Novel DATING KONTRAK! 15
16:38
OLEH : KIR@ LEE
BAB 15
“
ANITH…..jom kita kahwin!!!” ucap Qhaliff bersahaja.
“
PAP!!!!” Tanpa semena-mena, hinggap satu tamparan dari Anith ke pipi Qhaliff.
“ Apa? Kahwin? Jadi, kau ajak aku ke
sini nak cakap benda tu! Kau ingat kahwin ni benda main-main ke? Apa hal pulak
kau tiba-tiba nak ajak aku kahwin? Kita berdua kenal ke? Tak kan! Bercinta?
Lagi la tak! Apa yang kau mengarut ni?” luah Anith dengan nada tinggi. Anith
langsung tidak mengambil peduli akan benda di sekelilingnya. Anith sudah
berdiri tegak kerana masih terkejut dengan permintaan yang luar biasa dari
Qhaliff.
Hatinya terasa geram sekali dengan
sikap Qhaliff. Apesal pulak mamat ni tiba-tiba nak ajak aku kahwin? Dah buang
tebiat ke! Agak-agak la kalau nak keluarkan statement!
“ Anith! Anith!!!” laung Qhaliff
pada Anith.
Tanpa
menunggu lama lagi. Anith berlalu pergi meninggalkan Qhaliff bersendirian.
Qhaliff tergamam..Suasana menjadi sunyi seketika. Qhaliff masih kaku dan
lidahnya kelu. Mukanya jangan cakap la. Terasa kebas sekali. Pertama kali di
dalam hidupnya, Qhaliff terasa sangat malu diperlakukan seperti ini. Beginikah
perasaan Anith ketika itu? Qhaliff menundukkan wajahnya.
“ Helo!! Helo!!” panggil Anith
sambil melambai-lambaikan tangannya ke wajah Qhaliff yang sepertinya sedang
berkhayal. Apa kena dengan mamat ni? Kena sampuk hantu ke? Boleh pulak waktu
macam ni dia berangan! Anith masih tidak berpuas hati. Panggilannya tidak
berjawab.
“ Qhaliff!! Qhaliff!!!” kali ini
suara Anith sedikit tinggi berbanding tadi. Hentakkan tangan Anith ke meja
membuatkan Qhaliff tersedar dari khayalannya.
“ Hah!!!” Qhaliff agak terkejut
mendengar bunyi hentakan meja dari Anith. Pantas Qhaliff meraup wajahnya.
Astagfirullah…..Qhaliff. Qhaliff cuba merasa pipinya. Haiii….macamana pulak kau
boleh mengelamun sampai macam tu sekali?
“ Apa yang hah? Berangan la tu!” sindir Anith pada Qhaliff. Qhaliff tersenyum malu.
Huwaaa! Patutnya aku rakam tadi mamat tu senyum. Memang sebijik macam Lee Min
Ho, pelakon favourite aku.
Ehh…silap..silap..bukan sebijik tapi serupa. Kalau sebijik tu dah macam sebiji
buah la pulak! Sekali lagi hati Anith ber ‘dag
dig dug’ ketika melihat senyuman manis dari Qhaliff.
“ Mana ada aku berangan!” balas
Qhaliff. Alah….pada hal bukan main jauh lagi kau berangan Qhaliff. Siap terima
tamparan free dari Anith! Ejek suara
hatinya. Qhaliff cuba berlagak tenang di depan Anith.
“ Hemm…so, apa yang kau nak cakap dengan aku ni. Cepatlah. Aku tak nak
lama-lama kat sini!” ujar Anith. Qhaliff menarik nafas panjang. Qhaliff tidak
dapat mengagak reaksi yang bakal ditunjukkan oleh Anith sebentar lagi. Apakah
angan-angan Qhaliff tadi merupakan satu petanda?
……………………………………………………
Qhaliff memerhatikan keadaan
sekelilingnya seketika. Tiada sesiapa yang meragukan dan tiada sesiapa juga
yang mengenali dirinya. Yelah… Qhaliff sebenarnya takut juga nanti tiba-tiba pulak ada kenalannya, karang tak sampai
seminggu pulak aku kena kahwin dengan si Anith ni.
