By : Kir@ Lee
Aku tak sangka aku sudah berkahwin hampir 4 tahun. Cuba teka
sekarang umur aku ni berapa? Mestilah korang tak tahukan..aku belum pun kasi
tahu korang. Aku Qaseh Syuhada binti Qhairul Safwan. Sekarang aku berumur 22
tahun. Jadi..pandai-pandailah korang tolak umur aku semasa kahwin. Aku
sebenarnya susah nak cerita tentang hal rumahtangga aku yang tak berapa nak
siap. Mana taknya..seorang belajar kat Malaysia, seorang belajar kat Jepun. Cerita bermula begini….
4 tahun yang lalu….
QASEH SYUHADA
“ Qaseh..mama dah terima pinangan untuk kamu dari keluarga
Qhal. Majlis perkahwinan kamu akan berlangsung bulan depan.” Ujar Mama padaku.
“ HAHHH!!! Dengan si Qhal yang sengal tu? No!! Qaseh tak nak
kahwin dengan dia! Qaseh tak suka dia. Dia selalu jer cari pasal dengan Qaseh.
Mama ni macam tak tahu Qaseh kalau jumpa dia macamana! Mesti gaduh punya!”
balasku tidak berpuas hati. Apasal pulak aku kena kahwin dengan mamat sengal
tu? Sejak kecil lagi aku memang selalu jer gaduh dengan dia. Kadang-kadang aku
yang menangis..kadang-kadang dia yang menangis. Heh…siapa kuat dia la yang
menang. Tak gitu?
“ Hemm…tak ada maknanya Qaseh nak tolak. Mama kan dah kata
yang mama dah terima pinangan dari keluarga Qhal. Qaseh jangan nak buat hal
pulak. Mama faham kenapa Qaseh cakap macam tu. Tapi, mama yakin yang suatu hari
nanti Qaseh akan sukakan Qhal dan Qhal pun akan sukakan Qaseh.”
Mama ni susah la nak cakap dengan dia. Papa lagi la. Mesti
ikut cakap mama punya. Dalam banyak-banyak orang, kenapalah mama aku terima
pinangan si Qhal tu. Aku ni dahlah muda. STPM pun tak lepas lagi. Menyampah
betul bila nak menghadap mamat sengal tu nanti.
“ Tapi…mama, Qaseh kan muda lagi. Qaseh nak sambung belajar
lagi. Nak cari kerja..buat duit banyak-banyak. Qaseh tak puas lagi nak hidup
bujang ni.” ujarku lagi.
“ Yer..mama tahu tu. Itu semua mama dah bincangkan dengan
mak Qhal. Mak Qhal dah pun setuju kalau kamu nak sambung belajar lagi. Lagipun,
kami buat semua ni untuk masa depan kamu. Mak Qhal tu suka sangat dengan kamu.
Sebab tu lah, mak dia cepat-cepat nak meminang kamu. Lagipun, kamu bukannya tak
kenal. Lebih dari kenal. Sejak kecil lagi, kamu selalu bermain bersama.”
“ Arghhh!!!! Itu waktu kecik-kecik la mama. Si Qhal tu
pulak? Mustahil la dia sukakan Qaseh. Qaseh ni bukannya taste dia pun. Qaseh
kan comel-comel sikit badan ni. Nak ke dia nak kahwin dengan perempuan yang
bersaiz XL aka comel la mama…”
“ Laa…itu ke yang kamu takutkan. Tak lah. Qhal tu bukannya
pandang perempuan dari segi luaran saja..yang penting hati. Walaupun badan
Qaseh gem-gem macam ni..Qaseh tetap comel di mata mama.”
Ye la tu…mama boleh cakap macam tu. But..not for Qhal
Iskandar bin Mohd Idris. Aku masih ingat lagi masa Kak Long aku nak kahwin
tahun lepas, sempat dia ejek aku. Dia cakap kalau nak seseorang tu nak kahwin,
kenalah nampak slim kat atas pelamin. Bukannya macam badan POOH yang duduk kat
atas pelamin tu. Woo..waktu tu memang telinga aku berdesing sangat la. Nak….
jer aku cili-cilikan mulut dia yang laser tu. Tapi..terpaksa aku tahan saja
ler. Ye lah..takkan nak buat drama aksi kat majlis kahwin orangkan.
“ Ish…susahlah nak cakap dengan mama ni!” aku terus berlari
naik ke atas menuju ke bilikku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
QHAL ISKANDAR
“ Qhal..mak nak cakap sikit dengan kamu. Sini duduk kejap
dengan mak.” Qhal yang baru keluar dari biliknya terus menuju ke ruang tamu.
“ Ehm…ada apa ma?” Qhal meneguk air Oren yang baru sahaja
dihidangkan oleh pembantu rumahnya.
“ Macam ni. Mak sebenarnya nak beritahu yang mak dah
pinangkan Qaseh untuk kamu. Bulan depan kamu kahwin.” Ujar Puan Sri Qamelia.
“ FUSSSSSHHHH!!!!” habis tersembur minuman oren Qhal pada
baju maknya.
“ Qhal!!!” jerit Puan Sri Qamelia.
“ Sorry. Tak sengaja. Apa ni mak? Qhal tak suka la kena
kahwin paksa ni. Qhal still young. Lagipun, kalaupun mak nak kahwinkan Qhal,
kenapa pilih si Qaseh Gemuk tu! Tak nak lah.”
“ Qhal! Mak tak pernah pun ajar Qhal cakap macam tu. Jangan
suka menilai orang pada pandangan luaran sahaja. Qaseh tu baik budaknya.
Lagipun, Qhal kan dah kenal lama dengan Qaseh..sejak kecil lagikan. Jadi, apa
salahnya kalau mak nak satukan hubungan Qhal dan Qaseh ke jinjang pelamin.
Yer..sayang.” pujuk Puan Sri Qamelia. Walaupun dalam hati Puan Sri Qamelia,
anaknya Qhal ini seorang yang keras kepala namun di sebalik sikapnya itu juga
masih terselit perasaan penyayang. Cuma sukar untuk ditunjukkan.
“ Mak..kenapa mak nak sangat Qhal kahwin dengan si Qaseh tu?
Qhal dengan Qaseh tu ibarat kucing dengan anjing. Kalau jumpa jer, mesti gaduh
perang kedua, ketiga..berap banyak perang daa..”
Aduhh!!! Apa hal mak aku ni? Kan banyak lagi pempuan yang
cantik-cantik kat luar tu. Si Qaseh Gemm tu juga yang dia nak pilih untuk aku.
Ahhh…tension aku macam ni. Tolong la…tolong la…tolongggg…
“ Mak tak nak Qaseh tu jatuh kat tangan orang lain. Lagipun,
apa kurangnya budak Qaseh tu. Baik, sopan-santun, hormat orang tua..dan pandai
orangnya. Mak tak kira juga, bulan depan kamu kahwin!”
“ Qhal tak suka la mak dengan si Qaseh tu. Qhal kan nak
sambung study kat oversea..takkan mak dah lupa?”
“ Pasal tu la mak nak kahwin kan Qhal cepat-cepat. Nanti
takut pulak sangkut dengan minah salleh kat sana.”
“ Eh..ke situ pulak mak ni.”
“ Ok la..Qhal. Setuju jer..mak yakin pilihan keluarga yang
mak buat ni adalah untuk kebaikan Qhal sendiri. Suatu hari nanti mesti Qhal
akan ucapkan terima kasih pada mak.” Pujuk Puan Sri Qamelia lagi.
“ Qhal nak naik atas dulu. Nak tenangkan fikiran yang tengah
kacau.” Qhal terus naik ke atas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
4 tahun kemudian….
“ Assalammualaikum.” Sapaku di talian.
“ Waalaikumsalam. Mak ni.” jawab Puan Sri Qamelia.
“ Oh..mak. Kenapa mak call?”
