- 15:20
- 0 Comments
- 13:38
- 0 Comments
- 17:08
- 0 Comments
AIN NADEERA
Aku Ain Nadeera. Hobi aku suka tangkap gambar.
Tapi...kerja aku bukannya fotographer. Buat masa sekarang ni aku menjadi
Penganggur Yang Terhormat di Taman Alamanda. Ya..lah maklumlah, orang baru
habis study. So, asal jer aku ada waktu lapang, memang aku akan bawa boyfriend
aku pergi keliling satu KL. Jangan salah faham! Aku maksudkan boyfriend aku tu
sebenarnya kamera aku daa...
“ Ain!!!!” laung mama.
“ Yer!!! Ain turun ni,” jabwabku. Keluarga aku
ni kecik jer. Ada papa, mama dan aku. Kan kecik tu..
Papa aku seorang doktor. Mama aku pula ada
buka restoran ala-ala kampung. Kalau nak tahu restoran mama aku ni unik sikit.
Kalau nak datang, tak payah nak dok kat kerusi. Semua pelanggan kena dok
bersila. Erm..baru ada kampung style. Tu..lah..kadang-kadang jer aku tolong
jaga restoran mama aku tu kalau aku rajin lar. Itu pun, kalau ayah aku dah bagi
kaunseling free-free punya pada aku.
“ Mari makan. Anak dara sorang ni tak reti nak
tolong mama masak lah. Asyik-asyik merenung gambar..gambar...dan gambar.
Cubalah..kamu belajar memasak sementara kamu masih tak bekerja lagi.” Omel
mamaku.
“ Boleh...tapi bila senang.” Aku ketawa.
“ Tengok tu. Tak habis-habis nak loyar buruk
dengan mama kamu ni. Kamu tu esok-esok..kalau nak kahwin, kamu nak bagi apa
suami kamu makan? Nak masak ayam pun tak tahu..apalagi ikan. Ain...Ain..” keluh
mama.
“ Relax lar mama. Ain masih muda lagi.
Nanti-nantilah Ain belajar memasak yer Puan Zahara.” Ucapku.
“ Yer lar tu. Selagi ada kamera di tangan
kamu, senduk kat dapur tu belum tentu kamu pegang.”
“ Ok...ok..la.mama. Ain lapar dah ni. Jom kita
makan yer.” Ajakku. Oh yer...papa aku sekarang ni tak ada di rumah sebabnya
papa aku dijemput untuk memberikan motivasi kecemerlangan di Melaka.
.................................................................
ARASH RAYYAN
New York, Amerika Syarikat
“ Shasha..will you marry me?”
“ Emm...sayang. I think I should told you
first before I answer it.”
“ About what?”
“ You see..i’m a model right. Yesterday, I got
an offer from a big agency here . They want me to sign a contract for a 5 year.
So, I think we should break off.” Ucap Shasha.
“ What? Dont’ you love me?” soal Rayyan.
“ Of course! I do love you. But I love my job
more. I hope you’re understand.”
“ So! You love your job more than me?”
“ Yes..i love my job.”
“ Ok. We break off then. From now on, we are
nothing.” Rayyan berlalu pergi meninggalkan Shasha sendirian.
Rayyan masuk ke dalam kereta BMW X-6 miliknya.
Rayyan menghempas-hempas stereng kereta kerana cukup marah dengan tindakan
kekasihnya itu. Rayyan bersusah payah
untuk mengosongkan jadual kerjanya untuk hari ini kerana baginya sudah cukup untuknya berkasih dengan Shasha. Rayyan
telah menempah tiket untuk ke New York hanya untuk melamar kekasihnya itu.
Namun semua usahanya sia-sia sahaja .Hampir
4 tahun, Rayyan bercinta dengan Shasha walaupun mendapat tentangan daripada
ibunya. Rayyan tidak menyangka Shasha akan lebih memilih kerjanya berbanding
dirinya. Baiklah..Shasha. Kalau itu yang kau mahu, aku tak akan ganggu kau
lagi. Kau akan ku buang jauh-jauh dalam hidupku. Sebab kau..aku tidak akan
pernah percaya pada cinta lagi.
.................................................................
AIN NADEERA
Hari ni hujung minggu. Aku dah ajak kawan aku,
Nad jalan-jalan kat KLCC. Tidak dilupakan juga boyfriend aku aka kamera
kesayangan aku dan juga ipad Apple aku.
“ PONNN!!!!” Nad membunyikan hon kereta Myvi
miliknya.
“ Ain!!!! Kawan kamu dah sampai tu.” Laung
mama. Aku segera berlari turun ke bawah menuju ke ruang tamu untuk menyalam
mamaku.
“ Hello..Hello...sorry lambat sikit. Aku bawa
boyfriend aku sekali.” Ucapku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam perut
kereta Nad.
“ Hermm...kau ni kan memang selalu jer lambat.
Apasal kau tak angkut jer apa yang ada kat dalam rumah kau tu? “
“ Ai...main kasar nampak? Tak ada lar..kau kan
tahu aku tak boleh tinggalkan boyfriend aku ni. Kalau bf aku ni tak ada, alamat
tak lengkaplah hidup aku seharian. Lagipun..mana tahu..kot-kot dapat tangkap
gambar lelaki hansem?” selorohku.
“ Eeee...tak tahu malu punya perempuan. Dah
lah dengan drama swasta kau tu. Jom kita gerak sekarang.” Ajak Nad.
Aku dan Nad memang sudah bersahabat baik sejak
dari kecil lagi. Di mana ada Nad, di situ ada aku. Dan di mana ada aku, di di
situ ada Nad. Cuma..kami berdua terpisah bila masing-masing melanjutkan
pelajaran di universiti berbeza. Tapi..dengan adanya kemudahan Facebook, aku
selalu berhubung dengan Nad.
.................................................................
ARASH RAYYAN
“ Assalamualaikum, Rayyan.” Sapa ibu di
talian.
“ Waalaikumsalam, Bu.” Jawab Rayyan.
“ Rayyan..lama lagi ker kat New York?” soal
ibu.
“ No. Rayyan dekat airport sekarang ni. Rayyan
nak balik Malaysia hari ni juga. I’m sorry for not telling you earlier.”
“ Oh...tak apa lah kalau macam tu. Nanti bila
Rayyan dah sampai kat KLIA, call ibu yer.”
“ Ok..assalamuaikum.” ucap Rayyan.
“ Waalaikumsalam.” Jawabnya. Datin Rohana
sebenarnya ingin tahu tentang jawapan lamaran kekasih anaknya itu. Tetapi,
memandangkan Rayyan sudah ingin balik ke Malaysia, dilupakan sahaja hasrat itu.
Sesungguhnya, di dalam hati, Datin Rohana tidak suka akan pilihan anaknya itu.
Shasha..walaupun anak orang kaya tapi kalau hilang nilai-nilai Melayu dalam
etika berpakaian, baik lupakan sahaja. Namun, oleh sebab Rayyan satu-satunya
anak lelakinya, terpaksa juga Datin Rohana mengalah.
“ Awak telefon siapa tadi?” soal Datuk Ariz.
“ Ehm...anak lelaki awak lar.” Jawab Datin
Rohana.
“ Kenapa dengan Rayyan pulak? Bukan dia di New
York ker sekarang ni? Katanya nak pergi melamar kekasih hatinya, Shasha.
Macamana?”
“ Macamana apanya? Anak lelaki awak ni
sekarang ni mungkin dah di dalam flight. Tadi saya call dia nak tanya pasal hal
tu lah. Tapi..Rayyan cakap, dia ada kat airpory sekarang nak balik ke
Malaysia.”
“ Eh...cepatnya nak balik. Bukan dia baru
pergi semalam ker?”
“ A’ah. Itulah..ini mesti ada yang tak kena
ni. Tak apa lar..kita tunggu jer bila Rayyan dah balik nanti.”
.................................................................
AIN NADEERA
Aku dan Nad berjalan masuk ke dalam KLCC. Wah!
Ramainya orang kat dalam ni. Macam ni..susahlah nak jalan-jalan, ambil gambar
..nak lepak kat mana ni yer? Aku dan Nad masih tercari-cari port yang sesuai
untuk kami berdua melepak bersama.
“ Nad, ramai juga orang hari ni yer? “
“ Memang lah. Inikan hujung minggu. Mestilah
ramai orang. Apalagi sekarang ni kan musim cuti sekolah.”
“ Yer tak yer juga. Aku tahulah kau ni
sekarang dah kerja jadi guru. Aku jer yang belum dapat-dapat lagi kerja. “
“ Tahu pun...tu lah kau. Restoran mama kau kan
ada. Kau cubalah tolong ambil alih bisnes mama kau tu. Mana tahu kau ada bakat
berniaga. Tak lah kau melepak jer dengan bf kau tu?
“ Hello! Kau kan tahu aku ni bab berniaga ni
ada kureng sikit lar. Apalagi bab-bab masak-memasak ni. Kirim salam jer lar.
Kalau kau yang nak rasa masakan aku pun, sure kau takkan nak kali kedua daa.”
“ Banyak betul alasan kau ni..jom kita lepak
kat KFC lar..aku rasa lapar , Ain.” Ucap Nad sambil menggosok-gosok perutnya.
Kami berdua meneruskan perjalanan untuk
mencari KFC. Usai sudah sampai, aku terus mencari temapt duduk untuk aku dan
juga Nad. Aku hanya membiarkan Nad sahaja yang memesan makanan KFC untuk kami
berdua. Sementara aku menunggu, aku mengeluarkan ipad yang ku bawa tadi.
Apalagi...wi-fi ada, tangan aku pun gatal nak tengok Running Man. Aku memang
tak boleh miss tengok rancangan ni. Aku memang tergelak habis daa..
“ Assalamualaikum.” Sapa seorang suara. Aku
terus menghentikan video Running Man yang ku tonton di you tube. Lalu, aku
menoleh ke arah suara itu.
“ Waalaikumsalam. Oh..Mak cik Rohana kan?
Kawan mama?” ucapku dengan ramah.
“ A’ah. Ini Ain kan, anak Zahara kan?”
“ Ya.”
“ Mama Ain apa khabar? Sihat? “
“ Sihat, alhamdulillah. Mak cik pula? Apa
khabar? Pak cik macamana?”
“ Semuanya sihat.”
“ Ain, tunggu siapa kat sini? Tunggu boyfriend
ker?” usik Datin Rohana. Sengaja Datin Rohana berkata sedemikian. Sebenarnya
sudah lama Datin Zahara berkenan dengan anak kawannya ini. Baginya..Ain Nadeera
ini sangat sesuai sekali jika dipadankan dengan anak terunanya itu. Tapi,
almaklumlah..Rayyan sudah punya kekasih. Apalagi sekarang ini Rayyan sanggup ke
New York semata-mata untuk berjumpa dengan kekasihnya itu. Katanya..Rayyan
sudah bersedia untuk melamar kekasihnya itu. Nampaknya...melepaslah peluan
Datin Rohana nak bermenantukan si Ain ni.
“ Ain mana ada boyfriend Mak cik. Ain tengah
tunggu kawan Ain ni. Dia tengah pesan makanan kat kaunter. Mak cik ke sini
dengan siapa?”
“ Tu..hah..anak mak cik yang bongsu tu hah.
Ariana tu baru jer balik dari oversea. Dia yang ajak Mak cik nak makan kat
sini.” Sebenarnya aku dan Ariana tu
sebaya tapi memandangkan dia sekolah kat oversea, jadi kami jarang jumpa la.
“ Oh...Ariana. Dah lama tak jumpa dia.”
“ Yer...betul tu. Mak cik lupa nak beritahu
kamu ni. Hari jumaat ni, jangan lupa
beritahu ayah dan ibu kamu pergi ke rumah Mak cik. Mak cik ada buat kenduri doa
selamat sempena meraikan kepulangan anak bongsu Mak cik tu. Selepas ishak
yer..Ain datang lar sekali yer. Baiklah..mak cik nak ke sana dulu.
Assalammualaikum.” Aku segera menyalam tangan Mak cik Rohana. Mak cik Rohana
berlalu pergi.
“ Dah sampai pun makanan kita...jom kita
makan.” Ucap Nad.
.................................................................
ARASH RAYYAN
Rayyan keluar dari perut kereta Mercedes Benz
itu lalu terus sahaja berjalan masuk ke dalam rumahnya. Pak Kassim segera
mengeluarkan bagasi Rayyan yang berada di dalam bonet kereta. Nampaknya, angin
Rayyan masih belum baik semenjak lamarannya ditolak oleh kekasihnya itu.
