Cerpen MR HUBBY AND MS HONEY Ver 2
12:14
Part 1
AKU
melangkah masuk ke dalam butik Fareeda. Tujuan aku ke sini mestilah nak beli
tudung tapi bukan untuk aku. Untuk siapa? Puan Laila aka Mummy aku. Aku nak buat kejutan untuk mummy aku. Lagi tiga hari
aku akan balik kampung untuk beraya.
Aku memerhatikan keadaan butik
Fareeda yang dikunjungi oleh ramai orang. Boleh tahan ramai jugak. Orang
perempuan memang macam ni…sibuk sangat nak membeli belah di saat-saat akhir.
Aku pun apa kurangnya.
Kring! Kring! Telefon bimbit ku
berbunyi. Bunyi ringtone pun dah
ketinggalan zaman daa. Sekali dengar dah macam bunyi lagu Doraemon. Aku bukan
tak nak tukar ringtone yang canggih-canggih..tapi malas. Biarkan je la asalkan
ada bunyi sudah la.
“Assalamualaikum.” Ucapku.
“Waalaikumsalam…mummy.”
“Honey…tengah
buat apa?”
“Tengah shopping raya ni, mummy. Honey tak sabar la nak balik kampung..”
ujarku teruja.
“Mummy pun rindu jugak dengan anak
mummy yang manis ni. Mummy pun tak sabar nak berkumpul dengan honey dan abang honey sekali.”
“Bestnya….rindulah. Takpe…lagi tiga
hari je honey nak balik kampung.”
“Iyalah…mummy tak nak kacau la honey shopping…ok la. Jaga diri
tau..assalamualaikum.”
“Ok..la. Waalaikumsalam…jangan lupa
kirim salam sayang rindu pada abah dan abang. Lagi satu..jangan lupa jemput
honey kat airport.”
Aku memasukkan semula telefon
bimbitku ke dalam tas tanganku. Aku mula meliarkan mataku mencari tudung untuk
dihadiahkan kepada mummy nanti.
Mataku tertancap pada tudung
berwarna hijau lembut di sudut hujung sekali. Nampaknya cuma tudung itu sahaja
yang tinggal. Aku mesti cepat-cepat ke sana kalau tak melepas la pulak.
Malang tidak berbau. Memanglah
malang tidak berbau! Kalau tak mesti boleh elak. Nak tahu apa yang berlaku?
“Eh!
Excuse me, Encik!”
“Well…excuse
me too, Cik!”
Kedua-dua mata saling merenung tajam
sambil tangan masing-masing sedang memegang erat di bahagian bucu tudung.
Kedua-duanya tidak mahu melepaskan tudung yang kini menjadi rebutan.
“What
do you mean? Hello! Tudung ni saya yang nampak dulu. Jadi, saya nak Encik
tolong lepaskan sekarang!” Dia tersenyum sinis.
“Sorry
to say to you honey. I’m not going to give up! By the way, saya yang dulu
mula-mula nampak tudung ni. Maknanya…tudung ni saya yang punya! Not yours.” Ucapnya dengan wajah yang
penuh berlagak.
Banyak cantik kau punya honey! Hak ek elehh…bukan main speaking London bagai pulak mamat ni! Takde angin takde
ribut, tup tup tup sesuka hati dia je nak ambil tudung ni! Bikin panas betul la
mamat seorang ni! Kau ingat aku nak mengalah? Please la! Kau jumpa orang yang salah!
“Excuse
me, darling! Tudung ni saya memang dah COP awal-awal masa saya masuk dalam
butik ni. Suka tak suka, tudung ni tetap saya yang punya! Titik!” ujarku lebih
tegas.
Aku sudah tidak peduli dengan mata-mata
yang sedang memerhatikan kami berdua. Biarlah..bukannya kenal aku pun! Aku
bukannya pelakon. Jauh sekali selebriti. Tapi dulu ada la juga aku berangan nak
jadi pelakon tapi tak kesampaian.
Lelaki itu masih diam. Mungkin
lelaki itu sedang memikirkan cara untuk merampas tudung ini dari tanganku. Tapi
no way aku akan terpedaya. Aku akan
fikirkan sesuatu supaya aku dapat jugak tudung ni.
“Hemm…minta maaf, Encik, Puan. Ada
apa yang boleh saya bantu?” soal tiba-tiba seorang pekerja butik.
Aku tersenyum penuh muslihat. Ilham
sudah mari!!! Lea Aryana, chaiyok!
“Baguslah Cik datang. Ehmm…biasalah
hubby saya ni cerewet orangnya. Hubby saya ni nak minta saya pakai tudung ni
untuk cuba sekejap. Tapi saya malu nak cuba.” Aku sudah memulakan lakonan drama
sebabak tanpa arahan sang pengarah.
Aku melemparkan senyuman sinis
kepada lelaki itu yang kini sedang menyangkan wajah agak terkejut. Automatik
tangannya terlucut dari bucu tudung yang menjadi rebutan kami berdua. Aku tidak
melepaskan peluang sekali seumur hidup. Baru padan muka dia!
“Oh…begitu rupanya. Puan boleh cuba
tudung ni dulu kalau berkenan di hati.”
Aku senyum pada pekerja butik itu
lalu beredar seolah-olah aku menuju ke bilik persalinan namun sebaliknya yang
aku lakukan.
“Hubby!!
Tolong bayarkan ya! Terima kasih! Bye!!!”
aku segera keluar dari butik itu dengan tergesa-gesa lalu menuju masuk ke dalam
kereta.
Gila! Ini memang kerja gila, Lea
Aryana! Bulan-bulan puasa macam ni kau buat perangai! Ini kalau mummy aku tahu,
mahu tiga hari tiga malam aku menadah telinga mendengar ceramah muhasabah diri.
Tapi nak buat macamana, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata mana boleh
patah balik lagi. Maaf lah ‘Mr.Hubby’!
………………………………………..
