Cerpen AWAK SASUKE SAYA

11:09



Oleh : KIR@ LEE 

Cuti persekolahan sudah bermula. Tahun depan aku dah nak melanjutkan pelajaran ke universiti. Aku harap keputusan SPM aku dapat menempatkan aku ke menara gading. Kalau cuti sudah bermula, maknanya tv pun aku yang control. Aku ni memang gila tv sikit. Waktu cuti ni aku akan penuhi masa aku dengan melihat rancangan kegemaran ku yang sudah ku tinggalkan. 

Yelah…kan aku ambik SPM, mestilah kena fokus kat study dulu. Aku sudah lama menunggu hari ini. Sebabnya…kartun NARUTO aku dah nak start dekat chanel Animax ni. Apalagi aku mesti takkan lepas punya. Aku sudah rindu untuk melihat watak favourite aku dalam siri kartun NARUTO. Siapa lagi kalau bukan SASUKE. Tajuk kartun Naruto tapi aku minat watak Sasuke. Aku pun tak tahu kenapa aku minat sangat dengan Sasuke tu.

‘’ Sakura!!!! Oh……Sakura Danisha. Dah jam lima ni. Tolong angkat kain jemuran tu.’’ Laung ibuku dari dalam dapur. 

Nasib baik dah habis kartun NARUTO aku. Terubat rindu aku nak tengok muka Sasuke yang dingin tu. Walaupun perangai dia macam tu, aku suka sangat karakter dia tu. Memang aku fanatic sangatlah dengan Sasuke ni. Mungkin juga dah memang jodoh aku kot suka tengok kartun Jepun. Sebabnya, ibu aku memberikan nama ku yang ala-ala Jepun juga. 

Siapa lagi kalau bukan Sakura Danisha. Aku pun tak tahu kenapa nama aku macam nama Jepun. Tapi kata ayah aku, ibu suka dengan bunga Sakura. .Walaupun tak pernah pergi Jepun, ibu aku ni selalu tengok drama-drama Jepun tak pun Korea.Ye…la…bak kata pepatah ASRTO ‘ Macam-macam Ada’ . Aku pun pergilah mengangkat kain jemuran di belakang rumahku.

Cuti aku masih lagi berbaki sebulan setengah. Apa aku nak buat dekat rumah ni? Boringnya. Tiba-tiba aku teringat FFL ( Friend For Life) aku, Nadira @ Dira. Baik aku call dia. Nak suruh dia datang rumah, dah petang sangat ni. Tak pelah, aku call je la.

‘’ Hello, babe. Apa khabar?’’ soalku pada Dira.

‘’ Hello. Khabar baik. Kau tengah buat apa? Soal Dira pulak.



‘’ Tak der buat apa pun. Baru je habis tengok Sasuke. Lepas tu, angkat baju jemuran.’’

‘’ Oh…dah puas tengok Sasuke la ni??’’ usik Dira.

‘’ Puas sangat. Tadi dia punya episode best tau.’’ Jawabku dengan gembira.

Dira memang tahu aku ni peminat kartun anime NARUTO sejak aku tingkatan satu lagi. Satu hari tu aku tengah boring di rumah. Aku pun buka tv. Apalagi, aku nikan hantu kartun. Aku tengok ada kartun baru. Tajuk dia NARUTO. Walaupun dalam cerita tu watak utama dia NARUTO, tapi aku lebih tertarik kat watak Sasuke. Aku pun tak tahu. Maybe, dalam citer tu ada budak perempuan nama Sakura. Sama nama macam aku. Budak perempuan tu pun suka kat Sasuke. Jadi, aku pun terus fall in love dengan Sasuke. Esoknya, aku terus citer kat Dira. 

Sejak hari tu, aku tak pernah miss pun episode kartun tu. Cuma, bila aku dah naik ke tingkatan lima, ibu aku dah control tv daa. Dia tahu aku ni minat sangat kartun tu. Mana tidaknya, kartun tun dari dia kecik sampai dorang besar. Dalam bilik aku penuh dengan poster-poster Sasuke, komik-komik NARUTO. Sampaikan aku ada beli pelindung kepala Ninja tau. Ala…yang ada dekat kepala dorang la. Siapa yang tengok kartun ni, pasti tau.

‘’ Kau ni Sakura. Aku tahu la nama kau sama dengan watak budak perempuan yang suka Sasuke tu. Kau tu dah besar panjang tau. Kalau dah kahwin mesti dah beranak pinak.’’

‘’ Apa yang kau merepek ni. Pasal kawin- kawin pulak. Tak nak la aku kahwin dulu. Kita kan baru 17 tahun. Still young. Lainlah kalau aku dah jumpa Sasuke aku. mesti aku nak punya.’’

‘’ Adoiyai..Sakura. Macamana la kau nak cari Sasuke kau tu. Kita ni kan duduk di kampung. 
Sasuke kau tu mungkin duduk di bandar. Takpun, luar Negara. Macam-macam la kau ni. kalau citer pasal bab Sasuke ni, kompom satu hari tak habis.




‘’ Nak buat macamana..hati kartun la katakan. Kau tu hati tua sikit..hahahaha’’ aku mengusik Dira. 

