esok hari.

…………………………………..

“Fea….kau tengah cari apa?” soal Fifi yang gelisah melihat gelagat rakanya itu menyelongkar laci la, almari la, beg galas la.

“Fifi…kau ada nampak kad pelajar aku tak? Dari petang tadi aku cari tapi tak jumpa-jumpa la.”

“Tak ada pulak. Kau letak kat mana?”

“Aku rasa aku simpan kat dalam poket baju sejuk aku tadi. Takkan tercicir pulak? Dahlah kad pelajar tu penting. Baru satu hari study. Takkanlah boleh hilang. Huwaaaa!!!!!”

“Cuba cari lagi. Mana tahu ada terselit-selit kat dalam buku study kau ke?”

Sofea bergerak menuju ke meja belajarnya. Habis semua buku di selongkarnya satu persatu. Namun, hasilnya tetap sama. Hemmm….rasa nak menangis saja. Bukannya apa, aku tahulah kad tu boleh dibuat semula tapi memakan masa jugak la. Nasib badan…

“Aku rasa esok kau perlu laporkan dulu kehilangan kad pelajar kau tu. Lepas tu baru kita fikir langkah seterusnya. Kau jangan risaulah. Mana tahu, tiba-tiba kad pelajar kau tu muncul esok.”

Hopefully…

“Dahlah tu Fea. Dah lewat malam ni. Esok pagi ada kelas kan. Takut terlajak tidur pulak. Jomlah tidur.” Ajak Fifi.

“Hemmm….entahlah. Susah aku nak tidur.”

“Paksa je mata kau tu. Mimpikan Mr. Perfect guy kau tu.” Usik Fifi.

…………………………………….

Usai melaporkan kehilangan kad pelajarku, aku terus menuju ke sebuah taman yang berhampiran dengan universitiku. Hajat di hati untuk menenangkan hati terlebih dahulu. Baru sahaja aku ingin duduk di bangku, tiba-tiba aku didatangi dua orang lelaki yang agak berbadan tegap dengan sut yang serba hitam.

Are you Hana Sofea?

Aku automatik mengangguk mengiyakan. Tiba-tiba, lengan kiri dan kananku di paut segera lalu aku dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta mewah serba hitam. Ahhh!!! Bodohnya aku. Kenapalah aku boleh angguk tadi?

Who are you? What do you want from me?” gertakku. Seram gila. Dahlah negara orang. Tiba-tiba kena culik pulak. Habislah aku kalau aku kena jual kat negara lain.

Relax miss. You will know it later. Just calm down.”

“Apa nak calm down nya! Waktu macam ni ingat aku boleh bertenang ke!” aku meronta-ronta ingin melepaskan diri. Namun, tidak berhasil. Entah aku ni hendak di bawa ke mana.

“OK…miss. We are here.”

Pintu kereta dibuka seluasnya. Kemudian aku dibawa keluar. Didepan mataku kini terdapat sebuah banggunan tinggi yang begitu megah sekali. Tertulis, DH Group Corporation. Siapa punya bangunan pulak ni? Kenapa pulak dorang ni semua berhenti kat sini.

Come here Miss Sofea. My young master have been waiting for you inside. Shall we?

Tuan Muda? Bila masa pulak aku kenal tuan muda dia ni? Dorang ni salah orang kut. Bukannya aku kenal dengan orang yang golongan high society ni.

I’m sorry. You got the wrong person. I’ll better get out from here.” Aku mengatur langkah untuk melarikan diri namun lenganku sekali lagi dipaut pantas. Lalu, aku diiringi masuk ke dalam bangunan itu.

“I’m sorry miss. We have to go inside now.”

Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengikut langkah mereka berdua. Sepanjang perjalanan menuju ke tingkat yang aku tidak pasti, banyak anak mata yang memerhatikan aku. Siapa mereka ni semua? Seingat aku, tak pernah lagi aku kenal mana-mana anak orang kaya. Hah? Tadi lelaki ni cakap tentang tuan muda dia. Siapa tuan muda dia? Kalau mak aku tahu aku jumpa lelaki selain tunang aku, mesti mak aku mengamuk.

Opps! Tunang? Yup! Aku ni dah bertunang tapi sekali pun tak pernah jumpa sebab mak kata tunang aku tu ada perniagaan kat luar negara. So, aku malaslah nak ambil peduli. Gambar tunang aku pun malas aku nak layan sebab sengaja nak tunjuk muka protes kat mak aku. Mana taknya, mak aku pandai-pandai nak jodohkan aku dengan anak kawan baiknya. Sebab tu aku buat keputusan nak melanjutkan pelajaran supaya aku boleh menenangkan diri.

“Ok. Miss, we are here. Young master already inside there. Good luck.”

Mereka berdua hanya menunggu di luar pintu.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat seperti yang diminta. Aku tergamam seketika melihat keadaan sekeliling pejabat yang begitu mewah di depan mataku. Susun atur dan hiasan dalaman pejabat ini persis seperti drama-drama Korea yang pernah aku tonton. Gilaa….bapak! Besar gilerrr…
Kemudian, aku menghentikan langkah apabila tiba-tiba ada seseorang lelaki yang sedang membelakangkan aku. Aku dapat meneka pasti inilah tuan muda yang dimaksudkan oleh lelaki yang berada di luar itu. Mamat korea mana pulak ni?

“Ehm….” Aku berdehem untuk menarik perhatiannya.

Aik! Takkan tak dengar kut? Ini yang aku tak suka ni. Sekali dah buat, kena buat kali kedua pulak.
“Ehmmmmmmm…..” kali ini aku berdehem lebih panjang.

Yes!!! Kali ini nampaknya berhasil. Dia mula memusingkan badannya perlahan-lahan. Dan aku, perlahan-lahan menarik nafas lega.

“Hai, Miss Hana Sofea.”

…………………………………………

Jam tepat menunjukkan pukul 10.30 malam. Mataku masih lagi belum mengantuk. Aku masih lagi berfikir tentang kejadian tadi.

“Fea….Fea…” panggil Fifi.

Fifi menggoyangkan bahuku untuk mengejutkan aku dari lamunan.

“Fea!!!”

“Apa….”

