PART II
Sebulan sudah berlalu. Lea Aryana kini
sudah secara rasmi menjadi teman wanita kepada Danish Aryan sebulan yang lalu.
Dia ingat lagi ketika itu Danish Aryan mengumumkan kepada kedua-dua keluarga
tentang hubungan mereka. Mulanya mereka semua agak terkejut namun mereka semua
akhirnya menerima dengan gembira. Macam-macam reaksi ada.
Itu
pandangan mereka! Pandangan aku siapa nak kira? Hisy…bencinya menghadap Danish
Aryan ni! Dasar pembuli. Depan mak bapak aku, baik tahap giler..tapi bila
dengan aku semuanya totally fake! Siap
berhoney- honey pulak!
Telefon
bimbitku berbunyi. Ada mesej masuk.
Danish
Aryan : Jom keluar. Siap dalam lima minit. Aku nak makan.
Zas!!!
Dia ingat aku ni siapa? Robot? Suka
hati dia je nak arah aku siap dalam lima minit. Nak ajak orang pun macam nak
pergi tengok gusti! Hisy…benci! Kalau aku tak ikut, aku tahu alasan apa dia nak
ugut aku. “Ingat! Awak ada hutang dengan saya.”
Lea
Aryana : Eeeee….menyusahkan betul!
Balasku dengan geram. Biar dia tahu
perasaan aku sekarang.
Danish
Aryan : Suka hati aku la! Cepat siap sebelum aku datang!!!
Amboi! Tanda seru sampai tiga
sekali dia tulis. Mengada-ngada! Dahlah paksa orang!
Lea
Aryana : Stop text me! Aku nak bersiap!
Selepas itu, tiada lagi bunyi mesej
yang sampai. Aku segera berlari menuju ke bilik air untuk membersihkan diri
secepat yang boleh. Tak guna betul! Belum sempat aku keluar dari bilik air, hon
kereta dari luar rumah dibunyikan bertalu-talu. Argh!! Gila betul dia ni!
Memang nak kena dia ni!
Aku segera keluar dari bilik air
lalu mencari pakaian yang sesuai. Maxi dress labuh yang memang berlengan
panjang aku rembat. Shawl aku lilit
sesuka hati kerana tertekan dengan bunyi hon dari luar rumah sewaku. Tak guna!
Malas hendak mengenakan mekap, aku terus berlari menuruni tangga menuju ke
pintu. Lantas, aku mengunci pintu rumah dan pintu pagar rumah.
“Lambat lima belas minit!” ujarnya
sambil memandang jam tangannya. Aku hanya menjeling tajam.
“Siapa suruh kau datang awal! Padan
muka!” balasku.
“Aku punya suka la nak datang awal
ke tidak! Dah, pakai safety belt atau
kau nak aku pakaikan?” sinis bunyinya. Tak habis-habis dengan perangai
membulinya. Danish Aryan mula mengubah kedudukan ke arahku. Tangannya seperti
hendak mencapai tali pinggang keledar di bahagian kerusiku.
“Stop!! Aku boleh pakai sendiri la. Cepatlah jalan!”
Danish Aryan tersenyum. Aku pun tak
tahu sebabnya kenapa dia suka senyum bila aku naik marah.
Sepanjang perjalanan, aku lebih
banyak berdiam diri. Malas hendak melayan perangai sakit jiwa Danish Aryan ni.
Kenapalah keluarga aku beria-ia sangat suka dia? Lepas tu siap suruh masuk
meminang pulak! Huh..memang berapi telinga aku masa tu. Dia pulak boleh siap
buat muka selamba pulak masa tu. Geramnya! Sampai sekarang tudung hijau tu aku
simpan di almari sahaja.
Let
me explain, the vision in my brain
Close
my lids and see you, then I get an eye strain
Then
the migraine, as I enchain my melody
Me
spend the week like my name is Jake Sully
I
could be the kid and you can be karate
You
could be my Angie and I could be your Brad Pitt
Fill
me up like a cup poured in the coffee
I
don’t really mind just know that you got me
About
not too long ago, I woke up feeling kind of blue (So I)
Picked
up my phone and I decided that I hit up you (So then)
We
talked for a little while, ask me if I could roll through (So we)
Met
up, got food, and we spent time till the night was through
(Can
I) call you my own, and can I call you my lover
Call
you my one and only girl
(Can
I) call you my everything, call you my baby
You’re
the only one who runs my world
(Can
I) call you my own, and can I call you my lover
Call
you my one and only girl
(Can
I) call you my everything, call you my baby
You’re
the only one who runs my world
I
remember this night we had, outside on the grass us two (We were)
Gazin’
at stars who smiled as my eyes only turned towards you (I knew)
There
was no one else I needed and my love’s never felt this way (I wasn’t)
Too
sure if you would mind I was nervous but I had to say
(Can
I) call you my own, and can I call you my lover
Call
you my one and only girl
(Can
I) call you my everything, call you my baby
You’re
the only one who runs my world
Girl
can I, call you mine, you and me, happily, by my side
Through
day and night, let it be known, that you’re my own
Girl
can I, call you mine, you and me, happily, by my side
Through
day and night, let it be known, that you’re my own
(Can
I) call you my own, and can I call you my lover
Call
you my one and only girl
(Can
I) call you my everything, call you my baby
You’re
the only one who runs my world
Lagu Call You Mine nyanyian Jeff Bernat sedang diputarkan di dalam radio
kereta. Masa-masa begini pulak radio ni putarkan lagu jiwang. Tapi bukan aku
yang berhati jiwang tapi sebaliknya Danish Aryan yang kini sedang
bernyanyi-nyanyi riang. Geli geleman pulak aku dengar. Tiba-tiba je nak
menyanyi! Apa hal! Nak masuk AF ke? Ceh..perasan! Konfirm tak lepas stage!
Kereta Porche Cayenne putih masuk ke dalam memakirkan di depan Hotel Grand Dorsett. Hisy..bajet mahal! Nak
makan lunch pun dekat hotel! Cubalah
makan kat restoran biasa je. Kedai Mamak pun ok jugak! Boleh aku makan roti
canai. Tak juga terbang duit aku beratus-ratus nak makan kat sini.
“Jom!” ajaknya dingin.
Aku memang dah biasa dengan muka
ketatnya selama sebulan ini. Jarang sekali hendak tengok dia senyum apalagi
ketawa. Kalau dapat tengok dia senyum tu pun, tak tahu senyuman tu ikhlas atau
senyum kambing! Embekk…embekk..
Aku dan Danish Aryan melangkah
masuk ke dalam Hotel Grand Dorsett
lalu menuju ke restorannya. Tak sangka pulak ramai orang lunch kat sini. Oh..patutlah. Hujung bulan, maknanya gaji baru
masuk daa.
Aku hanya mengikut langkah Danish
Aryan menuju ke meja yang sudah siap ditempahnya. Kenapa la dia jalan laju
sangat! Suka sangat tinggalkan aku di belakang dan akibatnya….