Sememangnya Dira berfikiran agak matang sikit dari aku yang perangai macam budak 8 tahun ni. Ada ker budak SPM macam aku ni tengok kartun?? Kalau Dira tu, dia lebih minat tengok citer-citer Hindi. Dia dah berangan nak cari laki yang rupa dia ala Shahid Kapoor. Sweet je dia senyum. Tapi aku..tak tahu lagi. Takkan nak cari rupa yang macam Sasuke? Memang taklah. Kan itu semuanya rekaan semata-mata. Maybe, sikap dia kot. Aku tak tahu la bila aku akan jumpa Prince Sasuke aku. Adakah dia bermata sepet? hihihi.

‘’ Ewah-ewah...ada hati nak ngata orang tua. Ok la. Dah nak masuk maghrib ni. Ok la yer. 
Assalamualaikum.’’



‘’ Ok la. Waalaikumsalam.’’ Jawabku.
…………………………………………………………………………………………………………
Usai menunaikan solat Maghrib, aku terus baring ke atas katil ku. Aku sempat memohon kepada Allah agar keputusan SPM ku  akan lulus dengan cemerlang. Tidak dilupakan untuk sahabatku,Dira juga. Kami berdua ni bolehlah dikatakan top student kat school kita orang. 

Disamping itu, aku memohon kesejahteraan untuk kedua ibu bapa ku agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Insyaallah. Maklumlah, aku ni dah la anak tunggal. Ayah ibu aku pun bukannya banyak saudara-mara. Yang aku tahu belah ibuku cuma ada dua orang beradik termasuk ibuku. Ayahku pulak mempunyai tiga orang beradik. Ayah aku anak ketiga dalam adik beradiknya.

Kenapa malam ni aku macam rasa tak sedap hati yer? Aku ni bukanlah datang dari keluarga yang kaya. Tapi sederhana la. Tak juga kaya, tak juga miskin. Bak kata Iwan dangdut, ‘’ Yang sedang-sedang aja’’. Aku malas nak fikirlah. Baik aku baca komik NARUTO ni dulu.

‘’ Sakura…sayang. Mari makan nak.’’ Ibuku sudah memanggil untuk makan malam.

Aku pun keluar dari bilikku. Terasa sunyi sepi pulak rumah aku malam ni. Namun kesepianku segera hilang bila melihat wajah kedua orang tuaku. Kalau kita melihat wajah ibu bapa kita, dapat pahala tau. Aku terasa tenang sangat melihat wajah kedua-dua ibu bapaku yang sudah dimamah usia. Ayahku membaca doa makan. Wah…hidangan malam ni nampak berbeza sangat. Bukan seperti malam-malam yang sudah. Aku pun hairan. Kenapa banyak sangat lauk-pauk malam ni? kami kan bertiga saja makan. Mukaku kebingungan.

‘’ Kenapa ni, Sakura? Muka macam tak suka jer?’’ soal ayahku.

‘’ Tak der pa pa la ayah. Ok jer. Cuma saya hairan la ayah. Kenpa banyak sangat lauk pauk malam ni? kitakan bertiga jer yang nak makan ni.’’ ujarku.

‘’ Sekali sekali nak. Bersyukurlah kerana hari ni kita masih dapat menikmati banyak rezeki-NYA.




Mana tahu esok-esok Sakura tak dapat nak makan macam ni.’’ ujar ayahku yang kelihatan agak berlainan malam ni sikapnya.




‘’ Betul tu Sakura. Ibupun setuju kata ayah kamu tu. Besok-besok kalau kami tak ada, jaga diri baik-baik nak. ‘’ pesan ibuku.

‘’ Bukan macam tu bu. Sakura bersyukur sangat dengan makanan kita malam ni. Baiklah, mari makan, (Itadaikimas).’’ Ujarku.

Selesai makan, aku terus ke bilikku. Aku berehat sekejap sambil menunggu waktu untuk solat Ishak. Tengah-tengah aku baring, aku teringat kata-kata ibuku tadi sewaktu makan. ‘’Besok-besok kalau kami tak ada, jaga diri baik-baik nak. ‘’ pesan ibuku. 

Aku tak dapat membayangkan andai satu hari nanti mereka pergi meninggkanku sendirian di muka bumi ini. Tapi, kalau dengan izinNYA, semuanya pasti akan jadi. Waku Ishak sudah masuk. Hari ni aku rasa nak solat dengan ibu pulak. Ayahku pula dah pergi masjid. Baik aku teman ibu hari ini untuk solat bersama.

Aku mengetuk bilik ibuku. Aku melihat ibuku masih lagi baring di atas katil. Mungkin keletihan. Aku melihat wajah tua ibuku. Kelihatan sungguh tenang sekali walaupun dalam tidur. Aku renung ibuku lama-lama. Aku ingin mengejutkan ibuku dari tidurnya untuk bersolat. Aku menggerakkan kaki ibuku. Sejuk. Kenapa? Hatiku sudah lain rasa. Rumah aku tak pakai pun penghawa dingin. Hanya kipas yan menemani tidur ibuku. Kenapa ibu tak bangun lagi ni? Soalku dalam hati.