Apalagi, Rayyan baru sahaja berpisah dengan kekasihnya itu.
“ Rayyan dah balik sayang!” ujar Datin Rohana
yang teruja menyambut kedatangan anaknya itu. Namun, semuanya hanya sia-sia
sahaja kerana Rayyan terus sahaja melangkah laju menapak ke bilik kamarnya.
“ Eh..kenapa pulak abang Rayyan tu? Macam
orang tengah marah jer?” soal Ariana tiba-tiba yang mengejutkan Datin Rohana.
“ Enah lar. Ada la tu yang tak kenanya. Tak
apa lah. Kita biarkan abang kamu tu berehat. Tentu dia penat tu.” Ucap Datin
Rohana.
Ariana berlalu pergi menuju ke kamarnya.
Sementara Rayyan terus mengurung dirinya di dalam bilik. Hatinya masih terluka
gara-gara sikap bekas kekasihnya itu menolak lamarannya dan meminta putus
hubungan dengannya.
“ Heh...aku tak akan percaya cinta lagi. Aku
tak akan sesekali percaya pada perempuan lagi. Tak akan!!!” ucap Rayyan
sendirian.
Rayyan mengoyak gambar-gambarnya bersama
Shasha. Segala pemberian Shasha kepadanya juga telah Rayyan simpan semuanya ke
dalam kotak untuk dibuang ke tong sampah.
.................................................................
AIN NADEERA
Wow!!!! Besarnya rumah Mak cik Rohana ni.
Kalau aku nak buat photoshoot freestyle kat laman rumah Mak cik Rohana, baru
gempak babe..sempat pulak aku berangan-angan.
“ Ain! Betul ker aku boleh ikut masuk ni? Aku
seganlah.” Ujar Nad. Aku terpaksa mengajak Nad untuk menemaniku ke rumah Mak
cik Rohana. Sebabnya..mama aku ada urusan bisnes dengan pembekal. Jadi
terpaksalah aku menjadi al-wakil buat famili aku.
“ Apa yang kau nak segan? Kita bukannya masuk
kelab malam kot?” sempat aku loyar buruk pada Nad. Nad terus mencubit lenganku.
“ Aduh!!! Sakitlah.” Ucapku.
“ Tu lah kau. Aku serius. Kau main-main
pulak.”
“ Tak payah lah nak segan-segan. Jom kita
masuk dan makan yang sedap-sedap.” Kami berdua ketawa.
“ Assalamualaikum.” Sapaku pada semua tetamu
yang sudah datang.
“ Waalaikumussalam.” Jawab semua tetamu. Kami
berdua bersalam dengan semua tetamu yang ada di dalam rumah itu. Aku sudah
nampak kelibat Mak cik Rohana yang sedang bersiap-siap di dapur. Aku menarik
lengan Nad untuk menuju ke dapur.
“ Assalamualaikum Mak cik.”
“ Eh..Ain. Waalaikumussalam.” Mak cik Rohana
terus meraih aku ke dalam dakapannya. Begitu juga ke arah Nad. Kami berdua naik
segan pula. Aku sempat bertegur sapa dengan Ariana juga.
Mak cik Rohana membawa aku dan Nad pergi ke
ruang tamu untuk duduk bersama-sama dengan para tetamu yang lain.
.................................................................
Usai sudah membaca doa selamat, semua orang
dijemput untuk menjamu selera. Apalagi aku terus bangun menuju ke meja makan.
Nad pula masih berborak-borak dengan Ariana. Aku kalau bab makan memang nombor
satu. So, aku mestilah nombor satu juga bangun. Aku memilih makanan yang hendak
ku makan. Ok...semuanya sudah ada.
“ Nad..Ana..pergilah makan. Aku dah ambik
makanan aku ni. Aku nak pergi dapur dulu, nak cuci tangan. Aku malas nak
berebut di meja makan tu walaupun dah ada pencuci tangan disediakan.” Ucapku.
Mereka berdua ketawa dengan gelagatku.
“ Ok..la..Cik Ain yang kuat makan.” Usik Ana.
Aku berjalan menuju ke dapur. Aha!! Tu dia..tu
dia..ucapku sendirian. Aku terus melangkah laju ke depan menuju ke sinki untuk
mencuci tangan. Usai sudah mencuci tangan..tiba-tiba???
“ Adoii!!!” ucapku mengadu kesakitan. Sakitnya
bahu aku. Aku rasa aku macam kena langgar beg pasir.
“ Ah!!! Lain kali nak jalan tu, pakai mata!
Bukan lutut!! Faham!!” ucap seorang lelaki yang sedang marah kepadaku. Lantas
aku menoleh ke arah suara itu.
“ Ewah-ewah...sedapnya mulut kau mengata aku.
Kau tu yang tiba-tiba ada kat belakang aku..kenapa?? kalau kau tak ada kat
belakang aku, tak der jadinya macam ni.” Balasku yang tidak puas hatinya.
“ Suka hati aku lah nak ada kat belakang kau
ke, depan kau ke? Ini rumah aku! Kau tu siapa nak ajar aku!!” geramnya.
“ EEEE....bencinya aku dengan lelaki ni. Tak
serupa dengan muka. Muka dia punyalah hansem macam owang putih..tapi bila dia
buka mulut, putus sudah elektrik otak dia ni kot..giler..giler...” omelku dalam
hati.
“ Apa hal kau tenung-tenung aku? Tak puas hati
ker?” ucap sinisnya.
“ ADA AKU KISAH? Aku tak kisah lah ini rumah
kau? Yang penting aku ni tetamu? So! Kau kena hormat tetamu! Faham!!” aku terus
merenjiskan air ke mukanya. Hahaha...baru puas hati aku. Aku terus berlari
keluar meninggalkannya.
“ Woiii!!!!!”jeritnya. Rayyan cukup marah dengan sikap perempuan itu
tadi. Terus sahaja Rayyan keluar untuk mencari perempuan itu. Rayyan tida akan
melepaskannya sebelum perempuan itu meminta maaf padanya.
.................................................................
Terkocoh-kocoh aku berlari menuju ke tempat
duduk ku. Aku terus mengambil gelas minumanku untuk ku minum. Waa...aku rasa
macam gunung berapi nak meletus dah ni..padan muka dia. Baru dia tahu siapa
aku. Dia ingat badan besar macam tu, boleh takutkan aku ker..no way! Aku ada
black belt taekwando lar.
“ Apa hal kau ni Ain? Macam kena kejar hantu
jer?” soal Nad.
“ Ini bukan hantu yang kejar aku tapi Godzilla
kot? Nanti lah aku cerita. Yang penting kita makan dulu. Aku dah lapar ni.”
Ucapku.
“ Cepatlah makan Ain..nanti sejuk pulak
makanan kau.” Ujar Ana.
Sedang-sedang aku syok menikmati
ayam..kukus..grill..panggang..kukus...grill..panggang...tiba-tiba??
“ Jemput makan Ain. Nanti bila dah habis
makan, Mak cik ada sedikit makanan nak beri mama kamu. Ya lah..sayang mama kamu
tak dapat datang hari ni kan.” Tiba-tiba Mak cik Rohana datang mencelah dari
belakangku.
“ Ok..mak cik. Nanti Ain jumpa Mak cik.
Rayyan masih mencari-cari kelibat perempuan
itu. Rasa tidak puas hatinya masih berbekas di hatinya. Berani betul perempuan
tu cari pasal dengan aku. Selama aku jumpa perempuan, tak pernah lagi aku jumpa
perempuan yang brutal macam tu. Semua perempua yang aku jumpa mestinya lemah
lembut.
Rayyan menoleh sesekali ke kiri dan kanan.
Matanya tiba-tiba tertancap pada seorang perempuan yang bertudung biru lembut
sedang enak makan bersama..adiknya.. Ariana? Takkanlah kawan Ariana? Ah..peduli
apa..aku dah jumpa dia..perhitungan harus dibuat. Kau tunggulah..baru sahaja,
Rayyan ingin melangkah..tiba-tiba ayahnya pula datang memanggil untuk
membantunya melayan tetamu yang hadir. Dengan berat hati, Rayyan terpaksa
mengikut ayahnya keluar juga.
Usai selesai sudah majlis kenduri, aku dan Nad
terus menolong Mak cik Rohana mencuci pinggan mangkuk di dapur. Begitu juga
dengan Ariana. Walaupun aku dan Ariana ni sudah lama tak berjumpa, namun oleh
kerana sifat merendah diri yag ada pada Ariana membuatkan aku dan Nad cepat
mesra dengannya.
.................................................................
ARASH RAYYAN
“ Abang..jom kita jalan-jalan. Ana bosanlah
dok kat rumah ni. Lagi pun abang kan cuti. Kita pi tengok wayang lar..” ajak
Ana pada abangnya. Ana tahu sebenarnya kalau waktu hujung minggu macam ni,
abangnya itu lebih suka kalau duduk di rumah saja. Lagipun, ibunya juga sudah
beritahu kepadanya tentang hubungan abangnya dengan bekas kekasihnya itu sudah
putus. Oleh sebab itulah, Ana ingin mengajak abangnya pergi berhibur.
“ Malaslah nak keluar. Ana pergilah sahaja
seorang. Minta Pak Kassim hantarkan saja lah.” Jawab Rayyan acuh tak acuh.
“ Ala..abang ni tak best laa..jomlah..kita
pergi.” Ana sudah membuat muka kesian untuk memujuk abangnya itu.
“ Ya lah...tapi sekejap jer tau. Lepas habis
tengok movie..balik terus. Faham.” Ucapnya. Rayyan tidak sampai hati ingin
menolak permintaan adiknya itu.
Ana terus masuk ke dalam kereta nissan Teana
abangnya yang berwarna merah scarlet itu. Sebenarnya, ini semua adalah
rancangan Ana dengan Ibunya. Semalam Ana sudah menelefon Ain untuk ikut bersamanya
menonton wayang hari ini. Ana sengaja mengajak Nad supaya nanti bila Ana
membiarkan abangnya dan Ain melihat wayang bersama-sama, Ana dan Nad bolehlah
jalan-jalan kat tempat lain.
“ Cepatnya masuk..tak sabar-sabar lagi ker?” ucap
Rayyan pada adiknya.
“ Biasalah..dah lama tak tengok movie kat
Malaysia ni.”
“ Ya lah.. tu. Ini..yang senyum-senyum ni
kenapa? Macam ada yang tak kena ni?”
“ Tak..tak ada..ala..”
“ So..kita nak tengok wayang kat mana ni?”
soal Rayyan.
“ Berjaya Times Square.”
.................................................................
AIN NADEERA
Aku dan Nad menunggu Ana di luar pawagam.
Janji pukul 2.00 petang. Sekarang masih awal lagi. Tidak lupa juga boyfriend
aku aka kamera aku. Aku dan Nad
sempat mengambil gambar bersama-sama.
“ Ain!!!” laung satu suara. Aku dan Nad
menoleh ke belakang serentak.
Ana segera menghampiri Ain dan Nad. Rayyan
mengikutnya dari belakang.
“ Kau!!!!” serentak aku bersuara bersama
lelaki yang berada di sisi Ana. Ana dan Nad kehairanan.
“ Kau perempuan yang hari tu kan di rumah
aku??” soal Rayyan tiba-tiba.
“ Kau lelaki yang langgar aku tu kan? Kan?
Kan?” sengaja aku menekan soalanku.
“ Abang, kenapa ni? Kenapa marah-marah dengan
Ain?”
“ Kamu tanyalah kawan kamu tu, apa dia buat
dengan abang!”
“ Sorry sikit..kau tu yang cari pasal dengan
aku dulu. Ana, dia ni abang kau ker? Tak padan langsung la dengan kau.” Ucapku
sinis.
“ Ana! Jom kita balik sekarang. Abang tak ada
mood nak tengok movie.”
“ Tak boleh abang. Ana dah lama tunggu movie
ni. Ana nak tengok juga hari ni.” Rayu Ana.
“ Ana..biarlah abang kau nak balik. Kalau dia
ada pun, bukannya dia boleh layan movie-movie macam ni?” ucapku sinis.
“ Apa? Kau cabar aku ker? Ok! Ana..jom kita
beli tiket. Right now. Abang belanja.” Arash Rayyan memang pantang dicabar
lebih-lebih lagi seorang perempuan. Rasanya perempuan ni sebaya dengan adiknya
tapi..berani betul lah dia melawan dengan aku.
