Novel DATING KONTRAK! 17

11:47



OLEH : KIR@ LEE

BAB 17

      AKU memasang cd Korea terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rutin harian ku ke tempat kerja. Aku ni memang tak sah kalau tak pasang lagu Korea dulu, sampai Diana ni pun sekarang dah terikut-ikut dengan aku. Enjin kereta pun sudah lama kupanaskan, lalu aku memulakan pemanduanku.

Hemm..kereta Diana sudah siap dibaiki. Maknanya sekarang ni aku seorang saja la. Bukan tak nak berkongsi satu kereta, tapi dah menjadi kebiasaan. Diana tu selalunya nak melepak dulu kat Fast Food restoran sebelum pergi ke tempat kerja. Aku ni jenis nak pergi tempat kerja terus, tak nak la singgah-singgah.

Sedang aku menghayati lagu Saranghamnida nyanyian Astrid yang dengan Tim, tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Sebagai pemandu yang berhemah, aku menghentikan terlebih dahulu kereta ku di tepi jalan untuk menjawab panggilan. Hemm..ini nombor mummy Eisha? Kenapa mummy Eisha telefon aku pagi-pagi ni? Takkan la sambutan hari jadi Eisha dibatalkan? Aku dah siap bawa hadiah untuk Eisha. Jawab dulu, Anith. Baru la tahu ceritanya.

“ Assalamualaikum.” Sapa Puan Qaisara kepadaku.

“ Waalaikumsalam. Ini mummy Eisha kan?”                

“ A’ah. Sebenarnya saya telefon cikgu ni nak minta tolong. Hari ni kan hari jadi anak saya. Saya sebenarnya serba salah juga nak minta tolong dari cikgu ni.”

“ Eh…takpe la, Puan. Saya sudi membantu. Puan cakaplah.”

“ Macam ni, saya nak buat kejutan untuk Eisha pada majlis hari jadi tu nanti. Masalahnya kek hari jadi Eisha tu saya belum ambil lagi. Saya dah tempah di hotel tapi memandangkan saya nak hantar Eisha ke tadika, jadi saya tak dapat nak ambil.”

“ Oh…maknanya Puan nak saya tolong ambilkan kek Eisha la ni kan? Ehmm…kalau itu je masalahnya, takpe la. Saya ok je. Puan cakap je kat mana hotel tu. Nanti saya ambilkan.”

“ Terima kasih cikgu. Saya segan pulak sebab dah susahkan cikgu. Assalamualaikum.” Ucap Puan Qaisara.

“ Waalaikumsalam…eh..eh..Puan, hotel..?” belum sempat ku bertanya, Puan Qaisara terlebih dulu meletakkan talian. Maknanya aku kena call semula Puan Qaisara.

Belum sempat aku mendail nombor Puan Qaisara, telefon bimbitku berdering sekali lagi. Tetapi, kali ini hanya bunyi mesej. Aku segera membuka mesej tersebut. Ohhhh….tidak!!! Kenapa hotel tu? Kenapa? Aduhh…ini yang kasi spoil mood aku pagi-pagi ni. Kalau aku pergi hotel tu, kebarangkalian aku akan terserempak mamat tu adalah seratus peratus. Sebab apa? Sebab mamat tu kan kerja kat sana! Nampaknya menangis tak berlagu la aku kat dalam kereta ni.

Maaf yer, Cikgu sekali lagi. Kek yang saya tempah tu ada di Hotel Golden. Terima kasih ye Cikgu. Salam.

Aku mengetap bibir menahan geram. Bukan geram pada Puan Qaisara, tapi geram pada tuan empunya hotel tu nanti. Alahai..nak tak nak, aku dah berjanji nak tolong dan dengan rela hati lagi tu. Nampaknya, aku takde pilihan lain lagi. Aku memulakan pemanduan ku semula. Tetapi kali ini menuju ke hotel Golden untuk mengambil kek yang sudah ditempah oleh Puan Qaisara.

