Encik Made In LONDON 9

22:04



      “UHUKKK!! Uhukkk!! Uhukk!!”

      “Amboi, minah ni! Bukan main lagi kau tersedak. Cuba biar jadi perempuan tu biar jadi macam perempuan!! Ni..dah kenapa tiba-tiba boleh tersedak macam baru lepas nampak hantu je?” soal Deelila.

      Aku menunding jariku ke arah kaunter KFC dengan muka yang geram, sentap, kecewa, sedih. Segala macam perasaan ada di dalam hati ini. Apa aku nak buat ni? Takkan nak duduk saja kat sini menonton tayangan percuma di depan mata? Aku mengepal buku limaku tanda geram.

“Wehh! Kau ni dah kenapa? Ayam KFC  kau tu dah habis hancur berkecai kau kepal-kepal! Kau tengok apa tu?”

“Shhh!!!! Jangan cakap kuat-kuat! Tengok kat sana!”

Deelila menoleh ke arah kaunter dengan segera. Aku hanya menanti reaksi dari Deelila yang sememangnya lebih pakar dalam meluahkan ekspresi. 

What the ??? Encik Made In London tuuuuu!!!” Deelila sudah memulakan wajah ekspresinya dengan mulut yang sudah seperti Tweety Bird

“Dia dengan siapa tu weh? Cantik gilerrr. Macam patung Barbie Doll! Takkan makwe dia kut? Alaaa….melepaslah kau, Ad! Dahlah seksi, rambut blonde lagi!”

“Kau ni back up siapa ni? Aku tengah geram ni! Hisy…cantik ke? Alaa…cantik pun sebab mekap tebal 20 inci! Tengok aku, natural beauty! Fotogenik lagi! Tapi, kau rasa itu makwe dia ke?”

“Ewah-ewah! Angkat bakul sendiri nampak. Aku tahulah mesti kau sedang cemburu yang membuak-buak sekarangkan? Aku boleh nampak la muka kau tu. Orang hansem macam Encik London kau tu, mustahil tak ada peminat. Tapi yang ini aku rasa bukan tahap peminat lagi dah, ni aku memang sure yang si Barbie Doll ni makwe dia. Tengoklah, bukan main mesra lagi mereka tu!”

Aku membuat muka masam semasam masamnya. Sakit telinga dan sakit hati mendengar luahan kata Deelila. Apa punya kawan betul la! Bukannya nak tenangkan hati aku pun. Tapi ini bikin panas hati betul!

“Dee! Jom!” Aku bingkas berdiri lalu menarik lengan Deelila supaya turut bangun sama.

“Eh! Kita nak pergi mana ni? Jangan kata yang kau nak ikut Encik London kau tu!”

Of course! Aku tak kira! Makwe dia ke, cantik macam Barbie Doll ke, yang penting aku nak ikut dorang tu! Jom! Kau kan my best crime partners!

Aku tersengih sinis. Tiba-tiba saja aku dapat idea gila untuk pergi mengekori Encik Made In London aku dengan si Barbie Doll tu. Ceh! Kau ni Ad, memang kuat perasan sangat! Macamlah Encik Made In London tu boyfriend kau! Lantaklah! Ada aku kisah. 

…………………………………….

Aku dan Deelila segera meloloskan diri ke dalam kereta. Aku segera menarik tali pinggang keledar kereta. Begitu juga Deelila. Mataku sempat menangkap Encik Made In London bersama Barbie Doll masuk ke dalam kereta. 

“Geramnya!!!”

“Amboi! Cemburu nampak?”

Of course la! Jejaka pujaan hati aku tu! Hoi! Mereka dah nak gerak lah. Ready! Let’s go catch them!” ujarku yang teruja. Dah gaya macam filem Charlie’s Angels pula. 

            Kaca mata hitam segera aku pakai dan shawl yang yang sentiasa ada di dalam kereta ku lilitkan di kepala untuk memulakan misi mengejar Encik Made In London. Aku menghidupkan enjin segera lalu mengikut kereta Encik Made In London dari arah belakang. Aku tertunduk-tunduk ketika memandu supaya wajahku tidak ketara. Hihihi…ada gaya tak macam James Bond versi wanita?


            “Kau ni dah kenapa, Ad?”

            “Shhh!!! Aku nak tahu hubungan mereka berdua tu je.”

            “Alaa…tak payah la Ad. Biarkan je la. Kumbang bukan sekuntum. Ada banyak lagi. Mana tahu kau dapat kumbang yang made in Malaysia pulak?”

            “Deelila! Kau kan tahu aku ni jenis yang susah nak ada perasaan lebih-lebih lagi bab cinta ni! Tapi bila aku dah mula ada perasaan tu, aku tak nak biarkan perasaan aku macam tu saja.”

            “Wah! Aku tak sangka kau betul-betul sukakan dia. Aku sokong kau Ad! Hidup Adliena!”