“ Qaseh ingat tak hari ini hari apa?”
“ Hari ni kan hari khamis. Kenapa mak? Ada orang hari jadi
ke? Ada majlis kenduri ke?”
“ Laa..takkan Qaseh tak ingat hari ni hari apa? Tak apa la.
Biar Mak beritahu jer. Qaseh mungkin lupa sebab Qaseh kan sibuk dengan kuliah.
Hari ini suami kamu balik. Jadi, kamu kena jemput la Qhal balik hari ini. Mak
tak dapat nak temankan kamu pergi jemput Qhal sebab mak ada urusan. Nanti Pak
Din akan
jemput Qaseh di U..tengah hari nanti tau.”
Laa….hari ni mamat sengal tu balik rupanya. Aku betul-betul
tak ingat yang dia balik hari ni. Ahhh..leceh la nak jemput dia. Malas aku nak
jemput dia kalau ikutkan hati aku ni. Tapi sebab mak yang suruh terpaksa la aku
ikutkan jer. Ehm..kalau aku fikir-fikir balik kan, dah lama juga kami berdua
tak berhubung. Kalau nak bercall-call pun depan family jer. Yang penting, mesti
dia surprise giler la nanti bila jumpa aku. Mungkin boleh pengsan kut. Mana tak
salah satu isi kandungan kontrak perjanjian kami, aku dah tunaikan. Ehm…tak
sabar nak tengok reaksi mamat sengat tu aka suami aku la.
“ Assalamualaikum Cik Puan.” Ujar Pak Din.
“ Waalaikumsalam, Pak
Din.” Pak Din terus membawa bagasi ku. Aku pun sebenarnya dah mula cuti
sem juga ni.
“ Cik Puan..lepas ni kita terus ke airport kan?” soalnya.
“ Yer…” Pak Din terus memandu keluar menuju ke lebuh raya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Akhirnya, penerbangan dari Jepun telah pun selamat mendarat
di KLIA.
Ehmmm….best nyer bila dah sampai kat sini. Rindu betul la
dengan suasana kat Malaysia. Qhal menghirup udara sambil menarik beg bagasinya.
Rindu dengan mak, ayah..dan si gemuk tu juga la..kadang-kadang.
“ Hai…sayang.” Terjah satu suara manja di sisi Qhal dan
memeluk lengannya. Qhal terkejut.
“ Eh…Riana! You rupanya. Ingatkan siapa tadi! Ehmmm..Riana,
I rasa baik you lepaskan tangan you. Sini bukan Jepun. Ini Malaysia.” jelas
Qhal. Riana terus masam mencuka. Bukannya Qhal tidak tahu yang Riana ini
menaruh perasaan padanya. Cuma, Qhal hanya membiarkannya sahaja.
“ Ok..ok..sayang. I tak buat.”
“ Siapa ambik you?” soal Qhal.
“ Ehm..driver jer. You?” soalnya pulak.
“ My mom.” Tiba-tiba, telefon Qhal berdering.
“ Assalamualaikum Qhal.” Sapa Mak.
“ Waalaikumsalam, mak. Qhal dah sampai ni. I miss you mom.”
Ujar Qhal manja.
“ Mak pun rindu juga kat Qhal. Eh..rindu mak jer ke?
Isteri?” usik Mak.
“ Hemm…” jawab Qhal acuh tidak acuh.
“ Hemm…aja. Kamu ni! Mak nak beritahu kamu ni. Mak tak dapat
nak ambik kamu kat airport. Jadi mak dah suruh Pak Din dan isteri kamu yang
jemput nanti.”
“ Hah!! Alaaa….”
“ Tak payah nak merungut. Nanti, kalau kamu jumpa isteri
kamu, sure kamu suka.”
“ Kenapa pulak?”
“ Surprise..ok la. Mak ada urusan lagi ni. Kamu tunggu jer
Qaseh jemput kamu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.” Kepala Qhal sudah terasa pening. Mungkin
masih jet lag kut. Mungkin juga disebabkan Qaseh. Ah…kenapa pulak si gemuk ni
nak jemput aku. Dia tak kuliah ke hari ini? Ahh…kalau aku jumpa dia ni, mesti
gaduh punya. Qhal menunggu sendirian. Riana sudahpun pulang dijemput drivernya.
Tapi..apasal pulak mak kata ada surprise? Ish..mana pula dia ni? Dia ni sengaja
ke datang lambat!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>>>>>>
Aku segera keluar dari perut kereta. Aku terlambat sikit sampai
kat airport ni. Ahh…memang kena la kali ni aku oleh mamat sengal tu. Aku terus
berlari ke dalam airport mencarinya. Dah gaya macam citer hidustan pulak.
Tapi…jarang aku tengok citer hindusta kat dalam airport. Citer korea ada la.
Aku melihat jadual penerbangan. Wah…dah hampir setengah jam juga dia dah sampai
ni. Memang panaslah kerusi yang dia duduk sekarang ni. Aku segera menelefonnya.
Ehmm..test suara kejap. Ye lah..dah lama tak bercall-call dengan dia ni.
“ Assalamualaikum.” Sapaku perlahan. Kenapa aku bersuara
perlahan? Sebabnya aku tahu lepas ni dia akan balas dengan nada mak tiri bawang
merah.
“ Waalaikumsalam! Kau ni kat mana hah? Aku dah tunggu kau di
sini setengah jam yang lalu. Apasal aku tak nampak batang hidung kau lagi?
Oh…lupa pulak. Aku tak payah nak cari kau sebabnya kau tu kan gaya macam POOH.
Senang la aku nampak kau.” Sindinya bertubi-tubi. Telinga aku pulak dah merah
semacam. Ish..mamat ni kan memant tak sayang mulut betul la. Siap kau kalau
jumpa nanti. Kau akan tengok aku ni masih POOH ke tak.
“ Aku tahu la. Aku dah sampai ni. Kau tu kat mana sekarang?
Aku dah puas cari kau. Tak jumpa pun. Aku penat la.”
“ Tahu pun. Tu lah padahnya kalau badan macam POOH. Selama 4
tahun ni, kau dah berjaya ke untuk tunaikan
perjanjian kita yang aku yang ke terakhir tu? Aku tak rasa kau boleh buat kan?”
“ Ish…dahlah. Aku malas nak cakap dengan kau lama-lama ni.
Buat habis relod fon aku jer. Cepatlah! Kat mana kau sekarang ni?” geram aku
dengan perangainya ni. Lepas ni tak tahulah kalau tinggal serumah dengan dia.
“ Aku kat McD la! Cepat datang. Aku kira sampai 60. Kalau
kau tak datang tepat masa….”ujinya sambil mula mengira. Aku berlari pecut
menuju ke McD. Dia ni kan sengaja nak naikkan darah aku la.
“ Haaah….dah sampai dah!” ucapku tercungap-cungap sebelum
Qhal mengira nombor yang terakhir. Qhal amat terkejut dengan apa yang dilihat
di depannya sekarang ini. Siapa pulak perempuan ni? Ini bukan Qaseh? Mana pulak
si Qaseh ni? Takkan tak sampai-sampai lagi.
“ Hellooo!!!! Aku la…aku Qaseh la!” Qhal merenung aku dari
atas ke bawah seoalah-olah tidak percaya. Aku memang dah agak. Mesti dia tak
percaya yang aku dah KURUS. Aku ketawa melihat riak wajahnya ketika ini.
Eh..biar betul dia ni si Qaseh gemuk tu? Bila masa pulak dia
boleh jadi kurus ni? Dan bila masa juga dia bertambah cantik? Nampaknya dia dah
berjaya turunkan berat badan dia seperti di dalam perjanjian kontrak aku dan
dia.
“ Kau ni betul-betul ke Qaseh?”