“Fea….kau ni dah kenapa? Sejak kau balik tadi, asyik diam saja. Ada hal yang berlaku ke? Ceritalah.”

Fea bingkas bangun dari katilnya lalu duduk bersila di atasnya. Fifi mengambil tempat yang sama lalu menghadap wajah Fea. Fifi dapat meneka ada sesuatu yang berlaku. Selalunya waktu begini, Fea pasti sudah tidur melainkan melayan drama korea, pasti Fea akan berjaga.

“Fifi….kau ingat tak lelaki yang kita jumpa kat Apgujeong tempoh hari?”

Fifi berfikir sekejap cuba mengingat semula kejadian tempoh hari. Lelaki Apgujeong? Seingat aku, hari tu Fea ada marah seorang lelaki yang tiba-tiba buat photobomb semasa kami bergambar.

“Haaa…aku ingat lelaki tu. Kenapa? Takkan kau baru perasan dia hansem?”

“Ishhh….ke situ pulak. Bukanlah.”

“Habis tu, kenapa pulak? Takkan kau dah jatuh cinta kat lelaki tu?”

“Ishhh….otak kau ni takda fikir benda lain ke selain cinta.”

“So, kalau bukan hansem, cinta, kenapa dengan lelaki tu?’

Fea mengambil sesuatu di meja tepi katilnya.

“Aku dah jumpa kad pelajar aku.”

What!!! When!!! How!!!” reaksi Fifi cukup memberansangkan. Kuat giler suara minah ni.

“Ok….kau tahu tak tadi pagi lepas habis kelas aku kena culik.”

“Kena culik? Biar betul? Habis tu macamana kau dapat balik semua? Takkan kau dah bun…”

“Choihhhhh!!! Selisih 44 malaikat.

“So, apa kena mengena kad pelajar kau dengan kes culik ni?”

“Ok. Aku nak cerita ni. Jangan potong line aku. Kalau tak, aku tak nak sambung cerita semula.”

“Ok…janji.”

“Macam ni…rupa-rupanya kad pelajar aku ni ada kat lelaki yang kita jumpa kat Apgujeong tempoh hari tu. Aku pun tak tahu macamana la kad aku tu boleh jatuh waktu tu. Tapi kau tahu, lelaki tu, semua pekerja dia gelar Tuan Muda.”

Chop…chop….

“So, macamana reaksi kau masa mula-mula jumpa dia?”

“Mula-mula aku takut jugaklah sebab bukannya aku kenal semua yang kat sana tu. Waktu aku datang tu, dia cuma just serahkan kad aku terus. Lepas tu aku keluar la.”

“Aik? Macam tu je? Takkan semudah itu? Tapi kau mesti ada cakap terima kasih kan?”

“Ada la….kau ingat aku ni orang tak kenang budi ke. Tapi pelik. Takkan dia tak ingat aku yang marah dia hari tu? Dahlah telefon bimbit dia jatuh. Tapi…dia boleh senyum manis pulak kat depan aku. Then, dia kata, tak sabar nak jumpa lagi.”

Aku dan Fifi diam sejenak. Tiba-tiba aku terfikir kata-kata lelaki itu tadi. Lepas je aku ambil kad pelajar, terus aku dihantar semula ke HUFS oleh pekerjanya. Nak berkenalan pun tak sempat. Tapi, tak ada guna jugak. Bukannya aku jumpa dia lagi pun.

“Hemm…aku rasa kau tak payahlah nak fikirkan sangat. Yang penting kad pelajar kau dah dapat semula. Dah lewat malam ni. Jom tidur.”

“Okay.”

……………………………………….

Gerak langkah yang seksi perlahan-lahan menuju ke bilik pejabat CEO Kumpulan DH. Semua pekerja tertanya-tanya gerangan si empunya diri. Dengan gaya rambut perang serta mini dress Valentino tersarung di tubuh badannya persis model cukup membuatkan mata-mata di sana terpegun dengan penampilannya.

“Hai. I need to see u boss.”

I’m sorry miss. Do you have an appointment?

Appointment? Why should I?

I’m sorry miss. I’m just doing my job. What is your name?

“Arissa Wong.”

“Please…wait.”

Pekerja perempuan itu menekan butang intercom untuk menghubungi bosnya di dalam. Tuan Muda Dannie sudah memberikan arahan bahawa selagi tidak ada sebarang janji temu dibuat, dia tidak akan melayan sama sekali. Kecuali ahli keluarga dan juga perempuan yang semalam datang ke bilik pejabat tuan muda Dannie. Ramai juga pekerja terkejut kerana itulah pertama kali tuan muda Dannie membenarkan seorang perempuan tanpa ada sebarang janji temu masuk ke dalam bilknya.

“Hello, Sir. There’s someone want to meet you now. But she doesn’t make any appointment. Her name is Arissa Wong.”

“I already told you that I don’t want to meet anyone except there made an appointment.” Tegas sekali bunyi dari tuan muda. Setiausahanya itu sudah menelan air liur.

“I’m sorry Sir.”

“Tell him to get back. Ok.”

“Ok. Thank you sir.”

Setiausahanya itu meletakkan semula telefon.

“So, can I come in now?”

I’m sorry miss. Mr. Dannie don’t want to see anybody write now. He told you to get back.”

“What? Noncence! Hemmm…it’s okay. But, I wan’t you give this to him.”

Arissa berlalu pergi dengan hati yang kurang berpuas hati dengan layanan Dannie terhadapnya. Tak guna betul! Berani Dannie buat aku macam ni. Okay. Aku pasti akan buat kau jatuh cinta kat aku Dannie.

………………………………..

Sungguh tidak terasa, sudah hamper 3 bulan aku berada di bumi Korea ini. Cepat sungguh masa berlalu.

“Fea!! Aku baru ingat sesuatu.”

“Ingat apa?”

“Kau berminat tak nak jadi pengacara majlis untuk satu program amal sabtu ni?”

“Serius? Program amal tentang apa?”

“Program ni anjuran dari sebuah company yang berasal dari Malaysia tapi ada cawangan kat Korea ni. Senior aku tengah cari seorang pengacara majlis untuk program amal kebajikan tu. So, aku teringatyang kau ada pengalaman tentang benda-benda ni semua.”