‘’ Ibu..Ibu…bangunlah. Ishak dah masuk ni. kita solat sama-sama.’’ Ujarku dengan perlahan. Tapi ibu tidak jua bergerak. Air mataku mula mengalir. Hatiku tiba-tiba rasa sebak. Aku memegang tangan ibuku. Sejuk juga. Sama seperti kakinya tadi bila ku sentuh. Aku memandang wajah ibuku. Aku menggoncang ibuku berkali-kali. Benarlah, ibu sudah meninggalkan aku untuk selamanya. 

Tiba-tiba, pintu rumahku diketuk dengan kuat. Air mataku yang laju mengalir terhenti seketika saat mendengar ketukan kuat itu. Aku pergi ke luar membuka pintu. Rupanya, tok ketua 
kampung, Pak Hussin.

‘’ Ada apa Pak Hussin?’’ soalku.

‘’ Nak, Atok rasa nak kena kuat dan tabah yer.’’ Ujarnya dengan cemas.

Setahu aku, aku belum lagi citer pasal ibu aku dah meninggal. Aku mula rasa cemas tiba-tiba.

‘’ Kenapa ni tok?’’ soalku pula cemas.

‘’ Ayah kamu nak. Ayah kamu kena langgar dengan motor rempit semasa dia nak menyeberang jalan tadi. Ayah kamu meninggal di tempat kejadian.’’

‘’ Ya ALLAH!!! Aku menjerit. Aku tidak dapat menahan lagi air mataku. Aku menangis dengan 

kuat. Ibuku baru sahaja pergi. Kini, ayahku pula meninggalkanku.

‘’ Pak Hussin, ibu saya..ibu saya juga meninggal dunia. Ibu saya maeniggal dunia dalam tidur.’’ 
Ujarku dengan sedih.

Tiba-tiba aku rasa pening. Pandanganku mula kabur. Aku pengsan. Malam tu merupakan malam yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila. Aku tak tahu dugaan yang Allah berikan ini teramat berat buatku. Kini, tinggal la aku sebatang kera saja. Semua orang kampung membantu aku untuk menguruskan jenazah kedua orang tuaku. Aku tidak dapat menahan tangis ku. Puas sahabatku Dira menenangkanku. Tiba-tiba, belakangku diusap dengan lembut. Aku menoleh ke kiriku. Aku tidak kenal wanita tua ni. wajahnya seakan miripi dengan arwah ayahku. Tapi siapa?

‘’ Mak cik ni siapa?’’ Soalku sambil tersedu-sedu.

‘’ Sabar ye nak. Mak cik ni, kakak kepada arwah ayah kamu yang berada di KL. Mak cik dapat panggilan telefon dari ketua kampung sini. Patutlah, wajahnya sama dengan arwah ayahku. Ayah pernah memberitahuku bahawa ayah ada dua orang kakak. Datin Salmah ni kakak kedua dalam adik beradiknya. Mak cik akan temankan aku malam ni. Bukan saja Mak cik, tapi suami dan anak lelakinya juga turut tinggal di rumah ku untuk menemani aku.

Usai selesai semuanya, jenazah akan dikebumikan esok pagi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Aku keluar mengambil angin. Aku duduk di ruang tamu. Tiba-tiba, aku di sapa oleh Mak Cik ku.

‘’ Tak tidur lagi.’’ Soalnya dengan lembut.

‘’ Saya tak dapat nak tidur la Mak Cik.’’ Jawabku.

‘’ Mak Cik faham. Tak pe lah. Mak Cik harap kamu dapat bersabar dan tabah ye nak. Mak cik nak cakap sesuatu dengan kamu ni. ‘’

‘’ Apa dia Mak cik.’’

‘’ Macam ni. Mak cik nak bawa kamu tinggal dengan Mak Cik di KL. Lagipun kamu kan tak ada adik- beradik. Arwah dah amanatkan dekat Mak cik untuk jaga kamu.’’

‘’ Baiklah Mak cik. Sakura faham.’’ Mak cik ku memeluk ku dengan kemas. Aku rindu sekali dengan pelukan ibuku  dan ayahku. Aku tak sangka. Rupa-rupanya, makan malam tadi merupakan makan malam terakhir bersama kedua orang tuaku. Aku menangis lagi. Suami Mak cik keluar dari bilik.

‘’ Sabar la ye nak. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.’’
……………………………………………………………………………………………
 Setelah selesai dikebumikan, aku telah dibawa Mak cik ku menaiki kereta Alphardnya. Sebelum tu aku sempat berjumpa dengan rakanku Dira. Kami berdua berpelukan kerana mungkin tidak dapat berjumpa lagi kerana aku akan berpindah ke KL. Aku melambaikan tanganku kepada Dira.
Setelah beberapa jam perjalanan dari Melaka ke KL, aku dikejutkan oleh Mak Cik ku. Aku sudah tiba di rumahnya. Aku terpegun melihat rumah banglo yang besar dan serba mewah ini. 