“Maaf…saya tak sengaja.” Bahuku
dilanggar secara tidak sengaja oleh seseorang. Dan dia ialah…lelaki yang aku
minat semasa zaman sekolah walaupun aku dah tahu masa tu dia dah ada teman
wanita. Aku masih ingat lagi wajah itu yang kini semakin bertambah kacak. OMG!!
My face is blushing right now!
“Awak Lea kan?” soalnya. Aku masih
terkaku kerana berdepannya. Malu pun ada juga.
“Ermm..ya..”
“Remember me? Saya Syed Airil. Awak Lea Aryana kan?” soalnya ramah.
“Awak
ingat nama saya?” Aduh! Soalan apa pulak aku tanya tu? Macam soalan gedik je
bunyinya. Macam bunyi mengurat pun ada jugak! Oh no! Jatuhlah saham aku di depan dia. Harap dia tak fikir macam
yang aku fikir ni!
Syed Airil
tersenyum melihat wajah Lea Aryana. Tak sangka pulak dia dapat bertemu dengan
Lea Aryana. Dia tahu bahawa Lea Aryana meminatinya sejak zaman sekolah dulu
tapi sayangnya sewaktu itu dia sudah mempunyai kekasih hati. Namun,
pertemuannya hari ini bagai membuka hatinya untuk mengenali Lea Aryana dengan
lebih dekat lagi. Apakah dia sudah berpunya? soal hati Syed Airil.
Kedua-duanya
saling memandang sambil tersipu-sipu malu. Danish Aryan yang sedang
memerhatikan pasangan itu sudah berapi-rapi matanya. Danish Aryan memikirkan
idea nakalnya.
“Honey! Awak buat apa tu? Lama Bi tunggu honey.” Satu suara yang sangat aku kenali sudah datang menghampiri
aku. Kenapalah masa ni datang pulak watak antagonis dalam kisah aku dan watak
itu untuk dia, Danish Aryan. Sengaja nak merosakkan pertemuan aku dengan Syed
Airil.
“Honey...who’s this guy?” soalnya manja.
Hisy…bermulalah lakonan dia menjadi lelaki idaman Malaya. Senyuman yang seksi
dan pandangan menggoda dihadiahkan kepada Lea Aryana yang sepertinya
terkebil-kebil memandangnya.
“Saya
Syed Airil. Rakan sekolah Lea dulu.” Syed Airil mengenalkan dirinya walaupun
dia agak terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang tiba-tiba memanggil Lea
Ayana, honey. Barangkali suaminya?
“Oh..Syed
Airil. Nice to meet you. Saya Danish
Aryan, bakal suami Lea Aryana.” Jawab Danish Aryana selamba.
What? Bakal suami! Wah…suka hati dia je
nak gelarkan diri sebagai bakal suami aku! Habis tu, macamana dengan Syed Airil
aku? Aku baru nak tanya tentang hubungan dia dengan kekasih dia dulu tu? Mereka
dah kahwin ke? Kalau tak, aku nak masuk line?
Amboi! Mengada-ngada kau Lea Aryana!
Danish
Aryan yang berdiri di sisiku hanya tersenyum sinis memandangku. Aku hanya memandangnya
dengan perasaan geram dan bertambah geram kerana sesuka hati berkata begitu
kepada Syed Airil.
“Oh..tahniah
Lea. Saya doakan awak bahagia dengan bakal suami awak.” Ucap Syed Airil ikhlas
walaupun dalam hati ada sedikit perasaan kecewa.
Danish
Aryan tersenyum kemenangan.
“Ermm….terima
kasih, Airil. Macamana awak dengan Natasha?’ wajah Syed Airil berubah.
“Kami
tiada jodoh, Lea. Ok la. Saya ada hal. Saya minta diri dulu la ya. Assalamualaikum.”
Syed Airil berlalu pergi. Aku nampak raut wajah yang kelihatan kecewa. Apakah
dia kecewa sebab aku? Hisy..apa yang aku merepek ni! Dia kecewa sebab Natasha
la!
“Ermmm!”
Danish Aryan sengaja berdehem di tepi telingaku.
“Hisy…kau
ni kenapa ah? Sibuk je!”
“Aik! Kau
tu kan honey aku! Mestilah aku sibuk!
Cepatlah..aku dah lapar ni. Tak payah la kau nak tengok dia pergi. Tengok aku kan
senang. Lagi hansem dari lelaki bermata empat tu!”
“Cepatlah!”
Aku menghentakkan kaki tanda protes dengan sikapnya. Lalu mengikutnya menuju ke
meja kami. Sikit-sikit nak ugut aku ‘honey’
dia!
Suasana
makan tengah hari yang paling bosan sedunia aku pernah rasa. Serius!
“Makanlah
cepat.”
“Aku nak
tanya kau! Sampai bila aku dan kau perlu berlakon sebagai kekasih? Aku rasa
tempoh sebulan tu cukup untuk kita berlakon. Apa kata kita putuskan hubungan
ni? Kau jangan risau soal ibu bapa aku. Pandailah aku beri alasan pada mereka.
Aku rasa lebih baik kau cari orang lain untuk jadi kekasih kau.”
Garpu dan
sudu diletak kasar di atas meja. Nasib baik orang ramai kurang perasan dengan
kami berdua kerana kedudukan meja kami yang agak terselindung. Danish Aryan
bingkas berdiri lalu meninggalkan aku sendirian di meja.
Aik!
Marah ke? Aku cakap yang salah ke? Betul la apa yang aku cakap tu. Takkan la
sampai bila-bila dia nak aku berlakon dengan dia sebagai kekasih? Nanti lambat
laun terbongkar rahsia kami. Tanpa mereka berdua sedar, seseorang sedang ketawa
meraikan kemenangannya.
“Memang
aku dah agak! Antara mereka berdua memang tak ada hubungan. Selama ni mereka
tipu semua orang. Aku takkan biarkan peluang keemasan ini terlepas dengan
sia-sia.”
Damia
terasa puas sekali apabila usahanya selama sebulan kini membuahkan hasil.
Selama sebulan dia mengintip hubungan Danish Aryan dengan Lea Aryana.
…………………………………….
Danish
Aryan menghempaskan pintu bilik tidurnya dengan kuat. Hatinya sakit sekali
apabila mendengar ayat yang diluahkan oleh Lea Aryana tadi. Hisy..dia ni lembap
betul! Tak boleh ke dia fikir yang aku ni ada perasaan kat dia! Dia tak nampak
ke yang aku ni dah jatuh cinta pada dia!
“Kenapa
dengan anak awak tu?” ujar Datuk Sri Dani Aryan.
“Orang tengah
hangat bercinta la katakan. Bergaduh kut?” jawab Datin Sri Marina.
“Macam-macam
betul perangai anak bujang kamu tu. Cuba nasihatkan sikit. Dalam hubungan
bercinta ni, kena ada sifat sabar dan penyayang. Bukannya serius sahaja dua
puluh empat jam. Tension la Lea
nanti. Tu nasib baik si Lea tu jenis yang sabar dengan perangai anak cerewet
kamu tu. Kalau dia tinggalkan macamana?”
