Cerpen MILLIONAIRE MATCHMAKER

17:08






-KIRA LEE-

FARAH ALEEYA

“ Tahniah! Cik Farah. Bulan ini awak sekali lagi menjadi ‘The Best Matchmaker’.” Luah Puan Maria.

Aku tersenyum bangga. Yes…sekali lagi aku menjadi The Best Matchmaker. Tak sangka usaha aku selama ini terbalas. Kerja sebagai Matchmaker  memang memerlukan masa yang agak lama juga. Hari-hari aku terpaksa berdepan dengan klien yang cerewet. Nak tahu sebab apa? MILLIONAIRE MATCHMAKER COMPANY..itulah nama syarikat aku. Sudah terang lagi bersuluh…dah nama syarikat aku ni Millionaire, so kami hanya melayan klien yang bertaraf jutawan ke atas saja..ok. Gaya dah macam rancangan reality THE MILLIONAIRE MATCHMAKER la pulak dalam saluran BeTV 721.

“ Terima kasih Puan. Saya berjanji saya akan berusaha lebih kuat lagi. “ aku bersalaman dengan Puan Maria
.
“ Bagus tu. Saya hargai usaha awak. So, sebagai penghargaan..saya akan tambah bonus dalam gaji awak.” Ucap Puan Maria yang berketurunan cina itu.

“ Terima kasih sekali lagi Puan.” Aku memohon untuk keluar dari biliknya. Yahoooo…aku dapat bonus lagi. Gembiranya aku. Aku melangkah keluar dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Aku melemparkan lagi senyuman kepada semua staf yang lain.

“ Tahniah..Farah. Hebatlah kau. Dua kali berturut-turut kau dapat pegang title The Best Matchmaker of the Month.” Kata Nita yang duduk berhadapan dengan aku.

“ Thanks. Aku bersyukur juga sebab dapat lagi sekali gelaran tu. Tapi, aku ni bekerja bukan semata-mata nak dapatkan gelaran tu saja. Aku memang ikhlas nak jadi pencari jodoh yang terbaik untuk semua klien kita.”

“ Aku tabik spring…la dengan kau ni. Kalau macam tu, boleh belanja makan tak?” usik Nita.

“ Of course.” Jawabku segera.
……………………………………………………………………………………….

ADLEE MUKHRIZ

“ Mama nak Ad kahwin tahun ni juga. Kalau tak biar Mama yang carikan sendiri Ad calon isteri. Sama ada Ad setuju atau tak, Mama tak kira.” Geram Datin Sri Aminah dengan sikap anak lelakinya yang lebih mementingkan kerja berbanding kehidupan peribadinya. Umur sudah mencecah usia 30 tahun. Sepatutnya usia sebegitu sudah layak bergelar seorang ayah. Anak kawan-kawan Datin Sri Aminah kebanyakan semuanya sudah berkahwin. Kalau ada yang bujang pun..itu pun boleh dibilang dengan jari.

“ Mama…Ad belum sedia nak kahwin lagi.” ujar Ad yang tidak berpuas hati dengan sikap Mamanya. Bukan hari ini sahaja dia selalu dileteri. Hampir setiap hari Ad selalu saja ditanya soal kahwin. Rimaslah bila ditanya soalan bab-bab kahwin ini.

“ Kamu ni..sampai bila lagi kamu nak hidup membujang? Tu kawan kamu, Fakrul tu sudah ada anak 3. Tak lama lagi nak masuk 4. Ish…Mama kepingin sangat nak cucu. Mama cuma ada seorang sahaja. Itu sahaja permintaan dari mama. Please…tolonglah tamatkan zaman bujang kamu tu.” Rayu Mama. Alahai…ini yang aku tak tahan ni.

Aku mana boleh melukakan hati Mama. Aku tahu Mama sudah berkorban banyak untuk aku mencapai tahap sekarang ini. Sejak kematian Papa tahun lepas, syarikat perkapalan yang kami usahakan terpaksa aku uruskan.

“ Ala….mama ni..belum sampai lagi jodoh Ad la. Biarlah dulu Ma.” Pujukku.

“ No! Selama ini mama rasa mama dah bagi kamu cukup masa untuk uruskan syarikat arwah papa kamu. So, this time I want you to listen. Mama nak kamu kahwin juga tahun ini. Muktamad!”

