Encik MADE IN LONDON 13
20:51
“Adliena?” tanya Raykarl.
“Raykarl!” balasku
dengan perasaan yang masih lagi terkejut dengan kehadirannya. Tak sangka aku
boleh terserempak dengannya.
Raykarl
menghadiahkan senyuman kepada dua orang gadis dikenalinya ini. Riyyan hanya
memandang pelik. Raykarl kenal ke dua orang perempuan ni? Perempuan
yang berambut pendek ni sebenarnya boleh tahan cantik juga. Kawan dia pun sama.
“Kau
kenal ke Raykarl?” soal Riyyan.
“Maaflah,
Adliena, Deelila. Sepupu saya ni memang over sikit.” Seloroh Raykarl.
Alahai!
Ini yang aku lemah bila dengar suara Encik London aku ni. Dah turun
sikit suhu panas hati pada sepupu dia ni. Dahlah sebut nama aku. Sedap je aku
dengar. Hisy..menyemak je sepupu dia ni. Bisik hati Adliena.
“Oh…sepupu
rupanya.” Jawabku dalam hati.
“So, kau
kenal mereka ni rupanya. Sejak bila? Tak takut Natasha cemburu ke?”
Natasha?
Siapa pulak tu? Apa hubungan Natasha tu dengan Encik London? Atau
Natasha tu perempuan yang macam Barbie doll aku nampak tempoh hari?
Air muka
Raykarl terus berubah saat mendengar nama Natasha saat ini. Hatinya kini memang
terasa sakit dan geram kerana Natasha sepertinya tidak mengambil serius dengan
hubungan mereka selama ini. Jika Natasha terus bersikap begini, memang
hubungannya tidak akan direstui oleh mamanya. Mood Raykarl untuk makan
malam terus mati. Rasanya dia tidak betah untuk berada di sini.
“Riyyan, sorry.
Aku balik dulu.” ujar Raykarl dingin tanpa memandang Adliena dan Deelila yang
turut berada di situ. Lalu, Raykarl terus berlalu dari situ.
Kini
hanya tinggal mereka bertiga sahaja di meja makan itu. Suasana masih lagi
dingin. Adliena masih lagi tertanya-tanya tentang perubahan sikap Raykarl tadi.
Kali ini Adliena dapat melihat sisi yang berbeza dari Encik Made In London
yang selalu diimpikannya. Siapa Natasha?
“Babe?
Babe? Kau ok ka?” bisik Deelila kepada Adliena.
“Ehmm…aku
okay.”
“Ehem!
Ehem!” Riyyan berdehem.
Pelik.
Apa hal pulak Raykarl tiba-tiba naik angin bila aku sebut tentang Natasha?
Mereka bergaduh ke? Tapi takkanlah sampai hilang mood nak makan.
“Korang
berdua ni masih nak teruskan makan kat sini ke?” soal Riyyan.
“Mestilah.”
Balas Deelila.
“Hemm..kalau
macam tu, lebih baik aku gerak dulu. Lagipun, Raykarl dah balik. Takkan aku nak
makan seorang diri pulak. Tak best pulak. Apapun hal tadi tu, aku minta
maaf. Okay, Cik Deelila dan Cik Adliena kan?”
“Kami pun
nak minta maaf jugak. So, kita seri. Kosong..kosong.” jawab Deelila
berseloroh. Riyyan tersenyum sambil matanya sempat mencuri pandang ke arah
Adliena.
Senyap
pulak minah ni tiba-tiba. Tadi aku tengok bukan main terkejut lagi reaksi dia
bila terserempak dengan Raykarl kat sini. Eh! Apa aku nak sibuk pulak ni! Suka
hati dialah nak senyap ke tidak. Itu bukan urusan aku pun. Yang penting, aku
nak tahu cerita tentang Raykarl sekarang ni.
“Saya
pergi dulu la ye…” ujar Riyyan.
“Ok.”
Jawab Deelila.
“Tunggu!
