Encik Made In LONDON 11
23:53
SENYUMAN terukir di bibirku tanda aku
sangat senang hati hari ini. Kesemua kerja hari ini berjalan dengan lancar. Tidak
lama lagi jam akan menunjukkan pukul 2.00 petang. Selepas ini, aku kena
menghadiri mesyuarat untuk membincangkan mengenai sambutan Hari Guru yang bakal
menjelang tidak lama lagi.
Aku mengemas buku-buku latihan yang berseleraj di
meja kerjaku sebelum bergerak menuju ke bilik mesyuarat.
“Ad! Dah nak pergi ke?” soal Deelila.
“A’ah. Kau?”
“Sama la. Jom!”
Kami berdua berjalan beriringan menuju ke bilik
mesyuarat. Memang setiap tahun, sekolah kami tidak ketinggalan untuk menyambut
sambutan Hari Guru malah sambutannya bukannya biasa-biasa. Kadang-kadang
mengalahkan rancangan Anugerah Bintang Popular pun ada. Biasalah kalau mengajar
kat sekolah yang ekslusif ni. Ikut standard
la.
Aku dan Deelila melangkah masuk ke dalam bilik
mesyuarat yang tampak begitu teratur hiasan dalamannya. Nampaknya kedatangan
kami berdua antara yang terawal. Baguslah daripada datang lambat tak juga tebal
muka nak menghadap Datin Vanida nanti.
Baru sahaja aku dan Deelila melabuhkan duduk di
kerusi, muncul Datin Vanida yang kelihatan anggun dengan baju kurung batik
berwarna hijau pucuk pisang dengan tudung yang senada dengannya. Aku sempat
menghadiahkan senyuman kepada Datin Vanida yang turut melabuhkan duduknya.
“My future
mother in law…” ucapku dalam hati sahaja. Gila aku nak cakap depan-depan. Memang
kena buang kerja la alamatnya.
Kelihatannya semua guru sudah tiba dan mengambil
tempat duduk masing-masing. Kesemua guru menumpukan fokus di bahagian tengah
iaitu tempat Datin Vanida sedang duduk.
“Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera kepada semua guru yang hadir pada petang ini. Baiklah,
tentu semua guru sudah tahu tujuan mesyuarat hari ini diadakan. Mesyuarat kali
ini adalah bertujuan untuk membincangkan sambutan Hari Guru bagi peringkat
Sekolah Menengah Sri Cempaka.”
Mesyuarat terus berjalan hampir dua jam. Akhirnya semua
ahli jawatankuasa telah diputuskan. Dan aku buat pertama kalinya telah dipilih
untuk menjadi AJK Persembahan. Maknanya aku kenalah buat yang bombastic! Hahaha…future mother in law sudah berikan amanah, so aku kena laksanakan. Haiyakkk…kuatnya
aku perasan! Deelila pula bertugas untuk menguruskan bahagian protokol.
………………………………………
Selesai sahaja mesyuarat, aku dan Deelila singgah di Fratini Restaurant. Disebabkan aku rasa
gembira hari ini, sengaja aku memilih restoran yang agak mahal. Mulanya Deelila
berkira juga namun aku memberitahunya hari ini aku nak belanja dia. Bukan main
gembira lagi.
“Laa…penuhnya. Macam tak ada kosong je?” rungutku.
“Yalah. Ramai pulak hari ini. So? Macamana jadi tak makan kat
sini ke nak cari tempat lain?”
“Eh! Mana boleh begitu. Aku kan dah janji nak belanja kau makan
kat sini..”
Mataku masih meliar-liar mencari tempat kosong.
“Baiknya hati anak mama ni. Siap belanja kat sini lagi. Tak sibuk
ke hari ni?” soal Datin Vanida kepada Raykarl.
“Well, today I’m free. So,
takde orang nak temankan Raykarl makan, Kan lebih bagus ajak mama.”
“Tulah…mama suruh cari isteri, tak mahu. Ni nak makan pun nak
berteman. Itu kalau mama ni masih ada, bolehlah nak temankan anak bujang mama
ni. Kalau mama dah tak ada…”
“Mama…Raykarl tak suka dengar mama cakap macam tu. Soal isteri
tu, nantilah Raykarl fikirkan.”
“Raykarl masih tunggu dia ke?” duga Datin Vanida. Bukannya dia
tidak tahu yang anaknya itu masih menunggu jawapan daripada Natasha, salah
seorang dari kenalan rapatnya. Bukannya dia tidak suka dengan pilihan anaknya
itu tapi kalau Natasha lebih mementingkan kerjayanya apa guna ditunggu lagi. Lebih
baik cari sahaja bunga yang lain.
