CIK GADIS BUNGA 5

12:29



“ERGHHH!!!”
            Aku menutup pintu bilik pejabatku dengan kasar. Geram betul dengan budak tu! Memang tak makan saman betul perangai dia tu. Hisy…
            Juleeya melabuhkan duduknya di kerusi lalu menutup matanya seketika untuk bertenang.
            “Boleh saya tahu nama penuh, umur, alamat rumah dan birthday Cik Gadis Bunga?”
            “Kenapa pulak awak nak tahu?”
            “Sebab saya ni kan pelanggan VVIP untuk seumur hidup awak.”
            “Mengarutlah awak ni. Awak tu tak cukup umur lagi. Kerja pun tak lagi.”
            “Saya beri awak masa untuk fikir. Lagipun, I’m your very very important person for the rest of your life.
            Tuk! Tuk! Tuk!
            “Masuk.”
            Mai melangkah masuk ke dalam lalu melabuhkan duduknya.
            “Kenapa ni muka masam mencuka je? Gaduh dengan pelanggan ke?”
            “Hemmm…”
            “Amboi! Cik Bunga kita ni dah pandai mengeluh. Kenapa? Pelanggan VVIP kau cerewet ke?”
            Pelanggan VVIP? Memang itulah jawapannya. Pelanggan VVIP aku yang seorang ni memang tak makan saman langsung orangnya. Dahlah tak cukup umur! Ada hati lagi nak mengurat aku. Hisy…suka hati dia je nak tau pasal aku!
            Dahlah aku akan terpaksa memghadap muka dia untuk bulan yang seterusnya. Lepas ni kena hias bilik dia pulak! Macam-macam betul la.
            “Juleeya! Apa hal yang sebenarnya? Ceritalah.”
            “Ok. Aku boleh cerita tapi jangan cerita kat sesiapa.”
            Mai mengangkat tangan kanannya lalu senyum.
            “Kau kenalkan Datin Sri Nona, pelanggan tetap VVIP aku tu.”
            Mai mengangguk.
            “Kau cuma kenal Aqmar kan…”
            “Ok…then, apa kena mengena Datin Sri Nona dengan Aqmar dalam cerita kau ni?”
            “Masalahnya sekarang, cucu bongsu Datin Sri Nona ni sudah bikin wa panas. Aku betul-betul nak siram dia dengan air bunga aku ni. Boleh pulak dia nak minta nama aku, umur la, alamat rumah aku la, birthday aku la. Hisy…” geramku.
            Mai ketawa besar.
            “So, ada orang nak pikat kau la muka kau masam mencuka ni. Peliklah kau ni. Orang perempuan ni kalau kena pikat bukan main gembira lagi. Kau ni kenapa pula nak siram dia dengan air bunga?”
            “Sebab…masa pertama kali aku jumpa dia lagi, dia dah bagi aku bad impression. Dia suruh aku balik sebab dia ingat aku ni sales girl. Kedua, dia tu masih di bawah umur. Maksud aku tak cukup matang lagi. Ketiga, dia tak kerja lagi.”
            “Laaa…cuma itu saja derr. Macam best pulak dengar kisah cinta kau ni. Aku rasa memang dia ada feel la dengan kau. Orangnya macamana? Hansem tak? Atau Aqmar lagi hansem?”
            “No komen!”
            “Ceh! No komen-komen pulak dia ni. Mesti dia hansemkan..”
            “Dahlah cerita pasal budak tu. Apa hal kau datang ni?”
            “Oh ya! Nasib baik kau ingatkan aku. Nak tanya ni yang kelas menggubah bunga tu jadi tak sabtu ni?”   
            “Oh my! Nasib baik kau ingatkan aku Mai. Aku hampir-hampir lupa hal tu. So, macamana? Ramai tak yang nak join kelas tu?”
            “Of course la. Sebab kau yang mengajar, ramai sangat nak join. Tapi kita cuma buka untuk 10 orang saja permulaan ni.”
            “Okay…aku tak sabarlah Mai. Thanks for the info.
……………………………….
            Hari ini hari pertama Arjuna akan melaporkan dirinya sebagai penolong pengarah urusan di AR Holding Corporations. Pada mulanya memang Arjuna tidak mahu untuk mengikut abangnya ke sini. Namun, atas arahan daripada Nendanya, Arjuna terpaksa menurutnya jua.
            Aqmar membawa Arjuna untuk bertemu dengan semua ahli lembaga pengarah kemudian barulah Aqmar memperkenalkan Arjuna kepada pekerja-pekerja mereka. Semua pekerja dapat menerima Arjuna dengan baik kerana mungkin karakter Arjuna yang lebih bersifat mesra alam.
            “Ok. Ini bilik Ayish. Kalau ada masalah ke or apa-apa yang Ayish tak tahu, just call me. Tak pun Ayish ada setiausaha Ayish kat luar tadi tu.”
            “Ok. Thanks Abang Aqmar.”
            Arjuna memerhatikan keadaan bilik pejabat yang disediakan khas untuknya. Idea nakal Arjuna mula menjelma. “Hemm…Cik Bunga, nampaknya kita akan jumpa selalu.” bisik hati Arjuna.
            “Cik Liza, boleh masuk sekejap.” Arah Arjuna melalui interkomnya.
            Liza melangkah masuk ke dalam bilik bosnya yang baru. Tanggapan Liza yang pertama, bosnya ini sememangnya kacak dan peramah orangnya. Tambahan lagi, bosnya ini sering menghadiahkan senyuman mesra alamnya.
            “Ya, ada apa Encik Arjuna.”
            “Ok. Awak ambil kad ni. Saya nak awak tolong hubungi nombor dalam kad ni dan saya nak awak minta dia datang ke pejabat ni esok pagi, pukul 10.00. Saya nak buat tempahan bunga tapi tolong jangan sebut nama saya. Okay?”