.......................................................................

Puan Sri Hamidah turun dari keretanya setelah sampai di hadapan Hotel Golden. Sengaja Puan Sri Hamidah tidak memberitahu Qhaliff akan kedatangannya hari ini.

Akhirnya aku tiba juga ke hotel Golden. Aku merenung bangunan hotel ini dari bawah ke atas. Subahannallah! Tingginya. Aku tak sangka sekali lagi aku akan ke sini. Huh! Di sini la aku dimalukan oleh minah giler entah siapa, aku pun tak ingin nak tahu. Aku berdoa dalam hati supaya aku tidak terserempak dengan Qhaliff. “Minta-minta la aku tak terserempak dengan dia. Amin…amin.”

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke dalam hotel Golden. Harap-harap pekerja hotel ni semua tak ingat la aku ni siapa. Dengan muka yang selamba, aku melangkah jua akhirnya ke dalam.

Puan Sri Hamidah menghadiahkan senyuman kepada semua pekerja hotel. Puan Sri Hamidah berasa bangga melihat kejayaan anak lelakinya ini yang sudah berjaya menempah nama dalam dunia perniagaan seperti ayahnya. Sedang elok kaki Puan Sri Hamidah melangkah menuju ke ruang lobi, tiba-tiba kepalanya terasa berat sekali. Penglihatan Puan Sri Hamidah sudah mula menjadi kabur. Bila-bila masa saja Puan Sri Hamidah boleh jatuh.

“ Puan! Puan! Puan..tak apa-apa ke?” mujur aku sempat menahan daripada terjatuh.

“ Ehmm..terima kasih ya.” Datang seorang pekerja hotel untuk membantu aku memapah seorang perempuan yang ku kira sebaya dengan mak aku ini ke ruangan lobi untuk duduk di sana dulu.

“ Terima kasih ya.” Ucapku pada pekerja hotel itu lalu muncul lagi seorang pekerja hotel sambil membawa dulang berisi air putih.

Kedua orang pekerja itu berlalu pergi meninggalkan aku bersama mak cik ini. Kesian pulak aku tengok mak cik ni. Tengok penampilan mak cik ni, bukan calang-calang orang kalau tak silap aku.

Usai menghirup air putih, Puan Sri Hamidah tersenyum manis kepada gadis yang baru menolongnya ini. Baik hati sungguh gadis ini. Matanya yang bulat dan senyumannya manis sekali. Tilik Puan Sri Hamidah ke raut wajah Anith. Jam tangan di tangan dikerling sekilas. “Alamak! Dah pukul 8.00.”

“ Ermm…Puan dah ok ke? Saya tengok Puan ni macam pucat je. Puan nak pergi klinik tak?” tanyaku.

“ Tak apa la. Tak payah la nak panggil Puan. Panggil je mak cik. Mak cik tengok kamu ni macam nak cepat saja. Mak cik rasa baiklah kamu selesaikan hal kamu. Mak cik dah sihat rasanya. Takpe, biar mak cik telefon anak mak cik. Anak mak cik tu kerja kat sini.”

“ Hem? Oh..ya ke. Kalau begitu, apa kata mak cik telefon anak mak cik sekarang. Lepas anak mak cik dah datang nanti, baru saya pergi ya?” luahku mesra. Aku senang berbual dengan mak cik ini. Peramah orangnya dan masih lagi cantik pada pengamatanku.

“ Baiklah. Mak cik pun tak nak susahkan kamu. Terima kasih ye sebab tolong mak cik tadi.” Aku hanya senyum sahaja.

Puan Sri Hamidah segera mendail nombor telefon Qhaliff supaya segera turun ke bawah.

“ Assalamualaikum, Qhal. Mama ada kat lobi sekarang ni. Mama tak berapa sihat la. Boleh Qhal turun ke bawah sekarang.” Ujar Puan Sri Hamidah.

