Cerpen I'M OFFICIALLY MISSING YOU
17:21
AIN NADEERA
Aku Ain Nadeera. Hobi aku suka tangkap gambar.
Tapi...kerja aku bukannya fotographer. Buat masa sekarang ni aku menjadi
Penganggur Yang Terhormat di Taman Alamanda. Ya..lah maklumlah, orang baru
habis study. So, asal jer aku ada waktu lapang, memang aku akan bawa boyfriend
aku pergi keliling satu KL. Jangan salah faham! Aku maksudkan boyfriend aku tu
sebenarnya kamera aku daa...
“ Ain!!!!” laung mama.
“ Yer!!! Ain turun ni,” jabwabku. Keluarga aku
ni kecik jer. Ada papa, mama dan aku. Kan kecik tu..
Papa aku seorang doktor. Mama aku pula ada
buka restoran ala-ala kampung. Kalau nak tahu restoran mama aku ni unik sikit.
Kalau nak datang, tak payah nak dok kat kerusi. Semua pelanggan kena dok
bersila. Erm..baru ada kampung style. Tu..lah..kadang-kadang jer aku tolong
jaga restoran mama aku tu kalau aku rajin lar. Itu pun, kalau ayah aku dah bagi
kaunseling free-free punya pada aku.
“ Mari makan. Anak dara sorang ni tak reti nak
tolong mama masak lah. Asyik-asyik merenung gambar..gambar...dan gambar.
Cubalah..kamu belajar memasak sementara kamu masih tak bekerja lagi.” Omel
mamaku.
“ Boleh...tapi bila senang.” Aku ketawa.
“ Tengok tu. Tak habis-habis nak loyar buruk
dengan mama kamu ni. Kamu tu esok-esok..kalau nak kahwin, kamu nak bagi apa
suami kamu makan? Nak masak ayam pun tak tahu..apalagi ikan. Ain...Ain..” keluh
mama.
“ Relax lar mama. Ain masih muda lagi.
Nanti-nantilah Ain belajar memasak yer Puan Zahara.” Ucapku.
“ Yer lar tu. Selagi ada kamera di tangan
kamu, senduk kat dapur tu belum tentu kamu pegang.”
“ Ok...ok..la.mama. Ain lapar dah ni. Jom kita
makan yer.” Ajakku. Oh yer...papa aku sekarang ni tak ada di rumah sebabnya
papa aku dijemput untuk memberikan motivasi kecemerlangan di Melaka.
.................................................................
ARASH RAYYAN
New York, Amerika Syarikat
“ Shasha..will you marry me?”
“ Emm...sayang. I think I should told you
first before I answer it.”
“ About what?”
“ You see..i’m a model right. Yesterday, I got
an offer from a big agency here . They want me to sign a contract for a 5 year.
So, I think we should break off.” Ucap Shasha.
“ What? Dont’ you love me?” soal Rayyan.
“ Of course! I do love you. But I love my job
more. I hope you’re understand.”
“ So! You love your job more than me?”
“ Yes..i love my job.”
“ Ok. We break off then. From now on, we are
nothing.” Rayyan berlalu pergi meninggalkan Shasha sendirian.
Rayyan masuk ke dalam kereta BMW X-6 miliknya.
Rayyan menghempas-hempas stereng kereta kerana cukup marah dengan tindakan
kekasihnya itu. Rayyan bersusah payah
untuk mengosongkan jadual kerjanya untuk hari ini kerana baginya sudah cukup untuknya berkasih dengan Shasha. Rayyan
telah menempah tiket untuk ke New York hanya untuk melamar kekasihnya itu.
Namun semua usahanya sia-sia sahaja .Hampir
4 tahun, Rayyan bercinta dengan Shasha walaupun mendapat tentangan daripada
ibunya. Rayyan tidak menyangka Shasha akan lebih memilih kerjanya berbanding
dirinya. Baiklah..Shasha. Kalau itu yang kau mahu, aku tak akan ganggu kau
lagi. Kau akan ku buang jauh-jauh dalam hidupku. Sebab kau..aku tidak akan
pernah percaya pada cinta lagi.
.................................................................
AIN NADEERA
Hari ni hujung minggu. Aku dah ajak kawan aku,
Nad jalan-jalan kat KLCC. Tidak dilupakan juga boyfriend aku aka kamera
kesayangan aku dan juga ipad Apple aku.
“ PONNN!!!!” Nad membunyikan hon kereta Myvi
miliknya.
“ Ain!!!! Kawan kamu dah sampai tu.” Laung
mama. Aku segera berlari turun ke bawah menuju ke ruang tamu untuk menyalam
mamaku.
“ Hello..Hello...sorry lambat sikit. Aku bawa
boyfriend aku sekali.” Ucapku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam perut
kereta Nad.
“ Hermm...kau ni kan memang selalu jer lambat.
Apasal kau tak angkut jer apa yang ada kat dalam rumah kau tu? “
“ Ai...main kasar nampak? Tak ada lar..kau kan
tahu aku tak boleh tinggalkan boyfriend aku ni. Kalau bf aku ni tak ada, alamat
tak lengkaplah hidup aku seharian. Lagipun..mana tahu..kot-kot dapat tangkap
gambar lelaki hansem?” selorohku.
