Novel DATING KONTRAK! 14
11:48
OLEH: KIR@ LEE
BAB 14
QHALIFF
pantas
merebahkan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya terasa berat sekali kerana
dibebani dengan masalah yang diciptanya sendiri. Giler!! Ini semua memang kerja
giler!! Kahwin? Dengan Anith? Nak ke dia kahwin dengan aku? Jumpa pun baru dua
kali! Takkan dah nak kahwin? Bercinta? Lagi la tak logik! Aku mana ada
pengalaman bercinta!
Kau ni kenapa Qhaliff? Kau dah lupa
ke apa yang ayah kau cakap tadi? Kau cuma ada satu minggu sahaja untuk bincang
perkara ni dengan Anith! Nak tak nak, kau mesti kena jumpa dengan Anith sebelum
perkara ni bertambah lebih besar lagi! Baik kau cuba hubungi dia dulu. Bisik
satu suara kepada Qhaliff.
Qhaliff menyeluk poket seluarnya
untuk mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon Anith segera di dail.
Qhaliff pasti nombor yang petang tadi menelefonnya adalah milik Anith.
…………………………………………..
Anith sudah ketawa berguling-guling
di atas katil. Apalagi..kalau tak menonton rancangan hiburan Korea kegemarannya
Running Man di depan lap top miliknya. Sedang asyik menonton Running Man, telefon bimbitnya berdering
lantas dijawab tanpa melihat pemanggilnya.
“ Assalamualaikum.” Sapa Anith
lembut. Dup dap dup dap dup dap….hati Qhaliff berdebar sekali lagi dan kali ini
lebih kencang getarannya. Tenanglah wahai hati. Ujar Qhaliff.
“ Ehmm…waalaikumsalam. Aku Qhaliff
ni. Aku nak jumpa kau esok di Full House Café pukul 1.00. Urgent! Ok! Assalamualaikum.” Huhhh…..Qhaliff menarik nafas lega.
Dah gaya macam nak lafaz akad nikah je kau ni Qhaliff. Qhaliff mengukir senyum.
Anith diam tanpa kata. Hilang sudah
tawanya saat mendengar suara dari Qhaliff. Anith ternyata terkejut sekali
kerana tidak menyangka Qhaliff akan menelefonnya. Dan paling tidak disangkanya
ialah Qhaliff mengajaknya untuk berjumpa sekali lagi. Bukankah mereka berdua
sudah berjanji untuk tidak akan berjumpa lagi. Apa pulak masalahnya kali ni?
Aku belum cakap setuju pun nak jumpa dia! Tapi, dari nada suara dia, aku dapat
rasa yang dia betul-betul nak jumpa aku. Apa mungkin dia nak minta maaf dengan
aku? Boleh jadi…
Dahlah…Anith. Tak payah nak fikir
lagi. Kalau kau nak tahu sangat, jumpa je la esok.
………………………………………………
Hari
yang Anith tunggu tiba jua akhirnya. Aku excited
pulak nak bangun awal hari ini. Tapi bukan aku memang selalu bangun awal ke?
Anith segera menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Aku
membuka almari bajuku untuk memilih baju kurung yang ingin ku pakai hari ini.
Satu persatu ku tilik. Macam gaya orang nak pergi dating pulak? Ehh….bukan…bukan. Aku segera menggeleng menafikan.
Aku rasa aku tak sanggup kalau dapat boyfriend
macam mamat bajet bagus tu! Mataku tiba-tiba tertarik pada sepasang baju
kurung cotton polka dot berwarna merah
jambu. Hemm….aku rasa ini sesuai. Baju kurung ni dah lama aku beli tapi belum
berkesempatan nak pakai lagi. Dah memang tuah kau la hari ni baju…
Sementara
itu, Qhaliff juga kelihatan sibuk memilih baju kemejanya. Sekejap-kejap baju
kemeja biru di padankan ke badannya. Kejap-kejap, baju kemeja putih. Qhaliff
merenung sekali lagi baju kemeja yang tersusun cantik di atas katilnya. Apa hal
pulak aku pagi-pagi ni? Qhaliff menggaru kepalanya. Selalunya aku tak macam ni.
