TRAVELS DIARY TO KRABI & PHUKET (25 Feb 2017-1 Mac 2017)

23:21


Assalamualaikum.....
Sawadeeka....

Hari ni nak share sikit review tentang TRIP KE KRABI & PHUKET selama 4 hari 1 malam. So, nak cerita sikit tentang apa pakej yang kami guna semasa berada di sana dan apa tempat-tempat yang kami pergi semasa ke Krabi dan juga Phuket. Pakej kami ini tidak termasuk tiket flight dan juga penginapan.

25 Febuari 2017 (Sabtu)

So, kami ambil flight dari KK-KL-KRABI pada 25 Febuari 2017 dan kami sampai di Krabi lebih kurang jam 6.00 petang waktu Thailand. Tiba saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, of course benda pertama yang Cik KL cari ialah simkad. Jangan risau sebab kat sana lepas ja korang ambil luggage, memang banyak kiosk-kiosk yang jual simkad. So, Cik KL pilih yang unlimited internet dan juga call sebab boleh buat dua-dua. 

Agen yang kami pilih ialah Andaman Island Tour & Travel dan Sea Eagle Tour telah dipilih oleh Andaman Tour & Travel yang bertindak sebagai Tour Guide kami semasa di Krabi dan juga Phuket. So, untuk tempat tinggal pula, kami tinggal di KRABI ORCHID HOMETEL selama 3 malam. Sebab apa kami pilih hotel ni sebab hotel ini senang kalau kami nak turun jalan-jalan sekitarnya. Lebih-lebih lagi kalau hari sabtu dan ahad, memang ada Night Market yang terkenal di Krabi. Jadi malam tu lepas sahaja check in, kami turun sekitar jam 8 malam waktu Thailand, untuk ronda-ronda kawasan Night Market. Memang meriah dan banyak sangat souvenir yang korang boleh pilih. Jadi kiranya kalau korang yang berminat kumpul key chain banyak-banyak, boleh singgah kat Souvenir Shop. Dalam tu rambang mata nak cari. Kiranya 100 baht 11 biji key chain (RM12.73) dah boleh dapat. Tapi memandangkan Cik KL dah terbeli yang itu, rupanya round kat tepi-tepi gerai yang lain ada yang jual 100baht 15 biji key chain. Hurmm...tapi takpalah.



KRABI ORCHID HOMETEL

26 Febuari 2017 (Ahad)

Aktiviti pertama kami adalah: Touring 7 Island😎

1. Bamboo Island 🎍
2. Viking Cave
3. Loh Samah Bay
4. Pileh Bay
5. Maya Bay
6. Monkey Beach🐒
7. Phi Phi Don Island
8. Hin Klang Phi Phi


Kami bergerak dari hotel pada pukul 8 pagi waktu Thailand untuk ke Aonang Beach. Setibanya di sana, kami diarahkan untuk mengisi kehadiran di borang yang telah disediakan oleh Tour Guide kami. Setelah itu, setiap kami diberi satu gelang biru menandakan kumpulan dan bot yang akan kami naik untul melawat pulau-pulau di Krabi. Setiap pulau yang kami lawati akan diberi tempoh masa dari 30 minit ke 1 jam. Ini adalah untuk memberi ruang kepada pelancong-pelancong untuk berenang atau bergambar sesama mereka.

Setelah tiba ke Phi Phi Don Island, masanya untuk kami semua makan tengah hari di Restoran Arida. Jangan risau dijamin halal. Ruang untuk solat pun turut disediakan. Setelah hampir 1 jam lebih di Phi Phi Don Island, kami menuju ke pulau terakhir iaitu Hin Klang Phi Phi di mana di sini tempat snorkeling yang paling menarik. Laut yang sangat jernih birunya. Aktiviti melawat pulau ini habis sekitar jam 4 petang waktu Thailand.