Puan Sri Aminah tiba-tiba menhulurkan sekeping kad berwarna kuning emas kepadaku. Aku menilik kad itu. Aku membacanya. MILLIONAIRE MATCHMAKER COMPANY…aku dapat menganggak bahawa ini pasti syarikat pencari jodoh.

“ Ad..kamu ambil kad ni and the mama nak kamu pergi ke syarikat tu. Mama nak kamu jumpa pakar pencari jodoh di sana. Biar mereka yang uruskan untuk kamu.”

“ What ?? Mama, nak cari isteri ni bukannya senang ma. Bukannya macam tukar baju. Mama ni agak-agaklah sikit kalau nak suruh Ad pergi kat sini. Macam desperate sangatlah Ad ni nanti.”

“ Yes you are. Memang dah terdesak ni. Mama tak kira. Yang penting besok, Ad perlu datang ke syarikat ini. mama dah buatkan appointment untu kamu. Mama juga dah uruskan segala maklumat diri kamu untuk dihantar ke syarikat tu.”

Wah…mama aku ni memang advance bab kahwin ni. Serius..aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. aku buntu.
…………………………………………………………………………………………………………


PROFIL KLIEN NO.25


NAMA: ADLEE MUKHRIZ DATO SRI MOKHTAR
UMUR: 30 TAHUN
KERJAYA: AHLI PERNIAGAAN
SYARIKAT : SYARIKAT A.M TRADE
HOBI : BERMAIN GOLF DAN MENUNGGANG KUDA










Aku membaca profil seorang klien ku hari ini. Puan Maria kata klien kami yang kali ini agak sukar sedikt nak cari pasangannya. Kalau nak diteliti daripada latar belakangnya saja memang terbuntang mataku melihat. Ini dah sah-sah anak jutawan ke lebih lagi. Wajah yang kacak..duit berkoyan..syarikat berlambak. Klien aku kali ini memang the most eligible bachelor la. Siapa la yang sesuai untuk menjadi pasangannya atau kata lain sebagai isterinya.

“ Hai..boleh masuk.” Sapa Nita padaku.                                                                       
                       
“ Emmm…masuklah. Buat apa kau berdiri kat luar tu.” Ajakku.

“ Aku dengar kau dapat klien yang agak susah kali ini. Betul ke?”

“ Well…as you can see..kau boleh baca profil klien aku ni. Gerenti kau baca banyak kali.” Aku menghulurkan portfolio klien ku padanya. Nampaknya, hari ini klien aku adalah lelaki. Selalunya semua yang datang pada ku, mesti perempuan. Jarang-jarang ada lelaki ini.

“ Fuyooooo…ini durian runtuh aku ni kalau dapat jadi suami aku ni.” jerit Nita yang teruja membaca profil klien ku itu. Sudah ku agak reaksi daripada Nita. Terlebih sudah…

“ Kan aku dah cakap tadi. Mesti kau surprise punya..” ucapku dengan tenang. Pada hal dalam hati, berdebar-debar juga lah. First time aku terima klien jutawan lelaki yang macam ni. Sekali pandang fotonya, memang tersemat terus dalam otak aku ni. Kalau kat computer memang dah lama aku save gambar dia.

“ Betullah kau cakap. Hansem sangat. Dari mata turun ke hati…kalau kau tak boleh deal nanti, kau pass je kat aku. Mana tahu aku ada jodoh dengan dia.” Nita ketawa.

“ Ewah-ewah..minah ni. Dia pulak yang over. Keluarlah. Aku nak selidik lagi latar belakang dia ni. Nanti jam 2 petang, dia datang tau. Nanti, aku tak bersedia pulak.”

“ Eleh…mentang-mentang nak jumpa jutawan muda lagi kacak la katakan…tapi bagus juga tu. Kau pun belum kahwin. Umur dah 29 tahun. Sepatutnya dah kahwin. Mungkin dia jodoh kau kot. Tu lah kau dapat jumpa dia hari ni.” Nita segera bangun selepas mengenakan aku.

 Aku tahulah aku ni dah tua. Tua ke kalau 29 tahun. Ehm…bagi aku kalau tak masuk angka 3 tu…tak tua la kot. Tapi asalkan hati kita muda…umur pun bukannya ukuran.
……………………………………………………………………………………………………

Adlee merenung bangunan tinggi yang tersergam indah di hadapannya. Inilah dia syarikat pencari jodoh tu. Semalam Datin Sri Aminah sudah mengingatkannya bahawa dia wajib datang ke sini. Kalau tak memang seharian la aku kenal leter oleh mama. Saat kaki Adlee melangkah masuk, banyak mata yang memerhatikannya. Adlee sudah biasa dengan keadaan itu.