“Menarik. Lagipun, rasanya hari sabtu ni aku free. Masih sempat lagi ni kalau aku nak buat persediaan. Ada lima hari lagi.”

“Cantik. Nanti aku bagi semua butiran tentang program tu dan nombor telefon senior aku tu.”

“Thanks Fifi.”

Alhamdulillah. Dah lama jugak aku tak jadi pengacara majlis ni. Rasa gementar pulak. Itulah kau Sofea. Cepat sangat nak setuju. Aku menyusun segala kertas kerja yang sudah bertaburan di atas katil. Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering.

Aku membulatkan mataku. Mama?

“Assalamualaikum mama.”

“Waalaikumsalam, Hana.”

“Mama, apa khabar?”

“Alhamdulillah. Mama rindu sangat dengan Hana. Bila Hana nak balik?”

“Buat masa ni, Hana masih lagi banyak kerja yang nak diuruskan. Tapi, mama jangan risau, nanti Hana akan pulang juga Malaysia.”

“Ehmm….tak nak tanya tentang tunang Hana ke?”

“Tunang…..takpelah. Hana tak kisah pun. Hana ikut cakap mama je.”

“Mama dah send nombor Hana kat tunang Hana. Kalau Hana belum rasa nak jumpa, Hana cuba-cuba la hubungi dia. Boleh kan?”

Alamak…..kenapa mama bagi nombor telefon aku pulak. Dahlah aku tak kenal dia.

“Okaylah Hana. Abah kirim salam kat Hana. Semoga sihat selalu ya. Mama saying Hana. Semua kat sini rindu dengan Hana. Assalamualaikum.”

“Terima kasih mama. Love you. Kirim salam sayang kata bah. Rindu semua. Waalaikumsalam.”ka
Sedihnya. Rindu la dengan semua famili kat Malaysia.

………………………………….

Hari yang dinantikan akhirnya tiba juga. Aku dan Fifi akhirnya tiba juga di tempat yang dijanjikan. Pertama kali juga merasa ke hotel yang agak mewah ni. Biasalah, aku ni pelajar. Mana mampu nak hotel lagi-lagi kat Korea ni.

Setibanya di sana, kami berdua terus diiringi masuk menuju ke dewan ballroom yang sudah ditempah khas bagi program amal yang bakal berlangsung.

“Fifi, aku rasa gementar la. Tiba-tiba, kaki aku shaking. Macamana ni?”

“Relax….relax…Fea. Aku yakin kau boleh buat. This is your dreams. Nak dengar satu cerita lawak tak?”

“Apa dia?”

“Sapa tahu kau boleh jumpa mamat korea yang hansem kat sini…boleh bawa jadi menantu nanti.”

Aku sempat mencubit pipi Fifi. Sempat pulak dia buat lawak kat sini. Dia tak tahu lagi aku ni tunangan orang. Biarlah.

“Kau ni ada-ada je. Jomlah.”

“Ok. Jom jumpa senior aku kat sana. Nanti dia akan tolong kau dari belakang. Aku terpaksa la duduk kat sana. Ok, kau jangan nervous ya.”

Jam kini sudah menunjukkan tepat pukul 8.30 malam. Kesemua jemputan sudah pun tiba. Begitu juga dengan tetamu VVIP. Kini, yang tinggal hanya menunggu tetamu VVIP yang bakal merasmikan Program Amal Foreign Students.

Sedang aku cuba menghafal skrip teks yang sudah aku sediakan, tiba-tiba bahuku di sentuh lembut.

“Miss Sofea, our VVIP is already here. So, you better get ready. He is on his way. When the entrance is open, you started the event. Okay?

“Okay, Mr. Eric.”

Jantungku kini semakin berdebar-debar menanti tetamu VVIP yang dimaksudkan. Okay..relax Hana Sofea. Kau cuma perlu baca betul-betul je nama dia. Mr. Dannie Harith, Ceo of DH Group Corporation. Itu sahaja.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembuskannya keluar. Aku sudah menerima isyarat dari Encik Eric.

Bismillahirahmanirrahim.

……………………………

Alhamdulillah. Sepanjang majlis, semuanya berlangsung dengan lancar. Tapi, aku tak sangka pulak lelaki tu ada kat sini. Dan aku lagi tak sangka rupa-rupanya lelaki tu tetamu VVIP yang dinantikan. Sikit lagi aku nak tersasul masa tengok muka dia. Boleh-boleh pulak dia tersengih-sengih tengok aku. Hati aku punya la laju berdegup. Dia punya feeling tu macam kita jumpa dengan orang yang kita minat. Tapi….itu tak bermaksud aku berminat dengan dia.

“Miss Sofea, come here. Mr. Dannie want’s to invite you having dinner with him.”

“Hah? What? Dinner with him. I’m sorry I can’t do that. Thanks for your inviting.”

“I’m sorry Miss Sofea. You have to say that after you met.”

Dah kenapa pulak dia ni. Sengaja nak cari pasal. Nanti apa orang kata kalau aku tiba-tiba duduk kat meja VVIP tu. Ulang suara, meja VVIP tau. Mesti orang nanti pandang aku. Pelik. Bukannya aku ada hubungan apapun dengan dia. Kenal pun tidak. Lagipun baru jumpa dua kali je pun. Tapi kalau aku tak pergi, pekerja  dia ni mesti tunggu aku juga.

Okay. But this is the last time I go to meet him.” Dia tersenyum. Kemudian aku diiringi menuju ke meja VVIP. Baru sahaja aku ingin duduk, tiba-tiba bahuku di sapa.

“Excuse me, Miss Sofea. Your seat is not here. Your friends Fifi are waiting for you over there.” Ucap Encik Eric.

Belum sempat aku membalas, dia memberikan jawapan kepada Encik Eric.

“I’m sorry to hear that, Mr.Eric. She is my date. She will seat here. Ok. Thank you.”

“Oh….sure. I’m sorry, Mr. Dannie. I didn’t know that.”

“It’s okay. You may go now.”

Alaa….ingatkan bolehlah lepas tadi. Tengok. Semua orang kini sedang memandang ke meja kami. Fifi pulak boleh lagi tersengih-sengih kat aku.