“Hish…abang
ni ke situ pulak. Tak baik doakan yang buruk macam tu pada anak kita. Biasalah
darah muda. Kita dulu-dulu pun begitu juga.”
“Pergilah
pujuk anak kamu tu.”
“Yelah.”
Datin Sri
Marina berlalu menuju ke bilik anak bujangnya itu.
“Boleh
mama masuk?”
“Pintu
tak kunci!”
Datin Sri Marina pelik melihat anak
lelakinya yang sudah berselubung dengan gebar yang menutupi seluruh badannya.
Ada-ada saja Danish Aryan ni.
“Bangun! Mama nak cakap sikit ni.”
Datin Sri Marina sempat menampar punggung anaknya itu untuk mengejutkannya.
“Ouchh!” Danish Aryan menggosok punggungnya yang ditampar oleh
mamanya.
“ Kenapa mama pukul Danny?”
“Kamu tu yang kenapa? Kenapa hempas
pintu macam tu tadi? Gaduh dengan Lea ke?”
Aik! Macamana mama tahu aku gaduh
dengan Lea? Lea report kat mama ke? Tak mungkin! Dia tu nampak je macam berani
tapi tak pun. Hujan lebat diluar menyebabkan bilik Danish Aryan terasa lebih
dingin. Danish Aryan menarik gebar menutupi badannya.
“Jawablah soalan mama ni. Kamu
gaduh dengan Lea ke?”
“Dia yang mula dulu..”
“Eh! Kamu ni macam budak-budak
pulak. Gaduh pasal apa ni?”
Danish Aryan berfikir dulu. Takkan
la dia nak ceritakan tentang perkara yang disebutkan oleh Lea tadi. Nanti
habislah pecah rahsia aku yang selama ini aku dan Lea cuma berlakon sebagai pasangan bercinta. Apa
aku nak beri alasan ya?
“Danny!”panggil mama.
“Tadi ada kawan lama Lea tegur dia.
Danny rasa dia tu ada hati dengan Lea.”
“Oh…ini kes cemburulah ni. Mama
fikir apa la tadi. Cubalah matang sikit. Setakat tegur tu takde apa sangat.
Danny ni aje yang terlebih cemburu. Kalau macam tu, cepat-cepatlah masuk
meminang si Lea tu. Kamu kan dah lama bercinta.”
Danish Aryan tersenyum penuh
muslihat. Betul jugak! Kenapa aku tak terfikir pasal benda tu. Kalau aku masuk meminang, Lea dah tak boleh
buat apa-apa. Dalam hati, Danish Aryan sudah menanam tekad untuk memasuk
meminang Lea.
……………………………
Sudah dua
hari tiada gangguan deringan telefon mahupun bunyi mesej padaku. Terasa dunia
ini begitu aman sekali. Agaknya apa yang aku cakap dua hari lepas tu mungkin
menyedarkan Danish Aryan yang bongkak tu!
“Uhuk!
Uhuk!” peningnya kepala aku ni.
Sebab dialah, aku jadi demam. Dua
hari aku MC tak datang kerja. Dua hari lepas, semasa dia tinggalkan aku, hujan
turun dengan lebat sekali. Dahlah dia tinggalkan aku macam orang bodoh menunggu
sampai ke petang. Aku fikir dia mungkin akan berpatah balik tapi jauh dari
panggang! Memang tak ada langsung batang hidung dia nak berpatah balik ambil
aku semula. Tup tup aku keluar dari hotel, hujan pulak bukan main lebat. Nak
tak nak terpaksa aku redah hujan yang lebat.
Tiba-tiba
telefon ku berdering. Mintak-mintak janganlah Danish Aryan yang telefon. Aku
merenung skrin telefonku.
“Assalamualaikum,
Mum…my.”
“Waalaikumsalam,
Lea. Kenapa suara kamu macam tak sihat tu?”
“Ermm..Lea
demam sikit je. Uhuk! Uhuk!” aku batuk di hujung talian.
“Ni yang
buat Mummy risau ni. Bila demam ni?”
“Dua hari
dah..takpe la tak lama lagi nak baik la ni.”
“Lea, dah
pergi klinik? Dah makan ubat?”
Aku diam.
Dua hari aku cuma duduk terperap di rumah. Klinik memang pantang bagi aku nak
ke sana. Sebab aku tak suka bau klinik nak nak lagi bau hospital. Memang aku rasa
macam nak muntah saja.
“Ni diam
sahaja…memang Mummy tahu Lea tak pergikan? Susah la macam ni Lea. Mummy nak
juga kamu jumpa doktor supaya periksa kamu. Danish dah tahu ke Lea demam ni?”
Aduh! Ini
yang tak syok bila melibatkan nama Danish Aryan! Aku bukan dalam mood okay nak
jumpa dia sekarang ni! Aku nak lancarkan perang dingin dengan dia!
“Mummy
letak telefon dulu. Lea diam macam tu, memang Lea tak beritahu Danish lagi kan?
Biar Mummy call Danny dulu.
Assalamualaikum.”
Ala…mummy
dah letak telefon pulak! Hisy...ni yang aku malas ni nak jumpa dia. Dahlah
tinggalkan aku seorang diri hari tu! Sentap tak tentu pasal.
Baru
sahaja aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba bunyi hon kereta berbunyi dari luar. Sudah ku agak. Cepat betul dia ni
datang! Tapi kepala aku memang serius sakit sangat. Aku memang tak larat nak
bangun sekarang ni.
Telefon
bimbitku berdering sekali lagi.
Danish
Aryan : Hello! Lea. Cepat turun. Aku
hantar kau ke klinik sekarang.
Lea
Aryana : Tak payah. Aku dah okay.
Malasnya aku nak turun. Takut aku
jatuh tangga pulak.
Danish
Aryan : Jangan degil boleh tak!
Cepat turun atau kau nak aku masuk ke dalam angkat kau!
Eeee…dia ni tak boleh cakap
baik-baik ke dengan aku! Buat aku sakit hati betul la! Aku dahlah sakit. Rasa
macam nak menangis je bila kena marah. Aku terpaksa gagahkan diri untuk bangun.
Cardigan yang sedia tergantung terus
ku capai untuk menutup lenganku yang terdedah kerana memakai baju t-shirtt yang
berlengan pendek. Aku menuruni anak tangga rumahku perlahan-lahan.
Sebaik sahaja aku keluar dari
rumah, Danish Aryan bergegas mendapatkan aku lalu memapah aku masuk ke dalam
keretanya. Aku hanya diam.
“Kanapa kau tak beritahu aku yang
kau demam? Kau ni sengaja nak susahkan aku kan!” ujarnya kasar.
Tanpa dapat kutahan, air mata terus
mengalir laju. Akhirnya aku menangis semahu-mahunya tanpa menghiraukan
pandangan Danish Aryan. Danish Aryan serba salah melihat tangisan Lea. Dia
tidak bermaksud untuk berkata begitu cuma dia risau akan keadaannya.
