“ERGHHH!!!”
Aku menutup pintu bilik pejabatku
dengan kasar. Geram betul dengan budak tu! Memang tak makan saman betul
perangai dia tu. Hisy…
Juleeya melabuhkan duduknya di
kerusi lalu menutup matanya seketika untuk bertenang.
“Boleh saya tahu nama penuh, umur, alamat rumah dan birthday Cik Gadis Bunga?”
“Kenapa pulak awak nak tahu?”
“Sebab saya ni kan pelanggan VVIP
untuk seumur hidup awak.”
“Mengarutlah awak ni. Awak tu tak
cukup umur lagi. Kerja pun tak lagi.”
“Saya beri awak masa untuk fikir.
Lagipun, I’m your very very important person for the rest of your life.”
Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk.”
Mai melangkah masuk ke dalam lalu
melabuhkan duduknya.
“Kenapa ni muka masam mencuka je?
Gaduh dengan pelanggan ke?”
“Hemmm…”
“Amboi! Cik Bunga kita ni dah pandai
mengeluh. Kenapa? Pelanggan VVIP kau cerewet ke?”
Pelanggan VVIP?
Memang itulah jawapannya. Pelanggan VVIP aku yang seorang ni memang tak makan
saman langsung orangnya. Dahlah tak cukup umur! Ada hati lagi nak mengurat aku.
Hisy…suka hati dia je nak tau pasal aku!
Dahlah aku akan
terpaksa memghadap muka dia untuk bulan yang seterusnya. Lepas ni kena hias
bilik dia pulak! Macam-macam betul la.
“Juleeya! Apa hal
yang sebenarnya? Ceritalah.”
“Ok. Aku boleh
cerita tapi jangan cerita kat sesiapa.”
Mai mengangkat
tangan kanannya lalu senyum.
“Kau kenalkan
Datin Sri Nona, pelanggan tetap VVIP aku tu.”
Mai mengangguk.
“Kau cuma kenal
Aqmar kan…”
“Ok…then,
apa kena mengena Datin Sri Nona dengan Aqmar dalam cerita kau ni?”
“Masalahnya
sekarang, cucu bongsu Datin Sri Nona ni sudah bikin wa panas. Aku betul-betul
nak siram dia dengan air bunga aku ni. Boleh pulak dia nak minta nama aku, umur
la, alamat rumah aku la, birthday aku la. Hisy…” geramku.
Mai ketawa besar.
“So, ada
orang nak pikat kau la muka kau masam mencuka ni. Peliklah kau ni. Orang
perempuan ni kalau kena pikat bukan main gembira lagi. Kau ni kenapa pula nak
siram dia dengan air bunga?”
“Sebab…masa
pertama kali aku jumpa dia lagi, dia dah bagi aku bad impression. Dia
suruh aku balik sebab dia ingat aku ni sales girl. Kedua, dia tu masih
di bawah umur. Maksud aku tak cukup matang lagi. Ketiga, dia tak kerja lagi.”
“Laaa…cuma itu
saja derr. Macam best pulak dengar kisah cinta kau ni. Aku rasa memang
dia ada feel la dengan kau. Orangnya macamana? Hansem tak? Atau Aqmar
lagi hansem?”
“No komen!”
“Ceh! No
komen-komen pulak dia ni. Mesti dia hansemkan..”
“Dahlah cerita
pasal budak tu. Apa hal kau datang ni?”
“Oh ya! Nasib baik
kau ingatkan aku. Nak tanya ni yang kelas menggubah bunga tu jadi tak sabtu
ni?”
“Oh my!
Nasib baik kau ingatkan aku Mai. Aku hampir-hampir lupa hal tu. So, macamana?
Ramai tak yang nak join kelas tu?”
“Of course
la. Sebab kau yang mengajar, ramai sangat nak join. Tapi kita cuma buka
untuk 10 orang saja permulaan ni.”
“Okay…aku tak
sabarlah Mai. Thanks for the info.”
……………………………….
Hari ini hari
pertama Arjuna akan melaporkan dirinya sebagai penolong pengarah urusan di AR
Holding Corporations. Pada mulanya memang Arjuna tidak mahu untuk mengikut
abangnya ke sini. Namun, atas arahan daripada Nendanya, Arjuna terpaksa
menurutnya jua.
Aqmar membawa
Arjuna untuk bertemu dengan semua ahli lembaga pengarah kemudian barulah Aqmar
memperkenalkan Arjuna kepada pekerja-pekerja mereka. Semua pekerja dapat
menerima Arjuna dengan baik kerana mungkin karakter Arjuna yang lebih bersifat
mesra alam.
“Ok. Ini bilik
Ayish. Kalau ada masalah ke or apa-apa yang Ayish tak tahu, just call
me. Tak pun Ayish ada setiausaha Ayish kat luar tadi tu.”
“Ok. Thanks Abang
Aqmar.”
Arjuna
memerhatikan keadaan bilik pejabat yang disediakan khas untuknya. Idea nakal
Arjuna mula menjelma. “Hemm…Cik Bunga, nampaknya kita akan jumpa selalu.” bisik
hati Arjuna.
“Cik Liza, boleh
masuk sekejap.” Arah Arjuna melalui interkomnya.
Liza melangkah
masuk ke dalam bilik bosnya yang baru. Tanggapan Liza yang pertama, bosnya ini
sememangnya kacak dan peramah orangnya. Tambahan lagi, bosnya ini sering
menghadiahkan senyuman mesra alamnya.
“Ya, ada apa Encik
Arjuna.”
“Ok. Awak ambil
kad ni. Saya nak awak tolong hubungi nombor dalam kad ni dan saya nak awak
minta dia datang ke pejabat ni esok pagi, pukul 10.00. Saya nak buat tempahan
bunga tapi tolong jangan sebut nama saya. Okay?”