“Thanks John. You may leave now.”

John berlalu pergi. Kini aku sedang duduk semeja dengan tetamu VVIP. Siap ada lecturer hansem aku daa...ini yang bikin aku shaking ni. Nampak kacak pulak Professor Lee malam ni. Tapi yang tak senang hatinya, terasa ada satu pandangan tajam sedang memerhatikan aku. Tak silap lagi, perempuan yang berambut perang ini sedang memerhatikan aku ketika ini. Aku tahu pandangan itu bukannya pandangan biasa. Ahhh…tak kisahlah, janji dapat makan.

We met again, Miss Hana Sofea.” Dannie menghadiahkan senyuman menawannya kepada Fea.

O…M…A…what a charming smile.

Opps!!! Kau ni dah kenapa Fea! Relax.

“Yeah. So, Encik Dannie, saya ada satu soalan nak tanya.”

“Sure. Awak boleh tanya banyak pun tak apa.”

Dannie senyum lagi. Sengaja ingin menguji hati Fea.

“Ok. Soalan pertama. Kenapa awak jemput saya ke sini?”

Good question. Sebab saya nak kenal dengan awak.”

Hah! Gilerr ke lelaki ni. Dia ni jawab tak agak-agak langsung. Dahlah semua pandang aku semacam je. Aku hanya mampu tersenyum kelat sahaja.

“Tapi saya tak nak kenal dengan awak. Macamana awak nak buat?”

“Selagi ada masa, selagi saya berusaha nak kenal dengan awak.”

Okay. Jawapan dia ni memang buat aku diam seribu kata seketika.

Ok. Question done. Let’s get eat now. I’m starving here. I know there will be a second question. But hang on. Ok?”

………………………………..

Hishhh…susahnya nak tidur malam ni. Muka aku rasa macam panas je. Kenapalah dia senyum macam tu je dekat aku tadi. Aku menggelengkan kepalaku. Aku berkalih ke kanan untuk mencari keselesaan.

“Eh…Fea. Kau ni dah kenapa? Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Aku confirm ni mesti sebab hal tadi kan. Mesti sebab Encik Dannie tu kan?”

Aku menelan air liur. Fifi ni memang boleh baca fikiran aku. Macam ada kuasa psikik je minah ni.
“Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa. Dia tak boleh kenal dengan aku.”

“Kenapa pulak? Aku rasa dia ikhlas nak kenal dengan kau. Ini dah kira miracle tau sebab kau boleh jumpa orang Malaysia kat Korea ni. Tambah-tambah lagi, muda-muda dah berjaya. Aku dengar-dengar dia tu masih single. Kau pun masih single. Elok la tu.”

Tak…Fifi. Aku ni tunangan orang. Itu yang susahnya.

“Aku tak boleh juga Fifi. Sebabnya memang aku tak boleh.”

Fifi semakin pelik mendengar jawapan rakan sebiliknya ini.

“Sebenarnya, aku ni dah bertunang. Tapi sepanjang kami bertunang, sekali pun aku tak pernah jumpa and sekali pun kita berdua tak pernah berhubung.”

“What? Wow! This is a hot story. Kau tak pernah cerita pun kat aku. So, kiranya dah berapa lama korang bertunang?”

“Masuk ni dah tiga bulan.”

“3 bulan? Maksudnya sebelum kau belajar kat sini, kau dah jadi tunangan orang rupanya. Patutlah kau tak nak layan Encik Dannie tu. Melepaslah la dia.”

“Tapi….serius kau takkan tak kenal dengan tunang kau tu? At least tahu nama pun cukup la.”

“Seingat aku, mama aku cakap hari tu nama dia Encik Harith dan sekarang ni dia kat luar negara disebabkan urusan kerja. Nagara mana, aku tak tahu pulak. Mama aku cakap dia dah bagi nombor telefon aku kat tunang aku tu, tapi sekali pun dia tak pernah cuba call ke, message ke, WhatsApp ke?”

“Laaaa….macam tu ke kisahnya. Kau tak nak cuba hubungi dia ke? Mana tahu dia sibuk ke.”

“Entahlah. Malaslah aku nak ambil tahu.”

“Alaaa….melepaslah Encik Dannie tu. Aku rasa dia tu memang perfect guy kau yang paling sesuai. Kalah Professor Lee.’

Aku ketawa mendengar telatah Fifi. Otak dia ni memang tak boleh pakai kalau bab-bab macam ni. Malaslah nak fikir pasal benda ini. Yang penting aku kena jaga diri aku sebab aku ni masih lagi tunang orang.

……………………………..

“Hai darling.” Ucap Arissa buat Dannie sambill tangannya cuba memeluk lengan Dannie. Namun Dannie segera menapis. Pantang betul dia kalau jumpa si Arissa ni. Rimas.

Nasib Arissa ni sudah dia kenal sejak kecil lagi.

“Arissa, this is not right. Why you are here?”

“Oh….come on. Let’s have a lunch together, Oppa?”

“I’m sorry. I already have my date.”

“What? Siapa perempuan tu? Don’t tell me the girl last night?” wajah Arissa sudah berubah merah menahan rasa geram.

Tak guna punya perempuan! Ada hati nak rampas Dannie dari aku. Dia ingat dia tu siapa! Dia belum tahu aku ni siapa. Siap dia nanti.

“Tapi, kitakan dah lama tak keluar berdua. Jomlah.”

I’m sorry, Arissa. Next time, okay. Bye.”

Dannie berlalu pergi meninggalkan Arissa sendirian. Sakitnya hati.

“Hye Rin, I need you to something for me.”

DANNIE tidak sabar untuk mengajak Fea untuk keluar makan tengah hari dengannya. Dannie ingin mencipta peluang untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan Fea. Dia masih ingat lagi sewaktu mamanya menghubungi untuk meminta pendapat tentang hal pertunangannya. Mamanya menghantar sekeping gambar serta maklumat latar belakang tentang diri tunangnya itu. Tidak disangkanya pertemuan kali pertama itu merupakan hari yang terindah buat Dannie.

