Encik Made In LONDON 10
10:57
RAYKARL
berjalan
beriringan bersama Rayna untuk bertemu dengan keluarga Rayna yang baru sahaja
tiba dari London. Sepatutnya ayah dan mama Raykarl turut datang namun
disebabkan tiba-tiba ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Rayyan pula masih
sibuk lagi dengan kerjanya.
“Raykarl?
Wow! You look so handsome youngman. How’s your parents?” soal Encik Raymie
Fletcher yang merupakan abang kepada ayah Raykarl.
“Mereka
semua sihat dan mereka kirim salam pada Uncle.
Mereka minta maaf sangat sebab tak dapat nak datang sebab ada event yang perlu dihadiri.”
“Oh..tadi
ayah Raykarl ada call uncle. Takpe. Uncle faham.”
“Raykarl!”
satu suara menyapa halwa telinga Raykarl yang sedang asyik berbual dengan Uncle
Raymie. Raykarl pantas menoleh ke arah suara itu.
“Riyyan!”
Kedua-duanya saling menyapa antara satu sama lain. Raykarl dan Riyyan saling
berpeluk kerana lama sudah tidak bertemu. Mana tidaknya Riyyan tidak tinggal
bersama keluarganya di London kerana Riyyan lebih suka tinggal di Malaysia dan
menguruskan syarikat keluarganya.
“Apa
khabar, Bro? Lama kita tak berjumpa? Faham tak aku cakap ni?”
“Agak-agaklah!
I’m still Malaysian okay even made in
London.” Balas Raykal.
Kedua-duanya
melabuhkan duduk untuk menyambung perbualan mereka. Masing-masing mengungkit
kisah lalu. Kedua-duanya tampak gembira sekali.
“Ehem…ehem..rancaknya
berbual? Sampai tak ingat kat I? Kan mama?” tegur Rayna di samping mamanya,
Puan Sueraya.
Raykarl
bingkas bangun untuk bersalaman dengan Aunt Sueraya. Rindu rasanya dengan Aunt
Sueraya yang masih kelihatan cantik berseri lagi. Sebuah kucupan hinggap di
pipi Aunt Sueraya daripada Raykarl.
“Aik!
Takkan Mama je? I pun nak?” usik
Rayna kepada abang sepupunya yang semakin bertambah hansem.
Raykarl
hanya senyum mendengar usikan adik sepupunya. Raykarl sempat memicit hidung
Rayna.
“Aduh!
Sakit tau. Tahulah hidung Rayna ni mancung. Tak payahlah nak kasi mancung
lagi.” Semua orang dalam rumah hanya ketawa melihat gelagat Rayna yang
sememangnya manja. Raykarl memang senang dengan keluarga Uncle Raymie yang meriah dengan telatah Rayna.
Habis
merah hidung Rayna. Kulitnya memang mudah sensitif tambahan lagi wajah yang
diwarisi daripada ayahnya membuatkan Rayna berbeza dengan abangnya, Riyyan yang
lebih mewarisi wajah mamanya.
“Abang
Raykarl, abang dah ada girlfriend
ke?” usik Rayna. Sekali lagi hidung Rayna menjadi mangsa cubitan Raykarl.
“Abang
tunggu Riyyan dulu..” balas Raykarl.
“Aik!
Aku pulak yang kena.”
“Abang-abangku
yang hansem plus macho, korang berdua
ni dah tua tau. Sepatutnya dah ada pasangan hidup masing-masing. Rayna tak
sabarlah nak ada anak buah yang comel macam Rayna.”
Raykarl
dan Riyyan sama-sama mencubit pipi Rayna. Kuat mengusik betul adiknya yang
seorang ni.
“Kalau
Rayna nak anak buah yang comel, Rayna carikanlah seseorang untuk abang Rayna
ni.”
“Boleh
je tapi Rayna kenalah cari seseorang juga untuk abang sepupu Rayna yang made in London ni.”
Ketiga-tiga
mereka saling ketawa. Lain pulak ceritanya, semakin menjadi-jadi pulak.
………………………………….
Aku
memicit hidungku untuk mengeluarkan hingus sehabis boleh. Sudah tiga kotak tisu
Premier habis ku guna untuk mengesat
air mataku. Sudahnya, habis katilku berselerak dengan cebisan tisu sana sini.
“Encik
London…”aku menyambung lagi tangisanku seperti budak kecil.
Deelila
mengetuk pintu bilik teman serumahnya itu. Sejak balik petang tadi, Adliena
belum keluar lagi. Risau dibuatnya.
“Tuk!
Tuk!Tuk!” ketuk Deelila di luar pintu. Deelila memulas tombol pintu. Tidak
berkunci. Deelila melangkah masuk ke dalam bilik Adliena.