Siapa Natasha?” soal Adliena tanpa berfikir dahulu. Hatinya kuat ingin tahu
siapa perempuan yang bernama Natasha itu.
Terkejut
Riyyan mendengarnya. Kenapa pulak perempuan ni nak tahu tentang Natasha? Atau
jangan-jangan perempuan ni suka kat Raykarl? Boleh jadi. Aku dapat rasa
perempuan ni sebenarnya ada perasaan pada Raykarl. Riyyan segera berpaling ke
belakang semula.
“Ad! Apa
yang kau cuba buat ni?” Deelila segera menarik lengan Adliena lalu mengajaknya
untuk segera beredar dari situ. Kalau lebih lama di situ, tentu sepupu kepada
Raykarl itu akan terus bertanya lebih banyak lagi,
“Hey!
Hey!”
Apa hal
pulak mereka lari? Takutlah tu rahsia pecah. Hemm…interesting. Well Natasha,
I think you have a new rival? Riyyan hanya tersenyum sinis.
………………………………….
Usai
sampai di parkir kereta, Deelila dan Adliena berhenti di tepi kereta mereka.
“Ad! Ad!”
“Hah?
Apa?” jawabku.
“Kau
sedar tak apa yang kau dah cakap tadi?”
“Kenapa
pulak?”
“Yalah!
Yang kau tiba-tiba tanya sepupu Raykarl tu tentang Natasaha kenapa?”
Hah!
Adliena cuba mengingat semula kejadian tadi. Dia memang benar-benar rasa
terganggu dengan nama Natasha itu tadi. Adliena betul-betul rasa ingin tahu
siapa Natasha kepada Raykarl? Kekasih Encik London ke? Ah! Ini semua
pasal mamat tadi tu la. Kalau dia tak sebut nama Natasha tadi, tentu aku tak
tanya soalan bodoh tu tadi. Apa yang aku dah buat ni? Pecahlah rahsia aku! Dahlah
aku bertanya kepada orang yang paling rapat dengan Encik London. Sah!
Memang rahsia aku akan terbongkar. Itulah! Nak bertanya tak guna otak! Guna
hati sebab tu jadi tak menentu.
“Aku
betul-betul tanya dia ke tadi?” soalku pada Deelila untuk kepastian sambil
memegang bahunya.
“Yup!
Masa mamat tu nak pergi, kau tiba-tiba je tanya dia siapa Natasha. Wah! Aku tak
sangka pulak kau berani tanya kat mamat tu. Itu baru mamat tu yang merangkap
sepupu dia. Kalaulah tiba-tiba soalan tu terkeluar semasa Raykarl ada tadi,
macamana? Kau fikir apa tadi?”
“Aku…aku…aku
pun tak tahu aku fikir apa. Tapi, aku betul-betul nak tahu Natasha tu siapa.
Kalau benar Natasha tu kekasih Encik London, maknanya aku terpaksa
mengundur diri, Dee. Takkan aku nak rampas kekasih orang pulak.” ujarku berlagu
sedih.
Memang
seharusnya aku terpaksa berputus asa untuk memikat Encik Made In London.
Itu memang prinsip aku. Takkanlah aku nak cuba rampas kekasih orang and of
courselah Encik Made In London tu ada teman wanita. Orang hansem mustahil
la tak ada girlfriendkan. Lagipun, aku rasa Raykarl macam tak berminat
nak kenal dengan aku. Tapi..kenapa aku rasa pedih? Inikah rasanya orang yang
sedang putus cinta?
“Dee!!!
Aku rasa macam nak menangis.”
Deelila
memeluk aku untuk memberikan ketenangan kepadaku. Ya! Kini aku sudah tahu rasa
sakitnya hati bila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Jadi, mungkin inilah
rasanya bekas-bekas kekasih aku sebelum ini. Memang padanlah dengan muka aku
ni.
“Dah..dah…kau
kena cuba bertenang. Kau betul-betul ke dah tak minat Encik London tu?”
“Aku..aku
kena cuba juga Dee. Orang dah ada kekasih Dee. Aku kena cuba move on.”