Apa yang aku suka, itu yang aku rembat. Qhaliff…Qhaliff..bukannya kau tak
pernah jumpa dia!
Entahlah
kenapa Qhaliff berperangai pelik pagi-pagi ini? Mungkin sikap tidak ingin
mengaku kalah sudah sebati dalam dirinya. Qhaliff ingin tampil segak dengan sut
korporat berwarna coklat di depan perempuan itu nanti dan dilengkapkan dengan
tali leher berwarna kelabu.
“
Huiiiii….cantiknya kau hari ni. Nak pergi dating
ek?” Diana sengaja mengusik teman serumahnya. Yelah, tak pernah-pernah Diana
melihat penampilan Anith yang sebegini cantik dan ayu. Selalunya, Anith hanya
kelihatan santai sahaja. Kali ni, penampilan Anith benar-benar kelihatan
menarik sekali dengan baju kurung merah jambunya dan juga selendang.
Diana
menghidangkan secawan kopi kepada Anith. Sekarang jam baru pukul 7.00 pagi.
Masih awal lagi nak ke tadika. Anith pantas menghirup kopi usai melabuhkan
duduk di kerusi. Diana hanya memerhatikan tingkah laku temannya itu.
“
Ehh..betul ke kau nak keluar dating
ni?” sekali lagi Diana menyoal soalan yang sama. Anith membulatkan matanya.
Nasib baik tidak tersedak. Kalau tak sia-sia sahaja penampilannya hari ini
dikotori dengan minuman kopi.
“
Excuse me, ok! Bukan dating tapi meeting!” Anith segera membetulkan perkataan dating yang baru disebutkan Diana tadi.
“
Oh…tak ya. Aku lupa la. Hari ni kau nak jumpa mamat tu kan? Aku ucapkan kau good luck ya! Kut-kut, mana tahu mamat
tu terjatuh cinta dengan kau. Yelah, hari ni kau cantik sangat. Serius!” Ujar
Diana jujur. Anith senyum.
“
Ingat pun. Takde lah, aku saja je nak ubah penampilan aku hari ni. Kau jangan
nak memandai-mandai nak pasangkan aku dengan mamat tu. Apa lagu si Ainan Tasnem
yang baru tu?”
“
Seratus lima puluh juta!” jawab Diana.
Diana kalau bab lagu-lagu Melayu ni memang nombor satu. Kalau masuk program
‘Jangan Lupa Lirik’ pun, aku rasa dia boleh bawa duit yang ditawarkan tu.
“
Hah…seratus lima puluh juta kali aku tak sudi!” balasku tegas. Diana ketawa
besar.
“
Eh…Anith oi…nak benci tu pun, berpada-pada la sikit. Korang baru je jumpa dua
kali, takkan nak benci macam dah jumpa bertahun-tahun lamanya. Nanti,
silap-silap benci kau tu bertukar kepada seratus lima puluh juta kali sudi!”
Aku menjegilkan mataku kepada Diana tanda tidak berpuas hati. Bukan main
sesedap Maggie lagi Diana mengutuk
aku.
“
Takde maknanya. Ok..kita stop cerita
pasal dia. Dia yang nak jumpa aku! Katanya urgent!
Itu je. Takde maksud lain la!” ujar Anith tegas.
“
Yelah tu. Dah…dah la. Jom kita gerak sekarang. Nanti jalan jam pulak, susah kita nanti.” Aku dan Diana berjalan ke rak kasut
untuk menyarungkan kasut ke kaki masing-masing.
……………………………………………
Usai memakirkan kereta, aku dan
Diana turun dari kereta menuju masuk ke dalam Tadika Nur Hidayah. Aku menyapa
mesra semua guru yang sudah datang bekerja. Aku menuju ke kelas untuk
mengemaskan apa yang patut. Yelah…dah namanya budak tadika. Kadang-kadang
bersepah juga kelas tu. Aku melangkah masuk ke dalam kelasku.
Aku
meletakkan beg tanganku dan menyinsingkan lengan baju kurung ku hingga ke paras
siku. Memang ini adalah rutin harian aku setiap pagi. Bukan apa, budak-budak
perlu belajar dalam keadaan yang bersih dan menyelesakan supaya setiap ajaran
mudah masuk ke dalam otak mereka. Aku mengambil sebatang penyapu untuk
membersihkan lantai terlebih dahulu. Aku merenung jam di dinding. Aku ada masa
lagi setengah jam sebelum pukul lapan pagi.