“Dahlah! Jangan nak menangis lagi.”
Pujuknya acuh tak acuh.
“Aku demam sebab kau tinggalkan aku
dua hari yang lalu! Aku tunggu kau macam orang bodoh! Aku harap sangat kau akan
datang semula ambil aku!” luahku. Biarlah dia tahu isi hatiku sekarang.
Danish Aryan terkesima. Lea Aryana
menunggunya. Dia tahu dua hari yang lepas dia bertindak bodoh dengan
meninggalkan Lea Aryana sendirian di hotel dan hujan lebat pulak turun masa
itu. Argh! Kalau tak disebabkan rasa kecil hatinya dengan Lea Aryana hari itu,
mungkin dia takkan demam. Ini semua salah aku!
Aku menangis teresak-esak seperti
budak kecil yang dimarah ibunya.
“Aku minta maaf sebab aku, kau
demam. Aku bukannya marah kau saja-saja tapi aku risaukan kau. Kau dahlah duduk
seorang diri di rumah sewa tu. Kalau jadi apa-apa kan susah! Jangan menangis
lagi, ya. Kita pergi klinik sekarang.” Pujuk Danish Aryan.
“Betul ni kau tak marah aku?”
soalku masih teresak-esak.
“Ya..itu cuma marah-marah sayang
je. Pakai seat belt tu. Kalau kau
terus sakit, aku yang susah hati.” ujarnya lembut.
Macam bermimpi pulak. Dia kata
marah-marah sayang? Maksud dia?
Sebaik
sahaja dari klinik, Danish Aryan menghantar aku pulang semula. Tiba-tiba pulak
hati ini bersalji-salji kerana menerima layanan mesra dari Danish Aryan.
Sungguh aku terharu. Barulah aku tahu sekarang, Danish Aryan ni nampak sahaja
dari luar macam serius tapi di dalamnya dia seorang yang sangat prihatin. Aku
rasa kan…aku dah jatuh hati pada dia? Tapi...dia? Mana mungkin dia suka aku!
Aku cuma kekasih lakonannya saja. Bila-bila masa sahaja hubungan kami berdua
akan terputus.
“Ok..dah
sampai. Banyakkan rehat. Jangan lupa makan ubat ikut waktu. Ingat!” arahnya
lagak seorang doktor. Aku hanya mengangguk.
Belum
sempat aku membuka pintu kereta, lenganku ditahan oleh Danish Aryan.
“Ermm..Lea,
kita kahwin?”
Mataku
membulat kerana terkejut dengan apa yang baru sahaja aku dengar. Jantungku
berdegup dengan laju sekali kerana berdebar-debar. Dia sedang melamar aku ke?
“Errr…”
aku tercengang.
“Takpe.
Kau fikirlah dulu. Ok. Jangan lupa makan ubat.” Pesannya sekali lagi. Aku
segera membuka pintu kereta untuk keluar. Danish Aryan berlalu pergi. Aku masih
lagi rasa terkejut dengan lamarannya yang berlaku pantas sekali lebih-lebih
lagi di dalam kereta. Sungguh aku tak pernah membayangkan selama ini. Dia suka
aku ke? Tapi kalau dia suka aku kenapa dia tak luahkan perasaan dia? Tiba-tiba
je nak ajak aku kahwin.
………………………………
Danish
Aryan ada menghubungi aku bahawa dia terpaksa ke Canada selama seminggu kerana
projek di sana mengalami masalah dan memerlukan dia sebagai jurutera yang lebih
pakar. Dan dia juga berpesan kepada aku tentang lamarannya hari itu. Tapi aku
masih belum memberi kata putus lagi.
Entah
kenapa rasa rindu pulak aku hendak mendengar suaranya yang kuat membebel
padaku. Walaupun dia selalu marah aku, tapi aku tak ambil hati sangat. Sebab
aku rasa aku memang benar-benar dah jatuh cinta dia dan bukan setakat jatuh hati
saja. Aku janji aku akan luahkan perasaan aku selepas dia balik ke Malaysia.
Bunyi hon
dari luar rumah mengejutkan aku. Siapa pulak tu? Takkan lah dia dah balik? Baru
tiga hari dia berangkat. Aku menuju ke pintu rumahku untuk melihat gerangan
yang membunyikan hon di depan rumahku.
Kereta
BMW 6 Series terparkir di depan pagar rumahku. Aku segera keluar untuk membuka
pintu pagar.
“Hoi!
Perempuan. Aku dah tahu belang kau! Selama ni kau tipu seluruh keluarga kami
yang kau dan Abang Danish bercinta! Kau diupah oleh Abang Danish supaya jadi
kekasih dia untuk elakkan dari aku kan!” jerkah Damia. Aku ingat lagi dia. Dia
perempuan yang berada di rumah Danish ketika rumah terbuka keluarga Danish.
“Betul ke
apa yang Damia cakap tu, Lea?” tiba-tiba seorang wanita tua keluar dari kereta.
Aku terkejut. Mama Danish!
“Err..”
“Kau diam
maknanya betul la kan! Dasar perempuan tak tahu malu! Kau cuma nak duit Abang
Danish saja kan! Berani kau tipu kami semua!” jerit Damia.
Baru dia
terasa puas kerana dapat menghamburkan kemarahannya selama ini. Sudah lama dia
memendam perasaan pada Abang Danish namun kerana kehadiran Lea Aryana, hancur
berkecai impiannya untuk mengahwini Abang Danish.
“Mama tak
sangka Lea macam ni orangnya! Kalau begitu, mama nak kamu putuskan hubungan
kamu dengan Danish. Jangan pernah jumpa dia lagi! Kalau tidak, perkara ni mama
akan sampaikan pada keluarga Lea.” Ujar Puan Sri Marina.
Puan Sri
Marina tidak menyangka Lea Aryana seorang perempuan yang suka mengambil
kesempatan lebih-lebih lagi terhadap anaknya. Fikirnya Lea Aryana merupakan
calon terbaik untuk menjadi isteri kepada Danish. Kecewa sungguh hatinya.
“Mama…Lea
minta maaf. Lea tak ada maksud nak buat macam tu. Lea sayangkan Danish, mama.”
Rayuku pada mama Danish namun bahuku ditolak kasar oleh Damia sehingga aku
jatuh tersembam ke bawah.
“Lea!!!” panggil
satu suara. Kami bertiga berpaling mencari pemilik suara itu. Aku terkejut
sekali. Apa Abang Luqman buat di sini? Sudah berapa lama dia di sini?
“Mari
kita pergi.” Ucap Puan Sri Marina kepada Damia. Mereka berlalu pergi.
“Lea!
Kenapa boleh jadi macam ni? Mari, abang papah masuk ke dalam.” Luqman memapah
adik perempuannya masuk ke dalam rumah.
