Cerpen HELLO MISS BLACK! BOLEH BERKENALAN
13:06
Part 1
By : Kira Lee
ZARITH AIRISHA
Nama aku Zarith Airisha binti Dato Zainal. Umur aku pula
sekarang dah masuk 30 tahun. Aku telah menghabiskan masa muda ku dengan
menguruskan peniagaan keluargaku. Selepas ayahku bersara, akulah yang
menggantikannya kerana di dalam keluarga aku, hanya aku sahaja satu-satunya
anak mereka. Kalau orang tengok wajah aku, memang pasti semua akan menyangka
yang aku ni baik ler, lembut ler, ayu ler tapi..maaf yer, itu memang bukan
karakter aku. Aku nak kongsi rahsia aku. Sebenarnya, aku ni nampak je muka
suci, tapi cuba dengar kata-kata ikhlas daripada semua pekerja aku.
“ Mona, apa pendapat awak dengan Ceo baru kita? “ soal Zeema
merangkap sepupu aku yang selalu melepak kat office aku.
“ Err...maaf, Cik Zeema, saya tak boleh nak beri pendapat.”
Jawabnya dengan muka sedih.
“ Tak apa. Awak jangan takut. Saya bukan macam Ceo kamu tu.
Tak apa. Bagi tahu je pendapat awak. Saya ni pakar kaunseling khas untuk Cik
Zarith Airisha. Okey..”
“ Betul ni?”
“ Yes. Awak beri je pendapat awak tentang cara bekerja Cik
Zarith sebagai Ceo syarikat ini.”
“ Baiklah. Pada mulanya saya dan rakan sekerja yang lain
bersetuju sangat-sangat yang Cik Zarith menjadi Ceo syarikat ini. Kami telah
diperkenalkan semasa Majlis Persaraan Dato Zainal 2 bulan lepas. Kami semua
sangat gembira kerana Cik Zarith yang kami lihat malam itu sangat cantik dan
lembut orangnya. Tapi, setelah 2 bulan bekerja bersamanya, ternyata kami silap
menilainya.”
“ Interesting! Teruskan.”
“ Kami terasa seolah-olah berada di kem tentera bila
berdepan dengannya. Ada satu hari tu, Kakak cleaner tu sedang membersihkan
tingkap bilik pejabat Cik Zarith. Tiba-tiba, kami terdengar suara orang sedang
marah-marah. Kami pun terasa ingin tahu siapa yang bersuara sebegitu. Kami pun
berjalan perlahan-lahan mendekati pejabat Cik Zarith. Kami dapati yang Kakak
Cleaner tu sedang dimarahi oleh Cik Zarith kerana air cucian tingkapnya telah
tertumpah ke beg tangan Cik Zarith. Siap maki hamun lagi tu. Dasyat....”
“ Bukan itu sahaja, saya yang bekerja sebagai setiausahanya pun
turut terkena tempiasnya juga. Hari tu saya kena siapkan laporan mesyuarat.
Lepas siap, saya terus hantar ke bilik Cik Zarith. 5 minit kemudian, saya dah
kena panggil. Saya masuk jer...terus Cik Zarith melemparkan kertas laporan tu
ke arah muka saya. Saya cukup terkejut dengan tindakannya itu. Hanya disebabkan
saya tereja salah beberapa 3 perkataan, terus saya dimaki hamun. Cik Zarith
kata saya ni membazir kertas sahaja tak pun membazir dakwat print. Cik Zarith
kata kalau tak nak kena pecat, buat semula tanpa ada langsung kesalahan ejaan.
Saya sudah hampir nak menangis di depannya.” Ujar Mona lagi.
“ Huiiii...dasyat...dasyat....bos kamu ni. Saya rasa bos
kamu ni dah tahap kritikal ni. Tak apa la sebab dah kongsi luahan rasa kamu.
Tak apa. Awak jangan bimbang. Saya akan cuba berbincang dengannya nanti. Ada
apa-apa lagi nak kongsi.”
“ Ada. Tapi ini sebenarnya rahsia semua pekerja di sini.
Memandangkan Cik Zeema Pakar Kaunseling bos kita, saya begitahu je la. “
“ Apa dia?”
“ Sebenarnya, kita semua orang kat sini ada beri satu gelaran
pada Cik Zarith. Kami semua panggil MISS BLACK.”
