Cerpen HELLO MISS BLACK! BOLEH BERKENALAN
16:56
Part 2
By : Kira Lee
Akhirnya…tiba jugalah Majlis Makan Malam bersama tetamu
ayah. Ayah dah bagitahu aku yang ayah nak kenalkan aku dengan anak lelaki
kawannya. Ayah kata anaknya itu masih bujang lagi..maknanya belum ada
girlfriend ler. Walaupun aku tak suka perkenalan yang telah diiaturkan oleh
ayah, aku terpaksa jugalah terima. Sebab..ibu bapa aku hari-hari sibuk dok
tanya aku dah ada boyfriend ker? Entah lah..aku tak tahu kalau aku akan dapat
memiliki cinta yang aku inginkan.
Aku memakai evening gaun yang telah dibelikan oleh mama
kelmarin. Aku hanya mengenakan solekan yang simple sahaja. Jam kini sudah
menunjukkan pukul 8.00 malam. Dari luar rumah aku sudah dapat mendengar
bunyi-bunyian kereta masuk ke kawasan rumahku. Mungkin tetamu yang dijemput
oleh ayah sudah sampai. Berdebar-berdebar pulak hati ni. Ok…buat muka relax
je..Risha. Senyum.
“ Risha! Dah siap ker? Tetamu dah sampai tu! Cepatlah keluar
sekarang!” ujar Mama di luar bilikku. Aku berjalan menuju ke pintu bilikku.
“ Ehm…dah siap la Mama. How do I look?” soalku pada Mama.
“ You’re so beautiful tonight dear. Jangan lupa senyum tau
depan tetamu nanti. Jangan malukan ayah kamu.” Pesan mama kepadaku.
Sementara di pintu rumah…
“ Assalamualaikum!” sapa seorang lelaki tua yang berkemaja
batik di samping isterinya yang anggun berbaju kurung moden.
“ Waalaikumsalam Fadzil! Sila masuk.” jawab Dato’ Zainal
kepada sahabat baiknya yang juga merupakan seorang doktor khas untuk
keluarganya. Farish tampak segak mengenakan kemeja berwarna biru lembut dan
dipadankan dengan seluar slack berwarna coklat.
“ Oh..jadi inilah anak kamu yang jadi doktor tu ya?” soal
Dato’ Zainal kepada Doktor Fadzil.
“ Ya..inilah anak lelaki saya tu.”
“ Saya Farish Aniq, Pak cik.” jawab Farish dengan ramah
sambil menyalam tangan Dato’ Zainal.
Dato’ Zainal mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Dato’
Zainal membawa mereka sekeluarga ke ruang tamu sambil menunggu hidangan makan
malam disiapkan. Aku dan mama turun bersama-sama untuk menyapa tetamu ayah.
Rasa nervous pulak.
“ Maaflah..kena tunggu emaknya dan anak saya dulu. Biasalah
orang perempuan. Nak berdandan itulah..inilah..yang penting semuanya mesti
perfect bagi mereka.” Gumam Dato’ Zainal pada Doktor Fadzil.
“ Betul tu..tak apa lah. Sekejap lagi mereka turun la tu.”
Jawab Doktor Fadzil.
“ Jadi, sekarang ni Farishlah yang uruskan klinik gigi kau
tu?” soal Dato’ Zainal.
“ Yer..aku dah tak larat lagi lah nak layan pesakit yang
ramai. Umur pun dah tua. Dah tiba masanya aku berehat di rumah saja. Biarlah si
Farish yang uruskan. Lagipun dia saja satu-satunya anak aku yang jadi Doktor
ni. Kau pun tahukan..Farisha jadi cikgu. Yang seorang lagi tu, Fakhriz pulak
jadi engineer.”
“ Iya tak juga..baguslah sekurang-kurangnya ada juga seorang
anak kau yang ikut jejak kau. Tak sia-sia kau hantar dia sekolah kat luar
negara muda-muda lagi.”
……………………………………………………………………………………………
Tiba-tiba…
“ Assalamualaikum..semuanya.” sapa Datin Airin.
“ Waalaikumsalam.” jawab Puan Anita, isteri Doktor Fadzil.
“ Maaf yer..kami lambat sikit tadi. Biasalah kan kita orang
perempuan.” Ujar mama. Aku berdiri di belakang mama.