Danish Aryan menghempaskan badannya
di atas katilnya. Malang betul nasibnya tadi. Macamana la dia boleh terpedaya
dengan lakonan manis dari perempuan yang dia sendiri tidak kenal. Danish Aryan
menahan rasa geramnya.
Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana
dia hanya boleh mendiamkan diri apabila perempuan itu memanggilnya hubby la darling la. Selamba badak je minah tu panggil aku macam tu.
“Macam-macam ragam…” Danish Aryan
mengeluh.
Aik! Perempuan tu boleh pergi macam
tu saja. Dia tinggalkan aku seorang diri di butik ni untuk bayar tudung tu! Danish
Aryan masih kaget dengan tindakan gila dari perempuan itu. Seumur hidup inilah
kali pertama dia menghadapi situasi begini.
“Encik! Encik! Agaknya isteri Encik
tu terlampau suka dengan tudung tu. Kalau begitu Encik, sila ikut saya untuk
membuat pembayaran di kaunter depan.” Nak tak nak Danish Aryan terpaksa
mengikut langkah pekerja butik itu. Anggap sahajalah sedekah di bulan Ramadan
walaupun Danish Aryan masih terkejut dengan tindakan gila perempuan itu.
Salahnya juga kerana terlalu mengikut
kehendak hati untuk berkeras dengan perempuan itu. Sebenarnya memang perempuan
itu yang terlebih dahulu mengambil tudung itu tapi hanya dua saat membezakan
Danish Aryan juga turut mengambilnya.
“Hemmm…nampaknya takde rezekilah
mama nak tudung tu. Cari tudung lain la lagi. Masih ada tiga hari lagi aku nak
balik kampung. Aku kena cari hadiah lain la gayanya supaya mama tak tanya lagi
tentang calon menantu.” Keluh Danish Aryan sebelum melelapkan matanya.
Semua barang-barang untuk persiapan
hari raya sudah siap dikemas. Tak sabarnya nak balik kampung. Boleh berkumpul
satu keluarga. Akhir sekali, Lea Aryana mengambil tudung hijau yang berjaya
dirampasnya dari seseorang. Lea Aryana tersenyum puas namun dalam masa yang
sama timbul juga rasa serba salah kerana membuat lelaki itu ditimpa masalah.
“Ah!! Dia yang cari pasal dulu.
Sendiri mau ingat maa..”
Lea Aryana merenung tudung hijau
yang akan dihadiahkan untuk mummynya nanti. Kau memang dah gila Lea Aryana!
Bukan main tak ingat dunia lagi kau blah
dari butik tu. Kau fikir lelaki tu akan tolong kau bayar ke? Aku rasa tidak.
Daripada pandangan aku, lelaki macam tu bukan boleh percaya sangat.
“Tak sedap hati pulak aku nak
hadiahkan tudung ni pada mummy nanti. Kalau mummy aku tahu aku buat perangai
macam ni, memang aku kena brain wash
dengan mummy. Esok, aku kena wajib pergi butik tu untuk langsaikan hutang aku
ni.”
Lea Aryana sudah bertekad untuk
pergi ke butik Fareeda esok bagi melangsaikan hutang tudung yang sesuka hati
diambilnya. Yelah…takkan la lelaki tu sanggup nak bayarkan tudung yang aku dah
ambil ni! Nonsense!
Lea Aryana naik ke atas katil lalu
menutup lampu tidurnya.
…………………………………….
Lea Aryana membetulkan rambutnya
terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam Butik Fareeda. Hatinya sudah
sejak daripada semalam lagi gundah gulana. Lea Aryana mengatur langkahnya
dengan kemas ke dalam butik Fareeda lalu meliarkan matanya untuk mencari
kelibat pekerja butik semalam.
Lea Aryana tersenyum kerana sudah
dapat menemui pekerja butik itu. Lea Aryana berjalan tenang menuju ke tempat
pekerja butik itu sedang berdiri.
“Emm..Assalamualaikum. Ingat saya
lagi tak?” tanya Lea Aryana.
“Waalaikumsalam..hemm” pekerja butik
itu mungkin sedang berusaha untuk mengingati aku. Mana mungkin pekerja butik
ini ingat aku? Semalam bukan main ramai lagi manusia yang datang ke mari.
Pekerja butik itu mengukir senyuman
manis kepadaku.
“Saya ingat Puan! Semalam Puan
dengan suami puan ada beli tudung hijau tu kan? Saya mesti ingat sebab
semalamkan Puan dengan suami Puan gaduh-gaduh manja kat butik ni. Kenapa Puan?”
Aku menelan air liurku yang terasa
pahit. Lebih pahit daripada ubat cecair yang aku selalu payah nak telan. Puan?
Dia panggil aku Puan! Inilah padahnya kerana mulut badan binasa. Tapi taklah
sampai badan binasa..ini hati yang terasa. Ini tak lain tak bukan mesti drama
sebabak aku dengan lelaki tu semalam.
Kalau bukan dia yang mulakan panggil
aku dengan ‘honey’, tak ingin la aku
nak panggil dia darling la hubby la! Aku cuma saja nak ikut rentak
lelaki tu je.
“Oh..sebenarnya saya ke sini nak
minta maaf sebab semalam saya main redah keluar sambil bawa tudung dari butik
ni. Jadi, saya nak bayar tudung yang dah saya ambil tu. Berapa harganya ya?”
“Laa…masih gaduh-gaduh manja lagi
ke?”
“Huh? Gaduh-gaduh manja? Dengan
siapa?”
“Puan ni…mestilah dengan suami puan
semalam. Soal bayaran tudung tu , puan jangan risau la. Suami puan dah bayarkan
pun semalam. Puan berbaik-baiklah dengan suami puan tu.”
Aduhh…berepisod pulak drama aku
semalam ni rupanya. Ingatkan hari ni dah boleh langsai tapi lain pulak jadinya.
Jadi sekarang, maknanya aku sedang berhutang dengan lelaki tu la pulak. Haisshhh….menyusahkan
betul.
“Hemm…boleh saya tahu berapa harga
tudung tu?”