            “Hemm…okay.” jawab Liza yang pelik dengan permintaan bosnya ini.
            Arjuna sudah mengukir senyuman yang penuh dengan makna. Rasa tak sabar untuk bertemu dengan gadis bunganya yang sudah berjaya menawan hatinya.
            Liza melangkah keluar dengan hati yang tertanya-tanya. Macam-macam ragam bosnya ini. Lalu Liza melabuhkan duduknya sambil merenung kad yang sedang dipegangnya. Sekali lagi dia menilik nama yang tertera di dalam kad itu.
            “Hemm..kalau tak silap aku, ini nama pemilik kedai bunga Floral J yang aku selalu pergi tu. Bos aku ni macam-macam betul.”
            Tanpa membuang masa, Liza mendail nombor telefon yang tertera di dalam kad itu.
            “Hello. Floral J di sini.”
            “Assalamualaikum. Hello. Saya Cik Liza Adnan. Boleh saya bercakap dengan Cik Juleeya Qistina.”
            “Waalaikumsalam. Sekejap ya.” Ujar Mimi yang ditugaskan untuk menjawab panggilan daripada pelanggan Floral J.
            “Cik Juleeya, ada pamggilan untuk Cik sekarang.”
            “Ok.” Jawab Juleeya.
            “Cik Liza, saya akan sambungkan panggilan ni kepada Cik Juleeya.”
            “Terima kasih.”
            Liza masih menanti.
            “Assalamualaikum.” Sapa Juleeya di talian.
            “Waaalaikumsalam. Saya Liza dari AR Holding Corporations.”
            “Okay. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cik Liza?”
            “Begini, Cik Juleeya. Bos saya nak buat tempahan bunga tapi dia nak minta Cik Juleeya datang sendiri berjumpa dengan dia esok pagi jam 10.00. Cik Juleeya, sudi tak?”
            Juleeya pantas mengalihkan matanya melihat kalendar yang berada di atas mejanya. Yalah, Juleeya perlu untuk melihat jadual kerjanya sebelum menerima tempahan bunga kerana takut berlaku masalah pulak nanti.
            “Ok. Boleh. Esok saya akan datang ke sana.”
            “Terima kasih. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumsalam.”
            AR Holding Corporations? Macam pernah dengar je? Tapi kat mana ya? Lantaklah! Yang penting aku ada job. Hope bos Cik Liza tu taklah cerewet macam budak tak matang tu.
……………………………………
            Juleeya melangkah masuk ke dalam AR Holding Corporations dengan tenang. Hatinya entah kenapa rasa berdebar-debar. AR Holding Corporations…seingatnya dia seperti pernah mendengar nama ini tetapi entah di mana.
            Juleeya lalu melangkah menuju ke kaunter pertanyaan lalu memberikan sekeping kertas yang tertera nama pelanggannya semalam. Penjaga kaunter itu tersenyum.
            “Cik…boleh pergi ke tingkat lapan.” Ujarnya.
            “Okay. Terima kasih ya.” Jawab Juleeya mesra lalu segera beredar.
            Sedang Juleeya masih menunggu untuk pintu lif terbuka, kelibatnya itu dilihat oleh Aqmar. Namun disebabkan Aqmar masih lagi berbincang dengan rakan perniagaannya di ruang lobi membataskan dirinya untuk menyapa Juleeya. Dalam hati, tertanya-tanya juga akan kehadiran Juleeya di sini.
            Tidak berapa lama kemudian, pintu lif pun terbuka. Juleeya segera menekan punat tingkat lapan untuk bertemu dengan kliennya. Sejak kebelakangan ni, semakin bertambah pulak permintaan menggubah bunga dari kedainya. Entah kenapa semakin hampir, semakin laju pula jantungnya berdegup. Kenapa pulak ni? Pasai apa pulak hati aku ni berdebar-debar semacam?
            “Hai…boleh tak saya bertemu dengan Cik Liza Adnan? Saya Cik Juleeya Qistina.” soalku di kaunter receptionist.
            Perempuan itu tersenyum padaku.
            “Hai. Sebenarnya sayalah Cik Liza Adnan. Saya yang menghubungi Cik Juleeya semalam untuk bos saya.”
            Bos dia? Macam pelik je?
            “Cik Juleeya jangan bimbang. Sebenarnya saya hanya mewakili bos saya. Dia yang minta saya untuk menghubungi Cik Juleeya sebab dia nak Cik Juleeya menghias bilik pejabatnya yang baru. Lagipun bos saya ni baru sahaja masuk dua hari bekerja di sini.”
            “Oh…begitu. Baiklah. Kalau begitu, boleh saya berjumpa dengan bos Cik Liza sekarang?”
            “Sebentar ya.”
            Liza menekan butang interkom untuk menghubungi bosnya.
            “Baiklah. Cik Juleeya boleh masuk sekarang. Bos saya dah tak sabar untuk bertemu dengan Cik Juleeya, katanya. Cik Juleeya hanya jalan terus sahaja. Nanti, Cik Juleeya akan nampak nama bos saya tertera di luar pintu.’
            “Nama bos awak?”
            “Encik Arjuna Rayish…”

            Hemmm…nama yang jarang di dengar tapi sedap pulak nak sebut namanya.

P/S :  Assalamualaikum buat semua followers AnyeongKira blog...saya memohon maaf kerana sudah lama tak buat entry...so, hari ini dapat juga Cik KL update cerita #CikGadisBUNGA untuk semua...selepas ni Cik KL akan mula update cerita-cerita baru...selamat berpuasa semua :)

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images