“ Ye lah..takkan aku ni mak kau pulak! Cepatlah…balik. Aku
dah penat berlari kat sini.” Jawabku. Aku tahu yang dia masih tak percaya yang
aku ni dah kurus.
“ Jom lah! Punggung aku pun dah lenguh gara-gara tunggu kau
punya pasal. Nampaknya dah kurus tapi masih cepat penat juga..” sindirnya lagi.
Aku sudah lali dengan sindirannya malah sejak dari kecil lagi memang dia selalu
buli aku. Tapi..aku takkan biarkan begitu saja. Aku pun buli balik juga
la. Kami berdua berjalan keluar dari
airport menuju terus ke kereta.
Hemm…mesti dah lama Pak Din tunggu. Ni semua pasal si Mamat sengal ni la. Asyik
nak komplen jer.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hemmm…rindunya dengan bilik aku ni. Aku terus membaringkan
diriku di atas katil. Penat giler hari ini. Dahlah kena berlari kat airport
tadi. Habis naik lenguh kaki aku sekarang ni. Sekarang baru puas hati aku bila
nampak wajah Qhal yang terkejut tadi. Nak tergelak pun ada juga. Selama 2
tahun, aku mencuba pelbagai cara untuk menguruskan badan. Akhirnya aku berjaya
juga atas usahaku sendiri dan sokongan dari ahli keluarga. Tak lupa juga isi
kandungan kontrak antara aku dan Qhal semasa kami pertama kali sah bergelar
suami isteri pada usia yang muda. Kontrak ni memang atas permintaan kami berdua
tetapi dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga kami.
Kontrak Perjanjian Qhal Iskandar dan Qaseh Syuhada:
- Jangan masuk campur hal peribadi masing-masing.
- Guna panggilan manja hanya di depan keluarga SAHAJA.
- Tidur berasingan.
- Khas untuk QASEH SYUHADA..”Awak kena kuruskan badan!”
“ KRINGGG!!!!”
“ Assalamualaikum mama.”
“ Waalaikumsalam. Qhal macamana? Apa khabar menantu mama
tu?” soal Mama ceria. Aku terus berlari menuju ke biliknya tanpa mengetuk pintu
biliknya. Aku terus menerjah masuk ke dalam biliknya.
“ Ahhhh!!!!!!!” Qhal
menjerit. Mana taknya..dia baru nak pakai seluar .Alamak…wrong time pulak.
Ah..peduli apa. Mama aku nak cakap dengan kau la..bengong! Aku terus
menyerahkan telefon bimbitku kepadanya. Qhal mengambil dengan kasar. Aku hanya
ketawa.
“ Assalamualaikum Mama.” Sapa Qhal mesra. Uwekkk…nak termuntah
aku dengar. Memang pandai berlakon betul la.
“ Waalaikumsalam. Qhal sihat?”
“ Alhamdulillah. Mama sihat? Papa?”
“ Semua sihat. Yang lain semuanya kirim salam kat Qhal.”
“ Waalaikumsalam. Baguslah kalau macam tu. Esok..Qhal jumpa
mama.” Cehh…dia ni bab mengayat-ayat ni memang pandai.
“ Ye lah. Mama pun tak nak ganggu kamu dengan Qaseh. Tentu
nak melepaskan rindu. Ye lah..dah lama kamu tak balik. Lagipun tentu kamu
penat. Ok la. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumsalam.” Qhal terus menyerahkan telefon bimbitku
kepadaku. Aku ingin berlalu keluar namun tanganku di tarik oleh Qhal.
“ Eh….kenapa pulak kau ni? Dah buang tebiat ke?” ujarku.
“ Ewah…ewah..tadi bukan main syok lagi kau terjah bilik aku.
Aku kan dah cakap kalau nak masuk bilik aku..ketuk pintu dulu!”
“ Tak sempat..la. Dah..lah..aku malas nak berdebat dengan
kau ni. Aku nak tidur! Sekarang lepaskan
tangan aku!” balasku. Qhal segera melepaskan tanganku. Aku berlalu pergi dari
biliknya.
Hemm…ini baru hari pertama dia balik ke rumah ni. Belum lagi
hari-hari yang seterusnya. Tak tahu la nak buat apa dengan dia tu. Dah lah kami
tinggal berdua je kat rumah yang besar ni. Ini pun hadiah sempena perkahwinan mak di Qhal pada
aku dengan anaknya. Aku jarang juga balik ke sini..aku terus baring katilku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>
Huhhh…terpaksalah bangun awal. Aku terus ke dapur untuk
menyiapkan sarapan pagi. Kononnya nak jadi isteri mithali la kan. Heh..memang
taklah. Aku melihat jam di dinding. Ehm…sudah pukul 8.00. Takkan masih tidur
lagi? Kalau aku naik kang..takut pula dia mengamuk pagi-pagi. Tiba-tiba, pintu
rumah dikuak. Qhal terus baring di sofa gara-gara kepenatan bersenam.
Laa….bersenam rupanya dia ni. Ingatkan tidur mati. Awal juga
dia bangun. Aku pulak yang malu. Ah…tak kisah lah. Bukannya kami berdua tak
tahu perangai masing-masing.
“ Qaseh! Ambik kan aku air! Aku dahaga ni.” arahnya.
Ish…suka hati jer dia nak arah aku.
“ Kejap!” balasku.
“ Cepat sikit. Kalau nak jaga badan tu, mesti kena selalu
bersenam. Cepat..1..2..3..4..” Qhal mula mengira. Dia ni kan memang suka
berkira sangat. Aku tahulah dia terror matematik. Aku lesing kang.
.
“ Nah!!!!” hulurku kasar.
“ Macam tak ihlas jer!” Qhal sengaja berbuat begitu pada
Qaseh. Sehari kalau tak buli Qaseh, memang tak lengkap harinya. Qhal masih
ingat lagi waktu mereka kecil. Qhal dengan beraninya menakutkan Qaseh dengan
seekor ayam. Lebih malang lagi ayam itu mematuk kaki Qaseh dan menyebabkan
Qaseh menjadi fobia dengan semua binatang yang berkuku panjang. Timbul juga
rasa bersalah dihati Qhal. Namun, rasa egonya yang tinggi melupakan semua itu.
“ Memang pun..” aku terus menuju ke ruang makan untuk
menjamu sarapan. Malas aku nak mengajak dia. Kalau dia lapar..pandai-pandailah
dia makan. Aku menjeling padanya. Qhal pula ketawa seolah-olah memerli aku.
“ Nanti jangan lupa tengah hari nanti kita jumpa mak kita.”
Ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri saja.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Qhal memakirkan kereta di depan rumah Mak.
“ Qaseh…ingat kontrak kita nombor 2. Awak kena panggil saya
abang.” Pesannya padaku sebelum keluar dari kereta.
“ Yer..aku ingat la. Kau tu jangan pula tersasul.” Balasku
dan menjelir lidah padanya.
“ Qasehhh!!!” jeritnya. Cepat-cepat aku keluar dari kereta
sebelum dikejar oleh Qhal. Puan Sri Qamelia sudah menuggu kedatangan anaknya
itu di luar rumah. Puan Sri Qamelia senang hati melihat aksi menantunya yang
dikejar oleh anaknya. Nampak bahagia sangat.
“ Mak! Tolong..Qaseh.” jeritku tercungap-cungap sambil menyorok
di belakang badannya. Qhal menghadap maknya.
“ Amboiii!!! Mesranya..mak suka tengok kamu berdua macam
ni.” Puji mak. Ye la..tu mak. Kalaulah mak tahu apa sebabnya aku berlari-lari
macam budak tadika ni, memang mak terkejut punya la. Qhal mengukir senyuman
buat maknya lalu memeluk erat. Puan Sri Qamelia mencium pipi anaknya yang lama
sudah berjauhan dengannya. Rasa rindu sangat pada anaknya itu.
“ Mari masuk.” Ajak Mak. Qhal terus memegang tanganku kuat.
