CIK GADIS BUNGA 3

00:02



PAGI ini aku akan terus ke kedai bungaku. Sebab hari ni aku takde appointment pun nak pergi ke rumah Datin Sri Nona. Jadi, rutin harian ku seperti biasa akan membuka kedai bunga bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 7.00 malam.
            Aku memakirkan keretaku terlebih dahulu di depan kedai. Bonet kereta belakang aku buka untuk mengambil bunga yang siap digubah olehku semalam. Entah tiba-tiba boleh pulak aku menggubah bunga walaupun otakku penuh dengan muka budak tak cukup tidur tu.
            “Good morning, Cik Juleeya. Wow! Cantiknya bunga tu. Dapat ilham baru eh?” usik Mai.
            “Morning to you too. Dapat ilham? Bolehlah dikatakan juga. I pun tiba-tiba je terfikir nak gubah bunga macam ni. Nasib baik bahan-bahan semuanya dah siap-siap stok kat rumah.”
            “Wah! Siapalah yang bagi Cik Juleeya kita yang manis ni ilham ek? Pakwe ke?”
            “Choihhh!!! Dahlah…Mai. You tolong ambil ni bunga Kristal ni and letak kat depan tu buat display ya.”
            Mai mengambil bunga Kristal itu dari genggaman tanganku. Kemudian, aku terus beredar menuju masuk ke dalam pejabat ku.                           
            Hemmm…wanginya. Haruman bunga-bunga lavender mengelilingi kamar pejabatku. Dengan berlatarkan dinding yang bercat putih dan juga biru ocean amat menyenangkan hatiku.
…………………………..
            “Ayish! Bangunlah. Dah tengah hari ni.” Kejut Mak Mona kepada cucu majikannya.
            Hisy! Budak ni memang tak makan saman betul! Nak dikata takut Nendanya, macam tak pulak. Nak kata takut abangnya, lagilah tak. Bertuah betul budak ni. Balik oversea, kerjanya membuta sahaja.
            “Ayish…Ayish…bangunlah. Nanti Datin Sri mengamuk karang. Ayish juga yang susah.” Mak Mona mengejutkan sekali lagi dengan menggerakkan bahu Ayish. Namun, sia-sia sahaja. Ini kalau di letak bom jangka masa pun, tak tahulah sedar ke tidak.
            Nak tak nak, Mak Mona menuju ke tingkap untuk memberi ruang cahaya masuk ke dalam bilik Ayish. Mungkin dengan cara ini Ayish boleh bangun dari tidurnya.
            Ayish yang merasakan wajahnya  di terangi samar-samar cahaya sedikit terganggu tidurnya. Dia tahu pasti Mak Mona ingin mengejutkan tidurnya. Tidak. Dia belum lagi ingin bangun kerana semalaman dia bermain permainan videonya. Habis sahaja bermain X-box, dia terus menonton kartun kegemarannya, Backhom. Tepat jam 4 pagi, barulah dia melelapkan tidurnya.
            “Ayish! Ayish!” kini suara Mak Mona sedikit tinggi berbanding tadi. Kali ini dia perlu bersikap lebih tegas kerana tidak lama lagi pasti Datin Sri Nona akan tiba-tiba bila masa-masa sahaja. Pesannya untuk mengejutkan Ayish dari tidur.
            Arjuna hanya mengeliat kecil sahaja namun matanya masih belum terbuka segar dengan suara Mak Mona yang boleh tahan nyaringnya. Aduhh!!! Bisinglah Mak Mona ni. Orang nak tidur pun kena ganggu. Bisik hati Arjuna.
            Tiba-tiba, tombol pintu bilik Arjuna dibuka perlahan. Mak Mona segera memalingkan mukanya ke arah pintu tersebut. Rupa-rupanya Datin Sri Nona yang membukanya dan melangkah masuk perlahan-lahan sambil mengarahkan Mak Mona untuk diam tidak berkata apa-apa.
            “Amboi! Budak bertuah  seorang ni memang nak kena ni. Sudah diberi tazkirah hari-hari, tiap-tiap malam supaya berubah matang, tak juga-juga jadi. Hisy…nasib baik aku ni takde lemah jantung kalau tak dah lama aku jalan.” Omel Datin Sri Nona yang sudah bercekak pinggang melihat cucunya berselubung dengan selimut tebalnya.
            “Ayish…Ayish..bangunlah.” sapa lembut Datin Sri Nona.
            “Erhmmm…janganlah ganggu Ayish, Mak Mona. Ayish nak tidur ni.” Jawab Arjuna dalam keadaan mamai.