Rasa
sakit hati dan marah kini bercampur di dalam hati Luqman. Bukannya dia tidak
nampak kejadian tadi malah dia menyaksikannya dari awal.
“Duduk
sini kejap. Biar abang bersihkan luka di kaki tu.”
Luqman
segera ke dapur mencari kotak kecemasan untuk mengubati luka di kaki adiknya.
Aku hanya menangis dan menangis. Bila aku sudah mula sayangkan dia, perkara ini
pula terjadi? Danish, saya rindu awak.
“Mari,
abang tengok kaki tu? Dah luka. Ni kalau mummy tau ni, susah hati dia.”
Aku masih
lagi menangis tapi tidak seperti tadi. Aku hanya membiarkan abang merawat luka
di kakiku. Tapi aku hairan kenapa sampai sekarang abang belum bertanyakan
tentang kejadian tadi kepadaku. Apakah aku yang perlu menceritakan kisah sebenarnya?
“Ok..dah
siap. Honey rehat dulu. Abang nak
keluar sekejap nak masukkan kereta abang tu ke dalam.”
“Abang…kenapa
abang tak nak tanya honey pasal hal
tadi? Abang marah honey ke? Kalau
abang nak marah, abang marah la. Honey
memang patut pun kena marah. Semua orang marah dengan honey.” Luahku sedih. Sekali lagi tangisku mengalir laju. Aku
menutup mukaku.
Abang Luq
memeluk aku. Dia mengusap belakangku untuk memberi ketenangan kepadaku.
“Abang
tahu honey buat macam tu pasti ada
sebab kan? Abang kenal dengan adik abang yang manis ni. Sebab tu abang tak nak
tanya. Tapi kalau honey nak cerita,
abang sedia dengar.”
Luqman
duduk di sisi adiknya sambil memeluk bahu adiknya. Lea masih lagi menangis
teresak-esak.
“Sebenarnya…honey terpaksa berlakon dengan Danish
sebagai kekasih dia sebab honey buat
sesuatu pada Danish. Sebelum honey
balik kampung semasa malam raya tu, honey
keluar shopping di butik. Honey nak
beli tudung untuk mummy. Masa honey
dah jumpa tudung yang honey nak,
tiba-tiba Danish pun nak tudung yang sama. Dia tak nak mengalah. Jadi pekerja
butik tu datang dan dia ingat kami ni pasangan suami isteri. Jadi dia suruh
saya try tudung tu tapi saya terus
bawa tudung tu keluar dari butik. Danish terpaksa bayar RM150 untuk tudung tu.
Sebab tu la dia ugut honey supaya
menyamar jadi kekasih dia kalau tak nak perbuatan honey ni diketahui oleh mummy dan abah.”
“Abang
dah faham sekarang. Tapi memang tindakan honey
tu salah. Honey tak boleh buat macam
tu lain kali. Jadi, honey dah bayar
ke?”
“Dah…tapi
Danish masih lagi nak teruskan juga sebab dia tak suka Damia.”
“Tapi
abang tak suka Danish buat macam ni pada honey
walaupun dia tu kawan abang! Sebab dia, honey
jadi macam ni. Abang rasa memang honey
kena putuskan hubungan honey dengan
Danish. Korang pun bukannya suka sama sukakan?”
“Tak
abang. Honey dah mula sukakan dan
sayangkan Danish walaupun honey belum
luahkan lagi pada dia. Sebenarnya…Danish ada melamar honey tiga hari yang lalu.”
“Melamar?
Danish tu betul-betul sukakan kamu ke? Atau dia cuma nak elakkan diri daripada
si Damia tu!” Aku diam. Ada betulnya kata abang. Danish tak pernah meluahkan
isi hatinya kepadaku tetapi tiba-tiba pula hendak melamarku.
“Honey…naik atas dulu la, ya. Honey pening, nak rehat.”
………………………………….
Abang
Luqman sudah memberi amaran kepadaku. Katanya kalau Danish ada menghubungi aku,
jangan jawab. Sekali-sekala, Danish tu perlu diajar. Kalau nak elakkan diri
dari Damia tu pun bukan ini jalannya. Danish perlu berani tampil ke depan untuk
memberitahu kedua orang tuanya.
Rindunya
aku pada dia. Sudah semingu berlalu. Memang Danish ada menghubungi aku tapi
sekalipun aku tidak menjawabnya kerana mengikut pesanan Abang Luq.
Bosannya.
Lebih baik aku tenangkan diri aku dengan pergi keluar jalan-jalan.
Sekurang-kurangnya, aku boleh lepaskan masalah aku.
Hari ni
saja aku nak mencuci mata di Pavillion. Bukan selalu nak pergi ke sini. Aku
melangkah masuk ke dalam Pavillion. Ramai sekali anak-anak remaja yang melepak
di sini.
“Lea!
Lea!” panggil satu suara. Aku menoleh mencari suara itu.
Syed
Airil. Apa dia buat kat sini? Syed Airil tersenyum kepada Lea Aryana. Dia tidak
menyangka akan bertemu dengan Lea Aryana di sini. Gembira sekali dia.
“Hai,
Lea. Seorang je ke?”
“Ehmm..hai.
Ya..seorang je. Nak lepaskan stress!”
ujarku.
“Kenapa stress pulak? Gaduh dengan bakal hubby ke?” usik Syed Airil. Walaupun
sekadar usikan namun di hati dia masih menaruh perasaan kepada Lea Aryana.
“Awak dah
lama kat sini ke?” sengaja aku mengubah topik perbualan.
“Hemm..baru
je sampai jugak. Tu yang nampak awak baru masuk sini. Tak sangka kita dapat
jumpa semula.” Ramah sekali bunyinya dari Syed Airil. Kenapa la aku tak bertemu
awal dengan Syed Airil?
“Kalau
macam tu, apa kata kita window shopping?”
cadangku. Bagus juga ada Syed Airil. Sekurang-kurangnya bolehlah aku dapat
lepasakan tekanan.
“Boleh ke
kita berdua je? Takut pulak bakal hubby
awak cemburu?” Sekali lagi Syed Airil cuba memancing soalan kepada Lea Aryana.
“Takpe.
Jom!”
Alang-alang
sudah terserempak, baik aku gunakan masa ini untuk berseronok. Lagipun kat
rumah tak ada benda pun nak dibuat.
Sedang
asyik kami berdua berbual, tiba-tiba langkahku terhenti apabila melihat
pasangan yang aku sangat kenal. Si perempuan sedang elok memaut lengan si
lelaki dan si lelaki pula hanya membiarkan sahaja. Gembira sekali raut wajah si
perempuan itu. Si lelaki seperti biasa hanya menayangkan wajahnya yang serius.
“Kenapa
ni, Lea?” soal Syed Airil.
“Lea…”
panggilnya. Tapi aku lebih tertarik melihat pasangan di depan ku ini.
Tiba-tiba,
lelaki itu merasakan dirinya diperhatikan. Lantas dia mengalihkan pandangannya
dan automatik aku berpaling ke belakang.
“Airil!