“ Eeee...tak tahu malu punya perempuan. Dah
lah dengan drama swasta kau tu. Jom kita gerak sekarang.” Ajak Nad.
Aku dan Nad memang sudah bersahabat baik sejak
dari kecil lagi. Di mana ada Nad, di situ ada aku. Dan di mana ada aku, di di
situ ada Nad. Cuma..kami berdua terpisah bila masing-masing melanjutkan
pelajaran di universiti berbeza. Tapi..dengan adanya kemudahan Facebook, aku
selalu berhubung dengan Nad.
.................................................................
ARASH RAYYAN
“ Assalamualaikum, Rayyan.” Sapa ibu di
talian.
“ Waalaikumsalam, Bu.” Jawab Rayyan.
“ Rayyan..lama lagi ker kat New York?” soal
ibu.
“ No. Rayyan dekat airport sekarang ni. Rayyan
nak balik Malaysia hari ni juga. I’m sorry for not telling you earlier.”
“ Oh...tak apa lah kalau macam tu. Nanti bila
Rayyan dah sampai kat KLIA, call ibu yer.”
“ Ok..assalamuaikum.” ucap Rayyan.
“ Waalaikumsalam.” Jawabnya. Datin Rohana
sebenarnya ingin tahu tentang jawapan lamaran kekasih anaknya itu. Tetapi,
memandangkan Rayyan sudah ingin balik ke Malaysia, dilupakan sahaja hasrat itu.
Sesungguhnya, di dalam hati, Datin Rohana tidak suka akan pilihan anaknya itu.
Shasha..walaupun anak orang kaya tapi kalau hilang nilai-nilai Melayu dalam
etika berpakaian, baik lupakan sahaja. Namun, oleh sebab Rayyan satu-satunya
anak lelakinya, terpaksa juga Datin Rohana mengalah.
“ Awak telefon siapa tadi?” soal Datuk Ariz.
“ Ehm...anak lelaki awak lar.” Jawab Datin
Rohana.
“ Kenapa dengan Rayyan pulak? Bukan dia di New
York ker sekarang ni? Katanya nak pergi melamar kekasih hatinya, Shasha.
Macamana?”
“ Macamana apanya? Anak lelaki awak ni
sekarang ni mungkin dah di dalam flight. Tadi saya call dia nak tanya pasal hal
tu lah. Tapi..Rayyan cakap, dia ada kat airpory sekarang nak balik ke
Malaysia.”
“ Eh...cepatnya nak balik. Bukan dia baru
pergi semalam ker?”
“ A’ah. Itulah..ini mesti ada yang tak kena
ni. Tak apa lar..kita tunggu jer bila Rayyan dah balik nanti.”
.................................................................
AIN NADEERA
Aku dan Nad berjalan masuk ke dalam KLCC. Wah!
Ramainya orang kat dalam ni. Macam ni..susahlah nak jalan-jalan, ambil gambar
..nak lepak kat mana ni yer? Aku dan Nad masih tercari-cari port yang sesuai
untuk kami berdua melepak bersama.
“ Nad, ramai juga orang hari ni yer? “
“ Memang lah. Inikan hujung minggu. Mestilah
ramai orang. Apalagi sekarang ni kan musim cuti sekolah.”
“ Yer tak yer juga. Aku tahulah kau ni
sekarang dah kerja jadi guru. Aku jer yang belum dapat-dapat lagi kerja. “
“ Tahu pun...tu lah kau. Restoran mama kau kan
ada. Kau cubalah tolong ambil alih bisnes mama kau tu. Mana tahu kau ada bakat
berniaga. Tak lah kau melepak jer dengan bf kau tu?
“ Hello! Kau kan tahu aku ni bab berniaga ni
ada kureng sikit lar. Apalagi bab-bab masak-memasak ni. Kirim salam jer lar.
Kalau kau yang nak rasa masakan aku pun, sure kau takkan nak kali kedua daa.”
“ Banyak betul alasan kau ni..jom kita lepak
kat KFC lar..aku rasa lapar , Ain.” Ucap Nad sambil menggosok-gosok perutnya.
Kami berdua meneruskan perjalanan untuk
mencari KFC. Usai sudah sampai, aku terus mencari temapt duduk untuk aku dan
juga Nad. Aku hanya membiarkan Nad sahaja yang memesan makanan KFC untuk kami
berdua. Sementara aku menunggu, aku mengeluarkan ipad yang ku bawa tadi.
Apalagi...wi-fi ada, tangan aku pun gatal nak tengok Running Man. Aku memang
tak boleh miss tengok rancangan ni. Aku memang tergelak habis daa..
“ Assalamualaikum.” Sapa seorang suara. Aku
terus menghentikan video Running Man yang ku tonton di you tube. Lalu, aku
menoleh ke arah suara itu.
“ Waalaikumsalam. Oh..Mak cik Rohana kan?
Kawan mama?” ucapku dengan ramah.
“ A’ah. Ini Ain kan, anak Zahara kan?”
“ Ya.”
“ Mama Ain apa khabar? Sihat? “
“ Sihat, alhamdulillah. Mak cik pula? Apa
khabar? Pak cik macamana?”
“ Semuanya sihat.”