“Seratus lima puluh ringgit.”
Mak ai! Lelaki tu sanggup bayarkan
seratus lima puluh ringgit untuk tudung yang aku ambil tu. Alaa..ini sudah jadi
kes parah! Macamana aku nak jumpa lelaki tu semula? Aku tak kenal dia pun.
“Hemm…kalau macam tu, terima kasih
la ya. Lagi sekali saya minta maaf betul atas tindakan saya semalam tu. Saya
minta diri dulu la ya.”
“Sama-sama..biasalah tu Puan. Alam
rumah tangga ni memang banyak cabarannya. Saya tengok suami puan tu baik
orangnya. Kirim salam dekat suami puan ya. Lain kali singgah la lagi ke butik
kami ni.”
Aku hanya tersenyum tapi lebih kepada
senyum yang dibuat-buat. Nak kirim salam macamana? Bukannya suami aku pun. Aku
sendiri tak tahu pun alam rumah tangga tu macamana? Yang aku tahu Alam Kadir,
pengkritik AF tu..taulah jugak!
Tanpa berlengah, Lea Aryana berlalu
meninggalkan butik Fareeda dengan hati yang serba salah. Di mana aku nak cari
dia? Aku sudah terhutang budi dengannya. Esok lusa aku dah nak balik kampung.
Macamana ni?
………………………………..
Aku disambut meriah oleh ahli
keluargaku di lapangan terbang. Akhirnya dapat juga aku melepaskan rindu kepada
mereka semua terutama mummy.
“Mummy!!! Honey rindukan mummy sangat-sangat.” ucapku sambil memeluk mummy
dan mengucup pipinya.
“Alaa…honey sayang. Mummy pun rindu sangat dengan anak manja mummy ni.”
“Dengan mummy saja ke rindunya? Dua
lelaki kat sini ni macamana? Takkan jadi pak guard pulak?” perli Luqman, abangku yang sulung.
“Of
course la honey rindu jugak
dengan pak guard honey yang
hansem-hansem ni.” Aku beralih kepada ayah dan juga abangku. Aku memeluk ayah
terlebih dahulu kemudian memeluk abang Luq.
Setelah puas melepaskan rindu
masing-masing, kami semua berangkat untuk beredar dari lapangan terbang.
Terbayang-bayang
wajah yang ku sayang,
Satu-satu
tersemat di kalbu,
Pasti
terubat rindu di hati,
Menyambut
kepulangan mu nanti.
Oh…oh…balik
kampung!
Oh…oh…
ballik kampung!
Oh…oh…balik
kampung!
Hati
girang…
Bukan main lagi aku bernyanyi
sepanjang perjalanan menuju ke rumah. Memanglah seronok sebabnya tahun ini
syukur Alhamdulillah aku diberikan kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga
malam raya ini.
“Boleh tahan juga suara honey. Dah lama abang tak dengar.” Puji
Abang Luq.
Aku sudah kembang kuncup dibuatnya.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku dipanggil honey dalam keluargaku? Sebab aku anak bongsu dalam dua beradik.
Disebabkan karakter aku yang manja, semua ahli keluargaku memanggil aku dengan honey dan dia. Aik! Tak pasal-pasal aku
teringatkan mamat yang bayar tudung mummy.
Sampai saja di rumah, abang segera
mengangkat bagasiku. Aku berjalan beriringan bersama mummy naik ke dalam rumah
yang sudah lama aku rindu. Aku segera menhenyakkan punggung ke atas sofa.
“Wah! Nyamannya bila dah berada di
rumah sendiri. Bestnya…”
“Budak ni…pergilah masuk bilik dulu.
Mandi lepas tu lupa solat.”
“Alaa…penatnya mummy.” Aku sudah
merengek seperti budak-budak.
“Tak payah nak penat sangat. Pergi
masuk ke dalam bilik. Honey tu dah
busuk tau!” sampuk abang Luq.
“Kurang asam! Yelah…yelah…yelah…nak
mandi la ni. Tapi sebelum tu, tolong kasi masuk bagasi honey tu ke dalam bilik.” Arahku gedik.
“Ek eleh…ini mak datin mana pulak ni
main control-control abang ni?” Puan
Saloma dan Tuan Haji Sulaiman hanya ketawa melihat gelagat dua anaknya itu.
Begitulah sikap mereka berdua. Masing-masing nak menang.
Sudah puas bertekak dengan abang
Luq, aku segera masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri dan juga
menunaikan solat.
Usai menunaikan solat, aku keluar
dari bilik. Nampaknya mummy sedang sibuk memasang langsir sambil dibantu oleh
abang. Aku melangkah menuju ke ruang tamu untuk membantu mummy dan abang. Malam
raya mestilah banyak persiapan yang perlu dibuat. Jam sudah menunjukkan pukul
10.00 malam.
“Mummy…kenapa tak panggil honey untuk bantu?”
“Takpe la. Honey kan baru je sampai tadi. Mummy kasi chance untuk honey rehat
secukupnya sebab esok mesti honey
penat sangat.”
“Betul tu…honey pun bukannya pandai nak pasang langsir ni. Tolong tengok je
la.” Perli Abang Luq. Aku menjeling ke arahnya. Sengaja cari pasal dengan aku.
“Ishh…mummy tengok abang ni! Suka
cari pasal dengan honey.” Aku segera
meluru ke arah mummy yang sedang bersimpuh. Aku menjelir lidah pada Abang Luq.
“Betul la cakap abang honey tu. Nanti koyak pulak langsir mummy ni nanti.” Puan Saloma mengusik
anak manjanya ini. Luqman ketawa besar.
“Mummy…” aku sudah membuat muka
geram pada Abang Luq yang sedang enak mentertawakan aku. Bukannya aku tak
pandai pasang langsir tapi…tapi…ah..mengakulah saja. Memang tak pandai pun.
Sob…sob..sob…sedih.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” sapa ayah
di muka pintu.
“Ayah….” Rengekku manja lalu memeluk
lengan ayah.
