Encik Made In LONDON 5

13:18



            WELL…well…pejam celik pejam celik…tak sangka dah hujung minggu pulak! Hati sekali lagi dihujani dengan salji dan adakalanya bunga-bunga turut mekar di hati. Waduhhh! Sah memang aku dah kena sampuk dengan hantu sastera. Sejak bila pulak aku ni berjiwa sastera?

            Jawapannya…sejak aku stalk Facebook Encik Made In London. Cehh..statement kelasss mak engkau! Dan juga sejak aku terserempak dengan Encik Gentleman Celup tu..hihihi…

            “Amboi! Berangan sorang-sorang nampak? Boleh join tak?” usik Deelila.

            “Hisy…spoil mood aku betul la kau ni.” Deelila melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu. 

            “Yeh!! Malam ni kita nak pergi kenduri Datin Hajah Vanida kan?” Deelila sengaja memancing soalan kepada Adliena.

            Adliena sengaja menonton televisyen walaupun dalam fikirannya sekarang sudah penuh diisi maklumat tentang Encik Made In London

            “Entah…” jawapan cliche dari aku. Saja je tak nak tunjuk keterujaan aku sebenarnya. Macamlah Encik Made In London tu nak sangat jumpa aku. Entah-entah, pandang sebelah mata pun tak.

            “Ewah-ewah…jawapan artis konon. Padahal dalam hati dah meletup-letup sebab tak sabar nak jumpa orang yang sebenar…face to face tau malam ni! Rugi kalau tak pergi.” 

            Aku membaling bantal kusyen segi empat tepat ke badan Deelila. Kurang asam betul minah seorang ni. 

            “Memang aku artis pun. Aku kan ahli muzik..”

            “Apa!!! Ahli muzik! Pantang keturunan nenek moyang aku! Apa kelas AHLI MUZIK!!!” Deelila cuba mengajuk ayat dari filem P.Ramlee Antara Dua Darjat.

            “Kau bayangkan kalau Datin Hajah Vanida cakap macam tu kat kau!” 

            “Hisy…apa yang kau merepek ni! Datin Hajah Vanida tu kan baik orangnya...takkanlah sampai macam tu sekali.”

            Deelila ketawa besar. Lucu melihat riak wajah Ad yang sudah masam cemberut kerana disakatnya. 

            So, Cik Adliena Najwa, dah ready untuk malam ni? Your Mr.London akan ada malam ni. Inilah peluangnya untuk berkenalan dengan dia..hihihi…” Deelila tersengih.

            Aku diam. Malas hendak melayan minah sorang ni. Nanti tak pasal-pasal terbongkar keterujaan aku untuk bertemu dengan Encik Made In London. Deelila menarik tanganku tiba-tiba untuk bangun berdiri.

            “Ad…jom, kita enjoy!” sekali lagi Deelila mengajuk suara Nora Danish. 

            Enjoy kenapa pulak?”

            Let’s go shopping! Untuk kenduri malam ni. Kau kan nak jumpa dia. So…mestilah kena pakai cantik-cantik, wangi-wangi. Misi memikat Encik Made In London akan beroperasi malam ini.” ujar Deelila teruja.

            “Tak nak la. Bukannya dia kenal aku pun. Malulah nanti macam aku pulak yang beria-ia nak berkenalan dengan dia.”

            Deelila tersenyum dengan seribu muslihat. Ad dapat menilai senyuman itu. 

            “Ni…tersenyum-senyum kambing ni mesti ada sesuatu yang kau dah buat kat belakang akukan?”

            Deelila masih tersenyum.

            “Cepat cakap! Apa kau dah buat?” soalku.

            Deelila melepaskan tanganku dan berdiri agak jauh dari aku. Pelik.

            “Ehmm…aku nak buat confession…” 

            Confession tentang?” 

            “Ehmmm….aku dah add Facebook Encik Made In London tapi….”

            “Tapi apa?” soalku ingin tahu.

            “Aku guna nama kau!! Dan dia dah terima!!!” jerit Deelila lalu berlari naik ke atas masuk ke dalam biliknya.

            “Deelila!!!” jeritku satu rumah.

            Oh my! Apa aku nak buat ni? Malunya! Apasal pulak si Deelila add Facebook dia guna nama aku! Mana aku nak sorok muka aku ni! Pipiku sudah merah membahang gara-gara mendengar confession Deelila. Hisy...minah ni! Nasib baik aku takde lemah jantung. Kurang asam betul. 

………………………………….

            Aku dan Deelila keluar dari kereta setelah memakirkan kereta kami di perkarangan halaman rumah banglo Datin Hajah Vanida. Ramai juga orang malam ini. Niat di hati memang aku dah tak nak datang sebab confession Deelila petang tadi. Tapi disebabkan Datin Hajah Vanida yang menjemput, terpaksalah aku menebalkan mukaku setebal buku kamus Dewan Edisi suka hati akulah.