Setahu aku, Mak cik aku ni mempunyai dua orang anak lelaki. Tapi yang ikut balik ke Melaka hari tu cuma seorang saja. Kata Mak cik ku, itu anaknya yang sulung. Nama dia Damian Ren Tsuruga. Mesti korang hairan kenapa hujung namanya dia macam Jepun gitu. Kalau korang nak tahu suami Mak cik aku ni orang Jepun. Suami dia tu ahli perniagaan dalam bidang teknologi. Anak lelakinya yang kedua pula bernama Daniel Ren Tsuruga. Tapi semenjak aku tinggal dalam rumah ni, tak pernah pulak aku jumpa anak Mak Cik yang kedua tu. Cuma gambar family yang terpampang dekat ruang tamu tu aku nampaklah muka dia sikit.

Aku masuk ke bilik yang telah disediakan untuk ku. Mula hari ni, aku akan tinggal di sini. Walaupun kurang selesa, tapi aku kena cepat menyesuaikan diri. Aku tak nak menyusahkan keluarga Mak cik aku ni. Aku nak tidur la dulu.
……………………………………………………………………………………………
Sudah hampir tiga bulan aku tinggal di rumah Mak cik aku ni. Aku pun sudah dapat menyesuaikan diriku bersama ahli keluarga Mak cik termasuklah anaknya yang sulung. Tapi aku belum jumpa lagi anaknya yang bongsu tu. Aku tengok muka dia memang macam Jepun. Tapi mata dia tak lah sepet sangat. Sedang-sedang. Muka dia macam Jong Shin CNBLUE. Hansem tu. Sempat pulak aku berangan.

‘’ Nisha!!!Nisha.’’ Mak cik aku memanggil aku.

‘’ Yer Mak cik. Kejap.’’ Aku membetulkan tudungku.

‘’ Ada apa, Mak cik.’’ Aku menyoal.

Aku membuka surat tersebut. Aku sungguh gembira sekali. Bersyukur sangat. Aku telah diterima masuk ke Universti Kebangsaan Malaysia. Aku memeluk Mak cik ku. Mak cik ku membalas pelukan ku. Suami Mak cik aku pun turut berkongsi kegembiraan. Begitu juga dengan abang Damian. Kami sekeluarga sangat gembira. Tiba-tiba, kami disapa oleh satu suara yang member salam. Kami semua memandang ke luar. Mak cik aku terus memeluk dan mencium pipi lelaki muda tersebut.

‘’ Daniel. Dah balik rupanya. Mari masuk. Mak nak kongsi citer gembira hari ni.’’ Mak cik berjalan beriringan dengan anak lelakinya itu. Aku terkejut. Inilah anak Mak cik aku yang bongsu tu rupanya. Wah…makin hansem pula kalau tengok real punya. Apa la kau ni Nisha. Mak cik aku yang panggil aku Nisha. Automatic semua ahli keluarga Mak cik aku pun panggil Nisha.

‘’ Assalamualaikum ayah, abang.’’ Daniel menyalam tangan ayahnya dan juga abangnya.

‘’ Waalaikumsalam.’’ Ucap ayah dan abangnya.

‘’ Kenalkan ini adik sepupu kamu, Sakura Danisha Harris. Anak arwah Pak Cik Harris kamu tu yang tinggal kat Melaka.’’ Ujar Mak cik ku pada anak lelakinya itu. Hatiku sudah dup dap dup dap pula.

 Aku menyalam tangan abang sepupuku itu. Aku baru berumur 18 tahun. Dia pula berumur 23 tahun. Dia balik sebab cuti semester di U. Kami berdua rasa kekok pula diperhatikan oleh ahli keluarga Mak cik. Aku tak tahu apa yang ku rasakan sekarang ni. Macam Sasuke la....nasib baik dia sambut huluran tangan aku. kalau tak makan kaki la aku jawabnya.

Kami sekeluarga duduk bersama-sama di ruang tamu yang besar itu. Mak cik ku sudah mula bercerita tentang tawaran kemasukan ke UKM yang aku baru dapat tadi kepada Daniel. Daniel hanya mendengar sahaja tanpa menunjukkan sebarang riak. Dia ni ada perasaan ke tak. Macam robot je. Rupa-rupanya, Daniel juga belajar di U yang sama dengan aku. Cuma dia ambil undang-undang. Lagipun ini tahun akhir dia di UKM. Aku pula ambil medik di UKM.

 Wah, best juga satu U dengan abang Daniel ni. Ada juga teman aku. Dira baru je sms aku. Dia dapat melanjutkan pelajaran ke India. Dia pun ambik medic. Sama macam aku. Tak lama nanti mesti dia akan jumpa Shahid Kapoor. Aku ni bila pula nak jumpa Sasuke aku? Maybe di UKM kot. Hihihihihi..aku tak sangka pula Daniel memerhatikan tingkah laku aku. aku terus menundukkan kepala.

Tiba-tiba, Mak cik menyuruh Daniel untuk menemankan aku membeli barang keperluan untuk dibawa ke U nanti. Kot yer pun Mak cik, bagilah abang Daniel tu berehat. Dia kan baru sampai. Tak sampai hati pula nak suruh dia temankan. Mak cik tak dapat nak temankan sebab dia perlu jaga butik dia. Suami dia dan abang long pula nak pergi jumpa client.

‘’ Tak pe la Mak cik. Biarlah abang Daniel berehat dulu. Esok-esok kan ada.’’ Ujarku.

