Novel DATING KONTRAK! 18

10:47




OLEH : KIR@ LEE

BAB 18

            QHALIFF mengajak aku mengikut langkahnya menuju ke keretanya. Perasaan segan, ku usir jauh-jauh. Aku tahu mesti mamat tu pelik sebab aku setuju dengan ajakan dia. Bukannya aku tak boleh teka raut wajah dia tadi. Kami berhenti di depan sebuah kereta mewah Nissan Murano berwarna hitam. “Wah! Ini kereta favourite aku !” aku bersorak riang di dalam hati kerana buat pertama kalinya aku dapat merasa untuk duduk di dalam kereta yang kuimpikan. Ini betul-betul mimpi jadi kenyataan.

            Sebelum itu, Qhaliff memasukkan terlebih dahulu bungkusan kotak yang berisi kek dan juga anak patung yang bakal aku hadiahkan buat Eisha ke bahagian belakang. Aku hanya melihat sahaja perbuatannya itu.

            “ Masuklah.” Ajak Qhaliff padaku apabila Qhaliff sudah berada di tepi pintu kereta sebelah pemandu. Aku hanya menurut sahaja. Pintu kereta ku buka perlahan lalu aku melabuhkan duduk ku perlahan-lahan di dalam perut kereta. Huhh…bestnya jadi dia ni.

Kau ni dah kenapa, Anith? Tadi bukan main lagi nak larikan diri dari dia! Sekarang bukan main lagi tangkap feel sebab dapat naik kereta favouritekan. Itu la apa orang tua-tua kata dahulu, don’t judge book by its cover. Aku tak sangka pulak mamat ni boleh ajak aku untuk naik kereta dia. Dan lagi satu aku tak sangka bila dia call mekanik suruh datang untuk ambik kereta aku. Sempat jugak Qhaliff mengarahkan pekerjanya untuk menjaga kereta aku sementara menunggu mekanik itu sampai.

Qhaliff sebenarnya berasa kekok juga bila ada seseorang berada di dalam keretanya. Seumur hidupnya, inilah kali pertama Qhaliff mengajak seorang perempuan untuk menaiki keretanya. “Entah kenapa tiba-tiba pula ringan mulut aku ni nak mengajak si Anith ni?” soal Qhaliff dalam hati.

Masing-masing dilanda perasaan kekok kerana berada di dalam kereta yang sama. Jika Qhaliff merasa kekok, apatah lagi Anith yang cuma sekadar menumpang. Qhaliff mula menghidupkan enjin keretanya.

“ Ehmm! Kau kerja kat mana?” soal Qhaliff tiba-tiba tanpa memandangku.

“ Tadika Nur Hidayah.” Balasku. Qhaliff mengangguk lalu memandu keluar keretanya menuju ke lebuh raya.

Lima belas minit sudah berlalu. Namun, masing-masing cuma melayan perasaan sendiri. Ishhh! Boringnya duduk satu kereta dengan mamat ni. Qhaliff sebenarnya perasan akan riak wajah Anith yang sepertinya tidak selesa. Macam ni la Qhaliff, baik kau pasang radio. Boleh juga memecah kesunyian kau dengan Anith.

Qhaliff pantas menekan punat radio keretanya. Celoteh deejay Farah Fauzana sedang bersiaran di udara. Aku pantas melihat Qhaliff yang sedang khusyuk memandu. Eleh! Kontrol macho la tu. Nasib baik si Qhaliff ni buka radio. Ada juga hilang kebosanan aku. Lama pulak nak sampai ni.

“ Helloooo! Siapa di sana?” soal Farah Fauzana.

“ Anita!” balas pemanggil.

“ Ya, Anita nak tujukan ucapan kepada siapa?”

“ Saya nak tujukan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada teman baik saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam. Saya minta maaf saya tidak dapat hadir atas urusan kerja di luar kawasan. Apa-apapun, saya ucapkan tahniah dan selamat berbahagia.” Aku menelan air liur.

Adoiyai! Dalam banyak-banyak ucapan, kenapa pulak ucapan kahwin yang aku dengar pagi ni? Takde ucapan lain ke? Menyesal pulak aku buka radio ni. Muka Anith sudah kelihatan merah apabila tiba-tiba Qhaliff memandangnya sekilas sebaik sahaja mendengar ucapan kahwin tadi.