“ Datin..makanannya udah siap.” Ujar pembantu rumahku
tiba-tiba.
“ OK. Terima kasih.” Jawab mama pada pembantu rumah kami.
“ Abang, jemputlah Doktor Fadzil sekeluarga untuk ke ruang
makan. Makanannya sudah siap dihidangkan. Mari Puan Anita.” Ajak Datin Airin.
Manakala ayah pulak mengajak Doktor Fadzil. Sementara aku..masih berdiri di
tepi tangga.
“ Ehm..ehmm..” seseorang berdehem kepadaku. Aku menoleh ke
arah suara itu.
“ Kau???” ujarku yang agak terkejut kepada lelaki yang
sedang bediri menghadapku.
“ Tak nak ajak kita ker makan malam?” soalnya dengan
senyuman yang manis.
“ Dia ni kan doktor yang merawat Zeema hari tu. Jadi
betullah dia ni anak Doktor Fadzil. Jadi? Apasal dia tak kenal aku hari tu? Aku
kan anak Dato’ Zainal. Sepatutnya seetiap ahli keluarga Dato’ Zainal, dia mesti
kenal. Ish…rosak mood aku nak makan malam ni. Heh…nasib baik kau ni anak Doktor
Fadzil..kalau tak..kau dah kena maki hamun aku tau.” Gumamku dalam hati.
“ Risha! Apalagi tu yang tercegat kat situ tu? Cepat ajak
Farish tu makan kat sini. Kesian dia. Tentu dia dah lapar.” Laung Mama padaku.
Ala…..malasnya aku nak cakap dengan dia ni. Nak ke tak nak ni…kalau inilah
lelaki yang ayah aku nak kenalkan..baik tak payah lah. Aku tengok dia ni macam
lemah jer..lembut semacam.
“ Ehm..ehm..cepatlah makan kat sana.” Ajakku kasar. Dia
tiba-tiba menghadiahkan aku senyuman. Dia ni sengaja nak memikat aku la
tu..ceh..ada hati konon. Pigi daaaa!!!
“ Macam tak sudia ajer nak ajak kita. Tak baik tau muka
masam-masam. Nanti cepat tua. Lepas tu..tak ada orang yang nak nanti. Doktor ni
juga yang susah.” Usiknya.
“ Ish…mengada-ada pula. Cepatlah! Nanti makanan jadi sejuk
pulak.” Aku berjalan laju ke depan sambil Farish mengikuti ku.
………………………………………………………….....
Di ruang makan…
“ Amin.” Semua orang mengaminkan bacaan doa makan dari Dato’
Zainal.
“ Jemputlah makan. Jangan malu-malu. Buat macam rumah
sendiri.” Ajak Datin Airin pada keluarga Doktor Fadzil.
“ Terima kasih lah, Nal. Sebab susah-susah jemput kami
sekeluarga makan kat sini.” Ucap Doktor Fadzil.
“ Sama-sama. Ala…ini tak seberapa kalau nak dibandingkan
jasa kau Zil terhadap keluarga kami. Lagipun, aku nak bincangkan sesuatu dengan
kau selepas ni. Pasal anak-anak kita.”
“ Baiklah.”
Semua orang menjamu selera dengan asyiknya. Aku ni..susah
sangat nak makan. Sebabnya..didepan aku sekarang ni si Farish tu. Macamana aku
nak makan kalau dia ada di depan aku sekarang ni. Mana lagi Mak cik Anita ni
asyik senyum-senyum jer pandang aku dari tadi. Apa..tak cantik ker aku malam
ni? Ada yang tak kena ker?
“ Risha..nampak anggun sangat malam ni.” puji Puan Anita.
Aku hanya senyum pada Puan Anita.
“ Thank Aunt. Aunt pun nampak cantik juga malam ni.” pujiku.
Masing-masing manikmati hidangan makan malam yang
disediakan.
…………………………………………………………………………
Usai makan malam, ayah mengajak Doktor Fadzil untuk ke ruang
tamu. Begitu juga dengan mama mengajak Puan Anita ke ruang tamu. Nampaknya ada
perkara yang ingin mereka bincangkan ni. Aku hanya mengikut langkah ibu yang
menuju ke ruang tamu. Ish…apa hal pulak si Farish ni asyik pandang-pandang aku
je? Tersengih-sengih pula dia ni. Menyampah..