‘’ Betul ni.’’ soal Mak cik inginkan kepastian. Aku mengangguk. Malu pula aku nak lihat Daniel. 

Daniel tak banyak cakap pula. Dia terus ke bilik. Nak tidur la tu. Dia akan bercuti selama dua minggu. Jadi selama dua minggu ni, aku mesti menyesuaikan diriku dengan dia. Nanti tak selesa pula kalau di U nanti. Aku pun nak beredar masuk ke dalam bilik. Mak cik aku dah pun keluar. Begitu juga dengan suaminya dan abang long. Rumah ni tak la sunyi sangat sebab ada tiga orang pembantu rumah. Aku boring pulak duduk sorang dalam bilik ni. Aku nak turun la tengok tv. Aku turun sambil mebawa komik NARUTO ku.

Aku sungguh bertuah hari ini. Ada movie NARUTO pula kat tv3 ni. Ini yang best ni. Apalagi aku mestilah hantu kartun kan. Aku pergi ke dapur untuk mengambil bijiran kokocrunch. Baru ada feel nak tengok movie NARUTO ni. Aku duduk di sofa. Suara tv ku besarkan sikit. Ada Sasuke la. Hansemnya..kawaii…kataku. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi tapak kaki yang sedang turun. Aku menoleh ke belakang. Daniel rupanya. Daniel berjalan menuju ke tempat ku. Aku sudah tak tentu arah. Tiba-tiba, dia senyum dekat aku. Boleh cair pulak aku tengok. Dia baring di sofa yang lagi satu. Diambilnya buku komik aku.

‘’ Awak baca komik ni?’’ soalnya tiba-tiba. Aku hanya mengangguk. Malu pula nak bercakap dengan dia ni.

‘’ Awak ni peminat kartun rupanya. Tengok tv pun citer kartun. NARUTO pula tu.’’ Usiknya.

‘’ Kenapa? Tak kan boleh?’’ balasku. Dia ni kenapa pula ada angin nak cakap dengan aku ni. 

Tadi tengok macam tak der perasaan. Lantaklah. Aku malas mempedulikannya. Aku terus menyambung melihat movie NARUTO ni. Sasuke dah keluar. Tiba-tiba aku terjerit kecil nama Sasuke. Sukanya aku tengok muka dia. Daniel hanya memerhatikan aku sekejap-sekejap sambil membaca komik ku. Aku hanya membiarkan sahaja. Lama kami berdua di ruang tamu tu. 

Mak Cik Piah datang menghidangkan minuman kepada kami. Daniel tiba-tiba nak naik ke bilik sambil membawa komik NARUTO ku. Segan pulak aku nak tanya dia. Kenapa dia nak bawa komik NARUTO aku tu? Biarlah. Aku kan banyak koleksi komik tu. Usai sudah melihat movie NARUTO, aku segera menunaikan solat Zuhur. Sesudah itu, aku pun baring di katil. Aku memikirkan tentang Daniel tiba-tiba.

 Kenapa dengan perangai dia tu? Depan ibu dia macam acuh tak acuh saja. Mungkin penat kot. Tapi tadi sikapnya berbeza sekali. Boleh-boleh pulak dia nak ambil komik aku. Macamana dengan hari esok ni? Mak cik suruh Daniel temankan aku beli barang U. dahlah satu U dengan dia. Akhirnya aku tertidur akibat memikirkan Daniel.
……………………………………………………………………………………………………………….
Hari ni Daniel mengajak aku pergi ke KLCC. Setelah penat membeli barang, kami pun singgah ke KFC. Aku pun dah penat berjalan. Mana taknya, macam dia pulak yang nak masuk U.  Semuanya dia yang pilihkan. Aku ikut jer. Dia ni boleh tahan juga orangnya kalau shopping ni. Kami pun makan ayam KFC sambil melihat orang yang berjalan-jalan di sekeliling.

‘’ Macamana? Semua dah ada? Ada apa-apa yang tinggal?’’ soalnya.

‘’ Semua dah ada. Lepas ni kita balik la yer. Nisha pun dah penat jalan ni bang.’’ Jawabku. Dia tersenyum. Aku pelik melihat senyumannya yang jarang ku lihat. Dalam gambar family dia, tak senyum pun. Muka serius saja.

‘’ Ok la adikku, Sakura.’’ balasnya pulak.

‘’ Sakura?? kenapa awak panggil saya Sakura?’’ soalku. Aku pelik dengan sikap dia ni. kenap dia seorang jer yang panggil aku Sakura. Mak cik dan lain-lain pun panggil aku dengan nama Nisha.

‘’ Kenapa? Tak boleh ke? Kan nama awak Sakura Danisha. It still your name.’’

‘’ Saya tahu la. Tapi kan semua family awak panggil saya Nisha.’’

‘’ Biarlah mereka panggil awak Nisha. Saya tetap juga nak panggil Sakura.’’

‘’ Awak ni kan. Panggilan Sakura tu untuk orang tertentu tau.’’ Dalam hatiku, hanya ibu, ayah dan Dira saja yang panggil aku macam tu. And untuk bakal Sasuke nanti.

‘’ Yer ke? Saya ni tak tersenarai untuk orang tertentu ke? Tapi, saya tak kisah, saya tetap akan panggil awak Sakura.’’ Dia senyum.

