Cerpen TEMUJANJI JODOH
11:57
BY: KIR@ LEE
Penat sungguh hari ini
bekerja. Tapi memandangkan ini kerja yang ku pilih, aku harus juga
menjalankannya. Tugas sebagai seorang pendidik ni bukannya senang. Kalau tak
kuat semangat, boleh jadi stress tau. Aku ni dah nak masuk umur 29 tahun. Tapi
still single. Tak lama lagi nak cuti sekolah pertengahan tahun. Jadi boleh lah
aku goyang kaki di rumah.
Tapi, asal je cuti sekolah
mula, mesti banyak wartawan tak bertauliah datang ke rumah nak buat gossip.
Mesti korang tertanya-tanya. Macam biasalah, bagi perempuan yang dah nak masuk
umur 30 tahun ni, mesti soalannya bila nak kahwin? Dah ada boyfriend? Dah
bertunang? Tu yang aku malas ni kadang-kadang bila dah nak dekat cuti ni. Mana
taknya, mak cik-mak cik sebelah ayah dan ibu ni ramai yang nak jadi wartawan.
Pening-pening. Aku bukan nak memilih, tapi jodoh belum sampai. Tiba-tiba, telefon
bimbit ku berbunyi. Ada oarang call.
‘’ Assalamualaikum. Ibu.’’
Soalku.
‘’ Waalaikumsalam.’’ Jawab
ibu.
‘’ Ada apa bu?’’
‘’ Ibu nak tanya ni, cuti
sekolah ni balik ke?’’ soalnya.
‘’ Eh..mestilah. Anak ibu ni
kan cikgu. Kalau cuti sekolah, mestilah cikgunya pun cuti. Kenapa ni bu?
Selalunya, ibu tak tanya pun Kira nak cuti ke tidak. Ini mesti ada apa-apa
ni?’’
‘’ Baguslah. Ibu ada hal nak
bincang dengan kamu ni. Nanti ibu bagitahu. Tunggu kamu balik dulu. Ok.
Assalamualaikum.’’
‘’ Ibu..waalaikumsalam.’’
Terus terputus panggilan kami
berdua. Aku musykil. Nak bincang tentang apa ni. Baik aku solat ishak dulu.
Usai solat, aku turun ke dapur untuk makan malam. Aku ni mengajar di Sabah. Dah
nak dekat lima tahun juga aku mengajar di Kota Kinabalu, Sabah ni. Graduate je,
terus posting kat Sabah. Kawan-kawan yang lain semua dapat kat semenanjung. Tak
pe lah. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
‘’ Ai..Kira. Kenapa muka
berkerut semacam je?’’ tanya housemateku, Nurul.
‘’ Tak de la. Cuma saya
tengah berfikir. ‘’ jawabku.
‘’ Fikir tentang apa?
Boyfriend ye?’’ usiknya.
‘’ Bukanlah. Aku ni mana ada
boyfriend. Bukan macam kau. Dah nak kahwin.’’
‘’ Habis tu, fikir apa?’’
‘’ Ibu aku. Dia kata dia ada
hal nak bincang dengan aku bila aku balik KL nanti. Macam penting je. Tu yang
aku bingung ni.’’
‘’ Oh…soal ibu rupanya.
Ingatkan boyfriend.’’ Nurul ketawa.
‘’ Ala..kau ni. Orang serius
la. Malaslah nak fikir-fikir pasal boyfriend ni.’’
‘’ Ye la tu. Kau tengoklah
nanti bila kau ada pakwe ke, atau terus dapat suami.’’ Usiknya lagi. Nurul
semakin kuat ketawa. Aku pula makin berkerut.
Aku naik semula ke bilik ku.
…………………………………………………………………………………
Cuti pertengahan tahun dah
mula. Aku bersiap segera untuk pergi ke airport. Nurul yang akan menghantar
aku. Sebabnya, flight Nurul malam nanti. Aku pula pagi-pagi. setelah sampai di
airport, ramainya orang bukan kepalang. Mana taknya. Musim cuti sekolah dah
mula. Nak dekat tiga minggu cuti ni. Aku apa lagi, check in la dulu. Tiba-tiba,
bagasi ku terlanggar dengan bagasi seseorang. Sekali toleh, macam pelakon
korea. Dua kali toleh, macam Gu Junpyo (Hero Boys Over Flower), tiga kali
toleh, bukan daa. Tapi, memang hansem habis lah. Kaw-kaw punya.
‘’ Mana mata awak??’’ marah
pemuda itu kepada ku.
‘’ Mata? Mata saya ni hah.
Awak buta eh?’’ aku sengaja menyakitkan hatinya. Bukan aku sengaja pun nak
langgar dia. Cuma aku ni gopoh sangat.
‘’ Lain kali tu jalan pakai
mata.’’ ujarnya lagi. Sungguh matanya memang mengancam. Ni kalau tak kuat iman
ni, memang aku nak peluk. Astaghfirullah. Apa la kau ni Kira.
‘’ E’eh, bukan jalan pakai
kaki ke?’’ sengaja aku menambah marahnya. Geram sungguh la dengan dia ni. Tak
beradab langsung.
‘’ Awak ni..sudahlah.’’
pemuda itu hendak berlalu.
‘’ Eh..awak. Saya minta
maaf.’’ Aku sempat meminta maaf sebelum pemuda itu pergi. Wah…kerek betul mamat
tu. Menyampah pulak aku tengok. Tapi, hansem la.
Aku terus pergi mencari Nurul
yang sedang duduk di bangku airport. Panggilan untuk berlepas telah pun
berbunyi. Aku dan Nurul bersalaman dan berpelukkan. Aku melambai ke arah Nurul.
………………………………………………………………………………
Hampir tiga jam penerbangan
ku dari Sabah ke KL. Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke KL. Rindunye.
Aku disambut gembira oleh ahli keluargaku. Aku
menarik bagasiku ke dalam kereta. Kami sekeluarga menuju ke tempat letak
kereta. Sewaktu menuju ke kereta, mata ku terpegun dengan sebuah kereta sport
BMW putih di sebelah kereta kami, toyota Avanza. Fuyoo…berkilat giler. Mesti
driver dia pun hansem.
‘’ Kira, apa lagi termenung
kat kereta orang tu. Kereta kita kat sebelah ni la. Mari masuk.’’ Ujar ibuku.
‘’ Ala..potong betul la. Baru
nak layan blues tengok kereta sport. Nak sentuh pun belum sempat.
Sayangnye…’’ bisikku dalam hati. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam kereta ku. Luas pula ku rasakan kereta ni. Ye la..kami ni keluarga kecil saja. Aku ni anak tunggal. Tu la, ibu aku suruh aku cepat-cepat kahwin sebab ibu aku cakap kalau mereka dah tak der, sapa nak jaga aku.