            Hisy..budak ni. Saja nak panaskan hati aku. Nasib baik cucu aku. Sekali kala nak juga aku tarik telinga Ayish ni karang. Padan muka.
            Mak Mona hanya ketawa melihat perangai Datin Sri Nona dan Ayish yang saling tidak mahu mengalah. Kedua-duanya degil. Berlainan sekali dengan sikap Aqmar yang sentiasa tenang.
            “Ayish! Ayish!! Bangun sekarang juga!!” Suara nyaring Datin Sri Nona sudah memenuhi ruang bilik Arjuna.
            Serta merta Arjuna tersedar dari tidurnya. Kenal benar dia dengan suara yang nyaring mengalahkan suara penyanyi Jaclyn Victor itu. Siapa lagi kalau bukan Nendanya yang terhormat. Fikirnya tadi Mak Mona tapi ternyata dia silap. Nampaknya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi bukan Arjuna jatuh ke tanah, masalah jatuh dari katil.
            “Aduhhh!! Sakitnya pungggung aku. Ini aset Ayisy, Nenda.”
            Tergelak Datin Sri Nona melihat cucunya yang jatuh bagai nangka busuk. Itulah, nak sangat tidur. Rezeki pun lambat masuk.
            “Hah! Sekarang dah segar?” sindir Datin Sri Nona kepada Arjuna.
            “Dah…” Arjuna membulatkan matanya kepada Nendanya.
            “Bagus. Sekarang…pergi mandi dan bersiap. Temankan Nenda nak jumpa kawan-kawan Nenda.”
            Hah! Alamak! Malasnya nak ikut. Nanti tak pasal-pasal aku kena tanya macam-macam.
            “Tak naklah..malaslah. Lagipun Ayish tak nak ganggu geng Nenda nak berbual nanti.”
            “Takde. Cepat bersiap sekarang. Ayish tu bukannya ada kerja pun. Cepat atau Nenda tarik elaun Ayish!” tegas bunyinya.
            “Okay…okay..Ayish bersiap sekarang.”
…………………………………
            Aqmar begitu sibuk hari ini dengan mesyuarat dari pelabur saham yang datang dari luar Negara. Hajatnya tadi ingin mengajak Juleeya untuk keluar makan tengah hari dengannya namun gara-gara tiba-tiba saja ada mesyuarat penting, terpaksa dibatalkan saja hajatnya itu. Aqmar akui Juleeya sememangnya gadis yang sangat menyenangkan dan lebih-lebih lagi mereka sebaya membuatkan hubungan mereka berdua cukup selesa walaupun mash belum ke tahap serius.
            Namun terdetik di hatinya untuk menghubungi Juleeya. Pastinya Juleeya kini sedang menggubah bunga. Sebenarnya Aqmar suka melihat Juleeya menggubah bunga ketika dia bertandang ke rumahnya setiap hujung bulan. Memang Aqmar ternanti-nanti akan kunjungan Juleeya.
            Aqmar merenung bunga Bougainvillea yang digubah khas oleh Juleeya. Aqmar ingat lagi ketika Juleeya sedang asyik menggubah bunga untuk Nendanya.
            “Hai..sibuk ke?”
            “Hai...sibuklah juga.”
            “Cantik.”
            “Thank you. Bunga ni memang cantikkan?”
            “Saya tak cakap bunga tu cantik.” Aku sudah tersipu malu daaa…
            Okay. Aku dah faham sekarang. Maknanya kalau bukan bunga yang cantik, boleh jadi Amar sedang puji akulah. Haiyaaa…aku hanya senyum.
            “Kalau saya nak bunga macam tu, boleh tak? Saya nak letak kat pejabat saya?”
            “Okay. Nanti saya tolong gubahkan khas untuk awak.”
            “Thank you.”
            “You’re welcome.”
…………………………………….
            Bosannya aku. Banyak pula ceritanya nenek-nenek datin ni semua. Nenda pun satu nak juga diajaknya aku yang muda belia ni ke sini. Orang ramai kat sekeliling aku pun pandang aku lain macam je. Yelah…semua yang duduk satu meja bulat ni yang sebaya dengan Nenda aku. Hanya aku kumbang yang muda remaja ni tersangkut kat sini.
            “Hemm..Nona, hari tu saya ada tengok Majalah Nona.”
            “Perli nampak?” usik Datin Sri Nona. Bukannya dia tidak tahu majalah Nona itu. Dia tahu malah nama majalah itu juga sama dengan namanya.