Dia ni kan memang sengaja. Buat aku blushing pula. Setelah selesai makan, kami pun keluar dari KLCC. Daniel segera membuka pintu kereta sport Ferrari yang berwarna merah. Wah..dapat juga aku merasa naik kereta macam ni. Daniel sempat memberitahu aku bahawa akulah perempuan pertama yang  pernah menaiki keretanya. Tapi boleh percaya ke? Diakan hansem. Mesti ramai peminat. Takpun gf dia.

‘’ Abang ni main-mainkan? Takkan gf tak der kot? Mustahil la.’’ Aku sengaja bertanya kepadanya.

‘’ Betullah. Abang tak der gf lagi. Belum jumpa yang sesuai. Tapi sejak akhir ni, abang macam dah jatuh hati la. ‘’ jawabnya.

‘’ Ada-ada je la. Mari kita balik.’’
……………………………………………………………………………………………..
Hari ni aku ditemani Mak Cik Salmah dan keluarganya untuk menghantar aku pergi mendaftar ke universiti. Abang Daniel sudah bertolak sehari sebelum aku. sebab dia ada sedikit urusan, katanya. Pak cik dan Mak cik sangat senang hati menghantar ku ke U. Mak cik sempat berpesan kepada Daniel. Mak cik kata nanti aku kena ikut abang Daniel hari-hari ke U. Maksudnya, Mak cik nak aku dan Daniel pergi ke U sama-sama. Segan pulak aku. Tapi nak buat macamana. Aku sangat gembira sekali. Mujur asrama ku di tingakat paling bawah. Tak susahlah aku nak naik lagi. Mak cik dan Pak cik sempat berpesan supaya belajar elok-elok. Kalau nak pergi mana-mana, minta temankan abang Daniel. Malunya. Aku pun dah ada teman baru merangkap roommate aku. Nama dia Nadia.

‘’ Hai Daniel. Lepas kau cuti ni nampak happy semacam saja. Kenapa? Dah ada awek ke?’’ ujar Kimi yang merupakan roommate kepada Daniel.

‘’ Ehm…kenapa? Muka aku macam orang ada awek ke sekarang ni?’’ Daniel sengaja berteka-teki dengan Kimi.

‘’ Macam tu la nampaknya. Sebab selalunya, muka kau biasa-biasa je kalau lepas balik bercuti. Walaupun kau tu hansem, tapi tak der juga awek. Tapi, kalau peminat perempuan, boleh mengalahkan artis kau ni.’’ usik Kimi.

‘’Kau ni macam-macam lah Kimi. Aku pun tak tahu la. Sejak aku ada adik sepupu ni, hatiku bertambah ceria je. Aku rasa aku macam dah jatuh hati kat dia la.’’ Luah Daniel. Memang Daniel dan Kimi ni tak pernah berahsia.

‘’ Oh…patutlah. Ada adik sepupu rupanya. Mesti cantik ni kan?’’

‘’ Aku tak kisah la cantik atau tidak. Yang penting hati. Aku dapat rasa yang bila aku berborak dengan dia, hati aku gembira  saja.’’

‘’ So. Kau kenalah bagi tahu isi hati kau kat dia.’’

‘’ Malu la aku. Tengoklah dulu.’’

‘’ Alah…malu tapi mahu. Ok lah. Aku nak keluar dulu.’’
…………………………………………………………………………………………
Hampir dua bulan sudah aku belajar di sini. Dan hari-hari jugalah abang Daniel ambil dan hantar aku. Sampai satu U pun hairan tentang hubungan kami berdua. Tapi kalau ada orang bertanya, aku cakap la yang dia tu abang sepupuku. Semenjak aku bagitahu yang dia tu abang sepupuku, ramai jugalah yang minta kirim salam sayang kat dia. Aku ok jer nak sampaikan salam, tapi respon dari abang sepupuku ni macam nak tak nak je. Hari ini abang Daniel ajak aku makan dengan dia kat cafeteria. Aku rasa happy pulak. Sebab dah lama aku tak makan dengan dia. Dia busy kebelakangan ni sebab dia kan di tahun akhir. Aku membetulkan tudungku yang sedikit senget. Daniel sudah menunggu aku di cafeteria. 

Aku melangkah masuk ke dalam cafeteria. Aku sudah nampak abang Daniel yang sedang duduk di meja hujung sekali. Hatiku tiba-tiba rasa berdebar. Aku rindu sangat untuk melihat wajah abang Daniel yang hansem tu. Tapi dia ni banyak peminat. Aku ni mana dia nak pandang. Aku kan cuma adik sepupu dia je. Dahlah peminat dia semua cantik-cantik belaka. Kaya lagi. Aku ni menumpang je kat rumah dia. Sudah-sudahlah berangan Sakura. Mungkin dia bukan Sasuke yang awak cari. Aku mula menghampiri abang Daniel. Aku menyapanya lalu duduk bersebelahannya. Pelajar lain sudah memerhatikan aku yang duduk bersebelahan dengan abang Daniel. Macam baru first time je tengok abang Daniel. Aku pun hairan. Kenapa eh?

‘’ Abang Daniel, kenapa mereka pandang kita semacam je? Macam first time je tengok kita ni kat sini.’’ Soalku.