Nak balas dendam la tu. Aku pun tak mahu kalah. Aku turut membalasnya.
Sama-sama menahan sakit. Memang bengong betul la.
“ Duduk dulu yer. Mak ke dapur sekejap nak tengok kalau
hidangan untuk tengah hari dah siap. Kamu berdua duduklah dulu. Ayah kamu tak
ada sebab dia ada mesyuarat.” Puan Sri Qamelia meninggalkan anak dan menantunya
di ruang tamu.
“ Ok..sekarang lepaskan tangan saya!” ujarku.
“ Ok…aku tak luak pun nak pegang tangan kau ni. “
Masing-masing mengosok tangan sendiri. Habis merah tangan kami berdua. Tu lah
nak berlawan gusti pegang tangan. Akhirnya..dua-dua yang sakit. Aku malas duduk
berdua bersamanya. Aku berlalu ke dapur untuk membantu mak. Aku menolong mak
untuk menghidangkan makanan ke ruang makan.
“ Qhal!!!! Makanan dah siap ni. Jom makan!” ajak Mak. Qhal
membacakan doa makan sebelum kami sekeluarga menjamu selera.
“ Hari ni..mak ada masakkan makanan kesukaan Qhal. Ini dia
ikan masak merah.” Ujar Mak. Qhal senyum melebar.
“ Qaseh pun…mak tak lupa. Mak masakkan Qaseh ayam masak
madu.” Aku pun senyum melebar juga. Tidak mahu kalah dengan si Qhal ni.
“ Wahhh…terima kasih mak. Qaseh sayang mak. Banyak juga mak
masak yer. Sayur pun ada. Qaseh tahu..abang mesti suka sangat makan sayurkan.”
Uji ku pada Qhal. Aku tahu yang Qhal memang tidak gemar untuk makan sayur.
Entah kenapa dia tak suka makan sayur. Sengaja aku membalas dendam tentang hal
tadi. Baru padan muka dia. Qhal menjegilkan matanya ke arahku. Aku tahu dia
tidak berpuas hati dengan aku. Qhal menendang kakiku.
“ Oh..yer ker? Qhal dah pandai makan sayur. Alhamdulillah.
Tak sia-sia mak kahwinkan kamu berdua. Makanlah sayur tu Qhal.” Dengan
terpaksanya, Qhal mencuba juga sayur yang telah dimasak oleh maknya. Kalau
menolak takut maknya terasa hati pulak. Qhal bermati-matian menahan rasa
pahitnya untuk menelan sayur itu. Qaseh pula menahan diri dari ketawa melihat
riak wajah Qhal.
“ Macamana Bang? Sedap kan?” perli ku padanya. Padan muka.
“ Kau tunggu la nasib kau nanti bila kat rumah!” bisik Qhal
padaku menahan geram. Aku hanya tersengih.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>>
“ Cepatlah..kita dah lewat ni nak pergi rumah mama!” ujarku.
Malam ni kami berdua nak pergi ke rumah mama pulak. Ye lah..aku rindu sangat
nak jumpa dengan mama.
“ Kejap la..” jawab Qhal. Aku duduk di sofa sambil menunggu
Qhal yang berada di atas. Tiba-tiba, telefon ku berbunyi.
“ Assalamualaikum. Hana!!!”
“ Waalaikumsalam. Qaseh!!!! Aku rindu sangat dengan kau. Kau
apa khabar?” soalku pada rakan baik aku yang tahu semua rahsia aku termasuklah
aku yang kini berstatus seorang isteri.
“ Aku pun rindu juga kat kau Babe..kau cuti sem kan?”
“ Yer…kau pun sama juga kan! Nanti dapatlah kita jumpa,
lepak-lepak macam dulu-dulu.” cadangku.
“ Eh..bukan kau ada suami ke. Dia tak marah ke kalau kau
keluar dengan aku.”
“ Ahh..aku tak kisah pun dia nak marah ke tak? Yang penting
kita jumpa. Aku dah lama tak jumpa kau.”
“ Beres…itu semua bias diatur..”
“ Ehm..kalau macam tu, nanti aku call kau balik. Aku nak
pergi rumah mama aku ni. Ok. Assalamualaikum.”
“ Ok..babe. Waalaikumsalam.” Qhal tiba-tiba berdehem di belakangku.
“ Kenapa kau ni? Sakit tekak ke?” sindir ku.
“ Cepatlah! Kata tadi nek cepat. Dia yang bergayut
telefon..aku dah lama tunggu kat belakang kau ni!” ujar Qhal yang tidak mahu
kalah.
“ Ishh….monyet betul. Tepi!” aku keluar menuju ke pintu
rumah.
“ Kalau aku monyet, kau King Kong..dulu kau kan macam King
Kong!” Qhal ketawa. Qhal memang suka betul menyakat Qaseh.
“ Belah la!!! Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Malas
aku nak bertekak dengan dia ni.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ Mama!!!” Aku terus memeluk dan mencium mama. Begitu juga
dengan papa. Ehm..kak long dan suaminya juga ada serta anak perempuannya.
“ Qaseh…sayang. Mama rindu betul dengan Qaseh. Sekarang
Qaseh dah mula cuti sem kan? Nanti selalu-selalu la datang ke rumah mama dengan
Qhal.” Ujar mama.
“ Boleh mama..apa salahnya. Kalau Qaseh nak tidur sini?
Boleh tak bang?” dugaku pada Qhal.
“ Of course..untuk sayang..semuanya boleh.” Balas Qhal.
Qaseh ketawa. Mama membawa kami berdua duduk di ruang tamu untuk menyambung
semula perbualan.
“ Aunt Qaseh…wawa rindu la dengan Aunt…” ujar Najwa, anak
kepada Kak Long aku yang berusia 5 tahun.
“ Ala..la..la..rindu kat aunt yer. Sini..muahhhh!!!” aku
mencium pipinya. Qhal hanya memerhatikan sahaja tingkah laku ku melayan Wawa.
Tanpa sedar, Qhal mengukir senyuman melihat telatah Qaseh melayan Wawa.
“ Puan, makan malam dah siap.” Ujar Mak Jah.
“ Terima kasih Mak Mah. Marilah semua, kita makan besar
malam ini yer satu keluarga.” Ucap Mama pada semua. Kami sekeluarga menjamu
selera dengan gembira. Tambah-tambah lagi, semuanya makanan kegemaran aku yang
terhidang. Ini..kalau tak boleh kawal nafsu..boleh naik semula berat badan aku
ni.
“ Qaseh…control sikit makan tu. Bukannya senang kamu nak
kuruskan badan kamu tu dulu..” pesan Mama. Aku tersengih.
“ Dengar tu! Jangan kuat makan sangat. Nanti jadi KING
KONG..pulak.” peril Qhal di telinga isterinya.
“ Ah..diamlah MONYET..” balasku. Kemudian, aku meneruskan
semula makan ku yang terbantut gara-gara berdebat ala parlimen dengan Qhal
walaupun cuma berbisik-bisik.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hari ini hujung minggu. Boring pulak duduk kat rumah ni.
Siaran tv pun tak ada juga yang menarik perhatian ku. Aku mengeluarkan telefon bimbitku
untuk mencari nombor Hana. Alang-alang Hana dah dekat KL, baik aku jalan-jalan
dengan dia. Nak diharapkan laki aku bawa aku jalan-jalan, nak terbalik rumah
banglo aku ni.
“ Hello…babe!” sapaku ceria.
“ Hello!!!!” balas Hana.
“ Babe!! Kau free tak hari ni? Aku boring la kat rumah ni.
Kita pi cuci mata nak?”
“ Ok..ok…aku pun boring juga ni. Tapi..kan..sepupu aku nak
singgah sekejap jumpa aku la. Takut pula kau tunggu lama pula nanti.”