“Anak manja ayah tu sentap sebab tak
pandai nak pasang langsir.”
“Ishhh…tengok tu ayah! Abang Luq
buli honey. Mana aci!”
“Laaa…tak habis-habis lagi kamu ni
nak menyakat adik manis kamu ni. Tapi betul jugak cakap abang kamu tu. Honey duduk je atau pergi rehat dalam
bilik. Honey mesti penatkan.”
“Ayah!!” aku pantas menoleh ke arah
ayah di sisiku.
Semua orang malam ni sudah
berkomplot nak kenakan aku. Mereka semua gelakkan aku. Tanpa membuang masa, aku
segera masuk ke dalam bilik dengan hati yang geram. Manja-manja aku ni jugak,
sekurang-kurangnya aku dah pandai berdikari hidup di negeri orang.
Aku segera duduk bersila di atas
katil. Baru aku ingin melayang perasaan, aku terpandangkan beg bagasiku.
Astagfirullah! Macamana aku boleh lupa. Banyak barang raya aku dah beli untuk
tahun ni. Aku turun dari katil untuk mengambil bagasiku.
Satu-persatu barang ku keluarkan
dari beg bagasi. Baju raya memang boleh dikatakan banyak juga aku borong untuk
semua.
“Ini tudung untuk mummy…tapi…”
hatiku tiba-tiba dilanda resah semula. Aku masih belum lagi menemui lelaki itu.
Walaupun dia kerek, tapi tak sangka dia sudi tolong bayarkan. Aku megeluh.
Aku harap sangat aku akan dapat
jumpa dia. Kalau aku dapat jumpa, aku nak berterima kasih dan minta maaf pada
dia.
………………………………..
Takbir raya bergema di pagi hari.
Sungguh syahdu mendengarnya. Hati terasa tenang sekali. Lea Aryana bangun dari
tidur untuk melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setangah jam kemudian, Lea Aryana keluar
dari bilik air. Pintu almari segera dibuka untuk mencari sepasang baju raya
yang sudah disediakan olehnya sendiri. Tahun ini, mereka sekeluarga memilih
tema berwarna hijau muda untuk dipakai.
Setelah puas menilik wajahnya dan
penampilannya di depan cermin, Lea Aryana keluar dari biliknya untuk menyapa
ahli keluarga tercinta. Rasanya tahun raya kali ini lebih bermakna untuk
dirinya kerana dia sudah membuka hatinya untuk mengenakn hijab.
“Wah! Manisnya anak perempuan mummy
ni. Honey cantik sangat bila dah
pakai tudung. Betul tak bang?” puji Puan Saloma yang cukup gembira melihat
perubahan anak bongsunya ini.
“Betul tu. Honey memang nampak manis
sekali. Lepas ni tak lama lagi ramai la jejaka kat luar sana nak memikat anak
manja abah ni.” usik Tuan Haji Sulaiman pulak.
Lea Aryana tertunduk malu bila
dipuji oleh ibu bapanya. Sudah lama sebenarnya Lea Aryana untuk mengenakan
hijab namun belum tahu bila masanya. Tetapi kuasa Allah tiada siapa menduga.
Setelah menunaikan solat subuh tadi, Lea Aryana berasa tenang melihat dirinya
yang memakai tudung telekung. Terasa sejuk hatinya seperti tidak ingin
membukanya. Mungkin itulah petunjuk Allah untuk dirinya mengubah penampilan di
sempena bulan yang mulia penuh keberkatan.
Lea Aryana pantas memeluk ibunya dan
mengucup pipinya. Begitulah manjan Lea Aryana. Tuan Haji Sulaiman tersenyum
melihat kemesraan isterinya bersama anak manjanya itu.
“Wah…wah…ada iklan raya tak nak
ajak? Siapa pulak gadis manis yang ayu bertudung tu?” usik Luqman.
“Siapa suruh lambat! Tu lah tak
boleh join iklan raya tadi.” Balasku.
Luqman mencuit hidungku. Lalu pipiku
dicubitnya.
“Ouch! Sakitlah! Tahulah hari ni honey comel.”
“Eee…perasannya tapi memang comelpun
bila dah pakai tudung ni. Meh! Abang tambah blusher kat pipi honey.” Luqman
sekali lagi mencubit pipi adik kesayangannya itu. Luqman senang hati melihat
penampilan adik manjanya ini yang sudah mula menutup aurat.
“Luqman..sudah-sudahlah mengusik
adik kamu tu. Nanti lambat pulak kita nak ke masjid.”
“Ok..jomlah kita pergi masjid. Nanti
tak cukup tempat pulak.”
Tanpa berlama di rumah, kami
sekeluarga beredar keluar untuk menuju ke masjid. Masjid tu taklah jauh sangat.
Oleh itu, kami sekeluarga memutuskan untuk pergi dengan berjalan kaki sahaja.
…………………………………
Danish Aryan cukup segak mengenakan
sepasang baju melayu berwarna hijau muda itu. Ramai juga orang yang berada di
masjid tadi untuk menunaikan solat aidilfitri. Dan tak kurang juga banyak mata
gadis tertumpu kepadanya sewaktu dia ingin mencari mamanya.
Ramai sudah sanak-saudara sudah
berkumpul di rumah banglo Dato’ Sri Dani Aryan. Meriah sekali suasana di ruang
tamu sehingga Danish Aryan terdengar suara yang riuh rendah melalui biliknya.
Danish Aryan turun ke bawah untuk
menyapa sanak-saudaranya yang datang dari jauh. Semua mata tertumpu sebaik
sahaja Danish Aryan menapak kaki ke ruang tamu.
“Hansemnya anak saudara mak long ni.
Segak-segak begini, mesti dah ada orang di hati?” soal Puan Dhiara namun
sebenarnya soalan itu lebih kepada memancing status sebenar anak saudaranya ini
untuk anak perempuannya.