.................................................................
Ain dan Ana ketawa bersama-sama. Nad masih
blur. Mereka berempat masuk ke dalam pawagam. Ana terus menarik tangan Nad
untuk duduk di sebelah kanannya. Terpaksalah Rayyan duduk di sebelah kiri Ana.
Sementara Ain tidak punya pilihan lagi memandangkan duduk di sebelah Rayyan
walaupun hatinya tidak rela untuk duduk bersebelahan dengan musuh ketatnya. Ana
gembira kerana rancangannya berjaya juga.
“ Ishhhh...menyampahnya aku duduk dengan mamat
kat sebelah ni. Macam ni susahlah nak layan movie Breaking Dawn ni.” Aku
menjeling tajam ke arahnya. Lelaki itu turut membalas dengan jelingan tajam
juga. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“ Aku lagi lah menyampah duk kat sebelah
perempuan ni. Dahlah..pendek..tapi mulut dia boleh tahan juga kuatnya. Apasal
la aku boleh ikut adik aku ke sini. Kalau aku tolak awal-awal tadi kan, tak
adalah aku jumpa dia kat sini dan duduk kat sebelah dia ni. Eee..alergik!” omel
Rayyan di dalam hati.
Sudah 1 jam movie bermula, dari tadi aku
menahan geram. Bukan apa..aku tak tahu tangan siapa yang gatal nak
pegang-pegang bahu aku. Kalau aku nampak orang yang kurang ajar tu, aku
taekwando dia kat dalam pawagam ni. Buat masa ni aku bersabar dulu. Tapi kalau
orang tu buat hal lagi, sah lepas ni memang orang tu 3 bulan duduk kat
hospital.
Rayyan..kejap-kejap menjeling curi-curi ke
arah Ain. Apa hal dengan minah ni? Macam tak selesa jer duduk kat sebelah aku
ni? Rayyan menghidu baju T-shirt Polo miliknya di kiri dan kanan, tak ada pun
bau. Apa hal muka minah ni macam menahan sesuatu jer? Tiba-tiba, mata Rayyan
terlihat sesuatu yang menjalar ke bahu Ain. Tapi..penglihatan Rayyan tidak
berapa jelas disebabkan keadaan dalam pawagam yang agak gelap.
Usai 2 jam kemudian, lampu pawagam terus
dibuka. Ain sempat menangkap tangan gatal yang berkali-kali memaut bahunya
sepanjang menonton wayang tadi. Puas sudah Ain menahan geram. Sudah lama
ditunggunya.
“ BUKKKK!!!” satu tumbukan buku lima dari Ain
dihadiahkan kepada lelaki yang kurang ajar itu. Habis riuh pawagam tersebut.
Ain sudah tidak peduli akan pandangan orang ramai. Ana, Nad dan Rayyan ternyata
terkejut sekali dengan tindakan Ain yang menumbuk muka lelaki itu.
“ Kurang ajar punya lelaki. Berani kau pegang
bahu aku. PANGGG!!!” Sekali lagi Ain menghadiahkan tamparan kepada lelaki itu.
Lelaki itu terkejut sekali apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Lelaki itu
tidak sempat untuk menarik kembali tangannya semula semasa filem sudah habis
ditayangkan.
“ Apa yang kau merepek ni perempuan? Bila masa
aku cuba pegang bahu kau pula? Tengok..kau yang pegang tangan aku! Tak malu
punya perempuan!” bentaknya.
“ Hoi..kau ni memang dasar lelaki gatal. Dah
kena tangkap oleh aku, masih tak mengaku. Aku terpaksa menahan geram tadi sebab
aku tak nak buat kecoh masa orang tengok wayang. Sekarang, wayang dah habis,
aku yang buat wayang swasta kat sini. Ambik ni.” Aku menumbuk sekali lagi
mukanya. Habis berdarah hidungnya.
“ Kau!!!” ujar lelaki itu. Lelaki itu cuba
menumbuk ku semula. Namun...tiba-tiba, dihalang oleh Rayyan.
“ Hei! Kalau kau anak jantan! Lawanlah dengan
lelaki! Bukkk!!” Kini Rayyan pulak menghadiahkan sebuah tumbukan. Terus
terbaring lelaki itu.
“ Abang, dah lah. Ain...jom kita balik.” Ana
memaut lenganku dan membawaku keluar dari panggung wayang. Nad mengikutku dari
belakang bersama-sama dengan Rayyan. Rayyan cukup marah dengan perangai lelaki
itu tadi. Memalukan kaum lelaki saja!
“ Ain..kau tak apa-apa ker? Kau ok?” soal Ana.
“ Aku ok.” Ucapku tenang.
“ Ya lah..tu. Kalau aku tak ada tadi, maybe
kau dah masuk hospital kot sebab kena tumbuk oleh lelaki tu tadi.” Ucap Rayyan.
Aku terus memandangnya. Serius..aku tiba-tiba jer nampak muka dia ni hansem
masa tolong aku tadi. Tapi...aku tak ada mood la nak berdebat dengan ni.
“ Ok..terima kasih sebab tolong aku tadi.
Ehm..Ana, aku balik dulu la yer.” Aku terus memaut lengan Nad untuk beredar
dari situ.
Rayyan ternyata hairan dengan sikap Ain yang
tiba-tiba berubah menjadi serius. Fikirnya..Ain akan cuba berdebat dengannya
lagi. Tapi..Ain hanya mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan juga Ana.
.................................................................
ARASH RAYYAN
Hampir 3 minggu sudah berlalu. Entah kenapa
tiba-tiba Rayyan teringatkan Ain. Nak dikatakan rindu..mustahil. Selepas
kejadian di pawagam hari tu, Rayyan tidak pernah berjumpa lagi dengan Ain. Walaupun,
kadang-kala Ana selalu bertelefon dengan Ain, Rayyan terpaksa pura-pura tidak
mendengarnya. Pada hal, Rayyan selalu curi-curi dengar diluar bilik Ana. Kalau Ana
menggunakan telefon rumah, Rayyan selalu curi-curi mendengar perbualan adiknya
bersama dengan Ain melalui telefon rumahnya yang berada di biliknya.
Rayyan tidak tahu kenapa dia jadi begini. Rasa
rindu pula nak dengar suara minah tu kalau bergaduh dengan aku.
“ Abang...abang..” sapa Ana.
“ Oh..kamu Ana. Buat abang terperanjat saja. Kenapa?”
“ Tak ada lar. Ana tengok abang ni macam
berangan jer.”
“ Ish..mana ada. Ni..pakai baju cantik-cantik
ni..nak ke mana?”
“ Ana nak keluar dengan Ain dan Nad.” Terus berubah
seratu peratus riak wajah Rayyan bila mendengar nama Ain. Rayyan pura-pura
berlagak tenang. Padahal..dalam hati sudah dup dap dup dap.
“ Ehm..nak keluar ni pakai abang la ni kan?”
soal Rayyan.
“ EEEE...perasanlah abang ni. Kita kena
jemputlah.”
“ Hah!! Siapa?” Rayyan sedikit kecewa. Macamana
aku nak jumpa dengan Ain ni?
“ Nad lah. Dia kan ada kereta. Kenapa? Abang nak
ikut ker?” sengaja Ana menyoal abangnya. Ana sedar akan perubahan abangnya itu.
Bila jer dia sebut nama Ain, muka abangnya terus berubah. Macam orang tengah
angau. Sama la juga dengan Ain. Bukannya Ana tak perasan. Bila jer Ana sebut
nama abangnya didepan Ain atau kat dalam telefon, mula lah muka Ain bertukar
malu-malu.
“ Ish...buat apa nak ikut korang. Tak nak lah.
Baik abang dok kat rumah jer.” Jawabnya. Dalam hati...mahu tapi malu. Ana ketawa
melihat telatah abangnya itu.
“ Ok..lah. Ana pergi dulu. Nad dah sampai tu.”
“Kejap-kejap..kamu nak pergi mana ni?”
“ KLCC..jer. Nak jalan-jalan. Ok..bye.” Ana
menyalam tangan abangnya.
.................................................................
Rayyan segera berlari ke atas menuju ke biliknya
untuk menukar bajunya. Aku pun nak pergi KLCC la.
Usai sudah memarkir kereta Teananya, Rayyan
terus masuk ke dalam KLCC. Mata Rayyan mencari-cari kelibat adiknya. Tak juga
jumpa-jumpa. Mana la dorang ni. Rayyan tidak berpuas hati. Asal nampak Ain dari
jauh, cukuplah. Rayyan terus menelefon adiknya kerana ingin tahu adiknya berada
di mana sekarang.
“ Hello, Ana.”
“ Hello..abang.” jawab Ana yang kini berada di
MC’Donalds.
“ Ana..belum lagi ker?” entah soalan apa
daa..yang ditanya Rayyan kepada adiknya. Pada hal baru saja adiknya sampai di
KLCC.
“ Apa la abang ni. Ana kan baru sampai. Takkan
la nak balik.”
“ Oh..yer ker. Ana kat mana ni?”
“ Kan Ana dan cakap kat KLCC.”
“ Ya lah..KLCC..tapi di mana?”
“ Oh... MC’Donalds.”
“ Ok. Bye.” Terus sahaja Rayyan mematikan
talian. Rayyan mengukir senyuman. Rayyan terus menuju ke MC’ Donalds.
.................................................................
MC’ Donalds
“ Ain, kau tadi abang aku ada call lar.” Ana sengaja
ingin melihat reaksi wajah Ain.
“ Uhuk..uhuk..” Ain yang sedang minum air
Pepsi terus terbatuk.
“ Kau ok ker?” soal Nad,
“ Aku ok..ok..”
“ Kenapa abang kau call?” soal Ain.
“ Tak ada lar. Dia tanya aku kita kat mana
sekarang ni? Tu jer.”
“ Oh..yer ker.”
“ Eh...Ana..Ana..kau tengok kat luar tu! Tu bukan
abang kau ker?”
“ Mana..mana..?” Ana dan Ain terus berpaling
ke luar untuk melihat gerangan Rayyan.
Rayyan sudah semakin dekat menghampiri MC’Donalds.
Eh..kalau dorang nampak aku nanti, apa aku nak bagi alasan ya..bagitahu jer ibu
nak makan MC’D. Senang cerita. Saat kaki Rayyan ingin melangkah masuk ke dalam,
tiba-tiba....
“ Rayyan!!” laung suara lembut dari belakang.”
“ Shasha!! What the hell are you doing here?”
ujar Rayyan dengan kasar.
“ Look! Sayang..I rasa menyesal sangat sebab
dah tolak lamaran you. I nak kita balik semula. Please!!” rayu Shasha. Rayyan ternyata
terkejut dengan kehadiran Shasha di situ.
Dia tidak menyangka sekali yang Shasha sudah balik ke Malaysia.
“ Aku peduli apa kau nak menyesal. Antara kita
berdua dah tak ada apa-apa lagi. Now..get out from my way.” Shasha cuba memujuk Rayyan dengan memegang
tangan Rayyan.
Ain yang melihat kejadian itu bingkas bangun
dan berlalu keluar dengan perasaan yang cemburu. Entah kenapa hatinya rasa
cemburu saat ini bila melihat Rayyan sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Padalah antara Rayyan dengannya masih belum ada apa-apa tanda ikatan lagi.
“ Ain! Ain! Ain!” laung Ana dan Nad. Ana tahu
mesti Ain sangat sedih sekarang ni. “
Ain hanya memandang sekilas sahaja Rayyan yang
berada di luar MC’D itu. Rayyan terus melepaskan tangan Shasha yang
memegangnya.
“ Abang! Apa buat ni? Tengok..Ain dah lari. Cepatlah
kejar dia. Soal perempuan ni, biar Ana yang selesaikan.” Ujar Ana. Rayyan terus
berlari mencari Ain.
.................................................................
ARASH RAYYAN & AIN NADEERA
“ Ain!!!” laung Rayyan. Ain menghentikan langkahnya. Rayyan berjalan
mendekatinya.
“ Ain...aku nak minta maaf kat kau. Kau menangis ker?”
“ Mana ada! Apa hal kau nak minta maaf kat aku pulak. Dah..lah..kau
pergilah dekat awek kau tu!”
“ Ain..apa kau cakap ni. Itu bukan awek aku. Tapi bekas awek aku.”
“ So?”