“ Kalau kau tak kisah..kau bawa jer sepupu kau tu cuci mata
dengan kita sekali! Lagi ramai lagi best..” cadangku.
“ Betul ni? Aku on jer! Ok..kita nak cuci mata kat mana?”
“ KLCC..aku dah lama tak cuci mata kat sana ooo..walaupun
aku study kat sini..aku tak banyak masa nak hang out la.”
“ Ok..babe. Aku pun dah lama juga tak pi sana. Macam
biasa..pukul 10.00 pagi.”
“ Done. Bye…” ucapku.
Aku terus membersihkan diri untuk bersiap keluar dengan
teman baikku. Yess…dapat juga la aku keluar dari rumah ni. Bukan apa, aku malas
nak mulakan debat parlimen aku dengan si Monyet tu. Buat naik darah aku jer.
Aku menyisir kemas rambutku yang panjang.
Qhal menonton rancangan kegemarannya. Apalagi..katun
Spongebob la. Heh…bukan setakat katun jer Qhal minat. Malah..jangan tak tahu
Qhal juga mempunyai patung Spongebob untuk dijadikannya teman tidur setiap
malam. Qhal ketawa berdekah-dekah menonton katun kegemarannya itu. Aku sudah
menelefon Pak Din untuk menjemputku. Aku turun ke bawah untuk keluar.
“ Ehem…ehem..nak ke mana tu?” soal Qhal walaupun matanya
sedang asyik menonton tv.
“ Aku nak keluar jumpa kawan.” Jelasku.
“ Kawan lelaki ke perempuan?” soal Qhal lagi untuk
kepastian.
“ Takkan kau tak ingat kontrak kita yang pertama. Jangan
ambil hal peribadi masing-masing. So, tak kisah lah kawan lelaki ke kawan
perempuan!”
“ Cehh…pandai menjawab pula KING KONG ni. Pergilahhh…aku tak
kisah pun.” Ujar Qhal. Namun, dalam hatinya sikit terasa dengan kenyataan
isterinya sebentar tadi. Bukan dia tak tahu isi kandungan kontrak itu malah
lebih dari tahu. Dia yang sendiri menciptanya. Tetapi, walau demikian, hatinya
tertanya-tanya isterinya itu keluar dengan siapa.
“ Ok.” Qaseh segera keluar dari rumahnya. Pak Din sudahpun
menunggu di luar rumah. Aku segera masuk ke dalam kereta dan mengarahkan Pak
Din berlalu dari situ. Qhal hanya melihat dari jauh saja. Apa yang pastinya,
hatinya kini mula tidak tentu arah. Qhal segera naik ke atas untuk mengambil
kunci keretanya. Qhal mengekori isterinya dalam diam.
Ish…kenapa pulak dengan aku? Apahal yang aku ni gatal sangat
nak ikut bini aku ni? Ah..tak kiralah bukannya dia nampak pun. Lagipun, aku
cuma curious jer dengan siapa dia nak jumpa..Qhal bersembunyi di sebalik butik
yang bertentangan dengan McDonalds.
“ Hai…Hana!!! I miss you so much..muahhh..” sapaku pada
Hana.
“ Qasehhh!!! Aku pun rindu juga kat kau..dah lama tak dengar
kau buat lawak bodoh..” Hana ketawa.
“ Aku pun rindu juga tengok muka kau yang blur tu..”
Masing-masing ketawa.
“ Eh..lupa pulak aku nak kenalkan kau dengan sepupu aku. Ini
Raykal Mukhriz.” Ujar Hana padaku.Terlupa pulak aku yang si Hana ni bawa
sepupu dia sekali.
“ Hai..saya Raykal. Panggil Ray jer.” Ucapnya. Ray
menghulurkan salam perkenalan.
“ Hai..saya Qaseh. Maaf yer..ehm Hana, kau dah begitahu ke
sepupu kau ni tentang status aku?” soalku.
Ye..lah, walaupun hubungan aku
dengan laki aku tu kurang baik, tapi aku masih menjaga batas pergaulan ku dengan
lelaki lain. Tak main la nak salam-salam dengan lelaki yang bukan muhrim aku.
“ Ehmm..tak sempat.” Ucap Hana.
“ Maaf la sebab tak sambut salam awak. Saya ni dah kahwin.”
Ish…geli pulak aku nak berawak-awak dengan sepupu si Hana ni. Rasa akward pula
nak bercakap dengan dia ni.
“ Oh..tak apa. Saya minta maaf.” Ujar Ray. Pertama kali
melihat Qaseh, hatinya merasa sesuatu tapi sayang gadis itu sudah
berumahtangga. Tapi..betul ke dia sudah ada suami? Tak nampak macam ada suami
jer..umur pun masih muda. Atau dia sengaja nak mengelak berkenalan dengan aku.
“It’s okay. Awak pun baru kenal saya jugakan.” Ujarku. Pelik
pulak aku nengok cara si Ray ni bercakap dengan aku. Macam nak mengurat je
gayanya. Ye ke? Perasan pulak aku ni.
“ So..Hana..let oder our lunch treats. Let’s go!” ajakku.
Aku memaut lengan Hana untuk berjalan menuju ke kaunter. Rimas pula aku nak
pandang sepupu si Ray yang macam gaya Mat Bangla. Dari tadi asyik
tenung-tenung..naik seram pulak aku. Daripada tengok dia, baik lagi aku tengok
laki aku yang hansem tu.
Tweet….tweet..apa hal pulak aku puji laki aku. Nanti,
kembanglah hidung dia bila dengar aku puji. Ray duduk bersendirian.
Hahaha…padan muka kau. Nasib baik isteri aku tak sambut
tangan kau. Ada hati nak tackle isteri orang. Piraahhhh!!!!!! Tiba-tiba, perut
Qhal berbunyi. Alaaa..time macam ni pulak dia nak meragam. Qhal tidak menahan
perutnya yang tidak berhenti memulas. Qhal segera beredar dari situ.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>
“ Babe…kau dengan laki kau macamana sekarang? Dah ok?” soal
Hana. Nasib baik si Ray tu dah cabut. Katanya nak jumpa kawan dia. Barulah..aku
boleh bernafas sikit.
“ Aku dengan dia still same. Nothing change. Cuma..kau kan
tahu laki aku tu dah habis study, aku pulak sekarang ni tengah cuti sem. So,
nampaknya aku kenalah hadap dia setiap hari kat dalam rumah tu.”
“ Aku rasakan baik kau guna peluang ni untuk berbaik-baik
dengan suami kau tu. Kau tak nak ke berbaik-baik dengan suami kau tu? Ye
lah..suami kau tu kan hansem. Mustahil tak ramai peminat time study kat
overseas.”
“ Kalau hansem tapi menyakitkan hati, apa guna juga. Tak
tahulah..Hana. Asal je kita berdua jumpa mesti nak gaduh. Kadang-kadang kan aku
pun hairan. Pasal benda remeh-temeh pun dia nak cari pasal. Macam budak-budak
la.”
“ Aku rasa salah seorang kena mengalah. Kalau dua-dua kepala
angin, sampai bila-bila pun tak akan reda. Aku nak tanya sikit kau ni. Kau kena
jawab dengan jujur.”
“ Macam lagu Jujur kumpulan Radja tu yer..jujurlah padaku..”
ujarku.
“ Budak ni..aku serius. Dia buat lawak bodoh pulak. So,
Qaseh..kau sebenarnya ada tak perasaan suka ke, cinta ke, sayang ke atau rindu
ke kat laki kau tu?”
“ Heh…soalan apa ni? Money Drop ke?” balasku lagi.
“ Ish…cepatlah jawab. No joke ok!”
“ Ye lah. Entah la..Hana. Aku pun tak tahu. Aku rasa semua
benda yang kau sebut tadi belum seratus-peratus kat dalam hati aku ni. Kalau
pun ada, takkanlah aku yang kena luahkan dulu. Malulah aku.”
