Encik Made In LONDON 8
23:30
“ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI,
Cikgu!”
“Waalaikumsalam.
Duduk semua.” Arahku pada semua pelajar tingkatan Lima Zamrud.
Seperti
biasa, aku memulakan rutin harianku sebagai guru muzik di sebuah sekolah swasta
di ibu kota. Masuk hari ini, sudah hampir sebulan aku bekerja di sini.
Alhamdulillah, perjalanan kerjayaku berjalan dengan lancar. Tapi…cinta?
“Wah!
Cikgu nampak berseri-seri la hari ni. Something
special happen ke?” soal Helina, pelajar yang paling peramah sekali dalam
kelas Lima Zamrud.
Mukaku
sudah mula berona merah kerana dipuji begitu. Ketara sangat ke muka aku ni
berseri-seri pagi-pagi ni? Mana taknya, sebelum aku masuk ke kelas ni pun ramai
juga cikgu-cikgu yang lain bertanyakan soalan yang sama. Haiyakk…mungkin inilah disebabkan penangan ucapan ‘Good Night’ daripada Encik Made In London semalam.
Memang
aku tidur dengan nyenyak sekali sambil ditemani dengan mimpi-mimpi indah. Bestnya. Nasib baik Subuh tadi tadk
terbabas.
“Teacher is blushing?” soal lagi seorang
pelajar India padaku.
Hangatnya
pipi aku ni. Malu.
“Mana
ada…biasa-biasa je la.”
“Ehmm…memandangkan
Cikgu nampak happy hari ni, apa kata
kalau Cikgu nyanyikan kitaorang satu lagu.” Cadang Helina.
Semua
pelajar Lima Zamrud sudah bersorak riang untuk memberikan sokongan kepadaku.
Alamak…malunya. Macam artis pulak. Hemm…betul jugak kata mereka. Memandangkan
hari ni mood aku happy, tak salah kalau aku menyanyi satu lagu.
“Ok.
Cikgu setuju.”
Semua
pelajar bertepuk tangan. Aku mengambil gitarku lalu duduk di tengah-tengah
kelas.
Aku
lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
Kelas Lima Zamrud meriah dengan bunyi tepukan dan sorakan yang tidak putus-putus kepada aku. Terasa kembang kempis pulak hidung aku ni. Alaa…sekali-sekala kan meluahkan perasaan melalui lagu. Aik! Macam ada makna je aku nyanyi lagu tu tadi? Of course la! Lagu tu memang aku tujukan khas untuk Encik Made In London. I really wish he can listen that song.
Tiba-tiba,
suasana yang tadinya meriah kini bertambah meriah lagi kerana kehadiran
seseorang yang betul-betul aku harapkan. Oh
my! Rasa nak pengsan!!! Tuhan macam dengar saja suara hati aku tadi. Betul
ke ni? Aku tak bermimpi di siang hari?
“Pewitttt!!!”
Raykarl
melangkah masuk ke dalam kelas Lima Zamrud sambil disorak bak artis popular.
Raykarl sebenarnya rasa terpukau semasa mendengar suara Adliena. Entah kenapa
Raykarl rasa tertarik untuk mendengar nyanyiannya sehingga tamat.
Alamak!
Encik Made In London ni datang sini
pulak dah! Amboi….lajunya jantung aku berdegup sekarang ni. Rasanya degupan
jantung aku ni mungkin sama level dengan
degupan jantung Usain Bolt. Dahlah hari ini Encik London ni nampak sangat sangat sangat segak dengan kaca matanya.
Adliena! Jaga mata tu sikit! Anak teruna orang tu!
“Ehmm…maaf
menganggu kelas awak.” Ucap Raykarl segan.
“Oh…tak
menganggu pun. Kalau datang selalu pun, saya lagi suka!” Gila aku nak cakap
ayat macam tu kat dia! Malu la wehhh…cover
sikit Adliena. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu.
“Taklah.
Sebenarnya ada apa ye?” Amboi…ayat perempuan Melayu terakhir gitu. Control ayu sikit depan orang hansem ni.
Nanti jatuh saham pulak! Melepaslah nak pikat hati Encik Made In London ni. bukan senang nak jumpa lelaki yang betul-betul
dah mengetuk pintu hati aku. Ini kalau dia ajak aku kahwin, confirm aku bawa dia jumpa mak bapak
aku.