“ Ain..sebenarnya aku cakap sesuatu dengan kau.” Rayyan harus meluahkan
perasaannya hari juga. Sahlah..hatinya sudah terpaut kepada pemilk nama Ain
Nadeera. Walaupun dirinya dahulu pernah berjanji bahawa tidak akan pernah
percaya pada cinta, akhirnya dirinya juga yang terpaksa merana. Kini, Rayyan
perlu menjelaskan segala-galanya untuk mendapatkan cinta Ain.
“ Aku tak ada masa nak cakap dengan kau. Aku nak balik lar.”
“ Ain..tunggu sekejap! Kenapa kau nak lari dari aku? Kau cemburu ker?”
“ Bila masa kau cemburu? Perasan!!” Ain menjawab dengan geram.
“ Macam tu lah..actually...I’m officially missing you Ain Nadeera. Dah lama
tak dengar you marah-marah. I rindu lah nak dengar suara you.
“ Hah??”
“ Ain..saya sebenarnya nak cakap yang saya..dah mula sukakan awak dan
akan selama-lamanya sukakan awak. Saya harap awak sudi jadi teman special saya?”
Mata Ain berkelip-kelip kerana terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh
Rayyan. Ain tidak menyangka Rayyan akan meluahkan perasaannya di depan khalayak
umum. Macam buat drama pulak kami ni.
“ Alahai..malunya aku. Rayyan ni kalau nak confess cinta pun, agak-agak
lar kat mana. Ni...kalau aku ni artis, dah sah-sah..esok terpampang kat surat
khabar. ‘Seorang artis wanita dilamar oleh kekasihnnya di depan khalayak ramai.’
Macamana aku nak cakap ni yer. Aku pun sukakan dia juga. Eh..kau ni Ain. Kau kan
memang tak tahu malu sikit. Kau jawablah. Takkan kau nak buat Rayyan
tertunggu-tunggu. Kesian dia. Macam menaruh harapan sangat ni.
“ Arash Rayyan...I’m officially in love with you” luahku dengan senyum.
Rayyan turut mengukir senyum. Tanpa sedar, Nad mengambil gambar aku berdua
dengan Rayyan. Dah ada daa...wartawan yang tak berbayar ni.
“ NAD!!!!!” Jeritku..aku mengejar Nad.
.................................................................
3 TAHUN KEMUDIAN.....
Akhirnya aku secara rasminya menjadi isteri kepada Arash Rayyan. Semua ahli
keluargaku menerima dengan senang hati sekali. Paling teruja ibu bapa kami
berdua. Pada mulanya, memang niat mereka ingin menjodohkan kami berdua. Tapi..tak
sangka pula, memang betul-betul menjadi.
“ Abang..sayang nak pergi honeymoon kat Korea lar!”
“ Ok...dear. Untuk sayang, apa-apa pun boleh.”
“ Sure! Kalau macam tu, sayang nak tengok konsert Kpop bila kita pergi
sana nanti tau.” Ucapku.
“ Apa? Lagi sekali?” Rayyan menggeleng-geleng kepalanya. Bulan lepas,
isterinya itu sudah ke Singapura untuk menonton konsert Ft Island. Kali ni lagi
sekali daa...
Aku ketawa melihat muka suamiku. Terima kasih Ya Allah kerana telah
menganugerahkan aku seorang suami yang baik. Walaupun perkenalan kami pada
mulanya selalu jer bergaduh..tapi..kalau hari-hari bergaduh, nanti lama-lama rindu juga.
TAMAT.
(Ini adalah cerpen kelima saya. Selamat membaca.
Silalah komen. Saya akan perbaiki penulisan saya lagi nanti. Selamat membaca.)
Mari layan lagu tema Cerpen I'm Officially Missing You by Geek's ft Soyu Sistar..
- 17:21
- 2 Comments
Part 2
By : Kira Lee
Akhirnya…tiba jugalah Majlis Makan Malam bersama tetamu
ayah. Ayah dah bagitahu aku yang ayah nak kenalkan aku dengan anak lelaki
kawannya. Ayah kata anaknya itu masih bujang lagi..maknanya belum ada
girlfriend ler. Walaupun aku tak suka perkenalan yang telah diiaturkan oleh
ayah, aku terpaksa jugalah terima. Sebab..ibu bapa aku hari-hari sibuk dok
tanya aku dah ada boyfriend ker? Entah lah..aku tak tahu kalau aku akan dapat
memiliki cinta yang aku inginkan.
Aku memakai evening gaun yang telah dibelikan oleh mama
kelmarin. Aku hanya mengenakan solekan yang simple sahaja. Jam kini sudah
menunjukkan pukul 8.00 malam. Dari luar rumah aku sudah dapat mendengar
bunyi-bunyian kereta masuk ke kawasan rumahku. Mungkin tetamu yang dijemput
oleh ayah sudah sampai. Berdebar-berdebar pulak hati ni. Ok…buat muka relax
je..Risha. Senyum.
“ Risha! Dah siap ker? Tetamu dah sampai tu! Cepatlah keluar
sekarang!” ujar Mama di luar bilikku. Aku berjalan menuju ke pintu bilikku.
“ Ehm…dah siap la Mama. How do I look?” soalku pada Mama.
“ You’re so beautiful tonight dear. Jangan lupa senyum tau
depan tetamu nanti. Jangan malukan ayah kamu.” Pesan mama kepadaku.
Sementara di pintu rumah…
“ Assalamualaikum!” sapa seorang lelaki tua yang berkemaja
batik di samping isterinya yang anggun berbaju kurung moden.
“ Waalaikumsalam Fadzil! Sila masuk.” jawab Dato’ Zainal
kepada sahabat baiknya yang juga merupakan seorang doktor khas untuk
keluarganya. Farish tampak segak mengenakan kemeja berwarna biru lembut dan
dipadankan dengan seluar slack berwarna coklat.
“ Oh..jadi inilah anak kamu yang jadi doktor tu ya?” soal
Dato’ Zainal kepada Doktor Fadzil.
“ Ya..inilah anak lelaki saya tu.”
“ Saya Farish Aniq, Pak cik.” jawab Farish dengan ramah
sambil menyalam tangan Dato’ Zainal.
Dato’ Zainal mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Dato’
Zainal membawa mereka sekeluarga ke ruang tamu sambil menunggu hidangan makan
malam disiapkan. Aku dan mama turun bersama-sama untuk menyapa tetamu ayah.
Rasa nervous pulak.
“ Maaflah..kena tunggu emaknya dan anak saya dulu. Biasalah
orang perempuan. Nak berdandan itulah..inilah..yang penting semuanya mesti
perfect bagi mereka.” Gumam Dato’ Zainal pada Doktor Fadzil.
“ Betul tu..tak apa lah. Sekejap lagi mereka turun la tu.”
Jawab Doktor Fadzil.
“ Jadi, sekarang ni Farishlah yang uruskan klinik gigi kau
tu?” soal Dato’ Zainal.
“ Yer..aku dah tak larat lagi lah nak layan pesakit yang
ramai. Umur pun dah tua. Dah tiba masanya aku berehat di rumah saja. Biarlah si
Farish yang uruskan. Lagipun dia saja satu-satunya anak aku yang jadi Doktor
ni. Kau pun tahukan..Farisha jadi cikgu. Yang seorang lagi tu, Fakhriz pulak
jadi engineer.”
“ Iya tak juga..baguslah sekurang-kurangnya ada juga seorang
anak kau yang ikut jejak kau. Tak sia-sia kau hantar dia sekolah kat luar
negara muda-muda lagi.”
……………………………………………………………………………………………
Tiba-tiba…
“ Assalamualaikum..semuanya.” sapa Datin Airin.
“ Waalaikumsalam.” jawab Puan Anita, isteri Doktor Fadzil.
“ Maaf yer..kami lambat sikit tadi. Biasalah kan kita orang
perempuan.” Ujar mama. Aku berdiri di belakang mama.
“ Datin..makanannya udah siap.” Ujar pembantu rumahku
tiba-tiba.
“ OK. Terima kasih.” Jawab mama pada pembantu rumah kami.
“ Abang, jemputlah Doktor Fadzil sekeluarga untuk ke ruang
makan. Makanannya sudah siap dihidangkan. Mari Puan Anita.” Ajak Datin Airin.
Manakala ayah pulak mengajak Doktor Fadzil. Sementara aku..masih berdiri di
tepi tangga.
“ Ehm..ehmm..” seseorang berdehem kepadaku. Aku menoleh ke
arah suara itu.
“ Kau???” ujarku yang agak terkejut kepada lelaki yang
sedang bediri menghadapku.
“ Tak nak ajak kita ker makan malam?” soalnya dengan
senyuman yang manis.
“ Dia ni kan doktor yang merawat Zeema hari tu. Jadi
betullah dia ni anak Doktor Fadzil. Jadi? Apasal dia tak kenal aku hari tu? Aku
kan anak Dato’ Zainal. Sepatutnya seetiap ahli keluarga Dato’ Zainal, dia mesti
kenal. Ish…rosak mood aku nak makan malam ni. Heh…nasib baik kau ni anak Doktor
Fadzil..kalau tak..kau dah kena maki hamun aku tau.” Gumamku dalam hati.
“ Risha! Apalagi tu yang tercegat kat situ tu? Cepat ajak
Farish tu makan kat sini. Kesian dia. Tentu dia dah lapar.” Laung Mama padaku.
Ala…..malasnya aku nak cakap dengan dia ni. Nak ke tak nak ni…kalau inilah
lelaki yang ayah aku nak kenalkan..baik tak payah lah. Aku tengok dia ni macam
lemah jer..lembut semacam.
“ Ehm..ehm..cepatlah makan kat sana.” Ajakku kasar. Dia
tiba-tiba menghadiahkan aku senyuman. Dia ni sengaja nak memikat aku la
tu..ceh..ada hati konon. Pigi daaaa!!!
“ Macam tak sudia ajer nak ajak kita. Tak baik tau muka
masam-masam. Nanti cepat tua. Lepas tu..tak ada orang yang nak nanti. Doktor ni
juga yang susah.” Usiknya.
“ Ish…mengada-ada pula. Cepatlah! Nanti makanan jadi sejuk
pulak.” Aku berjalan laju ke depan sambil Farish mengikuti ku.
………………………………………………………….....
Di ruang makan…
“ Amin.” Semua orang mengaminkan bacaan doa makan dari Dato’
Zainal.
“ Jemputlah makan. Jangan malu-malu. Buat macam rumah
sendiri.” Ajak Datin Airin pada keluarga Doktor Fadzil.
“ Terima kasih lah, Nal. Sebab susah-susah jemput kami
sekeluarga makan kat sini.” Ucap Doktor Fadzil.
“ Sama-sama. Ala…ini tak seberapa kalau nak dibandingkan
jasa kau Zil terhadap keluarga kami. Lagipun, aku nak bincangkan sesuatu dengan
kau selepas ni. Pasal anak-anak kita.”
“ Baiklah.”
Semua orang menjamu selera dengan asyiknya. Aku ni..susah
sangat nak makan. Sebabnya..didepan aku sekarang ni si Farish tu. Macamana aku
nak makan kalau dia ada di depan aku sekarang ni. Mana lagi Mak cik Anita ni
asyik senyum-senyum jer pandang aku dari tadi. Apa..tak cantik ker aku malam
ni? Ada yang tak kena ker?
“ Risha..nampak anggun sangat malam ni.” puji Puan Anita.
Aku hanya senyum pada Puan Anita.
“ Thank Aunt. Aunt pun nampak cantik juga malam ni.” pujiku.
Masing-masing manikmati hidangan makan malam yang
disediakan.
…………………………………………………………………………
Usai makan malam, ayah mengajak Doktor Fadzil untuk ke ruang
tamu. Begitu juga dengan mama mengajak Puan Anita ke ruang tamu. Nampaknya ada
perkara yang ingin mereka bincangkan ni. Aku hanya mengikut langkah ibu yang
menuju ke ruang tamu. Ish…apa hal pulak si Farish ni asyik pandang-pandang aku
je? Tersengih-sengih pula dia ni. Menyampah..
“ Erm..Risha. Mama nak Risha pergi bawa Farish bersiar-siar
kat taman kita di luar tu. Mama dan ayah kamu ada hal nak bincang dengan
keluarga Aunt Anita ni. “
“ What??? TAK NAKKKKK…Eee..kenapa pulak nak bawa dia
jalan-jalan kat taman tu? Berdua pulak dengan dia? Eeee…malasnya.” Gumamku
dalam hati. Tapi, nak tak nak juga terpaksa lah aku ikutkan kemahuan mama.