Sayangnye…’’ bisikku dalam hati. Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam kereta ku. Luas pula ku rasakan kereta ni. Ye la..kami ni keluarga kecil saja. Aku ni anak tunggal. Tu la, ibu aku suruh aku cepat-cepat kahwin sebab ibu aku cakap kalau mereka dah tak der, sapa nak jaga aku.
Tiba-tiba, aku ternampak
driver kereta sport di sebelah kereta ku. Punya la terkejut mak oi. Rupanya,
kereta pemuda kerek yang aku terlanggar tadi la. Wah..siap ada pemandu sendiri
nampaknya. Boleh tahan juga dia ni. Tapi kerek sangatlah. Malas nak layan.
Harap tak jumpa lagi selepas ni. kalau jumpa juga kali ketiga, maknanya memang
ada jodoh la kot. Pandai-pandai je aku ni.
Ayahku memulakan perjalanan.
Aku hanya memandang sekilas saja kereta di sebelah. Takut pemuda tu perasan
pulak aku tengok dia.
Penat sungguh la. Aku nak
tidur la dulu.
‘’ Kira!!!!’’ ibuku
memanggil.
‘’ Ai..aku baru nak lelapkan
mata. Dah kena panggil.’’ Gumamku sendirian di bilik.
‘’ Ada apa ni maknya. Biarlah
si Kira tu berehat dulu. Nanti malam saja la bincang. Terkejut pulak dia
nanti.’’ Ujar ayahku kepada ibuku.
‘’ Kira!! Tak pe la. Malam
nanti je.’’ Ujar ibuku lagi.
……………………………………………………………………………………
Aku membantu ibuku menyiapkan
makan malam. Sunyi betullah rumah kami ni. kami bertiga anak beranak saja
tinggal di dalam rumah ni. Aku dah mula tertanya-tanya ni kenapa ibuku
beria-ria sangat nak cakap dengan aku ni. Harap bukan pasal kahwin. Minta-minta
la.
‘’ Kira, lepas makan ni, ibu
ada hal nak bincang dengan kamu dekat ruang tamu.’’ Pesan ibuku.
‘’ Baiklah.’’ Aku membuat
muka seposen. Ada hal apa ni.
Aku melangkah ke ruang tmu
dengan perasaan yang gelisah. Ibu dan ayahku sudah duduk di sofa sambil
menonton tv. Aku menghampiri mereka dan duduk berhadapan dengan mereka.
‘’ Kira. Ibu nak bincang
sikit.’’ Kata ibuku.
‘’ Bincang apa bu?’’ Soalku.
‘’ Macam ni. Minggu lepas,
mak cik Leha kamu ada datang rumah kita. Macam biasalah mak cik Leha kamu tu.
Asal datang je, tanya pasal kamu. Dah ada calon ke belum? Kalau tak de dia
boleh carikan. Dia ada banyak calon tu.’’ Ujar ibuku.
Aku terkejut mendengarnya.
Calon?? Calon apa ni? Takkan calon suami kot?
‘’ Calon apa bu?’’ soalku.
‘’ Mestilah calon suami untuk
kamu. Kamu tu dah lama membujang. Takkan tak der kekasih. Kalau tak der, mak
cik Leha kamu ni ada bawa gambar calon untuk kamu. Jadi, kamu boleh buat
temujanji untuk berkenalan dengan mereka ni semua. Kamu kan tengah cuti.
Senanglah tu.’’
‘’ Hah!! Pandai-pandai pulak
mak cik Leha ni. Mak cik Leha tutahu ke taste Kira? Ibu pun tak tahu kan.’’
Dugaku.
‘’ Itu tak diambil kira. Yang
penting kamu kena jumpa semua calon yang mak cik Leha kamu ni buatkan. Kamu tu
dah nak masuk 30 tahun. Nanti orang gelar anak dara tua. Baru kamu tahu.’’
‘’ Ala..anak dara tua apanya.
Kita kan anak ibu dan ayah.’’ Sengaja aku loyar buruk.
‘’ Kamu ni ada-ada saja
Kira.’’ Ujar ayahku yang memerhatikan aku dan ibu bercanggah pendapat.
‘’ Tak der..tak der. Ibu akan
pastikan yang tahun ni kamu akan kahwin sebelum mencapai umur 30 tahun.
Faham!!’’
‘’ Ikut suka ibu la. Mana
gambarnya. ‘’
Nama: Tengku Daniel Wu Tengku Abdullah
Wu
Umur: 32 tahun
Kerjaya: Ahli Perniagaan ( CEO Syarikat
Hartanah Wu SDN BHD)
Kelebihan: Boleh bertutur empat bahasa
selain bahasa Melayu ( English, Mandarin, Korea, Jepun)
Hobi: Membaca buku motivasi dan berehat
di rumah.
Ciri wanita idaman: Pandai memasak,
hormat orang tua dan lemah-lembut.
Nama: Mohd Karl Shah Mohd Khairee
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Doktor Gigi ( Klinik Karl SDN
BHD)
Kelebihan: Pandai memasak
Hobi: Memasak di waktu lapang
Ciri wanita idaman: Sedap mata memandang
( tak kisah, asalkan hati baik)
Nama: Shed Mikhael Shed Mokhtar
Umur: 31 tahun
Kerjaya: Pensyarah Muzik di UMS
Kelebihan: Menyanyi
Hobi: Main gitar
Ciri wanita idaman: Pandai ambli hati
orang tua
‘’ Fuhhhhh…biar betul ibu ni. Semua ni calon untuk Kira. Untungnya. Tak payah susah-susah nak masuk reality show macam ‘ Mencari Cinta’ tu.’’ Usik ku.
‘’ Kamu ni, main-main pulak.
Ibu serius ni. Macamana calon-calon temujanji ni? Ok? Ada bantahan?’’ujar
ibuku.
‘’ Boleh la ni..daripada tak
ade.’’ Aku tersengih. Tapi kan kenapa calon yang pertama tu macam pernah ku
lihat sebelum ini. Konfius-konfius.
‘’ Apa halnya muka kamu tu
macam keliru?’’ soal ibuku.
‘’ Tak de la bu. Memang
terbaiklah Mak cik Leha tu carikan jodoh untuk Kira. Semua calon ni macam model
puna ada, macam artis pun ada.’’
‘’ Kamu ni. Dahlah. Kamu
pergilah masuk ke bilik. Mesti kamu penat. Takpe, soal tarikh nak berjanjitemu
ni, serahkan pada Ibu dan Mak cik Leha kamu.’’
‘’ Ok.’’
Aku berlalu pergi ke bilik
untuk berehat. Penat pulak rasanya hari ini. Oh..katil, dah lama aku tak baring
kat atas kau. Hari ini, tuan mu dah balik. Aku rindu pulak nak baring kat atas
katil bujang aku ni. hihihihihi…
…………………………………………………………….....................
‘’ Assalamualaikum.’’
Sapa pulak yang datang pagi-pagi ni.