Aduh! Mak long ni dah keluarkan
soalan MELODI pulak pada aku. Sama je dengan mama. Sejak dia balik tiga hari
yang lalu, asyik-asyik soalan yang sama menyapa telinganya. Contohnya…
“
Danish dah ada girlfriend ke?” aku hanya diam.
“Danish,
mama tahu mesti Danish dah ada girlfriendkan? Tak payah la nak sorok lagi.” Dia
terkejut. Nak sorok apa pulak?
“Danish,
ceritalah pada mama. Siapa girlfriend anak mama ni? Takkan tak nak beritahu
pada mama? Kenapa? Danish gaduh dengan girlfriend ke?”
Aduh!
Semakin merepek pulak perkara yang didengarnya dari mamanya. Bila masa pulak
aku ada girlfriend? Setahu aku, aku yang sebagai tuan badan ni memang tak ada
langsung girlfriend.
“Mama
cakap apa ni? Bila masa pula Danish ada girlfriend? Takde la mama.”
Aku
terus berlalu keluar dari bilik untuk turun ke bawah.
“Danish!
Danish!” aku tersedar dari lamunan semalam.
“Kenapa
ni?” soal Dato Sri Dani Aryan kepada anaknya.
“Takde
apa-apa la.”
Danish
Aryan mencari-cari kelibat mamanya. Pasti mamanya terasa hati dengan
kata-katanya semalam. Dia tidak berniat untuk melukakan hati mamanya namun
perkara yang dikatakan mamanya itu sebenarnya tidak betul.
“Hai!
Danish. Apa khabar?” sapa satu suara.
“Oh…awak….” Raut wajah Danish Aryan
masih berusaha untuk mengingati wajah perempuan di hadapannya ini. Dia kenal
tapi cuma raut wajahnya sahaja tidak namanya.
“Haiii…takkan dah lupa dengan saya?
Oh…saya tahulah orang tu dah kerja jauh sampai tak ingat orang di sini.”
“Maaflah…saya ni memang lemah sangat
bab menghafal nama-nama orang ni. Tapi mestilah saya ingat. Awak ni kan sepupu
saya, anak perempuan Mak Long.”
“Apa la abang Danish ni. Ini Dania
la.” Dania mengenalkan dirinya tanpa menunggu lagi. Hatinya rasa terubat sekali
bila menghadap wajah yang dipujanya selama ini.
“Oh…ya! Dania. Ingat. Hemm…dah
semakin cantik Dania sekarang. Mungkin sebab tulah Abang Danish tak ingat
tadi.” Puji Danish Aryan.
Wajah Dania tersipu malu bila dipuji
oleh Abang Danish kesayangannya itu. Nak sahaja dipeluknya tapi memandangkan
Dania masih berfikiran waras, dilupakan sahaja niatnya itu.
Kedua-dua mereka asyik berbual tanpa
sedar diperhatikan oleh Mak Long yang turut senang hati. Jika begini, alamat
tak lama lagi makan nasi minyak la gayanya.
……………………………….
Habis naik lenguh badan Lea Aryana
melayan sanak-saudara yang datang berkunjung ke rumahnya. Tak sangka masa cepat
berlalu. Hari ini sudah raya ketiga. Namun kunjungan para tetamu mahupun
saudara jauh masih belum henti-henti malah semakin bertambah.
Lea Aryana merehatkan badannya
terlebih dahulu di atas katilnya. Terasa puas benar dapat menikmati keselesaan bila
berada di atas katil bujangnya ini.
Lea Aryana memusingkan badannya ke
kanan. Tak semena-mena dia ternampak tudung hijau yang elok tergantung di luar
almari. Lea Aryana terus teringat wajah lelaki itu. Di mana aku nak cari dia?
Aku tak sampai hati nak hadiahkan kepada mummy bila aku dah buat hal pasal
tudung tu.
Lea Aryana mengeluh. Besar
harapannya untuk dia bertemu dengan lelaki itu untuk melangsaikan hutangnya.
Tidurlah…Lea. Esok ada jemputan ke rumah terbuka dari kawan ayah.
………………………………..
Danish melabuhkan duduknya di sofa
di biliknya sambil menonton televisyen. Namun, sebenarnya dia bukannya berminat
untuk menonton. Apa yang menarik minatnya ialah resit yang berada di tangannya.
Resit itu dipandang. Tuk! Tuk! Tuk!
Pantas Danish Aryan meletakkan resit itu di atas meja lalu pergi ke pintu untuk
membukanya.
“Mama..”
“Danish belum nak tidur lagi ke?”
“Tak. Masuklah” Danish Aryan dan mamanya
bergerak menuju ke sofa. Masing-masing melabuhkan duduk. Datin Sri Marina
sempat menjeling kertas kecil yang berada di atas meja. Dia tidak silap lagi.
Itulah resit yang dilihatnya sewaktu malam raya hari itu. Resit itu menunjukan resit
pembelian tudung dari butik terkenal. Untuk siapa lagi Danish Aryan membelinya
jika bukan untuknya pasti untuk kekasihnya.
“Danish penat?”
“Penatlah jugak. Tapi mama mesti
penat lagi untuk hari esokkan.”
“Takpe, mama larat lagi. Lagipun
ramai pembantu yang mama dah upah. Sebenarnya, mama nak cakap sesuatu dengan
Danish.”
“Tentang apa?”
“Danish ada apa-apa ke dengan
Dania?”
“Hah?”
“Mak long kamu tu la. Tadi dia kata
tak lama lagi mama bakal merasa nasi minyak. Dia kata kamu dengan Dania tu
sedang bercinta.”
Terkejut Danish mendengarnya. Bila
masa pulak dirinya bercinta dengan Dania? Dia sudah menganggap Dania tidak
lebih seperti seorang adik.
“Mama ni dah salah faham. Danish
dengan Dania tu mana ada apa-apa. Danish cuma anggap Dania macam adik Danish.
Itu saja. Tak lebih tak kurang.”
Datin Sri Marina tersenyum. Maknanya
anaknya itu pasti sudah ada kekasih. Tak syak lagi.