“ Baiklah ma.” Ucapku. Mama dan Aunt Anita berjalan menuju
ke ruang tamu meninggalkan aku bersama dengan Farish.
“ Cepatlah..kita ke taman sekarang.” Ajakku.
“ Huiiiii…kasarnya.” Balasnya dengan senyuman. Sikit-sikit
nak senyum. Dah orang tak suka..masih nak senyum lagi.
“ Ya lah. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku lagi suka.
Tak payah nak menyusahkan aku keluar sana.” Ucapku sinis.
“ Hish…siapa kata tak nak pergi. Siapa la yang nak tolak
permintaan dari perempuan cantik macam awak ni?” usiknya. Eeee…meremang bulu
roma aku mendengar. Aku terus merengus. Laju sahaja kaki melangkah ke depan
menuju ke luar dari rumah sambil Farish mengikutiku.
………………………………………………………………………
“ Macam nil ah Zil,
aku rasa baik aku berterus terang saja dengan kau. Kau pun tahu aku ni tak suka
nak cakap berbunga-bunga. Aku ada hal nak bincang dengan kau pasal anak-anak
kita.”
“ Aku kenal kau Nal. Kau tak payah cakap pun aku tahu.
Tengoklah gaya anak perempuan kau tu. Memang straight forward. Samalah macam
kau. Bapa borek, anak rintik.”
“ Betul tu, abang Fadzil. Airin pun rasa yang anak kita ni
memang sebijik macam bapanya.” Semua orang ketawa mendengar celoteh
masing-masing.
“ Baiklah. Sebenarnya Zil, aku nak anak perempuan aku Risha
ni berkenalan dengan anak kau si Farish tu. Mungkin kau rasa tindakan aku ni
macam kurang sopan sikit. Ya lah..aku ni kan bapa perempuan. Tapi, aku pulak
yang lebih-lebih. Kau pun tahukan macamana perangai anak aku si Risha tu. Keras
kepala sangat bila aku soal pasal hal jodoh ni. Aku bukannya apa, si Risha tu
lah satu-satunya anak perempuan aku. Lagipun umur dia sudah masuk 30 tahun. Tak
lama lagi nak 31 tahun. Aku risaulah tengok anak aku tu masih belum berteman.”
“ Aku sebenarnya Nal tak kisah dengan cadangan kau tu. Cuma,
aku tak yakin dengan anak kau si Risha tu. Dia setuju ker kalau kita nak
padankan anak aku dengan dia. Entah-entah dia dah ada pilihan hati sendiri. Ya
lah..kita mana tahu. Tapi kau jangan risau anak aku si Farish tu masih solo
lagi dan mendengar cakap orangnya. Tak mudah marah. Macam aku lah.” Puji Fadzil
sendiri.
“ Ya lah tu. Nak puji diri sendiri. Soal tu kau jangan
risau. Risha dah tahu akan hal ni. Cuma mungkin dia nak uji sikit dengan
keihklasan Farish untuk berkenalan dengannya. Risha tu dah lama tak keluar
dengan lelaki. Sejak dia kena tipu oleh bekas kekasihnya sewaktu di U dulu, dia
sudah mula hilang kepercayaan terhadap lelaki. Baginya lelaki hanya pandai
menabur kata-kata manis dan janji-janji kosong sahaja. Sebab tu lah, aku nak
kau bagitahu dekat anak kau si Farish tu supaya dapat bersabar dengan segala
kerenah anak aku tu nanti.”
“ Oh begitu. Kalau macam tu kau jangan risau sangatlah. Aku
yakin yang anak aku tu pasti dapat mengubah tanggapan anak kau tu terhadap
golongan lelaki. Belum kenal, belum tahu. Tak kenal maka tak cinta.”
“ Ehm…pandainya abang nak bermadah-madah segala ni. Kalau
dulu waktu kita bercinta nak ucapkan kaya cinta pun susah.” Usik Puan Marina
pada suaminya.
“ Nampaknya kita semua dah mencapai kata setuju. Maknanya
kita hanya perlu tunggu keputusan anak-anak kita .” ucap Datin Airin.
………………………………………………………………….
“ Risha..sebenarnya aku..aku…” ucap Farish yang
tergagap-gagap. Entah kenapa kata-katanya tiba-tiba sahaja terkunci. Adakah
kerana Farish sudah jatuh cinta pandang pertama pada Risha? Atau Farish takut
untuk bercakap dengan Risha?
“ Aku…aku..aku…aku apa?” soal Risha yang kurang berpuas hati
dengan Farish. Risha memang pantang orang yang tak habis bercakap ni.
“ Tak…sebenarnya…awak dah tahu ker soal rancangan orang tua
kita terhadap kita berdua?”
“ Ehmmm..” jawab Risha acuh tak acuh.
“ So, macamana dengan awak? Awak setuju ker nak ber…ber…ber..”
sekali lagi Farish tidak dapat meghabiskan katan-katanya. Risha memandannya
dengan jelingan yang tajam.
“ Kau ni kenapa hah? Apa ber..ber..?”
“ Bercinta?” jawab Farish yang agak terkejut.
“ What? Bercinta? Bukan berkenalan ker dulu. Kau ni ingat
kau tu layak ker untuk aku?” soal sinis Risha.
“ Maaf..maksud saya berkenalan. Soal layak atau tak, itu
bergantung dengan pilihan awak. Saya akan terima apa jua keputusan awak Risha.”
“Eleh….bermadah-madah lah sangat. Entah-entah ni cuma
lakonan dia nak pancing aku supaya sangkut dengan dia kot. Lelaki? Bukan boleh
percaya sangat. Aku rasa aku perlu uji dia terlebuh dahulu. Aku nak tengok
keikhlasan si Doktor Farish ni nak berkenalan dengan aku samada dia ni
betul-betul ikhlas atau saja nak main-mainkan aku.” Omelku
dalam hati.
Aku memerhatikan raut wajah yang tampak bersih tanpa
sedikitpun calar. Wajahnya yang putih dan kulitnya yang licin menampakkan dia
seorang lelaki yang menjaga kesihatan kulitnya. Dari segi percakapan, aku boleh
nampak yang dia tidak sedikitpun menunjukkan rasa marah atau geram walaupun aku
bercakap kasar dengannya. Tapi, itu baru penilaian awal. Masih ada banyak masa
lagi untuk aku mengenali hati budinya. Baiklah, aku sudah buat keputusan.
“ Ok..lah Encik Farish. Aku setuju nak ‘ Berkenalan’ dengan
kau. Aku beri kau tempoh dalam tiga bulan. Dalam tiga bulan ni, kita akan cuba
mengenali hati budi masing-masing. Sekiranya, aku rasa yang kau ni tak sesuai
untuk aku atau kau cuba nak permainkan aku, maknanya..kau pun faham-faham ler maksud
aku. So, macamana? Deal?”
Farish berfikir sejenak....
“ Ok. Aku setuju. Tapi, kalau saya dapat menerima awak
seadanya, saya tak akan teragak-agak untuk terus me…me…me..”
“Ish….me..me..me..apa?”
“ Meminang awak!” jawabnya kuat. Terbuntang mata Risha mendengarnya.
“ Ok deal.” Mereka berdua berjabat tangan.
Maka bermulalah, ujian yang bakal ditempuhi oleh Farish demi
mendapat cinta Risha. Dapatkah Farish mengubah tanggapan Risha terhadap kaum lelaki? Apakah Farish sanggup bersabar menghadapi kerenah dan sikap tegas dari Risha?
BERSAMBUNG…
- 16:56
- 4 Comments
Oleh : KIR@ LEE
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Alam Shah…
“ Adriana! Tengok.! Kau dapat surat cinta
lagi la. Untungnya kau. Siap ada hadiah key chain Teddy Bear lagi.” Puji Dyana.
Aku merampas surat itu daripada Dya. Lalu aku koyak tanpa membaca isi kandungan
surat cinta itu. Heh! Ada apa dengan cinta. Dalam kamus hidup aku, tiada cinta
selagi aku bergelar seorang pelajar. Tak lama lagi SPM. So..aku kena tumpukan
perhatian aku sepenuhnya pada pelajaran aku.
“ Ad! Kenapa kau koyak surat tu? Kau tak
baca lagikan surat tu?”
“ Aku peduli apa! Kau kan tahu aku tak suka
surat cinta-cinta ni. Takkan kau tak kenal lagi aku, Dyana Nadira!” geramku.
“ Yes! Aku memang kenal kau. Kau
satu-satunya pelajar perempuan yang dapat top three dalam tingkatan semua lima.
Kau juga seorang pelajar perempuan yang aktif dalam sukan dan juga dalam bidang
korikulum. Semua cikgu suka kau..tapi..kau juga seorang yang sukar didekati
oleh kaum Adam. Kalau ada jer kaum Adam yang datang nak tackle kau, semuanya
pasti ditolak sampai tak nak jumpa kau lagi dah. Sebab tu juga kadang-kadang
ada pelajar lelaki yang teserempak dengan kau, semuannya takut-takut berani ker
nak pandang kau.”
“ See! You know me right. So! Kalau dah
tahu, tak payah tanya lagi. Tugas aku sekarang ni sebagai pelajar adalah untuk
berjaya dalam pelajaran, sahsiah dan juga bidang kokorikulum. Aku tak ada masa
nak bercinta-cinta ni. Kalau ada pun aku nak bercinta, baik aku bercinta dengan
buku aku. Lagi pun, tak lama lagi peperiksaan percubaan SPM yang terakhir akan
tiba. So..no time to love. Ok.” Ujarku.
“ Ok la…Cik Adriana Sofea. Kau menang. Aku
memang tak boleh nak berdebat dengan kau lama-lama ni. Kau tu pendebat
terbaik…aku ni apa la sangat.”
“ Eleh…merajuk la tu. Dahlah. Kita stop
cerita cinta-cinta ni dulu. Jomlah…masuk kelas. Waktu rehat dah habis ni.”
ajakku.
Aku dan Dya berjalan beriringan menuju ke
kelas Tingkatan Lima Sarjana. Tiba-tiba….
“ Ah!!!!” jeritku kecil. Habis semua buku
latih tubi ku jatuh ke bawah lantai. Segera aku mengutip buku-buku ku itu.
“ Maaf…maaf..saya tak sengaja nak langgar
awak. Maaf.” Ucap seorang pelajar lelaki. Aku terus menoleh ke arah suara itu.
“ Ehm..Aaron Lutfee? Ini lah pelajar lelaki
yang selalu mengalahkan aku dalam peperiksaan. Si budak kaca mata yang skema.
Aku tak berapa kenal dengan dia ni sebab dia ambil sains tulen. Aku pula sains
tulen + agama. Tapi, aku ada juga dengar khabar yang dia ni walaupun budak
skema kaca mata, tapi dia ni juga aktif dalam sukan terutama dalam sukan
olahraga. Aku terror bola jaringnya jer.” Ujarku dalam hati.
“ Ok…tak apa. Lain kali, kalau jalan tu
tengok depan.” Ucapku sinis. Sudah ada kaca mata, hai…takkan tak nampak-nampak
lagi si Aaron ni.
“ Ok..nanti saya jalan, saya jalan straight
jer..no belok-belok..” jawabnya. Sengaja Aaron loyar buruk didepan Adriana.
Bukannya Aaron tidak kenal dengan Adriana ni. Satu sekolah kenal.
“ Memang ler kena jalan straight..kalau tak
tengoklah apa yang baru terjadi tadi.” jawabku semula. Ada hati nak buat lawak
bodoh dengan aku. Menyampah..!
“ Adoiyai! Terkena pulak aku balik” ucap
Aaron dalam hati. Apa la kau ni Aaron..kalau nak kenakan dia tu..agak-agak lar.
Dia tu kan pendebat terbaik peringkat kebangsaan..kau ada?”
“ Emm…minta maaf la. Saya betul-betul tak
sengaja nak langgar awak tadi.” luah Aaron.
“ Ok la. Saya terima maaf awak. Ok..saya
jalan dulu..nak masuk kelas.” Aku menarik tangan Dya yang berdiri di sebelah
ku. Entah kenapa dengan si Dya ni tiba-tiba jer senyap sepi time aku bercakap
dengan mamat skema tu tadi.
Kami berdua meneruskan perjalanan kami
menuju ke kelas. Aku meninggalkan Aaron di situ seorang diri. Biarlah dia.
Aaron hanya memandang kelibat Adriana dan Dya pergi meninggalkannya. Aaron
tersenyum riang penuh makna.