‘’ Waalaikumsalam.’’ sahut ibuku.
Aku sedang menyiapkan sarapan pagi di dapur. Aku keluar dari dapur untuk melihat gerangan siapa yang datang awal pagi ni ke rumah kami. Rupa-rupanya, Mak cik Leha. Agen pencari jodoh yang tak berbayar daa. Anak-anak mak cik Leha ni semuanya dah kahwin. Mak cik Leha ni adik kepada ibu aku. Tu yang kita
orang rapat ni.
‘’ Hah, Kira. Macamana calon yang mak cik pilih? Berkenan?’’ soal Mak cik Leha.
‘’ Ala..mak cik ni. Terus-terus nak tanya itu pula. Rileks la. Kita orang baru nak merasa cuti. Bagi la kita rehat dulu.’’ Pujukku.
‘’ Kamu ni. Dah tak de masa lagi. Kamu tu dah nak masuk umur 30 tahun depan. Jadi, baik kamu kahwin cepat-cepat.’’ Ujarnya. Adoiyai…macam-macam la Mak cik aku yang sorang ni. Dia ingat pilih calon suami macam nak pilih baju. Aku bukan apa, aku rasa aku belum sedia lagi nak berumahtangga. Aku rasa aku nak
enjoy lagi life orang bujang. Nanti bila dah kahwin, kena ikut cakap suami.
‘’ Betul kata Mak cik Leha kamu tu. Kena pilih cepat-cepat. Nanti melepas. ‘’ ibuku pulak masuk campur.
‘’ Iye lah. Ibu dan mak cik la tolong pilihkan yang mana dulu nak berjanjitemu. Tempatnya, saya tak kisah. ‘’ ujarku.
‘’ Kalu macam tu, mak cik ada nombor telefon dorang. Jadi kamu Cuma tunggu panggilan telefon dari mereka.
‘’ Eh..macamana dorang nak call saya? Saya belum lagi kasi nombor fon saya.’’
‘’ Ala..mak cik dah bagi dah nombor kamu kat dorang.’’
‘’ Wah…mak cik ni memang express ya. Ok la. Tapi saya Cuma ada masa dalam 3 minggu ja ni. Kalau
lebih, tak de temujanji.’’
‘’ Iye..Iye. Mak cik dah bagitahu kat semua calon tu. Jangan risaulah. Mak cik dah siasat latar belakang semua calon dan ahli keluarg mereka. Alhamdulillah, semuannya baik-baik. Tapikan, mak cik berkenan sangat kalau kamu pilih calon pertama. Dahlah hansem, CEO muda pulak tu. Ada syarikat sendiri. Keluarga dia pun merendah diri orangnya. Keluarga dia yang nak mak cik carikan jodoh untuk anak teruna mereka tu. Bukan apa, anak mereka tu workaholic sangat.
‘’ Ai..mak cik. Macam mak cik pulak yang nak kahwin. Saya tak tahu lagi. Tapi kalau tengok gambar, macam muka sombong je calon pertama tu. Lain lah calon ke dua tu, senyumannya manis pulak. Calon ketiga pulak macam berangan nak jadi model.’’ Sempat pulak aku mengkritik gambar calon-calon temujanji jodoh aku.
‘’ Dah lah tu, mak ciknya.
Mari makan sarapan ni. Dah nak sejuk nasi goreng ni.’’ ujar ibuku.
………………………………………………………………………………………………..
Hai..bosan pulak aku duk
dalam bilik ni. Baik aku layan citer korea. Lagi best. Sombong pulak watak
heronya ni tapi aku suka. Apalagi kalau bukan citer Secret Garden, Kim Jo Won
ni memang muka kerek la. Kesian Gil Raim. Aku ketawa sorang-sorang menonton
citer ni. Tiba-tiba, telefonku berbunyi. Aku melihat nombornya yang terpapar di
skrin handfon Nokia ku. Aku tidak kenal nombor ni. Terus otakku ligat berfikir.
Mungkin calon temujanji aku kot. Ok…rileks KIra. Control suara..buat-buat ayu
gitu.
‘’ Assalamualaikum. Ini
siapa?’’ soalku lembut.
‘’ Waalaikumsalam. Saya Shed
Mikhael. Boleh panggil Mikha je.’’ Jawabnya.
‘’ Oh..awak calon temujanji saya rupanya. Ada
apa?’’ soalku lagi.
‘’ Saya call ni nak buat
temujanji dengan awak. Bila awak free?’’
‘’Ok. Bila-bila masa pun free
sebab saya kan tengah cuti. Awak boleh tentukan bila temujanji kita.’’
Bagus..kontrol sikit Kira.
‘’ Ok. Nanti saya sms awak.
Assalamualaikum.’’ Ujarnya.
‘’ Waalaikumsalam.’’ Jawabku.
Nampaknya macam boleh tahan
je calon yang nombor tiga ni. Baru dengar suara la Kira oi..belum jumpa lagi
orangnya. Ujar suara yang berbisik di telingaku. Betul-betul. Dalam profil dia,
nampak macam model tapi pensyarah muzik rupanya. Mesti pandai nyanyi ni.
Handfon ku berbunyi menandakan masuk sms. Aku melihat kandungan mesej tersebut.
‘’ Salam. Kita jumpa sabtu ni
di Full House Café. Jam 11.00 pagi. Ok. Selamat malam.’’
Wah..baru je kejap tadi
bercalling-calling. Aku tersenyum gembira. Mungkin ibuku dan mak cik ku benar
bahawa aku perlu segera menamatkan zaman bujangku. Mana tidaknya, semua rakan
sekolahku kebanyakkannya sudah berkahwin. Tinggal dua tiga orang lagi yang
belum kahwin termasuk aku. Aku masih tak dapat lupakan kisah percintaan aku
sewaktu di U dulu. Dulu aku pernah bercinta time kat U. Tapi, sayang kekasihku
meninggalkan ku hanya untuk bersama perempuan lain yang lebih cantik baginya.
Saat itu, aku sudah serik untuk bercinta. Biar banyak lamaran pinangan yang
keluargaku terima, aku menolak. Sebab itu lah sampai sekarang aku tak
kahwin-kahwin lagi. Nampaknya, aku perlu
berubah untuk mencari kebahgiaan yang aku impikan. Aku harap dalam ketiga-tiga
calon yang mak cik ku pilih, ada la yang menyangkut.
…………………………………………………………………………………………
‘’ Kira!!! Dah siap ke? Nanti
lambat pulak nak pergi temujanji. Ni bukannya temujanji biasa-biasa macam jumpa
kawan. Ini temujanji jodoh nak kahwin punya.’’ Ujar ibuku sambil mengetuk pintu
bilik ku.