Danish Aryan pelik melihat wajah
mamanya yang tersenyum. Fikirnya mamanya akan kecewa tapi tidak pula berlaku.
“Jadi betul la mama cakap malam raya
tu kan? Danish dah ada kekasihkan?”
“Kekasih? Mana ada mama.”
“Tak payah la nak sorok lagi. Ini
buktinya!” Datin Sri Marina pantas mengambil resit yang berada di atas meja
lalu ditunjukkan pada anaknya itu. Kali ini, anaknya itu masih ingin mengelak
ke tidak?
Danish Aryan baru tersedar akan
resit yang sudah berada di tangan mamanya. Kenapa la dia cuai sangat! Tak
pasal-pasal mamanya sudah membuat spekulasi.
“Apa kaitan dengan resit tu pulak?”
soal Danish Aryan untuk menyembunyikan masalahnya.
“Buat-buat tanya mama pulak. Inikan
resit pembelian tudung. Kalau kamu tak hadiahkan pada mama, untuk siapa lagi
kalau bukan untuk kekasih kamu.”
Barulah Danish Aryan mengerti.
Mamanya sudah salah faham sepenuhnya tentang resit ini. Tapi takkan aku nak
ceritakan pada mama? Segan la. Nanti tak pasal-pasal mama gelakkan aku sebab
bergaduh dengan perempuan. Hishh…
“Betulkan kata mama? Kamu takkan
menolak mentah-mentah tadi bila mama cakap yang kamu sedang bercinta dengan
Dania. Sebab Danish dah ada kekasihkan? Kalau dah ada tu, bawalah dia jumpa
mama. Mama nak jumpa juga calon menantu yang dah pikat hati keras anak mama
ni.”
Ah sudah! Mama aku terlebih sudah.
Mula-mula tadi Dania. Sekarang pulak tak pasal-pasal aku dikaitkan dengan Ms.Honey tu? Entah aku pun tak tahu nak
panggil perempuan tu apa. Mungkin sebab dia manis kut. Eh! Apa yang aku
mengarut ni hah!
“Kalau Danish tak nak mengaku jugak,
Danish cubalah saja bercinta dengan Dania tu. Apa kurangnya Dania tu? Cantik,
hormat orang tua lagi. Mama suka jugak kalau dia jadi menantu mama.” Sengaja
Datin Sri Marina berkata begitu untuk membuatkan anaknya itu mengaku bahawa
hatinya sudah ada pemiliknya.
“Eh! Apa ni, mama. Danish kan dah
cakap tadi. Dania tu Danish anggap macam adik saja.” Pening sudah kepala Danish
memikirkan cara untuk melepaskan diri dari mamanya. Kalau Danish tidak
bertindak sesuatu, samapi ke siang la alamatnya.
Kalau itu yang mama nak, Danish
Aryan akan turutkan. Lagipun, Danish Aryan bukannya kenal dan mungkin tiada
peluang untuk bertemu sekali lagi dengan Ms.Honey itu. Takpe kut kalau sekali
ni je aku jual nama dia untuk senangkan hati mama.
“Yelah…mama menang. Danish dah tak
larat nak jawab soalan mama lagi. Danish dah ada someone special. So, mama
tak payah lagi nak kenenkan Dania tu
dengan Danish. Nanti marah pulak honey
Danish. Dia tu lain sikit. Sukar nak dijangka. Sebab tu la Danish jatuh cinta
dengan dia, mama.” Akhirnya Danish terpaksa berbohong kepada mamanya untuk
melepaskan diri.
“Kan bagus kalau awal-awal lagi Danish
mengaku. Ini tak. Tengok tu mak long kamu dah salah anggap dengan hubungan kamu
dengan Dania. Macamana kamu nak jelaskan nanti?”
“ Kenapa pulak Danish kena jelaskan?
Danish tak cakap apa-apa pun. Biarlah mama. Ok..la, mama. Danish dah mengantuk
nak tidur.”
“Yelah…mama pun dah senang hati
sebab anak mama ni dan honey sendiri. Jangan lupa bawa honey Danish tu jumpa
mama. Kalau tak keberatan, jemputlah dia datang esok.”
“Hurmm…”itu sahaja jawapan Danish di
muka pintu sebelum menghantar pandangan melihat mamanya melangkah masuk ke
dalam biliknya.
Danish menggelengkan kepalanya.
Ingatkan dah habis rupanya mama aku ni ada lagi alasannya. Di mana aku nak cari
dia? Masak…masak…
…………………………………….
Rumah banglo Dato Sri Dani Aryan
tidak habis-habis dikunjungi oleh para tetamu yang hadir bermula sejak pagi dan
kini sudah masuk ke tengah hari. Danish Aryan turut melayan tetamu yang hadir
dan tidak ketinggalan juga teman-teman Danish Aryan semasa menuntut diluar
negara.
“Assalamualaikum, Danish! Selamat
Hari Raya, Maaf Zahir Batin.” sapa ramah Awisy.
“Waalaikumsalam. Selamat Hari raya
juga dan maaf zahir batin ya. Hohoho…lama dah tak jumpa ni. Apa khabar?” soal
Danish Aryan kepada sahabat baiknya itu Darwisy Luqman. Kedua-dua mereka
berpeluk.
“Baik…aku sihat.”
“Sorry
la aku tak pergi ke majlis perkahwinan kau tahun lepas. Aku harap tak terlambat
jika aku ucapkan tahniah pada kau.”
“It’s
okay. Aku faham. Kenalkan ini isteri kesayangan aku, Sara Ayumi. Manis
tak?”
Isterinya segera menampar lembut
lengan suaminya yang sememangnya suka bercanda tak kira masa dan tempat. Memang
suaminya itu nakal namun kerana sifatnya itu jugalah Sara jatuh cinta pada
suaminya.
“Hai. Saya Danish Aryan.”
“Sara Ayumi dan ini baby kami Dea
Sofea.” Danish Aryan sempat mencuit pipi gebu anak sahabatnya itu lalu
menjemput mereka berdua masuk ke dalam rumahnya untuk beramah mesra dengan
keluarganya yang lain.