“ Erm..Risha. Mama nak Risha pergi bawa Farish bersiar-siar
kat taman kita di luar tu. Mama dan ayah kamu ada hal nak bincang dengan
keluarga Aunt Anita ni. “
“ What??? TAK NAKKKKK…Eee..kenapa pulak nak bawa dia
jalan-jalan kat taman tu? Berdua pulak dengan dia? Eeee…malasnya.” Gumamku
dalam hati. Tapi, nak tak nak juga terpaksa lah aku ikutkan kemahuan mama.
“ Baiklah ma.” Ucapku. Mama dan Aunt Anita berjalan menuju
ke ruang tamu meninggalkan aku bersama dengan Farish.
“ Cepatlah..kita ke taman sekarang.” Ajakku.
“ Huiiiii…kasarnya.” Balasnya dengan senyuman. Sikit-sikit
nak senyum. Dah orang tak suka..masih nak senyum lagi.
“ Ya lah. Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku lagi suka.
Tak payah nak menyusahkan aku keluar sana.” Ucapku sinis.
“ Hish…siapa kata tak nak pergi. Siapa la yang nak tolak
permintaan dari perempuan cantik macam awak ni?” usiknya. Eeee…meremang bulu
roma aku mendengar. Aku terus merengus. Laju sahaja kaki melangkah ke depan
menuju ke luar dari rumah sambil Farish mengikutiku.
………………………………………………………………………
“ Macam nil ah Zil,
aku rasa baik aku berterus terang saja dengan kau. Kau pun tahu aku ni tak suka
nak cakap berbunga-bunga. Aku ada hal nak bincang dengan kau pasal anak-anak
kita.”
“ Aku kenal kau Nal. Kau tak payah cakap pun aku tahu.
Tengoklah gaya anak perempuan kau tu. Memang straight forward. Samalah macam
kau. Bapa borek, anak rintik.”
“ Betul tu, abang Fadzil. Airin pun rasa yang anak kita ni
memang sebijik macam bapanya.” Semua orang ketawa mendengar celoteh
masing-masing.
“ Baiklah. Sebenarnya Zil, aku nak anak perempuan aku Risha
ni berkenalan dengan anak kau si Farish tu. Mungkin kau rasa tindakan aku ni
macam kurang sopan sikit. Ya lah..aku ni kan bapa perempuan. Tapi, aku pulak
yang lebih-lebih. Kau pun tahukan macamana perangai anak aku si Risha tu. Keras
kepala sangat bila aku soal pasal hal jodoh ni. Aku bukannya apa, si Risha tu
lah satu-satunya anak perempuan aku. Lagipun umur dia sudah masuk 30 tahun. Tak
lama lagi nak 31 tahun. Aku risaulah tengok anak aku tu masih belum berteman.”
“ Aku sebenarnya Nal tak kisah dengan cadangan kau tu. Cuma,
aku tak yakin dengan anak kau si Risha tu. Dia setuju ker kalau kita nak
padankan anak aku dengan dia. Entah-entah dia dah ada pilihan hati sendiri. Ya
lah..kita mana tahu. Tapi kau jangan risau anak aku si Farish tu masih solo
lagi dan mendengar cakap orangnya. Tak mudah marah. Macam aku lah.” Puji Fadzil
sendiri.
“ Ya lah tu. Nak puji diri sendiri. Soal tu kau jangan
risau. Risha dah tahu akan hal ni. Cuma mungkin dia nak uji sikit dengan
keihklasan Farish untuk berkenalan dengannya. Risha tu dah lama tak keluar
dengan lelaki. Sejak dia kena tipu oleh bekas kekasihnya sewaktu di U dulu, dia
sudah mula hilang kepercayaan terhadap lelaki. Baginya lelaki hanya pandai
menabur kata-kata manis dan janji-janji kosong sahaja. Sebab tu lah, aku nak
kau bagitahu dekat anak kau si Farish tu supaya dapat bersabar dengan segala
kerenah anak aku tu nanti.”
“ Oh begitu. Kalau macam tu kau jangan risau sangatlah. Aku
yakin yang anak aku tu pasti dapat mengubah tanggapan anak kau tu terhadap
golongan lelaki. Belum kenal, belum tahu. Tak kenal maka tak cinta.”
