Encik Made In LONDON 7

21:02



OMG! OMG!!! Encik Made In London akan hantar aku pulang? Wow! Ini baru betul mimpi aku menjadi kenyataan. Wah…bagus jugak aku pengsan tadi. 

 “Raykarl, bolehkan?”

Raykarl hanya senyum.

Yeh! Maknanya aku tak bermimpi. Encik Made In London nak hantar aku! Bunga-bunga cinta aku dah berkembang seperti kembangnya bunga Rafflesia. Malam ni memang my lucky night. Ok..control Adliena! Jangan ketara sangat yang kau dah tangkap cintan dengan Encik Made In London tu. Dia cuma SENYUM saja bukannya bercakap pun!

Deelila menarik hujung lengan jubahku.

“Ad! Bertuahnya kau malam ni. Prince Charming nak hantar weh!!” bisik Deelila padaku.

“Shhh…”

“Ek eleh…control konon!”

“Hai girls? May I join with you all too?” sapa Rayhan tiba-tiba.

“Huh?” soalku keliru.

Encik Made In London berdiri di sisi Rayhan dan kelihatan cukup segak mengenakan baju melayu berwarna biru muda. Dup dap dup dup pulak hati ni.

“Saya temankan Raykarl nak hantar korang berdua, bolehkan?” ujarnya ramah.

Aku senyum ketat. Alaa…baru je nak dating dengan Encik Made In London. Time ni pulak Mr.Gentleman Celup ni nak kacau daun! Hisy….aku cuba senyum tapi senyuman yang kurang ikhlas kepada Rayhan. Deelila pulak memang dah dapat baca air muka aku sekarang. Deelila siap senyum kambing pada aku. Kurang asam betul!

Ok! So, let’s go now!

Amboi! Si Rayhan ni bukan main gumbira lagi dia. Aku baru je nak menjalankan misi untuk berkenalan dengan Encik Made In London! Aik! Cik Adliena Najwa…dah tukar plan ke? Dah tak nak main sembunyi-sembunyi lagi dah ke?

Tanpa berlengah, kami berempat menuju ke kereta. Hemmm…keluhku.

“Hah! Apa kata kalau Raykarl hantar Ad and Rayhan bawa kereta saya. Maksudnya saya dengan Rayhan naik kereta saya saja la. Biar Raykarl hantarkan Ad lagipun Puan Hajah dah benarkan.” Tiba-tiba idea gila terkeluar dari mulut Deelila yang berwajah selamba.

Deelila dengan selambanya menarik lengan Rayhan supaya mengikutnya menuju ke kereta Suzuki Swift kesayangannya. Aku pula masih terpinga-pinga kerana ditinggalkan Deelila bersendirian bersama Encik Made In London. Oh my! What should I do now? Takkan nak pengsan lagi?
             
            “Jom?” ajak Raykarl tenang.
           
            Hullamakk!! Rasa macam nak pengsan sekali je lagi. Encik Made In London ajak aku la! Thanks berjuta lemon pada Deelila dengan idea gilanya. Kereta Suzuki Swift milik Deelila sudah meluncur keluar dari perkarangan halaman Datin Hajah Vanida.

………………………………….

            Ok! Calm down now Adliena Najwa. Relax. Jangan ketara sangat yang kau ni nampak gelabah. Nanti jatuhlah saham kau. Tapi bukan saham kau dah kurang ke sebab lima kali putus cinta dalam dua bulan! Wow! Memang pecah rekod! Teruk betul salasilah percintaan aku ni.

            Suasana di dalam kereta Porche Cayenne sangat kekok antara aku dan Encik Made In London. Hemmm….macamana aku nak mulakan ayat yang sesuai ya? Apa aku nak tanya? Takkan nak tanya Pak Cik Google pulak time macam ni! Amboi! Time stalk Facebook dia, kau tak gelabah macam ni. Sekarang bila dah berdepan dan duduk dalam satu kereta, huwaaaa…ada rasa jantung mau terkeluar pulak! 

Korang pernah rasa tak perasaan macam tu bila orang yang kita stalk tu dah ada di depan mata lagi-lagi bila berada di sebelah kita aje?