“ Baiklah. Aku sebenarnya
nak…nak..cakap sesuatu.” Ucap Qhaliff yang tersekat-sekat. Rasa segan ada juga.
Rasa takut ada juga sebab dah dapat petanda awal-awal tadi. Ok. Tenang Qhaliff.
Ingat…..satu minggu! Pesan ayahnya, Tan Sri Ezzudin kepada Qhaliff awal-awal
lagi.
“ Hemmm…macam ni. Ingat tak masa
kita berdua makan kat hotel hari tu, tiba-tiba ada seorang perempuan yang buat
kecoh. Nama dia Ellysa. Ehmm…kau ingat tak ayat terakhir yang aku cakap pada
dia masa aku marah?” uji Qhaliff.
Giler aku tak ingat! Telinga aku ni
masih tajam lagi tau. “ She is my future
wife!”. Sampai sekarang aku masih
tak boleh lupa ayat ‘keramat’ dari
Qhaliff walaupun aku tahu ayat tu cuma untuk alasan melarikan diri sahaja. Nak
je aku bangkang kaw-kaw masa tu! Tapi
keadaan yang memaksa aku untuk melarikan diri. Huhh!!! Benda tu dah berlaku.
Nak buat macamana lagi. Dah jadi sejarah dalam hidup aku, Anith Ezara.
Qhaliff dalam diam cuba memerhatikan
riak wajah Anith yang berkerut semacam. Apa yang sedang difikirkan oleh Anith
ketika ini? Dia ingat tak apa yang aku cakap hari tu? Qhaliff dilanda kerisauan
dan dalam masa yang sama perasaan ingin tahu juga sudah naik ke tahap sembilan
puluh sembilan peratus. Tinggal satu peratus sahaja untuk menenangkan dirinya
ketika ini.
Hah!
Anith? Apa kau nak cakap kat mamat tu? Takkan kau nak cakap, “ Yes! Aku
ingat!”. Hishhh…macam berterus-terang sangat je. Habis tu, takkan nak cakap, “Aku
ingat semua yang kau cakap dari awal sampai la kau terlanjur cakap yang aku ni future wife kau!” Ehh…lagi la tak kena. Nanti dia ingat aku ni apa pulak! Anith
cuba berfikir lagi bagaimana caranya untuk menjawab soalan Qhaliff.
“ Ehmm…ayat terakhir yang mana? Aku
tak berapa nak ingat la.” Balas Anith perlahan. Anith menarik nafas lega. Aku
sengaja je tak nak cakap yang aku ingat. Yelah…aku kan perempuan. Malu la nak
cakap depan-depan kat dia walaupun aku ni kadang-kadang ada la sikit jiwa brutal. Aku ni ada penyakit nervous sikit bila berdepan dengan orang
hansem-hansem ni. Ceh wahh! Anith, sempat lagi kau puji mamat ni.
“ Tak ingat ke? Atau tak nak ingat?”
Qhaliff tahu sebenarnya Anith cuma berbohong kepadanya. Qhaliff sebenarnya
sudah dapat mengagak bahawa Anith akan menafikannya. Yelah…takkan la Anith nak
berterus-terang sangat kepadanya. Tapi, masalahnya Qhaliff sendiri pun rasa
segan juga nak meluahkan ‘ayat keramat’ itu sekali lagi. Boleh ke aku nak
luahkan pada dia ni? Macamana kalau Anith betul-betul tampar aku nanti?
Hemm…kedua-duanya seperti tidak
ingin mengalah. Masing-masing, cuba mengalihkan pandangan mata ke sekeliling
café.
“ Aku betul-betul tak ingat la! Kau
aje la cakap!” balas Anith. Hiss…mamat ni pandai pulak dia menilik aku. Kalau
dah tahu tu, tak payah la tanya lagi. Buang air liur je! Anith mencebik.
“ Ok..la. Kau nak tahu tak sebab apa
aku tanya kau tentang ayat terakhir yang aku cakap tu? Sebenarnya, sekarang dah
timbul khabar angin yang mengatakan kita berdua bakal berkahwin. Khabar angin
tu dah mula tersebar dan tak lama lagi bakal tersebar pada khalayak umum.”