Buat seketika, suasana petang di Fratini Restaurant dingin seketika. Bukannya Raykarl tidak mengerti
soalan mamanya itu namun Raykarl lebih memilih untuk berdiam sahaja. Dia faham
sikap mamanya begitu. Empat tahun sudah berlalu. Natasha telah membuat
keputusan untuk menguruskan syarikat fesyennya yang berada di Paris. Raykarl
sudah memberikan tempoh dua tahun untuk Natasha membina kerjayanya sebagai
seorang pereka fesyen namun Natasha meminta tambahan dua tahun lagi daripada
Raykarl. Hanya kerana sayangkan Natasha, Raykarl sanggup menunggu lagi.
“Hemm…Raykarl dengar tak lama lagi sekolah mama nak buat
sambutan Hari Guru kan? So, macamana
dengan persiapannya?” sengaja Raykarl mengubah topik perbualan.
“Hah…sengaja cari topik lain.” ujar Datin Vanida. Raykarl hanya
tayang giginya yang cantik tersusun ditambah lagi dengan lesung pipitnya, semakin
bertambah manis senyumannya.
Datin Vanida cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Mata Datin
Vanida tiba-tiba terhenti pada satu pasangan yang cukup dia kenal. Fikirnya
pasangan perempuan itu sedang mencari tempat duduk barangkali memandangkan hari
ini Fratini Restaurant kelihatan
begitu penuh sekali.
“Itu Cikgu Adliena dan Cikgu Deelila...” sebut Datin Vanida.
“Sorry…mama cakap
siapa?” soal Raykarl.
Datin Vanida tersenyum.
“Ehm…Raykarl, boleh tolong mama tak?”
“Of course.”
“Kalau macam tu, mama nak Raykarl ajak Cikgu Adliena dan Cikgu
Deelila makan semeja dengan kita. Kesian pulak mereka lama berdiri kat sana tu.
Ok?”
Raykarl mengalihkan pandangannya ke belakang. Perempuan itu?
Raykarl ingat perempuan itulah yang pengsan sewaktu kali pertama bertemu
dengannya. Memikirkan perkara itu, Raykarl tersenyum sendiri. Tak sangka tengok
muka aku yang hansem ni boleh buat orang jatuh pengsan. Agak-agak kalau aku
pergi jumpa dia sekarang, dia pengsan ke tak?
…………………………………..
“Ad, aku rasa kita makan kat tempat lain je la. Dah lebih lima
belas minit kita tercegat kat sini.”
“Tunggu la kejap lagi...” pujuk Ad.
Aku memandang kiri dan kananku. Tiba-tiba, badanku menjadi
kaku. Dia? Dia Encik Made In London!!!
Nak saja aku menjerit namanya tapi fikir logiklah. Takkan aku nak buat drama Tarzan kat restoran ni. Karang tak
pasal-pasal kena simbah dengan air kopi. Tapi…tapi…apa dia buat kat sini? Aku
tak stalk dia pun sampai makan kat
sini? Jodoh?
“Ad! Itu bukan Encik Made
In London yang kau idam-idamkan ke? Dia ke sini la. Oh my!!!”
“Shhh!! Aku betul-betul terkejut sekarang ni, Dee. Aku nak buat
apa ni? Nak pengsan lagi ke?”
“I don’t think that’s a
good idea. You better think fast, Ad and don’t you dare to collaps here.” Ugut
Deelila.
“Aku rasa kita memang tak sempat nak buat apa-apa..”
Raykarl menghadiahkan senyuman manisnya kepada dua orang gadis
di hadapannya ini. Raykarl masih ingat lagi dua orang cigku di depannya ini dan
yang paling Raykarl ingat sudah tentu cikgu yang berambut pendek paras bahu
itu.
“Hai! Berdua je?” soal Raykarl. Eh! Apasal pula aku tanya
soalan macam nak mengayat perempuan aje! Sudah terang lagi bersuluh mereka
berdua sahaja. Buat malu je la tanya soalan tu, Raykarl.
“Ya. Kitaorang berdua aje. Kalau tak silap awak ni anak Datin
Vanida kan?” soal Deelila. Nasib baik Deelila bijak bertindak dalam situasi
sekarang. Aku? Entah apa yang aku fikir sekarang. Padahal, semalam bukan main
lagi mencari cara untuk mencuri hati Encik Made
In London. Ini siapa yang sebenarnya hati sudah dicuri? Aku ke Encik Made In London?
