CIK GADIS BUNGA 4

19:38



“ASSALAMUALAIKUM!”
            Semua yang berada di meja makan segera menoleh ke arah suara yang datang dari luar rumah itu. Mak Mona berlalu keluar untuk membuka pintu utama. Namun, belum sempat Mak Mona berlalu, Arjuna tiba-tiba bingkas bangun dari duduknya.
                “Mak Mona! Biar Ayish yang pergi buka pintu…” ujar Arjuna dengan tersengih. Hatinya tidak sabar untuk bertemu dengan Cik Gadis Bunga. Aqmar hanya diam memerhatikan tingkah laku adiknya itu sahaja.
            “Amboi! Ayish…jangan lupa pergi minta maaf ya! Bukannya nak pergi minta nombor telefon!” usik Datin Sri Nona kepada Arjuna.
            Semua tertawa.
            Arjuna kemudian berlalu pergi dengan hati yang penuh berbunga-bunga. Memang hajat di hati sebenarnya ingin meminta nombor telefon juga. Ah..Nenda memang selalu dapat meneka kehendak hati aku. Takpe..yang penting aku akan minta maaf dengan dia dulu.
            “Assalamualaikum!” kali ini aku bersuara sekali lagi. Aku kerling jam tanganku, masih awal lagi ni.
            Jambangan bunga rose putih aku genggam di tangan manakala bahan-bahan untuk menggubah bunga sudah ku masukkan ke dalam beg sederhana besar yang sedang tersangkut dibahuku. Mana pulak mereka ni?
            “Waalaikumsalam.” Pintu utama sudah terbuka dan pastinya kali ini bukan Datin Sri Nona atau Mak Mona mahupun Aqmar yang berada di depan pintu ketika ini.
            Tapi dia. Budak tak cukup tidur! Hemm…not bad pulak untuk kali ke dua pertemuan kami ni. Baru nampak kemas. Kacak pulak dia pagi ni walaupun hanya mengenakan t-shirt putih yang berbelang hitam dan berseluar pendek berwarna putih paras lutut. Eh! Eh! Aku ni dah kenapa? Sibuk pulak memuji dia berbakul-bakul pagi ni.
            “Ermm..Datin Sri Nona ada di rumah?” soalku dan dia masih lagi tersenyum. Rasanya dia ni tak kenal aku lagi kut. Dan boleh jadi dia tak ingat aku lagi kan?
            Cantik. Manis. Bunga rose putih tu memang sesuai dengan dia. Kalaulah aku tak buat hal hari tu, mesti aku dah dapat nombor telefon dia awal-awal. Rambut yang hanya diikat sederhana itu cukup menawan.
            “Ehem…ehem..” aku berdehem sekali lagi. Hisy..budak tak cukup tidur ni masih tak bangun-bangun lagi ke? Orang tanya lain, dia termenung pulak.
            Sorry…I’m really sorry.”
            “Kenapa pulak?”
            “Saya nak minta maaf sebab hari tu saya layan awak dengan kurang sopan.” Ujar Arjuna jujur. Nendanya sudah berkali-kali menyuruhnya untuk meminta maaf jika bertemu dengan Juleeya.
            Hemmm..ingat pulak dia ni. Ingatkan lupa. Aku senyum. Hisyy…kenapa pulak aku tiba-tiba senyum ni!
            “Okay. Saya maafkan awak. So, Datin Sri Nona ada tak kat rumah?” soalku sekali lagi.
            Tadi baru je aku nampak dia senyum. Sekarang dah bertukar pulak menjadi dingin semula. Wooo…nampaknya jangan sangka Cik Gadis Bunga ni lembut orangnya. Tapi itu yang membuatkannya menarik.
            “Ada kat dalam. Mari, saya tolong angkatkan beg tu.”
            Ceh! Ada gaya Romeo la pulak dia ni! Bisik hati Juleeya.
            “Takpe. Saya dah biasa. Lagipun ini kerja saya.”
            “Takpe. Janganlah jual mahal dengan saya. Saya ikhlas nak tolong awak ni.”
            “Takpe.”
            “Takpe.”
            “Amboi-amboi! Budak bertuah ni! Memang nakal ya.”
            Arjuna hanya menayang giginya kerana perbuatannya ditangkap oleh Nendanya.
            “Datin, maaflah. Saya tak berniat nak…”
            “Takpe. Saya faham. Cucu saya yang seekor ni memang begini perangainya. Tak matang lagi tu. Jangan dilayan sangat.”
            Dush! Jatuh saham aku. Nenda dah bocorkan rahsia aku. Malulah aku kat depan gadis bunga idaman aku ni. Takpe…takpe Arjuna. Senyum seindah suria.
            “Marilah masuk.” Ajak Datin Sri Nona dengan ramah.
            Datin Sri Nona membawa aku ke ruang tamu yang tampak sangat ekslusif itu. Aqmar pun turut berada di situ bersama surat khabarnya.
            “Hai, Juleeya.” Sapa Aqmar.
            “Hai.” Jawabku.
            “Nenda saya ni dah rindu sangat dengan gubahan bunga awak.” Usik Aqmar.
            “Awak ni…” kami semua tersenyum.
            Arjuna hanya memerhatikan mereka bertiga yang ketawa dengan riang. Aik! Dengan abang aku boleh pulak dia cakap lembut-lembut. Kalau dengan aku, tak pulak macam tu.
            “Hari ni, saya nak awak tolong gubahkan bunga untuk ruangan billik tidur saya.” Ujar Datin Sri Nona.
            “Boleh. Lagipun tiba-tiba semalam saya dapat idea baru untuk menggubah bunga.”
            Yelah tu! Entah kenapa tiba-tiba pulak aku dapat idea menggubah bunga Kristal bila teringatkan budak tak cukup tidur tu! Dahlah dia tenung aku semacam je. Senyuman mu macam mat Romeo je aku tengok.
