“ASSALAMUALAIKUM!”
Semua yang berada di meja makan
segera menoleh ke arah suara yang datang dari luar rumah itu. Mak Mona berlalu
keluar untuk membuka pintu utama. Namun, belum sempat Mak Mona berlalu, Arjuna
tiba-tiba bingkas bangun dari duduknya.
“Mak
Mona! Biar Ayish yang pergi buka pintu…” ujar Arjuna dengan tersengih. Hatinya tidak
sabar untuk bertemu dengan Cik Gadis Bunga. Aqmar hanya diam memerhatikan
tingkah laku adiknya itu sahaja.
“Amboi! Ayish…jangan
lupa pergi minta maaf ya! Bukannya nak pergi minta nombor telefon!” usik Datin
Sri Nona kepada Arjuna.
Semua tertawa.
Arjuna kemudian
berlalu pergi dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Memang hajat di hati
sebenarnya ingin meminta nombor telefon juga. Ah..Nenda memang selalu dapat
meneka kehendak hati aku. Takpe..yang penting aku akan minta maaf dengan dia
dulu.
“Assalamualaikum!”
kali ini aku bersuara sekali lagi. Aku kerling jam tanganku, masih awal lagi
ni.
Jambangan bunga
rose putih aku genggam di tangan manakala bahan-bahan untuk menggubah bunga sudah
ku masukkan ke dalam beg sederhana besar yang sedang tersangkut dibahuku. Mana
pulak mereka ni?
“Waalaikumsalam.” Pintu
utama sudah terbuka dan pastinya kali ini bukan Datin Sri Nona atau Mak Mona
mahupun Aqmar yang berada di depan pintu ketika ini.
Tapi dia. Budak tak
cukup tidur! Hemm…not bad pulak untuk kali ke dua pertemuan kami ni.
Baru nampak kemas. Kacak pulak dia pagi ni walaupun hanya mengenakan t-shirt putih
yang berbelang hitam dan berseluar pendek berwarna putih paras lutut. Eh! Eh! Aku
ni dah kenapa? Sibuk pulak memuji dia berbakul-bakul pagi ni.
“Ermm..Datin Sri
Nona ada di rumah?” soalku dan dia masih lagi tersenyum. Rasanya dia ni tak
kenal aku lagi kut. Dan boleh jadi dia tak ingat aku lagi kan?
Cantik. Manis. Bunga
rose putih tu memang sesuai dengan dia. Kalaulah aku tak buat hal hari tu,
mesti aku dah dapat nombor telefon dia awal-awal. Rambut yang hanya diikat
sederhana itu cukup menawan.
“Ehem…ehem..” aku
berdehem sekali lagi. Hisy..budak tak cukup tidur ni masih tak bangun-bangun
lagi ke? Orang tanya lain, dia termenung pulak.
“Sorry…I’m
really sorry.”
“Kenapa pulak?”
“Saya nak minta
maaf sebab hari tu saya layan awak dengan kurang sopan.” Ujar Arjuna jujur. Nendanya
sudah berkali-kali menyuruhnya untuk meminta maaf jika bertemu dengan Juleeya.
Hemmm..ingat pulak
dia ni. Ingatkan lupa. Aku senyum. Hisyy…kenapa pulak aku tiba-tiba senyum ni!
“Okay. Saya maafkan
awak. So, Datin Sri Nona ada tak kat rumah?” soalku sekali lagi.
Tadi baru je aku
nampak dia senyum. Sekarang dah bertukar pulak menjadi dingin semula. Wooo…nampaknya
jangan sangka Cik Gadis Bunga ni lembut orangnya. Tapi itu yang membuatkannya
menarik.
“Ada kat dalam. Mari,
saya tolong angkatkan beg tu.”
Ceh! Ada gaya
Romeo la pulak dia ni! Bisik hati Juleeya.
“Takpe. Saya dah
biasa. Lagipun ini kerja saya.”
“Takpe. Janganlah jual
mahal dengan saya. Saya ikhlas nak tolong awak ni.”
“Takpe.”
“Takpe.”
“Amboi-amboi! Budak
bertuah ni! Memang nakal ya.”
Arjuna hanya
menayang giginya kerana perbuatannya ditangkap oleh Nendanya.
“Datin, maaflah. Saya
tak berniat nak…”
“Takpe. Saya faham.
Cucu saya yang seekor ni memang begini perangainya. Tak matang lagi tu. Jangan
dilayan sangat.”
Dush! Jatuh saham
aku. Nenda dah bocorkan rahsia aku. Malulah aku kat depan gadis bunga idaman
aku ni. Takpe…takpe Arjuna. Senyum seindah suria.
“Marilah masuk.”
Ajak Datin Sri Nona dengan ramah.
Datin Sri Nona
membawa aku ke ruang tamu yang tampak sangat ekslusif itu. Aqmar pun turut
berada di situ bersama surat khabarnya.
“Hai, Juleeya.” Sapa
Aqmar.
“Hai.” Jawabku.
“Nenda saya ni dah
rindu sangat dengan gubahan bunga awak.” Usik Aqmar.
“Awak ni…” kami
semua tersenyum.
Arjuna hanya
memerhatikan mereka bertiga yang ketawa dengan riang. Aik! Dengan abang aku
boleh pulak dia cakap lembut-lembut. Kalau dengan aku, tak pulak macam tu.
“Hari ni, saya nak
awak tolong gubahkan bunga untuk ruangan billik tidur saya.” Ujar Datin Sri
Nona.
“Boleh. Lagipun
tiba-tiba semalam saya dapat idea baru untuk menggubah bunga.”