“ Hah? Aku kahwin dengan kau? Drama tv mana pulak yang kau ambik ni? Huh!
Siapa kau ni sebenarnya? Artis? Popular ke? Apesal aku tak kenal?” ambik kau
soalan dari aku!
Betul
la kan. Mamat ni sebenarnya siapa? Sampai keluar pulak cerita khabar angin
segala ni! Takkan la dia ni betul-betul Lee Min Ho kesayangan aku tu? Ehh! Apa
yang kau mengarut ni, Anith! Takkan la Lee Min Ho boleh cakap bahasa melayu
dengan kau? Agak-agak la. Giler! Jerit Anith dalam hati. Anith mengalihkan
pandangan matanya ke arah lain untuk memproses semula ayat-ayat yang diluahkan
oleh Qhaliff.
Tiba-tiba,
mata Anith tertancap ke arah muka depan sebuah majalah bisnes yang sedang
dibaca oleh seorang pelanggan di belakang Qhaliff.. Anith membulatkan matanya
sambil dahinya berkerut tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Berkelip-kelip mata Anith kerana masih tidak percaya. Wait a second! Itu kan gambar….Qhaliff? Apa pasal pulak wajah si
Qhaliff ni terpampang kat muka depan majalah bisnes tu? Kali ni, jari telunjuk
Anith mula menunjuk arah supaya Qhaliff turut memandang sama sepertinya.
Qhaliff
pantas menoleh ke belakang. Qhaliff mengukir senyuman kepada pelanggan
perempuan yang sedang membaca majalah bisnes itu. Patut lah…dah keluar rupanya.
Qhaliff menoleh semula ke arah Anith.
“ Qhaliff Ezham Peneraju Muda
Golden Hotel” ucap Anith sambil berkerut. Hah?
Qhaliff ni peneraju muda Golden Hotel? Maknanya
mamat ni dan hotel tu…dia yang punya? Jadi, rupa-rupanya dia ajak aku makan kat
sana sebab hotel tu dia yang punya! Huh!! Patutlah, semua pekerja kat sana
tengok aku lain macam! Aku tak puas hati! Dia ni memang sengaja nak cari pasal
dengan aku!
Qhaliff
dapat melihat riak wajah Anith yang sudah berubah. Dari pandangan mata kasar
Qhaliff, Anith kini kelihatan sedang menahan marah. Nampaknya, terpaksalah
Qhaliff menjelaskan tentang latar belakang dirinya dahulu kepada Anith.
Lagipun, perempuan mana yang akan menolak jika dapat mengahwini seseorang yang
Berjaya lagi berpengaruh seperti dirinya.
“ Yes, my name is Qhaliff Ezham Tan
Sri Ezzudin and the owner of Golden Hotel. Sorry, I’m not an artist.”
Jawab Qhaliff dengan bangga.
“
Jadi? Ada aku kisah kalau kau ni anak Tan Sri? Kau ni pemilik Hotel Golden?
Yang aku kisah sangat sekarang ni ialah kau memang sengajakan nak bawa aku
makan kat hotel kau tu? Then, bila ada Ellysa tu datang, kau
gunakan aku supaya kau dapat lepas dari dia kan?”
“
Ehh…apa yang kau cakap ni? Pasal Ellysa tu, aku memang tak tahu langsung yang
dia nak ke hotel aku! Aku betul-betul tak tahu! Percayalah!” rayu Qhaliff.
Alamak…lain pulak jadinya. Ingatkan bila Anith dah tahu siapa aku, boleh
selesai. Tapi, sebaliknya pula berlaku. Qhaliff faham, jika tidak disebabkan
sikap kebudak-budakannya tempoh hari, semua khabar angin ini pasti tidak akan
berlaku. Qhaliff meraup wajahnya. Qhaliff silap menilai Anith. Anith nampaknya
bukanlah seperti perempuan lain yang inginkan hartanya.