“ Ehm…pandainya abang nak bermadah-madah segala ni. Kalau
dulu waktu kita bercinta nak ucapkan kaya cinta pun susah.” Usik Puan Marina
pada suaminya.
“ Nampaknya kita semua dah mencapai kata setuju. Maknanya
kita hanya perlu tunggu keputusan anak-anak kita .” ucap Datin Airin.
………………………………………………………………….
“ Risha..sebenarnya aku..aku…” ucap Farish yang
tergagap-gagap. Entah kenapa kata-katanya tiba-tiba sahaja terkunci. Adakah
kerana Farish sudah jatuh cinta pandang pertama pada Risha? Atau Farish takut
untuk bercakap dengan Risha?
“ Aku…aku..aku…aku apa?” soal Risha yang kurang berpuas hati
dengan Farish. Risha memang pantang orang yang tak habis bercakap ni.
“ Tak…sebenarnya…awak dah tahu ker soal rancangan orang tua
kita terhadap kita berdua?”
“ Ehmmm..” jawab Risha acuh tak acuh.
“ So, macamana dengan awak? Awak setuju ker nak ber…ber…ber..”
sekali lagi Farish tidak dapat meghabiskan katan-katanya. Risha memandannya
dengan jelingan yang tajam.
“ Kau ni kenapa hah? Apa ber..ber..?”
“ Bercinta?” jawab Farish yang agak terkejut.
“ What? Bercinta? Bukan berkenalan ker dulu. Kau ni ingat
kau tu layak ker untuk aku?” soal sinis Risha.
“ Maaf..maksud saya berkenalan. Soal layak atau tak, itu
bergantung dengan pilihan awak. Saya akan terima apa jua keputusan awak Risha.”
“Eleh….bermadah-madah lah sangat. Entah-entah ni cuma
lakonan dia nak pancing aku supaya sangkut dengan dia kot. Lelaki? Bukan boleh
percaya sangat. Aku rasa aku perlu uji dia terlebuh dahulu. Aku nak tengok
keikhlasan si Doktor Farish ni nak berkenalan dengan aku samada dia ni
betul-betul ikhlas atau saja nak main-mainkan aku.” Omelku
dalam hati.
Aku memerhatikan raut wajah yang tampak bersih tanpa
sedikitpun calar. Wajahnya yang putih dan kulitnya yang licin menampakkan dia
seorang lelaki yang menjaga kesihatan kulitnya. Dari segi percakapan, aku boleh
nampak yang dia tidak sedikitpun menunjukkan rasa marah atau geram walaupun aku
bercakap kasar dengannya. Tapi, itu baru penilaian awal. Masih ada banyak masa
lagi untuk aku mengenali hati budinya. Baiklah, aku sudah buat keputusan.
“ Ok..lah Encik Farish. Aku setuju nak ‘ Berkenalan’ dengan
kau. Aku beri kau tempoh dalam tiga bulan. Dalam tiga bulan ni, kita akan cuba
mengenali hati budi masing-masing. Sekiranya, aku rasa yang kau ni tak sesuai
untuk aku atau kau cuba nak permainkan aku, maknanya..kau pun faham-faham ler maksud
aku. So, macamana? Deal?”
Farish berfikir sejenak....
“ Ok. Aku setuju. Tapi, kalau saya dapat menerima awak
seadanya, saya tak akan teragak-agak untuk terus me…me…me..”
“Ish….me..me..me..apa?”
“ Meminang awak!” jawabnya kuat. Terbuntang mata Risha mendengarnya.
“ Ok deal.” Mereka berdua berjabat tangan.
Maka bermulalah, ujian yang bakal ditempuhi oleh Farish demi
mendapat cinta Risha. Dapatkah Farish mengubah tanggapan Risha terhadap kaum lelaki? Apakah Farish sanggup bersabar menghadapi kerenah dan sikap tegas dari Risha?
BERSAMBUNG…
4 comments
best2
ReplyDeletethanks again Reena ...sorry la kalau cerita ni tergantung..nanti saya akan smbung balik..hihihi
ReplyDeleteSambung la cpt...best sgt
ReplyDeletethank hikmah...cerita ni saya gantung sekejap nak tumpukan DK..tp bila dah ada idea nak smbung..insyaallah..hihihi
ReplyDelete