Cerpen HELLO MISS BLACK! BOLEH BERKENALAN

13:06


Part 1

By : Kira Lee





ZARITH AIRISHA

Nama aku Zarith Airisha binti Dato Zainal. Umur aku pula sekarang dah masuk 30 tahun. Aku telah menghabiskan masa muda ku dengan menguruskan peniagaan keluargaku. Selepas ayahku bersara, akulah yang menggantikannya kerana di dalam keluarga aku, hanya aku sahaja satu-satunya anak mereka. Kalau orang tengok wajah aku, memang pasti semua akan menyangka yang aku ni baik ler, lembut ler, ayu ler tapi..maaf yer, itu memang bukan karakter aku. Aku nak kongsi rahsia aku. Sebenarnya, aku ni nampak je muka suci, tapi cuba dengar kata-kata ikhlas daripada semua pekerja aku.

“ Mona, apa pendapat awak dengan Ceo baru kita? “ soal Zeema merangkap sepupu aku yang selalu melepak kat office aku.

“ Err...maaf, Cik Zeema, saya tak boleh nak beri pendapat.” Jawabnya dengan muka sedih.

“ Tak apa. Awak jangan takut. Saya bukan macam Ceo kamu tu. Tak apa. Bagi tahu je pendapat awak. Saya ni pakar kaunseling khas untuk Cik Zarith Airisha. Okey..”

“ Betul ni?”

“ Yes. Awak beri je pendapat awak tentang cara bekerja Cik Zarith sebagai Ceo syarikat ini.”

“ Baiklah. Pada mulanya saya dan rakan sekerja yang lain bersetuju sangat-sangat yang Cik Zarith menjadi Ceo syarikat ini. Kami telah diperkenalkan semasa Majlis Persaraan Dato Zainal 2 bulan lepas. Kami semua sangat gembira kerana Cik Zarith yang kami lihat malam itu sangat cantik dan lembut orangnya. Tapi, setelah 2 bulan bekerja bersamanya, ternyata kami silap menilainya.”

“ Interesting! Teruskan.”

“ Kami terasa seolah-olah berada di kem tentera bila berdepan dengannya. Ada satu hari tu, Kakak cleaner tu sedang membersihkan tingkap bilik pejabat Cik Zarith. Tiba-tiba, kami terdengar suara orang sedang marah-marah. Kami pun terasa ingin tahu siapa yang bersuara sebegitu. Kami pun berjalan perlahan-lahan mendekati pejabat Cik Zarith. Kami dapati yang Kakak Cleaner tu sedang dimarahi oleh Cik Zarith kerana air cucian tingkapnya telah tertumpah ke beg tangan Cik Zarith. Siap maki hamun lagi tu. Dasyat....”

“ Bukan itu sahaja, saya yang bekerja sebagai setiausahanya pun turut terkena tempiasnya juga. Hari tu saya kena siapkan laporan mesyuarat. Lepas siap, saya terus hantar ke bilik Cik Zarith. 5 minit kemudian, saya dah kena panggil. Saya masuk jer...terus Cik Zarith melemparkan kertas laporan tu ke arah muka saya. Saya cukup terkejut dengan tindakannya itu. Hanya disebabkan saya tereja salah beberapa 3 perkataan, terus saya dimaki hamun. Cik Zarith kata saya ni membazir kertas sahaja tak pun membazir dakwat print. Cik Zarith kata kalau tak nak kena pecat, buat semula tanpa ada langsung kesalahan ejaan. Saya sudah hampir nak menangis di depannya.” Ujar Mona lagi.

“ Huiiii...dasyat...dasyat....bos kamu ni. Saya rasa bos kamu ni dah tahap kritikal ni. Tak apa la sebab dah kongsi luahan rasa kamu. Tak apa. Awak jangan bimbang. Saya akan cuba berbincang dengannya nanti. Ada apa-apa lagi nak kongsi.”

“ Ada. Tapi ini sebenarnya rahsia semua pekerja di sini. Memandangkan Cik Zeema Pakar Kaunseling bos kita, saya begitahu je la. “

“ Apa dia?”

“ Sebenarnya, kita semua orang kat sini ada beri satu gelaran pada Cik Zarith. Kami semua panggil MISS BLACK.”