Yelah tu! Entah
kenapa tiba-tiba pulak aku dapat idea menggubah bunga Kristal bila teringatkan
budak tak cukup tidur tu! Dahlah dia tenung aku semacam je. Senyuman mu macam
mat Romeo je aku tengok.
“Ehemm…Cik
Juleeya, boleh tolong gubahkan satu bunga untuk bilik tidur saya?”
Tiba-tiba, Arjuna
bertanya. Semua orang saling berpandangan. Dah kenapa pulak dengan mamat ni? Tiba-tiba
je nak aku gubah bunga untuk dia! Suka hati dia je. Dahlah dia tanya klat depan
semua orang. Memang sengaja nak buat aku rasa bersalah.
Aqmar agak
terkejut mendengar soalan yan keluar dari mulut adiknya itu. Dia tidak
menyangka adiknya itu akan meminta Juleeya untuk menggubah bunga. Sedangkan dia
pun hendak meminta Juleeya menggubah bunga untuknya mengambil masa yang lama
untuk bertanya.
“Tak payahlah
dilayan sangat budak tak matang ni, Juleeya.” Usik Datin Sri Nona.
Memang dalam hati
aku tak nak layan pun. Tapi, macam kurang selesa la pulak bila aku tolak
permintaan dia kat depan semua orang ni.
“Boleh.” Jawabku sepatah.
“Betul! Yahoo!!!!”
Datin Sri Nona
hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aksi cucunya ini. Aqmar terkejut
juga kerana Juleeya boleh bersetuju hendak menggubah bunga untuk adiknya itu.
Namun, dia tidak ada sebab untuk mempertikaikan jawapan Juleeya. Siapalah dia. Dia
dan Juleeya hanya berkawan baik sahaja.
“Ehm…Nenda, saya
pergi dulu. Ayish jangan lupa esok pagi melapor diri. Assalamualaikum.” Ujar Aqmar
selepas menyalam tangan Nendanya.
“HAH! Alamak…”
“Elok-elok pergi
kerja.” Ucapku pada Aqmar.
“Terima kasih.
Kalau adik saya ni minta yang bukan-bukan, jangan dilayan sangat.”
“Faham…”
Aku ketawa begitu
juga dengan Datin Sri Nona.
“Baiklah. Kalau begitu,
apa kata Juleeya pergi gubah bunga untuk bilik Ayish dulu. bila dah siap,
barulah gubah bunga untuk bilik saya pulak.” Cadang Datin Sri Nona.
Aku menelan air
liur. Alamak..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Itulah kau Juleeya.
Pandai-pandai pulak kau setuju nak menggubah bunga untuk budak tak matang ni!
“Ayish?”
“Ayish tu nama
manja cucu saya ni. Nanti Juleeya bolehlah kenal-kenal dengan dia.”
“Hemm…yalah.” Balasku
acuh tak acuh sambil menjeling ke arahnya.
Aku hanya menurut
langkah Ayish menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua. Sampai di muka
pintu, Ayish terus membuka pintu biliknya.
“Silakan masuk.” Pelawanya.
Aku melangkah
masuk ke dalam dengan perasaan yang masih lagi geram dan segan. Pintu bilik
sengaja dibiarkan terbuka luas oleh Ayish. Kira masih bagusalah otak dia ni.
Wah! Luas giler
bilik dia ni. Katil pulak bersaiz king. Tak sangkap pulak ada patung-patung Barney
kat atas katil dia ni. Nak gelak pun ada. Memang kurang matang.
“So, nak
hias bunga tu kat bahagian mana?” soalku.
“Hemm…saya nak kat
sini.” tunjuk Ayish di meja kecil tepi katilnya.
“Okay.”
“Awak tak nak tahu
sebab apa saya pilih tempat tu?” Arjuna tersenyum.
“Takpelah. Saya tak
nak ambil tahu pun.” Jawabku.
“Mana boleh macam
tu. Awak kena ambil tahu sebab mulai hari ini, saya akan jadi pelanggan tetap
awak untuk seumur hidup.”
Pergh! Arjuna sudah
mula memulakan ayat-ayat Romeonya buat si gadis bunga kesukaannya. Harap-harap
menjadilah.
Hisy! Meluat betul.
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya nak
memikat awaklah.” Jawab Arjuna terus terang.
Gulp!
Gila betul!
“Saya rasa awak
kena bersikap professional. Tolong ketepikan hal peribadi awak. Sekarang ni
waktu bekerja saya. Jadi, saya tak bazirkan masa saya.”
“So, kalau
masa bekerja awak dah tamat, bolehlah saya memikat awak?”
“Tak kuasalah nak
layan awak ni!”
Juleeya mendekati
meja kecil itu. Sedang Arjuna masih lagi dalam misinya untuk menawan hati Cik
Gadis Bunganya.
“Your time is
over!” ujar Arjuna.
“Kenapa pulak?”
“Sebab hari ni
saya cuma nak awak tengok tempat untuk letak bunga gubahan awak nanti. Selebihnya,
saya akan berikan awak masa untuk menggubah bunga yang sesuai untuk bilik saya
ni. That’s all.”
“Okay la
kalau macam tu. Kalau macam tu, saya nak keluar. Kerja saya dah habiskan.”
“Tunggu dulu!”
tahan Arjuna di muka pintu.
Juleeya menghentikan
langkahnya kerana Ayish berada di depannya.
Apa lagi mamat ni
nak? Tak sudah-sudah. Dahlah jelingan mata dia ni buat aku sesak nak nafas.
“Boleh saya tahu
nama penuh, umur, alamat rumah dan birthday Cik Gadis Bunga?”
Arjuna tersenyum
manis.
P/S : Bersambung...
- 19:38
- 0 Comments