Jom kita jalan sekarang. Cepat!” aku mengayunkan langkah untuk pergi dari situ
sebelum dia menemui aku.
“Lea!
Lea!” panggilnya. Aku hanya membiarkannya.
“Lea,
itukan Danish Aryan. Kenapa awak lari dari dia?”
“Don’t ask me! Please!”
Usai tiba
di kereta ku, aku terus masuk ke dalam. Aku sempat mengucapkan terima kasih
kepada Syed Airil kerana kesudiannya menemani aku tadi. Aku terus menghidupkan
enjin kereta dan meluncur keluar. Tangisan ku sekali lagi mengalir. Ah! Kenapa?
……………………………………
Danish
Aryan berkali-kali menghubungi Lea Aryana. Baru hari ini dia dapat bertemu
dengan Lea dan sungguh dia merindui wajah itu. Sejak dia balik seminggu yang
lalu, Danish Aryan berhasrat untuk masuk meminang Lea namun apa yang diharapnya
tidak seperti yang diinginkannya. Mamanya telah tahu hubungannya bersama Lea
adalah lakonan semata-mata dan lebih mengecewakan hatinya adalah apabila mamanya
meminta dia putus hubungan dengan Lea.
Walaupun
dia berkeras menentang keputusan mamanya, nampaknya Lea juga bertindak begitu
apabila menjauhkan diri daripadanya. Danish tahu dia telah melukakan hati Lea
dan juga kedua-dua keluarga.
“Lea….saya
rindukan awak. Maafkan saya, Lea.”
Tuk! Tuk!
“Danny,
makan malam dah siap tu. Mari makan.” Ujar Puan Sri Marina di luar pintu bilik.
Danish
Aryan menekup kepalanya dengan bantal. Dia ingin mogok lapar. Pintu biliknya
berkali-kali diketuk oleh mamanya. Danish buat tidak endah.
“Danny!
Janganlah macam ni. Nanti Danny sakit, siapa susah? Mama juga. Keluarlah
sayang. Dah berapa hari Danny tak makan.” Pujuk Puan Sri Marina walaupun dia
tahu sebab anaknya berbuat demikian.
“Bibik!
Bibik!”
“Ya! Puan
Sri.”
“Kamu tolong
carikan kunci pendua bilik Danny ni sekarang.” Arahnya tegas. Kali ini Puan Sri
Marina akan berkeras menghadap anaknya ini. Tak pernah-pernah lagi Danny
berkelakuan begini dengannya. Gara-gara disuruh putus hubungan dengan Lea,
Danny ingin mogok lapar.
Lima minit kemudian…
“Ini dia,
Puan Sri.” Bibik Noni menyerahkan kunci kepada Puan Sri Marina.
Pintu
bilik terus dibuka segera. Puan Sri Marina meluru masuk ke dalam bilik anak
bujangnya ini.
“Danny!
Danny! Apa nak jadi ni?”
Danny
masih menekup kepalanya dengan bantal.
“Danny…bangunlah.
Mari makan, ya. Nanti Danny jatuh sakit.”
“Tak
nak!” jawab Danny. Kali ini dia benar-benar berjauh hari dengan sikap mamanya
yang tidak mengambil perasaannya. Mamanya lebih memenangkan perasaan Damia.
“Danny,
jangan nak jadi budak yang tak matang! Kalau Danny tak nak makan, mama suruh
Damia datang sini!”
“Kalau
mama suruh dia datang sini, Danny lari dari rumah!”
Amboi!
Nak ugut lari rumah pulak! Anak aku ni dah kenapa macam perangai budak-budak!
Takkan la langsung tak boleh ngam dengan Damia tu. Kalau dulu, okay je.
“Marina!
Biarkan Danny bertenang dulu. Mari keluar.” Ujar Tan Sri Dani Aryan tiba-tiba
yang sudah berada di dalam bilk Danny. Terkejut juga dia mendengar perbalahan
anak beranak itu sehingga didengarinya
dari bawah.
“Abang!
Tapi Danny tak makan. Nanti kalau dia jatuh sakit?”
“Tak
payah lah bimbang. Anak kita tu dah besar. Dia pandailah jaga diri. Kamu tu
jangan nak berkeras dengan dia sangat.” tegur Tan Sri Dani Aryan kepada isterinya.
Puan Sri
Marina berlalu pergi dari bilik anaknya.
“Thanks, ayah.” Ucap Danny sebaik sahaja
mamanya keluar. Danny tahu hanya ayahnya saja yang faham akan dirinya.
“Tak ada
hal la, Danny. Dah berapa hari kamu mogok lapar ni? Takkan nak tunggu jatuh
sakit baru nak makan?”
“Biar
Danny mogok lapar! Ini semua salah Damia!”
“Tak
payah nak salahkan orang lain. Danny pun salah juga dalam hal ni. Kalau bukan
sebab Danny gunakan Lea, benda ni tak jadi macam ni. Kamu tengok mama kamu tu
sekarang. Dia dah salah faham dengan Lea sebab masalah yang kamu cipta sendiri.
Ayah nak kamu cepat-cepat selesaikan hal ni.”
“Yelah…Danny
tahu Danny salah. Tapi Danny dah betul-betul sukakan Lea. Danny ingat lepas
Danny balik dari Canada, Danny nak masuk meminang. Tup tup..Danny pulak masuk
bilik nak mogok lapar!”
Tan Sri
Dani ketawa mendengar jawapan anaknya ini. Cinta itu memang buta. Tan Sri Dani
gembira anaknya itu sudah mempunyai pilihan hati sendiri namun yang
membimbangkan ialah isterinya dan juga Damia.
“Kalau kamu
betul-betul sukakan Lea, ayah nak kamu pergi minta maaf dengan keluarga Lea dan
juga Lea sendiri. Lepas tu, baru bereskan yang lain.”
“Ok ayah!
You are the best daddy in the world!”
……………………………………….
Danish
Aryan bersiap-siap untuk balik ke kampung untuk berjumpa keluarga Lea. Dia
ingin meminta maaf kepada keluarga Lea dan menyatakan keinginan hatinya juga
untuk menyunting Lea sebagai isterinya.
“Danny…nak
pergi mana tu, bang?”
“Biarlah
dia nak pergi mana..” Tan Sri Dani sudah tahu tujuan anaknya itu keluar awal
begini. Dia yang mencadangkannya kepada Danny sendiri.
“Ina
bimbang la bang. Dah berapa hari Danny tak makan. Ini semua pasal Lea la ni
anak kita mogok lapar.”
“Ina,
abang nak ingatkan sekali lagi ya. Lea tak bersalah dalam hal ni. Anak kita
yang mulakan masalah ni semua. Lea cuma terpaksa sebab nak tolong anak awak tu.
Awak jangan nak percaya sangat cakap si Damia tu!” Puan Sri Marina sudah tarik
muncung.
“Tapi Lea
boleh bantah kan masa tu! Lea tu mesti ada niat yang tak baik!”
“Astagfirullah!