Adlee masuk menuju ke dalam lif. Adlee menunggu dengan tenang. Adlee berfikir sejenak. Nanti kalau matchmaker tu tanya aku macam-macam soalan, apa aku nak jawab? Pintu lif terbuka. Adlee melangkah keluar dari lif dengan penuh bergaya. Siapa yang memandangnya pasti akan jatuh cinta. Tapi, bagi Adlee tidak bagi dirinya. Adlee tidak akan sebegitu mudah untuk jatuh cinta.

“ Assalamualaikum. Cik Farah Aleeya ada? Saya datang sebab dah ada buat temujanji.” Ujar Adlee dengan tenang. Mata gadis yang menjaga kaunter langsung tidak berkedip saat memandangnya. Bagai dipanah cinta saat mata bertentang dengan matanya. Tambahan lagi, bila Adlee senyum kepadanya. Alamat tidur tak lena la malam ni.

“ Wa….waalaikumsalam. Nama encik siapa?” soal Siti agak gagap. Pantang tengok lelaki hansem..pasti control habis punya.

“ Adlee Mukhriz Dato Sri Mokhtar” ucapnya lembut. Hai…bertambah gundah dibuatnya Siti mendengarkan suara milik  Adlee.

“ Ok. Encik Adlee, tunggu sekejap. Saya call Cik Farah dulu.”

“ Hello..Cik Farah. Klien Cik Farah yang bernama Encik Adlee Mukhriz Dato Sri Mokhtar dah pun sampai. Sekarang ni dia ada di kaunter pertanyaa.”

“ Hello..baik. Awak tolong dia bawa masuk ke dalam bilik saya sekarang.” Arah Cik Farah dengan lembut.

“ Encik Adlee..mari ikut saya. Saya akan tunjukkan bilik Cik Farah.”
…………………………………………………………………………………………………………

“ TUKKKKK” pintu bilikku diketuk. Aku masih lagi memandang skrin lap top ku kerana ingin mencari maklumat mengenai calon-calon pasangan bagi Encik Adlee.

“ Masuk.” Arahku.

Adlee dan Siti melangkah masuk bersama-sama ke dalam bilikku.

“ Cik Farah. Inilah Encik Adlee Mukhriz. Klien Cik Farah yang seterusnya.” Ujar Siti.

“ Ok, Siti. Terima kasih. Awak boleh keluar.”

“ Encik Adlee, boleh duduk dulu. Tunggu sekejap ya.”

 Aku menyimpan maklumat-maklumat yang sudah siap aku cari buat Encik Adlee. Aku mengalihkan lap top ku ke sisi kanan untuk memandang Encik Adlee.

Huwaaaa…..hansem gila babe. Kalau aku tak cukup iman..memang aku dah menjerit ni. Ok….relax Farah. Be professional. Ok!! Aku berkata dalam diriku. Aduh…mata-mata..tenanglah kau. Jangan nak mengada-ada depan klien ni.

Adlee memandangku tanpa berkedip matanya. Pelik juga aku. Takkan aku ni cantik kot. Tapi, manis tu adalah. Ish…jangan nak perasan la kau Farah. Dia bukan pandang kau lah. Kot-kot dia tengah berfikir ke sebab tu dia tengok kau. Aku berlagak tenang.

“ Yes..Encik Adlee..apa yang saya boleh bantu awak?” soalku tenang. Dalam hati sudah macam-macam muzik ada.

“ Ok. Just straight to the point. I don’t want to waste my time here. Look..my mother maybe have told you before. So, you know that right now I’m 30 years old. Mama saya cakap yang syarikat ni memang pakar kalau bab-bab cari jodoh ni. So, awak boleh la mulakan sesi temuduga awak.” Adlee berlagak sombong.

Laaa….apasal tak cakap terus bahasa inggeris. Aku ingat dia ni tak reti cakap Melayu. Nasib baik pandai juga dia. Aku sudah mula menilik perwatakannya. Saat dia melangkah mauk ked ala bilikku, semuanya aku perhatikan. Tapi…tak lah ketara sangat. Boleh tahan juga klien aku kali ini. Cakap memang direct habis. No belok-belok…

“ Baiklah. Kita mulakan dengan latar belakang awak dan jufa family awak?” ucapku tenang.