MAYA BAY ISLAND



HIN KLANG PHI PHI

Malamnya pulak, apa lagi kami singgah sekali ke Night Market. Misi mencari souvenir masih lagi diteruskan. Kali ni selain mencari souvenir juga, misi mencuba makanan dan minuman pun wajib ada. Jangan cakap Burger Ramlee di Malaysia ja ada, tapi di Krabi pun ada juga. Harga dalam 40 baht (RM5.09). Lepas tu Cik KL ada juga try Mr.Coconut...alaa lebih kurang Coconut shake la tapi ni versi Krabi. Harga 25 baht (RM3.18).

27 Febuari 2017 (Isnin)

Aktiviti kedua kami ialah: Krabi Discovery Tour😎


1. 🐘Trekking
2. Tiger Cave Temple🐯
3. Hot Spring👯‍♂
4. National Park (Emerald/Blue Pool)
Kami bertolak dari hotel untuk menuju ke Krabi Elephant Trekking untuk aktiviti pagi. Kali pertama naik gajah, of course kecut perut jugak. Dahlah gajah tu besar lepastu fikir kejap macamana nak naik? Rupanya kami kena naik kat pondok yang disediakan sebab gajah tu memang akan berhenti di sana. So, nak tak nak naik jugaklah sebab bila lagi nak naik gajahkan.



Lepas tu, kami semua bergerak ke Tiger Cave Temple. Kami cuma ada masa 30 minit ja untuk ronda-ronda kat sini. 3 orang member kami ni naik Tiger Cave Temple tapi malangnya masa memang tak cukup. Apapun dorang sempat capai anak tangga yang ke 291 daripada 1237 anak tangga. Memang daebak la korang. Habis ja dari sana, kami bergerak ke Hot Spring. Nak masuk dalam Hot Spring tu kena jalan jauh sikit so kami ni bersetuju nak guna kereta Golf. So kami kena bayar 20 baht (RM2.55) seorang. Lepas tu singgah ke Emerald pool. Nak masuk mencari Emerald pool tu bukannya senang sebab kena jalan lagi ke dalam, so berbekalkan semangat yang ada kami kena jalan sebanyak 800m. Tapi itu baru Emerald pool belum lagi Blue pool. Nak ke Blue pool pun kena jalan ke depan lagi. Tapi Cik KL dan kakak tak pergi sebab dah surrender awal-awal, 3 orang member kami yang lain pergi dulu.


TIGER CAVE TEMPLE

Kemudian kami singgah lunch di Restoran kat area Emerald pool jugak. Tom Yam memang tip top. Tak pedas tak masam sangat. Memang ngam kat tekak Cik KL. So, berakhirlah aktiviti kami hari ini. Malamnya nak pergi Night Market, malangnya rupanya Night Market tu hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Nasiblah kami dah beli banyak pada hari sabtu dan ahad malam tu. Yang untungnya, sebelah hotel kami ni rupanya hari isnin buka Night Market juga tapi tapi yang ni lebih jual makanan dan buah-buahan. So, ronda kawasan jugaklah sebelum kami bergerak awal pagi esok ke Phuket.

[Lupa nak mention, kalau pagi-pagi selalu kami breakfast kat Dapur Kak Zainab, salah satu restoran halal tak jauh dari hotel kami. Harga pula berpatutan jugak. Cik KL selalu pesan Nasi Goreng Ayam dengan harga 60 baht (RM7).

28 Febuari 2016 (Selasa)

Kami bergerak seawal jam 6.00 pagi waktu Thailand untuk ke Phuket. Perjalanan dari Krabi ke Phuket dengan menggunakan van mengambil masa kira-kira 3 jam lebih. Pemandu kami Mr. Hashim seorang Muslim Thai dan orangnya peramah sekali.

Setibanya di Phuket, kami menginap di M.U.DEN Patong Phuket Hotel. Overall, menginap kat sini memang memuaskan. So, aktiviti kami di sini lepas saja check in, apalagi ronda kawasan Phuket.