“BIPPPPP”
bunyi deringan mesej telefon bimbit di dalam beg tanganku membuatkan aku
terpaksa berhenti sekejap. Aku menuju ke meja guru. Aku menekan punat open
untuk membaca mesej yang baru sampai kepadaku. Aku sudah membulatkan mataku
besar.
Don’t be late today! I hate to
wait. Urgent! JUST TO REMIND YOU!
Arghhh!!!
Menyampah betul la mamat ni. Dia ni memang sengaja nak buat aku stress
pagi-pagi. Aku ingat la! Nak main mesej-mesej pulak! Huhh! Tengoklah nanti.
…………………………………………………………
Sedar
tak
sedar jam kini sudah menginjak ke pukul 11.30 tengah hari. Nampaknya kelas aku
hari ni dah habis. Namun, memandangkan masih ada kerja yang perlu diuruskan,
aku perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum balik. Hemmm…tak lupa juga
perjumpaan aku dengan mamat tu. Aku perlu menghabiskan kerja-kerja mencetak
soalan-soalan ujian untuk budak-budak tadika ni.
Sambil-sambil
menunggu kertas dicetak, aku apalagi rembat terus novel kesukaan aku yang
memang sedia ku bawa di dalam beg tanganku. Novel Terlanjur Mencintaimu dari
penulis Syamnuriezmiel memang tak lepas dari aku. Ke semua novel Syamnuriezmil,
semuanya aku beli untuk dijadikan koleksi. Aku ni memang suka baca novel
berulang-ulang kalau ada masa yang terluang.
Aku
sudah tersengih-sengih sendiri membaca novel Terlanjur Mencintaimu. Memang
best. Tak rugi baca banyak kali. Dahlah hero watak dia ni romantik habis. Kalau
la aku boleh jumpa lelaki yang macam Johan Iskandar ni mesti hidup aku akan
gembira.
“
Ehem….” Tawaku terhenti lalu mendongak ke depan melihat gerangan yang berdehem
tadi. Aku tersenyum malu. Mesti Kak Noor dah nampak aku tersengih-sengih
seorang diri tadi. Malunya…
“
Kak Noor! Belum balik lagi?” soalku. Aku segera meletakkan penanda buku ke
dalam novel ku.
“
Dah nak balik la ni juga. Tunggu suami akak datang jemput. Anith, kenapa belum
balik lagi?” Giliran Kak Noor pula bertanya kepadaku. Kak Noor mengambil kerusi
di depannya dan melabuhkan duduknya di kerusi untuk menghadap aku. Aku
meletakkan novelku di atas meja.
Untung
Kak Noor. Hari-hari suami dia jemput. Walaupun berkahwin di usia muda, itu
semua tidak menghalang kerjaya Kak Noor sebagai seorang pendidik. Jarak umur
aku dengan Kak Noor tak la berapa nak jauh sangat. Beza tiga tahun je. Aku dua
puluh enam tahun dan Kak Noor pulak dua puluh Sembilan tahun. Tapi, sayang Kak
Noor masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
“
Ohh…baiknya suami akak. Beruntung akak dapat suami macam tu. Zaman sekarang ni,
susah nak cari lelaki yang macam suami akak tu.” luahku.
“
Alhamdulillah…Anith pun apa kurangnya. Masih muda dan cantik lagi. Memang la
sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik, tapi kalau dah ada jodoh pasti
akan datang jugak.” Kami berdua ketawa bersama. Aku setuju dengan pendapat Kak
Noor tu. Memang betul sekarang ni susah nak cari lelaki yang baik. Buktinya,
aku dah jumpa dua orang lelaki yang dah berjaya menyakitkan hati aku. Siapa
lagi, Adam Farish dan mamat Lee Min Ho tu! Kedua-duanya menyakitkan hati betul.
Telefon
bimbit Kak Noor berdering lagi. Mungkin suaminya dah sampai kut. Kak Noor
tersenyum. Betul la tu, suami dia dah datang. Hemmm…tinggal la aku seorang kat
sini. Diana pulak, awal-awal tadi dah balik. Katanya ada urusan yang perlu
diselesaikan.