“ Bukan ke saya dah bagi profil diri saya pada awak.” Adlee memang tidak suka jika ditanya banyak kali jika sudah ada jawapannya.

“ I know Encik Adlee. But… I need you to tell me about yourself first. Just tell me.” Ambik kau…aku pun nak tunjuk sikit la bakat aku bercakap bahas inggeris. Ingat aku tak pandai. Bolehlah daripada tak ada…

“ Ok. My name is Adlee Mukhriz bin Mokhtar. Umur 30 tahun..kerja saya businessman syarikat perkapalan A.M TRADE..hobi..main golf, tunggang kuda. Ibu saya Datin Sri Aminah Sofea binti Ahmad Azman. Ayah saya baru tahu lepas  dah meninggal dunia. So, sekarang ni sayalah yang menguruskan syarikat tu. “ ujar Adlee panjang lebar. Lelaki ni macam tak ada perasaan je. Cakap macam robot.

“ Lagi?” soalku. Adlee menaikkan keningnya.

“ Lagi? Awak nak tahu apa lagi? Saya kan cakap semuanya tadi.” Sekali lagi Adlee disoal soalan yang sama. Memang pantang baginya jika idtanya buat kali kedua. Buatnya, orang yang bertanya kepadanya sekali lagi adalah orang yang tidak faham bahasa.

“ Ya lah..tapi itu hanya separuh cerita diri awak. Saya nak tahu warna kesukaan, makanan kesukaan dan yang paling penting wanitaideal pilihan awak? Kan awak ke sini nak cari calon isteri?” aku dapat merasakan bahawa dia tidak suka jika bertanya banyak kali. Annoying…

“ Hitam. Asalkan halal. Saya nak perempuan yang memahami dan menerima saya seadanya. Bukan kerana harta atau paras rupa.” Jawab Adlee straight. Ish…dia ni memanglah macam robot. Soal satu..jawab satu. Ni kalau nak cerita lawak dekat dia..agak-agak dia ketawa ke tak? Jangan berangan Farah. Back to work.

“ Ok. Kalau itu yang awak nak saya rasa saya dah dapat calon-calon yang sesuai untuk awak. Saya dah buat research tadi sebelum awak sampai untuk calon pasangan awak. Saya printkan profil diri mereka untuk awak. Macam-macam tahu je saya kan” aku buat lawak sikit. Namun…lawakku macam tak kena pada jiwa dia je..

Aku menyerahkan tiga keping kertas yang terkandung maklumat diri calon isteri untuk Encik Adlee. Harap-harap adalah yang berkenan. Kalau tak pun, aku yang kat depan dia ni pun boleh jugak. Dalam mimpilah saja kau Farah..

Kejap-kejap berkerut dahi Encik Adlee memandang kertas itu. Setahu aku semua calon yang aku pilih semuanya mereka yang agak setaraf dengan Encik Adlee. Cantik…seksi..kaya..tapi ada juga lah satu calon yang bertudung. Manis orangnya kalau Encik Adlee pilih yang bertudung tu.

“ Ehm…sorry. Saya nak tanya yang calon ke tiga ni. Calon ketiga ni serius ke nak cari jodoh juga?” aku pelik mendengar soalannya. Kenapa pulak dia tanya macam tu. Ini mesti dia dah berkenan dengan calon ketiga tu. Bertudung..ayu orangnya..berpendidikan…dan punya kerjaya. Yes…nampaknya aku akan bakal menjadi The Best Matchmaker again..

“ Yes..kenapa dengan calon ketiga tu Encik Adlee? Berminat? Kalau berminat..saya boleh aturkan perjumpaan untuk Encik Adlee.” Aku tersenyum manis kepadanya. Adlee hanya tersenyum melihat keletah Cik Farah.

Adlee tiba-tiba menayangkan gambar calon ketiga itu kepadaku. Terkejut beruk aku. Maybe beruk pun kalah tengok aku sekarang ni. Aku rasa macam nak menjerit saja. Macamana pulak gambar aku boleh terselit ke situ. Malunya…sure aku tak boleh pandang dia sekarang ni. Habis merah padam muka aku menahan malu. Adlee tidak dapat menahan ketawanya. Akhirnya Adlee ketawa sakan.