‘’ Ye..kejap. Kira nak touch
up sikit lagi ni.’’ Aku mengemaskan maxi dress labuh polka dot biru gelap yang
baru ku beli. Aku menyarungkan tudung bawal Norjuma ke kepala ku. Ok..dah
cantik. Aku mengambil kunci kereta Myvi ku.
Aku membuka pintu bilik ku.
Terkejutnya aku. Rupanya, mak cik pun ada sekali bersama ibu. Aku menyalam
kedua tangan ibuku dan mak cik ku. Aku berlalu pergi.
Aku melihat jam tangan ku.
Jam sudah masuk 10.30. Sengaja aku bertolak awal untuk mengelakkan traffic jam.
Akhirnya aku tiba juga di destinasi temujanji jodoh ku. Aku mengemaskan sikit
tudungku. Begitu juga dengan kardigan hitam bagi melengkapkan maxi dress ku.
Aku melangkah keluar dari kereta.
Aku pun masuk ke dalam Full
House Café. Aku terpegun dengan dekorasi dan hiasan dalaman yang sungguh unik
dalam café ini. Aku mencari-cari calon temujanji ku. Aku tak nampak pulak. Baik
aku call.
‘’ Assalamualaikum. Awak dah
sampai ke?’’
‘’ Waalaikumsalam. Ye. Saya
dah sampai. Saya duduk dalam kereta warna merah ni.’’
‘’ Kereta merah?’’ soallku.
Aku mencari-cari kereta merah. Aku sudah nampak orangnya. Segak bertshirt Polo putih dan
dipadankan dengan seluar jean hitam. Ada stail la pulak pensyarah ni.
Aku melambai ke arahnya. Aku
mematikan telefonku. Aku berjalan ke arahnya dengan diserikan dengan senyuman
ke arahnya. Dia mempelawa ku duduk.
‘’ Dah lama sampai?’’ aku
memulakan bicara.
‘’ Tak lah. Baru juga ni.
Kita order dulu minuman.’’ Ujarnya dengan senyuman lembut. Nampaknya, temujanji
pertama ni macam ok je. Kalau ok dengan dia ni, aku tak payah la nak jumpa dua
calon tu.
Sementara menunggu minuman
sampai, Mikha memulakan bicaranya. Aku sudah tidak senang duduk. Ni first time
ni aku buat janjitemu setelah beberapa tahun aku dilukakan.
‘’ Baiklah. Macamana nak
cakap ya. Sebenarnya, saya…saya..’’ tergantung pulak di a bercakap ni. Aku ni
dah macam cacing kepanasan menunggu dia bercakap. Takkan dia terus nak kahwin
dengan aku. Kan baru jumpa. Tapi kalau dia ajak pun, aku sudi punya la. Dari
gaya, tengok macam gentlemen gitu.
‘’ Cakaplah. Apa sebenarnya
yang awak nak cakap?’’ soalku padanya.
‘’ Ok. Saya rasa awak pun
tahu yang temujanji ni telah diaturkan oleh kedua orang tua kita. Jadi,
sebenarnya saya datang hari ini nak jelaskan sesuatu hal pada awak. Saya harap
awak tenang menerimanya.’’ Nampak serius dsaja dari gaya percakapnnya. Aku
berlagak tenang didepannya.
‘’ Teruskan.’’ Ujarku.
‘’ Saya sebenarnya dah ada
kekasih. Tapi kekasih saya sedang buat MBA di oversea. Ibu bapa saya tak mahu
tunggu lama-lama. So mereka cadangkan yang saya patut jumpa dengan awak dulu.
Tapi, saya nak minta maaf kalau saya menyinggung perasaan awak. Saya tak boleh
terima awak. Saya masih sayangkan kekasih saya. Saya sanggup tunggu dia.’’ Aku
terasa mukaku bertukar menjadi merah padam. Tapi aku cuba sembunyikan. Aku
pura-pura tersenyum. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
‘’ Oh..begitu. Tak pe lah.
Yang penting awak jujur dengan saya.’’
‘’ Awak okey ke? Nanti
macamana awak nak cakap dengan ibu bapa awak. Saya harap kita boleh jadi kawan.
Mungkin, kalau saya belum ada kekasih saya akan pilih awak. Saya harap awak
faham akan situasi saya.’’ Ujarnya dengan tenang.
‘’ Saya okey. Saya boleh
terima apa yang awak cakapkan tadi. Tak pe. Kita boleh jadi kawan. Lagipun setahu
saya awak pandai menyanyi kan? Kot-kot, kalau saya nak menyanyi karoke dekat
KBOX.’’ Sempat pulak aku bergurau. Padahal, tadi aku sempat berangan yang dia
nak ajak aku kahwin. Tak jadi la gayanya.
‘’ Awak nak karoke, saya on
je.’’ Kami berdua ketawa bersama-sama. Nampak gayanya, calon pertama failed.
Jam sudah menunjukkan 12
tengah hari. Aku dan Mikha bersetuju untuk pulang awal. Masing-masing membawa
diri keluar dari Full House Café. Aku sudah boleh terima semuanya. Takpe Kira,
ada lagi dua calon. Harap-harap yang calon lain tak ada kekasih lagi.
……………………………………………………………………………………………
Semalam aku sudah berbincang
dengan keluargaku tentang pertemuan ku dengan Mikha tengah hari tadi. Mulanya,
mereka tidak dapat menerima tapi bila aku sudah jelaskan hal sebenar, baru
mereka mengerti. Mungkin belum sampai lagi jodoh aku.
Hujung minggu ni, aku
bercadang nak jalan-jalan kat KLCC la hari ini. Macam nak window shopping
pulak. Ye la, dah lama aku tak pi KLCC ni. Aku mengajak ibuku untuk menemani
ku. Kami berdua pun berjalan menuju ke KLCC. Ramai sungguh orang hari ini.
Biasalah, time cuti sekolah ni mesti ramai yang nak shopping. Tiba-tiba,
handfonku berbunyi. Ada orang call la pulak time sesak-sesak ni. Ake memaut
lengan ibuku. Takut terlepas pulak.
‘’ Assalamualaikum.’’ Sapaku.
‘’ Waalaikumsalam. Saya
Karl.’’ Jawabnya.
‘’ Karl? Karl yang mana eh?
Setahu saya, saya tiada kawan yang bernama Karl. Maaflah, encik salah nombor
kot.’’ Ujarku.
‘’ Tak mungkinlah. Awak Kira
Daniela kan?’’ soalnya.
‘’ Ehm..ye. Macamana pulak
awak tahu?’’
‘’ Saya Mohd Karl Shah. Calon
temujanji jodoh yang mak cik awak kenenkan.’’ Ujarnya dengan nada berseloroh.
‘’ Oh..maaflah saya
terlupa.’’ Aku menepuk kepalaku. Mana taknya dah nak seminggu aku tunggu call
dari calon-calon temujanji ni. Tapi tak der pun yang nak call.