Aku sudah terkejut. Tak silap aku mak cik ni tadi sebut nama anak dia Qhal. Takkan la Qhal yang mak cik ni maksudkan Qhaliff? Eh…kebetulan je kut. Tak mungkin la. Mak cik ni peramah orangnya. Si Qhaliff tu, kirim salam je la nak beramah mesra.

…………………………………………………..

      Qhaliff segera meloloskan dirinya ke dalam lif. Terkejut juga bila dapat tahu yang mamanya datang ke hotel. Namun, apa yang lebih membimbangkan lagi kesihatan mamanya. Pintu lif terbuka luas lalu Qhaliff melangkah keluar sambil berlari menuju ke ruang lobi untuk berjumpa mamanya.

      “ Mama!” aku pantas menoleh ke arah suara itu. Jantungku berdegup laju tatkala mendengar suara itu. Aku pasti suara itu tidak lain tidak bukan milik Qhaliff. Aku pantas menundukkan wajahku manakala Puan Sri Hamidah pantas memeluk anak lelakinya itu.

      Aku rasa baik aku beredar dari sini. Kalau tak, mesti mamat tu perasan aku ada kat hotel dia ni. Aku bingkas bangun untuk segera beredar sebelum terlambat.

“ Ehmm…Cik!” tegur Puan Sri Hamidah sebelum kaki ku melangkah pergi dari situ. Qhaliff baru tersedar ada seorang perempuan yang menemani mamanya.

      Ah sudah! Nak toleh ke tak? Kalau aku toleh ni, confirm mamat tu kenal aku. Tapi kalau aku tak toleh, karang mak cik tu pulak kecik hati. Ingat pesanan iklan, hormati orang tua, Anith. Perlahan-lahan aku berpusing ke belakang semula.

      Masing-masing dengan riak terkejut. Aku sudah tersenyum kelat di depan mama Qhaliff. Mati la aku lepas ni.



      “ Kau!” ucap kami berdua serentak. Puan Sri Hamidah dilanda kehairanan melihat reaksi Qhaliff dan juga gadis baik hati yang baru menolongnya tadi. Apa hubungan Qhaliff bersama gadis muda ini? Nampaknya mereka berdua saling mengenali.

      Ok! Anith, sekarang kau cuba bawa bertenang. Senyum pada mama Qhaliff. Melangkah dengan tenang ke hadapan. Aku perlahan-perlahan mendekati mama Qhaliff.

      “ Ermm…mak cik, saya rasa saya nak minta diri dulu la. Lagipun saya ada urusan kerja sekarang ni, jadi saya tak boleh lama. Saya minta maaf sangat. Apa-apapun, saya gembira berkenalan dengan mak cik.” Ujarku tenang tanpa menghiraukan pandangan Qhaliff ke arahku. Aku segera menghulurkan salam kepada mama Qhaliff  lalu berlalu pergi.

……………………………………………………

      Pandangan mata Qhaliff masih lagi melihat bayang Anith yang sudah jauh menuju ke restoran. Puan Sri Hamidah perasan akan riak wajah Qhaliff yang terus berubah apabila berjumpa dengan gadis yang menolongnya tadi.

      “ Qhaliff…Qhaliff, kenal ke dengan gadis tadi tu?” riak wajah Qhaliff sekali lagi berubah kerana terkejut dengan soalan mamanya.

      “ Mama, I will explain later. But, first I need to see her! You! Tolong jaga mama saya sekejap. Bawa mama saya ke pejabat saya sekarang.” Arah Qhaliff pada salah seorang pekerjanya. Puan Sri Hamidah hanya menurut sahaja. Qhaliff pantas berlari menuju ke restoran untuk mencari Anith.

      Qhaliff terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam restoran untuk mencari Anith. Mungkin kali ini adalah peluangnya untuk berbincang dengan Anith. Pantas bebola mata Qhaliff meliarkan pandangannya seluas mungkin untuk mencari kelibat Anith.