“Ya
Allah! Budak bertuah ni!!”
Aku
hanya terus menangis dan menangis. Entahlah kenapa aku terlebih emo pulak. Padahal, Encik London tu tak pandang pun aku ni. Nak
kenal lagi la jauh sangat. Aku je yang minat lebih-lebih. Waktu lima kali putus
cinta pun tak seteruk begini. Haiyaa…inilah
kalau sudah ada masalah hati memang sukar dimengerti. Aik! Sejak bila pulak aku
ni dah pandai berjiwang karat?
“Kau
ni dah kenapa? Takkan pasal hal petang tadi tu kau nak emo lebih-lebih? Rilekslah. Kita tak tahu lagi cerita yang sebenar.
Mungkin?” Nasihat Deelila.
“Mungkin
apa?” aku sempat menghembus keluar hingusku.
“Eeee…tak
senonoh betul. Kalau la Encik Made In London kau tu nampak, sure kena reject terus.”
Aku
membuat muka masaam.
“Tadi
kau cakap mungkinkan? Maksud kau?”
“Yelah.
Cuba kau fikir. Boleh jadi perempuan Barbie
Doll tadi tu ada hubungan keluarga dengan Encik London kau tu. Boleh jadi itu sepupu dia ke? Aku tengokpun macam
mereka berdua tu ada iras-iras je.”
“Ya
ke? Kalau betul, aku memang happy
gila-gila. Tak payahlah aku nak nangis macam orang tak ingat dunia?” aku segera
mengutip tisu-tisu yang berselerak di atas katilku.
Betul
juga kata Deelila. Kenapa la aku emo
ni? Belum tentu lagi si Barbie Doll tu
kekasih dia? Kut kut orang gaji dia ke? Melampau pulak orang gaji cantik bak
model. Ah! Tak kisahlah. Aku kena tanam harapan baru demi Encik Made In London.
“Deelila!
Thank you so much. I love you more.
Kaulah pakar kaunseling cinta aku. Kali ni aku akan cuba berkenalan dengan
Encik Made In London. Yipppiii!!!”
ujarku gembira.
Deelila
tak sangka cepat betul angin temannya itu berubah. Harap yang dikatakannya tadi
tu betul la. Kalau tidak banjir lagi bilik ni.
“Baguslah
kalau dah fikir macam tu. Tidurlah. Esok kerja tau Cikgu Adliena Najwa. Mimpi
yang indah-indah.”
“Of course! Aku nak Encik Made
In London masuk dalam mimpi aku sambil main gitar.”
“Yalah
tu…jangan termimpikan Encik Made In
Malaysia sudah…ke Encik Made In
Bangladesh..” Deelila ketawa kuat dan bingkas bangun lalu beredar keluar
dari bilik Adliena.
“Kurang
asam!!”
Aku
bersorak gembira sambil berguling-guling ke kiri kanan di atas katil. Ya! Misi
untuk mengenali hati Encik Made In London
akan bermula. Hihihi…Adliena tersengih sambil menaip sesuatu di lap topnya.
Misi Mencuri Hati Encik Made In London
:
1.
Sentiasa tersenyum
bila bertemu dengan Encik Made In London
2.
Pandai
memasak adalah ciri-ciri utama untuk memikat hati lelaki (Boleh ke Adliena
Najwa? )
3.
Berpewatakan
menarik
4.
Lakukan
apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
5.
Tidak
mudah berputus asa
6.
Lelaki
tidak suka jika kamu memakai mekap yang tebal-tebal. (Aku memang mekap tak tebal
pun! Natural beauty…)
7. Menegetahui hari lahirnya
Gitar di tepi katil segera diambil
lalu dipetik untuk menggambarkan perasaan gembiranya.
Hariku
Harus
dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya
dipenuhi dengan senyumanmu owh..
Alangkah
indah
Jika
dirimu sentiasa
Di
sisiku sayangku
Berikanku
hanya satu
Hanya
satu
Lagu
Hariku
Harus
dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya
dipenuhi dengan suaramu divaku
Alangkah
indah
Jika
dirimu sentiasa
Di
sisiku sayangku
Berikanku
hanya satu
Hanya
satu
P/S : Bersambung...terima kasih kepada yang sudi follow cerita ni...hihihihi...nantikan macamana la Cikgu Adliena Najwa ni nak memikah hati Encik Made In London? hihihiih..by the way nak wish H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y to my BELOVED FATHER, ENCIK MOHD HASLI..:)
2 comments
Akak sambung cepat2 tau!!
ReplyDeleteOK....mlm ni akan diupdate...hihihi
ReplyDelete