Lea Aryana meneliti penampilannya di
cermin compact sebelum melangkah keluar dari kereta.
“Cepatlah..anak dara oii. Tak payah
nakl touch up lagi. Dah manis tu. Takut jumpa boyfriend ke?” usik Abang Luq.
“Ambik ni! Suka sangat sakat honey.”
Aku menampar bahunya. Padan muka! Mummy dah abah hanya ketawa.
“Sudah-sudahlah bergaduh tu. Banyak
orang tengok, nanti malu pulak. Jom jalan masuk ke dalam.”
Lea Aryana berjalan beriringan
bersama abangnya dan ibunya pastilah bersama abahnya. Mereka sekeluarga
melangkah masuk ke dalam pekarangan rumah banglo Dato Sri Dani Aryan yang juga
merupakan sahabat perniagaan ayah.
“Assalamualaikum, Dani.”
“Waalaikumsalam. Sulaiman. Selamat
Hari Raya.”
“Selamat Hari Raya jugak.”
“Jemput-jemput masuk. Nanti aku
panggilan isteri aku jugak.” Ujar Dato Sri Dani Aryan yang gembira berjumpa
dengan sahabatnya itu.
Besarnya. Ini rumah ke istana? Kalau
aku duduk sorang-sorang di sini, seram jugak. Bisik hati Lea Aryana yang masih
leka memerhatikan hiasan dalam rumah banglo ini.
“Abang..besarnya rumah ni. Kalau
duduk seorang diri, mesti seram.” Bisik ku pada abang Luq.
“Kenapa? Ada hati ke nak duduk sini?
Kalau nak, abang boleh kenalkan dengan kawan abang, Danish. Danish tu masih
single.”
“Danish mana pulak ni? Apa kaitannya
dengan soalan honey tadi?”
“Ini rumah keluarga kawan abang
juga. Danish Aryan. Teman abang masa studo oversea dulu. Satu lagi teman abang
tu dah kahwin. Kebetulan nama dia pun hampir sama dengan abang tapi nama dia
Darwisy Luqman.”
“Oh…”
“Oh…saja. Kalau honey jumpa dengan
Danish, mesti mulut honey ternganga nanti. Sebab hansem macam abang jugak.”
“Perasan!”
“Jemput minum ya. Lepas ni jangan
segan-segan nak makan.” Ujar Dato Sri Dani Aryan kepada Tuan Haji Sulaiman.
Usai berbual, mata Datin Sri Marina
tak lepas dari memandang wajah manis anak perempuan Tuan Haji Sulaiman.
Kalaulah anaknya itu masih belum berpunya, pasti Datin Sri Marina akan
menjodohkan anaknya itu dengan gadis manis ini.
“Uncle, mana Danish? Dah lama Luq
tak jumpa dia jugak.”
“Tu hah! Kat ruang tamu sebelah
sana. Tengah melayan kawan-kawan dia. Rasanya kawan-kawan kamu jugak. Pergilah
sapa dia di sana.”
Luqman meminta diri dengan sopan
untuk beredar ke ruang tamu sebelah. Mulanya Luqman mengajak adik perempuannya
tapi adiknya berkeras tidak mahu ikut sama. Segan katanya.
“Ehmm…Aunt, boleh tumpang tanya di
mana bilik air? Maaflah kurang sopan pulak tanya macam tu kat Aunt.” Soalku.
“Takpe. Aunt faham. Mari sini, Aunt
tolong tunjukkan.”
Datin Sri Marina suka benar melihat
penampilan Lea Aryana. Manis sungguh melihatnya. Budi bahasa pun tinggi.
“Susahkan Aunt saja. Lea boleh pergi
sendiri.”
‘Takpe. Takut Lea sesat pulak
nanti.” Nak tak nak, terpaksalah dia mengalah.
Kami berdua memohon diri sebentar.
“Lea nampak manis sekali hari ni.
Aunt suka tengok.”
“Terima kasih Aunt. Aunt pun nampak
cantik juga.” Kedua-dua mereka saling tersenyum.
Danish berlalu ke dapur untuk
mencuci tangannya. Tiba-tiba, bahunya ditepuk lembut oleh seseorang.
“Abang Danish, Dania nak cakap
sesuatu dengan abang.”
“Kamu rupanya. Terkejut abang. Nak
cakap apa?”
“Abang, betul ke abang dah ada
kekasih?”
Macamana pulak si Dania tahu? Takkan
mama dah beritahu kut? Masak…masak…
“Abang, sebenarnya dah lama Dania
sukakan abang sejak zaman kecil lagi. Dania dah tak boleh nak simpan lagi.”
“Maafkan abang, Dania. Abang cuma
anggap Dania seperti adik abang sahaja. Tak lebih tak kurang. Abang harap Dania
faham.”
“Jadi betul la yang abang dah ada
kekasih? Siapa? Dah berapa lama abang bercinta dengan dia?” suara Dania agak
tinggi sikit.
Belum sempat Danish menjawab,
perbualan mereka diganggu dengan kehadiran mamanya dan seorang perempuan
bertudung di samping mamanya. Namun, Danish cuma sekilas memandang mereka
berdua.
“Dania kena belajar faham antara
kita memang tak akan berlaku apa-apa.”
“Abang!” Dania tidak peduli dengan
pandangan mak ngahnya dan tetamu yang tidak diundang bersama mak ngahnya. Datin Sri Marina mendekati Dania
cuba untuk menenangkannya.
“Dania! Kenapa kecoh-kecoh ni? Malu
kalau tetamu kat luar sana dengar. Dania, mak ngah faham kenapa Dania jadi
macam ni. Tapi, Dania kena terima hakikat sebab Danish memang sudah ada
kekasih.”
“Dania tak percaya, mak ngah. Kalau
Abang Danish dah ada kekasih hati, mana dia? Kenapa tak pernah bawa tunjukkan
kat kita?”