Dannie tahu Fea masih belum tahu tentang dirinya. Buat masa ini, Dannie hanya merancang untuk cuba mengenalinya terlebih dahulu sebelum memberitahu hal yang sebenar. Baginya, mungkin Allah sedang membantunya. Dia sendiri pun tidak menyangka bahawa Fea akan melanjutkan pelajaran di Korea.

“John, take me to HUFS.

Usai memakirkan kereta, John keluar untuk menjemput Fea. John segera menghampiri Fea lalu mengiringinya.

“Ehm….why are you here?” Fea cuba memerhatikan sekeliling. Tak de pulak tuan muda dia ni.
John hanya mendiamkan diri. Fea pulak hanya meneruskan perjalanannya namun tiba-tiba sahaja pintu sebuah kereta mewah terbuka tepat di depannya. Alangkah terkejutnya Fea, bahawa yang berdiri di depan matanya kini ialah Dannie.

“Assalamualaikum, Hana Sofea. We met again and this is for you.” Dannie menghadiahkan sejambak ros merah kepada Fea. Serba salah Fea hendak menerimanya. Dia ni buat aku malu la. Dahlah ramai orang tengok sekarang ni. Mataku agak terkejut seketika kerana terlihat kelibat Professor Lee. Malunya….

“Waalaikumsalam. Ehmm…thanks for the flowerWhy are you here?”

“Sebab saya nak jumpa awak. Is that your second question?

Hishh!! Dia ni takde angin tak ada ribut, tiba-tiba je nak jumpa aku.

I’m sorry okay. Saya tak kenal awak dan saya harap kita takkan jumpa lagi. I think you better find someone else. Saya dah bertunang. Assalamualaikum.”

Fea berlalu pergi tanpa menoleh semula. Fea rasa perlu ini adalah jalan yang terbaik untuk dirinya. Walaupun hatinya mula tertarik dengan Dannie, tapi itu tidak bermakna dia harus menerimanya kerana Fea sedar bahawa dirinya sudah berpunya.

Dannie pulak sikitpun tidak berasa kecil hati atas penolakan yang dibuat oleh Fea terhadapnya. Malah dia berasa gembira kerana Fea tahu menjaga dirinya. Dannie kini semakin tertarik untuk mengenali Hana Sofea lebih dekat lagi. Memang hatinya sudah tertawan pada pertama kali Dannie menatap gambar Fea yang ditunjukkan oleh mamanya. Tak salah lagi, Fea sudah benar-benar mencuri hatinya. Rasanya, kini dia tidak perlu lagi untuk berahsia dengan Fea. Lebih baik Dannie berterus-terang sebelum terlambat.

Tanpa sedar, kejadian tadi disaksikan oleh sepasang mata yang penuh dengan rasa cemburu. Kalau hendak diikutkan hati, mahu saja dia memberikan tamparan percuma kepada perempuan itu yang sudah berani menolak lamaran Dannie. Namun, dia masih berfikiran waras kerana tidak mahu kehilangan Dannie. Dirinya kini perlu menghalang perempuan itu dari terus bertemu dengan Dannie.

“Hye Rin, I have a work for you.

………………………………….
Hujung minggu begini, memang waktu terbaik untuk Fea memanjakan dirinya di rumah sahaja. Fifi sudah keluar sejak awal pagi tadi. Katanya, ada sedikit kajian luar yang perlu dilakukan. Fea berlalu ke dapur untuk memasak sesuatu.

“Hemmm….macamana nak masak ni? Semua barang dah habis. Jus apple aku pun dah habis. Tak boleh jadi ni. Kena beli barang juga ni.”

Fea segera menukar pakaiannya lalu keluar ke pasar raya yang berdekatan. Nasib baik pasar runcit yang ingin dituju tidak mengambil masa yang lama. Usai masuk ke dalam, Fea segera mencari barang yang sudah habis stok di rumahnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Fea berbunyi.

“Assalamualaikum, Fea.”

“Waalaikumsalam, Fifi. Fea…aku balik lewat hari ini. Kau tak payah tunggu aku ya. Aku makan kat luar hari ni.”

“Okay. Hati-hati tau. Jangan balik lewat sangat tau.”

“Ok. Terima kasih temanku yang sangat memahami. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Usai membeli semuanya, Fea berlalu keluar dari pasar raya tersebut. Baru sahaja Fea ingin melintas jalan, matanya tertumpu pada seorang wanita tua bersama barang-barangnya yang penuh ditangan. Niat tuntuk melintas terpaksa dibatalkan kerana Fea ingin membantu wanita tua itu terlebih dahulu.

“Ahjumma….can I help you?

“Kamsahamnida…agashii.”

Wanita tua itu tersenyum penuh makna melihat perempuan muda yang baik hati sedang menolongnya ini. Tidak salah lagi inilah perempuan yang sudah berjaya menambat hati anak terunanya itu.

“Agashii…what is your name? My name is Kim Mirae and I’m muslim.”

Wow! Fea agak terkejut mendengarkan dialek inggeris wanita tua ini. Fikirnya wanita tua ini wanita Korea seperti rakyat tempatan biasa. Tidak sangka pulak wanita ini seorang Muslim.

“My name is Hana Sofea and I’m from Malaysia.”

Such a coincidence here. My husband is Malaysian also.”

Wow….daebak! I’m glad to hear it.

Wanita tua itu segera memeluk Fea dengan mesra sekali. Sama sekali dia tidak menyangka akan bertemu secara kebetulan dengan tunang anaknya itu. Namun, Puan Kim Mirae terpaksa merahsiakan identitinya terlebih dahulu kerana Dannie.

So, do you live around here?” soal Puan Kim Mirae.

Yeah….just nearby. Aunt, I better go now. I have to cook for lunch.” Aku tersengih. Amboi…jawapan jujur sangat kau ni Fea.

Oh…okay dear. If you are not mind, can I get you phone number.”

Sure…looks like I have a new family here. Can I call you aunt?”

“I think you better call me mama dear. Okay?”

Aku mengangguk tanda bersetuju. Beruntungnya aku hari ini. Tak sangka pulak boleh dapat mama angkat kat Korea. Kalau Fifi tahu, mesti dia jealous.