“ MISS BLACK? But why?”
“ Sebab bos kita tu kan selalu jer pakai baju hitam, lepas
tu marahnya...hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau ada yang tak kena pada
pandangan matanya, pasti ada yang akan kena maki hamun.”
“ Oh...MISS BLACK yer. Ok. I’ll keep the secret. Thanks
again.”
Zeema berlalu menuju ke pejabat Ceo Syarikat Indera
Mahligai yang terletak di hujung sekali.
..............................................................................................................................................
Tuk!Tuk!Tuk!
“ Masuk” arah Zarith.
“ Hello MISS BLACK!” sapa Zeema. Sengaja dia mengusik
sepupunya itu.
“ Apa Hello-Hello? Bagilah salam dulu.” Jawabnya tegas tanpa
memandang muka sepupunya itu. Alamak! Terkena pulak aku. Tulah...kau Zeema, nak
kenakan dia, kau yang terkena balik.
“ Opss sorry. Assalamualaikum.”
“ Ehm...Waalaikumsalam.” Zeema terus duduk berhadapan dengan
aku tanpa aku jemput pun. Zeema memang macam tu. Tak payah nak dijemput, boleh
layan diri sendiri.
“ Apa hal kau tersenyum-senyum macam Mak Nenek ni? Lagi
satu..apa tadi kau cakap kat aku? MISS BLACK?”
“ Amboi mulut.......laser macam Azwan Ali gitu. Ke kau ni
ada bau-bau bacang dengan dia?”
“ Please...kau jangan nak lawak bodoh depan aku. Kau tu baru
lah ada hubungan dengan aku. Jangan nak merepak. Aku tak puas hati. Apa kau
cakap kat aku tadi. MISS BLACK? Apa kena dengan kau ni nak panggil aku MISS
BLACK segala. Bukannya aku hitam legam pun. Hitam lagi Pak guard kat luar tu.”
“ Ish..kau ni kan...memang tak sayang mulut tau. Saja jer
aku nak panggil kau MISS BLACK. Sesuai la dengan imej kau yang garang macam
singa ni. Tu...nasib baik aku panggil kau MISS BLACK..ker nak aku panggil MISS
LION.” Zeema ketawa besar kerana dapat mengenakan sepupunya itu. Bukan senang
Zeema nak mengenakan sepupunya tu balik. Kang...tak pasal-pasal..kena sembur
dengan ucapan-ucapan cinta dari dia. Maksud aku..maki hamun lar.
“ Oh...suka hati mulut kau je nak panggil aku MISS BLACK
lar..MISS LION ler..kau nak kena saman dengan aku? Yang kau ni datang office
aku ni kenapa? Tak der kerja lain ke? Ke dah bankrap kau Pusat Kaunseling kau
tu sebab kau asyik curi tulang je kat sini.”
“ EH..main kasar nampak. Tak ada bankrapnya. Aku saja je
datang nak jenguk kau yang 24 jam kerja jer termenung lap top kau tu. Aku
boring la. Lagipun ini kan waktu lunch. Aku nak ajak kau keluar lunch la hari
ini. Boleh la? Please?” Zeema pura-pura membuat muka comel.
“ Ye lah..kau ni pun boleh tahan juga bab memujuk orang ni.
Jom lah.” Aku mengambil beg tanganku dan keluar bersama-sama dengan Zeema.
Sepanjang perjalanan menuju ke luar syarikat, semua
pekerjaku tidak henti-henti menyapa aku. Tapi, aku ni boleh agak dah..mana satu
yang ikhlas nak sapa aku. Ada yang takut-takut...ada yang memang berani
sangat..ada yang kontrol-kontrol...macam-macam ada. Aku dah masak dengan semua
perangai pekerja aku walaupun aku baru je bekerja di sini selama 2 bulan.
.....................................................................................................................................
Aku dan Zeema masuk ke sebuah Restoran Mamak. Pada mulanya
aku menolak sebab aku tak berapa suka nak makan makanan Mamak ni. Bukan apa.
Dah aku ni memang jiwa makanan Melayu. Tapi, si Zeema ni bukannya boleh dibawa
sangat..sikit-sikit nak merajuk. Lepas tu pandai pulak nak memujuk segala..aku
pun ikutkan saja la.
