Teaser DATING KONTRAK!
13:07
Usai makan malam, Anith membantu Mak Yah untuk
membasuh pinggan mangkuk. Memang Anith sudah biasa dengan kerja rumah sebegini
tapi bukan memasak. Itu memang satu-satunya perkara yang Anith kurang mahir
sekali walaupun berkali-kali maknya sudah berpesan supaya belajar memasak.
Tiba-tiba, bahuku di cuit lembut. Eh! Siapa pulak
yang nak main cuit-cuit dengan aku ni? Karang habis pecah pinggan mangkuk ni
pulak. Takkan Mak Yah pulak yang nak cuit aku? Anith menoleh ke belakangnya.
“Tadaa!!!” Kejut Qhaliff ceria.
“Kenapa pulak awak kat sini? Pergilah layan mama dan
ayah kat luar.” Anith mencari-cari kelibat Mak Yah. Mana pulak perginya Mak Yah
ni?
“Tak payah nak cari Mak Yah. Saya dah suruh Mak Yah
masuk bilik dia tadi.”
Anith mengetap bibirnya. Suka hati dia je nak suruh
Mak Yah keluar! Susahlah hati aku ni kalau duduk berdua dengan dia. Asyik nak
dup dap dup dap je!
“Eeee….awak ni memang sengaja tau!”
“Memanglah
saya sengaja sebab biar saya yang tolong cuci pinggan mangkuk ni. Awak kan
sakit kaki. Dahlah cuci tu. Awak duduk dulu.” Ujar Qhaliff yang sudah membawa
aku duduk di kerusi makan.
Dalam hati, Anith sedikit tercuit juga hatinya
kerana Qhaliff sanggup menolongnya untuk mencuci pinggan mangkuk disebabkan
kakinya yang cedera. Tapi kalau dia dah nak tawarkan diri untuk cuci semuanya,
memang aku lagi suka berjuta-juta lemon.
“Asyik tersenyum je pandang saya.
Kenapa? Saya nampak seksi tak cuci pinggan ni?”
“Siapa yang pandang awak? Perasan! Saya tengok
pinggan tu la.”
It’s
all about you
It’s all about you baby
It’s all about you
It’s all about you baby
Qhaliff menyanyi-nyanyi lagu kegemaran isterinya
sambil mencuci pinggan.
“Tak baik menyanyi di dapur? Nanti kahwin dengan
orang tua!”
“Saya dah kahwin la. Orang tua dah
tak nak saya sebab saya dah ada isteri yang comel.”
P/s : Ini sedikit teaser Dating Kontrak...sekarang manuskrip sedang diusahakan secepat mungkin..hihihi..harap pembaca boleh terubat rindu dengan Dating Kontrak :)
0 comments