“
Huh! Lelaki semuanya sama saja! Suka nak mempermainkan hati perempuan. Kau tahu
tak masa kejadian tu, aku malu sangat! Malu!” Sindir Anith dengan nada geram.
“
Anith, aku betul-betul nak minta maaf pada kau atas segala-galanya. Sekarang ni
jalannya cuma satu sahaja supaya khabar angin ni selesai. Oleh sebab aku yang
menyebabkan semua khabar angin ni tersebar, aku nak….aku nak…ajak kau kahwin
dengan aku?”
“ Double what?
Kahwin? Dengan kau?” riak wajah Anith jelas terkejut mendengar ayat yang baru
saja diluahkan Qhaliff kepadanya. Qhaliff baru saja melamarnya. Anith cuba
mencubit pipi kanannya untuk segera menyedarkannya dari mimpi. “ Ouchhh!!!”
sakitnya pipi aku. Maknanya ini bukan mimpi. Ini betul-betul! Tanpa berlengah,
Anith bingkas bangun lalu beredar dari situ. Kepalanya tiba-tiba berasa pening
memikirkannya.
“
Anith!! Anith!!” laung Qhaliff. Sudah tentu Anith terkejut sekali mendengarnya.
Tiba-tiba je aku nak ajak dia kahwin! Giler! Nak ajak kahwin anak dara orang
suka hati je! Hemmm….Qhaliff mengeluh. Takpe, aku akan cuba pujuk Anith. Aku
ada masa seminggu untuk selesaikan masalah ini.
………………………………………………………………
Anith segera mencabut tudung dari
kepalanya lalu menghempukkan tubuhnya ke sofa. Terasa semakin rimas kerana
memikirkan masalah yang baru melanda dirinya. Anith berkali-kali menampar
pipinya kerana masih tidak percaya apa yang baru didengarnya dari Qhaliff. Remote kawalan televisyen dicapai oleh
Anith.
Boring..boring…semuanya
boring. Semua siaran di televisyen
tiada satu pun dapat menarik perhatian Anith. Jiwanya kini benar-benar kacau. “
Aku nak ajak kau kahwin!” Anith memeluk kusyen kecil segi empat ke dakapannya.
Masih terngiang-ngiang lagi suara Qhaliff menyapa telinga Anith. Arghh!!!
Kenapa boleh jadi macam ni? Takkan aku nak kahwin dengan orang yang aku tak
cinta? Boleh ke hidup bahagia? Anith tidak betah untuk berbaring di atas sofa.
Anith
berjalan mundar-mandir di ruang tamu sambil memikirkan hal petang tadi. Sukar
untuk Anith percaya. Kahwin? Dengan Qhaliff? Anith cuba membayangkan dirinya
berkahwin dengan Qhaliff. “Duduk atas pelamin dengan Qhaliff?”
“TIDAKKK!!!!!!!”
jerit Anith. Diana tersedar dari tidurnya akibat mendengar jeritan yang kuat
dari Anith. Diana segera keluar untuk menemui Anith.
“
Weh! Anith, kenapa dengan kau ni hah? Apa hal kau terjerit-jerit ni? Ada
pencuri ke?” soal Diana yang kerisauan. Diana pantas memeriksa keadaan
sekeliling ruang tamu mereka namun tiada apa yang mencurigakan.
“
Dee!!! Aku ada masalah besar punya!” jerit Anith kerisauan pada Diana.
“
Apa? Apa? Apa?” soal Diana yang turut prihatin. Tak pernah-pernah Diana melihat
kawannya ini bersikap begini.
“
Kalau aku cerita kat kau, please tolong
jangan cuba cerita kat orang lain! Mulut kau tu bukannya boleh percaya sangat!
Macam mulut wartawan! Janji?” ucap Anith dengan tegas.
“
Ewah-ewah….sedapnya mulut kau mengata aku Cik Kak. Yelah…aku janji! Cepatlah
cerita. Aku pun nak tahu juga!” gesa Diana pada Anith. Anith mengajak Diana
untuk duduk bersila bersama-samanya. “ Ok…sekarang tarik nafas sama-sama! Satu…dua…tiga…lepas.”
ujar Anith.