“ Itu dia pemanggil kita tadi. Baiklah, untuk membuatkan ucapan Anita lebih bermakna apa kata kita putarkan lagu Selamat Pengantin Baru dari Saloma.”

Aku meraup mukaku. Dia putar lagu pengantin baru la pulak! Macam nak bagi hint dekat aku pulak lagu ni. Bukannya aku tak tahu, si Qhaliff tu dari tadi asyik pandang aku. Fasal permintaan Qhaliff tu serius aku memang tak boleh nak setuju. Tapi, aku tak tahu la. Hati tak siapa boleh menduga?

Selamat pengantin baru. 
Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu. 
Selamat sejahtera.
Semoga berpanjangan. 
Semoga berkekalan. 
Selamat Pengantin Baru 
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman.
Hidup mestilah rukun. 
Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu. 
Oh oh oh oh..

……………………………………………………………

Akhirnya, aku tiba jua di Tadika Nur Hidayah. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku dah sah-sah lambat datang ke tempat kerja. Nasib baiklah kelas aku bukannya waktu pagi. Tapi, tetap juga rasa kurang bertanggungjawab sebab dah datang lambat. Aku bukannya sengaja pun nak datang lambat. Banyak sangat masalah yang berlaku.

Qhaliff memakirkan keretanya betul-betul di dalam pekarangan Tadika Nur Hidayah. Ala..kenapa pulak si Qhaliff ni letak kereta kat sini? Malu la aku.

“ Ok..dah sampai. Thanks sebab sudi hantar aku.” ucapku pada Qhaliff sebelum turun dari kereta. Qhaliff hanya diam.

Kedatangan ku tiba-tiba disambut meriah oleh semua anak muridku. Kesiannya mereka. Mesti mereka ni dah lama tunggu. Aku segera turun dari kereta dan membuka pintu kereta belakang untuk mengambil barang-barangku. Qhaliff juga turut keluar dari keretanya lalu membuka pintu kereta belakang di bahagian belakang pemandu.

“ Takpe. Biar aku tolong bawakan anak patung ni. Kau bawa kek tu je.” Luah Qhaliff spontan. Aku terkejut. Takde angin takde ribut, tiba-tiba je Qhaliff ni baik hati nak tolong aku. Dia ni tak kerja ke? Aku pulak yang rasa serba salah nanti.

“ Takpe la. Aku boleh minta tolong dengan cikgu yang lain. Kau kan sedang kerja. Tak baik ponteng kerja.” Balasku.

“ Tak nak! Biar aku bawa.” Qhaliff terus menutup pintu keretanya.

“ Anith! Saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Takpe, saya dah beritahu pada semua guru tadi. Mereka semua faham.” Sapa Puan Qaisara dengan senyuman yang mesra.

“ Sepatutnya saya yang minta maaf sebab datang lambat. Mesti Eisha dah lama tunggu. Ni dia kek hari jadi Eisha.” Aku menghulurkan sekotak kek kepada Puan Qaisara lalu menutup pintu kereta.

Aku dan Puan Qaisara berjalan beriringan untuk masuk ke dalam tadika. Namun, mataku sempat mencari Qhaliff. Mana pulak dia ni? Kereta masih ada kat sini. Takkan la dia dah masuk ke dalam?

“ Anith!!! Asal lambat datang kerja?” soal Diana sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam. Kawan aku ni memang tak penyabar orangnya.

“ Sorry la. Ada banyak sangat masalah tadi. Kereta aku tiba-tiba tak dapat nak start..”

“ Maknanya kau tumpang kereta yang kat depan tu la kan? Siapa wei? Mana orangnya? Aku tak nampak pulak kau masuk sama-sama.” Aku mula mencari Qhaliff. Mana dia ni?

Sedang aku cuba mencari kedudukan Qhaliff, tiba-tiba aku disapa dari belakang. Aku lantas menoleh.

“ Anith! Tu ada seorang lelaki nak jumpa kamu.” Ujar Kak Noor sambil menunjuk ke arah kananku.
Qhaliff? Memang betul la dia dah masuk. Qhaliff berdiri di suatu sudut sambil memeluk anak patung beruang berwarna merah jambu. “Hai..nampak comel la pulak dia peluk anak patung tu?” puji Anith dalam hati.

“ Ok. Terima kasih Kak Noor.” Baru sahaja kaki ku ingin melangkah, lenganku ditarik oleh seseorang. La…Diana rupanya. “ Kenapa Dee?” soalku.