“Hemm…okay.” jawab
Liza yang pelik dengan permintaan bosnya ini.
Arjuna sudah
mengukir senyuman yang penuh dengan makna. Rasa tak sabar untuk bertemu dengan
gadis bunganya yang sudah berjaya menawan hatinya.
Liza melangkah
keluar dengan hati yang tertanya-tanya. Macam-macam ragam bosnya ini. Lalu Liza
melabuhkan duduknya sambil merenung kad yang sedang dipegangnya. Sekali lagi
dia menilik nama yang tertera di dalam kad itu.
“Hemm..kalau tak
silap aku, ini nama pemilik kedai bunga Floral J yang aku selalu pergi tu. Bos
aku ni macam-macam betul.”
Tanpa membuang
masa, Liza mendail nombor telefon yang tertera di dalam kad itu.
“Hello. Floral J
di sini.”
“Assalamualaikum.
Hello. Saya Cik Liza Adnan. Boleh saya bercakap dengan Cik Juleeya Qistina.”
“Waalaikumsalam.
Sekejap ya.” Ujar Mimi yang ditugaskan untuk menjawab panggilan daripada
pelanggan Floral J.
“Cik Juleeya, ada
pamggilan untuk Cik sekarang.”
“Ok.” Jawab
Juleeya.
“Cik Liza, saya
akan sambungkan panggilan ni kepada Cik Juleeya.”
“Terima kasih.”
Liza masih
menanti.
“Assalamualaikum.”
Sapa Juleeya di talian.
“Waaalaikumsalam.
Saya Liza dari AR Holding Corporations.”
“Okay. Ada apa-apa
yang boleh saya bantu, Cik Liza?”
“Begini, Cik
Juleeya. Bos saya nak buat tempahan bunga tapi dia nak minta Cik Juleeya datang
sendiri berjumpa dengan dia esok pagi jam 10.00. Cik Juleeya, sudi tak?”
Juleeya pantas
mengalihkan matanya melihat kalendar yang berada di atas mejanya. Yalah,
Juleeya perlu untuk melihat jadual kerjanya sebelum menerima tempahan bunga
kerana takut berlaku masalah pulak nanti.
“Ok. Boleh. Esok
saya akan datang ke sana.”
“Terima kasih.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
AR Holding
Corporations? Macam pernah dengar je? Tapi kat mana ya? Lantaklah! Yang penting
aku ada job. Hope bos Cik Liza tu taklah cerewet macam budak tak
matang tu.
……………………………………
Juleeya melangkah
masuk ke dalam AR Holding Corporations dengan tenang. Hatinya entah kenapa rasa
berdebar-debar. AR Holding Corporations…seingatnya dia seperti pernah mendengar
nama ini tetapi entah di mana.
Juleeya lalu melangkah
menuju ke kaunter pertanyaan lalu memberikan sekeping kertas yang tertera nama
pelanggannya semalam. Penjaga kaunter itu tersenyum.
“Cik…boleh pergi
ke tingkat lapan.” Ujarnya.
“Okay. Terima
kasih ya.” Jawab Juleeya mesra lalu segera beredar.
Sedang Juleeya
masih menunggu untuk pintu lif terbuka, kelibatnya itu dilihat oleh Aqmar.
Namun disebabkan Aqmar masih lagi berbincang dengan rakan perniagaannya di
ruang lobi membataskan dirinya untuk menyapa Juleeya. Dalam hati,
tertanya-tanya juga akan kehadiran Juleeya di sini.
Tidak berapa lama
kemudian, pintu lif pun terbuka. Juleeya segera menekan punat tingkat lapan
untuk bertemu dengan kliennya. Sejak kebelakangan ni, semakin bertambah pulak
permintaan menggubah bunga dari kedainya. Entah kenapa semakin hampir, semakin
laju pula jantungnya berdegup. Kenapa pulak ni? Pasai apa pulak hati aku
ni berdebar-debar semacam?
“Hai…boleh tak
saya bertemu dengan Cik Liza Adnan? Saya Cik Juleeya Qistina.” soalku di
kaunter receptionist.
Perempuan itu tersenyum
padaku.
“Hai. Sebenarnya
sayalah Cik Liza Adnan. Saya yang menghubungi Cik Juleeya semalam untuk bos
saya.”
Bos dia? Macam
pelik je?
“Cik Juleeya
jangan bimbang. Sebenarnya saya hanya mewakili bos saya. Dia yang minta saya
untuk menghubungi Cik Juleeya sebab dia nak Cik Juleeya menghias bilik
pejabatnya yang baru. Lagipun bos saya ni baru sahaja masuk dua hari bekerja di
sini.”
“Oh…begitu.
Baiklah. Kalau begitu, boleh saya berjumpa dengan bos Cik Liza sekarang?”
“Sebentar ya.”
Liza menekan
butang interkom untuk menghubungi bosnya.
“Baiklah. Cik
Juleeya boleh masuk sekarang. Bos saya dah tak sabar untuk bertemu dengan Cik
Juleeya, katanya. Cik Juleeya hanya jalan terus sahaja. Nanti, Cik Juleeya akan
nampak nama bos saya tertera di luar pintu.’
“Nama bos awak?”
“Encik Arjuna
Rayish…”
Hemmm…nama yang
jarang di dengar tapi sedap pulak nak sebut namanya.
P/S : Assalamualaikum buat semua followers AnyeongKira blog...saya memohon maaf kerana sudah lama tak buat entry...so, hari ini dapat juga Cik KL update cerita #CikGadisBUNGA untuk semua...selepas ni Cik KL akan mula update cerita-cerita baru...selamat berpuasa semua :)
- 12:29
- 3 Comments