“
Err..Anith, maaf la ye. Akak tak dapat nak berbual panjang dengan kamu. Suami
akak dah sampai kat luar pagar tu. Akak jalan dulu la ya. Ehmm..by the way, Anith nampak manis dengan
baju kurung pink hari ni.
Assalamualaikum.” Aku bersalaman dengan Kak Noor. Aku melambai tangan kepadanya
untuk mengucapkan selamat tinggal.
…………
……………………………….
Qhaliff
berkemas awal-awal lagi selepas selesai menghabiskan kerjanya. Entah kenapa tiba-tiba
rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan Anith. Berkali-kali juga Qhaliff menuju
ke bilik air untuk mengemaskan penampilannya agar kelihatan segak. Qhaliff
kejap-kejap memusingkan badannya ke kiri, kejap-kejap ke kanan. Haiii….macam
nak pergi dating je aku ni? Fikir
Qhaliff sendiri. Qhaliff tersenyum sendiri di depan cermin.
“
Hoi!! Kau buat apa tu hah? Buang tebiat eh? Apasal kau terpusing ke kiri,
terpusing ke kanan? Kau nak jumpa makwe ehhh?” Faez yang baru sahaja melangkah
masuk ke dalam bilik air agak terkejut melihat Qhaliff yang bergaya tak
henti-henti di depan cermin.
“
Mulut tu jaga sikit ek. Nanti orang dengar, aku juga yang susah. Kau dah lupa
ke hari ni?” Qhaliff sekali lagi melakukan gaya yang pelik sambil melihat
cermin. Faez susah nak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ni. Lucu
pulak melihat Qhaliff beraksi ala-ala comel macam budak-budak sekolah di depan
cermin. Bukannya Faez tidak ingat tentang hari ini. Qhaliff akan berjumpa
dengan Anith. Semalam Qhaliff ada bercerita kepadanya tentang niat ibu bapanya
untuk mengahwinkan Qhaliff dengan Anith.
“
Oh!!!! Aku baru ingat. Kau nak jumpa perempuan bertudung tu kan. Asal? Kau dah
tak sabar nak jumpa bakal isteri kau tu ke? Atau kau dah mula rasa rindu?” Faez
sengaja mengusik.
“
Tak ada maknanya. Kau jangan nak mengarut kat sini. Dah la. Aku nak blah dulu. Kau tolong tengok-tengokkan
hotel dulu ya. Aku nak keluar awal supaya aku tak lambat.” Ucap Qhaliff serius.
Kalau memberi arahan, memang serius sekali bunyinya. Tapi, kadang-kadang ada
juga penyakit budak sekolah kat dalam diri si Qhaliff ni. Qhaliff terus keluar
dari bilik air.
…………………………………………
Anith mengerling jam di tangannya.
Nampaknya, kali ni Anith dahulu yang sampai. Teringat pulak semasa insiden nak
memulangkan telefon bimbit masing-masing. Anith benar-benar rasa macam dibuli
oleh Qhaliff. Mana taknya, boleh pulak mamat tu duk mengira supaya aku cepat
sampai. Agak-agak, kalau aku buat macam tu, dia lari tak? Anith
tersenyum-senyum.
Saat
kaki Qhaliff melangkah masuk ke dalam Full House Café, ada saja mata yang terpesona
dengan kehadirannya. Qhaliff sudah biasa akan keadaan itu. Sejak di bangku
sekolah lagi, Qhaliff memang menjadi rebutan dan perhatian setiap gadis.
Sayang…semua itu tidak dapat menarik perhatiannya. Entah kenapa hatinya masih
belum terbuka lagi untuk mana-mana perempuan biarpun banyak yang datang
kepadanya.
Hemm…ada lima minit lagi sebelum jam
1.00 petang. Bisik hati Qhaliff. Tiba-tiba, mata Qhaliff tertancap pada
seseorang. Itu dia! Kali ini perempuan itu kelihatan lebih manis dengan
mengenakan baju kurung bercorak polka dot
berwarna merah jambu. Qhaliff mula mengukir senyuman. Qhaliff mula mengatur
langkahnya menuju ke arah Anith.