“ Anith…Anith…itu ke Lee Min Ho tu? Sekali pandang memang macam Lee Min Ho betul la. Hansem siot. Kalau ini jadi suami aku, memang bahagia aku selamanya.”

“ Berangan tak sudah! Itu bukan Lee Min Ho tapi Qhaliff.”

“ Itu lah Qhaliff. Wah! Aku rasakan baik kau terima je la lamaran dia hari tu. Apalagi kau nak? Rupa ada. Kerjaya ada. Kat depan tu kereta dia kan? Itukan kereta favourite kau. Terima je la. Dengan rupa yang macam tu, aku rasa banyak perempuan kat luar sana dah jatuh cinta dengan dia. Kau kira bertuah, Anith.” Terang Diana penjang lebar.

Amboi! Kawan aku ni memang tak boleh harap betul. Itu kalau perempuan lain tapi bukan aku, ok!. Aku tak sama macam perempuan lain. Apa guna semua tu kalau tiada cinta untuk mengikat hubungan yang sah. Aku dan dia memang berbeza sekali.

Aku berjalan mendekati Qhaliff. Aku sedar banyak mata memandang aku yang sedang berjalan menuju ke arah Qhaliff. Mungkin ada benarnya kata Diana tadi. Dengan rupa kacak yang dimiliki Qhaliff, pasti ramai perempuan yang jatuh hati padanya. Buktinya, lihat saja guru-guru kat tadika ni. Ramai yang menghadiahkan senyuman manis kepada Qhaliff.

“ Kau tak kerja ke?”

“ Takpe. Akukan bos. Sekali sekala ponteng.” Jawabnya dengan sombong. Ceh! Berlagak.

“ Bak, sini anak patung tu! Thanks once again. Kami ada sambutan hari jadi ni. Jadi, aku rasa baik kau beredar sekarang. Aku tahu kau mesti tak biasakan dengan kanak-kanak yang banyak ni.” Sindirku pada Qhaliff.

“ Siapa kata aku tak selesa?” Qhaliff senyum pada aku lalu meninggalkan aku menuju ke arah murid-muridku yang sedang berkumpul.

………………………………………………….

Puan Qaisara nampak cukup gembira sekali di samping anak perempuannya, Eisha. Nampaknya semua guru dan murid-murid yang lain sudah siap berkumpul untuk acara memotong kek. Qhaliff sudah berada di antara mereka semua sambil melayan kerenah anak-anak muridku.

Qhaliff nampak selesa melayan keletah anak murid Anith. Teringat pulak zaman kanak-kanaknya. Sungguh Qhaliff senang berada di sini kerana tidak dibebani dengan masalah kerja.

“ Anith! Kenapa tercegat lagi kat sana tu? Mari! Kita dah nak mula ni.” Panggil Puan Qaisara. Aku meletakkan anak patung di atas meja lalu berjalan menuju ke arah mereka semua.

Semua anak murid sudah sedia berkumpul di barisan depan manakala Eisha berada di tengah. Puan Qaisara sudah berada di sebelah kiri Eisha. Kak Noor pulak sudah bersedia untuk mengambil gambar kami semua.

“ Ok..semua, rapat-rapat! Anith, ajaklah teman kamu tu bergambar bersama-sama. Cepat!” Diana sudah senyum tersengih kepadaku.

“ Hah? Ehmm…ye..ye.” jawabku pada Kak Noor. Aku melambai tangan kepada Qhaliff dan memberi isyarat kepadanya supaya datang ke arahku.

Ish! Qhaliff ni buat tak tahu pulak? Suka hati dia je nak stay kat tempat kerja aku ni. Nasib baik hari ni ada sambutan hari jadi Eisha.

“ Kau pergilah sana panggil dia. Mungkin dia segan kut? Kalau kau tak nak, aku boleh tolong panggilkan.” Diana sekadar bergurau. Anith membulatkan matanya.

“ Pergilah. Aku tak kisah pun.” Balasku tidak kisah. Diana tersenyum lebar lalu bergerak ke tempat Qhaliff. Aik! Si Diana ni betul-betul nak panggil Qhaliff rupanya. Sah! Memang ada mee di sebalik Maggie.
“ Ermm..Qhaliff kan? Saya Diana, kawan baik Anith. Jom lah ikut bergambar sama-sama. Jom!” ajak Diana. Qhaliff dengan rela hati menurut sahaja ajakan teman Anith.