Danish memandang mamanya. Semakin
menjadi-jadi pulak cerita yang dikarangnya ini. Saat Danish terpandangkan gadis
yang berada di sebelah mamanya tadi, rasanya dia pernah melihatnya.
Kalau tak silap aku, inikan Mr.Hubby
yang tolong bayarkan tudung aku tu! “Awak?” tanpa sedar suara Lea Aryana
terkeluar.
Danish juga turut sedar bahawa gadis
yang berada di sebelah mamanya ini ialah tak salah lagi dia gadis yang dijumpai
di butik Fareeda. Tak sangka kecil betul dunia ini. Dalam banyak-banyak tempat,
rumahnya ini juga dia bertemu sekali dengan Ms.Honey.
“Honey!”
ucap Danish lalu segera mendekati gadis itu.
Lea Aryana terkejut bukan kepalang.
Dah kenapa lelaki ni tiba-tiba panggil aku honey? Dah buang tebiat ke?
“Mama, inilah dia teman wanita
Danish.” Sebaris ayat laju dituturkan oleh Danish tanpa memandang gadis di
sisinya. Dania sudah mula naik geram. Kehadirannya sudah seperti halimunan.
“Awak diam. Jangan banyak cakap.
Saya dah tolong awak hari tu.” bisik Danish perlahan padaku. Aku sudah mengepal
buku lima. Tak guna! Main ugut-ugut pulak mamat ni. Aku tahulah aku dah
terhutang budi dengan dia tapi bukan begini caranya. Nampak sangat mamat ni
tak ikhlas tolong aku hari tu. Memang
ada udang di sebalik Mee!
“Betul ke ni Danish? Lea ni teman
wanita kamu. Mama happy sangat kalau
ini yang menjadi pilihan Danish. Mama suka.” Lantas Datin Sri Marina memeluk
Lea Aryana yang sudah tegak macam patung kerana masih terkejut.
“Mak ngah! Habis tu, Dania ni
macamana?”
“Dania, mak ngah harap Dania cuba
faham ya. Danish dah ada pilihan dia sendiri. Mak ngah hanya ikut sahaja pilihan
dia. Mak ngah takkan halang perempuan yang Danish suka.”
Tanpa membuang masa, Dania berlalu
pergi dari situ dengan hati yang geram segeram geramnya.
“Kalau macam tu, mama tinggalkan
kamu berdua berbual sekejap. Danish, jangan lupa pujuk Lea ni. Mesti Lea
terkejut sebab Dania. Takut Lea salah faham pulak. Mama nak ke depan dulu.
Nanti bawa Lea ke depan. Keluarga Lea ada di depan tu tau. Jangan lama-lama
pulak.” pesannya pada Danish.
Lea Aryana menahan geram pada
Danish. Suka hati saja dia hendak menggelar dirinya sebagai kekasih. Tak nak
aku! Simpang empat puluh malaikat. Lea Aryana menjeling tajam ke arah Danish.
Danish sebenarnya turut terkejut
dengan kehadiran gadis yang dijumpainya di butik Fareeda dulu. Berbeza benar
sebelum dan selepas Danish berjumpa dengan gadis ini. Tidak silapnya dahulu,
gadis ini tidak bertudung tapi hanya bersanggul tinggi. Namun hari ini,
kelihatan gadis itu sudah berubah penampilan.
“Apa pandang-pandang?” soalku kasar.
“Amboi! Garangnya. Excuse me, Cik apa tadi..nama awak? Lupa
la.” Danish ni memang susah sangat hendak mengingat nama orang.
“Cik Lea Aryana.”
“Ahah! Cik Lea Aryana. Akhirnya kita
berjumpa jugak. Masing ingat saya?”
“Stupid
question! Dah tahu bertanya pulak!”
Danish tidak dapat menahan
ketawanya.
“Saja je tanya sebab awak yang ingat
saya dulu. Saya tahu. Mesti sebab awak rasa bersalah tentang hal yang awak dah
buat pada sayakan? Kan?”
Kurang asam! Macam dia tahu-tahu
pulak perasaan aku. Memanglah aku rasa bersalah. Aku kan dah janji dengan diri
aku yang aku akan minta maaf bila dah jumpa dan akan bayar juga.
“So?
Macamana?”
“Ok…saya…saya nak minta maaf pada
awak sebab hal yang hari tu. Lagi satu, saya nak bayar semula untuk tudung yang
awak dah bayarkan tu. Tapi, saya tak bawa duit lebih hari ni.”
Danish tersenyum nakal. Sudah
terlajak kata dia mengenalkan Lea Aryana sebagai kekasihnya, maknanya kenalah
dia benar-benar merealisasikannya. Kalau tidak, pasti Dania akan cuba mencari
peluang semula.
“Kalau saya tak nak maafkan awak,
macamana?”
“Hissshhh…awak ni berkira sangat
la.”
“Aik! Bunyi minta maaf macam tak
ikhlas je. Ok. Kalau awak nak saya
maafkan awak, satu perkara awak kena buat untuk saya. Kalau awak setuju, awak
tak payah bayar. Kiranya saya halalkan.”
“Ada syarat ke nak minta maaf dengan
awak ni?”
“Mestilah.”
“Apa dia?”
“Awak kena jadi honey saya?”
“Hah? Honey?”
“Maksud saya girlfriend la.”
“Ishhh….tak nak! Saya tak ingin
langsung nak jadi girlfriend awak!”
“Habis tu, awak nak saya maafkan
awak ke tidak? Awak nak lukakan hati mama saya ke?”
Boleh tahan juga ayat drama Danish Aryan untuk
Lea Aryana. Kalau dia tidak berbuat begini, pasti rahsianya akan terbongkar
nanti.
Tolong la!!! Aku tak nak jadi girlfriend lelaki ni. Dahlah kuat
berkira sangat! Macamana bila aku nak bercinta dengan dia pula nanti? Pasti akan dibuli! Tidakkkkk!! Someone help me!
P/s : Bersambung untuk Part 2...nntikan...hihihihihi..... :)
0 comments