“Ehmm…”

Apa yang ehmmm…ni Adliena! “Cakap! Cakap!” Teringat pulak babak filem Seniman Bujang Lapok waktu Ahmad Nisfu memberi arahan ‘Action!’ kepada P.Ramlee untuk berlakon. Kalau aku cuba curi-curi jeling sikit Encik Made In London, boleh tak? Cubalah! Belum try belum tau…

Raykarl berasa agak kekok sebenarnya. Sebab itulah dia hanya mendiamkan diri sahaja. Raykarl pun tidak pasti kenapa dia dengan mudahnya bersetuju untuk menghantar seorang perempuan yang dia sendiri pun tidak kenal.

Adoi…bosannya. Encik Made In London ni tak pandai nak ceriakan suasana ke? Dahlah aku dan dia sama-sama kekok. Ini kalau dia diam, lagi bertambah-tambah la kekoknya. Kalau tak nak bercakap pun, on la radio ke?

Our fingertips are about to touch
We just look at our feet
Our love is so awkward
Though I like you, I say the opposite
I keep being cautious
Our love is so awkward
As if we’ve never been hurt
As if we don’t have scars
If only we can love like the first time
Can’t we do that?
As if there’s no tomorrow
As if it’s only us two
You as a boy, me as a girl
I want to love like that
Oh Love Love Love
Why Love Love Love
Why is love awkward for me?
Oh Love Love Love
Why Love Love Love
We need love
On the day when the sun shines brightly
Let’s softly lean on each other’s backs
As if we’ve never been hurt
As if we don’t have scars
If only we can love like the first time
Can’t we do that?
As if there’s no tomorrow
As if it’s only us two
You as a boy, me as a girl
I want to love like that
Oh Love Love Love
Why Love Love Love
Why is love awkward for me?
Oh Love Love Love
Why Love Love Love
We need love
Our fingertips are about to touch
We just look at our feet
Our love is so awkward
Tell me everything that you feel
Let’s only look at each other like this
We need love

Masa ni jugaklah kepala otak aku sedang berputar lagu Akward Love nyanyian kumpulan As One. Hisy…kuatnya aku perasan! Akward love konon! Jangan berangan lagi, Adliena Najwa. Berpijak di bumi yang nyata. 

This is your house, right?” soalnya tiba-tiba lalu menghentikan angan-angan Mat Jenin ku. ok…rasa gelabah sudah naik. First time weh..Encik Made In London cakap dengan aku.

Aku memandangnya sekilas kemudian memandang ke depan. Kereta Deelila sudah terparkir di depan pintu pagar rumah sewa kami sambil tersenyum.

“Oh…ya. Dah sampai pun. Terima kasih sebab sudi hantar saya pulang. Maaflah kalau saya dah menyusahkan awak.”

Fuhhh…sopannya ayat kau Adliena. Kalau dulu kau cakap macam tu dengan ex-boyfriends kau, confirm tak putus!

It’s okay.” Jawab Raykarl.

“Selamat malam. Assalamualaikum” Ucapku lalu membuka pintu kereta untuk keluar.

“Ehmm…good night to you. Waalaikumsalam.”

Oh my! Encik Made In London ucap Good Night dan dia jawab salam kat aku! Rasa macam nak pengsan lagi. So, malam ni bolehlah aku mimpikan Encik Made In London…hihihi. Aku senyum pada Encik Made In London lalu menutup pintu kereta.

Good night to you and have a good rest. Bye.” Sapa Rayhan sebelum masuk ke dalam kereta Raykarl. 

Ok…thank you. Bye and good night.” Ucapku.

Bestnya malam ni. Rasa macam dah termakbul pulak doa aku untuk berjumpa dengan orang yang aku suka. Alahai….aku confirm seratus peratus aku tidur dengan bermimpikan Encik Made In London yang berbaju Melayu biru. Huwaaaa…I think really I fall in love with Encik Made In London.

 P/s : Bersambung....maaflah baru ada masa untuk post new bab sebab busy dengan studies...so, enjoy latest post for #EMIL :)

 
Berangankan Encik Made In London...

You Might Also Like

2 comments

  1. Haha mcm c rayhan je yg da start suka kt die... Hehe.... Raykarl pon pemalu gak rupny

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images