Encik Made In LONDON 4

22:47



            HATI ini rasa gembira tidak terkata. Kalau orang London cakap, ‘over the moon’. Sejak aku stalk facebook Encik made in London tu, memang hati aku dah bergunung-ganang dengan timbunan salji di dalam hati. Wah! Bermadah-madah pulak aku. Berbakat rupanya aku ni. Kalau aku cuba tulis lirik tentang perasaan aku sekarang, lepas tu upload kat You tube….confirm berjuta views. Hiperbola sangat!

            “Ad! Kau dah tengok papan kenyataan kat bilik guru tak? Ini berita memang terbaekkkk punya.” Ujar Deelila di muka pintu bilik muzikku.

            Aku memandangnya hairan.

            “Berita apa pulak?” tanyaku.

            Deelila melangkah masuk ke dalam bilik muzikku dengan senyuman yang ku kira ada makna di sebaliknya. Deelila mengambil tempat duduk menghadapku.

            “Hemm..ni mesti kau belum lagi tengok berita tu kan? Well! Say a big thanks to me because I’m your matchmaker.

            Aku semakin tertanya-tanya dengan reaksi wajah Deelila. Memang ada udang di sebalik batu.

            Matchmaker? Sejak bila pulak aku lantik kau jadi matchmaker untuk aku ni? Lagipun, dengan siapa pulak?”

            Deelila sudah gelak bak suara nenek sihirnya.

            Of course la dengan Encik Made In London! Engku Rykarl Fariz…”

            Mendengar sahaja nama si dia sudah membuat hatiku kembang kuncup meskipun belum pernah bersua walau sekali pun. Tak tahulah kenapa aku seperti rasa tertarik untuk benar-benar mengenali Engku Rykarl Fariz. Dia belum tentu nak kenal dengan aku pun!

            “Aku dah dapat baca muka kau tu…ok la. Hujung minggu ni, Datin Hajah Vanida akan buat Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran untuk menyambut kedatangan anak lelaki keduanya nanti. Siapa lagi kalau bukan you future soul mate?”

            “Hisy….merepek la kau ni. Dah lah tak kenal, jumpa pun belum! Entah-entah dia dah ada girlfriend. Mustahil la muka kacak macam Prince William tu takde girlfriend!”

            Tapi…kalau betul dia dah ada girlfriend? Hemm….melepaslah aku nak jejaka made in London. Kata hati Adliena.

            “Eh…chop! Chop! Tadi kau kata dia anak lelaki keduakan? Maknanya dia ada abang?”

            Deelila tersenyum.

            Yeszaaa…” Deelila mengajuk ayat Jimmy Shanley, pengacara tv popular dengan program Trek Selebriti.

            “Abang dia pun hansem juga tau…tp abang dia kerja kat Australia. Ehmm..betul juga kata kau kan. Lelaki hansem macam Encik London kau tu, tak mustahil dia dah girlfriend.”

            Hatiku terasa seperti musim luruh. Hemm…

            So? Kita pergi ya? Aku nak juga tengok real wajah-wajah hansem anak Datin Hajah Vanida tu. Kira cuci mata aje la..”

            Aku diam.

……………………………………..

            Barisan panjang di kaunter McDonald’s membuatkan aku letih menunggu. Sudahlah aku asyik terfikir ayat Deelila tadi di bilik muzik.

            “Ehmm..betul juga kata kau kan. Lelaki hansem macam Encik London kau tu, tak mustahil dia dah girlfriend.

            Hemmm..aku mengeluh. Aku beranjak ke depan sambil menunggu giliran.

            Excuse me, Miss?” sapa satu suara. Macho giler suara dia! Astagfirullaalazim…Adliena Najwa. Aku menoleh ke belakangku.

            You drop your purse here.” Ujarnya.

            Oh my! Such a good looking guy in front of me right now! Aku sure hundred percent! Kalau Dee nampak ni, memang dia terus break up dengan boyfriend dia. Macho giler weh! Anak sapa la ni???

            Lelaki macho itu menyerahkan beg dompet kepadaku. Macamanalah dompet aku boleh terjatuh ni? Dahlah jatuh belakang orang hansem! Malunya!! Ok...cover sekarang, Adliena. Aku pantas senyum kepada lelaki macho itu.

            Thank you. You really nice.” Amboi! Aku dah tersampuk hantu London ke? Tetiba je nak speaking English! Ke London pun belum jejak! Dalam mimpi je lah…

            “You’re almost welcome.”

            “So, as your reward…I wil treat you. Is it okay?” Sah! Memang aku dah kena sampuk hantu London. Sebab lelaki ni memang muka mat salleh habis la!

            Wah! Pandai-pandai pulak aku nak belanja dia! Tapi okay apa? Kira aku nak balas budi dia la sebab dia dah tolong aku tadi. Jarang tau nak jumpa lelaki kat KL ni yang gentleman macam ni? 

            Dia tersenyum manis padaku. Waduhh! Hati aku dah tumbuh musim bunga pulak saat ini. 

……………………………………

            “Dee…aku ada hot story ni!”

            Deelila duduk di sebelahku sambil menghadap televisyen.

            “Dee…dengarlah dulu.” 

            “Ok…apa dia? Pastikan cerita kau memang hot and spicy tau!” ujarnya. Macam takde  mood je aku tengok dia malam ni. selalunya bila dengar hot story, dia la yang selalu tak sabar-sabar. Mesti gaduh dengan boyfriend!

            “Kau tadi aku belanja seorang lelaki kacak mat salleh. Hansem gilerr. Aku ingat dia Mat Salleh tapi tak rupanya. Punyalah aku main hentam semberono speaking London, tiba-tiba dia cakap Melayu dengan aku walaupun agak pelat sikit. Rugi kau tak ada tadi.”

            “Macamana kau boleh belanja dia pulak?”

            “Rayhan nampak beg dompet aku jatuh kat atas lantai then dia pulangkan pada aku. Such a nice guy, right?”

            Wajah Deelila tiba-tiba berubah teruja. 

            “Wah….dah kenal nama, nampak? Macamana? Boleh kalah tak dengan Encik Made In LONDON tu? Boleh tahan sedap juga nama lelaki tu..Rayhan.”

            Encik Made In London? Ya! Memang lelaki yang aku jumpa tadi lebih sikit la hansem dari Encik Made In London aku. Itu memang aku akui. Lelaki tadi memang full package muka mat salleh. Kalau Engku Raykarl Fariz…dia lebih kepada Chinese look sikit but his hair still blonde. Agaknya…bila la aku dapat bertemu dengan Encik Made In London tu?
 

P/s : Bersambung....hihihi...Siapa pulak Rayhan? Ditaip laju-laju....malam ni baru dapat idea...so, tunggu next entry :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Mana entry utk ms honey n mr hubby?? Tp story nie pun best jugak.... x sabar nk baca next entry... keep it up...

    ReplyDelete
  2. Siti Munirah..MrHubby n MsHoney masih lg dlm proses...maaf la sbb menunggu lama..entry EMIL pula tiba2 je dpt idea nak buat..tp buat masa skrg ni saya dah mula busy disbbkan study..so. mungkin mngambil masa yg lama utk update new entry :)

    ReplyDelete
  3. Xpe2....... study leklok..... akn kita tnggu. Tp jgn lama2 xsbr nie. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Xpe2....... study leklok..... akn kita tnggu. Tp jgn lama2 xsbr nie. Huhuhuhu

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images