            “Deelila…kau kena bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi malam ni, tau? Dahlah aku kena tebalkan muka aku malam ni!” Deelila hanya tersengih. Misi aku malam ini adalah untuk menyembunyikan diri daripada Encik Made In London. Bukannya untuk berkenalan dengan dia! 

            Kami berdua berjalan melangkah untuk masuk ke dalam. Dengan hati yang berdebar-debar, aku melangkah jua sambil memegang tangan Deelila erat. Nak saja aku pejam mata masuk ke dalam. Boleh tak?

            “Kau ok ke ni, Ad? Tangan sejuk gilerrr!” tegurnya sebelum melangkah ke pintu utama rumah banglo Datin Hajah Vanida.

            Aku sempat menahan tangan Deelila sebelum masuk ke dalam.

            “Dee…aku takutlah. Macamana kalau aku terserempak dengan dia!”

            Hello! Confirm la kau akan terserempak dengan dia sebab inikan rumah dia. Lagipun ini majlis dia juga. Buat macam biasa je.”

            “Kau pandailah cakap macam tu! Bukan kau yang rasa tapi aku. Ah...nak balik lah. Seganlah.”

            “Tapi kitakan dah sampai ni…tak manis la nak balik sekarang. Nanti apa pulak orang cakap pulak.”

            “Aku…seganlah.”

            “Sure?”

            Aku mengangguk. Kami berdua berpaling ke belakang untuk meninggalkan rumah Datin Hajah Vanida dengan kadar yang segera. Namun, belum sempat kaki ingin melangkah ke depan tiba-tiba nama ku di panggil oleh seseorang.

            “Adliena!” panggilnya. Dan kenapa pulak aku automatik berpaling pulak ni! Hisy…kata nak lari.

            Aku dan Deelila berpaling ke belakang serentak untuk melihat gerangan yang memanggil namaku. Oh my! He! What he doing here? Mr. Genteleman Celup!

            “Adliena, right?” Dia menghampiri kami berdua dengan senyuman yang mesra.

            “Oh…ya..ehmm.” apa punya respon daa…aku beri. Aku masih dengan senyum ketat. Serius! Tak tahu nak buat apa dalam keadaan macam ni!

            “Ehmm..so, awak pun dijhemput ke seyni malam inney…” ujar Rayhan yang cuba untuk bertutur dalam bahasa Melayunya. 

            Deelila sudah tersenyum-senyum.

            “Yes…sebab Datin Hajah Vanida tu majikan saya. So, Datin jemputlah saya dan kawan saya ke sini.”
            Oh…so, why don’t both of you get in now? It’s almost start it. Come!” ajak Rayhan ramah.

            Melihat sahaja ajakan ramah dari Rayhan, aku terus terlupa misi aku untuk menyembunyikan diri daripada Encik Made In London. Itulah…kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur balik, terlajak kata cubalah undur sendiri!

……………………………

            Datin Hajah Vanida menyambut kami berdua dengan senyuman yang mesra. Kami berdua segera menyalam tangannya. Datin Hajah Vanida menyambut salam kami lalu memeluk kami.

            Kemudian, aku dan Deelila mengambil tempat duduk bersama-sama rakan guru-guru yang turut hadir. Lucu pulak apabila Datin Hajah Vanida mengenalkan aku dan Deelila dengan anak lelaki sulungnya tadi. Siapa lagi kalau bukan Mr.Gentleman Celup.

            Lima minit sebelum…

            “Hah! Cikgu Adliena dan Cikgu Deelila, sampai juga. Ingatkan tak datang tadi.” Sapa Datin Hajah Vanida ramah.

            “Kami mesti datang…Puan Datin dah jemput, mestilah datang.” jawab Deelila selamba.

            “Eh..Rayhan, buat apa kat sini? Kat sana tempat orang lelaki. Sini ni tempat orang perempuan.”

            Yes…I know. I’m just being a tour guide here for both of this beautiful girls.” Seloroh Rayhan. Aku memandangnya. Malu pulak. Tapi apa pulak kaitan Rayhan dengan Datin Hajah Vanida?

            Aku dan Deelila saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya.

            “Oh…lupa pulak saya nak kenalkan kamu berdua. Actually, this is my eldest son. Engku Rayhan Faez.” Rayhan tersenyum memandangku. Pipi aku sekali lagi merah membahang. Kali ini mungkin pipi Prince Harry tak boleh lawan dengan pipi aku sekarang! 

            What a small world? Nak jumpa adik, terserempak pulak dengan abang dulu! Ha iyaa.. hope lepas ni janganlah aku terserempak dengan adik dia..kalau tak? Sure aku nak pengsan! 

 
 P/s : Bersambung....sorry lambat...hihihi...nantikan next entry samaada Adliena Najwa akan meneruskan Misi Menyembunyikan Diri dari Encik Made In London atau Misi Berkenalan dengan Encik Made In London?


You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images