“
Kau jangan terkejut tau? Ok! Kau nak tahu Qhaliff aja…aj…a…”
“
Apa yang a…….ni?” sergah Diana tinggi yang masih menunggu cerita dari Anith.
“
Qhaliff ajak aku kahwin!” jawab Anith yang agak terkejut dengan sergahan dari
Diana tadi.
“
Double what? Ajak kau kahwin? Biar
betul? Kau terima?” sah…memang si Diana ni
expert betul nak buat reaksi yang double
terkejut punya. Nasib baik aku ni takde lemah jantung. Ishh…minah ni kan memang
suka over reaction.
Diana
tiba-tiba mencubit pipi kanan Anith dengan kuat dan pada masa yang sama pipinya
turut dicubitnya sendiri. “ Ouchhh!!!
Sakitnya!” jerit aku dan Diana serentak. Kurang asam jawa betul punya minah.
Nak cubit pun bagi hint la dulu. Suka
hati je nak cubit pipi aku yang gebu ni.
“
Sakitlah!” ucapku pada Diana.
“
Sorry la babe. Cuba kau ulang sekali lagi apa yang kau cakap tadi tu?”
“
Tak nak! Aku akan cakap sekali je! Sekarang ni aku betul-betul jiwa kacau
gara-gara si Qhaliff tu.”
“
Apa hal mamat tu tiba-tiba ajak kau kahwin?”
“
Kau ingat tak masa aku makan dengan dia kat hotel hari tu? Dia terlanjur cakap
yang aku ni bakal isteri dia kan. Then,
kau tahu esoknya keluar khabar angin yang mengatakan Qhaliff dan aku tidak lama
lagi akan berkahwin. So, nak
dipendekkan cerita Qhaliff ajak aku kahwin sebab dia takut cerita tu bakal
tersebar dengan lebih luas lagi kat luar. And
one more thing, dia sebenarnya nak bertanggungjawab sebab dia yang mulakan
khabar angin tu. Aku terkejut giler
bila dia tiba-tiba nak ajak aku kahwin, Dee. Macamanana Dee?”
“
Woo…cerita kau ni dah serupa macam jalan cerita novel daa. Tapi, siapa dia tu?
Tup..tup..keluar khabar angin pulak mengalahkan artis. Takkan la mamat tu
betul-betul artis? Wah…syoknya kau dapat kahwin dengan artis tu….” Sempat pula
Diana mengusik Anith yang tengah serabut.
Anith
menghadiahkan sebuah tamparan kecil ke peha Diana.
“
Tu denda sebab kata aku tadi.” Diana menarik muka masam.
“
Aku pun mulanya hairan juga tentang dia tu. Entah kenapa pulak boleh tersebar
khabar angin yang macam tu. Rupa-rupanya, kau nak tahu dia tu siapa? Dia tu
sebenarnya CEO Hotel Golden babe!!! Aku betul-betul tak tahu dia tu pemilik
hotel mewah tu! Aku dapat tahu pun sebab secara tak sengaja aku terpandang muka
depan majalah bisnes. Muka mamat tu jadi cover depan majalah bisnes tu.”
Tambahku lagi pada Diana yang sudah ternganga mendengar ceritaku.
“
Wow! Macam kisah dongeng pulak dengar cerita kau ni. Seorang guru tadika bertemu
jodoh dengan seorang CEO hotel! Amacam? Gempak tak tajuk berita aku tu? Apa
lagi terima je la, Anith.” Cadang Diana.
“
Apa?” suka hati je minah ni nak aku terima. Dia ingat perkara kahwin ni
main-main? Aku jugak yang kena lalui nanti. Aku belum bersedia lagi nak
tamatkan zaman bujang aku. Lagipun, macamana aku nak terima kalau aku tak
pernah bercinta dengan Qhaliff? Jumpa pun baru beberapa kali. Aku dah cukup
serik nak bercinta lagi. Aku cuma akan kahwin dengan orang yang betul-betul
cintakan dan sayang aku. Muktamad!
P/S : Bersambung....salam karya buat semua dan selamat membaca :)
Siapa nak join Qhaliff?hihihi..... |
0 comments