“ MISS BLACK? But why?”

“ Sebab bos kita tu kan selalu jer pakai baju hitam, lepas tu marahnya...hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau ada yang tak kena pada pandangan matanya, pasti ada yang akan kena maki hamun.”

“ Oh...MISS BLACK yer. Ok. I’ll keep the secret. Thanks again.”

Zeema berlalu menuju ke pejabat Ceo Syarikat Indera Mahligai  yang terletak di hujung sekali.
..............................................................................................................................................
Tuk!Tuk!Tuk!

“ Masuk” arah Zarith.

“ Hello MISS BLACK!” sapa Zeema. Sengaja dia mengusik sepupunya itu.

“ Apa Hello-Hello? Bagilah salam dulu.” Jawabnya tegas tanpa memandang muka sepupunya itu. Alamak! Terkena pulak aku. Tulah...kau Zeema, nak kenakan dia, kau yang terkena balik.

“ Opss sorry. Assalamualaikum.”

“ Ehm...Waalaikumsalam.” Zeema terus duduk berhadapan dengan aku tanpa aku jemput pun. Zeema memang macam tu. Tak payah nak dijemput, boleh layan diri sendiri.

“ Apa hal kau tersenyum-senyum macam Mak Nenek ni? Lagi satu..apa tadi kau cakap kat aku? MISS BLACK?”

“ Amboi mulut.......laser macam Azwan Ali gitu. Ke kau ni ada bau-bau bacang dengan dia?”

“ Please...kau jangan nak lawak bodoh depan aku. Kau tu baru lah ada hubungan dengan aku. Jangan nak merepak. Aku tak puas hati. Apa kau cakap kat aku tadi. MISS BLACK? Apa kena dengan kau ni nak panggil aku MISS BLACK segala. Bukannya aku hitam legam pun. Hitam lagi Pak guard kat luar tu.”

“ Ish..kau ni kan...memang tak sayang mulut tau. Saja jer aku nak panggil kau MISS BLACK. Sesuai la dengan imej kau yang garang macam singa ni. Tu...nasib baik aku panggil kau MISS BLACK..ker nak aku panggil MISS LION.” Zeema ketawa besar kerana dapat mengenakan sepupunya itu. Bukan senang Zeema nak mengenakan sepupunya tu balik. Kang...tak pasal-pasal..kena sembur dengan ucapan-ucapan cinta dari dia. Maksud aku..maki hamun lar.

“ Oh...suka hati mulut kau je nak panggil aku MISS BLACK lar..MISS LION ler..kau nak kena saman dengan aku? Yang kau ni datang office aku ni kenapa? Tak der kerja lain ke? Ke dah bankrap kau Pusat Kaunseling kau tu sebab kau asyik curi tulang je kat sini.”

“ EH..main kasar nampak. Tak ada bankrapnya. Aku saja je datang nak jenguk kau yang 24 jam kerja jer termenung lap top kau tu. Aku boring la. Lagipun ini kan waktu lunch. Aku nak ajak kau keluar lunch la hari ini. Boleh la? Please?” Zeema pura-pura membuat muka comel.

“ Ye lah..kau ni pun boleh tahan juga bab memujuk orang ni. Jom lah.” Aku mengambil beg tanganku dan keluar bersama-sama dengan Zeema.

Sepanjang perjalanan menuju ke luar syarikat, semua pekerjaku tidak henti-henti menyapa aku. Tapi, aku ni boleh agak dah..mana satu yang ikhlas nak sapa aku. Ada yang takut-takut...ada yang memang berani sangat..ada yang kontrol-kontrol...macam-macam ada. Aku dah masak dengan semua perangai pekerja aku walaupun aku baru je bekerja di sini selama 2 bulan.
.....................................................................................................................................
Aku dan Zeema masuk ke sebuah Restoran Mamak. Pada mulanya aku menolak sebab aku tak berapa suka nak makan makanan Mamak ni. Bukan apa. Dah aku ni memang jiwa makanan Melayu. Tapi, si Zeema ni bukannya boleh dibawa sangat..sikit-sikit nak merajuk. Lepas tu pandai pulak nak memujuk segala..aku pun ikutkan saja la.

“ Adik, bagi saya Martabak Telur satu. Kuahnya nak Dal yer..air nak Milo Pink.” Ujar Zeema.