            “Ehemm…Cik Juleeya, boleh tolong gubahkan satu bunga untuk bilik tidur saya?”
            Tiba-tiba, Arjuna bertanya. Semua orang saling berpandangan. Dah kenapa pulak dengan mamat ni? Tiba-tiba je nak aku gubah bunga untuk dia! Suka hati dia je. Dahlah dia tanya klat depan semua orang. Memang sengaja nak buat aku rasa bersalah.
            Aqmar agak terkejut mendengar soalan yan keluar dari mulut adiknya itu. Dia tidak menyangka adiknya itu akan meminta Juleeya untuk menggubah bunga. Sedangkan dia pun hendak meminta Juleeya menggubah bunga untuknya mengambil masa yang lama untuk bertanya.
            “Tak payahlah dilayan sangat budak tak matang ni, Juleeya.” Usik Datin Sri Nona.
            Memang dalam hati aku tak nak layan pun. Tapi, macam kurang selesa la pulak bila aku tolak permintaan dia kat depan semua orang ni.
            “Boleh.” Jawabku sepatah.
            “Betul! Yahoo!!!!”
            Datin Sri Nona hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat aksi cucunya ini. Aqmar terkejut juga kerana Juleeya boleh bersetuju hendak menggubah bunga untuk adiknya itu. Namun, dia tidak ada sebab untuk mempertikaikan jawapan Juleeya. Siapalah dia. Dia dan Juleeya hanya berkawan baik sahaja.
            “Ehm…Nenda, saya pergi dulu. Ayish jangan lupa esok pagi melapor diri. Assalamualaikum.” Ujar Aqmar selepas menyalam tangan Nendanya.
            “HAH! Alamak…”
            “Elok-elok pergi kerja.” Ucapku pada Aqmar.
            “Terima kasih. Kalau adik saya ni minta yang bukan-bukan, jangan dilayan sangat.”
            “Faham…”
            Aku ketawa begitu juga dengan Datin Sri Nona.
            “Baiklah. Kalau begitu, apa kata Juleeya pergi gubah bunga untuk bilik Ayish dulu. bila dah siap, barulah gubah bunga untuk bilik saya pulak.” Cadang Datin Sri Nona.
            Aku menelan air liur. Alamak..terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Itulah kau Juleeya. Pandai-pandai pulak kau setuju nak menggubah bunga untuk budak tak matang ni!
            “Ayish?”
            “Ayish tu nama manja cucu saya ni. Nanti Juleeya bolehlah kenal-kenal dengan dia.”
            “Hemm…yalah.” Balasku acuh tak acuh sambil menjeling ke arahnya.
            Aku hanya menurut langkah Ayish menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua. Sampai di muka pintu, Ayish terus membuka pintu biliknya.
            “Silakan masuk.” Pelawanya.
            Aku melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang masih lagi geram dan segan. Pintu bilik sengaja dibiarkan terbuka luas oleh Ayish. Kira masih bagusalah otak dia ni.
            Wah! Luas giler bilik dia ni. Katil pulak bersaiz king. Tak sangkap pulak ada patung-patung Barney kat atas katil dia ni. Nak gelak pun ada. Memang kurang matang.
            So, nak hias bunga tu kat bahagian mana?” soalku.
            “Hemm…saya nak kat sini.” tunjuk Ayish di meja kecil tepi katilnya.
            “Okay.”
            “Awak tak nak tahu sebab apa saya pilih tempat tu?” Arjuna tersenyum.
            “Takpelah. Saya tak nak ambil tahu pun.” Jawabku.
            “Mana boleh macam tu. Awak kena ambil tahu sebab mulai hari ini, saya akan jadi pelanggan tetap awak untuk seumur hidup.”
            Pergh! Arjuna sudah mula memulakan ayat-ayat Romeonya buat si gadis bunga kesukaannya. Harap-harap menjadilah.
            Hisy! Meluat betul.
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab saya nak memikat awaklah.” Jawab Arjuna terus terang.
            Gulp!
            Gila betul!
            “Saya rasa awak kena bersikap professional. Tolong ketepikan hal peribadi awak. Sekarang ni waktu bekerja saya. Jadi, saya tak bazirkan masa saya.”
            So, kalau masa bekerja awak dah tamat, bolehlah saya memikat awak?”
            “Tak kuasalah nak layan awak ni!”
            Juleeya mendekati meja kecil itu. Sedang Arjuna masih lagi dalam misinya untuk menawan hati Cik Gadis Bunganya.
            Your time is over!” ujar Arjuna.
            “Kenapa pulak?”
            “Sebab hari ni saya cuma nak awak tengok tempat untuk letak bunga gubahan awak nanti. Selebihnya, saya akan berikan awak masa untuk menggubah bunga yang sesuai untuk bilik saya ni. That’s all.”
            Okay la kalau macam tu. Kalau macam tu, saya nak keluar. Kerja saya dah habiskan.”
            “Tunggu dulu!” tahan Arjuna di muka pintu.
            Juleeya menghentikan langkahnya kerana Ayish berada di depannya.
            Apa lagi mamat ni nak? Tak sudah-sudah. Dahlah jelingan mata dia ni buat aku sesak nak nafas.
            “Boleh saya tahu nama penuh, umur, alamat rumah dan birthday Cik Gadis Bunga?”
            Arjuna tersenyum manis.

P/S : Bersambung...

 

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images