Ina. Cuba bawa bertenang. Selama sebulan ni awak tengok macamana hubungan Danny
dengan Lea. Awak tengok mereka tu macam berlakon ke? Danny tu sebelum ni jarang
sangat bergurau senda dengan kita. Asyik-asyik dengan kerjanya dua puluh empat
jam. Sejak dia dengan Lea, abang nampak Danny gembira. Danny tu betul-betul
sukakan Lea. Damia tu, Danny dah anggap macam adik perempuan dia selama ni.
Abang harap Ina fikirkan maksud abang ni demi kebahagiaan anak kita.” Dalam
diam, Puan Sri Marina mengiyakan kata-kata suaminya itu. Jika difikir semula,
memang kehadiran Lea telah menceriakan kehidupan mereka sekeluarga. Timbul
perasaan bersalah dalam diri Puan Sri Marina kerana bertindak di luar kawalan
terhadap Lea tempoh hari.
Tan Sri
Dani Aryan berlalu pergi kerana ada janjitemu dengan rakan bisnesnya. Bukan dia
sengaja untuk berkata begitu pada isterinya namun niatnya cuma untuk
menyedarkan isterinya itu sahaja.
……………………………………..
“Assalamualaikum!”
sapa Danish Aryan di luar rumah keluarga Lea.
Walaupun
hati rasa gemuruh tapi Danish beranikan dirinya juga untuk menyelesaikan
masalahnya bersama Lea. Dia tidak kisah sekiranya dia dihalau, dia tetap akan
meminta maaf.
“Assalamualaikum!!”
sekali lagi Danish Aryan memberi salam.
“Lea!
Cuba tengok siapa kat luar tu?” arah Puan Laila yang sedang sibuk memasak.
“Ok…”
jawab Lea.
Lea
keluar dari dapur menuju ke luar rumah untuk melihat gerangan yang datang ke
rumahnya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam…”
Lea terkejut melihat Danish yang sudah berada di depan rumahnya. Lea tidak
menyangka akan bertemu Danish di sini. Rindunya pada Danish hanya disimpan
dalam hati sahaja memandangkan keluarganya masih lagi kecewa dengan apa yang
terjadi.
“Siapa
yang datang Lea?” Puan Laila bertanya.
“Assalamualaikum,
Aunt.” Sapa Danish Aryan
“Waalaikumsalam,
Danish. Kamu ke sini nak apa?” soal sinis Puan Laila.
“Aunt, saya datang ke sini nak berjumpa
dengan keluarga Aunt semua. Saya nak
minta maaf atas kesalahan yang saya buat. Saya tahu keluarga Aunt susah nak terima tapi saya
benar-benar minta maaf.”
Puan
Laila tersenyum sinis. Lea sudah menceritakan segala-galanya kepadanya.
Walaupun begitu, Puan Laila agak kecewa dengan sikap Danish yang melibatkan
anaknya dalam masalahnya. Namun di sudut hatinya, Puan Laila tahu anaknya itu
sudah menyimpan perasaan pada Danish.
“Lea…kamu
masuk sekarang dalam bilik!” arah Puan Laila tegas.
Lea
terpaksa menurut kata mummynya
walaupun dalam hati dia ingin berjumpa dengan Danish. Puan Laila terus menutup
pintu rumahnya. Suaminya dan anaknya, Luqman tidak berada di rumah kerana masih
bekerja. Lewat petang baru mereka akan pulang.
Danish
faham layanan Puan Laila kepadanya. Dia tidak mengambil hati kerana dia tahu
dia yang bersalah.
Jam sudah
menunjukkan pukul 8.00 malam. Lea berasa tidak tenang kerana kehadiran Danish
Aryan yang masih setia menunggu di luar rumah. Mustahil ayah dan abangnya tidak
perasan akan kewujudan kereta di depan rumah mereka. Lea mencapai telefon
bimbitnya lalu menaip sesuatu kepada Danish Aryan.
Lea Aryana : Salam. Awak balik la, Danish.
Dah lewat malam ni.
Telefon
bimbit Danish Aryan yang bergetar menyedarkan lamunannya.
Danish Aryan : Salam. Saya akan tetap
tunggu di sini.
Lea
Aryana berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Jam kini sudah menunjukkan
pukul 10.00 malam. Hatinya dipagut kerisauan kerana Danish Aryan. Langkah Lea
Aryana terhenti apabila mendengar bunyi mesej dari telefon bimbitnya.
Lea Aryana : Tak payah lah tunggu lagi.
Awak baliklah. Tentu keluarga awak risau.
Selesai
sahaja menghantar mesej kepada Danish Aryan, pintu bilik Lea Aryana diketuk.
“Abang
Luq! Kenapa?” soalku.
“Lea…mummy
dan ayah panggil nak jumpa Lea kat luar.”
Aku
menutup pintu bilikku. Telefon bimbit terpaksa ku tinggalkan di dalam bilik. Aku
dan Abang Luq menuju ke ruang tamu. Aku melabuhkan duduk begitu juga dengan
Abang Luq.
“Hemm…ada
apa ayah dan mummy nak jumpa Lea?” soalku.
“Lea…Lea
tahukan yang Danish masih tunggu di luar. Mummy rasa serba salah pulak buat
Danish macam tu. Mummy nak minta tolong dari Lea, tolong jemput Danish ke sini.
Ayah dan mummy nak bercakap dengan Danish.”
Aku
menelan air liur. Alamak…nak kena jumpa Danish ke? Aku macam rasa segan pulak
bila dah lama tak jumpa dia. Oh..hati! Tolong beri kerjasama ya?
Aku bingkas
bangun menuju ke bilik tidurku untuk mencapai tudung Ariani lalu menuju ke
pintu utama. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta Danish dengan hati
yang berdegup laju. Aduh! Macam nak tercabut saja jantung ni keluar! Betul la
kata orang, ‘bila kita mula merindui
seseorang, maknanya kita akan ingat tentang dia.’ Memang itulah
kesimpulannya kepada diriku.
Danish
yang bagaikan bermimpi cepat-cepat tersedar apabila melihat Lea Aryana mula
menghampiri keretanya. Cepat-cepat Danish membuka keretanya untuk segera keluar
menemui gadis yang telah mencuri hatinya.
“Assalamualaikum.”
Ucapku.
“Waalaikumsalam…Lea.”
“Ermm…mummy
jemput awak masuk.” Aku terus berpaling ke belakang lalu meneruskan langkah
menuju ke rumah ku semula. Danish terpinga-pinga sebentar namun segera
membuntuti Lea.
Ish! Bila
masa pulak aku bertukar menjadi perempuan ayu ni? Dulu aku sibuk beraku berkau
dengan DANI.
Tiba
sahaja di ruang tamu, aku segera mengambil tempat duduk di sisi mummyku.
Ayah kelihatan tenang menyambut kedatangan Danish Aryan begitu juga dengan
abang. Aku pula yang naik gementar ketika ini.
