CIK GADIS BUNGA 1
01:19
PUNAT butang radio aku
tekan mengikut saluran kegemaranku. Apa lagi kalau bukan JoHaRa pagi di ERA,
muzik rentak terkini. Lagu Tanpamu dendangan Amir Jahari berkumandang memenuhi
ruang keretaku. Memang beginilah rutin setiap hariku yang akan turun awal untuk
ke kedai bungaku.
Namun, hari ini aku akan terus menuju ke Hartamas untuk singgah ke
rumah pelangganku. Setiap hujung bulan, aku akan ke rumah pelanggan VVIP ku ini
untuk menggubah bunga di rumahnya. Mengingatkan hari ini, aku tersenyum gembira
kerana mungkin jika ada peluang aku bakal bertemu dengan si dia.
Hemm…rasa-rasanya sempat atau tidak aku bertembung dengan dia eh?
Kalau aku dapat jumpa dia hari ni, untunglah aku. Kalau tak, merindulah aku.
Hisy…ke situ pulak aku ni! Teringat pulak sejak pertama kali aku bertembung
secara kebetulan. Pernah dengar lagu ‘Met by Concidence tak?’ Masa tu
memang hati aku ni berguguran salji, daun-daun autumn pun gugur jugak
tau. Masa tu..
2 bulan lalu…
Aku merenung kad alamat yang dikirimkan semalam oleh pemandu
pelanggan VVIP ku. “Rasa-rasanya ini kut rumahnya?” soalku sendiri menghadap
rumah banglo yang sangat mewah itu. Di depannya tertulis Villa Qaseh.
“Cik Juleeya, inikah rumahnya?” soal Hadi kepadaku yang merupakan
salah seorang pekerjaku dan juga pemandu untuk tugasan menghantar bunga.
“Betul kut. Kalau ikut alamat ni, memang inilah rumahnya. Awak
tunggu di sini. Biar saya tekan lonceng dahulu.”
Hadi hanya mengangguk. Aku melangkah menuju ke tepi pintu pagar
untuk menekan butang lonceng. Sebelum masuk rumah orang, kena minta izini dulu.
Nanti sia-sia saja kena tendang keluar. Membazir minyak kereta aku pulak. Dahlah
harga minyak kereta sekarang ni mahal. Lainlah kalau aku orang kaya.
Tiba-tiba pintu pagar terbuka luas. Sebuah kereta Range Rover
Evoque sudah bersiap sedia ingin keluar. Mungkin pemandu muda itu sedang
menunggu majikannya untuk keluar bekerja.
“Macamana Cik Juleeya? Betul ke?” soalan yang sama ditanya
kepadaku.
Haiyakk…Hadi..Hadi..apa pasal lu tanya wa manyak
kali. Wa pun tara tau ini rumah betul atau tidak ma.
“Kita tunggu sekejap lagi.”
“Okay.”
Selang beberapa minit, kelihatan seorang pemuda yang segak
mengenakan sut berwarna biru lembut keluar dari rumah banglo itu sambil
membimbit briefcasenya. Pemuda itu cukup tampan sekali walaupun wajahnya
tampak serius sahaja.
“Wah! hansemnya. Pagi-pagi lagi aku dah nampak orang hansem. Untung
sudah mari..” aku sudah tersenyum-senyum sampai ke telinga.
“Cik Juleeya, pergilah tanya orang tu? Mungkin itu pemilik rumah
ni?”
Like seriously? Am I? Hemm…nak
tanya ke tak? Karang kalau tak tanya, takkan nak berdiri tercegat kat sini
sampai tengah hari? Tapi kalau aku tanya, orang tu buatnya tak layan. Okay!
Juleeya Qistina, ingat subjek Hubungan Etnik yang kau study kat universiti
dulu. Sifat prejudis ini perlu dielakkan supaya kita tidak mudah berprasangka
yang bukan-bukan.
Kereta Range Rover Evoque berwarna merah itu mula berundur ke
belakang. Okay, baik aku tahan sekarang. Tapi macamana eh?
“Cik Juleeya cepatlah. Nanti kita terlepas pulak.”
Dan tiba-tiba, di luar kawalan mindaku aku secara tidak sengaja
menyerbu keluar untuk menghentikan kereta itu daripada terus beredar.
Pitttt!!!!
“Maaf Encik Aqmar. Minta maaf. Ini salah perempuan kat depan ni
tiba-tiba je merempuh keluar.” jelas Budin kepada majikannya yang masih tekejut
dengan insiden ini.
Surat khabar yang dibacanya tadi sudah jatuh ke bawah akibat pemandunya
yang berhenti mengejut. “Siapa pulak perempuan ni?” omel Aqmar.
Aqmar membuka pintu keretanya segera.
“Opps! Apa yang aku dah buat ni? Mampuslah aku.”
“Awak ni siapa? Kenapa awak tiba-tiba pergi ke depan? Kalau terlanggar
tadi, macamana? Ada cedera mana-mana tak?” soal Aqmar yang tampak risau.