‘’ Saya ingat nak ajak awak
keluar makan malam dengan saya esok. Boleh tak? Sambil-sambil tu kita boleh
berkenalan. Itupun kalau awak free la.’’
‘’ Saya rasa boleh kot. Malam
ni saya confirmkan. Nanti saya sms awak. Sebabnya, saya tengah shopping dengan
ibu saya ni. Kalau tak de apa-apa lagi, saya letak dulu la ye.
Assalamualaikum.’’ Ujarku. Dalam hati sudah berbunga.
‘’ Ok. Waalaikumsalam.’’
Aku terus bercerita pada
ibuku tentang Karl. Alhamdulillah, ibuku sudah memberi keizinan. Aku harap kali
ini aku akan bertemu jodoh yang tepat. Tapi, aku taklah mengaharap sangat.
Takut pulak tak jadi macam aku jumpa calon yang sebelum ni. Kalau boleh, aku
nak suami yang caring dan boleh jaga hati aku serta kedua orang tua ku. Dan
yang penting, dia dapat terima diri ku seadanya serta beriman. Aku tak kisah
sangat pasal rupa ni. Ye lah, aku ni biasa-biasa je orang nya. Sedap mata
memandang la. Chinese look gitu.
……………………………………………………………………………………………
Aku sudah sms pada Karl yang
aku akan datang esok malam. Karl nak bawa aku makan kat Hotel World. Aku
terkejut pulak. Perjumpaan pertama sudah makan di hotel. Wah..terharunya.
Mungkin si Karl ni memang betul-betul serius nak berjanji temu. Aku apalagi,
berjam-jam aku di bilik tercari-cari baju mana yang sesuai untuk makan malam
esok. Rasa nervous pulak. Sempat pulak aku melihat gambar calon-calon temujanji
ku.
Gambar Mikha sudah ku letak ke tepi. Sebab dia
sudah berpunya. Jadi tinggal dua calon saja lagi. Hanya, Karl dan Daniel. Mak
cik kata calon yang bernama Daniel susah sikit nak jumpa sebab dia ni sibuk
sangat dengan kerjanya. Mana taknya, kejap-kejap pergi bisnes trip. Bisnes trip
pun bukannya dekat. Kadang-kadang pergi oversea pun ada. Tapi tak kisah lah.
Sebab esok aku nak jumpa Karl. Harap-harap ada peluang.
Terasa mata ni berat sangat.
Nak tidur la ni. Aku memegang jam lonceng ku. Tanpa semena-menanya, jam loncengku
tiba-tiba saja terlepas dari genggaman tanganku. Adakah ini satu petanda yang
tidak baik? Tiba-tiba pulak hati ku rasa tidak sedap hati. Macam ada sesuatu
yang nak terjadi. Aku memaksa mataku untuk tidur.
………………………………………………………………………………………..
Hari ini aku duduk di rumah
saja. Malas pulak nak keluar. Sebab malam ni aku nak jumpa Karl. Aku pun tak
tahu kenapa hari ini aku rasa macam nak sangat nak berkenalan dengan DR. Karl
ni. Aku tengok gambarnya saja sudah buat aku berdebar-debar. Telefonku
berbunyi.
‘’ Salam, Kira.’’ Sapa Karl.
‘’ Salam.’’ Jawabku.
‘’ Saya menganggu ke?’’
ujarnya.
‘’ Tak de lah. Kenapa?’’
‘’ Entah le. Saya pun tak
tahu kenapa saya call. Saya macam nak dengar suara awak saja.’’ Ujarnya.
Kelakar juga dia ni.
‘’ Awak ni ada-ada la. Malam
ni kan kita jumpa. Sabarlah.’’
‘’ Itu saya tahu. Tapi saya
rindu la suara awak.’’ Aku terpana dengan kata-katanya. Dia ni macam caring je.
Ini yang aku suka ni.
‘’ Awak di mana ni? soalku.
‘’ Saya tengah drive ni.’’
‘’ Apa? Drive? Bahaya la awak
call macam ni. Dah lah. Kita stop dulu. Malam ni kita jumpa.’’
‘’ Ala..tak pe. Saya ni pakar
memandu. Saya rindu sangat suara awak tu. Itu yang call terus tu.’’
‘’ Awak ni. Utamakan
keselamatan tau. Ok. Saya letak dulu.’’
‘’ Awak..awak. Tunggu. Saya
rin….ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh’’ suara Karl kedengaran sikit menjerit.
‘’ Karl…Karl…Karl..kenapa?
Apa yang dah jadi? Soalku cemas.
Aku sangat sedih sekali hari
ini. Makan malam yang dijanjikan untuk ku dengan Karl berubah kepada majlis
kenduri arwah. Aku tidak menyangka yang ajalnya akn tiba secepat ni. Aku rasa
bersalah sangat. Kalau la aku tak matikan telefon awal-awal tadi, tentu Karl
takkan kemalangan. Aku sangat sedih. Aku tidak dapat menahan tangisan ku
walaupun kami belum berjumpa, aku sudah jatuh sayang padanya. Namun, Allah
lebih menyanginya. Mungkin aku dan dia tiada jodoh. Ibuku memeluk ku dengan
sepenuh hati.
Tengah hari tadi, aku
menerima panggilan telefon dari keluarga Karl. Karl telah mengalami kemalangan
besar apabila kereta Toyota Corolla
Altis nya telah berlanggar dengan sebuah van dari arah bertentangan sehingga
menyebabkan Karl meniggal dunia di tempat kejadian. Waktu aku mendengar sahaja
berita itu, terus air mataku gugur laju. Sungguh aku terkejut dengan berita
itu.
Keluarga Karl ada
memberitahuku bahawa Karl sudah jatuh cinta dengan ku sejak kali pertama dia
memandang gambar ku. Sayang sekali kami tidak dapat berjumpa lagi. Hanya
gurauan dalam telefon sahaja. Aku rindu akan suaranya.
……………………………………………………………………………………………….
Akhirnya ,aku kembali semula
ke Sabah untuk memulakan tugasan mengajar ku. Aku mengajar Bahasa Inggeris di
sekolah menengah kebangsaan jenis cina di Kota Kinabalu. Aku masih tidak dapat
lupakan senyuman pada gambar arwah Karl. Rindunya aku pada suaranya.
Hari ini aku ke sekolah
seperti biasa. Dah lama cuti ni, rindu pulak nak mengajar mereka.
‘’ Good Morning Teacher.’’
Ketua kelas Tingkatan Lima menyapa aku sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam
kelas mereka.
‘’ Good Morning Class.
Pleasa, have a seat.’’ Ujarku.
Aku memulakan pelajaran hari
ini dengan mengajar mereka tentang mengarang esei. Ye la..tahun ni mereka nak
SPM. Kenalah betul-betul ajar mereka ni. Dalam kelas aku ni ada jugala tiga empat orang pelajar Melayu. Yang
lain tu, semuanya budak non-muslim. Tak kira cina ke, kadazan ke or dusun. Tapi
mereka ni semuanya budak baik.
