Encik Made In LONDON 2

14:12



AKU dan Deelila melabuhkan duduk di kafeteria sekolah. Masing-masing dengan Nasi Goreng Ayam dan air Milo ais. Baru sedap. Tekak pun lega sebab hari aku banyak kelas. Tambahan lagi, aku yang mengajar subjek Muzik ni.

            Deelila tersenyum-senyum membaca mesej di dalam telefon bimbitnya. 

            “Ini kalau tersenyum-senyum macam tu, mesti dapat mesej dari pakwe kan?” 

            Of course la! Ini la yang dikatakan orang sedang dilamun cinta.”

            “Dilamun cinta la sangat. Jangan dilambung ombak sudah!”

            Choihh!

            Kami berdua berbual sambil makan. Nasib baik kafeteria hari ni cuma ada dua tiga orang cikgu sahaja yang berada di sini. Bolehlah kami berdua berbual sakan. Tapi-tapi kena pandang-pandang juga sekeliling. Takut Datin Hajah Vanida nampak pulak kami bergosip. 

            “Ad! Kau ada dengar latest story tak tentang Datin Hajah Vanida?” Deelila menunjukkan wajahnya yang teruja kepadaku.

            Datin Hajah Vanida merupakan pengetua di Sekolah Sri Cempaka ini. Orangnya tetap maintain slim dan wajahnya sentiasa berseri-seri walaupun sudah berumur.

            Latest story? Tentang apa, babe?

            “Anak lelaki Datin Hajan Vanida dah balik Malaysia! Ramai guru perempuan cakap yang anak lelaki dia ni kacak giler. Rambut dia blonde gitu la.”

            “Oh…iya? Mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Datin Hajah Vanida tu kan cantik sebab dia ada darah campuran Melayu dan Cina. Suami dia pun keturunan mat salleh. So, anak lelaki dia memang kacak la kan.” Ujarku. Aku tahulah juga serba sedikit tentang latar belakang keluarga Datin Hajah Vanida ni. Tapi aku tak ambil tahu sangat dengan anak lelaki dia yang hansem macam mereka cakap. 

            “Tapi, kenapa kau cerita kat aku pasal hal ni? Bukannya aku kenal pun!”

            Aku menghirup air Milo aisku. 

            “Hisy…aku cerita kat kau ni sebenarnya bukan sekadar omong kosong!”

            “Amboi! Kau bercerita memang mengalahkan Kiah Propa Galaksi tu!”

            Kami berdua ketawa. Memang kami berdua selalu juga luangkan masa menonton rancangan hiburan gossip Galaksi tu. Nak nak lagi Kiah Propa! Kalau dia ketawa, masyaallah! Memang aku dan Deelila cuba-cuba nak mengajuk ketawa si Kiah Propa tu.

            “Kut kut mana tahu tersangkut dengan anak lelaki Datin ni.”

            “Apasal pulak?”

            “Kau kan nak jejaka yang made in London? Inilah peluangnya. Kalau kau nak tahu, anak lelaki Datin Hajah Vanida ni, memang sah made in London sebab dia dilahirkan di sana dan dibesarkan di sana oleh nenek dan atuk sebelah ayah dia. Then, dia ni bukan calang-calang orang juga tau! Dia dari kelulusan MBA Economics University of Cambridge pada umur 29 tahun. Dia minat sukan Raghbi tau. Kau kan minat badan tegap-tegap!”


            Aku ternganga mendengar cerita Deelila. Interesting! Rupa-rupanya anak lelaki Datin Hajah Vanida ni made in London. So? Macamana mata dia? Biru? Hijau? Pipi dia pulak, macamana? Boleh mengalahkan pipi pink strawberry Prince Harry? Boleh tahan hebat anak lelaki Datin ni. Nak dibandingkan dengan aku yang tahap biasa-biasa je ni. Kirim salam je la.

            “Boleh tahan juga kepala otak kau ni ya! Semua benda kau tahu. Weh! Lonceng dah berbunyi tu. Aku rasa kita stop dulu cerita Encik Made In Londoun tu! Nanti malam kita sambung kat rumah. Dee…I’m curious.” Bisikku pada Dee. Aku tersengih lalu bangun untuk keluar dari kafeteria.