Sementara itu, ada hati yang sedang panas membara. Puas sudah dia menahan perasaannya selama ini. Tempoh hari, Dannie yang sedang bermesra dengan perempuan itu, kini mama Dannie pulak sedang bergembira dengan perempuan itu. Dia sudah tidak tahan melihatnya. Kali ini dia perlu bertindak sendiri untuk menghentikannya.

Hye rin, take me to DH now!!!” teriak Arissa di dalam kereta.

Arissa sudah bagaikan orang yang hilang akal. Kali ini dia tidak mahu berdiam diri lagi. Apa nak jadi, jadilah. Dia sudah tidak peduli lagi. Kalau dia tak dapat Dannie, perempuan tu pun tak boleh dapat Dannie. Arissa bergegas keluar dari kereta dengan hati yang sudah panas meluap-luap seperti gunung berapi.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Arissa terus meluru masuk ke dalam bilik pejabat Dannie. Setiausaha Dannie pun tidak dapat menghalang kerana melihatkan gaya Arissa yang sudah seperti orang meroyan.

“Boss, I’m sorry…I can’t stop her.”

“It’s okay. You can go now.”

Dannie berpeluk tubuh. Geram melihat tingkah laku Arissa yang sudah melampau. Sungguh tidak matang sekali tindakannya.

“So, Arissa, tell me why are you acting like this? What is wrong with you?” tegas bunyi yang keluar dari Dannie.

“You ask me why? Dannie….I cannot stand this anymore! You know already that I have love you for a long time ago. I hate that women! I hate Hana Sofea!! I hate!!!!!” teriak Arissa bagai orang gila.

Arissa cuba ingin memeluk Dannie namun Dannie segera menepis. Arissa nampaknya sudah betul-betul gila. Dia tidak boleh dibiarkan begini kerana takut boleh mencederakan dirinya sendiri. Pejabat Dannie sudah habis huru-hara kerana perbuatan Arissa yang sudah hilang kawalan.

Dannie segera menekan butang interkomnya.

Guards! Come here right now!!!

“Why Dannie? Why not me? I’m the one who loves you with all my heart. That woman has nothing. You only know her for a while. But me? We have known a long time ago. Don’t you remember that I have told you that I wanna marry you?”

“Listen, Arissa. You wrong! I’m only treat you like a sister and not more than that. It s enough! You better get out now before my guards take you out!!! And one more thing, the woman you mention before, she is my fiancé.”

“What? No!!!!!” jerit Arissa.

“Guards!!!! Take her out of here now.”

Dannie mengeluh panjang. Arissa benar-benar sudah melampau. Dannie sudah membuat keputusan bahawa sudah tiba masanya dia berterus terang dengan Fea tentang dirinya.

……………………………….

Fea kini sedang berdiri di depan sebuah rumah banglo agak mewah. Petang tadi, dia menerima mesej dari mama angkatnya untuk makan malam di rumahnya. Nampaknya, mama angkatnya itu bukan sembarangan orang. Fea segera membunyikan lonceng.

“Anyeonghaseyo. Hana Sofea imnida.”

“Sofea….come in here.” Jemput Puan Kim Mirae dengan gembira sekali. Nampaknya plannya malam ini akan berhasil. Dia inigin membuat kejutan buat anak lelakinya nanti.

“Let’s seat first. Thanks you dear for coming here. I’m so happy today. One more thing, I want to introduce you to my son. He must like you a lot.”

Alamak!!! Aunt ni nak kenalkan aku dengan anak lelaki dia pulak. Maaflah Aunt. Saya ni dah bertunang tapi diri sendiri ni yang lembap sangat nak kenal dengan tunang sendiri. Itupun baru semalam mama hantar nombor telefon Harith. Entahlah si Harith ni berminat ke tidak dengan aku. Kalau Dannie macam Harith…..

Aku menggeleng laju. Apa yang kau fikir ni Fea? Jangan nak hal Fea. Dannie tu bukan Harith. Ingat yang kau tu dah bertunang. Lupakan perasaan kau pada Dannie. Kau hanya perlu tumpukan hati kau sekarang pada Harith. Baiklah. Malam ni, aku kena telefon Harith juga.

“Fea…come, let’s seat there. It’s time for dinner.”

“Okay…aunt.”

Fea dan Puan Kim Mirae menuju ke ruang makan untuk makan malam. Tak sabar pulak Puan Kim Mirae menanti kepulangan anak lelakinya sebentar lagi.

“Ehmm…Fea, lets wait for my son. He will be coming soon.”

Okay, aunt. “

Tiba-tiba pulak jantung aku ni berdegup dengan kencang. Tak tentu rasa pulak aku malam ini. Bunyi  macam aku sedang menanti dia pulak. Bunyi deruman enjin kereta sedan memakirkan kereta sudah berhenti dari luar rumah. Semakin berdebar-debar pulak hati aku saat ini. Kalau aku jumpa tunang aku macam ni rasanya kan bagus. Itulah, mama suruh jumpa aku yang jual mahal.

“Hah….thats my son. Fea, you wait here. I’ll be back later.”

Aku hanya tersenyum.

Dannie melangkah masuk ke dalam rumah dengan riak wajah yang kepenatan. Namun, menatap wajah mamanya membuatkan penatnya hilang semula.

“Assalamualaikum mama.”

“Waalaikumsalam, Dannie.”

Wow….you look so beautiful tonight.” Puji Dannie.

Well….Dannie, I have a little surprise for you. I’m sure you will be happy.”

“Really? Okay. Let’s go inside. I’m starving right now.”

Puan Kim Mirae sudah tidak sabar menanti reaksi anaknya nanti. Meja makan malam sudah lengkap terhidang. Dannie baru tersedar ada seseorang yang sedang menanti. Seorang perempuan sedang membelakangkan dirinya ketika ini.

“Mama, who is she?”

“Hana Sofea…this is my son, Dannie Harith.” panggil Puan Kim Mirae.

Alangkah terkejutnya aku. Kali ini jantung aku macam nak meletup saja. Muka aku yang merah sekarang ni tak tahu nak sorok kat mana. Blushing weiii!!! Macamana pulak dia ni anak kepada Puan Mirae ni. Haiyakkk….Korea ni kecik je rupanya. Boleh pulak aku jumpa orang ni lagi.