“ Err…maaf..maaf…saya tak sengaja letak gambar saya. Nah..ini gambar calon yang ketiga tu.” Aku cepat-cepat mengambil gambarku yang berada di tangannya lalu menukarnya dengan gambar yang sebenarnya. Kalut aku dibuatnya. Kurang asam betullah. Sampai hati dia ketawakan aku. Kau ingat aku hadap sangat dengan kau tu.

“ It’s okay. Saya tak kisah juga kalau awak sudi nak jadi calon isteri saya.” Adlee sengaja mengusik Farah yang sudah kelihatan macam cacing kepanasan. Adlee suka melihat riak wajah Farah yang agak kelam kabut bila disakat olehnya.

Ish…dia ni main-main pulak dengan aku. Siot betullah. Kau nak main-main dengan aku ya. Ok..aku sahut cabaran kau. Kau tengok apa aku akan buat. Farah cuba mengawal emosinya dan senyum pada Adlee. Adlee terpesona sejenak melihat kemanisan senyuman yang dilemparkan oleh Farah kepadanya. Berdebar-debar Adlee memandang Farah.

“ Betul ke awak tak kisah? Kalau saya jadi antara calon isteri awak tu?” Farah sengaja menguji kebenaran kata-kata Adlee sebentar tadi padanya. Adlee agak terkejut mendengarnya namun Adlee bijak untuk mengawalnya. Adlee senyum.

“ Sure. Why not?” sengaja Adlee bermain kata-kata. Kalau macam ni..dua-dua tak nak mengalah. Tengok siapa dulu yang tewas.

“ Ehm…Encik Adlee ni..saya hanya bergurau saja lah. Ok la. Setakat di sini saja perbincangan kita hari ini. Nanti..saya akan uruskan perjumpaan Encik Adlee dengan calon-calon isteri Encik Adlee. Saya rasa itu sahaja untuk hari ini. Baiklah..Encik Adlee boleh beredar sekarang.”

Tiba-tiba, hati Adlee berasa kecewa mendengar kata-kata daripada Cik Farah itu tadi. Tapi..untuk apa dia berasa kecewa?

“ Ok lah. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk saya. Terima kasih sekali lagi. Kalau ada apa-apa, just call me.” Adlee berlalu membawa hati yang kesal.
…………………………………………………………………………………………………………

“ Assalamualaikum Farah. Ini mak ni.” sapa Mak ku di talian.

“ Waalaikumsalam mak. Mak sihat?” soalku.

“ Alhamdulillah sihat. Kamu? Macamana dengan kerja tu?”

“ Ok je..mak tahu tak bulan ni Farah dapat jadi The Best Matchmaker lagi tau.”

“ Iya..baguslah tu. Kamu tu dok sibuk cari jodoh untuk orang. Kamu tu bila lagi nak cari jodoh kamu sendiri?” soal Mak.

“ Ehmmmm…bila senang la mak.”

“ EH..kamu ni mak tanya betul-betul..kamu main-main pulak. Ok..kalau macam tu mak nak kamu jumpa Airil hujung minggu ni di Restoran Bunga Emas. Mak dah aturkan temujanji untuk kamu di sana. Kamu mesti datang. Kalau kamu tak datang siap kamu.” Mak sengaja mengugut anaknya.

“ Apa mak!! Jumpa Airil! Airil mana lagi ni mak?” aku sudah tidak senang duduk. Mak aku ni sibuk-sibuk pulak dia nak jadi Matchmaker aku.

“ Airil..anak jiran mak. Dia tu kerjanya engineer. Umur dia 31 tahun. Sesuai untuk kamu. Dua-dua bujang. Mak dah jumpa mak dia nak aturkan perjumpaan kamu hujung minggu ni. Jadi kamu wajib datang.”

“ Ish…mak ni..Farah tak kenal lagi orangnya macamana.”

“ Tu lah mak nak kamu pergi jumpa dia nanti. Boleh kenal-kenal. Kalau tak kenal..maka tak cinta.” Usik Mak.

“ Hemmm…ya lah. Tapi Farah tak janji ya. Kalau Farah tak suka..memang Farah terus cancel tau.”

“ Assalamualaikum.” Ucapku.

“ Waalaikumsalam.”