‘’ Ok class. You have to
write this essay now. I want all of you pass to me today. Ok.’’ Ujarku.
‘’ Yes.’’ Sahut mereka satu
kelas.
Aku menulis buku rekod
mengajarku. Aku teringat pulak pesan ibuku. Dia kata lupakan lah Karl. Yang
pergi takkan kembali lagi. Sabar sahaja. pasti jodoh Kira bakal tiba. Mungkin.
Aku pun masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan calon yang bernama
Daniel tu. Sibuk sangat la dia tu. Keluarga dia pun ada call ibu aku yang
anaknya busy sangat kebelakangan ini. Tu yang balik-balik nak set up date
terpaksa cancel. Tengah bisnes trip lagi.
Aku pun dah malas nak fikir
pasal jodoh ni. Kalau ada jodoh, ada la tu. Mungkin tak perlu di cari. Mungkin
ia akan datang sendiri. Siapa tahu? Biarlah, apa orang nak kata aku ni andartu
ke, kuat memilih ke, apa ke. Aku tak kisah. Yang penting aku bahagia. Lonceng
sekolah berbunyi menandakan kelasku sudah tamat.
‘’ Ok. Class!!’’ ujarku
sedikit kuat. Maklumlah, pelajar ku ni ada 33 orang. Terpaksa kuatkan suara
sikit.
‘’ Thank you teacher.’’ Ujar
semua pelajarku.
………………………………………………………………………………
Sudah hampir tiga bulan aku
di Sabah. Hari ini aku cuti. Aku macam nak jalan-jalan la hari ini. Boring
pulak. Sejak housemate aku Nurul tu dah kahwin, dia dah dapat transfer kat
semenanjung. So, tinggal la aku seorang diri kat rumah sewa kami ini. Aku pun sudah
siap membawa kereta Myvi ku dari KL ke sini. Senang sikit. Kalau dulu ada
Nurul, bolehlah aku pinjam kereta dia. Ni dah tak der.
Aku nak pergi One Borneo la
hari ini. Nak lepaskan semua masalah. Apa lagi mesti la nak pergi main game kat
sana. Lagipun aku nak beli novel jugak. Aku nak cari novel Sebenarnya, Saya
Isteri Dia sebab novel tu tengah best seller sekarang ni. Dah lama dah tak beli
novel ni. Rindu pula. Sampai je, aku terus pergi ke tingkat tiga di mana
letaknya pusat permainan. Ramainya jugak orang hari ini. Lepas bayar je, aku
ambil kad untuk memulakan permainan. Aku macam nak lumba kereta la. Aku
memasukkan kad token. Aku apalagi, teru tekan minyak dan racing la.
Fuhh…leganya dapat lepaskan tension. Aku nampak game basketball. Aku nak main lah.
Aku nak lontar semua masalah aku yang ada dalam kepala aku ni. Mesti orang
ingat aku ni tak betul. Aku menjerit-jerit seorang diri sambil melontar bola
keranjang ke arah jaring. Aku puas hari ini. Terasa letih pulak.
Aku turun ke tingkat dua
untuk pergi ke Harrison Book Store. Aku nak cari novel pulak. Time aku
belek-belek nak cari novel, aku rasa macam aku diekori. Aku cuba berjalan laju
ke depan sikit. Tapi masih terasa ada yang mengekori. Aku menghentikan
langkahku dan berpusing ke belakang.
‘’ Dupppp’’ adoi sakitnya
kepala aku. Kepalaku terlanggar dengan bahu seseorang. Aku memandang ke atas.
Tinggi nye. Wah..hansemnya.
‘’ Maaf. Saya tak sengaja nak
langgar. Tapi saya rasa awak sedang ikut saya.’’ Ujarku perlahan.
‘’ Awak ni memang sukakan langgar-langgar
orang.’’ Ujarnya kasar.
Aku rasa macam pernah ku
dengar ayat seperti itu. Aku cuba mengenangkan kembali memoriku. Baru aku
teringat. Dulu time kat airport KLIA aku ada terlanggar dengan seorang mamat
kerek. Tapi takkan dia kot. Lain benar. Wajahnya kini lagi bertambah segak
dengan baju kemeja biru cair dengan dipadankan dengan seluar jean putih.
‘’ Awak?’’ ujarku.
‘’ Ye la. Saya yang ikut
awak. Sebabnye..’’
‘’ Sebab apa?’’ aku sikit
geram dengan wajahnya yang angkuh ni.
‘’ Sebab awak tu sebenarnya
calon temujanji jodoh saya.’’ Ujarnya.
‘’ Apa? Awak calon temujanji
jodoh saya?’’ aku seperti tidak percaya. Dalam gambar ku lihat lain betul
wajahnya. Dah lah gambar yang dia beri tu hanya menampakkan belah tepi je muka
dia. Mana aku tak ingat.
‘’ Jadi, memandangkan awak
dah ada di sini, saya nak buat temujanji dengan awak. Lagipun saya tengah free
hari ni. saya ada bisnes trip kat Sabah ni. Jadi terlanjur dah jumpa awak kat
sini, saya nak ajak awak lunch.’’’
‘’ Hah…sekarang.’’ Aku
terkejut dengan kata-katanya. Aku ni dahlah simple-simple saja hari ini. Aku
hanya hanya memakai maxi dress labuh berwarna biru turqoise dan dipadankan
dengan kardigan putih. Aku membetulkan tudung bawal ku. Dia ni biar betul nak
ajak aku. Tadi macam marah-marah. Ni nak ajak pun macam nak cari gaduh saja. Dia
ni memang tak pandai nak ajak pempuan kot.
‘’ Nak ke tak ni?’’ ujarnya.
‘’ Hish..dia ni kan. Saja nak
buat aku geram. Ok lah. Aku pun dah lapar ni. Kat mana kita nak makan ni?’’
soalku.
‘’ KFC.’’ Laju je dia pergi
meninggalkan aku. Rupanya dia nak membayar buku yang baru dibelinya tadi. Aku
mengikutnya. Tiba-tiba, aku disapa dari balakang. Aku dan dia menoleh serentak.
‘’ Hai, teacher.’’ Ujar
pelajarku yang Lucy.
‘’ Oh. Kamu Lucy. Nana pun
ada.’’ Sapaku.
‘’ Ni suami teacher ke?
Hansemnya. Macam pelakon Korea.’’ ujar Lucy berjenaka. Sememangnya, pelajarku
tidak mengetahui status ku. Mata Daniel memandangku dengan tajam.
‘’ Ye. Saya suami dia.’’
Ujarnya bersahaja. Terkejut ku mendengar. Biar betul dia ni. Suka hati mak
bapak dia je nak mengaku.
‘’ Wow…untungnya teacher.
Dapat suami hansem.’’ Ujar Nana pulak.
