Encik Made In LONDON 3
22:09
JAM
sudah menginjak ke pukul 12.00 tengah malam. Namun aku dan Deelila sikit pun
tidak mengantuk kerana…demam Running Man
sudah melanda. Kami berdua bergelak ketawa, bertepuk tampar mengalahkan jiran
sebelah rumah yang mungkin sedang menonton rancangan gusti WWE.
“Lawak giler, Gwang Soo ni. Memang
dia ni pakar pembelot.” Ujarku sambil ketawa mengilai. Deelila pun sama. Kami berdua
memang peminat setia Lee Gwang Soo. Dan sejak itu kami berdua mula mengumpul
patung Zirafah untuk dijadikan koleksi dalam bentuk pelbagai saiz.
“Eh! Ad, aku lupa nak sambung story aku pasal Encik Made In London kau tu la. Sementara
iklan ni, aku sambung balik cerita aku yang tergendala tadi.”
Keningku terangkat ala-ala The Rock! Ala…ahli gusti WWE tu.
“Ceh…aku ingat cerita tentang naik
gaji ke apa. Muka kau ni excited
semacam je aku tengok! So, what is it?”
soalku tiba-tiba rasa teruja ingin mendengar latest story tentang Encik Made
In London.
Curious
juga aku sebenarnya tentang dia. Entah kenapa pulak aku tiba-tiba terasa ingin
nak mengenali jejaka made in London
itu walaupun belum pernah bersemuka.
Deelila tersenyum penuh makna.
“Apa kata kita stalk Facebook dia? Amacam?”
“What?
Stalk Facebook dia?”
“Yelah! Ala..kau ni macam tak biasa
pulak. Kitakan selalu je stalk Facebook
orang lain. Relax la.”
“Aku tahu. Tapi…kau tahu ke Facebook dia?”
“Ini Deelila Ahmad Dhani la! Semua tu berada di hujung jari aku
saja.” Deelila tersengih-sengih. Deelila Ahmad Dhani. Nama bapak dah macam
artis Indonesia pulak.
“Chop! Chop! Running Man dah mula laa…kita sambung jap lagi.”
“Alaaa…potong stim betul la. Aku dah setengah mati excited ni nak stalk facebook
jejaka made in London tu. Macam aku
pulak yang beria-ia nak kenal dia. Kalau boyfriend
aku tahu, mampus aku.”
“Itu kau punya pasal. Sekarang aku
nak habiskan dulu Running Man ni. Lepas
tu baru kita sambung.”
“Ok..la.” balas Deelila lemah.
Kami berdua menyambung semula
menonton Running Man walaupun dalam
hati sebenarnya terasa ingin tahu sangat. Tapi tak naklah terlalu ketara.
Jam sudah pukul 1.25 pagi. Rancangan
Running Man pun sudah tamat. Rutin setiap
hari Jumaat kami berdua, memang beginilah. Sebab esok dan lusa kami bercuti,
jadi bolehlah bersengkang mata lama-lama.
…………………………………………
Deelila meletakkan lap topnya di atas meja. Ok! Sekarang kami
berdua ingin memulakan misi stalk Facebook
Encik Made In London merangkap kepada
anak Pengetua sekolah tempat aku mengajar.
“Ok,
now…Ad, bukalah akaun Facebook kau.
Lepas tu, kita enjoy!” Ujar Deelila
yang sudah mengajuk suara comel Nora Danish dengan gaya mengangkat tangan ke
atas.
“Banyak la kau kita enjoy!” aku pun turut mengajuk suara
Nora Danish.
“Kenapa guna akaun Facebook aku
pulak? Kau punyalah!”
“Hisy...apa pulak aku punya? Akukan
nak kenenkan dia dengan kau. Buka je
la. Bukan dia tahu pun.”
Aku sudah menarik muncung mulutku. Kureng
betul kepala kawan aku seorang ni. Ada saja muslihat dia. Aku pun menaip E-mail dan nombor kata laluanku untuk
membuka akaun Facebook.