Aku baring terus ke katil sambil memikirkan perkara yang dimaksudkan oleh mak tadi. Hujung minggu ni….aku tak ready lagi nak jumpa lelaki tu. Hai…macamana la ni. Wait…mak kata dekat Restoran Bunga Emas! Tu bukan ke tempat untuk Encik Adlee berjumpa dengan calon isteri yang pertama nanti. Ish….mampus aku. Harap-harap tak terserempaklah dengan dia nanti.
…………………………………………………………………………………………………………

Aku mengemaskan penampilan ku dengan hanya memakai blouse berwarna peach lembut dan juga skirt maxi berwarna hitam. Shawl Nur Kasih ku tenung beberapa kali di dilam cermin kereta ku. Seumur hidup inilah kali pertama aku berjumpa dengan seorang yang lelaki yang telah diaturkan oleh keluargaku. Sebelum terlupa..janganlah aku bertembung dengan Encik Adlee. Nanti dia mesti ketawakan aku kalai dia tahu yang seorang Matchmaker juga terpaksa buat perjumpaan yang diaturkan.

Aku melangkah masuk ke dalam Hotel Royal Chulan. Telefon bimbitku berdering.

“ Assalamualaikum.” Ujarku.

“ Waalaikumsalam. Saya Airil. Saya sudah ada kat dalam restoran ni.” Aku hanya mendengarkan sahaja kata-kata darinya sambil kakiku melangkah masuk ke dalam restoran itu. Aku ternampak seorang kelibat lelaki sedang melambai-lambai tangan ke arahku. Ini mesti Encik Airil ni. Ok….first impression..boleh tahan. Menepati masa.

Airil bangun lalu mengeluarkan kerusiku untuk menjemputku duduk. Wow…gentleman nampak. Ok aku bagi A untuk sikapnya yang gentleman. Kami berdua bertentangan mata. Airil menhadiahkan aku senyuman. Aku membalasnya.

Mata ke mata…hati ke hati…terus aku teringat lirik lagu Bawaku Terbang nyanyian Fabulous Cats.

“ Err…awak..” serentak kami berdua ingin memulakan bicara. Akhirnya kami tertawa.

“ Ladies first.”

“ No…you first.” Masing-masing tidak mahu mengalah.

“ Ok..ok..mesti awak segan nak mula dulu. Saya faham. Ok..biar saya mula dulu.” Ucap Airil dengan lembut. Aku hanya mengangguk.

“ Hai. Nama saya Airil Izham bin Mokhsin.  Boleh panggil saya Iz saja. Umur saya 31 tahun. Saya bekerja sebagai seorang engineer di syarikat milik keluarga saya sendiri. I’m still solo..and available.” Aku ketawa mendengarnya. Dia ni memang kelakar la. Nampak sweet saja bila bercakap.

Pelayan restoran datang mengambil pesanan kami.

“ Ehmm…hai. Nama saya pula Farah Aleeya Binti Farhan. Boleh panggil saya Farah je. Umur saya pula 29 tahun. Saya bekerja sebagai Matchmaker di MILLIONAIRE MATCHMAKER COMPANY.  I also single and available….” aku senyum malu-malu tapi mahu.

“ Oh…jadi Cik Farah kita ni Matchmaker la..awak rasa sesuai tak kalau engineer disatukan dengan seorang matchmaker?” usik Iz padaku.

“ Ada-ada je la awak ni.” Aku bertambah malu bila dia berkata begitu lagi.

“ Kira boleh la tu…saya pun bukannya muda lagi. Apa yang saya nak dari pertemuan kita hari ini boleh membawa kita terus ke alam perkahwinan.” Serius Airil menuturkan kata-kata itu.

Huwaaa…..aku rasa macam nak pening saja dengar dia kata begitu. Bukan aku tak nak tapi aku belum sedia lagi la. Memang lah dari apa yang ku lihat Airil ni seorang yang gentleman, sweet talker dan pandai mengambil hati. Tapi masih terlalu awal untuk aku menilai dirinya.

“ Ehm…beginilah Encik Iz, saya rasa kita patut berkenalan dahulu. Saya belum sedia lagi nak menuju ke alam perkahwinan macam yang Encik Airil nak idamkan. Tapi, kalau Encik Iz nak juga cari seseorang yang boleh dibawa kahwin, saya rasa saya bukan orangnya.” Ucapku terus-terang. Aku tak nak memberi sebarang harapan padanya.

TIBA-TIBA…riak wajah Airili berubah seratus peratus. Tiada lagi sanyum di bibirnya. Tiada lagi mata yang menggoda. Cuma hanya ada satu riak muka yang agak bengis. Matanya memandang tajam kepadaku. Tanganku menjadi seram sejuk dibuatnya.