“ See..aku dah agak. Kau ni sebenarnya dah suka kat laki kau
tu. Cuma, kau tak nak mengaku perasaan kau tu pada dia. Aku rasa kalau salah
seorang dari kamu mengaku tentang perasaan yang sebenarnya, aku gerenti
babe..perkahwinan korang akan kekal selamanya.” Jelas Hana.
“ Ehm..tengoklah dulu.” Aku dan Hana berjalan masuk ke panggung
wayang untuk menonton filem bersama-sama. Dah lama kami berdua tak tonton filem
sama-sama.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>
Jam kini sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Qhal berasa
risau tentang keselamatan isterinya yang masih belum pulang-pulang lagi. Qhal
berjalan mundar-mandir di ruang tamunya. Perlawanan BPL antara Manchester
United dengan Arsenal pun tidak dapat menarik minatnya. Kejap-kejap, Qhal
melihat ke tingkap untuk melihat isterinya. Qhal berjalan mundar-mandir lagi di
ruang tamu semula.
“ Terima kasih Pak Din. Maaf la sebab Qaseh pulang lewat.
Menyusahkan Pak Din pula.”
“ Ini memang kerja saya Cik Puan. Selamat Malam Cik Puan.”
Ujar Pak Din.
“ Selamat Malam Pak Din.” Aku mencari kunci rumahku. Qhal
terus melompat ke sofa dan pura-pura berlagak menonton tv. Dah gaya macam Rain pula dalam citer Full House..
“ Assalamualaikum.” Sapaku pada Qhal.
“ Waalaikumsalam. Lambat balik!”
“ Belum tidur rupanya. Kenapa? Tunggu aku ke?” dugaku.
“ Perasan..tak ada maknanya aku nak tunggu kau. Kau tak
nampak ke aku tengah tengok bola ni!” balas Qhal. Pandai betul aku cover. Ye
lah..tu Qhal, kalaulah Qaseh tahu kau yang berjalan mundar-mandir tak tentu
arah, mesti dia ketawakan kau.
“ Ehm..ye lah. Aku ni siapa la juga kan?” aku terus berlalu
naik ke atas dengan perasaan yang kecewa. Aku ingat dia tunggu aku balik.
Mungkin dia risaukan aku. Tapi..tak rupanya. Macam suka je aku balik lambat.
Aku terus menghempas pintu bilikku dengan kuat.
Kenapa la kau ni Qhal? Cuba la kau berterus-terang tadi. Apa
nak dimalukan? Korangkan suami isteri. Kalau risau tu cakaplah risau. Qhal
terus menutup tv dan berlalu naik ka atas biliknya. Kusut fikirannya.
Qaseh menutup mukanya dengan bantal busuk kesayangannya.
Haii…kenapalah aku kahwin dengan dia ni? Sejak kecil sampai dah kahwin pun,
masih tak berdamai juga. Bila la si Qhal tu nak buka hati dia untuk aku?
Aku…aku..ni suka dia ke? Aku ni cinta dia ke? Akhirnya..Qaseh tertidur lena
sendirian.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>>>>
Hari ni aku nak buat apa ye kat rumah? Hah…aku kan ada beli
novel baru. Baik aku baca novel. Time-time relax macam ni, baik aku habiskan
masa aku dengan membaca novel. Aku mengambil novel Amar Farish karya Nuraqilah
Syuhaida. Novel ni aku baru beli semalam time keluar lepak dengan Hana. Aku
berbaring di sofa ruang tamu. Qaseh memasang ipodnya untuk mendengar lagu
sambil membaca buku.
Qhal sebenarnya masih serba salah tentang hal semalam
terhadap Qaseh. Qhal tidak bermaksud untuk bercakap begitu padanya. Namun,
kerana enggan mengalah, itulah padahnya. Nak minta maaf ke tak ah? Qhal turun
ke bawah untuk mencari isterinya.
“ Ehem…ehem..” Qhal berdehem di depan Qaseh untuk mencari
perhatiannya. Tapi, Qaseh tidak melayannya.
“ Ehem…ehem..ehemmmmm” lagi kuat Qhal berdehem daripada
tadi. Qaseh hanya melihat tingkah laku suaminya itu.
“ Qaseh..aku nak cakap sesuatu dengan kau ni?” ujar Qhal.
Qaseh tidak menyahut.
“ Ok..aku tahu kau tengah marah pada aku sebab hal semalam
kan. Aku sebenarnya tak bermaksud nak cakap begitu pada kau.
Aku…aku..sebenarnya..risaukan kau. Tapi, aku tak tahu macamana nak luahkan kat
kau. Aku segan..aku harap kau dapat maafkan aku. Kalau kau dapat maafkan aku,
kau jumpa aku kat gelanggang bola keranjang nanti. Aku letak sticky note ni kat
atas meja.” Qhal terus berlari keluar menahan malu yang teramat sangat. Seumur
hidupnnya, Qhal mana pernah nak minta maaf kat mana-mana perempuan. Perempuan
yang selalunya minta maaf kat dia dulu.
“ Apa hal..dengan si Qhal ni. Muka merah semacam. Entah apa
la yang dibebelkannya tadi tu. Nasib baik aku pakai earphone ni.” Qaseh tertawa
sendirian. Qaseh menyambung semula untuk memabaca novelnya. Sticky note yang
ditampal oleh Qhal tidak disedarinya.
Qhal bermain bola keranjang sementara menunggu Qaseh ke
sini. Entahlah..kenapa sejak dua menjak ni, Qhal merasakan sesuatu terhadap
isterinya. Sejak Qhal ternampak Qaseh dengan lelaki yang macam kulit
Bangla hari tu, hati Qhal disuntik rasa
cemburu. Apakah ini tandanya jatuh cinta? Qhal pantas menggeleng. Tidakk!!! Aku
ajak dia ke sini sebab nak temankan aku main basketball ni jer. Kalau dia
setuju ke sini, maknanya dia dah tak marah aku lagi la.
Qhal menanti dan terus menanti hingga ke petang. Namun,
bayang Qaseh masih belum muncul-muncul lagi. Qhal percaya Qaseh akan datang ke
sini nanti. Tiba-tiba, hari yang cerah bertukar menjadi mendung. Hujan turun
dengan lebatnya. Tidak berhenti. Namun, Qhal masih berdiri terpacak di
tengah-tengah gelanggang basketball setia menunggu Qaseh.
“ Ehmm…bestnya novel ni. Suka watak Amar Farish ni.
Tapi..sikap dia ni kan mengingatkan aku pada seseorang. Siapa lagi kalau bukan
Qhal Iskandar. Suka sngat cari pasal dengan aku.” Qaseh meletakkan novel dan
ipodnya di atas meja. Alahai…hujan pulak. Lebatnya!! Eh..kemana pulak Qhal ni?
Dari tadi aku tak nampak-nampak! Tiba-tiba, mata Qaseh tertumpu kepada satu
kertas sticky note berwarna kuning ditampal di atas meja.
“ Jumpa saya di gelanggang bola keranjang sekarang. Saya ada sesuatu
nak bincang dengan awak. Qhal.”
Aku merenung jam di dinding. Sudah jam 5.00 petang.
Ya…Allah, mesti Qhal dah lama tunggu aku! Entah-entah..yang tadi Qhal cakap
dengan aku mesti pasal benda ni. Aku terus berlari keluar sambil membawa paying
menuju ke gelanggang bola keranjang yang tidak jauh dari rumahku. Aku melihat
Qhal berdiri sendirian di gelanggang basketball dengan basah kuyupnya.
“ Qhal!!!!!!” jeritku. Aku berlari mendapatkannya.
“ Qaseh!!!! Aku ingat kau tak nak jumpa lagi!” Qhal terus
memeluk aku erat.
“ Kenapa dengan kau ni?” soalku.