…………………………………………………………………………………………………
8 tahun kemudian…
Hari ni aku akan ditemuduga oleh salah
sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur ini. Aku rasa bangga sangat
kerana apa yang ku impikan telah menjadi kenyataan. Aku sudah menamatkan
pengajian ku di UKM dan kini aku dipanggil temuduga sebagai Pereka Hiasan
Dalaman di Syarikat Lutfee Designs. Harap-haraplah aku berjaya. Dya
seronoklah..dia dah dapat jadi pembaca berita di RTM. Dya tu memang sejak di
bangku sekolah lagi sudah berangan-angan nak jadi pembaca berita. Akhirnya
impiannya memang sudah tercapai.
Aku menyarungkan baju kurung moden cotton
berwarna pink lembut. Shawl berwarna pink ku padankan agar senada dengan baju
kurung ku.
“ Mak..Ad pergi dulu. Doakan Ad berjaya
dalam temuduga ya Mak.” Ucapku pada Makku. Emak aku ni seorang suri rumah
sepenuh masa. Ayah aku pulak seorang guru besar di sebuah sekolah rendah.
“ Baik-baik Ad kalau nak jawab soalan
mereka tu nanti. Ingat…tenangkan diri dulu sebelum menjawab. Mak harap Ad
berjaya temuduga tu nanti.”
“ InsyaAllah..Amin.” Aku menyalam tangan
kedua orang tua ku.
Akhirnya aku tiba juga di Syarikat Lutfee
Designs. Wah…tingginya bangunan dorang ni. Tentu best kalau dapat kerja sini
kan. Bismillahirahmanirrahim..aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu.
“ BOOP!!!” Aku terlanggar dengan seseorang.
Hai…kenapalah kau gementar sangat ni Adriana. Tengok..apa sudah jadi. Kau dah
langgar orang ni Ad. Baik ko minta maaf cepat.
Baru saja aku ingin meminta maaf, terus
sahaja lelaki itu berlalu meninggalkan aku di lobi syarikat. Aku belum sempat
lagi nak minta maaf pada lelaki itu. Takkan itu alamat tak baik kot. Aish!!!
Apa yang fikir ni Ad…tak baik fikir macam tu. Ok..Ad..masa untuk temuduga dah
nak dekat ni. Baik aku pergi naik atas dulu. Lepas aku temuduga nanti, baru la
aku cari lelaki yang berkaca mata itu.
………………………………………………………………………………………………………
“ Cik Adriana Sofea binti Adrian!” panggil
seorang wanita yang agak moden penampilannya.
Aku berdiri dan menuju ke bilik temuduga.
Gementarnya aku…ya lah ini first time aku temuduga ni. Aku melangkah masuk ke
dalam bilik temuduga. Sejuk semacam jer. Aku dapat melihat tiga orang
penemuduga yang sedang rancak berbincang. Seorang wanita tua dan dua orang
lelaki. Tapi…kenapa lelaki tu macam aku pernah lihat ya sebelum ni? Berkaca
mata…bersut hitam?
“ Silakan duduk Cik Adriana.” Jemput wanita
tua itu. Terus terhanti lamunanku. Aku duduk di tempat yang di sediakan.
Tanganku sudah mula sejuk dingin.
“ Baiklah. Cik Adriana boleh memperkenalkan
diri sekarang.” Ucap seorang lelaki tua.
Aku menjelaskan semua latar belakang ku
kepada mereka. Kelihatan semua
penemuduga itu berpuas hati dengan penjelasan ku. Usai sudah ditemuduga, aku
pun diminta keluar. Katanya, jika aku diterima, aku akan mendapat panggilan
daripada pihak mereka. Semoga dapatlah aku kerja ini.
Aaron Lutfee merenung resume seorang
pemohon kerja yang berada di atas mejanya itu. Hatinya tiba-tiba gembira.
Fikirannya mula mengenangkan saat pertama kali mereka berjumpa di ruang lobi
pagi tadi sejak beberapa tahun tidak berjumpa. Senyuman Aaron tidak lekang di
bibir sejak pertemuan itu tadi. Cuma, Aaron berasa gementar kerana bimbang
kejadian sewaktu di zaman sekolah dulu berulang kembali. Sebab itu, Aoran
membuat keputusan utuk beredar dari situ dengan segera.
“Tuk!!!!” pintu bilik Aaron di ketuk.
“ Masuk.” Arah Aaron.
Zafril masuk ke dalam bilik Aaron. Zafril
merupakan kawan baik Aaron sejak di bangku sekolah lagi. Cuma, Zafril bekerja
di syarikat minyak. Kadang-kala saja Zafril akan ke sini jika Zafril tidak
pergi outstation.
“ Hello Bro!” sapa Zafril.
“ Ehm…Zaf. Duduk lah.” Ajak Aaron.
“ Jom kita lunch. Aku dah lama tak keluar
lunch dengan kau ni. Lagipun, aku ada banyak nak cerita dekat kau ni.”
“ Ai…lain macam jer bunyinya. Kenapa? Nak
kahwin ker?” usik Aaron.
“ Kalau nak tahu, jom lunch sekarang.” Zaf
mengajak Aaron. Tiba-tiba, mata Zaf tertancap pada sekeping kertas resume yang
berada di atas meja Aaron. Wajah di dalam gambar itu seperti pernah dilihatnya
sebelum ini.
“ Hah! Apa lagi kau dok tercengang tu. Kata
nak cepat tadi. jomlah..” Zaf terpaksa membiarkan persoalan yang bermain di
benak fikirannya.
……………………………………………………………………………………………………
Usai sudah dihidangkan makanan dan minuman,
Zaf pula membuka ceritanya.
“ Aaron, aku nak bagitahu kau sesuatu ni.
Tentu kau terkejut.”
“ Apa dia?”
“ Aku nak kahwin!”
“ Hah!!!! Biar betul kau ni?” serius Aaron
terkejut. Tak sangka pulak dia yang Zafril ni sudah ada buah hati walaupun
selalu sibuk keluar outstation.
“ Tengok…kau dah terkejut. Serius…aku akan kahwin
lagi 2 bulan.”
“ Fuhhhh….aku tak sangka kau dah ada buah
hati. Asal kau tak cakap kat aku. Siapa dia? Aku kenal ker?”
“ Huh.!!!! Kau ni soalan boleh tahan juga.
Hilang terus sifat pemalu kau tu.”
“ Apa la kau ni. Cepatlah cakap..siapa
dia?”
“ Ok. Nama dia Dyana Nadira binti Mohd
Nadzim. Umur dia sebaya dengan kita. Kerja dia sebagai pembaca berita utama
dekat Stesen RTM..aku sebenarnya dah..”
“ Wait! Kau jangan kata yang Dyana Nadira
ni satu sekolah dengan kita..dan dia ni kawan baik kepada Adriana Sofea?” soal
Aaron yang tertanya-tanya.
“ That’s right! Ingat juga kau yer..” jawab
Zaf.
“ Macamana kau boleh bercinta dengan dia
pulak? Setahu aku waktu kita di zaman sekolah dulu, kau tak pernah pun cerita
pasal dia? Jangan kau dah syok dekat dia masa kita zaman sekolah dulu yer?”
“ Tak ada lah…aku terserempak dengan dia di
syarikat minyak aku tiga bulan lepas. Dia ada tugasan nak buat laporan tentang
syarikat minyak aku. So, dia nak buat temuramah dengan aku. Then, lepas tu
kitaorang pun tukar-tukar nombor telefon sampailah kita orang nak buat
keputusan untuk berkahwin dua bulan lagi. Aku tak nak cerita kat kau lagi sebab
belum confirm kan.”
“ Oh…..pandainya kau simpan rahsia.
Mungkin..dah memang jodoh kau kot dengan dia walaupun kau jarang berjumpa dengan
dia di sekolah dulu.”
“ Well..Bro..lepas ni kau la pulak. Aku
tahu kau masih menyimpan perasaan dekat Adriana kan. Sebabnya aku tak sengaja
ternampak kertas resume Adriana kan dekat atas meja kau tadi? Dah lama juga kau
suka dalam diam dekat Adirana tu kan. Sejak kita sekolah menengah lagi. ” Riak
muka Aaron terus berubah malu.
“ Weii!! Apa yang kau cakap ni hah? Kertas
resum tu bukan dia seorang jer la yang minta kerja dengan aku, ada ramai lagi.
Tadi tu, aku cuma pilih secara rawak jer nak baca sekali lagi resumu orang yang
nak minta kerja dengan syarikat aku. Kau jangan nak buat andaian yang tak
munasabah.”
“ Ala…kau ni malu tapi mahu. Tak apa kau
jangan risau. Waktu aku kahwin nanti, sure bakal isteri aku jemput dia. Masa
tu, kau cuba lah pikat dia. Kata Dya, dia masih single lagi..cuma sikap dingin
dia jer belum berubah.”
“ Ish…kau ni ada-ada jer. Oklah..aku dah
siap makan ni. Aku nak balik ke syarikat aku dulu. Aku gerak dulu. Nanti, kalau
ada apa-apa hal, kau call jer aku.” Aaron berlalu pergi meninggalkan Zaf. Zaf
tahu yang sebenarnya Aaron masih memendam perasaan sukanya kepada Adriana. Zaf
masih ingat lagi sewaktu zaman sekolah dulu.
……………………………………………………………………………………………………
Zaman sekolah menengah…
“ Kenapa dengan muka kau ni Aaron? Merah
semacam jer. Ini mesti ada hal ni? Cepat, kasi cerita sama aku.” soal Zaf.
“ Aku…aku… jumpa dia tadi. Aku tak sengaja
nak langgar dia. Aku nervous giler-giler sangat masa aku terpandang dia. Then,
aku terlanggar dia.”
“ Siapa? Kau langgar siapa?”
“ Adriana Sofea! Kelas 5 Sarjana.”
“ Oh…budak perempuan yang kau minat tu yer.
Kau dah minta maaf dekat dia ker?”
“ Ehmmm…dah. Tapi,kau faham-faham lah sikap
dingin dia tu macamana.”
“ Ala…kau ni. Jadi, dia terima tak maaf
kau?”
“ A’ah..dia terima. Tapi, aku takut nak
cakap lebih-lebih dengan dia. Kau pun tahu dia tu pendebat terbaik..kang tak
pasal-pasal aku terpaksa berdebat dengan dia pulak. Dahlah,tangan aku sejuk
semacam jer tadi masa bercakap dengan dia. Nasib baik kaca mata aku tak
terjatuh tadi.”
“ Tu lah..kau skema sangat. Cuba kau
berlagak tenang jer. Relax bro. Kau tu kan budak pandai sekolah kita ni. Sukan
pun apa kurangnya. Kira sama je lah kau dengan si Ad tu. Kau kena la berani
sikit kalau nak luahkan perasaan kau pada dia. Kang melepas…kau yang ternganga.
Kau kan tahu si Adriana tu banyak peminat walaupun dia bersikap dingin pada
semua lelaki kat sekolah kita ni.”
“ Entah lah…”
……………………………………………………………………………………………………
Adriana membaringkan dirinya di atas katil
usai menunaikan solat ishak sebentar tadi. Rasa-rasanya aku macam kenal lelaki
yang pakai kaca mata tadi. Tapi..siapa yer? Entah lah…aku peduli apa. Semoga
aku akan diterima bekerja nanti. Adriana mengambil lap top TOSHIBA miliknya.
“ Ehm..baik aku buka facebook.” Ujar Ad.
Ad merenung semua notifikasi yang sudah
lama tidak dibukanya. Ad memang jarang nak buka facebook ni. Kalau rajin jer,
buka. Kalau tak, berbulan-bulan juga ler dia tak buka. Tiba-tiba, chat box Ad
berbunyi. Ehm..dari Dya rupanya.
“ Salam Ad.”
“ Salam Dya.”
“ Ad…macamana dengan interwiew kau hari
ini? Ok ker?” soal Dya.
“ I guess ok kot..tak tahu la yang si
penemuduganya tu. Kau nak tahu tak, salah seorang penemuduga yang menemuduga
aku tadi tu, macam aku kenal lah orangnya. Tapi..aku tak ingat lah siapa dia
cuma muka dia jer macam familiar.”
“ Oh…yer ker. Perempuan ker lelaki?”
“ Lelaki la.”