“ What?? Kenapa awak cakap macam tu? Saya ni tak layak ke jadi bakal suami awak! Saya rasa mak awak belum beritahu lagi kot. Perjumpaan ini adalah menandakan bahawa awak setuju untuk menjadi isteri saya!” suara Encik Airil tiba-tiba meninggi kepadaku. Aku cukup terkejut melihatnya. Ternyata benar tekaanku. Sikapnya yang tadi lemah lembut hanya untuk mengambil hatiku sahaja.

“ Apa yang awak cuba cakap ni Encik Airil. Saya datang ke sini adalah untuk berkenalan sahaja terlebih dahulu. Encik Airil janganlah salah faham. Saya harap Encik Airil bawa bertenang. Saya rasa perjumpaan kita hari ini cukup setakat di sini sahaja. Saya tak nak jumpa Encik Airil lagi. Assalamualaikum.” Ucapku. Geram pulak aku melihatnya yang cuba mendesak aku untuk menerimanya.

Aku bingkas bangun untuk meninggalkannya. Namun, aku dapat merasakan pergelangan tanganku dipaut kasar oleh seseorang. Orang itu ialah Encik Airil. Wah…ini sudah lebih ni. Ini boleh menaikkan kemarahan aku. Sia-sia aku menahan geram, karang tanganku yang melayang ke mukanya.

“ Apa Encik Airil buat ni? Sakitlah!! Lepaskan sakarang juga.” Arahku keras padanya.

“ Tidak!! Kalau saya lepaskan…awak tak nak jumpa saya lagi kan. “

“ Hey…awak ni haram memegang seorang wanita yang bukan muhrimnya. Lepas lah!!” jeritku sedikit tinggi. 

Aku sudah tidak peduli orang yang memandang kami. Biarlah mereka melihat drama reality ini di depan mereka. Aku berharap ada seseorang dapat membantuku.

“ HEYY..lepaskan tagan dia sekarang juga!!” satu suara garau yang tidak ku kenali cuba untuk menolongku. Aku segera memandang ke arah suara itu.

“ Adlee!!” aku menjerit namanya. Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya jatuh juga.

“ Kau ni siapa pulak nak ikut campur? Kau tak payah nak halang aku. Ini masalah aku dengan isteri aku!!” bentaknya pada Adlee. Aku laju menggeleng menafikan kata-katanya.

“ Bukan Adlee. Dia ni bukan suami saya. Saya cuma datang untuk berjumpa dia. Family saya yang aturkan.” Ucapku sedih.

“ Farah..kau jangan nak mengada-ada. Aku boleh call mak aku sekarang juga yang kau setuju nak kahwin dengan aku. Kau faham!”

ADLEE tidak dapat menahan sabar lagi. Sakit hatinya bila melihat Farah diperlakukan seperti itu di depan matanya. Melihatkan air matanya sahaja membuatkan Adlee sedih sekali.

“ Bukkkk” satu tumbukan kuat dihadiahkan Adlee kepada pipi Airil. Airil tertolak ke belakang dan terjatuh.

“ Leeya..awak tak apa-apa ke? Awak ok?” soal Adlee yang cukup risau melihat Farah yang sedang menangis.

“ Saya ok. Terima kasih sebab sudi tolong saya.”

“ Hoi..kau ni siapa hah..nak ganggu aku dengan Farah?”

“ Aku bakal suami dia. Faham!! Mulai hari ni, kau jangan ganggu Farah lagi. Kalau aku tahu kau ganggu Farah lagi, aku akan pastikan kau tak boleh cari makan kat Malaysia lagi. “ bentak Adlee.

“ Pengawal…pengawal…bawa keluar lelaki tu.” Arah Adlee.

Aku agak terkejut mendengar penjelasan Adlee sebentar tadi. Bakal suami? Bila pulak dia jadi bakal suami aku ni?” Aku dan Adlee berjalan keluar menuju ke kawasan parker kereta.

“ Err…Encik Adlee..terima kasih ya sebab tolong saya tadi. Kalau Encik Adlee tak ada tadi..tak tahulah apa nasib saya di sana.” Ucapku tanpa memandangnya. Aku masih malu dengan kejadian tadi.

“ Tak apa la. Lagipun kebetulan saya berada di sana untuk berjumpa dengan calon isteri yang awak aturkan. Tapi..malangnya..dia tak datang.” Jawabnya tenang.