“ Aku..aku nak minta maaf. Aku tak berniat nak lukakan hati
kau semalam!” jelasnya.
“ Laa..pasal tu rupanya. Dah lah..aku tak kisah pun. Buat
apa la kau berhujan kat sini ni! Nanti kau demam. Macamana? Aku juga yang
susah.” Luahku.
“ Betul kau risau kalau aku demam? Kalau macam tu, aku nak
demam la. Biar kau jaga aku nanti.”
“ Dah la. Jom kita balik. Kita keringkan baju dulu. Nanti
kang jatuh sakit pulak.” Aku berjalan meninggalkannya. Namun, tanganku pantas
dipegang oleh Qhal. Kami berdua berjalan beriringan ke rumah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku masuk ke dalam bilikku untuk membersihkan diri selepas
terkena air hujan. Begitu juga dengan Qhal. Usai solat, aku membaringkan diri
di atas katil. Bestnya..hari ini. Qhal peluk aku..pegang tangan aku. Macam
couple pulak kami berdua ni. Kan best kalau hari-hari macam ni.
Ehm…seronoknya..aku berguling-guling di atas katilku. Tiba-tiba, telefon
bimbitku berbunyi. Ada mesej.
“ Qhal!!” ujarku setelah melihat namanya di skrin telefon
bimbitku.
“ Datang ke bilik aku sekarang. Aku rasa aku demam la LLL.”
Aku mula rasa
risau. Ini semua gara-gara aku tak baca awal sticky note yang ditampalnya.
Kalau aku baca dari awal tadikan..mesti tak jadi macam ni. Aku segera ke biliknya.
Aku mengetuk pintunya terlebih dahulu. Aku melangkah masuk ke dalam biliknya.
Ini kali kedua aku masuk ke dalam biliknya. Qhal kelihatan tidur nyenyak sambil
memeluk patung SpongeBobnya. Aku tersenyum. Macam budak-budak..
“ Qhal…Qhal..” sapaku perlahan di tepi katilnya. Qhal membuka matanya perlahan-lahan.
“ Qaseh..aku rasa aku demam la.” Ujar Qhal. Aku segera
meletakkan tanganku ke atas dahinya untuk merasa suhu badannya.
“ Panas ni! Kena bawa pergi klinik ni!”
“ Tak payah..aku nak rehat kat rumah jer.”
“ Ish..sakit-sakit pun masih degil jugak. Ini semua salah
aku. Kalau aku tak datang lambat tadi, mesti semua ni takkan jadi.” Aku
menangis tanpa ku sedar. Qhal meraih tanganku.
“ Dah..la. Ini bukannya salah kau seorang. Aku yang degil
nak tunggu kau datang.” Terang Qhal. Qhal terus menarikku ke dalam dakapannya
yang membuatkan aku turut terbaring disisinya.
“ Dengar sini Qaseh, semua yang berlaku pasti ada sebabnya.
Jadi, aku tak nak lagi tengok kau sedih-sedih macam ni.” pujuk Qhal. Macam aku
pulak yang sakit. Aku membalas pelukan Qhal.
“ Qaseh nak keluar kejap nak ambil tuala dan air panas.”
Ujarku pada Qhal.
Aku kembali semula dengan membawa tuala kecil dan besen
kecil yang berisi air panas untuk mengelap badan Qhal. Qhal mengukir senyuman.
Aku turut membalasnya. Aku perlahan-lahan meletakkan tuala ke atas dahi Qhal.
Nampaknya Qhal sudah nyenyak tidur. Aku meletakkan sekali lagi tanganku di atas
dahi Qhal. Alhamdulillah..demamnya sudah berkurang. Aku ingin keluar dari situ
namun dengan pantas aku jatuh terdorong ke dalam dakapan Qhal sekali lagi. Aku
terkesima.
“ Nak kemana tu? Temankan aku tidur dulu. Malam ni kau jadi
SpongeBob aku. “ Qhal memeluk aku erat. Dalam hati, aku amat gembira sekali.
Kalaulah masa boleh berhenti sekarang ni..tidak berapa lama kemudian, aku pun
ikut tertidur di dalam pelukan Qhal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“ AHHHHHH” jeritku sekuat hati. Qhal yang sedang lena tidur
di sisiku turut terjaga.
“ Kenapa jerit-jerit pagi ni? Practice vocal ke?” ujar Qhal.
Aku mencubit lengannya.
“ Ouch!!!! Sakit la!”
“ Tu lah…pagi-pagi lagi nak cari pasal. Kenapa kau kat tidur
kat sini hah?” soalku tidak berpuas hati.
“ Ewah-ewah…tolong sikit. Buka mata tu luas-luas. Ini bilik
siapa sekarang ni?” balas Qhal. Apa hal pulak bini aku ni. Bukan ke semalam dia
datang ke bilik aku sukarela. Takkan dah hilang ingatan? Aku memerhati keadaan
sekeliling. Ada bola keranjang ? Ada patung SpongeBob? Ah..gambar Qhal?
Maknanya ini bilik Qhal!!!
“ Hemmm..macamana? Puas hati? Takkan kau tak ingat semalam
yang kau sendiri masuk bilik aku.” Yer ke? Bukan aku ke yang sms dia semalam
suruh datang ke bilik aku. Bisik Qhal dalam hati. Qaseh cuba mengingat hal yang
berlaku semalam.
“ Ish…menyampahnya!!!! Tepilah monyet!!” aku menolak Qhal
lalu keluar dari biliknya.
“ Monyet..monyet pun..kau nyenyak juga tidur kat sebelah
monyet ni!” laung Qhal padaku. Qhal tertwa kuat. Lucu benar melihat reaksi
isterinya. Itu baru tidur sama-sama. Belum lagi buat lebih dari
tu..Qaseh..Qaseh..
Aku menghempaskan tubuhku ke atas katil. Serabut kepala otak
aku nak memikirkan hal semalam. Bodoh betul!! Kenapa la aku tak tolak semalam??
Mesti dia gembira sebab dapt kenakan aku semalam. Siot betul mamat tu.
Qhal sudah berasa sikit sihat kerana demamnya sudah pun mula
kebah. Qhal terasa dahaga pulak. Qhal keluar dari biliknya untuk turun ke
bawah.Aku segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan. Ehm…hari ni aku nak masak
nasi goreng la.
“ Nak masak ke?” soal Qhal yang duduk di meja makan.
“ Tak..nak tanam sayur kat belakang.” Balasku. Qhal ketawa.
Qhal tahu Qaseh sengaja memerlinya.
“ Tak ada lah. Aku lapar ni. Kau nak masak nasi goreng ke?”
ujar Qhal lembut. Pertama kali aku mendengar suara Qhal yang lembut.
“ A’ah.” jawabku. Aku segera mendekatinya. Aku meletakkan
tanganku ke arah dahinya untuk merasa suhu badannya. Qhal terkejut dengan
timdakan isterinya itu. Walaupun dari segi luaran, isterinya itu selalu melawan
cakapnya..namun isterinya masih tetap mengambil berat akan dirinya. Qhal hanya
membiarkan sahaja.
“ Aku dah ok. Thanks to my doctor semalam yang sudi jadi
Spongebob aku.” puji Qhal. Aku rasa kembang pulak bila dipuju begitu. Tapi,
pura-pura berlagak biasa.
“ Ehm..kalau dah tak ada apa-apa kat dapur ni, baik keluar
sekarang. Aku nak memasak ni. Kalau tahu nak tolong tu..tak apa la juga!”
sindirku.
“ Nak…tolong tengok boleh?” jawab Qhal.
“ Ish…budak ni. Pergilah! Jangan buat kacau kat sini.
Menyemaknya jer.”