“ Selamat pagi, Cik!” sapa pekerja hotel itu kepada Anith dengan senyuman mesra.

“ Selamat pagi. Ermm..saya datang nak ambil kek yang siap ditempah di bawah nama Puan Qaisara binti Abdul Qhaled.” Ujarku. Aku mengerling sekali lagi jam tanganku. Alamak dah nak dekat pukul 8.30 pagi la pulak. Aduh! Banyak pulak halangan aku kali ini. “Ya Allah! Aku hanya berserah padaMu sahaja. Permudahkanlah segala urusanku.” Doaku di dalam hati.

“ Tunggu sebentar, Cik. Saya periksa dulu.” Aku hanya mengangguk mengiyakan sahaja.

Akhirnya Qhaliff nampak jua kelibat Anith di hadapan kaunter sepertinya sedang menunggu sesuatu. Alahai Qhaliff! Apesal kau tak buka mata kau luas-luas tadi? Anith tu rupanya kat depan kaunter tu je! Qhaliff menggeleng-gelengkan kepala kerana kebodohannya sendiri. Dalam masa yang sama, Qhaliff tersenyum.

“ Maaf Cik, kerana menunggu. Ini dia kek Cik.” Pekerja kedai itu menghulurkan sekotak kek yang sudah diikat kemas dengan reben berwarna merah jambu. Aku menyambutnya dengan senyuman yang manis.

“ Oh…takpe. Terima kasih ya.” Baru sahaja aku berpusing ke belakang, tiba-tiba kaki ku bagaikan terpaku seketika kerana sedikit terkejut melihat sesusuk tubuh yang sangat ku kenal tidak berapa jauh dari pandanganku. “Aik! Macamana pulak mamat ni ada kat sini? Bukan tadi dia bersama mama dia ke?,” soalku dalam hati.

Qhaliff berdiri tegak di hadapanku dengan riak wajah yang sukar ku fahami. Tiba-tiba, Qhaliff melangkah ke depan ku dan semakin hampir ke arahku. Aku sudah mula panik. Apa hal pulak mamat ni? Aku sekarang ni dah takde masa lagi. Aku kena cepat-cepat pergi ke tadika. Nanti lambat pulak nak mulakan majlis hari jadi Eisha. Aku harus beredar dari sini juga sekarang sebelum terlambat.

“ Anith!,” sebut Qhaliff pada aku.  Aku betul-betul nak minta maaf. Aku memang takde masa langsung nak bercakap dengan Qhaliff waktu ini. Aku memang kejar masa sangat-sangat. Tanpa membuang masa lagi, aku terus berjalan tanpa mengendahkan kehadiran Qhaliff. Aku berjalan dengan tergesa-gesa untuk keluar dari hotel ini.

“ Anith! Anith!,” panggilan Qhaliff  tidak ku peduli. Aku meneruskan langkah ku menuju ke lot parkir.

Tanpa ku sedar, rupa-rupanya Qhaliff juga berlari mengikut langkahku keluar dari hotel dan turut menuju ke lot parkir. Aku yang sudah nampak kelibat Qhaliff sedang berlari ke arahku cepat –cepat membuka pintu kereta lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta. Enjin kereta segera dihidupkan. Qhaliff sudah semakin dekat ke arahku. “ Eh! Kenapa pulak dengan kereta aku ni? Kenapa tak boleh start enjin ni? Aku sudah mengeluh. Aku mencuba sekali untuk menghidupkan enjin. Sekali…dua kali..tiga kali pun sama juga hasilnya. Alaaa!! Masa macam ni jugak kereta aku ni jatuh sakit!