            Kami berdua ketawa di dalam kereta. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh buat benda gila seperti ini. Tapi aku hanya mengikut kata hati. Kalau keluarga aku tahu, sure aku kena bahan punya. 

             “Fokus giler kau mengejar Encik Made In London yang tak berkesudahan ni! Kalau la dari dulu kau bercinta dengan si Akmal tu, siapa lagi tu mamat kaca mata tu la…hemmm..si Za’im, si Harith yang ala-ala macho, si Ustaz Fateh la dan yang latest si Ikram. Tapi semuanya hampeh disebabkan kau yang takde perasaan cinta pada ex-buayafriends kau yang berlambak tu!”

            “Berlambak ke? Lima tu sikit je la..”

            “Lima tu…kau kata sikit! Hello! Cik Adliena Najwa Dato Adzharudin. Kalau tak lebih satu, takkanlah dipanggil EX-BOYFRIENDS!!!” tekan Deelila kepadaku. Aku tersengih-sengih mendengar leteran Mak Bawang. 

            “Orang popular ma!!” balasku bersahaja namun mataku masih tertumpu kepada kereta Porche Cayenne di depanku.

            “Cehh! Popular la sangat sampai lima kali putus cinta. Lepas tu, bila putus cinta tak macam orang putus cinta pun gayanya.”

            “Pitttt!!!!”

            “Hoi! Kau dah giler ke Ad! Apasal kau brek mengejut? Nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tak memang aku dah melayang sebab terkejut.”

            “Shhh!!! Kereta mereka dah berhenti la. Jom!” ajakku pada Deelila.

            “Kau ni dah tak betul ke Ad? Kau ni pun kalau nak tahu sangat hubungan mereka berdua tu, agak-agaklah sikit. Kau tu perempuan. Tak elok kau bertindak macam ni. Aku rasa baik kita balik je la. Lagipun ini kawasan rumah orang kaya-kaya. Nanti apa pulak khabar angin akan timbul.” Tegur Deelila pada sahabatnya.

            Tidak pernah dilihatnya temannya itu bersikap senekad begini. Hanya disebabkan penangan cinta Encik London yang tidak berkesudahan, temannya ini sanggup untuk mengekori kereta Encik London. Haiyaa…mungkin inilah dikatakan cinta buta? Ya Allah, bantulah temanku ini untuk meraih cinta yang benar-benar ikhlas buatnya.

            “Takkan nak biarkan macam tu aje. Kita dah sampai pun ke sini. Aku takkan tenang selagi aku tak tahu hubungan Encik London tu dengan si Barbie Doll plastik tu!”

            “Ad, kita biarkan sajalah mereka tu. Lagipun tak manis orang pandang kalau tiba-tiba kita main terjah, Ingat kita sedang buat rancangan Melodi ke, terjah menerjah ni? Kita balik ya?” pujuk Deelila lembut.

            Sebenarnya, Deelila berbuat begitu agar temannya itu tidak bertindak terburu-buru. Manalah tahu hal yang sebaliknya berlaku. Kut kut si Barbie Doll tu bukan kekasih Encik London, free-free je dapat malu nanti. Lagi parah kalau tiba-tiba disaman akibat tindakan bodoh Ad nanti. Tak boleh! Aku mesti halang Ad dari bertindak di luar jangkaan. Bisik kata hati Deelila.

            Aku sebenarnya rasa serba salah juga bila mendengar pujukan Deelila. Tak sangka Deelila seorang yang berfikiran jauh berbanding aku. Walaupun kami berdua sebaya namun Deelila yang luarannya kelihatan seperti gila-gila, namun dia jauh lebih matang dari aku yang seperti budak-budak. Kalau aku fikir semula, betul juga kata Deelila. Buat apa aku lakukan ini semua jika tiada cinta antara aku dan Encik Made In London? Hanya aku yang bertepuk sebelah tangan. Benarlah tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

            Tanpa dipaksa, air mata tiba-tiba mengalir begitu sahaja. Aku tidak dapat menahannya lagi dan akhirnya aku hanya membiarkan sahaja ia mengalir. Mungkin inikah balasan Allah kepadaku kerana mempermainkan hati ramai lelaki? Tapi aku tidak berniat sama sekali membuat mereka semua begitu. Itulah kata orang bila melibatkan hati dan perasaan, semuanya akan jadi susah kerana jalan penyelesaiannya cuma ada dua sama ada diterima atau ditolak. Tapi mampukah aku melupakan Encik Made In London?

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu
Persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa
Namun ada yang hilang separuh
Diriku

P/S: Bersambung.....apakah cinta Adliena Najwa akan beralih arah? Jeng...jeng...by the way Salam Maal Hijrah :)

 Siapa pulak ni? Adakah ini Encik Made In Malaysia?hihihi

You Might Also Like

4 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images