‘’ Memang la first time bagi dorang. Sebab selama ni, abang tak pernah makan dengan perempuan berdua. Selalunya mesti ada teman. Ni first time la ni abang makan berdua dengan perempuan. Jadi awaklah yang pertama makan dengan saya ni’’. Ujarnya dengan panjang.

 ‘’ Hah!! Biar betul abang ni. Macam tak percaya pulak. Sebelum kita makan, tadi ada orang salam sayang kat abang. Dia kata dia satu kos dengan abang. Dah lama dia minat abang. Nama dia Shasha. Jawab tau salam orang.’’

‘’ Oh..awak? Tak nak kirim salam sayang kat saya ke?’’

‘’ Apalah abang ni. Jawablah salam Shasha tu. Lagipun buat apa nak kirim salam kat abang.’’ Habis merah mukaku bila abang Daniel kata begitu.

‘’ Ye la. Waalaikumsalam. Tapi Shasha tu yang mana satu eh? Abang tak ingatlah muka dia. Abang cuma ingat muka yang di sebelah ni jer.’’ Usiknya.

Kami saling tertawa. Kami sangat gembira sekali. Walaupun mulanya aku ingat abang Daniel ni seorang yang serius, tapi bila dah kenal hati budinya, baik pula dia. Alahai, macam dah jatuh cinta pulak aku kat dia. Tapi kalau aku bagitahu nanti, takut pulak dia gelakkan aku. Malu aku nanti. Biarlah saja. Kalau ada jodoh, adalah tu.
…………………………………………………………………………….
Lima tahun kemudian…..

Aku sudah mula bekerja di Hospital UKM. Aku tidak lagi tinggal di rumah Mak cik ku. Kini, aku sudah mampu untuk menyewa sebuah rumah bersam temanku Nadia. Walaupun, kami berdua tidak bekerja di tempat yang sama, kami still tinggal satu bumbung. Dah lama juga aku tak jumpa Mak cik Salmah. Aku masih ingat lagi sewaktu aku diterima bekerja di HUKM, aku meminta kepada Mak cik untuk membenarkan aku hidup berdikari.

 Mulanya, mak cik tidak bersetuju. Tapi akhirnya dia mengalah juga dipujuk oleh suaminya. Aku rasa kasihan pulak mengenangkan Mak cik aku tu. Abang long pun dah kahwin. Abang Daniel pula, sejak aku pindah keluar, dia juga juga pindah keluar. Katanya, inigin berdikari. Aku tahu dia merasa sedih sebab aku pergi. Tapi aku tak nak la menyusahkan keluarga abang Daniel. Aku pun rasa sedih juga nak tinggalkan keluarga Mak cik. Apalagi abang Daniel. Oh..hati ini sungguh degil untuk meluahkan rasa cinta kepada abang Daniel. Aku dan abang Daniel sudah lama tidak berhubung. Tapi aku selalu juga la call Mak cik aku untk bertanya khabar.

‘’ Dr. Sakura!!! Ada kecemasan. ‘’ jerit seorang jururawat.

‘’ Baiklah. Saya datang.’’ Aku bergegas menuju ke bilik kecemasan.

 Alangkah terkejutnya aku. Hampir mengalir air mataku. Abang Daniel. Rupanya abang Daniel telah kemalangan gara-gara ingin menyelamatkan seorang budak perempuan. Tangan abang Daniel ku lihat dipenuhi darah. Aku sangat taku akan kehilangan abang Daniel. Aku tak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

‘’ Abang Daniel!!! Bertahanlah. Sakura akan selamatkan abang. Abang jangan mati dulu. Sakura ada banyak nak bagitahu kat abang ni. Aku segera melakukan pembedahan ke atasnya. Mujur tangan abang Daniel hanya patah.

Setelah selesai pembedahan, abang Daniel dipindahkan ke wad biasa. Aku sudah menghubungi keluarga abang Daniel. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku meluahkan perasaan ku kepadanya. Aku sudah tidak dapt menahan lagi rasa sayang dan rindu terhadap abang Daniel. Mak cik selalu beritahu aku yang abang Daniel ni dah nak masuk 28 tahun, tapi masih belum ada gf lagi. Aku rasa dah tiba masanya. Aku melangkah masuk ke dalam bilik Daniel. Aku melihat wajah abang Daniel yang sudah lama aku tinggalkan. Masih kacak seperti dulu. Tiba-tiba air mataku keluar mengalir sehingga titisan air mataku gugur ke tangan abang Daniel. Aku merenung wajah abang Daniel lama.

‘’ Abang Daniel..Sakura rindu sangat dengan abang. Sakura nak bagitahu abang yang Sakura sebenarnya dah lama sayangkan abang. Cuma, Sakura tak berani nak luahkan. Sejak di U lagi, Sakura menyimpan perasaan ini. Sakura takut yang Sakura ni tak layak untuk abang. Lagipun abang banyak sangat peminat. Tapi, hari ini Sakura baru sedar yang Sakura tak nak lagi kehilangan orang tersayang. Abanglah Sasuke saya."