“ Ain, tunggu siapa kat sini? Tunggu boyfriend
ker?” usik Datin Rohana. Sengaja Datin Rohana berkata sedemikian. Sebenarnya
sudah lama Datin Zahara berkenan dengan anak kawannya ini. Baginya..Ain Nadeera
ini sangat sesuai sekali jika dipadankan dengan anak terunanya itu. Tapi,
almaklumlah..Rayyan sudah punya kekasih. Apalagi sekarang ini Rayyan sanggup ke
New York semata-mata untuk berjumpa dengan kekasihnya itu. Katanya..Rayyan
sudah bersedia untuk melamar kekasihnya itu. Nampaknya...melepaslah peluan
Datin Rohana nak bermenantukan si Ain ni.
“ Ain mana ada boyfriend Mak cik. Ain tengah
tunggu kawan Ain ni. Dia tengah pesan makanan kat kaunter. Mak cik ke sini
dengan siapa?”
“ Tu..hah..anak mak cik yang bongsu tu hah.
Ariana tu baru jer balik dari oversea. Dia yang ajak Mak cik nak makan kat
sini.” Sebenarnya aku dan Ariana tu
sebaya tapi memandangkan dia sekolah kat oversea, jadi kami jarang jumpa la.
“ Oh...Ariana. Dah lama tak jumpa dia.”
“ Yer...betul tu. Mak cik lupa nak beritahu
kamu ni. Hari jumaat ni, jangan lupa
beritahu ayah dan ibu kamu pergi ke rumah Mak cik. Mak cik ada buat kenduri doa
selamat sempena meraikan kepulangan anak bongsu Mak cik tu. Selepas ishak
yer..Ain datang lar sekali yer. Baiklah..mak cik nak ke sana dulu.
Assalammualaikum.” Aku segera menyalam tangan Mak cik Rohana. Mak cik Rohana
berlalu pergi.
“ Dah sampai pun makanan kita...jom kita
makan.” Ucap Nad.
.................................................................
ARASH RAYYAN
Rayyan keluar dari perut kereta Mercedes Benz
itu lalu terus sahaja berjalan masuk ke dalam rumahnya. Pak Kassim segera
mengeluarkan bagasi Rayyan yang berada di dalam bonet kereta. Nampaknya, angin
Rayyan masih belum baik semenjak lamarannya ditolak oleh kekasihnya itu.
Apalagi, Rayyan baru sahaja berpisah dengan kekasihnya itu.
“ Rayyan dah balik sayang!” ujar Datin Rohana
yang teruja menyambut kedatangan anaknya itu. Namun, semuanya hanya sia-sia
sahaja kerana Rayyan terus sahaja melangkah laju menapak ke bilik kamarnya.
“ Eh..kenapa pulak abang Rayyan tu? Macam
orang tengah marah jer?” soal Ariana tiba-tiba yang mengejutkan Datin Rohana.
“ Enah lar. Ada la tu yang tak kenanya. Tak
apa lah. Kita biarkan abang kamu tu berehat. Tentu dia penat tu.” Ucap Datin
Rohana.
Ariana berlalu pergi menuju ke kamarnya.
Sementara Rayyan terus mengurung dirinya di dalam bilik. Hatinya masih terluka
gara-gara sikap bekas kekasihnya itu menolak lamarannya dan meminta putus
hubungan dengannya.
“ Heh...aku tak akan percaya cinta lagi. Aku
tak akan sesekali percaya pada perempuan lagi. Tak akan!!!” ucap Rayyan
sendirian.
Rayyan mengoyak gambar-gambarnya bersama
Shasha. Segala pemberian Shasha kepadanya juga telah Rayyan simpan semuanya ke
dalam kotak untuk dibuang ke tong sampah.
.................................................................
AIN NADEERA
Wow!!!! Besarnya rumah Mak cik Rohana ni.
Kalau aku nak buat photoshoot freestyle kat laman rumah Mak cik Rohana, baru
gempak babe..sempat pulak aku berangan-angan.
“ Ain! Betul ker aku boleh ikut masuk ni? Aku
seganlah.” Ujar Nad. Aku terpaksa mengajak Nad untuk menemaniku ke rumah Mak
cik Rohana. Sebabnya..mama aku ada urusan bisnes dengan pembekal. Jadi
terpaksalah aku menjadi al-wakil buat famili aku.
“ Apa yang kau nak segan? Kita bukannya masuk
kelab malam kot?” sempat aku loyar buruk pada Nad. Nad terus mencubit lenganku.
“ Aduh!!! Sakitlah.” Ucapku.
“ Tu lah kau. Aku serius. Kau main-main
pulak.”
“ Tak payah lah nak segan-segan. Jom kita
masuk dan makan yang sedap-sedap.” Kami berdua ketawa.
“ Assalamualaikum.” Sapaku pada semua tetamu
yang sudah datang.
“ Waalaikumussalam.” Jawab semua tetamu. Kami
berdua bersalam dengan semua tetamu yang ada di dalam rumah itu. Aku sudah
nampak kelibat Mak cik Rohana yang sedang bersiap-siap di dapur. Aku menarik
lengan Nad untuk menuju ke dapur.
“ Assalamualaikum Mak cik.”