“ Wow…at last you talking about a man. I
wish who he is? Kau ni jarang sangat nak cakap pasal hal ehwal lelaki ni.” usik
Dya. Bagi Dya, satu perkembangan yang baik buat Ad. Dya tahu sikap dingin
kawannya itu membuatkan ramai lelaki yang takut nak bercakap dengannya.
“ Yer ker? Tak ada lah..saja jer. Aku entah
kenapa tiba-tiba pulak curious pasal lelaki kaca mata tu?”
“ Biarlah..entah-entah kau dah jatuh cinta
tak?”
“ Ish…apa yang kau mengarut ni. Tak ada
maknanya ler. Ok..we stop my story first. Tak lama lagi kau nak kahwin kan
dengan siapa tu…aku lupa la nama bakal suami kau ni?”
“ Zafril Ikhwan ler..”
“ Ah…Zafril Ikhwan. Kau cakap dia satu
sekolah dengan kita dulu kan? Dia kelas mana dulu?”
“ 5 Ukhwah..more specific..bestfriends
Aaron Lutfee. Ingat tak?”
“ What??? Kawan baik si Aaron SKEMA KACA
MATA tu. Eeee….biar betul kau ni. Pesaing aku tu…”
“ Yess…ingat juga kau yer..” usik Dya.
“ Mestilah…aku dah usaha macam-macam..tapi
still tak boleh nak kalahkan dia kalau dalam tingkatan.”
“ Yer la tu…tak apa la. Itu semua kenangan
di zaman sekolah. Ok..la jangan tak datang kat majlis aku nanti tau. Aku nak
hadiah juga tau.”
“ Ai…main mintak-mintak hadiah pula..yer
la..yer la..” Tanpa sedar, jam kini sudah menginjak pukul 11.00 malam. Cerita
punya cerita..tak sedar masa berlalu dengan cepat.
“ Ok lah..Dya. Dah lewat malam
ni..nanti-nanti lagi kita cerita. Aku dah mengantuk ni. Assalamualaikum.”
“ Ok la. Selamat Malam. Waalaikumussalam.”
……………………………………………………………………………………………………
Hari ini aku gembira sangat sebab aku dah
dapat kerja. Yes…akhirnya aku berjaya juga nak kerja di situ. Minggu lepas, aku
telah dihubungi oleh pihak Syarikat Lutfee Designs yang aku telah diterima
masuk bekerja di sana. Syukur Alhamdulillah.
Aku melangkah masuk ke dalam syarikat itu.
Aku menuju ke bahagian rekaan dalaman syarikat itu. Seorang wanita yang berumur
dalam lingkungan 30-an membawa aku masuk ke dalam bilik Pengurus Besar syarikat
itu. Tanganku sudah sejuk semacam. Rasanya, macam waktu kena interview hari tu
pula. Aku melihat seoranglelaki sedang duduk membelangkangi aku. Wanita itu
keluar dari bilik itu setelah memberitahu lelaki itu akan kehadiranku.
“ Assalamualaikum Encik.” Ucapku padanya.
Lelaki itu memusingkan kerusinya ke arahku.
“ Waalaikumsalam. “ Jawabnya. Suara tu…aku
macam pernah dengar. Aku dan lelaki itu saling memandang antara satu sama lain.
Agak lama sebelum..lelaki itu berdehem.
“ Duduk.” Arahnya.
“ Aaron Lutfee!!” luahku tibatiba. Lelaki
itu terkejut.
“ Saya Aaron Lutfee. Kenapa? Cik kenal saya
ker?” Aaron pura-pura berlagak tenang. Padahal..hatinya berbunga-bunga saat
Adriana menyebut namanya. Akhirnya..Adrian ingat padanya juga.
“ Ehm..tak juga. Tak ada apa-apa lar. Maaf
Encik Aaron. Saya tak sengaja.” Ucapku malu. Aaron mengukir senyum. Suka pulak
dia melihat wajah kalut Adriana sekarang ni. Bagai hilang sikap dinginnya pada
Aaron.
“ Oh..ingatkan awak kenal saya tadi. Tak
apa. Baiklah..Cik Adriana Sofea..tahniah mulai hari ini awak akan bekerja di
sini sebagai Ketua Pereka Hiasan Dalaman syarikat kami. Baiklah, kalau tak ada
sebarang pertanyaan, Cik Adriana boleh pergi melihat bilik yang disediakan
untuk Cik Adriana.”
“ Wati..masuk sekejap.” Arah Aaron kepada
setiausahanya.
“ Ah…Wati..sila bawa Cik Adriana ke bilik
Ketua Pereka Hiasan Dalaman.” Arahnya. Aku bangun lalu keluar dari bilik itu.
Aku melabuhkan punggungku untuk duduk di
kerusi ku. Aku memerhatikan ruangan bilikku yang direka seba moden ini. Memang
kena gayanya dengan Syarikat Lutfee Designs yang sememangnya terkenal dengan
sentuhan-sentuhan rekaan dalaman yang berkualiti tinggi. Tiba-tiba, fikiranku
kembali kepada Aaron Lutfee. Aku kenal dia tapi kenapa dia macam tak kenal aku
atau dia pura tak kenal aku. Aduhai…kenapa la aku boleh minta kerja kat sini.
Dalam banyak-banyak syarikat, syarikat nijuga yang aku pilih. Tapi, sumpah aku
memang tak tahu yang si Aaron tu pengurus besar kat sini. Terpaksalah..aku
bekerja dengan pesaing aku.
………………………………………………………………………………………………
Sudah hampir sebulan aku bekerja di sini,
tapi aku jarang-jarang terserempak dengan si Aaron tu. Bukan apa..aku cuma tak
puas hati jer. Aku nak tanya dia sesuatu. Adakah dia satu sekolah denga aku
dulu? Kalau yer…apasal dia macam pura-pura tak kenal aku? Ker dia takut nak
cakap dengan aku.
Ala…aku lupa pula nak ambil bahan dekat
bilik Rekaan tu. Ehm…ada masa lagi ni sebelum jam 5.00 petang. Baik aku ambik
bahan rekaan dulu, esok baru aku siapkan lukisannya. Aku keluar dari bilikku
dan pergi ke bilik rekaan utama untuk mengambil bahan rekaan. Aku melangkah
masuk ke dalam. Aku mencari-cari bahan rekaan yang ku perlukan.
“ Hah…itu dia. Alamak…tingginya. Macamana
aku nak ambik tu.” Bahan rekaan yang ku perlukan sudah ada di depan mata tetapi
bahan rekaan itu ada di atas almari. Soalnya macamana aku nak ambil. Kang aku
ambik, tak pasal-pasal aku jatuh tergolek. Tak apa…kau cuba dulu Adriana. Kau
boleh!!” ucapku sendiri.
Aku cuba mencapai kotak tersebut dengan
jariku. Aku menaikkan sedikit kakiku untuk mencapai kotak tersebut.
Ah…rasa-rasanya dah kena bucu kotak tu..aku cuba..aku cuba lagi dan……
“ Ahhhhhhhhhhhhhh!!!” Habis semua bahan
rekaanku terjatuh ke bawah. Tapi yang hairannya kenapa aku tak rasa sakit bila
bahan rekaan tu sepatutnya jatuh ke belakangku. Aku membuka mataku. Aaron
Lutfee?
Apa dia buat kat sini? Hah..dia yang selamatkan aku?”
Aaron segera bangun dan menghulurkan
tanggannya untuk Adriana. Tetapi Adriana pintas bangun sendiri. Bahu Aaron
terasa sakit sangat tapi cuba ditahannya di depan Puteri Dinginnya ini. Dia
tidak mahu dipandang lemah oleh Adriana.
“ Aaron..awak tak apa-apa ke? Awak ada luka
ke? Mari saya bawa awak ke klinik.” Aku terus memegang lengan kanannya dan
memapahnya keluar dari bilik rekaan itu. Walaupun dia tidak mengadu kesakitan,
tapi aku tahu dia sedang menahan kesakitan. Tipulah,kalau tak sakit bila sebuah
kotak berat menghempap belakang kita. Aku sudah dilanda risau.
Aku mengambil beg tanganku lantas aku
memapah Aaron keluar dari syarikat itu. Tapi..masalahnya..aku masih belum ada
kereta. Macamana aku nak bawa dia ni? Tiba-tiba, Aaron menghulurkan kunci
keretanya padaku. Lantas aku mencapainya dan membukakan pintu kereta untuk
Aaron. Aku terus memandu ke klinik yang berdekatan.
“ Nurse..tolong saya. Bos saya ni cedera.
Sebuah kotak berat tadi menghempap kat belakang bos saya.” Luahku cemas
padanya.
“ Baik Cik. Cik duduk dulu yer. Biar Doktor
yang rawat bos Cik ini.” Aaron telah dibawa ke dalam bilik kecemasan.
……………………………………………………………………………………………………
Aaron terpaksa bercuti selama 3 hari.
Doktor telah memintanya untuk berehat di rumah. Aku rasa bersalah sangat sebab
aku lah Aaron jatuh sakit. Aku kena buat sesuatu ni. Aku tak boleh biarkan
perasaan bersalah aku ni mengahantui emosi aku. Aku kena minta maaf dengan dia.
Ehm..aku rasa esok pagi aku nak ke rumah dia. Aku nak lawat dia dan bawa bubur
untuk dia. Orang kata kalau kita masak bubur ni elok untuk orang yang sakit ni.
Esok..hari minggu, so aku cuti. Jadi aku ada masa la nak siapkan bubur untuk
dia. Tapi..masalahnya aku tak tahu pulak alamat rumah dia.
Ah…aku rasa tunang Dya mesti tahu rumah dia
kat mana. Baik aku call Dya. Suruh dia minta alamat rumah Aaron. Yer..mesti dia
tahu punya.
“ Hello..Dya. Aku ni Ad. Aku nak minta
tolong sikit ni. Boleh tak kau tolong mintakan alamat rumah Aaron Lutfee dari
tunang kau tu? Please!” rayuku.
“ Hello..ehm..kenapa kau nak tahu alamat
rumah dia? Cuba cer kat aku?”
“ Nantilah aku cerita kat kau. Ini urgent
ni. Cepat call tunang kau tu sekarang. Nanti kau sms aku alamat rumah dia yer.
Ok. Assalamualaikum.” Aku terus mematikan talian. Tak boleh lama-lama cakap
dengan si Dya ni. Nanti dia temuramah aku pula.
Tidak lama kemudian, bunyi Beep menandakan
bunyi mesej masuk. Aku membuka mesej tersebut. Yes! Aku dah dapat pun alamat
rumah dia. Aku segera keluar dari pejabat untuk membeli bahan-bahan untuk
memasak bubur dan membeli sedikit buah-buahan untuk Aaron.
Usai sudah membeli, aku terus balik ke
rumah.
……………………………………………………………………………………………………
Aku menaiki teksi menuju ke rumah Aaron.
Saat aku turun dari teksi, aku terkejut melihat rumah banglo yang besar milik
keluarga Aaron. Wah…besar giler. Aku membawa bubur dan buah-buahan untuk Aaron.
Aku terus menekan punat lonceng rumahnya. Tiba-tiba pintu pagar besarnya
terbuka perlahan. Seorang Mak cik Tua berjalan ke arahku.
“ Assalamualaikum Mak cik.” sapaku.
“ Waalaikumsalam. Anak ni siapa dan nak
cari siapa?” soal Mak cik itu.
“ Saya Adriana Sofea. Apa betul ini rumah
Encik Aaron Lutfee?” soalku.
“ Oh..inilah Cik Adriana rupanya. Manis
sekali orangnya.
“Tak adalah Mak cik..saya biasa-biasa jer.
Saya datang ni nak melawat Encik Aaron.” Jawabku.
“ Oh…baik hatinya Cik Adriana. Silalah masuk.”
“ Terima kasih Mak cik.” Mak cik itu
membawa aku masuk ke dalam rumah Aaron Lutfee. Aku sudah ternampak kelibat
Aaron yang sedang baring di sofanya. Nampaknya dia masih belum ternampak aku.
“ Lutfee..ni hah..ada orang nak jumpa kamu
ni.” ujar Mak cik tua itu. Aaron pantas memandang ke belakang.
“ Siapa ma?” soal Aaron. Apa? Mak cik ni
mama Aaron. Aku tak sangka pula yang mama Aaron ni tak macam Datin-Datin yang
aku bayangkan. Simple jer mama dia ni..baik pulak tu. Alangkah terkejutnya
Aaron saat menoleh ke belakang. Terus sahaja dia menarik selimut yang berada di
atas mejanya untuk menutup badannya yang hanya memakai baju singlet putih.