“ Adik, bagi saya Martabak Telur satu. Kuahnya nak Dal
yer..air nak Milo Pink.” Ujar Zeema.
“ Kau nak apa Risha?” Soal Zeema.
“ Aku nak nasi goreng Kampung dan air sama macam kau ler.”
Zeema mengamil pesanan ku dan diberitahunya kepada pelayan lelaki itu.
“ Kau sure ke dijamin kebersihan kalau makan kat sini? Aku
tak nak kena food poisoning nanti. Kalau kena..siaplah kau kedai-kedai ni
sekali!” ugut Zarith pada Zeema. Zeema tersenyum ketat. Harap-harap tak ada apa
la yang berlaku nanti. Kalau tak masak aku nanti.
“ Aku yakin 100%...dijamin bersih.” Dalam hati aku berdoa
agar tiada kejadian yang tidak diingin berlaku. Aku pilih restoran ni pun sebab
rakan sekerja aku yang syorkan.
Setelah 5 minit menunggu, akhirnya makanan kami pun
terhidang dengan lazatnya. Dari bau, aku rasa macam tak ada masalah. Ok la ni.
“ Risha...kau masih tak de boyfriend ker?” Tiba-tiba, saja
Zeema bertanya soalan panas ke telinga Zarith. Bukannya Zeema tidak tahu yang
Zarith masih single. Tapi, dulu sebenarnya Zarith pernah bercinta dengan
seorang lelaki tapi akhirnya putus setelah hampir 3 tahun menulam kasih sewaktu
di menara gading. Ini kerana bekas teman lelakinya itu rupa-rupanya bermain
kayu tiga dengannya. Setelah kejadian itu, Zarith telah berubah sikap dan
menjadi seorang yang kuat bekerja.
“ Kau nak kena maki ke?”
“ Wei..relax lah. Aku saja jer tanya. Kot-kot kau ada pakwe
rahsia ker?” usik Zeema.
“ Please...aku tak ada masa nak bercintan-cintun ni.”
“ What? Tak ada masa? Aku rasa aku perlu sedarkan kau. Cik
Zarith Airisha, umur kau sekarang ni dah 30 tahun. Tahun depan dah 31 tahun.
Kau tak rasa ker yang kau ni dah boleh kena gelar ANDALUSIA..Anak Dara
Lanjut Usia!”
“ Aku peduli apa? Biarlah...aku nak membujang sampai tua.
Aku tak kisah pun. Aku suka hidup macam ni. Kau tu sendiri bila nak ada pakwe?
Ejek orang konon..kau tu..dah ada ke belum?”
“ Well...well..aku...tak ada lagi bf. Tapi coming
soon...kot”
“ Coming soon..konon...kau ingat kau buat drama? Filem?
Kalau tak ada, diam-diam je. Baik kau habiskan martabak kau tu.”
“ Risha! Satu soalan lagi. Apasal kau suka baju hitam?”
“ Jawapannya, IKUT SUKA HATI AKU LAH nak pakai baju apa.
Duit aku...aku punya suka la.”
“ Ish...kau ni. Orang tanya elok-elok...dia buat orang geram
pulak.
Usai membayar makanan kami tadi, kami pun berlalu ke parkir
kereta. Aku malas nak bawa kereta aku. Aku just kongsi dengan Zeema. Biarlah
kereta aku kat syarikat dulu. Nanti Zeema hantar aku balik ke sana juga nanti.
Kami berdua meneruskan perjalanan ke syarikat ku. Tiba-tiba, Zeema mengadu
kesakitan. Aku dah agak dah...mesti kena food poison ni. Tu lah..aku dah kata
tadi. Degil juga nak makan kat sana.
“ Kenapa kau ni Zeema? Sakit perut ke?”
“ Bukanlah...gigi aku...sakit sangat ni.”
“ Kau ni biar betul...baik kau berhenti kat tepi tu. Biar
aku yang drive. Kang...accident pulak.” Zeema memberhentikan keretanya lalu
keluar megambil tempat duduk ku dan aku yang memandu kereta Zeema sekarang ni.
“ Kalau macam ni, aku hantar kau pergi Klinik Gigi dulu la.
Family aku ada Klinik Gigi khas. Kita pergi sana je lah.” Zeema hanya
mengangguk.
.................................................................................................................................................