“ Eh..Ain. Waalaikumussalam.” Mak cik Rohana
terus meraih aku ke dalam dakapannya. Begitu juga ke arah Nad. Kami berdua naik
segan pula. Aku sempat bertegur sapa dengan Ariana juga.
Mak cik Rohana membawa aku dan Nad pergi ke
ruang tamu untuk duduk bersama-sama dengan para tetamu yang lain.
.................................................................
Usai sudah membaca doa selamat, semua orang
dijemput untuk menjamu selera. Apalagi aku terus bangun menuju ke meja makan.
Nad pula masih berborak-borak dengan Ariana. Aku kalau bab makan memang nombor
satu. So, aku mestilah nombor satu juga bangun. Aku memilih makanan yang hendak
ku makan. Ok...semuanya sudah ada.
“ Nad..Ana..pergilah makan. Aku dah ambik
makanan aku ni. Aku nak pergi dapur dulu, nak cuci tangan. Aku malas nak
berebut di meja makan tu walaupun dah ada pencuci tangan disediakan.” Ucapku.
Mereka berdua ketawa dengan gelagatku.
“ Ok..la..Cik Ain yang kuat makan.” Usik Ana.
Aku berjalan menuju ke dapur. Aha!! Tu dia..tu
dia..ucapku sendirian. Aku terus melangkah laju ke depan menuju ke sinki untuk
mencuci tangan. Usai sudah mencuci tangan..tiba-tiba???
“ Adoii!!!” ucapku mengadu kesakitan. Sakitnya
bahu aku. Aku rasa aku macam kena langgar beg pasir.
“ Ah!!! Lain kali nak jalan tu, pakai mata!
Bukan lutut!! Faham!!” ucap seorang lelaki yang sedang marah kepadaku. Lantas
aku menoleh ke arah suara itu.
“ Ewah-ewah...sedapnya mulut kau mengata aku.
Kau tu yang tiba-tiba ada kat belakang aku..kenapa?? kalau kau tak ada kat
belakang aku, tak der jadinya macam ni.” Balasku yang tidak puas hatinya.
“ Suka hati aku lah nak ada kat belakang kau
ke, depan kau ke? Ini rumah aku! Kau tu siapa nak ajar aku!!” geramnya.
“ EEEE....bencinya aku dengan lelaki ni. Tak
serupa dengan muka. Muka dia punyalah hansem macam owang putih..tapi bila dia
buka mulut, putus sudah elektrik otak dia ni kot..giler..giler...” omelku dalam
hati.
“ Apa hal kau tenung-tenung aku? Tak puas hati
ker?” ucap sinisnya.
“ ADA AKU KISAH? Aku tak kisah lah ini rumah
kau? Yang penting aku ni tetamu? So! Kau kena hormat tetamu! Faham!!” aku terus
merenjiskan air ke mukanya. Hahaha...baru puas hati aku. Aku terus berlari
keluar meninggalkannya.
“ Woiii!!!!!”jeritnya. Rayyan cukup marah dengan sikap perempuan itu
tadi. Terus sahaja Rayyan keluar untuk mencari perempuan itu. Rayyan tida akan
melepaskannya sebelum perempuan itu meminta maaf padanya.
.................................................................
Terkocoh-kocoh aku berlari menuju ke tempat
duduk ku. Aku terus mengambil gelas minumanku untuk ku minum. Waa...aku rasa
macam gunung berapi nak meletus dah ni..padan muka dia. Baru dia tahu siapa
aku. Dia ingat badan besar macam tu, boleh takutkan aku ker..no way! Aku ada
black belt taekwando lar.
“ Apa hal kau ni Ain? Macam kena kejar hantu
jer?” soal Nad.
“ Ini bukan hantu yang kejar aku tapi Godzilla
kot? Nanti lah aku cerita. Yang penting kita makan dulu. Aku dah lapar ni.”
Ucapku.
“ Cepatlah makan Ain..nanti sejuk pulak
makanan kau.” Ujar Ana.
Sedang-sedang aku syok menikmati
ayam..kukus..grill..panggang..kukus...grill..panggang...tiba-tiba??
“ Jemput makan Ain. Nanti bila dah habis
makan, Mak cik ada sedikit makanan nak beri mama kamu. Ya lah..sayang mama kamu
tak dapat datang hari ni kan.” Tiba-tiba Mak cik Rohana datang mencelah dari
belakangku.
“ Ok..mak cik. Nanti Ain jumpa Mak cik.
Rayyan masih mencari-cari kelibat perempuan
itu. Rasa tidak puas hatinya masih berbekas di hatinya. Berani betul perempuan
tu cari pasal dengan aku. Selama aku jumpa perempuan, tak pernah lagi aku jumpa
perempuan yang brutal macam tu. Semua perempua yang aku jumpa mestinya lemah
lembut.
Rayyan menoleh sesekali ke kiri dan kanan.
Matanya tiba-tiba tertancap pada seorang perempuan yang bertudung biru lembut
sedang enak makan bersama..adiknya.. Ariana? Takkanlah kawan Ariana? Ah..peduli
apa..aku dah jumpa dia..perhitungan harus dibuat. Kau tunggulah..baru sahaja,
Rayyan ingin melangkah..tiba-tiba ayahnya pula datang memanggil untuk
membantunya melayan tetamu yang hadir. Dengan berat hati, Rayyan terpaksa
mengikut ayahnya keluar juga.