Dannie tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya saat ini. Tak sangka pulak mamanya memberikan kejutan seperti ini. Dia baru sahaja terfikir nak berjumpa dengan Fea untuk menerangkan segala-galanya. Mungkin malam ini, dia boleh berterus-terang dengan Fea tentang dirinya selama ini.

“Wow….both of you looks so surprise? Dannie, do you know her?”

“Of course mama. She is the woman that I love, Hana Sofea.” Luah Dannie tanpa teragak-agak.

Membulat mata Fea mendengarnya. Dia dah gila ke! Berani betul dia menipu mamanya. Suka hati dia saja nak cakap begitu.

No…no…he is wrong.” Balasku.

Puan Kim Mirae dan Dannie hanya tersenyum riang.

It’s okay, Fea. I’m happy for both of you. So, come let’s eat.”

Rasa serba salah jugak aku macam ni. Dannie ni memang sengaja buat aku tak tentu arah. Sejak dia muncul, hidup aku memang huru hara. Sebab dia ganggu perasaan aku. Dia dah buat aku mula suka kat dia. Rindu kat dia. Tapi masalahnya sekarang aku dah bertunang. Aku kena buang perasaan aku pada dia. Malam ni aku nak beritahu dia semuanya. Aku tak nak dia kecewa.

Suasana makan malam bersama keluarga Dannie pada mulanya agak kekok namun dek kerana Dannie pandai menceriakan suasana, akhirnya semua makan dengan gembira. Aku tahu, Dannie tu penat. Tapi dia masih lagi boleh jaga perasaan mamanya.

Jam kini sudah menunjukkan, tepat jam 9.30 malam. Setelah selesai berbual dengan Puan Kim Mirae, aku memutuskan untuk pulang. Tapi masalahnya sekarang, Puan Kim Mirae meminta Dannie untuk menghantar aku pulang bukan pemandunya. Nak menolak takut Puan Kim Mirae kecil hati pulak. Aku setuju sajalah sebab ini kali terakhir aku akan jumpa Dannie.

“Fea, if you have free time, you can visit me anytime. Okay?”

“Okay, mama. Thanks for the dinner. Assalamualaikum.” Fea menghulurkan tangannya kepada Puan Kim Mirae untuk bersalam dengannya. Puan Kim Mirae memeluk Fea dan mengucup pipinya.

Dannie sudah menunggu di tepi keretanya.

Let in my princess. Your prince charming will drive you safely.” Luah Dannie.

Aku mengerutkan mukaku kerana geram dengan perangai Dannie yang macam budak-budak. Dannie nampak je matang bila dia bekerja tapi bila jumpa aku, mulalah perangai kebudak-budakannya tu.

Suasana di dalam kereta hanya bertemankan lagu Korea sahaja. Aku pulak lebih suka memandang ke luar supaya rasa gementar tu hilang. Yalah, pertama kali aku ni naik berdua dengan lelaki yang aku tak berapa kenal. Kalau dia tunang aku, tak juga aku rasa macam ni.

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Dannie masih mencari peluang yang sesuai untuk menjelaskan hal yang sebenarnya kepada Fea. Usai tiba, Dannie segera membuka pintu kereta dengan senyumannya yang mengancam.

“Terima kasih sebab sudi hantar saya. Cakap terima kasih juga kat mama awak sebab sudi ajak saya makan dan saya rasa awak patut beritahu hal yang sebenar kepada mama awak.”

“Tentang apa?”

“Kitakan takde hubungan apa-apa. Jangan biarkan mama awak mengharap. Kesian dia nanti.”

“Ehmm….boleh pinjam 10 minit awak tak? Saya ada benda nak terangkan pada awak. Ada kedai Coffee tak area sini?”

“Okay tapi cuma 10 minit saja tau. Kat depan sana ada Coffe Smith. Kita boleh jalan kaki je kat sana. Ok?”

“Okay. Jom.”

Benda apa yang dia nak beritahu aku. Takpelah. Hah…ini mungkin peluang terbaik untuk aku beritahu tentang diri aku.

Just give me espresso. You?” tanya Dannie.

“Latte please.”

Masing-masing mencari ayat yang sesuai untuk memulakan perbualan. 2 minit berlalu begitu sahaja. Baru sahaja Dannie ingin berbicara, muncul seorang pelayan menghantar coffee mereka berdua.

“Baiklah. Saya cuma tinggal 8 minit saja sekarang ni. Sejujurnya, 8 minit tak cukup untuk saya beritahu awak semuanya tapi saya cuba.”

“Awak nak cakap tentang apa sebenarnya?” soal Fea yang tertanya-tanya.

“Ok. Tentang soal perasaan saya pada awak. Saya memang ikhlas suka awak, Hana Sofea. Sejak pertama kali saya nampak awak, saya yakin yang awaklah yang terbaik untuk saya. Sebab tu, saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. Saya…”

Tiba-tiba, Fea mencelah.

“Ini semua salah. Awak tak patut ada perasaan suka pada saya. Awak patut buang perasaan tu. Buat pengetahuan awak saya dah bertunang cuma tunang saya masih kat luar negara. Jadi saya tak boleh kenalkan pada awak. Saya hargai perasaan awak tapi semua itu takkan terjadi.”

Dannie hanya tersenyum mendengarnya. Fea memang seorang perempuan yang baik. Fea yang memerhatikan riak wajah Dannie terasa pelik. Kenapa pulak dia senyum-senyum? Takkan dia tak percaya?

“Kenapa awak senyum? Awak tak percaya ke yang saya dah bertunang? Awak nak saya call dia ke?”

“Fea….sebenarnya…”

“Okay…saya tahu awak tak percaya. Saya akan buktikan pada awak yang saya memang dah bertunang.” Fea mencelah lagi sebelum Dannie sempat memberitahunya.

Fea bingkas bangun sambil mendail nombor tunangnya itu. Baru hari ini Fea terfikir untuk menghubunginya. Harapannya tunangnya itu mengangkat panggilannya. Jangan dia tidur sudahlah. Tiba-tiba, satu deringan telefon berbunyi begitu hampir sekali dengan mereka. Dannie melihat telefon bimbitnya yang sedang berdering. Tertera nama Cik Tunang di skrin telefon bimbitnya.