            “Takdelah. Hari tu saya terbaca artikel tentang awak. And saya tertariklah dengan hiasan dalaman rumah  awak lebih-lebih lagi gubahan bunga ros yang cukup ekslusif tu.”
            Datin Sri Nona tersenyum mendengar pujian temannya.
            “Bunga ros itu digubah khas oleh pemilik kedai bunga kegemaran saya.”
            Arjuna yang mulanya tidak tertarik dengan perbualan nenek-nenek datin ini terus tiba-tiba berminat kerana ingin mendengar cerita Nendanya tentang pemilik kedai bunga yang dimaksudkannya.
            “Apa nama kedai tu? Saya pun naklah dia tolong gubahkan bunga untuk saya.”
            “Kedai Bunga Floral J.”
            “Oh…kedai bunga tu. Tak tahu pulak saya dia menawarkan perkhidmatan untuk menggubah bunga ke rumah awak. Anak perempuan saya memang minat dengan hasil gubahan tangan dari dia.”
            “Saya yang minta dia datang ke rumah saya.”
            “Oh..begitu. Anak perempuan saya kata, orangnya cantik dan masih bujang lagi. Kalaulah saya cucu lelaki saya masih bujang, confirm saya jodohkan dengan dia.”
            Amboi! Nenek Datin ni! Sibuk pulak dia nak menjodohkan pemilik kedai tu dengan cucu lelakinya. Over pulak nenek datin ni!
            Datin Sri Nona hanya tersenyum sahaja.
            “Hemm…esok Juleeya akan datang ke rumah saya untuk menghias bilik saya. Tak sabar pulak nak tunggu esok.”
            Arjuna tersenyum seribu makna untuk menanti hari esok.
…………………………………
            Hari ini tanggal 31 haribulan. So, seperti biasa aku akan ke rumah Datin Sri Nona. Kali ini, aku akan menggubah bunga untuk menghias kamar bilik Datin Sri Nona.
            Entah angin apa tiba-tiba sahaja Arjuna bangun awal pada ini. Datin Sri Nona dan Aqmar ternyata begitu terkejut. Selalunya ruang makan pagi biasanya hanya ditemani mereka berdua sahaja. Namun, pada kali ini Arjuna yang sudah bersiap kemas tiba-tiba sahaja muncul untuk bersarapan bersama.
            “Good morning, my dear grandma and my big brother.”
            “Good…morning.”
            “Hai…awalnya bangun. Ingatkan nak kejutkan sampai tengah hari.” Sindir Datin Sri Nona. Aqmar hanya tersenyum kecil.
            “Alaaa…Nenda ni. Ayish bangun awal pun Nenda tak suka ke.” Arjuna membuat muka kasihan.
            Aku bangun awal ni pun sebenarnya naj berjumpa dengan cik gadis bunga yang bernama Juleeya tu. Rasa-rasanya aku kena minta maaf dengan dia pasal hari tu.
            “Yelah tu. Kamu tu bukannya Nenda tak tahu. Kalau tak membuta kerjanya mesti nak keluarkan?”
            “Taklah. Hari ni Ayish nak duduk kat rumah je. Saja je bangun awal hari ni. Tiba-tiba pulak mata Ayish ni segar bugar pulak pagi ni. Mungkin sebab Nenda dah cantik macam bunga kut..” usik Ayish. Datin Sri Nona menahan geram dengan usikan  cucunya yang nakal ini.
            Aqmar tiba-tiba meletuskan ketawanya. Ayish ni kalau hendak mengenakan Nendanya memang nombor satu.
            “Aku ni dah berumur. Tak payah la nak samakan Nenda ni dengan bunga. Ayish tu kumbang yang sangat nakal. Tak tahulah bunga mana yang sanggup hadap kerenah kumbang nakal ni. Cakap pasal bunga ni, jangan lupa Nenda nak Ayish minta maaf dengan Juleeya nanti. And one more thing, by tomorrow, I want you to get work with Aqmar. Understand?” arah Datin Sri Nona bak komander tentera.
            Aqmar bertambah gelak lagi kerana kali ini Nendanya pulak mengenakan adik lelakinya itu.
            “Gelak…gelak..gelaklah..nanti lalat masuk dalam mulut abang.”
            “Rumah ni mana ada lalat tapi cuma ada dua kumbang saja.”
            Giliran Datin Sri Nona pulak yang ketawa dan saat itu…
            “Assalamualaikum!”

P/S : Bersambung...

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images