“ Kau nak apa Risha?” Soal Zeema.

“ Aku nak nasi goreng Kampung dan air sama macam kau ler.” Zeema mengamil pesanan ku dan diberitahunya kepada pelayan lelaki itu.

“ Kau sure ke dijamin kebersihan kalau makan kat sini? Aku tak nak kena food poisoning nanti. Kalau kena..siaplah kau kedai-kedai ni sekali!” ugut Zarith pada Zeema. Zeema tersenyum ketat. Harap-harap tak ada apa la yang berlaku nanti. Kalau tak masak aku nanti.

“ Aku yakin 100%...dijamin bersih.” Dalam hati aku berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingin berlaku. Aku pilih restoran ni pun sebab rakan sekerja aku yang syorkan.

Setelah 5 minit menunggu, akhirnya makanan kami pun terhidang dengan lazatnya. Dari bau, aku rasa macam tak ada masalah. Ok la ni.

“ Risha...kau masih tak de boyfriend ker?” Tiba-tiba, saja Zeema bertanya soalan panas ke telinga Zarith. Bukannya Zeema tidak tahu yang Zarith masih single. Tapi, dulu sebenarnya Zarith pernah bercinta dengan seorang lelaki tapi akhirnya putus setelah hampir 3 tahun menulam kasih sewaktu di menara gading. Ini kerana bekas teman lelakinya itu rupa-rupanya bermain kayu tiga dengannya. Setelah kejadian itu, Zarith telah berubah sikap dan menjadi seorang yang kuat bekerja.

“ Kau nak kena maki ke?”

“ Wei..relax lah. Aku saja jer tanya. Kot-kot kau ada pakwe rahsia ker?” usik Zeema.

“ Please...aku tak ada masa nak bercintan-cintun ni.”

“ What? Tak ada masa? Aku rasa aku perlu sedarkan kau. Cik Zarith Airisha, umur kau sekarang ni dah 30 tahun. Tahun depan dah 31 tahun. Kau tak rasa ker yang kau ni dah boleh kena gelar ANDALUSIA..Anak Dara Lanjut Usia!”

“ Aku peduli apa? Biarlah...aku nak membujang sampai tua. Aku tak kisah pun. Aku suka hidup macam ni. Kau tu sendiri bila nak ada pakwe? Ejek orang konon..kau tu..dah ada ke belum?”

“ Well...well..aku...tak ada lagi bf. Tapi coming soon...kot”

“ Coming soon..konon...kau ingat kau buat drama? Filem? Kalau tak ada, diam-diam je. Baik kau habiskan martabak kau tu.”

“ Risha! Satu soalan lagi. Apasal kau suka baju hitam?”

“ Jawapannya, IKUT SUKA HATI AKU LAH nak pakai baju apa. Duit aku...aku punya suka la.”

“ Ish...kau ni. Orang tanya elok-elok...dia buat orang geram pulak.

Usai membayar makanan kami tadi, kami pun berlalu ke parkir kereta. Aku malas nak bawa kereta aku. Aku just kongsi dengan Zeema. Biarlah kereta aku kat syarikat dulu. Nanti Zeema hantar aku balik ke sana juga nanti. Kami berdua meneruskan perjalanan ke syarikat ku. Tiba-tiba, Zeema mengadu kesakitan. Aku dah agak dah...mesti kena food poison ni. Tu lah..aku dah kata tadi. Degil juga nak makan kat sana.

“ Kenapa kau ni Zeema? Sakit perut ke?”

“ Bukanlah...gigi aku...sakit sangat ni.”

“ Kau ni biar betul...baik kau berhenti kat tepi tu. Biar aku yang drive. Kang...accident pulak.” Zeema memberhentikan keretanya lalu keluar megambil tempat duduk ku dan aku yang memandu kereta Zeema sekarang ni.

“ Kalau macam ni, aku hantar kau pergi Klinik Gigi dulu la. Family aku ada Klinik Gigi khas. Kita pergi sana je lah.” Zeema hanya mengangguk.
.................................................................................................................................................
DR. FARISH ANIQ

“ Baiklah Cik. Saya tengok hasil pemeriksaan gigi Cik tak ada sebarang masalah. Saya rasa itu saja buat masa kini. Terima kasih.”