Usai selesai sudah majlis kenduri, aku dan Nad
terus menolong Mak cik Rohana mencuci pinggan mangkuk di dapur. Begitu juga
dengan Ariana. Walaupun aku dan Ariana ni sudah lama tak berjumpa, namun oleh
kerana sifat merendah diri yag ada pada Ariana membuatkan aku dan Nad cepat
mesra dengannya.
.................................................................
ARASH RAYYAN
“ Abang..jom kita jalan-jalan. Ana bosanlah
dok kat rumah ni. Lagi pun abang kan cuti. Kita pi tengok wayang lar..” ajak
Ana pada abangnya. Ana tahu sebenarnya kalau waktu hujung minggu macam ni,
abangnya itu lebih suka kalau duduk di rumah saja. Lagipun, ibunya juga sudah
beritahu kepadanya tentang hubungan abangnya dengan bekas kekasihnya itu sudah
putus. Oleh sebab itulah, Ana ingin mengajak abangnya pergi berhibur.
“ Malaslah nak keluar. Ana pergilah sahaja
seorang. Minta Pak Kassim hantarkan saja lah.” Jawab Rayyan acuh tak acuh.
“ Ala..abang ni tak best laa..jomlah..kita
pergi.” Ana sudah membuat muka kesian untuk memujuk abangnya itu.
“ Ya lah...tapi sekejap jer tau. Lepas habis
tengok movie..balik terus. Faham.” Ucapnya. Rayyan tidak sampai hati ingin
menolak permintaan adiknya itu.
Ana terus masuk ke dalam kereta nissan Teana
abangnya yang berwarna merah scarlet itu. Sebenarnya, ini semua adalah
rancangan Ana dengan Ibunya. Semalam Ana sudah menelefon Ain untuk ikut bersamanya
menonton wayang hari ini. Ana sengaja mengajak Nad supaya nanti bila Ana
membiarkan abangnya dan Ain melihat wayang bersama-sama, Ana dan Nad bolehlah
jalan-jalan kat tempat lain.
“ Cepatnya masuk..tak sabar-sabar lagi ker?” ucap
Rayyan pada adiknya.
“ Biasalah..dah lama tak tengok movie kat
Malaysia ni.”
“ Ya lah.. tu. Ini..yang senyum-senyum ni
kenapa? Macam ada yang tak kena ni?”
“ Tak..tak ada..ala..”
“ So..kita nak tengok wayang kat mana ni?”
soal Rayyan.
“ Berjaya Times Square.”
.................................................................
AIN NADEERA
Aku dan Nad menunggu Ana di luar pawagam.
Janji pukul 2.00 petang. Sekarang masih awal lagi. Tidak lupa juga boyfriend
aku aka kamera aku. Aku dan Nad
sempat mengambil gambar bersama-sama.
“ Ain!!!” laung satu suara. Aku dan Nad
menoleh ke belakang serentak.
Ana segera menghampiri Ain dan Nad. Rayyan
mengikutnya dari belakang.
“ Kau!!!!” serentak aku bersuara bersama
lelaki yang berada di sisi Ana. Ana dan Nad kehairanan.
“ Kau perempuan yang hari tu kan di rumah
aku??” soal Rayyan tiba-tiba.
“ Kau lelaki yang langgar aku tu kan? Kan?
Kan?” sengaja aku menekan soalanku.
“ Abang, kenapa ni? Kenapa marah-marah dengan
Ain?”
“ Kamu tanyalah kawan kamu tu, apa dia buat
dengan abang!”
“ Sorry sikit..kau tu yang cari pasal dengan
aku dulu. Ana, dia ni abang kau ker? Tak padan langsung la dengan kau.” Ucapku
sinis.
“ Ana! Jom kita balik sekarang. Abang tak ada
mood nak tengok movie.”
“ Tak boleh abang. Ana dah lama tunggu movie
ni. Ana nak tengok juga hari ni.” Rayu Ana.
“ Ana..biarlah abang kau nak balik. Kalau dia
ada pun, bukannya dia boleh layan movie-movie macam ni?” ucapku sinis.
“ Apa? Kau cabar aku ker? Ok! Ana..jom kita
beli tiket. Right now. Abang belanja.” Arash Rayyan memang pantang dicabar
lebih-lebih lagi seorang perempuan. Rasanya perempuan ni sebaya dengan adiknya
tapi..berani betul lah dia melawan dengan aku.
.................................................................
Ain dan Ana ketawa bersama-sama. Nad masih
blur. Mereka berempat masuk ke dalam pawagam. Ana terus menarik tangan Nad
untuk duduk di sebelah kanannya. Terpaksalah Rayyan duduk di sebelah kiri Ana.
Sementara Ain tidak punya pilihan lagi memandangkan duduk di sebelah Rayyan
walaupun hatinya tidak rela untuk duduk bersebelahan dengan musuh ketatnya. Ana
gembira kerana rancangannya berjaya juga.
“ Ishhhh...menyampahnya aku duduk dengan mamat
kat sebelah ni. Macam ni susahlah nak layan movie Breaking Dawn ni.” Aku
menjeling tajam ke arahnya. Lelaki itu turut membalas dengan jelingan tajam
juga. Masing-masing tidak mahu mengalah.