“Sebenarnya
saya datang nak jumpa mama saya. Tapi saya sesat pulak sebab ini kali pertama
saya ke sini.” balas Raykarl. Memang dia sebenarnya tidak tahu kerana dirinya
sudah lama menetap di London.
Oh…nak
jumpa mama dia rupanya. Ingatkan nak ajak aku couple! Hahaha…mengarut betul kepala otak aku ni. Jangan nak
perasan sangat Adliena Najwa. Dahlah perkenalan pertama aku dan dia sungguh
memalukan. Boleh pulak aku pengsan depan dia. Rasa macam nak lari je ke London.
“Hafiz! Mari sini!” panggil ku pada pelajarku.
“Ya cikgu!”
“Kamu tolong bawa Encik Raykarl ke bilik pengetua
sekarang.” Arahku pada Hafiz.
“Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Maaf
menganggu and by the way, you have a nice
voice. Assalamualaikum.” Raykarl sempat menghadiahkan senyuman manis kepada
Adliena.
Raykarl berlalu pergi bersama Hafiz. Rasanya kali
ini memang aku nak pengsan sekali lagi. Kena puji tu….mestilah kembang taman
hati. Haiyakkk….sweetnya Encik Made In London
ni.
………………………………………………
Aku
dan Deelila memilih restoran KFC untuk hidangan makanan tengah hari kami
berdua. Alaa…jimat sikit kalau pilih lunch treats. Promo sekejap…
“Ehm…ehm...betul
ke Encik London kau datang kelas kau
tadi?” soal Deelila teruja.
“Hisy…kau
ni gelojoh la. Cakap tu biar macam perempuan Melayu terakhir sikit! Nanti tersembur
nasi tu kat muka aku yang comel ni.”
Aku
senyum dengan gembira. Yelah…hati sudah berbunga-bunga gara-gara dipuji oleh
Encik London tadi. Dahlah
pelajar-pelajar aku tak henti-henti mengusik aku. Tapi sebenarnya aku suka juga
bila diusik begitu lebih-lebih lagi dengan Encik Made In London.
“Dari
mana dapat cerita tu? Masuk berita popular ke?”
“Ewah-ewah…minah
ni. Banyak loyar buruk pulak dia. Sukalah tu sebab Encik Made In London tu datang kat kelas kau tadi. Apa kes?”
“Dia….ajak
aku kahwin!” dugaku pada Deelila sambil menahan ketawa.
“What? Serius??” suara Deelila begitu
kuat sehingga semua pelanggan memandang ke arah meja kami berdua.
“Agak-agak
la sikit! Emo lebih betul la kau ni!
Aku gurau je tadi. Takdelah…dia sebenarnya cuma tanya bilik Datin Hajah Vanida.
Itu je la.”
“Cehhh…kurang
asam! Kau ni sengaja nak buat aku lemah jantung. Yalah…takkanlah dia nak ajak
kau kahwin pulakan tiba-tiba? Takde angin takde ribut, kenal pun masa majlis
kenduri tu je. Memang gempaklah kalau tiba-tiba dia ajak kau kahwin.”
“Kau
ni tak support aku pun! Mana tahu dia
jodoh aku selama ni. Mungkin Allah nak aku terus kahwin daripada bercinta tapi
putus jugak. Weh…kau nak tahu something tak? Encik Made In London puji
suara aku sedap. Wah….bahagianya hati aku. Rasa macam nak terbang je.”
“Wow!
Betul dia puji kau? Kau tak main-main kan?”
“Taklah.
Ini betul. Memang dia puji suara aku tadi. Aku bukan main kembang lagi masa tu
tapi taklah tunjuk depan dia. Dee…kan best
kalau dia pun ada perasaan yang sama macam aku?”
“Kau
berdoa aje la Encik Made In London
kau tu suka kat kau juga. Dah…makan cepat.”
Kami
berdua asyik menikmati ayam KFC yang sungguh menyelerakan. Memang terasa betul hot and spicy. Sedang elok aku menikmati
hidangan lunch treats, tiba-tiba
mataku terpaku pada satu susuk tubuh badan yang sangat aku kenal. Tapi ternyata
dia tidak bersendirian kerana disisinya sedang ditemani seorang perempuan yang
sangat cantik bak model. Kedua-duanya kelihatan mesra sekali sambil si
perempuan memeluk lengan si lelaki.
Siapa
perempuan tu? Kekasih Encik Made In
London ke?
0 comments