‘’ Kamu berdua ni ada-ada
saja. Ok lah. Teacher nak lunch dulu. Kamu jangan nak melencong-lencong
lama-lama, SPM dah nak dekat ni.’’ pesanku.
Mereka menyalamku dan
bergerak pergi. Aku memandang Daniel. Dia boleh buat tak tahu je. Laju saja dia
jalan ke depan. Kenapalah dengan dia ni. Macam robot je. Aku dan dia melangkah
masuk ke KFC. Nasib tak ramai sangat. Aku pergi ke arah kaunter untuk order
makanan. Dia ke kaunter sebelah. Sombong betul la dia ni. Suami konon. Aku
memerhatikan wajah dua orang perempuan yang bertugas di kaunter. Happy semacam.
Mana taknya, jumpa lelaki hansem. Tersipu-sipu malu la tu. Aku hanya menjeling
tajam. Tapi dia ni macam tak der perasaan je. Dia pandang aku balik. Tiba-tiba
je dia ke arahku dan berdiri di sebelahku.
‘’ Sayang. Order lunch set C
untuk saya.’’ Aku terkejut dengan tindakannya. Dua orang perempuan itu juga
terkejut kerana tidak menyangka lelaki yang mereka suka tiba-tiba saja berkalih
ke arahku. Daniel menghulurkan wang RM20.00 ke arahku. Lunch set C kan cuma
RM5.99. Aku hanya terdiam dang mengambil wang itu dan terus order. Aku pun
order makanan yang sama tapi pakai duit aku la. Tak main la pakai duit dia.
Lagi pun kami belum ada ikatan yang sah. Sempat aku mendengar bisikan dua orang
perempuan tadi. Katanya, sayangnye lelaki tu suami orang. Hansem lagi tu. Aku
hanya menggeleng kepala.
Daniel sudah duduk di meja makan hujung
sekali. Aku membawa dulang makanan kami ke arahnya. Aku memberikan baki duitnya
kepadanya. Ternyata dia terkejut sedikit.
‘’ Kenapa awak tak guna duit
saya?’’ ujarnya sikit terasa hati.
‘’ Kenapa pulak? Kita kan
bukan ada apa-apa hubungan. Duit awak, awak la guna. Duit saya, saya la guna.’’
Jelasku. Air mukanya sedikit berubah.
‘’ Bagus. Awak lulus ujian
pertama.’’ Tiba-tiba ke dia senyum. Mak ai…tambah hansem pulak dia senyum ni.
Cair pulak hati ku ni karang.
‘’ Ujian? Ujian apanya ni?’’
‘’ Saya saja nak uji sama ada
awak akan pakai duit saya atau tidak. Selalunya, asal saya beri pada perempuan
lain, mesti dorang dah gunakan. Nampaknya, awak ni memang ada pendirian.’’
‘’ Oh. Memanglah. Selagi saya
tak kahwin, saya takkan guna duit mana-mana lelaki yang keluar dengan saya
melainkan suami saya.’’ Ujarku.
‘’ Ok. Saya setuju pendapat
awak.’’
Akhirnya, kami berdua hanya
menikmati ayam goreng KFC masing-masing. Tiada sedikit pun kata-kata untuk
memulakan perkenalan. Aku hanya makan ayam KFC dengan penuh berselera. Hairan
juga aku. Aku ni kalau jumpa ayam KFC, memang tak peduli dengan keadaan
sekeliling. Tak de control ayu punya la. Favourite aku ni ayam KFC. Lantaklah,
dia kisah or tidak. Tapi aku pun boleh buat der je makan depan dia ni.
Selalunya, mana-mana lelaki yang keluar makan dengan aku semuanya aku terpaksa
control. Yang paling latest sekali, sewaktu nak makan dengan Mikha. Ayu giler
aku makan.
Dah nak masuk jam 2 petang.
Tak sedar pulak masa berlalu begitu cepat. Usai makan lunch tadi, kami berdua
menunaikan solat zuhur dulu. Then, kami berjalan-jalan nak window shopping.
Tapi tak juga nak bercakap. Dia diam, aku pun diam. Aku rasa dah lama aku dekat
One Borneo ni. Jenuh pula kaki aku ni. Dah lah shopping complex ni besar. Aku
rasa baik aku balik dulu.
‘’ Ehm..awak, saya rasa dah
lewat ni. Saya nak balik dulu la. Lagipun takut jam pula jalan kalau balik
lambat lagi.’’ Aku bertanya kepadanya.
‘’ Ok. Hari ni pun saya last
kat Sabah. Esok saya dah nak balik KL. Urusan saya di sini pun dah habis.’’
Ujarnya tanpa ada ada perasaan. Dia ni kan memang muka angkuh betul lah.
Ingatkan nak cakap, pergilah. Hari dah lewat ke. Ni tak, aku nak balik esok.
Memang straight to the point betul la mamat ni. Aku hanya mengangguk. Lalu aku
berlalu pergi. Namun, tiba-tiba dia memanggil ku. Aku berpaling ke belakang.
‘’ Kira!!’’ panggilnya.
Wah…first time dengar dia panggil nama aku ni. Gembiranya aku. ISH…kenapa pula
aku happy ni? Sebelum ni Mikha ke, arwah Karl ke sebut nama aku, tak pulak
happy sampai tahap nak fly kat awan. Hihihi…
‘’ Kenapa?’’ soalku.
‘’ Bak hanfon awak.’’ Ujarnya
dengan angkuh. Aku memberikan hanfon ku. Aku pun tak tahu dia nak buat apa.
Lepas dia dah buat sesuatu kat hanfon aku, dia main blah macam tu je.
Ish…memang la mamat ni kerek sehhh.
Aku pun berlalu pergi menuju
ke tempat parking kereta ku. Aku masuk ke dalam kereta ku dan menghidupkan
enjin kereta ku. Tiba-tiba, hanfonku berbunyi.
Aku terkejut melihat nama yang tertera di skrin hanfonku. ‘ Daniel
Sayang’. What??? Aku terjerit kecil di dalam kereta. Oh, ini rupanya kerja dia
minta hanfon aku tadi. Suka hati mak bapak dia je nak letak nama dia ‘Sayang’.
Tapi, sebenarnya aku gembira juga.hihihi…
‘’ Assalamualaikum.’’ Sapaku.
‘’ Waalaikumsalam. Jangan
cuba-cuba nak tukar nama tu eh. Lagi satu, bawa kereta elok-elok. ‘’ ujarnya
sedikit kasar. Namun, masih ambil berat juga dia kat aku. Dia ni kalau nak
tunjuk caring pun belakang-belakang. Dasar angkuh. Aku tersenyum sendirian di
dalam kereta. Aku memandu keluar dari kawasan One Borneo.
……………………………………………………………………………..
Usai sahaja menunaikan solat
ishak, aku menanda buku-buku pelajar ku. Ada 10 buah buku lagi untuk ku semak.