“ Aku lagi lah menyampah duk kat sebelah
perempuan ni. Dahlah..pendek..tapi mulut dia boleh tahan juga kuatnya. Apasal
la aku boleh ikut adik aku ke sini. Kalau aku tolak awal-awal tadi kan, tak
adalah aku jumpa dia kat sini dan duduk kat sebelah dia ni. Eee..alergik!” omel
Rayyan di dalam hati.
Sudah 1 jam movie bermula, dari tadi aku
menahan geram. Bukan apa..aku tak tahu tangan siapa yang gatal nak
pegang-pegang bahu aku. Kalau aku nampak orang yang kurang ajar tu, aku
taekwando dia kat dalam pawagam ni. Buat masa ni aku bersabar dulu. Tapi kalau
orang tu buat hal lagi, sah lepas ni memang orang tu 3 bulan duduk kat
hospital.
Rayyan..kejap-kejap menjeling curi-curi ke
arah Ain. Apa hal dengan minah ni? Macam tak selesa jer duduk kat sebelah aku
ni? Rayyan menghidu baju T-shirt Polo miliknya di kiri dan kanan, tak ada pun
bau. Apa hal muka minah ni macam menahan sesuatu jer? Tiba-tiba, mata Rayyan
terlihat sesuatu yang menjalar ke bahu Ain. Tapi..penglihatan Rayyan tidak
berapa jelas disebabkan keadaan dalam pawagam yang agak gelap.
Usai 2 jam kemudian, lampu pawagam terus
dibuka. Ain sempat menangkap tangan gatal yang berkali-kali memaut bahunya
sepanjang menonton wayang tadi. Puas sudah Ain menahan geram. Sudah lama
ditunggunya.
“ BUKKKK!!!” satu tumbukan buku lima dari Ain
dihadiahkan kepada lelaki yang kurang ajar itu. Habis riuh pawagam tersebut.
Ain sudah tidak peduli akan pandangan orang ramai. Ana, Nad dan Rayyan ternyata
terkejut sekali dengan tindakan Ain yang menumbuk muka lelaki itu.
“ Kurang ajar punya lelaki. Berani kau pegang
bahu aku. PANGGG!!!” Sekali lagi Ain menghadiahkan tamparan kepada lelaki itu.
Lelaki itu terkejut sekali apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Lelaki itu
tidak sempat untuk menarik kembali tangannya semula semasa filem sudah habis
ditayangkan.
“ Apa yang kau merepek ni perempuan? Bila masa
aku cuba pegang bahu kau pula? Tengok..kau yang pegang tangan aku! Tak malu
punya perempuan!” bentaknya.
“ Hoi..kau ni memang dasar lelaki gatal. Dah
kena tangkap oleh aku, masih tak mengaku. Aku terpaksa menahan geram tadi sebab
aku tak nak buat kecoh masa orang tengok wayang. Sekarang, wayang dah habis,
aku yang buat wayang swasta kat sini. Ambik ni.” Aku menumbuk sekali lagi
mukanya. Habis berdarah hidungnya.
“ Kau!!!” ujar lelaki itu. Lelaki itu cuba
menumbuk ku semula. Namun...tiba-tiba, dihalang oleh Rayyan.
“ Hei! Kalau kau anak jantan! Lawanlah dengan
lelaki! Bukkk!!” Kini Rayyan pulak menghadiahkan sebuah tumbukan. Terus
terbaring lelaki itu.
“ Abang, dah lah. Ain...jom kita balik.” Ana
memaut lenganku dan membawaku keluar dari panggung wayang. Nad mengikutku dari
belakang bersama-sama dengan Rayyan. Rayyan cukup marah dengan perangai lelaki
itu tadi. Memalukan kaum lelaki saja!
“ Ain..kau tak apa-apa ker? Kau ok?” soal Ana.
“ Aku ok.” Ucapku tenang.
“ Ya lah..tu. Kalau aku tak ada tadi, maybe
kau dah masuk hospital kot sebab kena tumbuk oleh lelaki tu tadi.” Ucap Rayyan.
Aku terus memandangnya. Serius..aku tiba-tiba jer nampak muka dia ni hansem
masa tolong aku tadi. Tapi...aku tak ada mood la nak berdebat dengan ni.
“ Ok..terima kasih sebab tolong aku tadi.
Ehm..Ana, aku balik dulu la yer.” Aku terus memaut lengan Nad untuk beredar
dari situ.
Rayyan ternyata hairan dengan sikap Ain yang
tiba-tiba berubah menjadi serius. Fikirnya..Ain akan cuba berdebat dengannya
lagi. Tapi..Ain hanya mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan juga Ana.
.................................................................
ARASH RAYYAN
Hampir 3 minggu sudah berlalu. Entah kenapa
tiba-tiba Rayyan teringatkan Ain. Nak dikatakan rindu..mustahil. Selepas
kejadian di pawagam hari tu, Rayyan tidak pernah berjumpa lagi dengan Ain. Walaupun,
kadang-kala Ana selalu bertelefon dengan Ain, Rayyan terpaksa pura-pura tidak
mendengarnya. Pada hal, Rayyan selalu curi-curi dengar diluar bilik Ana. Kalau Ana
menggunakan telefon rumah, Rayyan selalu curi-curi mendengar perbualan adiknya
bersama dengan Ain melalui telefon rumahnya yang berada di biliknya.