Oh my! Tak sangka
lain yang aku bayangkan, lain yang terjadi. Aku bagi seratus markah sebab
lelaki hansem ni tanya aku cedera ke tidak. Biasanya kalau kat dalam
drama-drama Melayu yang selalu aku tengok, mesti kena maki punyalah.
“Ehm…saya…saya okay. Saya minta maaf banyak-banyak sebab tiba-tiba
je keluar macam tu. Encik tak apa-apa ke?”
“Saya cuma terkejut sahaja. Sebenarnya awak ni nak cari siapa?”
Amboi! Nampak macho betul la dia ni. Dahlah baik, bertimbang rasa
pulak. Wah...ada rasa macam bunga-bunga cinta pulak di hati ni. Tapi jangan
mudah menyimpan perasaan terlalu awal. Takut tiada yang membalasnya nanti. So,
lebih baik simpan di dalam hati.
“Saya nak cari Datin Sri Nona.”
Itukan nenda aku. Kenapa pulak?
“Oh..this is my card.”
Floral J Shop. Aqmar membaca
nama yang tertulis di kad itu. Oh! Kedai bunga ni rupanya yang nenda aku
maksudkan semalam. Kini Aqmar barulah faham semuanya.
“Kalau begitu, dah betullah rumah ni. Silakanlah masuk ke dalam. Nenda
saya sedang tunggu awak. Saya terpaksa pergi dulu sebab ada mesyuarat penting.”
“Betul! Yeh..jumpa jugak.” Ucapku ceria seakan kanak-kanak Ribena
dan yang penting lelaki hansem itu tersenyum melihat aku. Ceh!
“By the way, nama saya Aqmar Rayhan. Awak pulak?”
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hati Aqmar ingin mengenali dengan
lebih dekat lagi perempuan yang berwajah comel di depannya ini.
“Saya Juleeya Qistina.”
“Nice to meet you.” Aqmar menghulurkan salam perkenalan
dengan senyuman manisnya.
Amboi! Bergegar jantung den. Manisnya senyuman. Semakin bertambah
markah kehanseman. Aiseyman…over la pulak!
..........................................
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Aku menutup radioku sebaik sahaja memakirkan kereta di depan rumah
Datin Sri Nona. Hari ini aku akan menghantar lagi bunga kegemaran Datin Sri
Nona dan akan turut menggubahnya juga. Harapan di hati semoga dapat bertemu
dengan si dia.
Aku membuka bonet keretaku untuk mengambil bunga-bunga yang akan ku
gubah nanti. Jam baru menujukkan pukul 8.30 pagi. Biasanya Aqmar akan bertolak
9.00 pagi. Aku sudah tersenyum riang sambil menutup pintu bonet kereta dan
tiba-tiba boleh-boleh pulak aku terpelecok. Nasib baik bunga-bunga aku ni tidak
terpelecok sama jugak.
Kata orang, kalau nak terpelecok ni petanda tak baik. Betul ke? Hemmm…
Aku melangkah menuju ke pintu utama rumah banglo Datin Sri Nona. Orangnya
boleh tahan peramah juga dan senang didekati. Setakat ni yang aku tahu, cuma
Datin Sri Nona dan dua orang cucu lelakinya sahaja yang tinggal bersamanya. Ibu
bapa Aqmar sudah lama meninggal dunia sejak Aqmar berumur dua belas tahun dan
adik lelakinya berusia lapan tahun. Adik lelaki Aqmar masih lagi menuntut di
Amerika Syarikat. Jadi cuma mereka berdua sahajalah yang tinggal di banglo
besar ini.
“Assalamualaikum!” sapaku dari luar.
Senyap sepi.
“Assalamualaikum!!” sekali lagi aku memberi salam.
Masih lagi sunyi. Ada orang ke tidak ni? Tapi tadikan aku dah call
Datin. Hemmm…cuba lagi la.
“Assalamualaikum!!” kali ini lebih kuat dan tiba-tiba pintu utama
itu seakan-akan ingin dibuka.
Dan…pintu pun terbuka namun hanya sekilas sahaja. Belum sempat aku
ingin menyapa, pintu sudah ditutup semula. Aik?
“Assalamualaikum!” kali ini aku bersuara tegas.
“Waalaikumsalam. Nak apa? No salesgirl!” jawabnya macam
peluru machine gun.
Bukkk! Pintu ditutup kasar semula. Aku pelik dan kaku. Sah! Memang petanda
tak baik. Apahal pulak aku tiba-tiba jadi salesgirl pulak ni? Tak guna
betul mamat tu! Macam baru bangun tidur je! Hisyy..geramnya aku. Suka hati
pulak dia tutup pintu macam tu. Habis bunga Datin Sri Nona ni nak campak kat
mana?
P/S : Bersambung...
4 comments
Sambung cepat2 tau akak? Ada berapa part cerpen ni?
ReplyDeleteSambung cepat2 tau akak? Ada berapa part cerpen ni?
ReplyDeletetak tahu lagi nak buat brp part..hihihi
ReplyDeleteNext ,please!!!
ReplyDelete