“ Nurse! Sila bawa pesakit keluar.” Jururawat itu senyum pada Doktor Farish. Comelnya...

Aku menghadiahkan senyumannya yang manis itu. Aku seorang doktor gigi yang masih bujang dan baru sahaja mengambil alih Klinik Gigi milik keluarga ku. Ayahku ada memberitahu bahawa klinik kami ada menyediakan perkhidmatan khas untuk keluarga Dato’ Zainal sekaluarga. Aku masih belum mengenali ahli keluarga Dato’Zainal. Kata ayah hujung minggu ni, keluargaku dijemput untuk makan malam di rumah Dato’ Zainal.

“ Comel betul la...Doktor Farish tu. Kalau la dia jadi pakwe aku..kan best. Dahlah baik.....kalau dia 
senyum...memang cairlah hati perempuan di luar sana.” Puji Lili pada Nana.

“ Eh..kau ni ke situ pula Lili. Sedarlah sikit. Kita ni cuma jururawat dia je. Mana la Doktor Farish tu nak pandang kita. Tapi...memang betul pun...comel giler la Doktor Farish tu bila senyum. Aku yang dah beranak satu ni pun, kadang-kadang boleh cair juga tengok dia.

“ Kan aku dah cakap........kau pun dah kena demam angau dengan Doktor Farish tu. Entah siapa la yang bertuah dapat bercinta dengan Doktor comel kita tu. Aku sure mesti makwe dia sayang habis dengan dia nanti.”

Tiba-tiba..

“ Nurse! Nurse! Tolong sepupu saya sakit gigi.” Ujar ku agak kelam kabut memberitahu Nurse di depanku.

“ Ya Cik.”

“ Tolong beritahu Doktor Fadzil, saya Zarith Airisha Dato’ Zainal nak jumpa sekarang juga. Emergency ni.”

“ Maaf Cik. Doktor Fadzil sudah tidak bekerja lagi di sini. Sekarang anak lelaki dia yang mengambil alih klinik Gigi ni. Cik tunggu sebentar dulu. Saya call Doktor Farish dulu.”

Ish...time-time macam ni pulak Doktor Fadzil tak ada. Siapa pulak Dr Farish ni? Zeema sudah mengadu kesakitan. Kata orang, salah satu kesakitan yang teramat sangat ialah sakit gigi.

“ Maaf Cik. Doktor Farish sekarang ni sedang memeriksa seorang pesakit. Boleh tak Cik tunggu sekejap.” Air muka ku sudah berubah menjadi merah. Ish...kalau Doktor Fadzil, mesti dia dahulukan keluarga aku dulu. Siapa Doktor Farish ni? Suka hati je nak suruh aku tunggu.

“ Risha...sakit la gigi aku. Aku rasa kepala aku ni sakit sangat lah. Risha....BUPPP!” Zeema jatuh pengsan. 

Aku segera menahannya dari jatuh ke lantai. Aku memanggil jururawat itu untuk memegang Zeema sekejap. Aku berlalu pergi ke bilik Doktor Farish.

Aku terus meluru masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintunya. Aku peduli apa. Tengok..apa sudah jadi. Zeema dah pengsan. Ini yang buat aku marah ni.

“ Mana Doktor Farish?” ujarku pada Nurse itu.

“ Maaf Cik. Sila keluar dulu. Doktor Farish masih merawat pesakit di dalam.”

“ Tak ada sebab aku nak tunggu. Sepupu aku dah pengsan di luar tu.” Aku melanggar bahu Nurse itu lalu masuk ke dalam mencari Doktor Farish.

“ Doktor Farish!!!” jeritku.

BERSAMBUNG...

You Might Also Like

4 comments

  1. ya ALLAH! cant wait to read part 2! ehem.. pronouns zeema sama macam aku ja.. perasan macam aku ja masa membaca.. haha... tell me if you done part 2. hehe..

    ReplyDelete
  2. haha....kau anggap ja lah...kau...haha...on going for part 2

    ReplyDelete
  3. dah ada kah smbungan HMB ni?

    ReplyDelete
  4. meyqa...buat masa ni belum lagi..tp insyaalah akan diupdate nanti :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images