Fea masih menanti panggilannya berjawab. Tiba-tiba…

“Assalamualaikum, Hana Sofea.”

Terasa berdebar sekali hati Fea mendengar suara tunangnya itu.  Sepertinya dia pernah mendengar suara itu.

“Assalamualaikum, Hana Sofea…” sekali lagi Dannie memberi salam. Fea yang sedang membelakanginya ketika ini masih belum perasan akan dirinya.

“Waalaikumsalam, Harith. Maaf sebab telefon awak lewat malam. Sebenarnya saya nak awak beritahu seseorang yang awak tu tunang saya. Awak jangan tanya kenapa sebab nanti saya akan cuba jelaskan pada awak.”

“Awak sekarang kat mana?” soal Dannie.

“Ehm….saya sekarang kat Coffee Smith. Kenapa?”

“Sebab saya ada kat belakang awak?” luah Dannie.

“Hah!!! Awak jangan nak main-main dengan saya.”

“Betul. Saya tak tipu. Pandang belakang saya dan saya akan lambai tangan pada awak.”

Fea segera memusingkan telefonnya. Fea tidak nampak sesiapapun. Fea hanya Nampak Dannie sahaja sedang melambai tangannya. Takkanlah…

“Harith….saya tak nampak awak pun.”

“Saya ada dengan awak sejak tadi Sofea Hana. Saya Dannie Harith, tunang awak. Maafkan saya sebab tak beritahu hal yang sebenarnya.”

Fea cukup terkejut mendengar pengakuan yang baru sahaja dibuat oleh Dannie. Rupa-rupanya selama ini dia tahu yang aku ni tunang dia. Bencinya!!! Fea mematikan panggilannya. Fea mengambil beg tanganya lalu beredar dengan segera. Dia masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan Dannie atau Harith yang selama ini sebenarnya tunangnya sendiri. Dia gembira yang Dannie adalah tunangnya tapi pada masa yang sama dia kecewa kerana Dannie tidak menjelaskan hal yang sebenar awal-awal.

“Fea!! Fea!!” panggil Dannie.

Dannie segera mengejar Fea. Dannie tahu pasti Fea kecewa dengannya.

“Fea!!!” panggil Dannie lagi.

Fea terus berlari tanpa menoleh ke belakang. Tanpa diduga, tiba-tiba muncul sebuah kereta dari arah kanan dipandu dengan laju sekali.

“Feaaaaa!!!!!”

……………………………………

3 tahun kemudian….

“Mummy…jom pergi Everland. Nak pergi Everland…” rengek Daniesha.

Ask your Daddy.” Balas Fea.

“Okay..”

“Daddy!!!!” panggilnya dengan manja.

Daniesha duduk di pangkuan daddynya yang sedang membaca surat khabar.

“Daddy….jom pergi Everland. Jom….” Pujuknya pada daddynya.

“Dah tanya kat mummy?”

“Yeah. Mummy suruh tanya Daddy.” Dannie hanya tersenyum melihat telatah puterinya ini.

“Okay…we will go to Everland tapi Daniesha pergi siap-siap dulu.”

“Hooorayyyy!!!”

Fea gembira melihat telatah anak perempuannya yang cukup periang sama seperti suaminya. Dannie Harith adalah jodoh yang terbaik untuk dirinya. Fea masih ingat lagi selama 3 bulan dia koma dan terlantar di hospital. Namun, Dannie begitu prihatin menjaganya setiap hari. Hati Fea sungguh terharu kerana Dannie benar-benar ikhlas menjaga dirinya ketika sakit.

Dannie ketika itu walaupun nampak tabah namun hatinya begitu terluka kerana melihat Fea begitu. Selepas kemalangan malam itu, keesokkannya pihak polis menghubungi Dannie bahawa mereka sudah berjaya menangkap pemandu yang melanggar Fea.  Dannie terkejut bahawa Arissa rupanya yang melanggar Fea malam itu.

“Honey….buat apa termenung tu?”

“Nothing…termenungkan hubby je.”

“Oh….so sweet.” Ucap Dannie sambil mengucup tangan isterinya itu.

“Hana Sofea, I choose to love you and I will love you forever until jannah. Amin.”

Fea terharu mendengar luahan hati daripada suaminya itu. Sesungguhnya, Allah telah menghadiahkannya peluang kedua untuk mengenali hati budi suaminya sewaktu dia koma dulu. Fea berjanji dengan Allah bahawa dia tidak mensia-siakan peluang kedua ini untuk hidup bahagia bersama suaminya yang tercinta. Alhamdulillah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Fifi pulak pasti sedang berbahagia dengan Professor Lee yang kini sedang berbulan madu di Malaysia. Tak sangka pulak Fifi bertemu jodoh dengan Professor Lee.

Kadang-kadang jodoh yang sudah di depan mata, kita buat-buat tak nampak. Kadang-kadang jodoh yang belum tiba, kita pulak buat-buat nampak. Sesungguhhnya Allah itu maha Adil. Jodoh yang sudah tertulis pasti akan bertemu dengan tuan empunya badan.

TAMAT.

21 page
7250 words
27.08.2015
3.47 petang

P/S : Assalamualaikum semua. I'm back with my new story tonight. Hopefully my followers will enjoy to read this story. Setahun tak menulis, memang berkarat la juga otak ni. Apapun terus menyokong cerita-cerita Miss Kira Lee. Thank you. (Sepatutnya update semalam tapi masalah wifi daaa )








You Might Also Like

3 comments

  1. Salam, best gilerr cite nie :-*
    Hihi....tapi napew last cite x letak gambr mamat n minah kpop beserta nama watak utama :'(
    But,papew pon tumb up arr ;-)

    ReplyDelete
  2. Gempaklh citer ni...mmg best...akak punyr cite mmg the best

    ReplyDelete
  3. First of all,i need to be honest with you. there's a lot of grammatical mistakes..Mr Dannie don't want to see anyone WRITE now?😂really silly mistake...btw,Good try..just ur imagination cannot beyond my thought?really ridixxxx I think?sorry

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images