Semua orang sudah bersiap sedia untuk menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Eisha. “ Ok, Anith dan Qhaliff kat sini.” arah Diana. Aku mengerutkan dahiku kerana tidak puas hati dengan Diana. Aku tahu Diana sengaja berbuat begitu kepadaku. Aku dan Qhaliff saling berpandangan sejenak.

Dalam hati punya main berdebar lagi. Inilah kali pertama aku berdiri agak rapat dengan Qhaliff. Rasa lain macam pulak. “ Kuat pulak bau perfume mamat ni. Tapi wangi. Ok! Anith stop it!” .Buat tak tahu je la, Anith.

“ Ok! Semua, mari nyanyi lagu selamat hari jadi untuk Eisha. Anith, pandang kamera kat depan bukan kat sebelah..” usik Kak Noor. Mereka semua ketawa melihat tingkah laku aku bersama Qhaliff. Qhaliff pun ikut sama ketawa. Huwaa! Hari ni dah dua kali aku nampak Qhaliff senyum. Aku rasa angin dia memang baik hari ni. Sebab tu la dia sudi tolong aku.

Usai acara memotong kek selesai, aku mengambil anak patung beruang untuk menghadiahkan kepada Eisha. Mana pulak Eisha ni? “ Puan, ada nampak Eisha tak?” soalku pada Puan Qaisara. “ Oh, Anith. Eisha kat luar sana. Bakal suami kamu ajak dia bermain tadi.”

What? Bakal suami? Aku tak salah dengar kan? Bila masa pulak dia jadi bakal suami aku? Takkan la khabar angin tu dah mula tersebar kat tempat kerja aku ni? Kalau macam tu, susah la aku nak kerja nanti kalau khabar angin tu dah mula tersebar. Siapa pulak yang cakap Qhaliff tu bakal suami aku? Yelah..masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Takkan la Qhaliff sendiri yang bagitahu? Aku menggeleng kepala. Diana? Ini suspek utama dalam kes aku ni. Diana ni saja tau nak buat aku panas. Aku yakin dua ratus peratus. Diana Darwish!!!

Aku melangkah keluar untuk mencari Qhaliff dan Eisha.

Qhaliff senang melayan kerenah Eisha. Walaupun baru berumur enam tahun, sudah petah bercakap. Rambut yang ikal mayang, kulit yang putih kemerah-merahan dan ditambah lagi dengan lesung pipit, Eisha memang comel sekali. Qhaliff pun terkejut juga tadi bila tiba-tiba tangannya dipegang oleh Eisha. Rupa-rupanya, Eisha seorang anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia setahun yang lalu akibat kemalangan. Mungkin Eisha rindukan ayahnya. Itulah yang diceritakan Qaisara pada Qhaliff. Tanpa Qhaliff sedar, dia diperhatikan oleh Anith.

“ Aku tak sangka pulak Qhaliff ni pandai layan budak-budak kecil ni. Aku ingat dia ni sombong. Eh..ye ke? Mungkin itu cuma lakonan dia saja kut? Tak baik fikir macam tu.” Anith cuba mendekati mereka berdua yang sedang bergembira.

“ Cikgu!” panggil Eisha dengan riang. Aku senyum kepada Eisha.

“ Tadaa! Pink Teddy Bear untuk Eisha…” balasku sudah seperti kanak-kanak riang. Eisha terus memeluk aku bersama anak patungnya.


Kami berdua berpelukan agak lama tanpa menghiraukan pandangan Qhaliff padaku. Qhaliff senang melihat kemesraan di antara Anith dan juga Eisha. Taklah garang rupanya Anith ni. Dia ni saja nak jual mahal bila aku ajak dia kahwin. Takpe, aku masih ada masa lagi nak pujuk dia. Qhaliff mengukir senyuman manis buat mereka berdua.


P/S : Bersambung....selamat membaca: :) Jangan lupa komen...hihihi

You Might Also Like

4 comments

  1. hihihi...thanks sudi komen...boleh aja..tp kena tggu..hihihi

    ReplyDelete
  2. Cpt la sambng . X saba nk tengok Qhaliff pujuk Anith

    ReplyDelete
  3. hahaha....tak lama lg...tu...hihihi...lps ni bab yg mendebarkan...tggu tau...thank u hikmah,

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images