“Betul tu. Sebab tu la
saya datang sini nak ajak korang berdua duduk semeja dengan kami. Lagipun,
sekarang ni masih ramai orang. Kalau nak tunggu, mesti lama lagi. Mama saya
ajak korang berdua ke sana. Sudi tak?” ajak Raykarl budiman.
Aduh! Baiknya dia ni. Macamanalah aku tak jatuh suka kat dia.
Tapi kalau difikirkan semula, mungkin ini salah satu cara untuk aku mulakan
misi mencuri hati Encik Made In London.
Yeh!!!
Tanpa berlengah, kami berdua mengikut langkah Encik London aku dari belakang. Dalam hati
sudah dup dap dup dap. Aku rasa macam
nak start menulis aje diari. Biar diari aku tahu hari ini adalah hari
bersejarah kerana aku bakal duduk makan semeja dengan Encik Made In London biarpun ditemani Datin
Vanida dan Deelila, aku tidak kisah. Yang penting memori bakal tercipta di Fratini Restaurant ini.
Sebaik sahaja tiba di meja makan, Datin Vanida bingkas bangun
untuk mengalukan kedatangan kami berdua. Datin Vanida tersenyum melihat kami
berdua lalu aku dan Deelila menghulurkan salam tanda hormat.
“Boleh saya duduk kat sini, Datin?” soal Deelila tanpa segan.
Deelila sempat mengelipkan matanya kepadaku. Memang ada udang di sebalik batu
betul!
“Boleh sangat. Hemm…nampak gayanya kenalah Cikgu Adliena duduk
di sebelah Raykarl. Tak apa kan?” soal Datin Vanida kepada Raykarl.
Raykarl hanya senyum. Oh
my! Biar betik? Aku duduk di sebelah Encik Made In London aku? Huwaaa!!! Bukan sahaja aku dapat duduk semeja
tapi duduk sebelah menyebelah lagi…haiyakkk…memang berdebar la hati ni. Kalau
aku pengsan sekarang, memang merosakkan suasana saja. Bukan senang nak jumpa
Encik Made In London dan ini mungkin
satu-satunya peluang untuk aku berkenalan dengan lebih dekat lagi.
Usai sudah memesan makanan, Datin Vanida mengajak kami berdua
berbual. Banyak juga latar belakang keluarga aku dan Deelila ditanyanya. Hai..macam
nak cari calon menantu pulak.
Aku dan Deelila langsung tidak rasa segan kerana layanan Datin
Vanida sangat mesra. Lupa pulak Raykarl berada di sebelahku kerana leka berbual
dengan mamanya.
“Maaflah, kalau saya tanya ni lari sikit dengan tajuk perbualan
kita.” Soal Datin Vanida kepadaku. Aku menghirup jus epal untuk memberikan
ketenangan seketika. Macam lain je bunyi soalan Datin ni. Raykarl hanya mendengar
sahaja perbualan di antara mamanya dengan dua orang guru muda ini.
“Hemm..Cikgu Adliena masih single?”
Gulp! Aku menelan air
jus epal yang aku baru minum. Perghhh! Soalan gaya macam wartawan pulak. Huwaa…macam
ada maknanya je Datin Vanida ni tanya aku soalan cepu emas tu. Ok..sekarang giliran
aku pulak nak jawab.
Tapi kalau aku cakap yang aku ni single pulak, nanti fikirnya aku tak laku pulak. Kalau aku cakap
aku tak single, melepas la aku nak
berkenalan dengan orang yang duduk di sebelah aku ni. Sudahlah dari tadi hati
aku ni asyik nak bergetar je duduk di sebelah Encik Made In London. Yang mana satu ni?
P/S : Bersambung...Selamat Malam dan Selamat Membaca kepada readers Anyeong Blog...huhuhu...lepas ni mimpikan Encik Made In London :)
5 comments
smbungg la cpt2..
ReplyDeleteon the way...hehe
ReplyDeleteok. thanks. cant wait :)
ReplyDeleteAkak bila nak sambung lagi?cerita2 yang lain macam mana?bila nak sambung?btw cerita akak mmg dabooombb
ReplyDeletemaaflah...right now akak tgh busy untk final exam..hope u guys can wait for next daboommb story :)
ReplyDelete