“Jomlah
kita balik rumah.”
…………………………………….
Raykarl
menutup pintu biliknya dengan kasar. Hatinya masih lagi terasa panas mendengar alasan-alasan
daripada Natasha. Apa lagi yang Natasha mahukan? Semuanya sudah dicapainya.
Raykarl terus berbaring di atas katilnya. Bunyi mesej daripada telefon
bimbitnya menganggu fikirannya.
Raykarl,
lets break up. I harap you faham dengan kehendak I.- Natasha
“Argh!!!”
Raykarl semakin
sakit hati membaca mesej yang baru sahaja dihantar oleh Natasha. Kali ini
Raykarl tidak boleh bertolak ansur lagi dengan mengikut kehendak Natasha. Jika
Natasha sudah berkata begitu, lebih baik Raykarl berundur sahaja. Mungkin ini
jalan yang terbaik untuk mereka berdua. Mungkin juga memang benar kata mamanya
yang Natasha tidak sesuai dengannya. Raykarl bingkas bangun dari katil lalu
menujuk ke almarinya.
Raykarl
mencapai sebuah kotak sederhana besar lalu diletakkan di atas katil. Raykarl
mengambil semua barang hadiah pemberian Natasha lalu disimpan ke dalam kotak.
Usai meletakkan kotak itu ke dalam almari, pintu bilik Raykarl diketuk.
“Masuklah.”
“Raykarl…kenapa
ni? Raykarl ada masalah ke?” soal Datin Hajah Vanida yang risau melihat keadaan
anak lelakinya sepertinya tidak terurus.
Raykarl
terus memeluk mamanya. Saat ini Raykarl memerlukan kekuatan daripada mamanya.
Ternyata selama ini cintanya bertahun-tahun dengan Natasha berakhir begini.
Raykarl begitu mencintai Natasha namun ternyata semuanya sia-sia sahaja. Buat
masa ini, Raykarl memang memerlukan ruang yang lama untuk pulih seperti biasa.
Cinta itu memang benar-benar meyakitkan hatinya.
“Kenapa
ni Raykarl? Bagi tahulah dengan mama?”
“Mama…Natasha
minta putus dengan Raykarl.” Jawab Raykarl.
Terkejut
sekali Datin Hajah Vanida mendengarnya. Pasti anaknya itu berasa sedih sangat
ketika ini. Jika tidak masakan anaknya itu memeluknya ketika ini. Memang
ternyata anaknya itu tulus mencintai Natasha. Tapi ini bukan bererti Datin
Hajah Vanida suka dengan perpisahan ini tetapi Datin Vanida simpati dengan
anaknya ini. Bukannya Datin Hajah Vanida tidak tahu hubungan anaknya itu dengan
Natasha. Sejak di London lagi, mereka sudah bercinta.
“Sabarlah
Raykarl. Janganlah macam ni. Alaa…tak payahlah nak sedih. Bunga bukan sekuntum,
Raykarl. Banyak lagi Raykarl boleh cari. Yang penting Raykarl kena mulakan
hidup baru tanpa Natasha.” Pesan Datin Hajah Vanida.
“Sekarang..Raykarl
pergi berehat. Jangan fikir apa-apa lagi. Okay. Mama keluar dulu. Selamat
malam.”
“Thank
you mama. Selamat malam.” Raykarl cuba melelapkan matanya.
Mungkin
aku yang salah
Ku tak
mampu untuk menjaga cintamu
Hanya
untuk dirikum
Mungkin
aku yang salah tak menjagamu
Memang
aku tak mampu
Ku tak
mampu untuk menjaga cintamu
Selalu
untuk diriku
Memang
aku yang salah buatmu terluka
Jujur ku
katakana ku masih mencintaimu
Walaupun
diriku selalu menyakitimu
Jujur aku
masih ingin bersamamu
Walau
dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah
pergi
…………………………….