……………………………….

            “Assalamualaikum, Cikgu!” 

            “Waalaikumsalam. Duduk!” ucapku pada semua pelajar tingkatan limaku.

            Seperti biasa, aku akan mengajar subjek Muzik la. Tak lama lagi mereka semua ni akan menghadapi ujian Muzik untuk semester pertama. Hari ini adalah kelas piano.

            “Ok, semua! Hari ni cikgu nak uji seorang demi seorang sebab ujian semester tak lama lagikan.”

          “Cikgu, apa kata sebelum tu…kita berkenalan dengan cikgu dulu. Yelah, walaupun cikgu dah mengajar kami sekelas hampir dua minggu tapi kami semua masih belum mengenali cikgu. Right guys?

            Amboi! Budak-budak ni! Bukan main lagi nak berkenalan. Zaman aku sekolah dulukan, tak berani aku nak tanya hal peribadi cikgu. Memang budak zaman sekarang macam ni ek? 

Tapi kalau nak diikutkan pun, memang patut juga mereka tanya. Sebab waktu mula-mula aku masuk kelas ni, terus je aku mulakan sesi pembelajaran. Takde suai kenal langsung. Lainlah, si Deelila tu memang tahap peramah ala Menteri.

Aku senyum kepada Tiara. Cantik betul budak perempuan ni. Anak kacukan Swedish la katakan. Tapi fasih pulak dia berbahasa Melayu. Bukan macam ex-boyfriend aku yang banyak tu. Nak kata study oversea, dalam negara je! Nak kata mak bapak dia Owang putih, muka Melayu tulen macam Remy Ishak je aku tengok. Tapi berlagak tahap tinggi KLCC nak speaking London dengan aku. Macam-macam ragam manusia ni.

“Ok la, kalau macam tu. Lima minit sesi suai mesra dan kenal.” Amboi! Propa betul la kau ni.

“Saya!”

“Saya, cikgu!” 

Aduh! Jadi macam ni pulak! Kalau Deelila nampak ni, sure jealous! Macam artis pulak aku sekarang ni! 

“Saya cikgu! Saya nak tanya umur cikgu berapa?” soal Trisha.

Soalan cepu emas ni! Bab umur pulak? 

“Umur cikgu baru 25 tahun.” Jawabku mesra.

“Oh..tapi cikgu nampak muda la. Macam baru umur 21 tahun.” 

Hidung aku dah kembang kempis sekarang. Hati aku dah gugur salji-salji kat London tu. Nak je aku balas, cikgu memang nampak muda sebab cikgu kan baby face. 

“Terima kasih.” Balasku tapi bukan itu sebenarnya yang aku nak jawab. Propa!

“Saya lagi, cikgu!” soal Fahmi.

Fahmi ni kalau tak silap aku anak pemilik butik mewah Pavillion. Muka pun boleh tahan la. Anak orang kaya la kan. Asal muka anak orang kaya nampak hansem eh? Hisy! Ke situ pulak kau ni! 

“Ehmm…cikgu dah kahwin ke? Best tak bercinta?” 

Aku menelan air liur. Wallaweh! Ini baru la soalan One In A Millionaire abad ini! Soalan ni memang famous dalam famili aku. Itu belum masuk lagi sanak-saudara aku yang jauh-jauh sana sibuk bertanya tentang soalan ni.

Aku senyum tapi muka ketat. Dah lima kali bercinta tapi semuanya putus di tengah-tengah jalan raya. Haiyakk! Nak dikatakan expert bercinta? Memang taklah!

Saat ni macam aku nak nyanyi lagu Heart Attack, lagu Demi Lavato pulak. Tapi takde la nak menjerit macam Demi Lavato dalam video klip tu!

You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack
I think I’d have a heart attack



P/s : Heart Attack dengar soalan cepu emas tu! Ok..bersambung. Masih menanti Encik Made In LONDON? Jangan lupa sila komen ya...hihih

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images