Lantas aku menoleh cepat ke belakang. Malunya…
“ Mak Mah, tolong ambilkan Lutfee baju
t-shirt!” jerit Aaron. Habis merah padam muka Aaron. Aaron tak sangka pulak
yang Adriana akan melawatnya. Sudahlah..Aaron terpaksa menahan rindu sebab tak
dapat nak masuk kerja selama tiga hari.
Usai Aaron memakai t-shirt putihnya,
barulah Mama Aaron menjemputku duduk di ruang tamu. Aaron masih menunduk malu.
Adriana pula tiba-tiba tersenyum bila mengingatkan kejadian tadi. Aaron sempat
melihat senyuman yang sudah lama dinantikannya daripada Adriana. Hari ini Aaron
sungguh bertuah kerana dapat melihat senyuman manis daripada Adriana.
“ Ehm..ehm..Mama ke dapur dulu. Mama nak
buat minuman dulu. Adriana berbuallah dulu dengan anak Mak cik yang pemalu ni.”
usik Mama Aaron kepada ku.
“ Mama! “ panggil Aaron pada mamanya yang
sudah meninggalkannya berdua bersama dengan Adriana.
“ Encik Aaron, apa khabar? Macamana dengan
bahu Encik? Dah sihat ker?” soalku memulakan bicara.
“ Tak payah la nak berencik-encik. Kita
bukan dekat pejabat. Panggil jer saya Aaron. Saya dah okey. Bahu pun dah boleh
gerak sikit-sikit.” Jawabnya.
“ Alhamdulillah. Saya sebenarnya nak minta
maaf sangat dengan Enci..Aaron sebab saya awak jadi macam ni.”
“ Tak apa la. Benda nak jadi. Lagipun, saya
kebetulan lalu di situ hari tu. Kalau saya tak ada siapa la yang nak selamatkan
puteri saya ni.” Tanpa sedar Aaron menuturkan sesuatu yang membuatkan hati
Adriana tiba-tiba berdegup kencang.
“ Apa? Puteri? Apa maksud awak?”
“ Err..yer ker..saya ada sebut puteri?”
“ Ehm..entah. Kot saya salah dengar yer.
Tak apa lah. Ni saya ada sediakan sikit bubur dan buah-buahan untuk awak.
Cubalah rasa.” Aaron mengukir senyum. Adriana terpana dengan senyuman itu. Lantas,
Aaron mengambil bekas bubur itu dan membukanya. Aaron menyuapkan bubur itu ke
dalam mulutnya.
“ Ehm..boleh tahan.” Puji Aaron.
“ Yer la tu. Itukan cuma bubur jer.
Biasa-biasa jer.” Tanpa sedar, mereka berdua sedang diperhatikan oleh mama
Aaron yang berada di dapur. Mama Aaron sangat gembira bila melihat anak
terunanya itu bahagia di samping gadis yang disukainya. Aaron pernah
memberitahunya bahawa dia sedang menyukai seseorang tetapi tidak tahu cara
untuk meluahkannya. Agaknya inilah gadis yang disukai oleh anaknya itu.
Usai sudah habis Aaron makan bubur itu,
Adriana mengemaskan bekas bubur itu untuk dibawa ke dapur.
“ Aaron, saya nak cuci dulu bekas bubur ni.
Lepas tu baru saya potongkan buah-buahan ni.” Adriana berlalu ke dapur. Mama
Aaron senyum pada Adriana lalu keluar ke ruang tamu sambil membawa hidangan
minuman untuk Adriana.
“ Lutfee..mama nak tanya sikit ni.”
“ Apa dia ma?”
“ Ini ker gadis yang Lutfee suka?” Aaron
hanya mengangguk tanda mengiyakan. Mama Aaron senyum.
“ Mama suka dia. Cepat-cepatlah Lutfee
pikat dia. Mama dah tak sabar nak dapat menantu ni. Lagipun, kamu kan dah lama
memendam perasaan suka pada Adriana. Sejak di bangku sekolah lagi. Cuma kamu tu
jer yang malu nak luahkan perasaan kamu tu. Baik kamu luahkan sekarang bila dah
ada di depan mata. Nanti melepas kat tangan orang lain, kamu juga yang rugi.”
“ Lut..malu la mama nak luahkan perasaan
Lut pada dia. Lut takut nanti dia tolak cinta Lut. Lagipun, Lut tak rasa yang
dia akan suka pada Lut. Dahlah Lut ni pemalu.”
“ Ish…apa pula kamu cakap macam tu. Belum
cuba belum tahu tau. Cuba Lut beranikan diri Lut.”
Tanpa sedar, rupa-rupanya perbualan mereka
selama ini sudah didengari oleh Adriana. Tiba-tiba…
“ PANGG!!!” Berguguran pinggan yang berisi
buah-buahan itu. Bunyi itu mengejutkan perbualan Aaron bersama dengan Mamanya.
“ Adriana!!” luah Aaron. Mama Aaron juga
turut terkejut. Ini bermakna Adriana oasti sudah mendengar segala perbualannya
bersama anaknya tadi.
“ Aaron! Betul..apa yang mama awak cakap
tadi?” soal Adriana.
“ Adriana..let me explain first. Awak duduk
dulu.”
“ Heh! Kalau macam tu, saya minta maaf.
Saya balik dulu. Assalamualaikum Mak cik.” Adriana terus keluar dari rumah itu.
“ Lut..apa yang kamu buat ni? Cepatlah!
Luahkan isi hati kamu yang sebenarnya! Pergi kejar dia!” ucap Mama.
Aaron berlari keluar pergi mendapatkan
Adriana yang sedang menunggu teksi.
“ Adriana!!” jerit Aaron. Tapi, Adriana
tidak menoleh ke arah suara itu. Aaron segera mendekatinya dan memegang lengan
kiri Adriana. Serta merta Adriana terpusing behadapan dengan Aaron.
“ Adriana Sofea binti Adrian, sudikah awak
menjadi puteri hidupku untuk hari-hari yang akan mendatang?” luah Aaron penuh
romantis. Air mata yang ditahan Adriana akhirnya tumpah juga. Adriana
sebenarnya berasa geram akan sikap Aaron sebenarnya. Rupanya selama ini Aaron
sudah lama memendam perasaan padanya tetapi oleh kerana sikap pemalunya itu,
Aaron tidak berani untuk meluahkannya.
“ Adriana Sofea binti Adrian, saya ulangi
sekali lagi. Sudikah awak menjadi puteri yang akan menyinari hidupku untuk
hari-hari yang akan mendatang?” luahnya sekali dengan yakin. Adriana mengangguk
tanda setuju. Adriana juga sebenarnya sudah mula menaruh perasaan sejak Aaron
menyelamatkannya hari itu. Entah kenapa sejak dia diselamatkan oleh Aaron dari
kemalangan itu, tidurnya tak lena, makannya tak kenyang cuma mandi memang basah
lah. Orang kata kalau ada sindrom sebegini, memang dah kena panahan cinta ni.
“ Betul? Awak setuju?” soal Aaron yang
melonjak gembira.
“ Ya! Betul Aaron Lutfee. Saya sudi menjadi
puteri awak untuk selamanya.” Luah Adriana. Datin Alisa yang melihat dari dalam
rumah sangat gembira kerana anaknya sudah berjaya mendapatkan cinta hatinya.
…………………………………………………………………………………………………
Majlis Pernikahan Zafril Ikhwan & Dyana Nadira…
Tibalah majlis perkahwinan kawan baik aku,
Dyana bersama Zafril. Aku sangat gembira untuk mereka berdua. Aku mengemaskan
tudungku supaya nampak lagi anggun. Aku sudah berjanji dengan Aaron untuk
memakai baju warna sedondon dengannya.
“ PONNNNN!!!” Bunyi kereta Aaron sudah
berbunyi untuk menjemputku.
“
Ad!! Tu hah..Aaron dah sampai tu. Cepatlah..jangan biarkan dia tunggu
lama-lama.” Laung emakku.
“ Tak apa lah mak. Aaron tu dia sanggup
tunggu Ad berapa lama punya. Yer la…dah bertahun Aaron memendam perasaan suka
pada aku sejak sekolah menengah lagi. Bayangkan..dah berapa tahun tu. Nasib
baik jodoh kami kuat. Dengan takdir Tuhan, aku telah bekerja di syarikatnya.
Tak ada lah…nak sombong. Cuma..aku rasa terharu sangat dengan keikhlasan Aaron
kepada aku. Zaman moden sekarang ni mana ada lagi lelaki yang sanggup tunggu
perempuan bertahun-tahun lamanya. Tapi..yang aku tahu cuma insan yang bernama
Aaron Lutfee bin Ariz Lutfee saja yang sanggup tunggu Adriana Sofea Adrian.”
Ucapku sendirian.
Aku
segera menyalam tangan emakku. Lalu aku masuk ke dalam kereta Aaron. Aku senyum
padanya.
“ Cantik awak hari ni.” puji Aaron.
“ Terima kasih. Awak pun nampak segak hari
ni.” pujiku. Kami berdua ketawa bersama-sama.
Oh ya! Sebenarnya, kami ni dah
bertunang. Selepas jer sesi luahan perasaan hari tu, minggu depannya, keluarga
Aaron terus jer datang merisik aku. Lagi satu, dorang Dyad an Zaf tak tahu lagi
ni hubungan kami ni. kami nak buat surprise pada dorang. Ini semua idea Aaron.
Dia kata dia nak bagi kejutan pada Zaf. Sebab Zaf dah sembunyikan hubungan
cintanya dulu masa bercinta dengan Dya.
Akhirnya..sampai juga kami ke rumah
pengantin perempuan. Tak lama lagi majlis akad nikah akan bermula. Kami berdua
berjalan beriringan masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Kelihatan pengantin
lelaki sudah duduk di hadapan tok kadi. Pengantin perempuan pula sudah pun
duduk di atas kusyen yang dihiasi dengan renda manik-manik yang berkilau-kilau.
Cantik sungguh Dya hari ini. Zaf pun apa kurangnya. Aku duduk bersimpuh di
sebelah pihak pengantin perempuan. Aaron pula duduk di sebelah pihak penganti
lelaki.
“ Aku terima nikah Dyana Nadira binti Mohd
Nadzim dengan mas kahwinnya sebanyak RM2000 tunai.” Lafaz Zaf kepada Tok Kadi.
Dengan sekali lafaz, Dya kini sudah sah menjadi milik Zafril Ikwan.” Dya
menitiskan air mata kegembiraan. Aku memeluk bahunya.
Usai sudah majlis pembatalan air sembahyang
dan majlis menyarungkan cincin, tibalah masanya untuk sesi bergambar.
“ Dya!! Tahniah. Selamat Pengantin Baru for
both of you.” Ucapku pada Dyad an memeluknya.
“ Thanks Ad. Aku gembira sangat hari ini.”
“ Well bro! Congratulations..and Selamat
Pengantin Baru juga buat kamu berdua.” Ucap Aaron.
“ Thanks man.”
“ Sayang! Ini Aaron Lutfee ker?” soal Dya
tiba-tiba. Aku memandang Aaron dan senyum padanya.
“ Yes..this is Aaron Lutfee.” Kenal Zaf
pada isterinya.
“ Wait!
I smell something fishy here. Look…both of them are wearing the same colour?”
ujar Zaf tiba-tiba.
“ Aaron, kau jangan bilang yang kau dah
luahkan perasaan kau pada Adriana?” soal Zaf yang tertanya-tanya.
“ Yup!
We are happily enganged now. And..we are getting married end of this year.
Surprise!!!!” Aaron dan Adriana ketawa bersama-sama. Kami berdua
bersama-sama menunjukkan cincin tunang kami kepada mereka berdua yang
tercengang.
“ Adriana Sofea! Aku gembira sangat yang
kau dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan kau. “ ucap Dya.
Kami
semua ketawa bersama-sama. Akhirnya, aku dapat juga memiliki cinta yang selama
ini aku tunggu. Lebih bermakna lagi apabila insan yang disukai itu benar-benar ikhlas
mencintai kita. Aku berdoa agar kebahgiaan yang aku kecapi sekarang akan
berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terima kasih cinta Aaron Lutfee buat
Adriana Sofea.
Tamat.
(
Ini adalah cerpen keempat saya. Saya harap anda semua terhibur membacanya. Silalah
komen untuk saya perbaiki pada masa akan datang. Selamat membaca.)
- 16:54
- 3 Comments