Rayyan tidak tahu kenapa dia jadi begini. Rasa
rindu pula nak dengar suara minah tu kalau bergaduh dengan aku.
“ Abang...abang..” sapa Ana.
“ Oh..kamu Ana. Buat abang terperanjat saja. Kenapa?”
“ Tak ada lar. Ana tengok abang ni macam
berangan jer.”
“ Ish..mana ada. Ni..pakai baju cantik-cantik
ni..nak ke mana?”
“ Ana nak keluar dengan Ain dan Nad.” Terus berubah
seratu peratus riak wajah Rayyan bila mendengar nama Ain. Rayyan pura-pura
berlagak tenang. Padahal..dalam hati sudah dup dap dup dap.
“ Ehm..nak keluar ni pakai abang la ni kan?”
soal Rayyan.
“ EEEE...perasanlah abang ni. Kita kena
jemputlah.”
“ Hah!! Siapa?” Rayyan sedikit kecewa. Macamana
aku nak jumpa dengan Ain ni?
“ Nad lah. Dia kan ada kereta. Kenapa? Abang nak
ikut ker?” sengaja Ana menyoal abangnya. Ana sedar akan perubahan abangnya itu.
Bila jer dia sebut nama Ain, muka abangnya terus berubah. Macam orang tengah
angau. Sama la juga dengan Ain. Bukannya Ana tak perasan. Bila jer Ana sebut
nama abangnya didepan Ain atau kat dalam telefon, mula lah muka Ain bertukar
malu-malu.
“ Ish...buat apa nak ikut korang. Tak nak lah.
Baik abang dok kat rumah jer.” Jawabnya. Dalam hati...mahu tapi malu. Ana ketawa
melihat telatah abangnya itu.
“ Ok..lah. Ana pergi dulu. Nad dah sampai tu.”
“Kejap-kejap..kamu nak pergi mana ni?”
“ KLCC..jer. Nak jalan-jalan. Ok..bye.” Ana
menyalam tangan abangnya.
.................................................................
Rayyan segera berlari ke atas menuju ke biliknya
untuk menukar bajunya. Aku pun nak pergi KLCC la.
Usai sudah memarkir kereta Teananya, Rayyan
terus masuk ke dalam KLCC. Mata Rayyan mencari-cari kelibat adiknya. Tak juga
jumpa-jumpa. Mana la dorang ni. Rayyan tidak berpuas hati. Asal nampak Ain dari
jauh, cukuplah. Rayyan terus menelefon adiknya kerana ingin tahu adiknya berada
di mana sekarang.
“ Hello, Ana.”
“ Hello..abang.” jawab Ana yang kini berada di
MC’Donalds.
“ Ana..belum lagi ker?” entah soalan apa
daa..yang ditanya Rayyan kepada adiknya. Pada hal baru saja adiknya sampai di
KLCC.
“ Apa la abang ni. Ana kan baru sampai. Takkan
la nak balik.”
“ Oh..yer ker. Ana kat mana ni?”
“ Kan Ana dan cakap kat KLCC.”
“ Ya lah..KLCC..tapi di mana?”
“ Oh... MC’Donalds.”
“ Ok. Bye.” Terus sahaja Rayyan mematikan
talian. Rayyan mengukir senyuman. Rayyan terus menuju ke MC’ Donalds.
.................................................................
MC’ Donalds
“ Ain, kau tadi abang aku ada call lar.” Ana sengaja
ingin melihat reaksi wajah Ain.
“ Uhuk..uhuk..” Ain yang sedang minum air
Pepsi terus terbatuk.
“ Kau ok ker?” soal Nad,
“ Aku ok..ok..”
“ Kenapa abang kau call?” soal Ain.
“ Tak ada lar. Dia tanya aku kita kat mana
sekarang ni? Tu jer.”
“ Oh..yer ker.”
“ Eh...Ana..Ana..kau tengok kat luar tu! Tu bukan
abang kau ker?”
“ Mana..mana..?” Ana dan Ain terus berpaling
ke luar untuk melihat gerangan Rayyan.
Rayyan sudah semakin dekat menghampiri MC’Donalds.
Eh..kalau dorang nampak aku nanti, apa aku nak bagi alasan ya..bagitahu jer ibu
nak makan MC’D. Senang cerita. Saat kaki Rayyan ingin melangkah masuk ke dalam,
tiba-tiba....
“ Rayyan!!” laung suara lembut dari belakang.”
“ Shasha!! What the hell are you doing here?”
ujar Rayyan dengan kasar.
“ Look! Sayang..I rasa menyesal sangat sebab
dah tolak lamaran you. I nak kita balik semula. Please!!” rayu Shasha. Rayyan ternyata
terkejut dengan kehadiran Shasha di situ.
Dia tidak menyangka sekali yang Shasha sudah balik ke Malaysia.
“ Aku peduli apa kau nak menyesal. Antara kita
berdua dah tak ada apa-apa lagi. Now..get out from my way.” Shasha cuba memujuk Rayyan dengan memegang
tangan Rayyan.