“ Ok..ok…aku tolong. Kau nak aku buat apa?” Qhal menawarkan
diri untuk menolong isterinya itu memasak. Ye..mulai saat ini, Qhal sudah
bertekad untuk menawan hati isterinya itu. Qhal sebenarnya sudah lama suka pada
isterinya. Sejak mereka kecil lagi, Qhal selalu mencari gaduh dengan Qaseh.
Qhal sengaja mencari pasal dengan Qaseh kerana suka melihat reaksi Qaseh bila
marah. Nampak comel sangat. Tambah-tambah lagi waktu dulu, Qaseh yang berbadan
comel. Qhal selalu mengejek namun dalam hati Qhal suka.
“ Kalau macam tu, kupas kulit bawang putih dan bawang merah
ni.” arahku seperti seorang Mem besar.
“ Siap bos!” tabik Qhal. Qaseh tersenyum melihat gelagat
Qhal sedang mengupas bawang. Kejap-kejap, menggosok matanya. Mesti sebab kupas
bawang-bawang tu. Pedih la tu.
“ Qaseh..kenapa mata aku ni pedih sangat? Rasa nak
menangis..” rengek Qhal. Aku berjalan mendekatinya dan meniup matanya perlahan.
Qhal terkejut dengan tindakan isterinya itu. Qhal terasa berdebar-debar ketika
ini. Qaseh masih meniup lagi mata Qhal yang terasa pedih itu.
“ Macamana? Dah OK ke KO?” tanyaku. Tiba-tiba, Qhal
menangkap tanganku.
“ Qaseh…Qaseh…”panggil Qhal dengan menggoda. Qaseh pula yang
berdebar-debar saat ini. Qhal merapatkan wajahnya ke wajah isterinya. Qaseh
sudah takut untuk menatap wajah Qhal. Qaseh menutup matanya. Tiba-tiba, tawa
Qhal meletus dengan kuat. Qaseh membuka matanya terus.
“ Kurang asam betul! Pergilah keluar! Biar aku je yang
masak.” Aku malu sekali padanya. Mesti dia ingat aku ni fikir yang bukan-bukan.
Wajahku sudah mula memerah. Qhal bangun dari tempat duduknya dan mendekati aku
dan…
“ CUPPPPP” Qhal sempat mngucup dahi Qaseh buat pertama
kalinya selepas hari pernikahan mereka empat tahun lalu. Terpana Qaseh
seketika. Qhal berlalu pergi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>
Sebulan sudah
berlalu. Hemm…Qaseh merenung calendar di biliknya. Tak lama lagi nak habis cuti
sem aku. Ahh…cepatnya masa berlalu. Hubungan aku dengan Qhal pun dah semakin
baik walaupun belum sampai ke tahap hubungan suami isteri yang sebenar. Kalau
aku dah balik asrama nanti, mesti aku rindu semua kenangan aku kat dalam rumah
ni terutama…Qhal. Aku mesti rindu nak gaduh dengan dia lagi.
Qhal berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Qhal pun
sebenarnya memikirkan hal yang sama. Qhal tahu cuti isterinya tidak lama lagi
akan habis. Qhal..kau kena buat sesuatu. Takkan kau nak biarkan perasaan kau
macam tu je. Kau kena luahkan isi hati kau sekarang. Takkan kau nak tunggu
lagi. Kau tak tahu kat U tu, lagi banyak lelaki yang hansem-hansem dan bujang. Yer..aku
mesti luahkan isi hati aku sekarang juga sebelum terlambat. Qhal mengetuk pintu
bilik isterinya.
Qaseh perlahan-lahan membuka pintu biliknya.
“ Qhal!!”
“ Qaseh..aku nak cakap sesuatu dengan kau. Penting!!!” ujar
Qhal serius. Qhal masuk ke dalam biliknya isterinya. Qaseh masih terpinga-pinga
di tepi pintu. Qhal menarik tangan Qaseh supaya lebih dekat padanya.
“ Qaseh Syuhada..aku sebenarnya dah lama suka pada kau.
Sejak kita kecil, aku selalu buli kau sebabnya aku suka tengok kau marah. Walaupun mulanya, aku tak suka kita kena
kahwin muda pada awalnya..tapi lama-kelamaan, aku rasa perasaan suka aku tu
sudah mula bertukar menjadi cinta. Aku rasa aku tak boleh hidup kalau kau tak
ada dengan aku. Kalau sehari aku tak dapat jumpa kau, gaduh dengan kau..aku
rasa hidup aku tak lengkap. Qaseh..aku nak kita mulakan hidup baru sebagai
sepasang suami isteri yang bukan hanya setakat atas kertas sahaja. Kita
batalkan saja kontrak perjanjian kita dahulu.” Luah Qhal tenang. Aku kaku
seketika mendengar luahan perasaan daripada Qhal.
Rupa-rupanya, selama ini Qhal sudah lama menaruh perasaan
padaku. Aku fikir dia tak suka aku. Aku mula mengukir senyuman pada Qhal. Aku
memegang tangannya.
“ Qhal Iskandar..aku terima cintanya Qhal Iskandar untuk
seumur hidup.” luahku tenang. Qhal senyum. Qhal terus memelukku.
“ Qaseh…mulai hari ini Qaseh kena start panggil Abang. Abang
nak kita bahagia selamanya. Qaseh Syuhada..dengan ini abang cintakan Qaseh
Syuhada binti Qhairul Safwan dengan sepenuh hati abang. Abang akan buat kontrak
perkahwinan kita yang baru.
- Qaseh Syuhada hanya cintakan Qhal Iskandar seorang.
- Qaseh Syuhada kena pindah ke bilik abang hari ini juga.
- Qaseh Syuhada kena lahirkan anak untuk Qhal Iskandar.
- Abang tak kisah kalau Qaseh Syuhada gemuk lagi..yang penting comel.
“ Ish…gatal la abang ni.” ujarku.
“ Abang gatal pun dengan bini abang juga. Abang nak kita
bercinta macam couple yang sedang dilamun cinta. Ok sayang?”
“ Yes..i do.” Aku membalas pelukan Qhal. Kami berdua
masing-masing melayan perasaan sendiri.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> >>>>>>>>>>>>>>>>>
3 tahun kemudian..
“ Ini lah dia Qaisara Ilyana binti Qhal Iskandar.” Ucap Qhal
pada semua ahli keluaga kami berdua. Hari ini aku selamatkan melahirkan seorang
anak perempuan yang comel hasil perkahwinan ku bersama Qhal. Aku bahagia sekali
berada di sampingnya.
“ Wah….comelnya cucu nenek ni. Saling tak tumpahnya macam
ibu dan bapanya.” Luah Puan Qarina.
“ Betul tu. Mama gembira sangat dengan kamu berdua.
Tahniah.” Ucap Puan Sri Qamelia pulak.
“ Terima kasih sayang kerana telah melahirkan cinta hati
kita.” Qhal mengucup dahi dan pipi isterinya.
“ Sudah-sudah la nak beromen tu..tunggu la kitaorang balik
dulu.” ujar Kak Long ku. Semua keluarga tertawa riang.
Aku sangat gembira sekali kerana akhirnya aku dapat
melahirkan seorang cahaya mata yang akan menyerikan lagi rumahtangga kami
berdua. Orang pernah kata..jangan benci orang terlebih..nanti terlebih suka
pulak macam kes aku dengan Qhal. Walaupun aku kahwin di usia muda, aku rasa
bersyukur sangat kerana mungkin memang sudah jodoh ku sampai awal. Aku sangat
berterima kasih dengan semua ahli keluarga. Tidak lupa juga buat suami
tersayang..Qhal Iskandar.
TAMAT.
( Alhamdulillah. Akhirnya..cerpen saya yang ke lapan siap juga. Ini
adalah kali pertama saya menulis cerpen komedi romantik tentang kisah sepasang suami isteri.
Saya berharap percubaan saya kali ini akan dapat diterima oleh semua pembaca.
Selamat membacaJ
JJJ
)
- 11:27
- 8 Comments