Wow!
Banyak juga notification dan message untuk aku ni. Sejak aku mula
bekerja, agak jarang juga aku membuka Facebook
ni. Aku membuka satu persatu notification
ku. Aku sudah mula geram apabila membuka kotak mesej Facebook.
“Ceh! Ex-boyfriend aku daa..”
Deelila ketawa.
“Agaknya…dia rindu dengan kau tak?”
usik Deelila padaku.
“Takde maknanya.” Aku terus membuka
dan membaca mesej yang ditulis Ikram merangkap ex-boyfriend aku yang kelima.
Hai, Najwa. I know that we are
nothing each other but I just want to give you some love tips for you. Don’t
act so cold to man. Ok. Thanks for the two weeks relationship with you. I hope
you’ll find someone that will stick to you until forever. – Ikram Rais
Amboi! Siap bagi tip cinta pulak
dekat aku! Apa dia ingat dia bagus sangat ke jadi boyfriend aku? huh! Macamana la
aku boleh bercinta dengan dia mamat poyo ni! Perasan international sangat dia ni!
“Wow! Tak sangka kau dapat love tips from ex-boyfriend dua minggu
kau tu.” Deelila ketawa.
“Entah mamat ni tiba-tiba je! Macamlah
dia bagus sangat masa jadi boyfriend
aku dulu!”
“Ok la tu. Dia bagi kau nasihat
cinta sekurang-kurangnya dia jujur dengan kau. Tak macam ex-boyfriend kau yang
lain-lain tu.”
“Hampeh!”
ucap kami berdua serentak lalu ketawa. Bila difikirkan semula, betul juga kata
Deelila tu. Sekurang-kurangnya dia jujur dengan aku walaupun cuma bertahan
hanya dua minggu sahaja.
“Ok.
Forget about him! Now let’s focus to your future boyfriend or maybe will be
your soul mate forever...Engku Raykarl Fariz.”
Aku terus memandang Deelila yang
berada di sebelahku. Engku Raykarl Fariz? Itu nama Encik made in London tu ke? Sedap juga nama dia tu.
“Aku tahu mesti dalam hati kau
sekarang ni sedang puji melambung nama dia kan. Jangankan nama sedap didengan,
orangnya juga sedap dipandang. Manis giler senyuman dia. Kalah patung McDonald’s tu.
“Merepek la kau ni!”
“Eleh…mahu tapi malu. Ok…biar aku
taip nama dia.” Ujar Deelila yang sudah menaip nama dia. Rasa berdebar-debar
pula hati ini untuk melihat gerangan yang bernama Engku Raykarl Fariz.
Pop!
Keluar semua nama Engku Raykarl Fariz. Tapi yang mana satu?
“Ini dia…aku dah stalk awal-awal tadi muka dia masa kat
bilik Datin Hajah Vanida.”
Deelila terus menekan butang scroll ke bawah untuk mencari pemilik
nama Engku Raykarl Fariz.
“Hah! Ini dia orangnya.” Deelila segera
menekan nama Engku Raykarl Fariz. Rasa berdebar-debar sekali lagi datang tetapi
kali ini lagi laju debarannya.
“Tadaa!
Hansemkan..rambut blonde gitu. Sweet smile.”
Mataku tidak berkelip memandang
gambar profil Facebook milik Engku
Raykarl Fariz Engku Raydan Fletcher. Inikah dia jejaka made in London tu? Memang betul kata Deelila. Lebih hansem dari Prince Harry yang berpipi pink itu. Oh my! Sure memang aku tak boleh tidur malam ni. Hati aku dah
bersalji-salji semacam. Rasa macam nak terbang ke bulan je.
Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring is like
On Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby kiss me
Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you
P/s : Bersambung.....tiba-tiba je datang idea nak buat cerita ni. Harapnya semua terhibur dan nantikan kedatangan Engku Raykarl Fariz, Encik Made In London Adliena Najwa..hihih...drop ur comment.. :)
0 comments