 Tiba-tiba, tangan abang Daniel bergerak-gerak. Abang Daniel terjaga dari tidunya lalu tersenyum kepadaku. Alangkah terkejut aku. Aku menekup mulutku menahan rasa malu. Aku ingin beredar dari situ. Namun, tanganku tiba-tiba dipegang oleh abang Daniel.

‘’ Kenapa nak lari pulak ni? Tak rindu kat abang ke? Kata tadi sayang kat abang.’’ Ujarnya dengan lemah.

‘’ Abang Daniel dah sedar.’’ Bicaraku.

‘’ Abang tanya ni. Tak rindu kat abang ke?’’ soalnya sekali lagi.

‘’ Sakura…Sakura..rindu sangat. ‘’

‘’ Macam tu la. Abang pun rindu berkali-kali rindu sangat pada Sakura. Sebenarnya, abang pun sudah lama sayangkan Sakura. Cuma abang ego. Tapi sejak Sakura tinggalkan rumah, baru abang sedar yang abang tak boleh hidup tanpa Sakura di mata abang. Abang sebenarnya dah jatuh hati kat Sakura sejak mama kenalkan abang dengan Sakura hari tu. Abang pun dah lama pendam perasaan ni."

 Kami berdua saling berpandangan dan tersenyum. Tiba-tiba, pintu bilik diketuk. Mak cik dan pak cik serta abang long rupanya. Mak cik Salmah tersenyum saja. Mungkinkah dia sudah mendengar perbualan kami tadi. Ah… malunya tak terkata.

‘’ Wah…wah..nampaknya tak lama lagi mama makan nasi minyak la ni.’’ Usiknya kepadaku sambil memegang kedua-dua bahuku. Aku tertunduk malu. Semua keluarga gembira ketawa.
………………………………………………………………………………
Nampaknya, hari ini aku akan menamatkan bujangku. Aku sudah menelefon Dira yang sedang menetap di India. Dira sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepadaku. Aku sangat gembira. Sasuke yang aku cari selama ini rupanya adalah abang sepupuku Daniel Ren Tsuruga. Majlis akad nikah yang dilangsungkan akhirnya berlangsung dengan baik sekali.

Usai selesai majlis akad nikah, aku naik ke bilik ku. Aku membuka tudungku untuk pergi membersihkan diri. Setelah selesai mandi, aku segera baringdi katil. Kepenatan. Pintu bilik dibuka. Abang Daniel memerhatika aku. aku hanya tersenyum padanya. Abang Daniel pula pergi mandi. Setelah selesai mandi, Daniel baring di sebelah ku. Daniel mengucup dahiku lama sekali. Lalu merangkul pinggangku. Aku membalas rangkulannya.

‘’ Sakura bahagia?’’ soalnya.

‘’ Bahagia sangat. Terima kasih abang. ‘’

‘’ Jadi, abang bolehlah jadi Sasuke sayang yang real.’’ Usiknya. Aku kehairanan.

‘’ Macamana abang tahu yang sayang minat kat Sasuke?’’ soalku.

‘’ Kan hari tu abang ada pinjam komik sayang. Dekat penanda buku sayang, tertulis Sasuke love Sakura. So, abang tahulah yang sayang ni minat kat Sasuke.’’

‘’ Oh..begitu.’’ Aku memuncungkan bibirku. Dengan pantas Daniel mengucup pipiku lama.

Tiba-tiba Daniel memberitahu aku tentang satu lawak Jepun.

Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI

Kami berdua ketawa berdekah-dekah. Sesungguhnya aku sangat sayangkan Daniel dan aku bahagia sekali. Ya ALLAH, Engkau kekalkanlah perkahwinan kami sehingga akhir hayat. Hanya ajal sahaja yang dapat memisahkan kami berdua. Aku berdoa dalam hati. Daniel membisikkan sesuatu kepada ku.
‘’ Aishiteru sayang.’’ Luah Daniel kepadaku yang bermaksud aku cinta padamu.
‘’ Aishiteru Sasuke.’’ Balasku.

Tamat.

( . Ini adalah cerpen ketiga saya. Selamat membaca kepada semua pembaca. Silalah beri komen yang membina. Semoga anda terhibur dengan cerpen ketiga kali ini. Sila lah komen. Insyaalah, saya akan perbaiki.)



You Might Also Like

4 comments

  1. BEST!! BEST!! walaupun aku x tahu muka sasuke naruto tu, aku bayang ja hensem n heartless.. haha.. BTW, macam pelik pula aku baca karyamu ni.. penulisannya.. ntahlah, susah mau explain.. yang penting 'Bila rasa membaca sudah mari, mulut pun mula membaca~' haha.. jangan marah.. hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha...nanti aku perbaiki lagi penulisan cerpen ni...thanks for ypu comment...

    ReplyDelete
  3. Awak, saya perhati kebanyakan cerpen ada jalan cerita yang hampir sama cuma berbeza karakter. Cer buat cerpen lain sikit bagi tangkap leleh ke apa ke. Something yang pembaca tak boleh agak kesudahan. Okay. Assalam.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Nurul, terima kasih sudi beri komen yg membina...saya ni susah sikit nak tulis cerita yg tangkap leleh ni tpi takpe saya cuba untuk tulis nanti...hihihi..nantikan cerpen terbaru :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images