DR. FARISH ANIQ
“ Baiklah Cik. Saya tengok hasil pemeriksaan gigi Cik tak
ada sebarang masalah. Saya rasa itu saja buat masa kini. Terima kasih.”
“ Nurse! Sila bawa pesakit keluar.” Jururawat itu senyum
pada Doktor Farish. Comelnya...
Aku menghadiahkan senyumannya yang manis itu. Aku seorang
doktor gigi yang masih bujang dan baru sahaja mengambil alih Klinik Gigi milik
keluarga ku. Ayahku ada memberitahu bahawa klinik kami ada menyediakan
perkhidmatan khas untuk keluarga Dato’ Zainal sekaluarga. Aku masih belum
mengenali ahli keluarga Dato’Zainal. Kata ayah hujung minggu ni, keluargaku
dijemput untuk makan malam di rumah Dato’ Zainal.
“ Comel betul la...Doktor Farish tu. Kalau la dia jadi pakwe
aku..kan best. Dahlah baik.....kalau dia
senyum...memang cairlah hati perempuan
di luar sana.” Puji Lili pada Nana.
“ Eh..kau ni ke situ pula Lili. Sedarlah sikit. Kita ni cuma
jururawat dia je. Mana la Doktor Farish tu nak pandang kita. Tapi...memang
betul pun...comel giler la Doktor Farish tu bila senyum. Aku yang dah beranak
satu ni pun, kadang-kadang boleh cair juga tengok dia.
“ Kan aku dah cakap........kau pun dah kena demam angau
dengan Doktor Farish tu. Entah siapa la yang bertuah dapat bercinta dengan
Doktor comel kita tu. Aku sure mesti makwe dia sayang habis dengan dia nanti.”
Tiba-tiba..
“ Nurse! Nurse! Tolong sepupu saya sakit gigi.” Ujar ku agak
kelam kabut memberitahu Nurse di depanku.
“ Ya Cik.”
“ Tolong beritahu Doktor Fadzil, saya Zarith Airisha Dato’
Zainal nak jumpa sekarang juga. Emergency ni.”
“ Maaf Cik. Doktor Fadzil sudah tidak bekerja lagi di sini.
Sekarang anak lelaki dia yang mengambil alih klinik Gigi ni. Cik tunggu sebentar
dulu. Saya call Doktor Farish dulu.”
Ish...time-time macam ni pulak Doktor Fadzil tak ada. Siapa
pulak Dr Farish ni? Zeema sudah mengadu kesakitan. Kata orang, salah satu
kesakitan yang teramat sangat ialah sakit gigi.
“ Maaf Cik. Doktor Farish sekarang ni sedang memeriksa
seorang pesakit. Boleh tak Cik tunggu sekejap.” Air muka ku sudah berubah
menjadi merah. Ish...kalau Doktor Fadzil, mesti dia dahulukan keluarga aku
dulu. Siapa Doktor Farish ni? Suka hati je nak suruh aku tunggu.
“ Risha...sakit la gigi aku. Aku rasa kepala aku ni sakit
sangat lah. Risha....BUPPP!” Zeema jatuh pengsan.
Aku segera menahannya dari
jatuh ke lantai. Aku memanggil jururawat itu untuk memegang Zeema sekejap. Aku
berlalu pergi ke bilik Doktor Farish.
Aku terus meluru masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk
pintunya. Aku peduli apa. Tengok..apa sudah jadi. Zeema dah pengsan. Ini yang
buat aku marah ni.
“ Mana Doktor Farish?” ujarku pada Nurse itu.
“ Maaf Cik. Sila keluar dulu. Doktor Farish masih merawat
pesakit di dalam.”
“ Tak ada sebab aku nak tunggu. Sepupu aku dah pengsan di
luar tu.” Aku melanggar bahu Nurse itu lalu masuk ke dalam mencari Doktor
Farish.
“ Doktor Farish!!!” jeritku.
BERSAMBUNG...
4 comments
ya ALLAH! cant wait to read part 2! ehem.. pronouns zeema sama macam aku ja.. perasan macam aku ja masa membaca.. haha... tell me if you done part 2. hehe..
ReplyDeletehaha....kau anggap ja lah...kau...haha...on going for part 2
ReplyDeletedah ada kah smbungan HMB ni?
ReplyDeletemeyqa...buat masa ni belum lagi..tp insyaalah akan diupdate nanti :)
ReplyDelete