Qhaliff tiba jua akhirnya di tepi kereta Anith. Pelik? Kenapa Anith ni belum keluar-keluar lagi? Setahu aku, dia dulu sampai kat sini dan masuk ke dalam kereta dia. Boleh la kalau dia dah nak pergi dari sini. Anith yang perasan akan kehadiran Qhaliff di tepi keretanya tidak dipandang sama sekali. Anith mencuba sekali lagi untuk menghidupkan enjin keretanya. Malang tidak berbau. Hasilnya tetap sama. Qhaliff nampaknya sudah mengerti sebab Anith belum pergi lagi.

Qhaliff segera mengetuk tingkap kereta Anith. Apa lagi si Qhaliff nak? Tak sudah-sudah lagi ke dia ni. Kereta aku dah la buat hal? Takkan mamat ni pun nak buat hal jugak dengan aku? Dengan terpaksa, aku menurunkan tingkap keretaku.

“ Kereta tak boleh start ke? Kau turun dulu. Biar aku cuba.” Ujar Qhaliff. Aku betul-betul terkejut dengan kata-kata dari Qhaliff. Baik hati pulak dia hari ni? Cuba je la, Anith. Kau nak minta tolong dari siapa lagi? Kau mana ada kenal orang-orang kat sini? Cuma yang kat depan mata kau ni je yang boleh bantu kau masa ni. Baik kau terima je la offer dia tu. Aku membuka pintu kereta ku untuk memberi laluan kepada Qhaliff memeriksa keadaan kereta ku.

Qhaliff segera masuk ke dalam kereta. Enjin kereta ku sekali lagi dihidupkan oleh Qhaliff kali ini. Namun, tidak ada sebarang perubahan. Qhaliff mencuba sekali lagi dan keputusannya tetap sama. Aku sudah mula mengeluh sambil merenung jam tanganku. Aku benar-benar sudah lambat hari ini. Ahh…kena tunggu teksi, mesti lama? Apa aku nak buat sekarang ni? Kek  hari jadi Eisha ada dengan aku sekarang. Kalau aku tak hantar, macamana mereka nak sambut hari jadi?

Anith tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Qhaliff. Raut wajah yang sedang gelisah itu ditenung Qhaliff. Qhaliff menarik kunci kereta Anith lalu keluar dari kereta Anith.

“ Nah! Kunci kereta kau. Kereta kau ni aku rasa baik kau hantar ke bengkel je la. Aku dah cuba banyak kali. Memang tak dapat nak hidup.”

“ Terima kasih.” Ucapku sambil cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Mana tahu ada teksi ke lalu kat sini.
“ Aku tahu kau mesti dah lambat nak pergi kerjakan? Jom! Aku hantar kau.” Ajak Qhaliff tiba. Sekali lagi aku terkejut. Biar betul si Qhaliff ni hantar aku pergi kerja. Baiklah, Anith. Sekarang, terpulang dengan kau sama ada nak terima atau tidak pelawaan Qhaliff. Kalau kau terima, mungkin kau boleh cepat sampai. Tapi, kalau kau tak terima, nak tunggu lagi teksi alamat lambat lagi kau sampai. Kau dah takde pilihan, Anith. Kau kena terima.

Qhaliff masih menunggu jawapan dari Anith. Entah mengapa ringan pulak mulutnya hari ini untuk menolong Anith. Tapi, nak ke dia terima? Kalau dia tak terima, aku jugak yang malu. Bisik hati Qhaliff.

“ Ehmm..memandangkan aku tak nampak teksi, aku terima.” Balasku bersahaja namun dalam hati sudah mengeluh kerana terpaksa. Qhaliff seakan-akan tidak percaya mendengar jawapan persetujuan dari Anith. Adakah ini mimpi? Jika mimpi, tolong sedarkan aku sekarang!

P/S : Bersambung....harap semua pembaca terhibur dengan bab kali ini...sila la komen yer..kut2 boleh tambah idea saya..hihihi :)

Oh..ya...ini dia watak untuk Adam Farish..hihihi...ditukar..:)




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images