Sementara
itu, Adliena masih lagi melayan perasaan putus cintanya. Set karaoke dipasang
untuk melayan perasaannya mala mini. Deelila hanya diam memerhatikan tingkah
laku teman serumahnya ini. Tidak pernah dilihatnya Adliena berperangai
sebegini. Mungkin ini penangan orang putus cinta rasanya. Biarlah kalau itu
yang dapat membuat temannya ini meluahkan perasaannya.
Adliena
memilih lagu yang dapat melayan perasaannya kini. Memang inilah selalunya
Adliena akan lakukan jika dia mengalami masalah. Hanya dengan menyanyi Adliena
akan terasa puas kerana dapat menyelami perasaan setiap lirik lagu yang
dinyanyinya. Biasanya Adliena hanya akan menyanyi di dalam bilik sahaja namun
malam ini Adliena ingin menyanyi di ruang tamu.
Kau
kan selalu tersimpan di hatiku
Meski
ragamu tak dapat ku milik
Jiwaku
kan slalu bersamamu
Meski kau
tercipta bukan untukku
Tuhan
berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya
untuk bersamanya
Ku
mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini
sungguh tak wajar
Namun ku
ingin tetap bersama dia
Untuk
selamanya
Mengapa
cinta ini terlarang
Saat ku
yakini kaulah milikku
Mengapa
cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku
yakin tak ada cinta selain dirimu
Amboi!
Jiwang sunggu lagu kawan aku ni. Siap pilih lagu Cinta Terlarang lagi.
Adliena…Adliena…hebat sungguh penangan cinta Encik Made In London tu.
Tapi kalau bukan aku yang cuba kenalkan hari tu, mesti semua ni tak terjadi.
Hemmm…Deelila mengeluh.
“Dah rasa
okay ke?” soal Deelila.
“Belum
lagi…satu lagu lagi.”
“Sejak
bila masa kau ada lagu-lagu putus cinta ni?”
“Ini
bukan lagu putus cinta la. Ini lagu layan perasaan.”
“Test!
Test!”
“Yalah
tu…layan perasaan sangat. Jangan lupa, esok sekolah mak cik. Nak layan perasaan
tu jangan sampai lewat malam. Aku masuk dulu. Selamat malam.”
Usai
Deelila berlalu pergi, Adliena terus menyanyi lagu untuk melayan perasaanya.
Kutatap
dua bola matamu
Tersirat
apa yang kan terjadi
Kau ingin
pergi dariku
Meninggalkan
semua kenangan
Menutup
lembaran cerita
Oh
sayangku…aku tak mau
Ku tau
semua akan berakhir
Tapi ku
tak rela melepasmu
Kau tanya
mengapa aku tak ingin pergi darimu
Dan
mulutku diam membisu
Salahkah
bila diriku terlalu mencintaimu
Jangan
tanyakan mengapa
Karena
aku tak tau
Aku pun
tak ingin bila
Kau pergi
tinggalkan aku
Masihkah
ada hasratmu
Tuk
mencintaiku lagi
Apakah
yang harus ku lakukan
Tuk
menarik perhatianmu lagi
Walaupun
harus
Mengiba
agar kau tetap di sini
Lihat aku
duhai sayangku
Adliena
melabuhkan duduknya di kerusi sofa.
“Huhhh..barulah
lega. Tapi apasal sedih sangat lagu ni.”
Adliena
memeluk bantalnya busuknya yang terukir gambar bangunan London.
“Encik London,
sudi tak awak menjadi kekasih saya?” ujar Adliena sambil memandang bantal
busuknya lalu dipeluknya.
Adliena berguling-guling
ke kiri kanan di atas kerusi sofa. “Encik London!!!”
P/s : Bersambung....dah lama tak update...hihihi..so, selamat membaca :) Nampaknya Adliena macam ada peluangkan?
new look Encik Made In London...lepas putus cinta dengan Natasha, terus simpan jambang :)
2 comments
Kenapa cik KL tak sambung cerita ni?
ReplyDeleteKenapa cik KL tak sambung cerita ni?
ReplyDelete