“Lea
pergi masuk bilik dulu. Nanti bila kami dah habis berbincang, baru mummy
panggil Lea.”
“Huh?
Masuk bilik?” soalku.
Mummy
hanya menganggukkan kepalanya. Yang lain turut memerhatikan aku yang masih
belum berganjak. Akhir sekali, pendanganku jatuh kepada Danish. Haiyakk…nampak
tampan pulak Danish malam ni. Hish! Astagfirullah…Lea. Jaga pandangan tu.
Danish memberikan isyarat supaya aku mendengar kata mummy.
“Ok. Lea
masuk dulu. Janji tau, bila dah habis bincang panggil Lea keluar.”
“Ok.”
Jawab semua pulak serentak.
Aik!
Macam-macam. Aku berlalu masuk ke dalam bilik dan menanti keputusan
perbincangan itu nanti.
Sudah setengah
jam berlalu. Aku masih tidak dipanggil-panggil keluar lagi. Lamanya mereka
berbincang. Aku berjalan mundar mandir di dalam bilikku.
“Tuk!
Tuk!” pintu bilikku diketuk. Itu dia!!! Dah siap agaknya.
“Hemm..Abang
Luq! Macamana? Dah siap?”
Abang Luq
hanya senyum padaku. Senyuman tu memang membuatkan aku tertanya-tanya. Dahlah
senyuman tu manis sangat.
“Dah
habis pun. Actually dah lama habis.”
“What?”
“Mummy!!!”
jeritku sambil berlari keluar ke ruang tamu. Mataku sempat juga mencari Danish.
Tetapi sayangnya Danish tiada di situ.
“Kenapa
anak dara menjerit malam-malam macam ni? Terkejut Danish tu kalau nampak Lea
macam ni.” usik mummy padaku.
“Mummy,
mana Danish?”
“Dah
balik.”
“HAH?
Balik? Bila? Kenapa tak panggil Lea pun?”
“Amboi!
Banyaknya soalan. Macamana mummy nak jawab?”
“Kenapa
mummy tak panggil Lea tadi?”
“Saja.
Takpelah Lea pergilah masuk tidur dulu. Nanti Lea akan tahu juga. Ok, sayang.
Selamat malam.”
……………………………………
3 BULAN
KEMUDIAN…
“Bi!
Cepat bangun!” aku segera menggoncang bahu suamiku yang masih lagi lena diulit
mimpi.
“Ermmm…”
Aik! Jawab
tu je. Aku sudah bercekak pinggang kerana geram dengan Danish. Aku menarik
segera gebar yang menyarung badannya.
“Ahh!!”
Aku terjerit kecil kerana Danish tiba-tiba sahaja memeluk aku.
“Acah je.
Hemm…wanginya honey ni. Nak pergi mana ni?” usiknya dengan senyuman
seksinya. Aku segera mencubit lengannya.
“Ouch!!!”
Danish mengadu kesakitan. Aku tersenyum puas. Lucu pula melihat raut wajah
Danish.
“Benci la
macam ni. Kalau macam tu, tak payahlah pergi.” Aku sengaja merajuk. Nak juga
tengok Danish memujuk aku.
Aku masih ingat lagi hal yang
berlaku tiga bulan lepas. Rupa-rupanya Danish bersungguh-sungguh menjelaskan
hal yang sebenar dan perasaannya terhadap aku kepada keluargaku. Berkat kesungguhannya,
Danish tidak mengambil masa yang lama untuk terus masuk meminang aku selepa
menerima lampu hijau dari pihak keluargaku.
Malam tu memang aku sedikit kecil
hati juga sebab satu family aku dah berkomplot tak nak beritahu aku apa
yang terjadi. Tup-tup, tiga hari selepas tu aku dipinang oleh keluarga Danish. Bak
kata Dina, ‘malu tapi mahu’. Memang aku gembira sangat masa tu.
“Cupp!” satu ciuman hinggap di
pipiku. Aku tersentak. Danish senyum pada aku. Haiyakkk…sebab inilah aku cair
bila tengok Danish senyum macam tu pada aku. Memang manis lima sudu gula la.
“Ingat siapa tu?” soal Danish.
“Ingat hubbylah!” balasku
malu-malu dengan muka yang sudah merah.
“Tentang apa?”
“Masa keluarga bi datang
meminang sayang la…”
“Honey…bi nak minta
maaf dengan honey sebab pernah lukakan hati honey dulu. Cuma satu
je bi nak cakap yang Danish Aryan always love Lea Aryana for the rest
of my life.”
“I love you too, three, four,
five and so on…” usikku.
Amboi! Sweetnya suami aku ni
pagi-pagi macam ni. Macam nak join tidur semula pula. Tak jadi nak
membebel tapi kalau aku tak membebel karang…
“Kenapa ni?” soal Danish.
Sebenarnya Danish sudah dapat meneka air muka isterinya itu. Bukannya Danish
tidak ingat hari ini hari apa. Lima belas minit sahaja lagi tepat jam 9.00
pagi. Belum rasa puas lagi Danish hendak menikmati bulan madunya bersama isteri
tercintanya di kota romantis ini.
“Sayang…sayang, cepatlah bangun
bersiap.” Ucapku namun Danish masih lagi tiada reaksi. Malah Danish sengaja
berbaring semula sambil menarik selimutnya.
“Honey….lets stay here
for another two days? Ok, my sweetheart? Let’s get sleep, princess. Say..good
morning and good night again to Paris City!” Danish menarik aku berbaring
di sebelahnya. Kami berdua saling berpandangan.
“You’re so naughty hubby.” Aku
memicit hidung Danish.
“Hubby tahu la hari ni kita
sepatutnya balik Malaysia but bi tak puas lagi nak berhoneymoon
dengan honey ni. Ok, my dear. Let’s spend our honeymoon here, honey?”
“For you..I will, sayang. I love
you,
Danish Aryan.” Bisikku padanya.
“I love you my sweety honey. You’ll be my first and last
honey.”
Tamatlah kisah cinta kami berdua di
bumi Paris. So, pengajaran untuk kisah cinta aku dan Danish ni kalau nak
benci tu jangan duk sibuk sangat nak benci sebab kita tak tahu bila kita duk
sibuk cinta pulak.
TAMAT.
P/S : Akhirnya siap juga part II cerpen MR HUBBY DAN MS HONEY...Cik KL nak sorry sangat sebab ambil masa yang lama untuk update cerpen ni. Kepada yang tunggu part II cerpen ni, Cik KL ucapkan Selamat Membaca dan ini adalah cerpen terakhir untuk tahun 2013 :) Opps! Sila tinggalkan komen untuk Cik KL sebab nanti nak buat cerpen yang lagi davoommm!! By the way, Cik KL nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua followers blog Cik KL dan sesiapa yang sahaja yang baru terjumpa blog Cik KL ni. Wish me luck for my final exam dan nantikan karya terbaru dari Cik KL untuk tahun 2014 :)
Nantikan karya terbaru Cik KL 2014 :)
- 22:50
- 7 Comments