Lenguhnya, tengkuk ku. Aku menggoyang kepalaku ke kiri ke kanan. Hari ini aku
rasa sungguh gembira. Mana taknya, aku dapat jumpa calon terakhir aku tanpa
guna temujanji. Adakah ini jodoh?? Aku tersenyum. Aku menerima sms yang
membuatkan aku terhenti mengelamun.
‘’ Call ibu.’’ Ai..nak minta
call. Mesti tak de kredit ni ibu. Aku mendail nombor ibuku.
‘’ Assalamualaikum bu.
Sihat?’’
‘’ Waalaikumsalam Kira.
Sihat. Ayah pun sihat. Kamu apa khabar? ‘’
‘’ Alhamdulillah bu, sihat.
Ada apa ni bu? Suara ibu macam happy je.’’ Ujarku.
‘’ Macam ni, tadi ada
rombongan meminang datang nak melamar kamu. Keluarga dia cakap mereka suka
sangat dengan kamu. Anak dia pun suka dengan kamu.’’
‘’ Hah…apa? ‘’ aku terkejut.
Baru je nak happy dengan Daniel, dah ada yang masuk meminang. Eh, aku ni
suka-suka je Daniel. Dia entah tidak suka aku.
‘’ A’ah. Calon suami kamu tu,
keluarga dia kata dia tak nak kamu di lamar orang lain. Lagipun, dia kata tak
elok berkenalan lama-lama. Baik terus kahwin. Then boleh lebih mengenali dengan
lebih dekat lagi.’’
‘’ Ibu, siapa ye bu? Oangnya
macamana? Kerja apa?’’ soalku.
‘’ Tulah ibu kan dah cakap
tadi. kalau kamu setuju, kamu tahulah siapa bakal suami kamu nanti.’’
‘’ Eh..ada pulak macam tu.
Boleh bagi Kira masa tak? Nanti Kira bagitahu kat ibu. Salam.’’ Aku meletakkan
handfonku. Kenapa aku rasa sedih ni? Adakah aku berharap dengan Daniel.
Walaupun Daniel bersikap angkuh dan kasar di depan mataku, namun aku dapat
merasakan dalam hatinya masih ambil berat padaku. Padahal baru satu hari kami
meluangkan masa bersama. Tapi, takkanlah si Daniel tu nak kat aku. Aku ni
biasa-biasa je. Dia boleh dapat perempuan yang lebih cantik dari aku. Mungkin
aku patut terima saja lamaran tu. Daniel pun bukannya nak call aku pun. Dan
dia bukan juga siapa-siapa bagi aku. Aku
mengeluh.
………………………………………………………………………
Sedar tak sedar, sudah nak
tiba majlis pernikahan ku. Selepas beberapa bulan, aku tidak menerima sebaran
sms mahupun panggilan telefon dari Daniel. Aku telah bersetuju untuk menerima
lamaran itu. Hujung minggu ni merupakan detik paling bersejarah dalam hidupku.
Aku akan menamatkan zaman bujang ku yang ke 29 tahun tanpa mengetahui siapa
bakal suamiku. Walaupun ibu ada memberikan sekeping gambar, aku malas nak
tengok. Aku hanya teringatkan wajah tampan Daniel sahaja. Astagfirullah..Kenapa
pulak aku ingat lelaki lain ni? Aku kan
dah nak kahwin.
Hari ini, rumah ku akan
menjadi saksi majlis akad nikah ku. Aku terharu sangat kerana rakan baikku
Nurul sudi hadir ke majlis kahwin ku walaupun sudah berbadan dua. Aku menunggu
di bilik ku. Bila-bila masa sahaja upacara pembatalan air sembahyang akan
berlangsung. Aku berdebar ketika ini. Pintu bilik ku dikuak. Aku masih tunduk.
Aku memakai baju kebaya moden berwarna putih dan diserikan dengan selendang
bermanik dari Butik Radiusite yang ditempah khas untuk majlis pernikahan ku
ini.
Pengantin lelaki masuk untuk
upacara pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin. Dahiku terasa panas
sekali bila dikucup oleh lelaki yang sudah sah bergelar suamiku. Berdebar
sungguh jantungku. Macam nak meletup pun ada. Tangan ku di raih untuk
menyarungkan cincin ke jari manis ku. Aku menyalam tangannya dan mengucup.
Tiba-tiba, mengalir air mataku tanpa ku sedari. Pantas sahaja, air mataku di
seka oleh suamiku. Sungguh aku terkejut.
‘’ Daniel??? Awak??’’ soalku
terkejut. Semua orang yang berada dalam bilikku sudah ketawa. Mereka
meninggalkan kami berdua dalam bilik.
‘’ Kenapa?? Tak percaya eh.’’
Ujarnya. Dia tersenyum.
‘’ Macamana pulak awak yang
jadi suami saya?’’
‘’ Ai…ada pulak tanya macam
tu.’’
‘’ Ye lah. Kan ke awak tak nak berkenalan
dengan saya lagi. Sebab awak tak call pun saya hari tu. Sms pun tak.’’ Aku
tersedu-sedu menerangkan.
‘’ Ala…ala…ala..ada orang tunggu
rupanya. Saya sengaja tak call awak atau
sms. Saya terus call keluarga awak nak minta kebenaran untuk hantar rombongan
meminang kat awak.’’
‘’ Hah…tapi awak cintakan
saya ke?’’ soalku.
‘’ Sebenarnya, saya dah lama
jatuh cinta kat awak time kita terlanggar di KLIA hari tu.Lepas tu, ummi saya
tunjukkan gambar awak, saya terus tertarik nak berjanjitemu dengan awak. Cuma
tak berkesempatan. Sebab saya selalu busy. Tapi alhamdulillah, kuasa Allah
telah membawa saya apabila saya terjumpa awak di One Borneo hari tu. Kan jodoh
tu. Tak payah nak set set date.’’ Ujarnya sambil memegang tanganku.
‘’ Aku sungguh terharu dengan
kata-katanya. Sungguh aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah
menganugerahkan seorang suami yang cukup penyayang. Walaupun bukan dari segi
luaran, tapi cukup dalamannya. Aku sungguh bahagia. Akhirnya, aku bertemu jodoh juga.’’
Daniel memandangku dengan
penuh kasih sayang lalu memelukku. Aku membalas pelukannya. Terima kasih Ya
ALLAH.
Tamat.
( Enjoy Your Reading...silalah komen. Cerpen pertama saya.)
http://www.penulisan2u.my/2013/02/cerpen-janji-temu-jodoh/
http://www.penulisan2u.my/2013/02/cerpen-janji-temu-jodoh/
3 comments
hihi nice story ;>
ReplyDeletethank you..this is my first cerpen :)
ReplyDeletei love it.^__^...keep it up writer.
ReplyDelete