Aktiviti ketiga kami ialah: Road Trip Krabi-Phuket


1. Patong Beach 👹
2. Tuk Tuk Tour 🚚
3. Jungceylon🏢 Shopping Mall
4. Fantasea Night Show🐘

Kali ini misi mencari souvenir di Phuket. Kami jalan-jalan di sekitar Bangla Road Street dan juga Patong Beach. Jumpa satu souvenir shop ni bolehlah deal beli key chain Phuket. Tapi kat Phuket ni kalau kita pergi mana-mana shop, dorang tak akan cakap banyak tapi terus tunjuk kalkulator. So, dari situ kita bolehlah try nego. Jika nak dibandingkan barang souvenir di Krabi dan Phuket, kat Krabi lagi murah-mudah dan lebih banyak pilihan berbanding Phuket. Kalau kat Krabi korang boleh dapat 11 biji 100 baht tapi kat Phuket 5 biji 150 baht (RM19).

Lepas misi mencari souvenir, kami bergerak ke Patong Beach. Of course ini adalah attraction yang menjadi tumpuan pelancong sebab nak tengok laut yang sangat cantik pemandangannya. Lepas ja habis bergambar kat Patong Beach, kami decide nak ambil Tuk Tuk untuk round kawasan Phuket. Tuk Tuk ini salah satu kenderaan yang popular kat Thailand. Udara pun free ja. Harga seorang 100 baht dalam masa 30 minit.



Lepas tu kami berhenti di Jungceylon Shopping Mall. Kat sini korang boleh jumpa McDonald la, Burger King la, Starbucks dan macam-macam lagi. Tapi kalau korang masuk kat sini, jangan lupa singgah kat level bawah sebab sana banyak jual souvenir dengan harga berpatutan. Sebab ada satu gerai tu jual semua barang dengan harga 100 baht saja.

Jam 2.00 petang, kami rehat dulu sebab jam 5.30 petang kami dah kena gerak ke Fantasea. Setibanya saja di Fantasea, fuyooooo.....memang meriah kat sana. Fantasea ni kira macam Cultural Theme Park la. So, masuk ja dalam tu, kami dah rasa macam kat dunia fantasi. Semua pekerja dia pun sangat lembut dan ramah. Selepas puas bergambar, kami makan malam kat The Golden Kinnaree Buffet Restaurant pada pukul 7.00 malam. Jangan risau kat dalam restoran di sediakan seksyen halal food dan juga non halal food.

Habis ja makan malam, kami sempat menonton persembahan tarian budaya Thailand dan juga persembahan boy band. Sempat juga cuci mata. Fantasea Night Show akan bermula pada jam 9.00 malam dan kami kena masuk beratur ke dalam Palace of Elephants sekitar jam 8.45 malam. Masuk saja ke sana, semua telefon bimbit dan kamera tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke dalam auditorium. Fantasy of Kingdom merupakan cerita yang dipersembahkan mengenai bagaimana Raja Thailand bersama gajahnya memimpin rakyatnya. Persembahan yang tidak dapat dilupakan. Memang kami seolah-olah berada di dalam dunia fantasi. Memang berbaloi pergi tengok. Persembahan berakhir sekitar jam 10 malam.



FANTASEA NIGHT SHOW




Lepas tu kami decide nak jalan-jalan tengok night view street kat area Patong Beach. Gila tak meriah. Punyalah sesak dengan manusia. Suasana malam yang sangat berbeza sekali. Kami menghabiskan masa malam terakhir kami di sekitar Patong Beach dan Bangla Road sebelum bergerak awal pagi esok.

Maka, berakhirlah pengalaman Cik KL dan teman-teman di Krabi dan juga Phuket. Satu pengalaman yang cukup menarik. So, kalau nak datang Krabi dan Phuket, beli tiket awal-awal ya.

P/s: Terima kasih kerana sudi baca. :) See you in next trip. Insyaallah.

-Stay Tuned on 10 Tips Travel by KIRA LEE-



You Might Also Like

1 comments

  1. Utk pakej kat krabi 1&2nd day tu bp kos dia ye?sb mgu dpn nk g..tgh nk survey hrga��

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images