“ Oh..ya ke. Tak apa..awak..saya masih ada dua calon lagi. Nanti saya beritahu awak.”

“ Saya rasa tak payah la lagi awak buat semua tu. Saya rasa saya dah jumpa calon isteri yang saya nak.” 

Adlee berhenti berjalan. Aku pun automatik berhenti. Adlee tiba-tiba berdiri menghadapku. Hatiku berdegup kencang tiba-tiba. Namun, hatiku sedikit kecewa dengan apa yang baru sahaja Encik Adlee luahkan. Dia kata dia dah jumpa calon isteri yang dia nak. Siapa la wanita yang bertuah tu?

“ Kenapa Encik Adlee berhenti?” soalku.

“ Farah Aleeya….sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya?” luah Adlee dengan tenang sambil memandangku. Aku terpana seketika.

“ Emmm…apa yang Encik Adlee cakap ni? Saya tak faham.”jawabku. Namun, hatiku sudah menjerit separuh gila mendengarkan kata-kata romantic dari Encik Adlee tadi.

“ Leeya…saya serius ni. Masa saya cakap tadi didepan lelaki tu, saya memang ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya. Sebenarnya, Leeya..I actually fall in love with you at first sight. I don’t know why I feel like that way when we first met. Saya cintakan awak Farah Aleeya.” Adlee meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Puas sudah Adlee menahan rasa cintanya sebelum ini dengan bersetuju untuk berjumpa dengan gadis lain. Namun..semua itu semakin menguatkan lagi rasa cintanya pada Farah Aleeya.

Aku menjadi malu di depannya. Tiba-tiba je dia meluahkan perasaannya kepadaku. Terasa diri ini amat bahagia sekali. Aku merenung matanya melihat tanda keihlasan darinya. Aku senyum padanya. Aku mengangguk tandaku setuju.

Adlee menjerit keriangan. Macam orang tengok bola daa..

“ Terima kasih Leeya sebab sudi terima saya. Saya janji saya akan bahagiakan awak seumur hidup saya. I love you.” Ucapnya lagi. Aku menitiskan air mata kegembiraan buatnya.
…………………………………………………………………………………………………………

“ Aku terima nikahnya Farah Aleeya binti Farhan dengan mas kahwinnya RM2000 tunai.” Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Adlee Mukhriz.

Aku duduk di birai katil menunggu kedatangan suamiku yang tercinta. Seronoknya..akhirnya aku dapat juga menamatkan zaman bujangku tahun ini. Walaupun mak tidak bersetuju pada mulanya, tapi akhirnya setelah Adlee menjelaskan hal yang sebenar..barulah mak menerimanya. Aku dengar pun si Airil tu dah pun berkahwin. Baguslah..Puan Maria pun mulanya agak terkejut mendengar yang aku akan berkahwin dengan Adlee. Ya lah…aku yang ditugaskan untuk mencari calon isterinya..tapi aku pulak yang berkahwin dengannya. Nita pula cemburu dekat aku sebab dapat kahwin dengan anak jutawan la katakan. Belum ada rezeki la si Nita tu nak berkahwin. Tak pe dia pun masih muda lagi tu.

Pintu bilikku dikuak. Adlee tersenyum manis memandangku. Aku boleh terus pengsan ni kalau tengok dia senyum macam tu. Bertambah hansem pulak..oppss..terlebih sudah..
Adee membawaku ke luar balkoni bilik untuk menikmati pemandangan malam .Adlee merangkul pinggangku lalu memelukku dengan penuh kasih sayang. Aku membalas pelukannya.

“ Sayang…I always love you until forever.” Ucap Adlee padaku.

“ I also love you more until forever.” Balasku.

Terima kasih Allah kerana telah memberikan aku kebahgiaan sebegini. Tak sangka jodohku akan datang kepadaku dengan cara yang agak unik. Unik ke? Boleh la daripada tak ada…jodoh itu akan hadir bila kita sudah bersedia menerimanya.

TAMAT.

(Ini cerpen kedua dari saya. Enjoy your reading….hope you like it)

You Might Also Like

4 comments

  1. I like!! hehe.. once again, good job kira! saya nak lagi!! I want more!! I want more!!

    ReplyDelete
  2. ok...i'm on my way for my third cerpen...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. work hard kak buat cerpen yg best2 tau

    ReplyDelete
  4. thanks Reena...for ur compliment..i will..now..proses nak cuba tulis novel pulak...hihihi...

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images