Ain yang melihat kejadian itu bingkas bangun
dan berlalu keluar dengan perasaan yang cemburu. Entah kenapa hatinya rasa
cemburu saat ini bila melihat Rayyan sedang berdua-duaan dengan perempuan lain.
Padalah antara Rayyan dengannya masih belum ada apa-apa tanda ikatan lagi.
“ Ain! Ain! Ain!” laung Ana dan Nad. Ana tahu
mesti Ain sangat sedih sekarang ni. “
Ain hanya memandang sekilas sahaja Rayyan yang
berada di luar MC’D itu. Rayyan terus melepaskan tangan Shasha yang
memegangnya.
“ Abang! Apa buat ni? Tengok..Ain dah lari. Cepatlah
kejar dia. Soal perempuan ni, biar Ana yang selesaikan.” Ujar Ana. Rayyan terus
berlari mencari Ain.
.................................................................
ARASH RAYYAN & AIN NADEERA
“ Ain!!!” laung Rayyan. Ain menghentikan langkahnya. Rayyan berjalan
mendekatinya.
“ Ain...aku nak minta maaf kat kau. Kau menangis ker?”
“ Mana ada! Apa hal kau nak minta maaf kat aku pulak. Dah..lah..kau
pergilah dekat awek kau tu!”
“ Ain..apa kau cakap ni. Itu bukan awek aku. Tapi bekas awek aku.”
“ So?”
“ Ain..sebenarnya aku cakap sesuatu dengan kau.” Rayyan harus meluahkan
perasaannya hari juga. Sahlah..hatinya sudah terpaut kepada pemilk nama Ain
Nadeera. Walaupun dirinya dahulu pernah berjanji bahawa tidak akan pernah
percaya pada cinta, akhirnya dirinya juga yang terpaksa merana. Kini, Rayyan
perlu menjelaskan segala-galanya untuk mendapatkan cinta Ain.
“ Aku tak ada masa nak cakap dengan kau. Aku nak balik lar.”
“ Ain..tunggu sekejap! Kenapa kau nak lari dari aku? Kau cemburu ker?”
“ Bila masa kau cemburu? Perasan!!” Ain menjawab dengan geram.
“ Macam tu lah..actually...I’m officially missing you Ain Nadeera. Dah lama
tak dengar you marah-marah. I rindu lah nak dengar suara you.
“ Hah??”
“ Ain..saya sebenarnya nak cakap yang saya..dah mula sukakan awak dan
akan selama-lamanya sukakan awak. Saya harap awak sudi jadi teman special saya?”
Mata Ain berkelip-kelip kerana terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh
Rayyan. Ain tidak menyangka Rayyan akan meluahkan perasaannya di depan khalayak
umum. Macam buat drama pulak kami ni.
“ Alahai..malunya aku. Rayyan ni kalau nak confess cinta pun, agak-agak
lar kat mana. Ni...kalau aku ni artis, dah sah-sah..esok terpampang kat surat
khabar. ‘Seorang artis wanita dilamar oleh kekasihnnya di depan khalayak ramai.’
Macamana aku nak cakap ni yer. Aku pun sukakan dia juga. Eh..kau ni Ain. Kau kan
memang tak tahu malu sikit. Kau jawablah. Takkan kau nak buat Rayyan
tertunggu-tunggu. Kesian dia. Macam menaruh harapan sangat ni.
“ Arash Rayyan...I’m officially in love with you” luahku dengan senyum.
Rayyan turut mengukir senyum. Tanpa sedar, Nad mengambil gambar aku berdua
dengan Rayyan. Dah ada daa...wartawan yang tak berbayar ni.
“ NAD!!!!!” Jeritku..aku mengejar Nad.
.................................................................
3 TAHUN KEMUDIAN.....
Akhirnya aku secara rasminya menjadi isteri kepada Arash Rayyan. Semua ahli
keluargaku menerima dengan senang hati sekali. Paling teruja ibu bapa kami
berdua. Pada mulanya, memang niat mereka ingin menjodohkan kami berdua. Tapi..tak
sangka pula, memang betul-betul menjadi.
“ Abang..sayang nak pergi honeymoon kat Korea lar!”
“ Ok...dear. Untuk sayang, apa-apa pun boleh.”
“ Sure! Kalau macam tu, sayang nak tengok konsert Kpop bila kita pergi
sana nanti tau.” Ucapku.
“ Apa? Lagi sekali?” Rayyan menggeleng-geleng kepalanya. Bulan lepas,
isterinya itu sudah ke Singapura untuk menonton konsert Ft Island. Kali ni lagi
sekali daa...
Aku ketawa melihat muka suamiku. Terima kasih Ya Allah kerana telah
menganugerahkan aku seorang suami yang baik. Walaupun perkenalan kami pada
mulanya selalu jer bergaduh..tapi..kalau hari-hari bergaduh, nanti lama-lama rindu juga.
TAMAT.
(Ini adalah cerpen kelima saya. Selamat membaca.
Silalah komen. Saya akan perbaiki penulisan saya lagi nanti. Selamat membaca.)
Mari layan lagu tema Cerpen I'm Officially Missing You by Geek's ft Soyu Sistar..
2 comments
hee best! good job kak :)
ReplyDeletethanks..akak masih baru lagi..
Delete