“ Assalamualaikum.” Sapa Qhaliff
tenang. Anith bagaikan terasa dipanah cinta sang cupid sekali lagi. Perasaan ini sekali lagi muncul pada pertama
kali Anith berjumpa dengan Qhaliff. Seperti ada cahaya yang bersinar-sinar di
sekeliling Qhaliff ketika ini. Qhaliff kelihatan segak sekali dengan sut
korporatnya. “Hansemnya….” Puji Anith dalam hati. Anith cepat-cepat sedar ke alam realiti.
Jangan nak puji lebih-lebih sangat, Anith! Tolong sedar cepat!
“ Waalaikumsalam.” Jawab Anith yang
berpura-pura tenang, Di dalam kepalanya sekali lagi berkonsert lagu Paradise nyanyian T-Max. Apa daa...?
Qhaliff segera mengambil tempat duduknya menghadap Anith.
“ Thanks sebab datang.” Ucap Qhaliff.
“ Huh? Oh….ok. Hemm…kau nak jumpa
aku, kenapa?” soal Anith terus-terang. Kau ni Anith…tak sabar langsung! Si
Qhaliff ni baru je sampai. Cuba kau ajak dia makan ke, minum ke? Atau
jangan-jangan…dia nak minta kau jelaskan bayaran makanan di hotel hari tu? Hemm…boleh
jadi jugak? Ehh…apasal pulak? Kalau dia berani mintak, siaplah! Dahlah aku free-free kena simbah! Ishh…menyakitkan
hati betul!
“
Tak nak order dulu ke?” soal Qhaliff tiba-tiba. Qhaliff perasan akan
raut wajah Anith yang kelihatan sedikit tegang. Mungkin Anith masih tidak dapat
melupakan kejadian dirinya dimalukan di hadapan khalayak. Qhaliff faham.
“ Tak nak! So, kenapa nak jumpa aku lagi? Takkan tak puas lagi tengok aku kena
simbah hari tu? Ke nak mintak aku bayar makanan hari tu? ” sindir Anith.
“ Ok. Tentang kejadian hari tu, aku
minta maaf dan makanan tu, takpe la.
Aku tak minta pun benda tu berlaku! Apa yang penting sekarang ni ialah aku nak
bincang sesuatu dengan kau. Tapi, aku harap sangat yang kau takkan terkejut
selepas dengar perkara yang bakal aku nak cakap ni.” Luah Qhaliff.
Anith mengangguk bersetuju.
Sebenarnya, takde la Anith nak marah
sangat tentang adegan simbah air tu. Cuma, benda tu berlaku terlalu cepat dan
pertama kali Anith menghadapinya. Siapa tak malu weh? Kena simbah depan-depan!
Siaplah minah giler tu kalau aku jumpa dia lagi nanti! Ok…Anith! Back to Qhaliff. Nak bincang apa pulak
dia ni? Serius je aku tengok.
“ Hemmm…nak bincang apa?” soal Anith
semula. Ok..Qhaliff, ini adalah peluang kau. Kau mesti selesaikan benda ni
cepat! Ingat kau ada masa seminggu saja nak selesaikan benda ni. Qhaliff
menarik nafas terlebih dahulu.
“ Anith…..jom kita kahwin!” luah
Qhaliff.
Ni muka Anith time nak siap2 nak jumpa Qhaliff...
P/S : Bersambung....selamat membaca...minta maaf la sebab lama nak update. Hihihi...bab kali ini sengaja bagi saspen sekali lagi. Kita sama2 tunggu macamana reaksi Anith...hihihihi. Oh ya..tak lupa juga nak ucapkan Selamat Hari Pekerja...jadi boleh la rilek-rilek baca cerita Qhaliff dan Anith.
4 comments
Wah!!!!! Huhuhuhu..... sweet!!! Cepat2 smbung tau....
ReplyDeletehihihihi.....nanti kita update..jgn risau...tentu tak sabar nak tahu apa jawapan dari Anith kan???hihihi...kasi saspen...
ReplyDeleteBest.
ReplyDeletehihihi....thank you baby mio sudi mengikuti cerita ni...nantikan bab yg seterusnya..
ReplyDelete